My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

16 March 2013

KONTRAK CINTA PJJ -chapter 4-by Mr SweetTalker







Dari hati Ian

Aku bersandar malas pada dada sofa di ruang tamu. Hujung minggu ini, aku mengambil peluang untuk bermalas-malasan di rumah. Nak manfaatkan waktu senggang yang aku ada untuk berehat sepenuhnya setelah mengharungi satu minggu yang...hectic dengan pelbagai bentuk dugaan.

Hi Ian,” suara yang dibuat-buat ayu lagi merdu bak buluh perindu itu menyapa pendengaranku serentak aku mengaduh sakit akibat tamparan ‘manja’ dia bada bahuku.

Kuss semangat. Aku menjeling ke sisi. Pada dia yang tengah buat gaya gedik, melambai-lambai tangannya bak Miss World di pentas runway.

Hi there, hang pi tampaq bahu aku ni pasai pa? Sakit tau, habaq kat mak aku tau laa..” Aku menggumam perlahan sambil mengusap bahu sendiri. Sakit woh. Main kasaq nampak budak Mat ni?

Mat pecah tawa di sebelah aku. Siap tekan-tekan perut lagi tu.

“Wei, gile buruk kau cakap utara macam tu,” Mat ajuk gaya Key El (KL) aku pulak. Cis.

Mat masih gelak bila nampak aku buat muka tak puas hati.

Again, cis.

Day dreaming, huh?” Mat sengih mengusik, setelah tawanya reda. Tapi tak lama bila dia dia terus bantai ketawa mengekek lagi sambil mengambil naskah majalah sukan di atas meja di depan sofa tempat kami melabuhkan duduk.

Helaian majalah diselaknya.

Aku?

Buat dek je. Malas layan soalan dia tu. Aku menutup mulut menahan kuapan.

“Hey, hang ingat aku tengah berbual dengan kerusi meja ka?” Soal Mat sambil mengalihkan seketika pandangannya daripada dada majalah sukan.

“Apaaaaa....?” Aku membalas dengan suara meleret mendayu. Sungguh aku tak ada hati nak bercakap atau nak buat apa-apa pun sekarang ni. So not in the mood la Encik Mat oi.

“Hang ni awatnya Yan? Sejak kelmarin lagi aku tengok serupa angau tahap jalan tak jejak tanah ja? Apa hang ada tangkap cintan dengan mek saleha sini ka?”Soal Rahmat sambil matanya kembali membaca artikel berkenaan prestasi pasukan Arsenal yang terkenal dengan panggilan The Gunners itu di dada majalah.

“Mana adaaaaa...” Aku jawab dengan mata tertutup. Kepala aku memang sejak tadi dah landing kat dada sofa, bersandar santai.

“Yan!”

Satu tepukan hinggap pada riba aku.

Terus mata aku yang layu sejak tadi terbuka luas. Gila tak sakit kau?

“Mat...sakitlah. Kau ingat aku ni doh pizza ke apa nak main tepuk-tepuk macam ni?” soalku sambil menggosok kesan tepukannya tadi. Muka dah mula kelat sebab mood aku nak bermalas-malasan telah diganggu oleh si Mat ni.

 “Homesick or lovesick?”soalnya tanpa riak bersalah.

Aku berkerut dahi sambil tak lepas memandang mukanya. Ni lagi satu soalan berani mati.

Come on la, Yan.” Mat tutup majalah sukan itu sebelum letak majalah tu elok-elok kat atas meja.

“Aku tengok kau ni macam dah parah je? Kalau homesick, pi la call mak ayah kau tu. Kalau lovesick, baik hang pi ambil air sembahyang, pi buat solat sunat ke pi baca Al-Quran sana instead of kau pi call buah hati kau tu.”Mat turut bersandar di ruangan bersebelahan dengan aku.

Aku menghela nafas panjang dengan kata-kata Mat tadi.

Homesick.

Aku memang rindu suasana kat Malaysia. Rindu nak habiskan masa hujung minggu dengan keluarga kecil aku tu. Pergi piknik dengan mak dan Abang Ehad. Ayah selalunya tak dapat ikut serta atas kekangan kerja on call dia. Tapi, sekali ayah dapat cuti, dia akan bawa kami melancong jauh. Kadang-kadang sampai ke luarnegara. Habiskan masa dengan bermain dan berjalan-jalan sambil berbual panjang tentang pelbagai perkara. Berkongsi pendapat dan saling sayang menyayangi. Saling menjaga dan menasihati.

Lovesick.

Angau ke aku ni? Entah lah. Tak de specific answer for that damn question after all. Tapi tak dapat di nafikan bila ianya berkaitan dengan perkataan ‘love’, automatik nama Nor Naila Aqira sahaja yang pop out dalam otak aku ni. The one and only.

“Eh, nak pi mana tu?” soal Mat apabila aku bangkit sebelum bergerak menghampiri tangga untuk ke bilikku.

Upstairs. Nak solat tasbih.” Aku menjawab ringkas sambil membawa kaki melangkah satu persatu anak-anak tangga batu itu.

“Cess. Aku ingat hang nak merajuk pasal apa yang yang aku dok habaq kat hang tadi,” Mat bersuara sebelum dia tergelak kecil.

“Tu tetiba nak buat solat tasbih tu pasai pa? Haaa, tu mesti tengah angau dok teringat kat awek dia yang nun jauh kat KL la tu?” Suara nakal Mat yang jelas dapat menangkap niatku aku buat tak dengar je. Karang kalau aku layankan apa yang dia cakap tu, alamat terbantutlah niat aku nak solat sunat ni.

“Wei, nanti dah siap solat tasbih tu, hang turun mai dapuq noh. Aku nak pi masak something special sat gi ni.”Mat sempat melaung padaku.

“Okay.” Aku membalas sepatah sebelum masuk ke dalam bilik.


Aku duduk bertafakur seketika di atas sejadah. Memuhasabah diri sendiri dalam hening suasana, beserta sekeping hati yang tenang selepas solat sunat yang dilakukan tadi.

Bunyi-bunyian asing yang datang dari arah dapur di tingkat bawah membuatkan aku teringatkan Rahmat. Apa agaknya yang cuba dilakukan mamat sorang tu?

Aku bangkit untuk meletakkan sejadah yang sudah dilipat ringkas pada birai katil bujang aku.
Langkah dibawa menuju ke tingkat bawah.

Kelibat Mat yang sedang sibuk diruangan dapur mini dirumah kami yang serba sederhana ini mencuri perhatianku.

“Mat, kau masak apa ni? Meriah benar bunyinya.” Aku menghampiri Mat yang sedang berdiri menghadap dapur elektrik.

“Haa, turun pun hang. Cuba hang teka?” Mat sibuk mengacau cecair berwarna krim seakan adunan tepung nak buat cucur segera Adabi saja lagaknya.

“Kau ni nak buat cucur ke apa?” soal aku dengan muka berkerut. Tapi sejak bila pula orang buat cucur guna butter, ada vanilla extract, ada cheese dan krim segera lengkap dengan bermacam buah-buahan ni?

