My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

11 April 2013

Kontrak Cinta PJJ - Chapter 5 - By Arin Arida





Dari hati Na’ie
Aku betulkan duduk letak gadget hands free di telinga. Skrin handphone yang sedang memaparkan nama Mr K.O.S aku tatap lama.

Mr K.O.S stands for Mister King Of Soul. My king of soul, si dia yang bertahta sebagai raja yang berjaya menakluki segenap ruang hatiku. Dia, Aakif Farhan yang sedang berlawan cakap dengan aku sekarang ni.

You sihat? Lama tak nampak you online fb...”aku mengutarakan soalan skema itu setelah beberapa ketika kami berdua diam menyepi.

I sihat, alhamdulillah. Erm, tak sempat nak online selalu. Busy...” Suara si dia membalas.

Eh? Kenapa rasa janggal semacam je ni?

Aku garu kepala sendiri.

“I ganggu ke? Sorry, I cut off call ni ye. Lain kali kita sembang lagi...itupun kalau you kurang busy lah...” aku berkata kemudian. Entah kenapa rasa bersalah je call dia tiba-tiba macam ni. Risau panggilan aku ni dah menganggu kerja dia.

Lagipun, kenapa aku rasa dia ni layan panggilan aku ni macam nak tak nak je. Sepatah aku tanya sepatahlah dia jawab. Kalau aku diam, dia pun diam je. Selalunya, bukan main tak menyempat lagi nak cerita macam-macam hal dengan aku. Dia dah mula lupakan aku ke?

Alamak, kenapa aku rasa ayat aku ni macam ayat orang merajuk je sebab si dia tu kasi layanan dingin?

Good night, assalamu...”

Wait!” suara di hujung sana talian sempat menghalang.

“Na’ie...jangan letak call dulu. Please,” perlahan suara Ian.

“Kenapa?” soalku sepatah.

I tipu you.” Suara dia di sana.

Aku terpempan sebentar dengan tiga perkataan ringkas itu.

Come again?” soalku, mahukan kepastian. Kut ke aku yang salah dengar kan?

I cakap I sihat, tapi sebenarnya tak pun...”

You sakit? Ya Allah, Ian...awak demam? Ataupun kecederaan kaki awak tu? Awak pergi main soccer ke? For worse, jangan kata awak main football...” Encik Ian ni bukan boleh kira, berani mati pergi main football yang juga dikenali sebagai rugbi di Malaysia. Kat sana diorang panggil rugbi as football. Bola sepak di sana mereka panggil Soccer.

Daripada santai berbaring di katil, terus aku berdiri sambil bercekak pinggang. Huh, overreacted betul, padahal Ian bukannya boleh nampak pun muka marah aku ni. Punyalah risau sampai tak tahu nak describe macam mana.

“Woa. Calm down,”Ian kedengaran bersuara dihujung talian sana.
“Na’ie...bukan macam yang you fikirkan tu,”

“Habis tu?”Soalku makin risau. Kalau bukan semua yang aku cakap tadi tu, habis apa pula?

I sakit rindu.”

Aku melopong sendiri dengan jawapan dia. Pulak dah?

“Aarrrgg....sakiiitttnyaaa...rasa nak pecah je jantung hati I ni...”Suara Ian dah ala-ala orang mengerang sakit teruk je sebelum tawanya meletus kecil.

“Main-main ye, ada juga yang kena libas dengan rotan halus ni karang?” Aku dah mula nak emo. Orang beria risaukan dia, dia boleh pula main-main macam ni?

“Mana pula I main-main, Na’ie. Hati I ni sakit, menampung rasa rindu kat you. Ikutkan hati, rasa nak terbang je balik KL sekarang ni. Dah tu sampai hati you ignore I berhari-hari. I ni dah macam separuh nyawa rindukan you. Makan tak lena, mandi tak kenyang tau.” suara Ian dah ala-ala nak mengadu manja pula dengan aku.

“Ian, tahulah awak tu duduk di Aussie. Tapi beragak sikit ye peribahasa tu sampai salah. Setahu saya, dulu cikgu bahasa ajar makan tak kenyang, mandi tak basah...?”Aku tahan senyum. Tadi nak marah, sekarang dah sejuk. Sekejap panas, sekejap sejuk. Alahai, ini semua penangan Mohd Aakif Farhan.

“Oh eh? Salah ke I cakap tadi?” Ian ni memang nak kena libas dengan rotan ni. Grr.

“Ada gak yang kena libas dengan rotan betul-betul ni karang...” Aku sembunyi senyum. Sabar jelah dapat kawan spesis macam ni.

“Alaa, kat sini susahlah nak cari komuniti orang yang cakap bahasa melayu. Ada pun roommate I. Itupun dia cakap melayu bunyi utara. Jadi, untuk tolong I kekalkan kefasihan bahasa melayu I, you kenalah selalu ambil berat dekat I...” Ian ni, ada je modal dia nak kenakan aku. Aku tahulah selama ni aku layan dia kejap baik kejap kurang baik dan ada kalanya langsung malas nak layan.

“Ada kaitan ke saya ambil berat dengan kefasihan bahasa melayu awak tu?” soalku sengaja.

“Eh, mestilah ada. You kan kesayangan I, dan yang paling penting, you kan bakal cikgu bahasa? Jadi silalah sayangi saya ini kerana kasih sayang anda akan membantu semangat saya untuk tetap mengekalkan tahap kefasihan pertuturan bahasa ibunda kita itu. ” Ian bijak menjawab.

Perkataan ‘kesayangan’ yang diucapkan Ian tadi menarik tumpuan fikiranku. Kesayangan? Acap kali aku melukai hati insan yang menganggap aku sebagai ‘kesayangan’nya ini. Betapa kejamnya aku?

Sorry. Saya selalu lukakan hati awak...”Terluah lagi kata maaf itu daripada bibirku entah untuk kali keberapa.

Naa. Na’ie, I tak bermaksud nak ungkit salah siapa. Dalam hal ni, I rasa I pun salah juga. I minta maaf kalau kata-kata I tadi buat you rasa serba salah.”Ian pula menjawab dalam nada seakan mahu memujuk hatiku.

Aku hela nafas perlahan. Mata mengerling jam di dinding utama bilik yang dikongsi bersama 2 orang kakak senior ini. Kakak berdua itu tiada dibilik ketika ini, jadi bolehlah aku bersembang dengan Ian di talian tanpa perlu berselindung seperti selalu.

“Uhuh. Kenapa saya rasa malam ni saya oversensitive  je hari ni? Sorry, awak kena berdepan dengan mood swing saya ni pula..”Aku picit dahi sambil duduk berteleku.

Ian ketawa kecil disebelah sana talian.

Oversensitive pun I sayang juga. I lagi suka you yang suka merajuk dengan I daripada you yang stone heart itu. Kalau you versi yang merajuk ni, boleh juga I pujuk-pujuk manja, tapi kalau yang versi stone heart tu, nak hantar satu  text kat you pun I fikir banyak kali tau, seram!”Ian menjawab. Melalui nada suaranya, aku dapat rasa dia sedang bercakap sambil tersenyum ketika ini.

“Saya garang sangat dengan awak ye?” soalku. Saja nak buat survey sikit. Eceh, survey kononnya.

“Ni nak jawapan jujur ke yang ambil hati punya?” soal Ian sambil tertawa kecil.

“Dua-dua.” Kataku.

“Oh? Boleh pulak macam tu. Tapi sebab I sayang you, okeylah. I kasi tahu dua-dua. Versi jujur, ya you memang garang sangat....sangaatt...saaaannnnngggaaattt dengan I.” Ian menjawab serius.

“Amboi sampai triple ‘sangat’ tu ye?” Aku menggeleng perlahan. Teruk sangat gayanya ni.

Ian ketawa lagi.

But, versi yang satu lagi, walaupun you garang sangat..sangaatt...saaaannnggggaaaattt dengan I, you garang bersebab. I faham. Kalau you tak garang, nanti I tumbuh tanduk, mengada-ngada nakkan yang bukan-bukan. Makin dilayan, makin tinggi permintaan I nanti. Rasanya, buat masa ni, I prefer you versi garang ni. Biar I aware sikit, biar I jadi lebih behave.  Tapi kan Na’ie, makin you garang, makin I sayang tahu?” Riang ria suara Ian berkata-kata.

“Lah, boleh pula macam tu? Bukan awak tak suka ke saya garang-garang ni? Macam singa betina baru melahirkan anak katanya, kan?” ini ayat sarkastik sebab dia pernah gelar aku begitu tu. Cis.

“Na’ie, do you aware that once you came to my life, you brought along  a wonderful rainbown to my lonely world.. ”Ian berjeda seketika.

