Dari hati Na’ie
“Sorry,
sorry! Aku terlewat.” Suara yang jelas dengan loghat Terengganu itu
tercungap-cungap mengambil tempat di kerusi kafe.
“Mu ni, sokmo je lewat. Dah kenapa
pula kali ni?” laju je Zainab yang mesra dipanggil Zai ni smash Mek Ganu sorang ni.
“Sorry
la. Aku overslept. Malam tadi stay up sampai pukul 4 cari info untuk presentation kita ni. Nasiblah aku
tengah ABC,” Suzila atau mesra dipanggil Suzi tu buat muka 10 sen pada Zai.
“Itulah, ni mesti kes buat kerja last minute la ni,” Wafia pun nak ikut
serta kasi ceramah pada Mek Ganu tu. Earphone
di sebalik tudung bawal ditanggalkan sebelum digulung kemas di atas meja kafe.
“Ala…kerja last minute ni, hasil dia lagi produktif mu tahu tidak? Sebab bila
dah last minute ni, otak kita akan
bekerja lebih keras untuk selesaikan segala kerja,” Suzi sengih lebar.
“A’ah, produktif…tapi berisiko. Karang
kalau kau tak sakit ke, macam mana nak buat presentation
depan madam?” Zai mencelah bersama
jelingan sekilas. Untuk makluman, si Zai ni memang macam ni. Dia lah team member kami yang paling garang
kalau bab kerja-kerja kumpulan ni. Benda dia paling pantang adalah bila ada
ahli kumpulan yang sambil lewa selesaikan kerja kumpulan sehingga menjejaskan
markah dan prestasi ahli kumpulan yang lain.
“Dah, sila habiskan hal ni kat sini saja
ye. Jangan panjang-panjangkan lagi. Suzi, I
really hope that this will be the last. Kita kerja satu kumpulan kut. Please be more responsible, huh? Kami
semua sayang kau, itu yang kasi nasihat berkilo-kilo ni. Nanti pointer sem ni turun, jenuhlah kita nak
pulun kasi naik semula…”Aku yang daripada tadi jadi tukang dengar terpaksa juga
mencelah sebab suasana dah jadi ‘panas’ semacam je. Zai memang, kalau ada benda
dia tak berkenan, dia memang cakap lepas terus je. Tapi niat dia baik sebenarnya,
Cuma dia ni ada masalah macam aku juga. Niat baik, tapi ayat terlari tune sampai orang salah anggap.
“Zai, give her a chance to change, huh? Lagipun cara setiap orang berbeza
kut. Asal dia pandai jaga diri dan jelas dengan tanggungjawab dia sebagai ahli
kumpulan ni, okeylah…kan?” Aku pandang muka Zai yang duduk berhadapan dengan
Wafia.
“Sorry,
korang. Next time aku akan hati-hati
dan lebih bertanggungjawab.” Suzi bersuara perlahan.
Isy, Suzi…takkan terasa kut dengan apa
yang Zai cakap tadi? Macamlah tak kenal perangai si Zai ni. Dah banyak kali kut
kerja sekali satu kumpulan macam ni sejak sem lepas…
“No
offense,” Zainab tala pandangan ke bukunya semula.
Aku jungkit sebelah kening. Hisy, si
Zainab ni…
“No
hard feeling, huh? Tak best lah
satu team masam-masam muka macam
ni,”Aku senggol lengan Zai yang duduk membaca disebelah aku sebelum senyum pada
Suzi di depanku.
“Aku cakap benda betul kut?”Zai
bersuara tak puas hati pada aku.
“Zai…” Aku senyum segaris sambil
pandang wajah Zai tak berkelip.
“Oh,
fine! Zero-zero?” Zai angkat muka
dari bukunya sambil hulur salam pada Suzi.
“Zero-zero.
Sorry, Zai.” Suzi sambut salam Zai
sambil senyum.
“Sokay(it’s
okay). Aku bukan niat nak sakitkan hati kau or
else nak marah-marah kau sesuka hati, aku buat macam ni sebab fikirkan
padahnya nanti.” Zai selak sikit lengan kiri cardigan hijau lumutnya.
Aku senyum dengar ayat Zai. Zai memang
macam tu. Suka berpandangan jauh ke depan, bersedia memikirkan sebarang
kemungkinan buruk yang bakal terjadi atas segala keputusan dan hal yang
dilakukan. Think for the worst thing,
and be prepared katanya. Nak buat presentation ni pun, Zai siapkan 3 jenis
plan. Kutlah projector ada masalah,
uni blackout ke, document tak boleh buka ke, thumbdrive
tercicir lalu hilang ke, dan bermacam jenis kemungkinan buruk lagi.