“Wei, hang ni memang fail betui part masak memasak ni kan? Ish, aku bukannya nak masak cucur, tapi crepe.” Mat meletakkan mangkuk adunan tepungnya ke dalam peti sejuk.

Crepe? Crepe apa?” soal aku mula teruja. Crepe, dalam bahasa mudahnya lempeng. Tapi sejak bila nak buat lempeng guna bahan-bahan ni semua? Yang aku biasa makan crepe versi yang nenek aku masak iaitu crepe cicah sambal ikan bilis.

Yang ni?

“Hang dengaq ni baik-baik noh, apa yang aku tengah masak ni adalah strawberry mascarpone crepes.”Mat ambil buah lemon kat atas kaunter bar tempat aku tengah tegak berdiri ni sebelum dia belah dua buah lemon tu.

“Mascar...what?” Aku sebenarnya tak berapa nak tangkap bunyi perkataan kat tengah tu. Apa bendanya tu? Namapun ala-ala pelik gitu.

“Mascarpone, Yan. Benda tu sebenaqnya adalah satu jenis italian cheese yang terkenal kat Itali. Ada ja jual kat kedai, tapi since kita kat sini, macam ragu-ragu sikit dengan dia punya ingredients semua tu, so better aku buat mascarpone handmade version ja. Selamat, suci dan terjamin segalanya. Lagipun bukan susah manapun, cuma nak kena campuq kan krim ni dengan perahan jus lemon, lepas tu kita biaqkan dia dalam peti sejuk dalam 30 minit macam tu.”Mat membebel panjang bercerita pasal Mascarpone dia tu.

Aku yang setia mendengar sejak tadi tak habis-habis mengangguk. Hebat gilak housemate aku ni bila tiba tang masak memasak. Sesuai sangat dengan nama Rahmat dia tu. Memang jadi rahmat buat aku, atau mungkin juga... bala.

Silap hari bulan, mahunya aku balik Malaysia nanti tade orang cam aku dah. Mana taknya, aku dah bertukar jadi montel. Orang balik oversea cekeding sebab kekangan nak cari makanan halal, aku? Vice versa punya versi. Adoi.

Aiyaa. Tamau. Tapi tengok Mat ni, steady je? Badan solid je pun walau makan macam-macam benda? Tetap juga maintain hunky.

“Gila ohsem kau Mat.” Aku tepuk bahu Mat yang sedang mencincang halus daun basil.

Sekali lagi aku terkagum memerhati pergerakan Mat yang steady gila cincang daun basil tu persis chef profesional. Tap tap tap, siap dah dia cincang halus daun herba entah apa fungsinya tu.

“Mat, awatnya hang ni hebat sangat bila tang memasak ni?” soalku sambil menarik kerusi tinggi untuk duduk memerhati didepan Mat.

“Mana ada hebatnya aiih. Biasa ja. Basic skill ja kut. Bolehlah guna untuk sambung nyawa hidup kat tanah orang ni, Yan.” Mat yang memang down to earth tu tarik kotak plastik berisi buah strawberry yang masak ranum. Buah-buah strawberry di bawa ke sinki dan di cuci bersih.
“Nah, hang tolong potong pi buang daun hijau kat atas ni. Pas tu hang tolong kerat versi quadrant. Sama rata noh, jangan senget benget. Kalau perlu guna T square hang tu, itu lantak hang la. Janji strawberry aku ni cantik je sekata saiznya.”

Aku berkerut dahi sambil mencapai pisau pemotong yang dihulurkan Mat. Potong buah pun nak guna pembaris besar gedabak tu ke?

“Wei, takat potong buah ni tak yah gedik sangat kot nak guna T square tu. Ceh.” Aku bersuara tak puas hati. Sebiji buah strawberry aku capai dari dalam mangkuk. Tetapi bukan untuk di buang tangkainya sepertimana diarahkan Mat tadi, sebaliknya buah strawberry tu terus...

Mata bergerak mencari kelibat Mat. Okay, line clear.

Mat tengah sibuk mencuci perkakas yang dia guna untuk bancuh adunan tepung tadi di sinki. Sengihan jahat aku semakin melebar tanpa disedari Mat.



Ngap. Selamat sudah sebiji stawberry tadi masuk mulut aku. Mua ha ha.

“Woi! Harapkan pagar, pagar makan strawberry noh? Ish, aku luku gak kang mamat sorang ni sat gi,”

Alamak. Kantoi pulak dengan Mat. Haha . Aku serta merta susun rapat 10 jari pada Mat, sebagai isyarat sorry morry.

“Yelah, aku buat ni.” Dengan berhati-hati aku potong sebiji buah strawberry tu di atas papan pemotong. Kang tak hati-hati bising pulak mamat sorang ni kata aku buat kerja tak semenggah(properly) lah apa la.

“Nah, sementara tu meh la minum. Sambil-sambil berborak kosong nak tunggu mascarpone aku tu menjadi.”Mat letak segelas air di depan aku dan segelas lagi untuk dia.

“Lah, air kosong je?” Aku buat muka tak puas hati. Paling cincai pun kasi lah air sirap ke apa kan? Tade lah plain je macam ni.

“Amboi, tak bersyukur. Untung aku kasi ayaq(air) kosong ni tau, daripada tak dak langsung. Lagipun ayaq(air) kosong ni baguih pa untuk badan kita ni. Ini semua benda nak guna gula, sat gi dapat diebetis menangih(menangis) lah hang kena potong kaki. Masa tu baru hang menyesal kenapa tak bersyukur masa aku kasi ayaq(air) kosong.” Mat ‘hentam’ aku berdas-das.

“Mat, hang ni serupa macam mak aku la. Ni yang buat aku sayang hang lebih ni...” aku buat gaya nak peluk Mat, tapi mamat tu cepat-cepat bertindak membantutkan lakonan aku tu.

“Haa, jangan nak mengada, aku sebat hang sat gi. Ni cepat perabih(habiskan) kerja hang ni.” Mat tunjuk buah strawberry yang masih berbaki di dalam mangkuk.

Aku gelak kecil dengan gaya Mat. Muka garang, gaya memang macho lagi cool sekali hobi dia memasak daa. Unik betul.

Suasana sepi seketika antara kami berdua. Aku fokus pada kerja aku. Mat pula santai memerhatikan aku menyudahkan saki baki buah di dalam mangkuk.

“Yan, aku nak tanya hang something boleh ka?” soal Mat tetiba.

“Awatnya hang ni, sejak bila jadi sopan sangat ni?” aku mengusik.

“Tanyalah.”Akhirnya aku berkata. Apasal muka mamat ni tetiba je jadi serius ni?

“Pagi tadi, aku terpandang...aku ulang ye, TERpandang skrin notebook hang masa naik pi kejut hang nak subuh. So...” Mat gantung tak bertali ayat dia tu sambil pandang tepat muka aku.

retrieved from internet.

Aha. That sweetie photo yang aku tenung siang malam. Akhirnya, Mat TERpandang pula dah. 

Kantoi?

Nampaknya begitulah. Dengan muka Mat yang penuh tanda tanya ni, semestinya jelas ke-ter-kantoi-an aku tu. (okay, abaikan bahasa pelik ke-ter-kantoi-an aku tu. Jangan carik dalam kamus, memang takkan ada punya.)