“Hanya you yang mampu buat dunia I penuh dengan warna warni pelangi, Na’ie. You versi garang pun I suka, you versi lemah lembut lagilah I bertambah cinta. He he he,” Amboi ayat! Sweet talker!

Aku tepuk dahi sendiri.

That’s why I kata, I tak mampu bayangkan hidup I tanpa you...”Ian dah makin menjadi-jadi dengan ayat-ayat cinta dia. Ian the sweet talker. Ni kes terjebak dengan si Taqi the sweet talker itu ke apa? Sebabnya, sebelum ni Ian mana ada pandai bermadah cinta begini bagai pun. Setakat ayat cinta yang straight tak bermadah pujangga seperti I sayang you, I cinta you  je bukannya ayat-ayat manis begini.

Aku garu kepala yang tidak gatal. Tak berapa selesa sebenarnya dengan keadaan sekarang ni. The jiwang is in the air. Haiih, nak bernafas pun rasa susah je. Mana tidaknya, ada molekul jiwang dah masuk bercampur dalam molekul oksigen. Sesak nafas dibuatnya!

“Terima kasih Ian, kerana memilih saya. Saya bertuah ada awak sebagai tulang belakang saya sekarang ni,” Aku berkata dengan nada perlahan dengan kulit muka yang membahang. Aiseyy, apasal ayat aku jadi pelik je ni. Aiyaa, over tak ayat aku ni?

“Sama-sama kasih. Tapi I tak nak jadi tulang belakang.  I nak jadi tulang rusuk boleh?” Ian menyoal.

“Tulang rusuk?” aku kerut kening. Ah sudahhh....

Ian ketawa.

“Tulang rusuk, yang akan melindungi hati you. I  tak nak ada orang lain curi hati you daripada I...”suara Ian kedengaran serius pula. Adess.

“Pulak dah....” Aku ketawa kecil menyambut tawa si dia di hujung talian. Seketika kemudian, kami masing-masing mendiamkan diri.

“Ian, awak busy tidak ni? Ni dah berapa lama kita bercakap ni? Almost 20 minutes kot. Kos panggilan mahal ni,” aku baru teringat.

Busy? Biasalah, hidup jadi student ni kalau tak sibuk tak sahlah. Alaa, baru 20 minutes...belum puas dengar suara you lagi ni...rindu tak hilang lagi ni...kejaplah, pleassseeeee..” Dah sudah. Merengek macam budak umur 3 tahun tak dapat lolipop pula dia ni.

“Kata busy tadi?” aku saja nak belit dia dengan kata-kata dia sendiri tadi. Hehe.

“Ala, itu boleh delay kejap. You tak boleh. You kan semangat I, sumber inspirasi I, macam mana nak buat kerja kalau tak ada semangat kan?”Cis. Macam tu pula jawapan dia? Bikin aku makin blushing je!

“Banyak assignment? Macammana study sana? Best? Sekarang tengah season ape eh? Hari tu lupa tanya. Mesti cantik...” aku pusing sikit soalan.

“Boleh tahanlah banyaknya. Biasalah tu. Study sini okey je. Best lah jugak, tapi rasanya lagi best kalau 24/7 you ada sekali dengan I kut,” Ian ketawa suka.

By the way, sini tengah spring. Tak banyak beza dengan TM(Tanah Melayu) pun tapi tak lah panas terik sangat kalau siang, but still malam suhu dia jatuh menjunam jugalah. Sejuk gilak!”

“Amboi, mengada ye. Ingat saya ni siapa? Siap nak kita duduk tepi dia 24/7 lagi, libas dengan rotan kang. Wah wah! Bestnya. Dengar cerita awak pun dah rasa best, kalau dapat jejak kaki sendiri kat sana tak tahulah macammana perasaannya tu. Isy, menyesal pula dulu tamau cabar diri untuk sampai ke sana guna SPM macam awak...” Aku senyum segaris. Setakat keputusan SPM macam aku ni, jangan mimpilah nak sampai oversea sana tu. Dah lepas masuk IPTA dalam negarapun syukur. Zaman sekarang ni, persaingan bukan main sengit lagi untuk merebut peluang ke menara gading.

“Na’ie, bukan ke you cakap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya? Mungkin ada sebab kenapa Allah aturkan I ada di sini dan you  ada di sana. Siapa tahu hikmah yang Allah aturkan adalah satu rahmat terbesar untuk you? Lagipun you perempuan, okaylah. I lelaki, tak lama lagi bakal jadi ketua keluarga. Seharusnya I ada kelulusan yang baik supaya bila masuk alam kerjaya, I boleh jadi seorang pekerja yang bagus sebab I kena sara keluarga I nanti. You perempuan, so no worries sebab you boleh bergantung pada bakal suami you. Kalau you nak kerjapun, sekadar untuk bantu suami you dalam urusan kewangan keluarga, bukannya jadi sumber kewangan utama keluarga. Got it?”Eh? sejak bila Ian pandai berleter ni?

Aku senyum sendiri. Ian yang aku rindu tu dah kembali. Ian yang banyak cakap macam ni, bukannya Ian yang dingin sebab masih tak sudah dengan mogok dan rajuknya.

“Saya faham. Alaa, bukannya apa at least kalau dapat sambung belajar oversea, dapatlah juga nak merasa duduk kat tempat yang ada 4 musim tu. Kalau nak harapkan semata-mata nak pergi bercuti ke apa, memang sampai sudahlah tak. Tempat pelancongan dalam negara pun tak habis pusing lagi ni.” Aku bawa handphone menuju keluar daripada ruangan bilik. Menghala ke dapur ringkas apartmen kami. Jari memetik suis, water heater dalam mood ‘on’.

Sacket Nescafe mild 3 in 1 dibuka dan dimasukkan ke dalam mug.

“Kalau macam tu, nanti honeymoon datang sini ye?” riang ria betul suara Ian kasi cadangan bernas itu.

“Yelah tu. Kalau husband saya tu pemurah tak pe la nak jejak sana tu, tapi kalau husband saya tu jenis yang berjimat cermat?” aku tahan senyum. Siap mention pasal honeymoon bagai ni kenapa?

“Eh? Apa cakap macam ni? Gaya nada ayat you ni, macam ada orang lain je nak potong line I ni?” soal Ian dalam nada curiga.

Aku ketawa kecil.

Line apa ni? Prabayar ke pasca bayar?” aku masuk mood nak buat-buat blurr.

“Amboi, buat lawak ye? Gigit karang?” Ian ni ugut ke buat lawak ni?

“Ingat awak tu apa? Nyamuk ke nak gigit-gigit orang? Kasi sembur dengan shieldtox tahulah. Kalau ada pun kenapa?” soalku. Saja nak mengusik.

I balik KL laaaa ni jugak!”

Aku ketawa lagi.

Ting. Water heater automatik dalam mood ‘off’.

“Amboi...ingat KL-Brizzie dekat macam KL-Bangi ke?” Aku tuang air panas masuk dalam mug.

“Wah! Brizzie? Bravo!” Ian gelak pula lepas tu. Mana tidaknya, slang Aussie boleh pula keluar dari mulut aku ni.

“Awak punya virus lah ni. Brizzie la, Brisvegas la. Phuff.” Aku buat rolled eyes sambil senyum sendiri. Okay jugak, sekurang-kurangnya dapat lah sikit ilmu. Ilmu bahasa budak-budak urban. Elok-elok tempat tu bernama Brisbane, terus jadi Brizzie, Brisvegas la.

“Haha, yelah. Patik bersalah tuanku puteri. Tapi jangan pandang rendah tau kuasa cinta. Karang kalau you nampak I terpacak kat parking lot kolej kediaman you esok, you jangan nak mengada buat scene pengsan ke apa pula...” Ian gelak mengusik. Yelah sangat nak terpacak kat bawah ni bagaikan?

“Yelah sangat tu. Nak balik naik apa tengah-tengah malam ni? Tongkang?” Aku atur langkah masuk ke ruangan bilik semula dengan mug berisi nescafe di tangan.

“Eh, daripada naik tongkang baik berenang je naik surfing board. Naik tongkang karang kena cekup dengan APMM(agensi penguatkuasa maritim malaysia), naya je. APMM ingatkan I ni pendatang asing pula nanti,” Idea Ian memang ke laut habis. Belum sempat lepas jauh dari pantai tempat dia tu, dah selamat kena kejar dengan jerung gamaknya.

“Amboi, tak takut kena kejar jerung ke cik abang oii?” soalku sambil mula membuka lappy kesayangan. Mr Compaq yang dah banyak berjasa.

“Oh ye pula pula abang wahai cik adik oii, bahawasanya di pantai ada si hantu gigi itu. Takpe, cancel idea nak naik surfing board itu.” Ian ni sengal pulak dah.