“Heh. Ni pakcik sorang ni pun memang
mendatangkan kemarahan. Dah pukul berapa ni tak sampai-sampai lagi? Semalam kemain lagi dia beria-ria ajak jumpa
seawal jam 7.30 pagi. Apa bangunan Aspura tu bagai KL-JB ke jauhnya? Cis.”Zai yang
berasal dari Johor membebel sambil letupkan jari jemari runcing dia. Ni dah
keluar gaya nak belasah orang je ni.
Aku pula yang jadi takut melihatkan
gelagat Zai. Makcik sorang ni bukan boleh percaya sangat, angin dia bukan boleh
diduga sangat, silap-silap lebam muka encik team
rep (representative) kami yang
masih belum kunjung tiba ni.
Handphone di atas meja aku capai. Keypad lock aku buka, nak check jam. Tadi sebab kalut sangat nak
turun discussion sampai lupa nak
capai jam tangan atas meja study.
“Oh mak!” nasib je tak tercampak handphone Nokia aku tu bila tak
fasal-fasal je ia berbunyi masa aku nak letak semula ke atas meja selepas
selesai check jam digital di skrin.
Private
number? Again?
Aku pandang muka kawan-kawan aku yang
sememangnya tengah pandang aku yang sedang terpinga-pinga dengan telefon berdering
kuat ditangan.
“Excuse
me, one minute ladies.”Aku senyum sekilas lalu terus bangkit menjauhi
mereka bertiga.
“Hello?”
aku atur langkah turun ke tingkat bawah café.
“Hello,
and assalamualaikum Nor Naila Aqira. It’s me, Taqi.” Suara Zainul Muttaqin
jelas kedengaran.
“Waalaikumsalam, ye Encik Taqi,
kenapakah?” soalku sambil berjalan ke hujung cafeteria. Nah kau, siap panggil
Encik lagi. Siapa suruh sebut nama penuh aku tadi kan?
“Awak apa khabar? Sihat?” soal Taqi
sambil tertawa kecil. Apa sajalah yang kelakarnya entah?
“Yaaa..sihat, Alhamdulillah…” aku mula
tak sedap hati bila Taqi dah keluar ayat soalan skema yang selama ni dia tak
pernah buat kat aku even so dia tanya
sambil gelak macam tadi kan.
“Awak kenapa sebenarnya ni? Macam
pelik ye,” soalku.
“Okay,
straight to the point ..Ian ada call awak tak the past two days?”soal
Taqi laju.
“The
past two days?” Aku kerut dahi. Semalam dan kelmarin.
“Yup,”sepatah Taqi menjawab.
“No.
Last dia call hari rabu hari tu,” yelah, yang Ian tetiba je call cakap benda bukan-bukan lepas tu
dia terus letak call. Lepas tu aku
ada call dia semula, tapi tak dapat.
Merajuk kut.
“Oh, okay.” Suara Taqi kendur tiba-tiba.
“Why?”
tak semena-mena aku jadi risau pula.
“Mak Ian call saya tadi. Dia pelik dah dua hari Ian tak ada contact dia. Selalunya Ian mesti akan
buat call sama ada dengan ayah atau
mak dia. Ni dah dua hari dia senyap. Mak dia call tak dapat. Even saya
try call banyak kali pun tak dapat
sambung. Skype pun tak berjawab.
Risau semua orang ni, dahlah dia tu jauh kat sana,” kedengaran helaan nafas
Taqi. Risau sangatlah dengan kawan baik dia tu.
“Sorry
Na’ie saya ganggu awak pagi-pagi ni, kut awak nak sambung tidur ke hari-hari
cuti ni…” suara Taqi lagi.
“Takpe. Saya tengah ada discussion ni. Mana pula nak sambung
tidur. Ni pun tengah tunggu sorang team member tak sampai lagi,” Aku
menerangkan situasi.
“Oh,
by the way…sorry kalau apa yang
saya nak tanya ni macam busy body
sikit but frankly speaking, korang somehow…ada selisih pendapat or else gaduh ke?”pertanyaan Taqi
membuatkan aku teringatkan kata-kata Ian tiga hari yang lepas.
“Rasanya dia macam merajuk dengan
saya. Tapi serius saya tak tahu apa puncanya. Masa tu dia tanya saya dah dinner ke belum then, dinner dengan siapa.
Bila saya kata dinner dengan
kakak-kakak bilik saya, dia siap minta saya kirim salam dengan kakak bilik saya
then siap tanya saya makan apa untuk dinner. Lepas tu macam nada marah
ala-ala nak merajuk je. Pelik saya dibuatnya,” kataku sambil mata membuntang
disaat kelibat encik team rep yang
dah terlewat datang itu kelihatan sedang berjalan keluar daripada pagar Aspura
menuju ke sayap kiri cafeteria. Tak jauh dah dari tempat aku berdiri ni. Aiyaa.