Who was that girl?” Mat jungkit kening sambil senyum meleret.

“Jadi kau dah TERpandanglah ni?” Aku senyum segaris sambil tolak papan pemotong dan pisau yang aku guna tadi ke tepi.

Mat angguk laju.

Gelas air kosong yang diletakkan Mat tadi aku capai lalu disuakan ke mulut. Ish, penat jugak potong buah ni rupanya.

“Cantik, adik hang ka tu? Bolehlah perkenalkan kat aku, boleh aku jadi adik ipaq hang ka kan...?” Mat angkat-angkat kening dengan gaya gatal dia tu.

Air yang baru je nak masuk ke tekak terus tersembur keluar.

“Puiihh, apa hang ni Yan? Habihh muka aku tak hensem dah kena jampi dengan hang.” Mat buat muka tak puas hati sambil lap kesan air di mukanya.

“Gila kau?”soal aku dengan suara yang sedikit meninggi dek kerana terkejut dengan niat dihati si Abdul Rahmat ni. Berani dia nak rembat buah hati aku tu?

“Awatnya?” soal Mat.

“Aku cuma ada dua orang adik beradik. Aku anak bongsu. Aku cuma ada sorang abang je. Aku mana ada kakak atau adik perempuan, hang lain la. Adik beradik hang semua perempuan, hang ja sorang lelaki kan?” aku menghulurkan tisu dapur kepada Mat. Kesian pulak dengan dia ni, tak pasal-pasal kena sembur.

“Habis, itu cousin hang ka?”soal Mat lagi.

“Tak ada kerja aku nak letak gambar sepupu aku jadi wallpaper.”Aku bersuara perlahan.

“Habis?”

Aku diam sambil mencapai sepotong strawberry. Ngap. Yummy.

Mat memandang aku, menanti jawapan barangkali.



Aku capai lagi sepotong strawberry. Ngap. Yummy.

“Aaa, aku tau.”Mat petik jari kanannya.

“Ni mesti kes, kekasihku tertinggal di Malaysia...” Mat ketuk tangan aku yang cuba nak ambil sepotong lagi strawberry sambil tayang muka garang dia. Cis. Kedekut, takut sangat strawberry dia tu habis.

“Patutlah sampai tersembuq ayaq(air) tadi...” Mat gelak pula sambil alihkan mangkuk strawberry tu jauh daripada aku.

“Erm.” Aku hanya menggumam perlahan sambil bertongkat dagu di meja kaunter.

“Sapa nama?” soal Mat.

“Apa?” aku blurr kejap.

“Marka hang la, sapa nama?”

“Marka?” aku blurr lagi. Bahasa apa Mat guna ni?

“Awek hang tu la, sapa nama?” Mat mengulang soalannya dengan perkataan yang mampu aku fahami.

“Oh.”Aku mencapai gelas, meneguk air kosong yang tiba-tiba rasa manis semacam. Rasa manis semacam bila minum sambil teringatkan si dia.

“Nor Naila Aqira.” Gelas aku letakkan ke atas kaunter semula.

“Amboiiiii...” Mat senyum memandang aku.

“Mat...” aku pandang Mat yang tak habis-habis tersenyum.

“Apa dia?” Mat menyoal.

“Macammana nak lembutkan hati perempuan?” soal aku.

Terus mati senyuman Mat ketika aku mengajukan soalan itu.

“Awat, korang gaduh ka?” soal dia kemudian.

Aku diam saja. Menggeleng tidak, mengangguk pun tidak.

“Mat, kau pernah rasa tak hati jadi tak tenteram, bila kita buat apa pun jadi serba tak kena sebab teringatkan seseorang?” soal aku.

“Rindu ni Yan, kadang-kadang boleh buat manusia bertindak diluar batasan. Bahaya tu. Hati-hati bila nak biarkan hati hang tu rindu-rinduan dengan anak dara orang.”Mat bangkit dari kerusi tinggi lalu berjalan menuju ke peti sejuk.

Mascarpone nya tadi dibawa ke kaunter.

“Lain macam je ayat kau ni, Mat?” soal aku.

“Mmm.”Mat hanya menggumam. Ini menguatkan lagi rasa sangsi di hati aku. Cewahh, ayat kau Ian!

“Kau pun ada masalah cinta macam aku ke Mat?” soal aku sambil memerhatikan Mat yang sedang mencampurkan buah strawberry yang sudah dipotong ke dalam adunan mascarpone-nya tadi. Kemudian, Mat masukkan daun basil, sedikit gula dan juga ekstrak strawberry ke dalam mangkuk tersebut.

The hunky Mat itu senyum tawar pada aku.

“Kes aku lagi berat daripada hang, Yan.”Mat berkata sambil tangannya mengacau perlahan bahan-bahan agar sebati dengan senduk kayu.

“Aku datang sini, terpaksa tinggalkan family aku. Dan...wife aku sekali.” Mat bersuara.

Aku mengangguk perlahan. Sama lah dengan aku, datang sini terpaksa berpisah dengan family semua tu. Dan..

What?!” ayat terakhir Mat hampir buat aku bangkit dari duduk dek kerana terkejut.

You hear me well, buddy. I’m married. Wife aku tengah pregnant 4 bulan kat Kedah nun.”Mat buat muka selamba dia, seakan-akan apa yang sedang dia cerita kat aku ni adalah benda biasa. Padahal dia baru je bagi tahu aku yang dia tu dah kahwin dan wife dia tengah mengandung 4 bulan kut?

Aku pandang Mat atas bawah. Biar benar dia ni? Dari gaya, sumpah aku tak pernah terfikir mamat sorang ni dah jadi laki orang dan bakal jadi bapak orang pulak beberapa bulan akan datang.

“Awat pandang aku macam pandang roasted chicken ni?”Mat kerut kening pada aku.

“Aku speechless.” Kataku, jujur.

“Awat, tak caya aku dah kawin ka?”Mat menduga.

“Bukan tak caya, cuma ada rasa sangsi sikit. Boleh ke kau ni jadi laki orang? Masih study lagi pula tu, habis kau bagi bini kau makan apa? Takkan mak bapak dia masih tanggung makan pakai dia kut?” Soal aku, penuh tanda tanya.

Mat hambur ketawa.

“Kalau hati dah cinta mati, gunung berapi pun sanggup di daki tau. Hang jangan pandang rendah semangat orang tengah hangat dilamun asmara ni Yan...”Mat sengih lebar.

“Aku tau hang mesti faham, sebab hang pun tengah angau la ni. Ye dak?”Soal Mat.

Aku menghela nafas.

“Erm. Cinta kau, cinta halal. Nak rindu nak angau dah tak jadi masalah, dapat pahala. Aku ni, herm. Mampu pandang je, nak sentuh sesuka hati, haram tu sebab belum ada ikatan suami isteri.” Aku capai satu potong buah strawberry bila Mat tengah sibuk mencari entah apa daripada peti sejuk.