“Awak ni okey tidak? Stress study ke sampai jadi macam ni?” aku gelak kecil.

“Erm agaklah. Tapi faktor utama I jadi macam ni adalah sebab rindukan you.” Ian mula buat suara minta kasih sayang dia tu.

“Yelah tu.” Aku menjawab ringkas. Aduilaa. Berani betul pakcik sorang ni jujur cakap dia rindu-rinduan ni.

Aku diam. Dia pun diam.

So, bila?” tiba-tiba Ian menyoal.

Aku terpinga-pinga nak menjawab.

“Bila apa?”soalku. Apa ni, kasi soalan tak habis?

“Bila nak datang sinilah, nanti I tanya bila nak setuju nak jadi isteri I, you mengamuk satu Malaya pulak...” Ian bersuara menjelaskan soalannya. Tapi masih sempat nak sindir aku di hujung ayat ye. Hampagas betul.

“Yang mengamuk satu Malaya tu melampau ye. Awak ingat Ozzie (Australia) tu kat sebelah Selangor ni ke? Lagipun, saya rasa kalau saya dah jadi cikgu nanti sekalipun, makan masa berbulan-bulan jugak kut nak kumpul duit nak ke sana tu. Nak buat visa, semua tu lagi...” Aku menjawab secara jujur tanpa rasa waswas.

Ian gelak lagi. Kelakar sangatlah aku emo dia kata aku nak mengamuk satu Malaya tadi tu?

“Itulah you. Dulu I ajak nikah dengan I sebelum I fly sini you jual mahal. Kalau tak, mesti you dah boleh duduk sekali dengan I kat sini.” Sempat pula nak mengingatkan aku tentang lawak gila-gila dia tu kat aku. Cis.

Aku buat rolled eyes. Hampagas betul Ian ni.

“Na’ie, dengar tak I cakap ni? You buat apa tu, diam je?” Soal dia apabila aku lama diam menyepi.

“Dengar, saya sibuk nak kerah otak mengingatkan lokasi saya simpan rotan,” Aku menjawab. Padahal aku bukannya tengah cari rotan tu pun. Saja nak bagi hint kat Ian bahawasanya aku tengah geram sebab dia suka cakap benda yang bukan-bukan.

“Uii. Sampai hati nak rotan I? I ni dah la tercampak seorang diri di bumi asing ni. Tak de tempat mengadu, tak de tempat bermanja, tak de tempat bergantung harap, tak de tempat....” Ian berhenti tiba-tiba.

“Lagi?” giat aku.

“Habis idea dah nak cakap apa.” Boleh pula dia kata macam tu? Dah elok tadi aku mula rasa terharu, terus rasa nak gelak. Aiyoo. Ian, Ian!

“Isy, isy... comelnya dia mengadu dengan kita...erm?” aku lembutkan suara seperti nak memujuk anak sedara aku yang umur 3 tahun.

“Baru sedar ke I ni comel?” Dia menyoal gaya manja-manja. Dah tak jadi nak merajuk ke apa pakcik ni?

Aku buat rolled eyes sambil duduk di birai katilku semula. Mulalah Encik Aakif Farhan ni overdose dia punya manja-manja tu.

“Yelah, comel sangat sampai hati saya tak tenang mengenangkan orang comel ni tengah merajuk dengan saya. Seminggu tak call, tak text, tak email apa pun kan...?”Tanpa sedar ayat aku tadi tu macam ada aura-aura mengakui ke-comel-an dia.

Heh?

Aiyaa. Dush.

“Oh seriously? Nor Naila Aqira risaukan I, Mohd Aakif Farhan yang bukan siapa-siapa ni?” Ian bernada mengusik.

“Kenapa, tak boleh?” okey, ini namanya soalan orang yang tengah tak puas hati sebab orang kat sana tu macam sedang pertikaikan dia.

“Eh, boleh! Boleh sangat!”Ian menjawab ceria.

Amboi seronoknya dia ya?

Phuff.

Sekali lagi aku kerling jam dinding.

“Ian, dah lewat sangat ni kat sana. Awak kena rehat, esok nak pergi kelas kan?”Aku bersuara penuh lemah lembut dan sopan santunnya. Ni seronok bersembang entah apa-apa sampai tak sedar hari dah makin menginjak dinihari.

“Alaa, you dah nak masuk tidur ke?” Soalan Ian buat aku tersenyum. Nak masuk tidur apanya kalau dah siap sedia bancuh nescafe satu cawan?

No. Saya nak stay up lagi sejam dua.” Kataku.

“Na’ie, dah pukul berapa ni? Jangan berjaga lewat pagi sangat. Tak elok berembun. Senang jatuh sakit nanti.” Ian mula nak masuk aura membebel pasal kesihatan la ni.

“Okey cut off, jadi sejam je. Saya  nak study sikit untuk mid term nanti.” Aku mula keluarkan buku dari loker.

Okie dokie. That’s better, before 1 Am, make sure you dah masuk tidur. Eh, kata lagi dua minggu. Awalnya study?” soal si dia.

“Mana boleh buat kerja last minute...tak bagus untuk sistem pangkalan data kat saraf otak. Study last minute hanya akan simpan maklumat dalam storage short term memory. Itu yang selalu jadi kes, lepas jawab paper je, ilmu segala bagai yang beria diulang kaji tu hilang...” tak sedar pula aku dah mula berleter.

“Ouch.” Ian berkata sepatah.

Why with that ‘ouch’?” soalku dengan kening terangkat sebelah. Ada orang terasa ke?

“Baiikkk punya perli naa?” Ian cakap dah bunyi utara.

Aku spontan tertawa kecil.

“Comellah awak cakap utara ni, Ian. Cakap lagi sekali boleh?”Aku puji ni.

“Nak merajuk la lagu ni.” Mulalah nak mengada ni ye?

 Isy.

“Lagu mana? Keroncong, ataupun dangdut?” aku pula sejak bila jadi makin nakal ni?

“Nor Naila Aqira!” naik seoktaf suara Ian yang tadi manja mengada-ngada.

Aku tak ambil peduli. Masih seronok gelak comel di sini talian.

“Amboi suka naa?” sejak bila Ian terer cakap utara ni? Tapi sumpah kelakar bila aku bayangkan Ian tengah cakap utara begini dengan gaya pelakon dalam cerita Anak Mami The Movie tu. Haiyoo!

Makin sakan aku bantai ketawa.

“Ila sayang....”

Gulp. Terus mati tawa sakan aku tadi. Jantung terus berdebar-debar dengan suara Ian yang semacam je ni. Tegak bulu roma ye.

“Ila, Ian. Ian, Ila. Nice juga ni. Rasa macam nak panggil you Ila instead of Na’ie lah. Somehow, tiba-tiba je I rasa Ila ni bunyi dia macam manja-manja gitu. What do you think, Ila sayang?” Amboi kemain lagi lemah lembut suara dia. Ni nak seduce orang ke apa ni? Mana belajar ni? Siap panggil Ila sayang bagi lagi tu? Backhand karang!

“Ila? Who is Ila, after all?” sudah gaharu, cendana pula. Sudah pasti tahu, mahu bertanya pula ye? Adess, Na’ie dah makin hilang punca ni!

“Haha. Ila is my new sheila. Why? Tak suka?” Ian ketawa.

Kali ni aku pula yang rasa panas semacam.

His new shiela? Sheila? Who is sheila, huh? Tiba-tiba pula nama dia naik ni? Tadi sibuk gelak, tak fokus apa Ian cakapkan. Aku ada terlepas apa-apa info penting ke?

“Ian, kita cakap lain kali? Take care, assalamualaikum...” Aku tiba-tiba rasa jiwaku pedih semacam.

“Eh? Why so sudden?”soal Ian. Tak puas hati bila aku tiba-tiba nak putuskan panggilan.

“Saya kan dah kata ada kerja nak settle tadi?” Aku taram saja kasi alasan.

“Erm. Rasa macam baru sekejap je dengar suara you, but its okay lah since you ada kerja nak kena settle...” suara Ian mengendur.

Take care, waalaikumsalam.” Ian menjawab salamku tadi.

“Na’ie!”

Nasib aku belum letak panggilan lagi.

“Apa?”

I love you. I love you so much.” Suara Ian.

“Erm.” Hanya itu yang mampu keluar dari ulas bibirku.

“Na’ieeeee,” Ian panggil lagi namaku. Kali ini suaranya meleret-leret pula.

Ah sudah. Nak apa lagi ni? Love konon, padahal dah carik perempuan spare lain kat sana. Huh!