Masalah ni. Mamat ni dahlah kepoh.
‘Alamak! Mana nak nyorok ni?’ Kalut
sebentar aku.
“Hi Na’ie!” ceria je suara si encik team rep menegur aku yang masih
terkial-kial memikirkan tempat persembunyian paling ideal.
“Eh, Arul….”Aku gelak dibuat-buat.
“Hold
on, Taqi,” sempat aku berbisik pada Taqi di hujung talian.
“Cepatnya kau sampai…tu Zai dekat atas tengah
asah parang makcik café nak libas leher kau. Baik kau naik cepat,”Tingg,
tiba-tiba otak teringatkan si Zai yang membebel marahkan si Arul ni sebab
lambat tadi.
“Ha, like
seriously? Mampus aku. Wei, diorang kat sayap mana ni?” terus gelabah
biawak si Arul tu bila dengar nama Zai. Yang pergi sampai lambat tu kenapa?
“Eh bukan kau yang cakap nak buat
dekat sayap kanan? Lupalah tu?”Aku kerut dahi sambil jari naik memandang Arul.
Biar benar budak sorang ni?
“Oh a’ah la. Lupa-lupa. Wei, aku naik
dulu. Na’ie kau bawak lappy tak? Lappy aku entah kenapa tak boleh nak on. Dahlah semua benda ada dalam tu.
Mati aku dengan si Zai ni…” Arul memang dah bermuka cuak sekarang ni. Kesian
pula sebab aku yang menambahkan peratusan ke-cuak-an-nya sehingga 150% tadi.
“Kau naik jelah cakap dengan dia. Zai
kan memang ada banyak plan penyelamat dia. Lagipun aku memang ada simpan copy file presentation kita daripada lappy kau kelmarin. Lupa jugaklah tu?”
Apa kenalah si encik team rep ni?
Huru-hara semacam je pagi ni? Selalunya dialah yang paling teliti. Ni dah
kenapa dengan semua orang hari ni?
“A’ah laaaaa. Macammana aku boleh
lupa? Ya Rabbi, wei aku naik dulu. Kau kalau nak bergayut dengan boyfie(boyfriend) silalah tunggu malam sikit. Banyak kerja nak settle ni,”Sempat pula Arul kenakan aku
masa dia tengah panjat tangga nak ke tingkat atas cafeteria.
Cis.
“Hello,
sorry Taqi.?”aku menjenguk ke hujung
tangga di tingkat atas. Kutlah si Arul tu buat agenda nakal dia nak kumpul point kenakan aku ke kan?
Think
for the worst thing and be prepare bak kata si Zai tu.
“Siapa tu?”soal Taqi.
“Team
rep saya.”Aku menjawab ringkas. Sudahlah si Arul siap cakap aku bergayut
dengan boyfie lagi tadi. Hisy! Memang
mintak kena ketuk dengan pencil case si
Arul ni.
“Since
awak pun ada discussion sekarang,
saya macam serba salah pula ni padahal banyak benda lagi saya nak cakap ni.
Awak busy tak malam ni? Saya datang
sana?”Taqi menyoal tiba-tiba.
“Malam?” Errr…..
Incoming
call daripada Wafia
membuatkan aku tersentak.
Alamak.
“Err…okey. Nanti awak text masa dengan tempat? Saya nak cepat
ni, kawan-kawan saya dah tunggu nak mulakan discussion.
Sorry. Assalamualaikum.” Dan…terus
aku putuskan talian. Langkah aku atur laju mencari meja yang dihuni ahli
kumpulan aku.
‘Betul ke tindakan aku ni? Rasanya lately, macam kerap sangat dah aku jumpa
Taqi ni. Dulu dengan Ian, bukan main lagi aku bertegas dengan bermacam alasan.
Kenapa tidak dengan Taqi?’ aku tarik nafas setelah kaki selesai memanjat anak
tangga terakhir.
‘Tapi Taqi buat macam ni demi Ian…’
Dan…hati aku tiba-tiba terdetik rasa
tidak enak. Macam ada benda tak kena dah jadi.
Ian tak apa-apa kan?
Message
yang dihantar Taqi
aku baca berulang kali.
Ian demam. Dah dua hari. Maybe factor
kejutan cuaca. Housemate Ian yang hantar text pada mak Ian sebab tak nak family
Ian risau. Sekarang suhu dah turun, ada nampak kesan pemulihan positif lepas
pergi klinik.