“Ha, kalau dah lagu tu apa hang tunggu lagi, pi la masuk meminang ka apa? Nak teruih kawin kena tunggu hang second year nantilah baru boleh pertimbangkan macammana...”Mat senyum ala-ala nak kasi semangat kat aku.

“Kalau calonnya setuju, senanglah cerita. Ini si empunya diri tak sudah-sudah main tarik tali, naik letih juga aku nak bertahan ni. Lagi-lagi sekarang ni. Dia kat sana, aku kat sini. Macam-macam benda boleh jadi nanti, dan apa yang aku pasti aku tak mampu kehilangan dia, Mat.” Tanpa sedar lancar saja aku berkongsi cerita dengan Mat.

“Ish, berat kes hang ni Yan. Tapi awatnya dia dok main tarik tali dengan hang, aku tengok hang ni dah cukup kacak bergaya lagi bijak dan perangai pun okay ja aku perhatikan?” Mat menyoal, pelik mungkin.

“Entahlah, aku tak de jawapan untuk soalan kau tu Mat. Tapi, mungkin aku masih ada banyak kelemahan yang kau tak nampak Mat. Salah satunya, aku tak pandai buat kerja rumah macam hang. Memasak, kemas rumah, cuci pakaian semua tu.”Aku berterus terang. Orang kata aku ni anak manja, semua benda tak reti.

Herm.

“Lah, semua tu tak jadi masalahlah Yan. Dalam keluarga, bukan lelaki pun yang kena buat semua kerja ni. Lelaki pi keluaq kerja cari rezeki nak bagi anak bini makan, perempuan yang sepatutnya dok risau kalau tak reti nak buat semua ni, sebab walaupun diorang wanita bekerjaya, still diorang kena juga uruskan hal rumah tangga ni semua. Takkan nak biaq pi maid  ja yang sediakan semua keperluan laki dia kan? Lagipun la ni, orang basuh baju guna machine auto, masuk dalam tub, tekan button, cukup masa semua siap. Tinggal sidai ja lagi, apadehal?” soal Mat sambil menepuk bahu aku beberapa kali.

“Bercakap pasal cuci baju ni, aku ada satu kisah malang nak cerita kat kau. Nak dengar tak?” aku  membetulkan duduk di kerusi.

“Gaya macam menarik ja? Cerita la, aku nak dengaq.” Mat sibuk gaul rata bahan-bahan untuk buat inti crepe dia tu.





this is mascarpone look like


proses nk buat filling/inti crepes itu

“Dulu masa aku buat prep kat Shah Alam, masa minggu orientasi biasalah budak junior kena jadi ‘lauk’ santapan si abang-abang senior keparat ni kan?”

Mat angguk, setuju dengan statement aku.

Then di suatu malam yang hening lagi malang, lepas habis program dekat main hall aku dengan best buddy aku bernama Taqi baliklah ke hostel. Dan di sebabkan aku dengan dia tak bawa banyak seluar track dan kes awal pagi tu kami kena simbah dengan entah air longkang mana sebab lambat, jadi kami tak de pilihan selain cuci seluar tu guna tangan sebab esok ada aktiviti riadah. Takkan nak guna slack dengan jeans buat riadah kan?”

Mat angguk lagi sebagai tanda respons dia masih mendengar cerita aku. Inti crepe tadi dia simpan dalam peti sejuk semula sebelum mengambil tempat di depan aku.

“Masa tu memang kami tak tahu arah mana nak cari bilik dobi bagai tu. Lagipun blok hostel yang kami duduk tu bangunan lama, jadi macam seriau je nak merayap malam-malam buta semata-mata nak cari bilik dobi. So, buat pertama kalinya dalam hidup kami, kami basuh kain dengan menggunakan tangan. Memang rasa janggal semacam je, tapi nak buat macammana kan? Terpaksa. Dipendekkan cerita, tak lama kami masuk lepas siap sidai seluar tu kat tempat penyidai khas di luar lorong bilik, kami dengar orang dari aras bawah menjerit nyaring. Kami memang tahu aras bawah ni adalah bilik-bilik ‘taiko’ yang bertugas untuk ‘kerjakan’ kami sepanjang minggu ni. Aras bawah adalah aras bilik senior. Dan, apa yang malangnya senior tu mengamuk sebab air daripada seluar yang kami sidai dekat ampaian tu menitis kena kat pakaian yang diorang jemur kat ampaian aras bilik diorang.”

“Hang pa tak perah betui-betui ka?” soal Mat.

Aku geleng kepala dengan sengihan cover malu.

“Ya ALLAH, habis lepas korang bilas, korang teruih pi sidai la?”

Aku angguk.

Mat tepuk dahi.

“Patutpun depa mengamuk. Pastu, apa jadik kat hang pa? Takkan depa maapkan senang lagu tu ja?” soal Mat.

“Gila kau diorang nak lupakan macam tu je lepas kami say sorry kan?”

“Aku dengan Taqi kena dera basuh jeans diorang. Banyak gila, satu bakul besar kut. Mampus bagai nak patah dua pinggang kami kena memberus tengah malam buta. Lepas tu, kau tahu jelah jeans tu macammana keadaannya, bukan main susah lagi nak diperah. Yang paling horrornya, masa tengah gigih perah seluar diorang tu, tangan aku terseliuh. Gila sakit, sampai mulanya aku suspect tangan aku ni dah patah tau. Menggelabah Taqi bawa aku jumpa doktor. Lepas check doktor kata terseliuh je, then dia tanya macammana boleh jadi macam ni? Main tenis ke apa?”

Aku berjeda bila tawa Mat bergema kuat.

“Berani mati doktor tu, adehhh..” Mat tepuk bahu aku.

“Tahu tak pe, lepas tu kawan aku si Taqi tu pula pergi jujur sangat kata aku dapat cedera sebab basuh jeans. First time basuh guna tangan terus terseliuh, bikiin malu anak jantan je. Apalagi, macam kena rasuk doktor tu gelakkan aku. Cis. ”seusai itu, tawa Mat makin menjadi pula. Siap tepuk-tepuk meja kaunter lagi.

“Adoilaa, ampun Yan, tapi cerita hang ni memanglah...” Mat geleng kepala perlahan.

“Kau ni, sama je dengan Na’ie aku tu. Dia bantai gelak guling-guling kut masa aku ceritakan kisah sedih ni dulu,” Aku capai gelas air kosong tadi.

“Awek hang kata apa?” soal Mat.

Aku senyum tawar. Na’ie kata apa?

Biarlah aku saja yang tahu.

Senyuman di bibir mati. Aku pandang Mat yang tengah kesat hujung mata. Sampai berair mata bantai gelakkan kau ye? Isy!

“Wei, kalau aku cakap kau jangan marah or else even worse mogok tamau masak untuk aku ye?” aku masih pandang muka Mat.

“Awatnya?” Mat kerut kening.

“Aku salute kat kau, Mat. Usia muda lagi dah kahwin, dah nak jadi ayah pun tak lama lagi. Dah tu, kena pula datang sini belajar, kena tinggal isteri yang tengah pregnant jauh-jauh...”jujur aku kagum. Entah macam manalah si Mat ni handle perasaan dia. Takkan tak rasa rindu pada isteri dia? Aku ni pun dah rasa dunia aku ni tunggang terbalik je sebab terlalu rindukan Na’ie, dia boleh je sempoi macam ni?