Don’t get me wrong. Sheila is one of the slang in here to indicate a girl or women kira kat Malaysia kita panggil awek lah. Dan, sheila yang I maksudkan tadi tu tak lain tak bukan adalah you. Sejak awal lagi, hanya you ‘sheila’ di hati I. Kebetulannya, ada perkataan Ila dalam nama kedua you. Tak perasan ke?” soal Ian.
Aku terlopong sendiri. What the...

Hmm.

Okay, malu ni.

Sheila is an Australian slang. Bukannya nama kekasih baru si Mohd Aakif Farhan yang hati aku sangkakan tadi. 

Oh crap. Malu mak oii!

“Na’ie, do you hear me? Alaa, janganlah diam je macam ni...gundah gulana hati abang ni, wahai cik adik oii”suara Ian sudah bernada risau pada hematku. Risaulah sangatkan. Ini gedik namanya, bukan risau. Cis betul. Suka sangat guna Aussie slang dia tu dengan aku. Kalau dia guna British atau American slang tidak mengapalah juga sebab selalu juga jumpa dalam dialog cerita hollywood bagai tu. Haiih.

“Cik adik, cik abang awak ni tengah gundah gulana dek kerana kebisuan cik adik. Justeru itu, janganlah cik adik berdiam diri begini, berkatalah barang sepatah dua kata dengan cik abang agar terhapus rasa gundah yang kian menghantui jiwa cik abang ini....”
Amboi ayat! Aku gigit bibir bawah.

Heh! Gundah gulana ye? Yang tadi menggatal pergi guna slang yang mendatangkan syak wasangka itu siapa suruh? Kan sekarang saya dah keluar aura jeles ni?

Erk. Jeles? Aku dah pandai nak menjeles?!

Alamak. This is no good meyh.

Hoo Roo(selamat tinggal). Saya ada benda nak settle ni, awak pun tentu ada banyak benda nak dilakukan esok kan? So why not you go to sleep and get some rest?”

“Amboi menghalau nampak? Ni you marah I lagi ke tidak ni? Kalau you still marah, I tak nak hang up sebab nanti I bukannya boleh tidur pun sebab hati tak tenteram sebab rasa bersalah dengan you...” Ian menuturkan sayu.



Alahai, dia buat nada sayu tu pulak dengan aku.

“Na’ie...”

“Ye. Your sorry was accepted, my cheesy boo. Berdarah telinga dengar ayat jiwangss awak tu ye. Bakal cikgu bahasa melayu ni pun angkat bendera putih tahu?” aku geleng kepala perlahan.

“Woa. Ulang sekali lagi boleh?”pinta Ian dengan penuh semangat.

What?”

“Ulang sekali lagi ayat you tadi, boleh?”

“Ulang? Which one?”

That one in English tadi tu.” Yaa. Apa yang aku cakap tadi ye?

Replay, Replay, Recall...Recall...

“Oh, your sorry was accepted?”Aku tak syak apa-apa.

“Naa. Bukan yang itulah. But, I bersyukur sekali sebab my sorry was accepted. Yahoo! Still, please pardon me your line, my lady

‘Eh? Bukan yang itu ke?’ aku garu kepala sendiri.

“Na’ie, full sentence you tadi la. Cepatlah! Ini mengujakan!” sempat pula dia guna bahasa baku tu? Cis, perli aku ke apa ni?
Apa yang sampai mengujakan sangat ni? Otak mula recall balik full phrase aku tadi.

Your sorry was accepted, my...

Oh crap.

My cheesy boo.

“Itu dah kenapa senyap je? My honey boo?”Ian gelak comel di sana talian.

Boo kalau refer dalam English Urban dictionary membawa maksud boyfriend/ girlfriend. Aiyaa. Macam mana boleh terlepas cakap tadi ni?

“Alahai..at last! Lena lah tidur I malam ni bertemankan senyuman lebar, my honey boo...”Ian gelak comel lagi.

Aku?

Terus jadi speechless. Kenapa mulut aku ni dah pandai derhaka ni? Aiyaa, memalukan aku betul!

“Ian...dah lewat ni, Hoo Roo!”

Click. Butang merah aku tekan dengan hati yang sebal.

Siap ber-Hoo Roo lagi tu. Virus Australian slang Ian memang dah tersampuk kat aku sekali. Aduila.

Tapi malu memang bertan-tan menimpa aku sekarang ni. Spontan tangan naik menampar pipi sendiri. Ini namanya self-punishment ye.

Diari kecil aku keluarkan daripada laci meja belajar. Helaian di bahagian belakang buku aku selak perlahan. Pen hitam di capai lalu jemari mula bergerak mencatit sesuatu.

Aussie slang of the day. Perkataan baru hari ini adalah sheila. Sheila is an aussie girl. Kena catat sebab nanti bila si cheesy boo tu guna semula slang  Australia dia ni, aku tak adalah nak salah faham ataupun terkulat-kulat nak loading ayat dia tu.

Cheesy boo, aiyaa. Kenangan memalukan! Kena padam segera daftar perkataan ni dalam sistem otak!

But, cheesy boo- honey boo. Perfecto at the wrong time. Belum masanya lagi nak guna nama manja-manja tu.

Tangan mencatat lagi pada dada muka surat diari. Tiba-tiba teringat apa yang Ian kata tadi.

Ian-Ila. Ada rythm kot. Sweet? Agaklah.

“Ila?” bibir menggumam nama pendek itu perlahan. Tak pernah dibuat orang, ada yang keluar idea nak panggil aku –Ila.

Too girly after all. Tak berapa nak masuk dengan jiwa ni. No nehi never.

Nice try, Ian.”diari itu aku simpan semula ke dalam laci.

Satu message masuk dalam akaun FB aku.

Satu gambar di upload oleh Ian untukku.

-My sweet honey boo, please do not overwork yourself. Study, study jugak kesihatan jangan diabaikan:)
-And yaa, if I could give u d ability 2  C urself thru my eyes, only then would u realize how special u r 2 me [love]



If only I could see myself through your eyes...

Hakikatnya, malam itu aku buat kerja sambil ditemani senyuman yang panjang.





Aku melangkah keluar daripada bangunan utama perpustakaan universiti. Dua buah buku berkaitan dengan tugasan terbaruku, aku bawa keluar bersama. Kaki menuju ke arah deretan loker khas untuk menyimpan beg dan barang-barang diluar bangunan perpustakaan.

Bip.

Handphone di dalam genggaman bergetar perlahan tanda ada mesej baru masuk.

-Oh, ok.

“Oh, okay?” aku menggumam perlahan. Apa pulak Taqi ni? Tadi punya beria tanya aku kat mana. Nak spot check aku ke apa dia ni?

Handbag besar gedabak aku bawa keluar dari dalam ruangan loker. Kaki menghala ke arah kaunter pemulangan kunci.

Selesai urusan dengan pegawai pustakawan di kaunter pemulangan kunci, aku mula melangkah mahu meninggalkan kawasan perpustakaan.

“Isy, berat pula buku ni. Handbag pulak macam bawak batu je rasanya. Adehh..” Aku mengomel sendiri sambil cuba membetulkan duduk letak handbag besar gedabak di bahu kiri.

Tapi...

Paapp.

Berselerak buku-buku perpustakaan di jalanan.

“Alamak!” kalut aku tunduk mengutip buku-buku tersebut. Satunya, malu gila kot sebab ramai siswa lain berkeliaran di taman berhadapan lorong masuk utama ke bangunan perpustakaan itu.

Need some help, missy?” satu suara menyapa. Belum sempat aku menjawab, sepasang tangan sudah berbaik hati membantu aku mengutip saki baki buku dan barang aku di jalanan.

Aku spontan mendongak mencari empunya tangan yang memakai baju kemeja long sleeves putih dengan jalur halus berwarna pink yang sudah berlipat separas siku.

'Siapalah yang baik hati sangat ni...?'hati terdetik.

Sebaik pandangan bertaut, mataku terus terbeliak. Sungguh tak percaya dengan apa yang aku lihat sekarang ini!



“Taqi?!” sedikit terjerit aku dibuatnya.



Hi,” Taqi senyum sambil tanggalkan spek Oakley berbingkai warna pink-nya.

“Apa awak buat kat sini?” spontan aku  bertanya. Mahu tak terkejutnya? Boleh pula pakcik pinky ni muncul tiba-tiba kat depan aku? Tadi dalam message dia kata ada kat KL, balik rumah parents dia ambik barang. Ni macammana boleh terpacak depan aku pula ni?

Taqi senyum saja. Bukannya nak terus jawab soalan aku tadi. Spek Oakley di sangkut pada kolar baju kemejanya yang santai tanpa tali leher.

“Nak pergi mana lepas ni?” Boleh pula dia jawab soalan aku dengan satu soalan lain?

“Balik kolej kediamanlah.”Aku jawab juga soalan dia tu.

Beberapa orang siswa dan siswi yang kebetulan lalu tertoleh-toleh memandang kami.

Ahh sudah. Jangan ada insan-insan yang mengenali aku ternampak drama ini sudahlah...

“Er, terima kasih.” Aku cuba capai buku yang masih ditangan Taqi. Tak selesa pula bila menyedari tindak-tanduk kami sedang diperhatikan oleh mereka disekeliling.

“Eh, wait. Biar saya tolong bawa. Macam berat je ni. Tu beg dekat bahu tu pun dah senget sebelah je saya tengok.”belum sempat aku tahan, barang-barang yang aku pegang tadi dah selamat bertukar tangan.

Taqi sengih je bila aku tayang muka tak puas hati.

“Dah makan?” soal Taqi tiba-tiba.

Aku kerut kening. Tapi secara separuh sedar, kepala aku dah menggeleng perlahan.

Taqi senyum lagi.

“Jom!” dia berjalan di depan sambil tak sudah dengan senyuman.

“Eh? Nak ke mana tu?” baru tersedar jalan yang Taqi guna tu bukannya menghala ke arah kolej kediaman pun. Nak ke mana pula Taqi ni?

Follow me. Nanti saya cerita.” Tenang Taqi menjawab.

Aku jatuh rahang. Pulak dah?

“Ta...”...qi. Baru tersedar akan mata-mata yang setia jadi pemerhati sejak tadi. Tak jadi keluar suara aku yang nak menyeru nama Taqi tadi.

Langkah ku atur laju mendapatkan Taqi yang sudah menuju ke jalan utama universiti.

‘Dia buat apa pulak nak pergi depan sana tu?’ Hati tertanya-tanya sendiri.

Akhirnya langkahku mati tak jauh daripada Taqi yang sudah bersandar santai pada badan Kia Spectra Novus nya.

“Taqi?” aku mula rasa tak sedap hati.

“Eh, kenapa buat muka takut macam tu? Saya tak ada simpan niat nak culik atau apa-apakan awaklah.” Eh, Taqi boleh baca fikiran aku ke apa?

Aku sengih serba salah.

“Jom,” Taqi bergerak membuka pintu keretanya di tempat duduk sebelah pemandu.

“Jom? Ke mana?” soalku sedikit terperanjat. Tak ada bagi tahu apa-apa, tiba-tiba jom?

“Pergi makan,” ringkas jawapan Taqi sambil menggamit aku untuk maju menghampirinya.

“Pergi makan pun kena naik kereta?” soalku sedikit musykil. Kafe uni masih buka kut.

“Saya nak bawa awak makan kat satu tempat ni. Please?” Taqi susun sepuluh jari dia sambil pandang aku penuh sayu.

“Dah petang ni, lain kalilah.” aku tolak cara halus.

“Alah. Lain kali nanti awak busy pula. Ni, dah elok pun hari ni awak tak ada hal lain. Jomlah,” Taqi pujuk lagi.

“Isy, nak ke mana? Tak mahulah kalau jauh. Penat berkejar ke sana sini sehari ni, tak ada mood nak pergi berjalan jauh ni...” Aku berterus terang.

“Mana ada jauh, Bandar Baru Bangi je. Lagipun, kita bukannya jalan kaki, kita kan naik kereta ni?” Bijaksana je jawapan si Taqi ni.
Aku diam memikir dan mempertimbangkan.

Please, Na’ie. Tak kesian ke dengan saya ni, drive jauh-jauh semata-mata nak jumpa awak?” Taqi buat muka sememeh dia pula pada aku.

Pinnn!!

Ayoo. Terkejut aku dibuatnya. 

“Wei, nak berdrama jangan kat sini, orang nak keluar pun tak boleh..” si pemandu Myvi hitam bersuara tak puas hati.

Sorry bang,” Taqi sengih bersalah sambil angkat tangan kanannya.
“Hah! Cepatlah alihkan kereta kau, aku nak keluar ni.” Marah si pemandu Myvi lagi.

“Na’ie, please...” Taqi separuh berbisik sambil mata mengisyaratkan pintu tempat duduk hadapan yang sudah ternganga.
Cis, nak lari tak boleh. Buku dengan barang-barang aku, dia dah siap simpan kat tempat duduk belakang. Sudahlah dia pergi bersandar kat pintu duduk belakang tu, aku nak buka pun kena redah dia dulu ni.

Aduilaa.

Pinn!! Pinnnnnn!!

Isy, si Myvi ni tak reti sabar pulak dah! Bising betul! Ingat dia sorang je ada hon? Hisy!

Aku jeling si Myvi hitam di belakang sambil bergerak ke tepi sedikit untuk memberi laluan, namun entah dari mana pula datangnya batuan di jalanan tersebut yang telah menyebabkan badan aku hilang imbangan dan...

...landing cantik dekat tempat duduk co-driver ni. Badan di dalam kereta, kaki masih cecah permukaan tar diluar kereta. Adess.

Sorry, Na’ie.” Suara Taqi buat aku angkat muka memandang dia yang sedang cuba untuk...

...angkat kaki aku masuk dalam kereta dan, dia berjaya.

Tapp. Pintu disebelah aku sudah dirapatkan sebelum Taqi mengambil tempat di tempat pemandu. Enjin kereta dihidupkan, dan Taqi mula memandu beredar daripada bahu jalan itu untuk membuat U-turn menuju ke laluan keluar daripada kawasan kampus.

Aku yang masih terkesima kekal membisu seribu bahasa.

Di saat Taqi memandu Kia Spectra Novus-nya keluar daripada perkarangan kampus, aku baru menyedari apa yang berlaku amatlah bertentangan dengan apa yang aku rancangkan tadi.

“Ampun Na’ie, saya tak ada niat jahat tadi. Saya bukan sengaja nak sentuh awak, tapi kalau kita tak cepat selesaikan tadi, driver Myvi tu tak sudah-sudah buat bising. Karang security datang, lagi kecoh jadinya. Harap awak tak caj saya sebagai pencabul kehormatan ke apa,” Suara Taqi ni bagai masuk telinga kanan, keluar telinga kiri je.

Aku angguk sekali.

Masih terkejut sebenarnya sampai tak terkeluar sepatah perkataan pun. Mana tidaknya, bagai nak luruh jantung ni bila Taqi tiba-tiba je sentuh betis aku kemudian alihkan masuk ke dalam kereta sepenuhnya. Walaupun dalam keadaan berlapik tapi masih juga...

Arrrggghhh!

Tanpa sedar aku menggelengkan kepala beberapa kali.

“Na’ie, awak okey tidak ni?” soalan Taqi buat aku tersedar. Spontan aku pandang dia di sebelah.

“O..okey. saya okey.” Aku tarik senyuman palsu dipinggir bibir.
Sejurus selepas itu, aku terus membisu. Taqi juga tidak bersuara lagi sepanjang perjalanan sehinggalah dia membelok keluar daripada jalan utama. Kereta diberhentikan di hadapan deretan bangunan yang boleh tahan eksklusif juga reka bentuknya.

“Jom?” Taqi senyum sambil membukakan pintu untuk aku.

Eh? Cepatnya dia keluar. Rasanya tadi kami baru je sampai. Dia pun tengah sibuk nak freekan gear dan tarik handbrake. Tiba-tiba dah terpacak kat luar siap sempat nak bukakan pintu untuk aku lagi tu.

“Awak bawa lappy ke dalam handbag tu?” Soalan Taqi aku jawab dengan anggukkan ringkas.

“Tak sengal bahu ke usung handbag berat tu?” Taqi menyoal prihatin.

“Boleh tahan sengal jugalah.” Nak tipu pun tak guna. Baik terus terang je.

“Guna bateri?”

Aku angguk lagi.

Taqi senyum sambil geleng kepala ke kiri dan ke kanan sekali.

Come, bagi sini lappy awak tu.”Pinta Taqi sambil hulurkan tangan kanan dia kat aku.

“Nak buat apa?” soalku cuak. Dia nak campak laptop aku masuk longkang ke apa ni?

What with that face, huh?” Taqi ketawa kecil dengan riak wajah aku.

“Nak tinggal lappy awak dalam kereta sayalah.” Dia menerangkan.

“Tak bahaya ke?” zaman sekarang ni, macam-macam hal jadi. Karang kena pecah pula kereta kesayangan dia ni. Laptop aku jugak yang lesap karang. Dahlah dalam lappy ni banyak khazanah kesayangan aku. Movie dan drama korea itu sudah pastilah, tapi yang paling penting dokumen dan bahan-bahan assignment aku segala bagai tu juga tersimpan di dalam lappy ini.