“Nak buat macammana, cinta tu cinta jugak. Rindu memanglah rindu, tapi aku dah janji nak kasi wife dan bakal anak-anak aku the better future. Aku nak kami sekeluarga hidup selesa, at least bila aku merantau jauh ke negara orang ni, aku dapat ‘sesuatu’ yang boleh bantu aku survive dalam prospek kerjaya nanti.” Mat  senyum.

“Hang kena ingat satu benda Yan. Cinta tak boleh buat manusia kenyang. Kita tetap jugak kena makan nasi untuk hidup. So, secara logik akalnya, betapa dalam sekalipun cinta kita tu, kita tetap juga kena cari duit untuk teruskan hidup. Dunia sekarang ni mana ada benda yang free? Nak pi toilet pun dah kena bayaq hang tau dak?” ujar Mat sambil bergerak meletakkan kuali leper di atas dapur.

Aku mengangguk perlahan. Cuba menghadam kata-kata Mat. Apa yang Mat katakan tadi adalah falsafah kehidupan yang aku kira sangat logik dan based on the reality. Bukan falsasah cinta yang terlalu indah khabar dari rupa.

“Aku tak macam hang Yan. Kau masuk sini JPA punya scholarship kan?” soal Mat.
Aku angguk sambil menunggu bicara lanjutan daripada dia.

You’re lucky, man. Kau budak pandai, aku tau tu. Aku ni, aku habaq hang, aku sampai sini pun selepas 3 tahun lebih struggle kerja siang malam. Untuk pengetahuan kau, sebelum ni aku mula kerja jadi kuli dengan sijil diploma aku. Masa tu, parents aku mengamuk sakan sebab aku degil nak carik kerja dengan diploma sedangkan diorang nak aku sambung sampai aku dapat degree barulah keluaq carik kerja. Tapi time tu, aku sebenaqnya dah planning jalan hidup aku sendiri since aku dah bertekad nak kahwin dengan wife aku sekarang ni.”

Aku mengangguk. Mat bercerita sambil tangannya cekap meletakkan adunan tepung kedalam kuali leper tersebut.

“Aku habaq hang, sumpah time tu susah gila nak pi carik kerja. Hang tau ja lah, aku ni fresh graduate, umuq pun baru ja masuk 21 tahun, syarikat manapun pikir banyak kali nak amik aku kerja. Sudahlah pengalaman kerja tak dak, muka pun tak hensem mana...” Dalam serius, sempat pula Mat berseloroh.

Last-last, aku end up dengan jadi pembantu dapuq kat satu kedai makan ni. Entah mungkin dah memang Allah tetapkan permulaan aku macam tu kot, sebab apa yang jadi tak lama lepas tu buat aku rasa hidup ni memang tengah ajaq aku jadi tabah.”

Mat berpaling seketika memandang muka aku sebelum dia kembali fokus pada kerjanya.

“Tapi Allah tu Maha Pengasih lagi Penyayang, tak lama lepas tu, aku dapat call daripada satu syarikat ni. Depa mai panggil aku datang interview. Bila aku mai pergi interview, rupanya depa nak offer aku kerja dalam team architect depa untuk satu projek dekat Penang. Alhamdulillah, sejak tu hidup aku dengan family aku bertambah baik.”

“Masuk tahun kedua kerja dengan team tu, ekonomi aku mula stabil. Big boss makin percaya dengan hasil kerja aku. Dan, masa tu aku dengan wife aku sepakat nak pergi menghadap mak bapak kami, nak berterus terang dengan niat kami untuk menikah.”

“Wei, salute habis kau bro sebab berani jumpa parents wife kau...” aku memuji.

“Yan, aku rasa lepas hang dengaq apa yang jadi masa aku datang pi jumpa mak bapak wife aku tu, aku rasa hang mesti nak tarik balik ‘salute’ hang tu. Pasai pa, masa first time aku mai  tu, aku kena hambat pakai batang mop hang tau dak? Gila berbirat belakang badan aku dikerjakan mak mertua aku.”

Aku melopong seketika. The hunky Mat ni kena hambat pakai batang mop?

Seketika, aku mulai terbayang nasib yang bakal menimpa aku bila aku juga buat kerja berani mati pergi jumpa mak ayah Na’ie. Agaknya aku ni dapat nasib yang hampir sama dengan Mat tak?

Bersedia ke aku dengan semua kemungkinan ni?

“Kenapa boleh jadi macam tu?” soal aku kemudian. Lagipun, bagus apa Mat datang secara tulus ikhlas dan dengan niat yang baik begitu? Kenapa Mat dapat layanan sebegitu?

“Depa ingat aku mamat hingusan yang hanya nak main-mainkan anak depa. Lagipun umuq aku time tu baru je nak masuk 22 tahun, terlalu muda bagi depa nak jaga anak depa tu. Pendek ceritanya depa tak caya aku ni mampu jaga anak depa dengan baik..”

“Biasalah, darah muda ni Yan, sekali orang menegah, beribu kali pun belum tentu nak beralah, menyerah kalah. Aku buat gila pi kata aku cinta mati dengan anak depa, bagai tak mampu lagi nak berpisah jauh. Apa nak jadi, jadilah. Itu yang kena hambat pakai batang mop tu. Padan muka dengan akulah.”

“Kau mengaku jujur, Mat?” soal aku.

“Kau mungkin nak kata aku cetek akal ke apa, sebab buat gila lagu tu. Tapi apa yang aku tau, aku tak mampu nak tengok perempuan yang aku cinta menjadi milik lelaki lain. Mak bapak dia plan nak kahwinkan dia dengan duda kaya kampung seberang kut? Gila tak gelabah aku time tu, habaq hang...” Mat serius bercerita.

“Habis, macammana kau boleh berjaya juga nikah dengan wife kau? Takkan nikah kat sempadan kut?” Aku mengusik. Melihatkan gaya Mat, aku tak rasa dia buat macam tu.

“Gila hang. Kami nikah dengan restu dan doa semua ahli keluarga serta sahabat handai tau,” Mat angkat spatula dia, gaya nak ketuk kepala aku je.

So?” aku sengih, dengan isyarat muka minta maaf.

“Aku cadangkan satu kontrak kat bapak wife aku. Ala-ala ikrar dan perjanjian untuk jaga wife aku sebaiknya.” Mat berkata.

“Aku ingatkan orang bisness je pakai kontrak? Ni nak nikah pun pakai kontrak? Apa kau nikah kontrak ke apa Mat?” soalku tidak sabar. Teruja nak tahu cerita seterusnya.

“Sabaq sat. Aku nak cerita la ni. Aku nikah berlandaskan hukum syarak tau, sesuka hang ja kata nikah kontrak, apa hang ingat cerita aku ni cerita novel melayu ke?” sangkal Mat.

Haha. Okey, aku overdose eksaited. By the way...

“Mana kau tahu cerita novel melayu sekarang ni panas dengan tema nikah kontrak semua ni? Takkanlah the hunky Abdul Rahmat ni layan novel cintan jugak kut?” Aku tahan gelak.

dari kiri (guy in black tee) mat , ian  and buddy (kononnya). mat is gerard sison. sila google for further info. TQ

First thing, hobi di masa lapang, suka memasak.

Secondly, hobi di masa senggang, layan novel cintan cintun.

“Hang nak mampuih ka? Yang suka baca novel tu wife aku, so, dia yang selalu sangat pi cerita apa yang dia baca tu kat aku. Tu yang jadi aku tau..”Mat membela diri.

“Tapi kan Yan, ada sesetengah novel tu memang not bad la. Apa hang ingat novel lagu tu semua pakat tulis cerita ehem-ehem ja ka? Novel omputih maybe la tak sah kalau tak dak benda tu semua, tapi novel penulis melayu kita ni, still ada penapisan lagi daripada adegan yang orang belum kawin macam hang ni tak boleh baca lebih-lebih. Di samping tu, ada penulis yang ambil inisiatif nak kongsi ilmu melalui novel-novel dia. Ada yang kongsi resipi, ada yang kongsi falsafah hidup, ada yang kongsi ilmu agama dan macam-macam lagi sebenaqnya.”Mat bercerita panjang lebar.

“Apa yang baguih (bagus) nya, penulis novel ni kebanyakkannya perempuan. Hang tau tak apa faedahnya pada kita orang lelaki ni sesekali ambil inisiatif, cuba luangkan sikit masa pi baca benda yang namanya novel ni?” Mat menyoal sambil menyusun kepingan nipis crepe yang sudah siap dimasak kedalam pinggan leper di tepi kabinet dapur.

“Apa?” aku menyoal sangsi. Mind set aku tetap kata lelaki tak macho bila duduk baca novel cinta ni semua. Ada baiknya pergi baca buku tentang teknologi ke apa. Tak pun, keluar main bola dengan kawan.

“Tu lah hang, sibuk sangat nak kontrol macho lah konon. Ni aku nak habaq hang satu rahsia nak pujuk hati perempuan. Kalau hang cukup hebat, silap-silap hang mampu buat perempuan yang hang cinta tu 100% fall for you, Yan.”

Aku dah mula rasa seram sejuk semacam je melihatkan cara Mat pandang aku. Dengan muka yang dibuat-buat menggoda begitu...

“Mat! Kau ni kenapa? Jangan takutkan aku boleh tak? Hey, ni aku  Muhammad Aakif Farhan, bukan wife kau kat Kedah tu tau,” Aku tepuk kedua belah pipi Mat yang tengah berdiri di sebelah sana meja kaunter. Berdepan dengan aku yang masih duduk di tempat aku tadi.
Mat gelak kuat sambil alihkan kuali leper dia daripada dapur. Pinggan leper berisi crepes di bawa ke hadapan aku. Dua biji pinggan bersegi di bawa keluar daripada kabinet. Itu pinggan yang kami beli di pasaraya semalam.

“Ada satu kajian menyatakan bahawa perempuan sukakan lelaki yang romantik, yang pandai memanjakan mereka, yang pandai membelai mereka, yang pandai memu...”

STOP!” aku tak sedar bila aku berdiri sambil angkat kedua belah tangan aku tinggi ke udara.
Mat tak jadi meneruskan ayat dia sambil berkerut dahi memerhatikan aku.

“Awatnya hang ni?” Mat bertanya dengan muka tak bersalah.

Hey, man do you aware that your words just now was...huh, forget it.

Oh my Allah. Aku mengurut dada sendiri untuk bertenang.

Hey, cool lah. Aku bukan cakap benda-benda pelik yang tak senonoh pun, aku cuma cakap...”

Wow, Mat I think I had enough. Don’t you dare to utter even a single word...” Aku dah mula gelabah.

Gila rasa kebas semacam je muka aku ni masa Mat ni selamba badak dia je cakap macam tu tadi. Tahulah dia tu a married man. But at least consider lah sikit, aku ni single lagi kut. Tak tahu ke benda tu semua boleh buat otak aku ni ‘tercemar’? Karang melarat jadi benda lain pulak kalau tak dibendung daripada awal. Sapa yang susah? Aku jugak. Cis.

Aku tengok Mat tengah pandang aku dengan muka blurr dia.

“Mat, jangan under estimate keupayaan otak seorang budak engine berimaginasi. My imagination perhaps will go up to the moon, for worse.” Akhirnya aku berkata dengan suara yang agak perlahan setelah beberapa lama kami berdua diam tanpa sebarang kata.

Mat pandang muka aku dengan sebelah kening terangkat.

Aku buat rolled eyes dengan gaya Mat pandang aku tu.

“Abdul Rahmat, kau pun lelaki sama macam aku. Aku tahu kau faham apa yang aku cuba nak cakap ni. So, why not kau siapkan strawberry mascar-what crepes kau ni?”

Marcarpone, Yan. Strawberry mascarpone crepes.” Mat membetulkan.

Marcar-what-so-ever. So could you please cut off the conversation and hurry up. Im starvinnngggg...” Aku capai sudu dan berniat nak curik sikit filling crepe yang Mat siapkan tadi. Nampak sedap je strawberry yang dibaluti benda mascar-what-so-ever yang kelihatan creamy ni.

“Yan, sabaq sat. Jangan gelojoh. Perempuan tak suka tu.” Mat ketuk tangan aku sebelum sempat aku curik filling crepe dia tu.

“Mat, I said I had enough with that kind of conversation kan?” Aku buat muka tak puas hati. 

Cis betul Mat ni.

“O-key.” Itu saja balasan daripada Mat.

Double meaning ayat dia tu. Tapi obviously, otak aku ni cenderung meneliti ayat Mat tadi dari sudut lain. The bad side. I’m not a jerk, but I can’t help it. Puas di elak, tapi Mat ni...

Mat gelak kuat sambil balut filing mengandungi strawbery yang dibelah empat dan juga mascar-what-so-ever dia tu dengan kepingan crepe.

“Wei, tadi hang kata aku yang otak kuning ni cuba nak meracuni otak suci hang tu dengan benda tak senonoh, ni apa hang pulak yang dok pikiaq(fikir) benda tak senonoh ni?” Gelak tawa Mat aku rasa makin menjadi sejurus lepas tu.

“Cis, nak tuduh aku pulak. Habis dah memang ayat kau tu bikin kontroversi siapa suruh?” aku bersuara tak puas hati. Habis, siapa yang puas hati bila di label begitu?

“Maksud ayat aku tadi tu, jangan pi gelojoh sangat makan benda yang half-way siap dihidangkan. Apa salahnya hang tunggu sat gi, biaq aku hidangkan cantik-cantik dulu strawberry mascarpone crepes aku ni baru kita boleh makan? Yang pasai perempuan tak suka tu, aku maksudkan yang orang perempuan ni tak suka kalau ada orang kacau time dia tengah nak siapkan hidangan macam yang hang buat tadi tu. Aku cakap ni based on experience aku pasai pa, wife dengan mak aku memang tak suka, tapi aku memang rasa most of the women memang tak suka diorang diganggu masa tengah memasak. Percayalah, nanti hang dah nikah, hang try lah pi kacau wife hang masak kat dapuq, silap hari bulan terbakaq muka kang kena lempar dengan kuali panas.” Mat menerangkan panjang lebar.