“Insya-Allah, selamat.” Taqi senyum sambil masih hulur tangan pada aku.

Lambat-lambat aku keluarkan lappy aku secara sembunyi dan serahkan pada dia. Aku beri laluan pada dia yang sedang membongkok  separuh badan ke dalam perut kereta. Bateri lappy ditanggalkan dan dia menyorong lappy tanpa bateri itu ke bawah tempat duduk co-driver.

“Okey, settle. Jom pergi makan. Laparrr,”Ucap Taqi sambil tepuk-tepuk perut dia. Kereta di kunci dengan penggera sambil aku melangkah mengekori Taqi dibelakang.

Kaki melangkah masuk ke dalam restoran yang nampak eksklusif itu. Daripada cara deko dalaman restoran itu yang classy, aku rasa ini pastinya restoran yang menghidangkan makanan barat. Macam tak sesuai je dengan baju kurung aku ni. Aiyaakk.

Taqi bercakap sesuatu dengan cashier di kaunter depan. Cashier itu kemudiannya menggamit seorang pelayan perempuan untuk menghantar kami ke meja yang sudah ditempah Taqi sejak awal.

Gila tak gempak. Biar benar Taqi ni?

Ah sudaahh. Ni bala apa pula ni? Aku dahlah tak berapa biasa dan tak berapa suka makanan barat ni. Lagi-lagi steak. Selain tu, mesti harga makanan kat sini melambung tinggi. Maklumlah, tengok deko pun dah boleh agak ini bukan restoran sembarangan.

Isy...macammana ni?

“Na’ie?” Suara Taqi buat aku tersentak sedikit. Walaupun suara Taqi itu perlahan saja dan lembut seperti biasa, tetap juga aku terkejut. Mana taknya, sibuk memikirkan banyak benda tadi.

Come,” Taqi kasi isyarat mata supaya aku duduk di kerusi yang sudah ditarikkannya. Dan bagaikan dipukau, aku boleh saja menurutinya tanpa banyak kompromi.

Setelah aku selesa ditempat duduk, Taqi pula bergerak mengambil tempat di kerusi berhadapan aku.

Seorang lelaki berbaju tee kuning datang menghampiri. Tertulis perkataan ‘crew’ pada baju tee kuningnya.

“Menu, Encik Taqi.” Si lelaki tadi senyum sambil hulurkan menu pada Taqi.

“Ni dah kenapa tetiba poyo nak berencik-encik dengan aku?” Taqi libas buku menu yang tak adalah tebal mana itu ke bahu lelaki tadi.

“Na’ie, kenalkan. Ni kawan saya, Zaff. Dia ni kerja assistant manager kat sini, tapi hobi menyamar jadi pelayan.” Taqi tepuk bahu kawannya itu.

Aku senyum segaris.

“Amoi baru ke?” lelaki bernama Zaff itu separuh berbisik sambil separuh badannya condong ke arah Taqi.

“Ha ha.” Taqi gelak sambil kenyit mata kat aku.

“Dia ni, bestfriend aku. Na’ie, namanya. Do not mess up with her, dude. Sapa kacau dia, aku libas.” Taqi ni nak order makan ke nak buat sesi suai kenal pula ni?

Lelaki tadi ketawa.

“Ceh, minggu lepas datang pun kata perempuan tu bestfriend kau jugak. Ni, berapa ramai ‘bestfriend’ perempuan yang kau ada sebenarnya?”Zaff ni tak beragak nak kantoikan si Taqi.

Taqi ikut gelak. Kantoilah tu.

Apsal, nak minta aku adjust line ke? Aku no hal, tapi aku nak warning kau awal-awal, kalau dengan orang lain boleh, tapi cik adik kat depan aku ni tak boleh. She is single but currently not available, dude.” Taqi?!

Aku tunduk pura-pura check handphone. Isy, boleh pulak Taqi cakap macam tu ye? Seganlah.

“Oh eh? Alahai, baru ingat nak check ‘line’ tadi...” Zaff berkata.

Dan seketika, tawa mereka bergabung.

Ahh. Malas aku nak ambil port. Lantak koranglah.

Aku angkat bahu sambil pandang sekeliling restoran. Kebanyakkan pelanggan adalah mereka yang bekerjaya. Tengok cara attire mereka pun dah boleh agak. Sut dengan kemeja dan slack. Yang perempuan berblouse formal dengan celana ataupun skirt. Ada dua tiga orang juga yang berbaju kurung moden di hujung sana restoran.
Fuh, ada jugak geng yang pakai baju kurung. Mata turun memerhati baju sendiri, sebelum bergerak ke hadapan semula bila Taqi memanggil namaku.

“Awak nak makan apa?” soal Taqi.

Western food eh?” soalku pula.

“Kenapa?” soal Taqi.

Isy. Aku tanya dia, dia tanya aku balik.

“Saya pesan beverage jelah.”Tingg! Idea datang tiba-tiba. Kalau tak nak order makanan boleh tak? Daripada aku buat pembaziran makanan kejap lagi, baik aku order air je. Nanti balik singgah beli makanan dekat kafe kolej kediaman je.

No. Ada ke dah datang jauh-jauh ni, dia nak minum je?” Taqi mula keluar aura tak puas hati.

Aku menghela nafas perlahan. Ni, kena order makanan barat tu jugalah ni?

“Saya ikut awak jelah,” Aku jawab ringkas. Malas nak peningkan kepala nak pilih menu.

“Serius?” soal Taqi dengan pandangan pelik.

Apa pelik sangat ke kalau aku beri kuasa memilih kat dia ni?

“Serius nak ikut saya?” Soal Taqi lagi.

‘Ni dah berapa banyak soalan ni? Kalau tak habis-habis lagi dengan sesi soaljawab ni, bilanya baru boleh makan?’ Aku pandang muka Taqi dengan pandangan curiga.

Taqi beri isyarat tangan supaya aku dekatkan sedikit kedudukan dengannya.

“Apa?” Aku menyoal perlahan apabila sudah membawa kepala aku ke tengah meja.


“Nak ikut saya ke Bangsar atau Shah Alam,?”Taqi berbisik kepadaku.

Besar mataku memandang dia yang tengah cover senyum.

Grr. Berani dia?

Sudahlah diangkutnya aku sampai ke Bandar Baru Bangi ni semata-mata untuk makan tanpa notis awal, berani dia buat lawak cekodok dia ni? Isy!

“Okey, aku order set ni. Air, awak nak minum apa tadi?” Taqi soal aku. Kali ini wajah dia dah serius semula.

Ketika ini, Taqi dan Zaff pakat pandang muka aku. Tunggu keputusan aku.

Apple juice?” Aku pandang Taqi.

“Okey, make it two Zaff. Dessert, nak add-on ni. Dua ye.”Taqi berkata sambil menunjukkan sesuatu pada buku menu kepada Zaff.
“Okey, set.”Zaff angkat tangan memanggil seorang lagi lelaki yang kelihatan lebih muda daripadanya yang juga memakai Tee kuning. Kertas order tadi sudah bertukar tangan.

“Kejap lagi budak aku hantar order kau. Lepaklah dulu, nak teruskan kerja pelayan aku ni.” Zaff senyum sebelum berlalu menuju ke kaunter.

“Macam-mana study? Okey?” kesunyian antara kami terhapus dek kerana soalan Taqi tadi.

“Alhamdulillah, so far so good.”Aku menjawab ikhlas. Memang okey setakat ni. Sibuk kejar deadline assignment tu biasalah.

“Awak?”aku kembalikan soalan pada dia.

Everything is fine, alhamdulillah.” Taqi senyum sambil keluarkan iPhone dari saku seluar dia.

“Selalu datang sini ke?” aku suarakan juga persoalan yang sejak tadi menghantui otak aku. Gaya Taqi ni mesra semacam je dengan pekerja restoran ni.

“Bolehlah.” Taqi jawab sepatah sambil senyum.

“Selalu datang sini sebab tu,” Taqi muncungkan mulut ke satu sudut.

Ada alat muzik di sudut itu. Restoran ni ada live band ke apa?

“Tengok performance live band?” Waahhh, aku dah masuk mood teruja. Best kut dengar muzik dari live band macam ni. Seronoknya lain macam sikit sebab real depan mata.

Taqi jawab soalan aku dengan senyuman.

Isy, tahulah dia comel kalau senyum macam tu.

Tak lama menunggu, pesanan tiba ke meja kami.

Bulat mata aku melihat satu persatu hidangan yang diletakkan ke meja.

Dinner dengan set menu Melayu, awak okey tidak dengan lauk-lauk ni semua? Kalau tak, boleh order benda lain. Mee ke?”Taqi bertanya dengan muka prihatin dia tu.