Aku yang tadinya rasa tak puas hati terus rasa nak gelak. Tapi aku tahan juga supaya tawa aku tu tak terhambur keluar. Muka serius aku tayang pada Mat.

"Hang tu yang pikiaq ke lain, aku pulak yang dituduh otak kotoq? ada ka patut?" Mat membebel sendiri.

So akulah yang salah faham ni?

Atau Mat yang sememangnya bijak putaq(putar) belit ayat dia tadi?

hasilnya. taraa. strawberry mascarpone crepes.

Okay here we go. Siap pun. Jom makan, sebelum tu meh baca doa dulu. Aku dah selalu jadi tukang baca doa untuk wife aku, so kali ni biaq aku kasi chance kat hang practice nak jadi suami dan ketua keluarga yang baik bermula dengan bacaan doa makan. Dah cepat, aku lapaq ni.” Mat duduk di depan aku. Stawberry mascar-what so-ever dia tu dah dihidangkan cantik di dalam pinggan. Nampak classy dan yummy.

Aku akur. Doa di baca sebelum kami mula menjamah hidangan minum petang itu tanpa sebarang suara lagi. Makan mana boleh bercakap, tak sopan okey.



Malam itu, aku duduk menghadap timbunan kertas dan alatan engineering aku. Banyak benda nak kena settle by this week. Assignment ni, assignment tu. Paper work itu, sketches ini. Adoi.

Bibir mengalunkan basmalah. Sejurus kemudian, diikuti oleh surah Al-Insyrirah dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, sebelum aku memulakan misi menyudahkan segala kerja-kerja yang tertangguh. Moga dipermudahkan, hati memanjatkan doa pada Yang Maha Esa.

MacBook Pro aku capai. Makin ditangguh bukannya makin kurang, makin menimbun adalah. Jadi ada baiknya aku mula bekerja nak siapkan semua benda ni sedikit demi sedikit daripada aku duduk melangut bagai tunggu bulan jatuh ke riba, tanpa buat perkara yang mendatangkan faedah ni.

Tik tok. Tik tok.

Tak sedar hampir 4 jam sudah rupanya aku bergelumang dengan paper work untuk subjek Engineer Design ni. Malangnya baru 65% siap. Sudahlah esok ada discussion dengan team project bagai tu. Subjek ni memang untuk budak-budak freshie macam aku ni. Subjek first year yang akan bantu naikkan semangat aku untuk terus belajar jadi seorang engineer yang berkaliber suatu masa nanti.

Sabarlah Aakif Farhan, ini hanyalah permulaannya. Perjalanan hidup kau selama 4 tahun lebih kat sini masih panjang lagi.

Spek Lee Cooper berbingkai putih penuh yang sedari tadi duduk bertenggek kat batang hidung aku, aku tanggalkan dan letak kat atas meja study aku. Aku tak berapa suka guna spek ni. Leceh. Biasanya, aku guna contact lens je waktu siang. Bila nak buat kerja waktu malam, barulah aku sibuk carik Lee Cooper aku ni.

Nafas aku hela perlahan-lahan sambil tangan naik mengurut dahi sendiri.

Seketika, sudut kanan taskbar MacBook Pro aku kerling sekelip mata.

Hampir jam 1.38 Am kalau ikut jam dekat tempat aku sekarang ni. Tapi...kalau ikut masa dekat Malaysia...sekarang ni...

Otak pantas mencongak setiap jam dan minit di undur 2 jam lebih kebelakang. Lebih kurang 11 pm juga lah waktu Malaysia sekarang ni.

Mata dihalakan pula pada pada Galaxy Note dihujung meja study. Galaxy note hadiah daripada mak ayah sebelum aku fly sini dulu.

Agaknya, Na’ie dah tidur belum ya?

Gadget pipih itu aku capai lalu jemari runcing aku bergerak seperti yang di arahkan otak.
Jari berhenti pada contact list dalam account skype. Aha. Dia, macam biasa pastinya akan sentiasa on account skype dia for 24/7.

Bibir tersenyum segaris mengenangkan ‘dia’.

Hello you there! ” suara dihujung sana kedengaran tercungap-cungap...dan kelihatan serabut?
Hi, assalamualaikum buddy!” Aku lambai pada dia.
“Wa’alaikumsalam! Ian! Aku rindu kau!!” orang di sana membalas ceria namun sedikit cungapan aku kesan dalam alunan suara dan nafasnya.

“Kau kenapa Taqi? Macam baru lepas lari jogathon je ni? Kau buat apa malam-malam ni?” Aku menyoal dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak. Melihatkan latar belakang figura Taqi yang muncul pada skrin Galaxy Note aku ni...macam dekat ruang tamu rumah family Taqi kat Bangsar.

“Weiiii....aku tengah semput nafas ni. Kau tengok lah tu,” sejurus kemudian, Taqi mengalihkan fokus kamera iPhone dia ke tempat lain.

Adik bongsu dia yang berusia tiga tahun itu sedang seronok berkejar ke sana ke mari sambil menyepahkan barang mainannya di lantai.

“Kau tahulah macam mana perangai lasak budak kecik ni. Putus nyawa aku nak jaga dia, adoi!” Taqi tepuk dahi dia sambil betulkan rambut dia yang sudah mula berselerak.

Aku ketawa lepas melihat keadaan Taqi yang parah semacam kerana menjaga adiknya yang seorang itu.

“Mama papa kau mana? Selalunya kau bukannya baik sangat nak jaga adik kau yang sorang tu?” Aku menyoal, kenal sangat dengan perangai Taqi yang suka mengelak jika diminta menjaga adik bongsunya itu.

“Mama papa aku ada function penting kat luar. Biasanya mama aku tak pergi pun takpe, tapi kali ni memang tak boleh nak elak lagi dah. So, nak tak nak terpaksalah aku pikul tanggung jawab tengok-tengokkan budak lasak ni...” Taqi berkata sambil matanya sesekali bergerak mengawasi kelibat adik lelakinya itu.

“Aaaaa!! Ahmad Iman Dayyani!!! Stop that, you will kill him young boy!” Taqi dah mencicit lari. Habis kamera iPhone dia jadi tak tentu arah, bergegar macam ada gempa bumi je paparan pada Galaxy Note aku ni.

“Ya Allah, budak ni karang...”Aku ketawa kecil mendengar bebelan Taqi pada adiknya itu.

“Huda mana? Bukan biasanya dia yang rajin jaga Iman ke?”Aku menyoal.

“Huda ada program sekolah dekat Ulu Yam. Lusa baru balik,” Taqi buat muka sedih dia pada aku.

“Iman, say hi kat Abang Ian. Cepat!” Taqi aku lihat memanggil adiknya itu datang menghampiri.

“Eyan? Yan Yan Yan!” Iman bertepuk tangan sambil melompat seronok di atas riba Taqi.