“Aa.” Aku sebenarnya speechless ni. Tadi bukan main dah aku buat mind set kena makan menu barat.

“Okey, saya okey. Ingatkan tak ada malay dish kat sini tadi,”Aku bersuara perlahan.

Taqi gelak kecil.

“Ada. Ada...”Taqi juga menjawab sambil bersuara perlahan.

“Pandai awak buat order. Ni baru ada semangat nak makan,” Aku senyum comel.

“Eh, mestilah. Dah, jom makan. Nanti lewat pula awak sampai kolej kediaman awak tu,” Taqi mula mengangkat tangan, secara sukarela mengetuai bacaan doa makan untuk kami.

“Kejap!”Taqi tiba-tiba bersuara.

“Kenapa?” soalku.

“Nak capture satu dua gambar kejap,” Taqi tekan-tekan skrin iPhone dia.

Nak capture gambar meja didepan kami yang ketika ini penuh dengan lauk-pauk.

Come, dekat sikit sini...” Taqi mengisyaratkan aku supaya condongkan sikit badan rapat ke meja.

“Aaaa, tak mau la...” isy, ada ke nak tangkap gambar together? Karang jadi gosip!

“Alaa, satu je. Buat kenang-kenangan. Please?”Pinta Taqi.

“Kenang-kenangan?”Phuff. Cubalah kasi alasan logik sikit?

To be honest, nak kasi Ian la. Dia request latest photo awak,” Taqi sengih sambil kelip-kelip mata dia tu.

Isy. Sabar jelah. Disebabkan perut dah mula berkeroncong dengan aroma lauk-pauk didepan, aku turutkan lagi permintaan Taqi. Malas nak argue panjang lebar.

Malas nak argue panjang lebar?

Kenapa dengan Taqi dia boleh bertoleransi, sedangkan dengan Ian seboleh  mungkin dia nak tegakkan pendapat dia sendiri? Tak mahu langsung mengalah dengan Ian.

Aku pandang wajah tenang Taqi yang sedang memeriksa gambar kami yang di-capture olehnya tadi.

Aku senang-senang je kata ‘yes’ dengan Taqi, dengan Ian bukan main susah lagi. Ada je alasan aku.

Kesian Ian. Jahatnya aku selama ni.

Na’ie, lepas ni kau kena lebih lembut dengan Ian. Cheesy boo kau adalah Ian, bukannya Taqi. Ingat tu.

Cheesy boo?

Aiyarkk. Bukan ke hari tu dah decide nak padam perkataan ni dalam sistem otak ke?!

Kami senyap saja sepanjang tempoh menjamu selera. Taqi, masih dengan table attique dia. Sangat decent di meja makan. Aku patut belajar daripada dia ni. Mana boleh aci taram je.


Selesai menjamu selera, Taqi memandu pulang untuk menghantar aku ke universitiku semula.

Sepanjang perjalanan, radio jadi peneman kami.

“Stesen mana ni? Dari tadi lagu je, tak ada suara DJ dia pun?” Akhirnya aku bersuara memecah kesunyian. Taqi ni pun dah layu semacam je. Mengantuk ke?

Atau letih kena menempuhi kesesakan jalan raya? Maklumlah, sekarang ni peak hour dekat area ni. Lingkungan masa orang balik kerja.

“Ha?”Taqi sedikit tersentak walhal suara aku tadi mana ada tinggi pun. Itu mesti berangankan awek dia entah yang mana satulah tu.

“Oh, itu bukan radio tapi lagu dari USB ni...”Taqi tunding jari runcing dia pada thumb drive yang elok terpasang.

“Patutlah,” Cis, kenapa tak perasan tadi.

At last.” Taqi bersuara sambil membetulkan duduknya atas seat. Tangannya yang tadi santai mengawal stereng pada kedudukan 7-5 dibawah sudah bertukar kepada 11-1 diatas. Dua-dua kedudukan salah kalau masa kena test dengan JPJ.

“Kenapa?”soalku.

“Lagu ni, saya tunggu lagu ni daripada tadi.” Taqi menoleh seketika pada aku sebelum kembali memandang ke hadapan.

Belum sempat aku nak tanya, Taqi dah mula menggumam perlahan mengikut rentak muzik yang kedengaran.

“Saat aku kenali dia
Hati ini selalu gundah
Selalu ingin dekati
Dan ingin menghampiri dia”

Suara Taqi meriah satu kereta. Suka benar pakcik sorang ni dengan lagu ni. Siap menyanyi sambil senyum dan penuh penghayatan aku kira. Mana tidaknya, siap dengan tangan dan badan ikut bergerak ke kiri dan kanan. 

“Aku mahu dia milikku
Ku harap semua pun tahu
Bahagia terasa bila
Ku melihat senyumannya”
Taqi senyum sambil memandang aku disebelahnya. Aku kerut kening sambil senyum segaris. Nasib baiklah suara dia okey, kalau tidak habislah aku. Bengkak telinga.
“Aku sedar ku telah jatuh cinta
Dengannya hatiku terasa luar biasa
Aku tahu kau selalu curi lihat aku
Matamu jelaskan kau mahu”
Wah. Ini dah lebih ni.
“Katakanlah padaku kasih
Andainya kau punya
Perasaan sepertiku
Agar kita bisa bersama”
Taqi yang sedang seronok menyanyi sambil tangannya digerak-gerakkan di depan wajahku aku kerling dengan dahi berkerut. Kenapa gaya dia macam tengah nak sampaikan ayat-ayat jiwang  lagu tu pada aku ni?
Ke aku yang over syok sendiri ni?
“Tolong jawablah kasih
Jawablah perasaan
Hatiku yang menebal
Ku selalu terbayang senyummu”
“Aku sedar ku telah jatuh cinta
Dengannya hatiku terasa luar biasa
Aku tahu kau selalu curi lihat aku
Matamu jelaskan kau mahu”

Ha ha. Okey. Kebetulan je ni. Lagipun Taqi memanglah seorang yang playfull. Suka bergurau nakal begini.
No hard feeling, Na’ie!’ Hati menasihatkan. Pandangan aku lempar ke hadapan. Memerhatikan kenderaan di hadapan yang mula bergerak perlahan semula.
“Katakanlah padaku kasih
Andainya kau punya
Perasaan sepertiku
Agar kita bisa bersama”
Terperangkap dalam jammed lagi.
Aku pula yang naik stress dengan keadaan pergerakan trafik sedangkan Encik Taqi yang sedang memandu siap menyanyi sakan lagi.
 “Tolong jawablah kasih
Jawablah perasaan
Hatiku yang menebal
Ku selalu terbayang… senyum…mu”
“Fuh. Hilang mengantuk,”Taqi siap sempat  letupkan jari jemari dia lagi.
“Seronok nyanyi?”Bukannya nak perli ke apa. Saja nak ambil tahu sebab aku tengok bukan main bersemangat lagi dia menyanyi tadi.
Ha ha. Sorry lah Na’ie. Lupa nak pesan kat awak, kalau rasa saya nyanyi ni macam semak, guna headphone  dalam dashboard tu. Keluarkanlah sekali iPod tu.” Taqi tarik penutup kotak dashboard kereta dihadapanku.
“Eh, tak pe. Saya okey je. Seronok juga dengar awak nyanyi. Best suara, kenapa tak cuba masuk Malaysian Idol takpun One In a Million? Mesti boleh challange Faizal Tahir ni,” Aku puji ikhlas ni. Bukan perli jauh sekali sarkastik ye.
“Tak berminat. Masa depan tak kukuh. Jadi artis ni leceh. Nak bertahan punyalah seksa, sekali kena ‘badai’ terus ranap reputasi.” Taqi urut batang hidung dia. Oakley berbingkai pink dibetulkan letak duduk untuk melindungi matanya.
“Oh, jawapan anda sangat poyo, tahu?” Aku senyum sambil geleng kepala.
“Tahu.” Sejurus kemudian, Taqi menghambur tawa.
“Lagu apa tadi tu?” soalku sejurus tawa Taqi mulai reda.
“Hazama. Aku mahu dia.” Taqi senyum sambil menekan  sedikit  minyak untuk mara merapat ke hadapan.
“Oh.”aku angguk sambil daftar maklumat baru tu dalam otak.
“Kenapa?” soal Taqi.
“Sedap, saja nak ulang dengar kat bilik nanti.” Jujur aku menjawab.
“Lagu ni, simple tapi bagi saya meaningful. Lirik dia, ada sentimental value. Pendek kata memang  kena dengan jiwa sayalah.” Itu pendapat Taqi.
Dan, pendapat aku pula lagu ni macam sedang menceritakan satu kisah cinta yang unik. Lagu tentang  si lelaki yang sedang cuba meluahkan rasa hatinya kepada seorang perempuan. Si perempuan yang masih tak pasti dengan hatinya sendiri. Mungkin masih berbelah bahagi. Mungkin masih keliru nak membuat pilihan...
Spontan aku curi pandang dengan ekor mata ke arah Taqi yang  sedang  fokus memandang ke hadapan.
Si perempuan yang masih tak pasti dengan hatinya sendiri?


Setelah ‘bertarung’ lebih sejam setengah, akhirnya sampai juga kami ke perkarangan kolej kediaman aku.
“Terima kasih belanja dinner,” Aku senyum sambil sangkut tali handbag ke bahu.
Small matter,” Taqi senyum sebelum melangkah keluar.
Eh? Taqi keluar buat apa ni?
Tapp.
Belum sempat aku tolak pintu kereta, Taqi dah tarik pemegang dari luar.
Oh, ini sangat gentlemen ke?
Serba salah pula aku bila Taqi layan aku baik-baik macam ni.
Sorry, saya curi masa awak.” Taqi lempar senyuman manis dengan smiley eyes dia tu. Lagi berseri dek kerana lesung pipit dia tu.
Aku geleng kepala perlahan. Tak apalah pun, benda dah jadi. Mulanya aku memang nak menolak pelawaan Taqi, tapi tak tahulah apa yang jadi sebaliknya pula.
“Saya naik dulu ye, thanks again.” Aku meminta diri. Karang lama-lama kat sini, terkantoi pula. Kecoh nanti!
Welcome. Take care, Na’ie. Apa-apa nak minta tolong, ingat call saya ye. I’ll always be there for you at the first place,” sempat pula pakcik ni kenyitkan smiley eyes dia tu kat aku. Nakal...nakal!
Nasiblah aku dapat kawan baik spesis cenggini (macam ni).
Mujur Taqi ingat nak hulurkan buku-buku dan fail aku yang diletakkannya di tempat duduk belakang kereta kepada aku.
Aku melambai kecil padanya sebagai ucapan selamat tinggal. Dengan Ian sempat nak ber Hoo Roo bagai, dengan Taqi mampu lambai-lambai je.

Aku letakkan handbag aku ke katil bersama-sama buku dan fail.
Langkah ku bawa ke loker. Nak mandi dan bersiap untuk solat Maghrib.
Seusai mandi dan siap berpakaian,  aku masuk ke bilik semula. Kak Yin juga sudah pulang dan sedang rebah di katilnya.
“Kak Yin,”Aku menyapa dengan senyuman. Letih benar gayanya kakak comelku ini.
“Qira pun baru balik?” Kak Yin menyoal sambil duduk 90 darjah di katilnya. Dia masih lengkap dengan baju kurung dan tudung bawalnya yang sudah senget benget. Mungkin jadi senget benget sebab dia berbaring tadi.
“Erm.”Aku angguk dengan senyuman.
“Dah dinner? Kita ingat nak turun kafe bawah lepas maghrib nanti dengan Zila  dan Kak J . Qira nak join, jomlah sekali..” Kak Yin mengajak mesra.
“Qira tak turun kut Kak Yin. Kenyang sangat dah ni. Tadi sebelum balik bilik dah makan dah...” ...dekat Bandar Baru Bangi...
Ayat terakhir tu aku habiskan dalam hati je. Nanti panjang pula ceritanya.
“Oh ye ke, tak pelah macam tu. Nanti kalau ada nak kirim order apa-apa tulis dalam sticky note kasi kat kita,” Kak Yin pesan sambil tanggalkan tudung bawal dia dan di masukkan ke dalam laundry bag.
Aku angguk faham.
 Duduk aku labuhkan di birai katil. Tangan mula mencapai buku-buku untuk di susun di meja. Selesai dengan buku-buku dan fail, terdekit pula hati nak check facebook sekejap. Manalah tahu budak-budak kelas ada update latest info ke pasal assignment atau kuliah esok dalam group FB kelas kami.
Handbag besar gedabak aku angkat.
Eh?
Berkerut dahiku.
Apasal ringan je beg aku ni?
Segera tangan menggeledah isi handbag tersebut.
Oh crap. Mr Compaq tiadaaaaaaaa!!!!!
Hati dah cuak bukan main.
Mana perginya Mr Compaq aku ni?
Recall Na’ie...recall!
Alamak. Dugaan apakah ini?
Taqi!
Mr Compaq tertinggal dalam kereta Taqi!!
Kak Yin sudah melangkah keluar bilik untuk mandi.
Kalut aku mencapai handphone. Nama Taqi diselongkar dalam contact  list.
“Hello, Assalamulaikum. Awak kat mana?” Terus aku serbu Taqi dengan soalan mukadimah itu.
“Mr Compaq saya tertinggal dalam kereta awak!” Tersekat-sekat suara aku memberitahu Taqi. Gaya sayu syahdu habis macam tengah hilang anak je aku ni.
“Betul ke? Ya ALLAH, syukurlah. Saya ingat awak dah on the way ke KL...”Aku raup muka beberapa kali sambil hati tak sudah mengucap kata  Alhamdulillah.
Mujurlah Taqi belum keluar daripada kawasan kampus  aku ni. Dia singgah masjid uni untuk solat maghrib sebelum gerak  balik KL.
“Tak susahkan awak ke?” ohh, kesian Taqi.  Dia tawarkan diri untuk datang hantar lappy aku kat tempat dia turunkan aku tadi. Ini bermakna di parking lot berhampiran kafeteria kolej kediaman.
“Okey. Nanti dah sampai situ text saya ye. Tak payahlah hantar kat bangunan kolej kediaman saya. Kat sini jalan one way. Nanti jauh awak nak pusing balik untuk keluar...” Dia nak datang hantar ni pun dah syukur sangat.
“Terima kasih sangat ye,” selepas berbalas ucapan salam, kami menamatkan panggilan.

Aku atur langkah sepanjang yang boleh.  Dari jauh, aku sudah mampu melihat bayang Kia Spectra Novus Taqi di parking lot itu.
Taqi melangkah keluar dari tempat duduk pemandu. Kemeja long sleeve sudah bertukar kepada Tee lengan pendek berwarna baby blue berleher V.
Sorry, susahkan awak. Macammanalah saya boleh terlupa Mr Compaq ni duduk kat bawah seat co-driver tadi?” aku mengomel kesal.
“Jangan susah hatilah, Na’ie. Benda kecik je.” Taqi kasi ayat nak comfort hati aku.
“Kalau tak ada apa-apa, saya gerak dululah ye.” Taqi senyum sambil berkira-kira untuk buka pintu keretanya.
Take care.” Ucapnya, masih tak sudah dengan senyuman. Oakley dikenakan ke mata.
“Eh, malam pun nak guna sunglass ke? Boleh nampak jalan tidak tu?” Spontan pula ayat  tak ada ‘insurans’ ni keluar dari mulut aku.
Terhambur tawa kecil Taqi.
“Oh ye. Nasib awak ingatkan. Dah terbiasa, asal sentuh je pintu kereta, memang tak sah kalau tak letak benda ni dulu. Bad habits,” Oakley disangkut  pada leher tee-nya.
Pulak dah?
Aku senyum je. Bahaya kot malam-malam ni nak drive guna sunglass bagai tu.
“Hati-hati drive,” Sempat aku titipkan pesan.
“Okey,”Taqi jawab sepatah. Dia melambai sebelum menutup pintu keretanya.
Perlahan-lahan, bayang Kia Spectra Novus Taqi hilang ditelan kepekatan malam.
Aku berpaling dari parking lot untuk mengatur langkah ke kawasan ruang legar kolej kediaman.
“Aaaaa!!” Terkejut sakan aku apabila Kak Yin, Kak Zila dan Kak J elok je duduk sebelah menyebelah di kerusi taman yang terletak lebih kurang  6 langkah di belakang aku.
Masing-masing sengih macam kerang busuk memandang aku yang terkejut sakan ni.
“Pandai dia sembunyi-sembunyi ye?” Kak J angkat-angkat kening, mengusik aku.
“He he. Kamu ketahuaannn...” Kak Yin boleh pula buat ‘peace’ dengan muka comel dia tu?
You owe us an explanation, baby sister...” Kak Zila pun ikut senyum lain macam.
Ahhh suddaaahhhh...
Aku tepuk dahi sambil peluk Mr Compaq rapat ke dada.
 Oh tidakk. Katakan bahawa ini semua hanyalah nightmare aku!!

________________
Harap tak mengecewakan. Maaf atas keterlewatan. Terima kasih atas kesudian singgah membaca. Semoga terhibur:)