Hi Iman...” Aku melambai pada Iman yang comel benar dengan baju tidur dia. 

“Meawww...” Iman ku lihat mula menukar titik tumpuan dia ke bawah.

“Kenapa tu?” soal aku.

“Eyan....”

“Huh?” aku berkerut dahi. Iman buat apa panggil nama aku sambil tertunduk-tunduk ke bawah meja kopi di ruang tamu rumah tu?

“Aaaa, jangan Iman...kejap lagi dia gigit. Sakittttt...”Taqi gelabah cuba melepaskan pegangan Iman pada haiwan berekor panjang persis tupai itu.

“Gila ganas adik aku, Ian. Berani mati dia pergi seret Sugar Glider aku yang mahal nak mampus tu? Kau tau macam mana dia pegang sugie aku tu?”

“Ni, dia tarik telinga sugie aku macam ni, lepas tu dia pergi jalan merata dengan tangan tak lepas dari telinga sugie aku. Apa dia ingat sugie aku patung mainan ke?” Taqi ala-ala mengadu dengan aku.

sugar glider

Sugar Glider Taqi tu di beli dengan harga hampir mencecah rm600**. Gila tak mahal?

“Wei, kau sihat?” Taqi bertanya sambil duduk dengan Iman yang sedang bermain di permaidani.

“Sihat. Roomate aku jaguh memasak, tak lama lagi kalau aku pakai saiz XXL kau jangan tak mengaku kawan pulak,” aku buat lawak tak berapa cerdik.

Taqi aku lihat galak menghambur tawa.



“Wei, kalau kau guna saiz XXXXL sekalipun, kau tetap sahabat baik aku dunia akhirat. No worries babe,” Taqi buat gaya geli dengan ayat sendiri. Gila nak baby-baby pulak.

“Ha, sebelum aku lupa, semalam aku pergi jumpa Na’ie. Serahkan barang yang kau hantar tu. Dia ada contact kau tak?” soal Taqi membuatkan aku terdiam terus.

“Ada...ada...” ..tapi seminggu yang lepas. Somehow, aku biarkan saja ayat itu habis di dalam hati.

Okay. Glad to hear that. Dia pun aku tengok busy je sekarang ni. Dah nak dekat mid term, biasalah..” Taqi senyum.

“Taqi, dia okey ke?” aku menyoal.

As long as I concern, she is doing fine.”Taqi senyum segaris.

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dia selamat sejahtera.

“Eh, aku lupa nak bagi kau satu gambar. Kejap aku carik,” Skrin Galaxy Note terus gelap sebelum satu message masuk.

“Wei, aku dah hantar gambar terbaru Na’ie. Comel dia wei!” Taqi pula yang eksaited terlebih.

“Alamak Iman...! Wei, aku call kau semula lain kali ye? Iman ni dah menangis pulak. Kena gigit dengan sugie lah tu. Take care, bro. Apa-apa hal, roger aku. Assalamulaikum.” Taqi sempat mengucapkan salam dan melambai sebelum aku membalas salam dan lambaiannya.

Simbol end call aku sentuh.

Skrin Galaxy Note kembali gelap.

Aku tersenyum mengenangkan gelagat dua beradik ni. Seronoknya punya ramai adik beradik.
Jemari mula bergerak membuka gambar yang dikirim oleh Taqi tadi sambil merebahkan badan ke katil empuk. 

Dan, ketika itu juga aku tergamam.

Gambar Na’ie yang nampak polos benar dengan telekung dia tu. Wajah itu kelihatan sedikit pucat, tanpa secalit alat mekap namun benar-benar membuatkan hati aku berbunga-bunga tak tentu fasal.

‘Inilah perempuan yang aku nak angkat sebagai isteri tu...’hati berbisik sendiri.  Damai hati melihatkan seraut wajah yang tak sudah aku rindui siang dan malam ni.

Sedang enak aku membina angan-angan tu, Galaxy Note yang sedang aku tatap itu bergetar bersama deringan.

Dek kerana terkejut, terus gadget itu terlepas daripada peganganku.

Papp.

“Adoi.” Aku usap dada sendiri yang sedikit sebu dek dihempap gadget tersebut tadi.

Skrin pipih itu segera ku tatap. Siapa pula yang nak call aku tengah malam buta ni?

“Na’ie? For real, Na’ie?” aku gesek mata beberapa kali. Rasanya aku belum tidur lagi tadi, takkan dah mengigau Na’ie call aku kut?

Belum sempat aku jawab, panggilan sudah terputus. Tanpa berlengah sesaatpun, aku pantas mendail semula nombor Na’ie tadi.

“Ian...”Suara Na’ie yang menyambut panggilan aku kedengaran tersekat-sekat.

“Assalamualaikum,” Aku memulakan bicara, mengawal hati yang sedang diamuk rasa rindu. Seminggu aku tak dengar suara si jantung hati aku ni...

“Waalaikumsalam,” dia menjawab dalam nada suara yang perlahan.

“Sihat?” rindu-rindu juga, tapi entah kenapa aku rasa macam hilang idea nak cakap apa dengan Na’ie. Rasa gugup semacam je.

“Alhamdulillah, awak?” soal Na’ie dengan nada lembut. Lebih lembut daripada nada suara yang selalu digunakannya sebelum ini.

“Alhamdulillah,” Aku menjawab sepatah sebelum bertindak mengetuk kepala sendiri. Apalah sengal sangat sebab aku makin buat suasana jadi lebih janggal antara kami.

Thanks, hadiah awak tu.” Na’ie memulakan bicara setelah beberapa saat kami berdua diam menyepi.

My pleasure. You suka? Sorrylah kalau pilihan I tak sesuai dengan taste you...” Aku pula menyambung.

“Taklah, saya suka. Cantik sangat.” Suara Na’ie mula kedengaran seakan tersekat-sekat semula.
“Ian, saya minta maaf. Saya sayang awak, tapi saya pentingkan diri. Selalu je buat tak endah dengan hati dan perasaan awak...” perlahan saja nada suara dihujung sana berkata-kata.

Aku terdiam. Terkelu.

Biar benar ni?
Aku bermimpi ke?

Na'ie. Nor Naila Aqira ni baru je mengaku dia sayangkan aku?

Spontan tangan kiri naik menampar pipi kiri.

Auch. Sakit!

Ini bukan mimpi.

Tak menunggu lama, senyuman lebar segera menghiasi ulas bibirku.




**********************
-sorry lama tunggu chptr ni
-part menari gelek mcm yg sy update cik Arin pg td tu sy simpan utk next chapter sajalah eh, yg ni dah panjang sgt.
-resipi penuh strawberry mascarpone crepes tu boleh dapat kat sini strawberry mascarpone crepes full step recipe.
-enjoy reading.
-selamat berhujung minggu.
-lastly, orang utara jgn marah kalau bahasa utara sy hancuss. maklumlah, bidan terjun.
-teruskan menyokong CK:)

2 comments:

hk said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

baru nk cakap yg si Mat clon suami mithali... rupanya dah suami orang pun...huhuhu

hk said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

**calon