Aku
klik icon Gmail pada bookmark bar pada page Google Chrome yang sedang aku gunakan untuk cari bahan assignment ni.
Panjang
lebar aku menaip pesanan lalu dihantar pada peti e-mail Ian. Aku dah cuba hubungi dia melalui telefon, tetapi tiada
respons, jadi hanya ini jalan terakhirnya. Harap-harap dia bacanya.
“Apa
sebenarnya yang awak tak puas hati ni, Ian? Saya ada buat salah apa?”soalku
perlahan, lebih kepada diri sendiri. Cuba sebaiknya untuk mencari punca Ian
meluahkan kata-kata sebegitu padaku beberapa hari lepas.
“Kawan
backstabber?” kawan yang tikam dari
belakang. Kawan makan kawan…
Kata-kata
Ian membuat aku terkenangkan kisah sem satu masa aku mula-mula melangkah masuk
ke dalam uni dulu.
“Na’ie!”Aku
yang terkejut cepat je berpaling memandang suara yang nyaring memanggil nama
aku tadi.
“Ape?”
dengan muka yang sedikit tak berpuas hati. Kut iye pun tak perlulah nak jerit nama
aku sampai macam tu. Karang glamour
aku tak pepasal. Hisy.
“Kau
dah beli lunch?” soal Nurul.
“Belum.
Aku tunggu Dina siap mandi. Dah janji pergi dengan dia. Kenapa?” Aku sandar
balik pada kepala katil double decker
hostel uni. Heh, nasiblah budak freshie
kena buli duduk bangunan hostel lama yang paling puaka rupanya padahal blok
baru tu banyak je bilik kosong.
“Pergi
sama la. Aku pun nak turun kafe ni, tapi sorang-sorang
macam segan pulak. Karang abang kafe ngorat
aku…” dia tersengih depan cermin loker dia.
Pftt.
Aku mencebik dalam hati. Ni bajet hotstuff
sangat apasal?
‘Sabar
Na’ie…sabaaarrrr…’aku tarik satu buku dan terus mulakan bacaan yang tertangguh.
Baik aku isi masa yang ada dengan benda berfaedah sementara tunggu kawan baik sejak
sekolah aku si Asmadina tu siap mandi.
“Wei,”
Tanpa dijemput Nurul dah melabuhkan duduk diatas katil aku.
“Apa?”
Aku kerling dia sekilas sebelum alih mata ke buku aku semula.
“Tadi,
masa aku nak masuk sini aku nampak budak bilik depan tu bukan main lagi
bergayut dekat telefon. Macam dia je yang ada pakwe. Uhh, menyampah aku.” Nurul
buat muka menyampah.
“Oh,
konfiden je kau kata dia gayut dengan pakwe. Entah-entah dia cakap dengan mak
bapak dia ke? Lagipun kau bukannya kenal pun budak tu…” aku tak setuju.
“Kau
lagi maklum kut sebab kau buat andaian tanpa usul periksa juga tuduhan tanpa
bukti boleh menyebabkan jatuh hukum fitnah? Besar dosa fitnah ni sebab ianya
melibatkan maruah dan nama baik orang lain,” Ha. Kan ustazah Na’ie dah mulakan
kelas dia? Kesimpulannya, don’t easily
judge a book by its cover. Mudah sangat menjatuhkan hukum pada orang lain.
Nurul
buat muka toya dia dengan apa yang aku cakap tadi.
“Wei
fitnah apa pula, beragak la nak cakap dengan mak bapak siap berabang-abang
lagi,” dia masih nak tegakkan pendapatnya.
“So, dia tengah cakap dengan abang dia
lah tu,” Aku menjawab tenang.
“Hello, siap berabang bersayang lagi
wei…” Dia tepuk paha aku bila aku macam buat layan tak layan dengan apa yang
dia cakap.
“Dengan
tunang dia la tu,” aku keluarkan jawapan baru.
“Eh,
ingat dah bertunang boleh nak panggil manja-manja macam tu? Belum kahwin dah
berabang bersayang…” dia masih membebel berkaitan
budak-bilik-depan-bergayut-dengan-pakwe-yang-what-so-ever-sehingga-mengganggu-masa-aku-nak-membaca-ni.
“Apa
masalah kau ni sebenarnya?” Aku ni dah masuk aura kegelapan yang turut membawa
awan komulonimbus yang juga membawa hujan lebat dan rebut petir….
Isy,
nak di marah, kawan satu bilik, nak dibiarkan, asyik mengacau aku je tak
sudah-sudah dengan benda-benda yang entah apa-apa saja. Isy, rimaslah!
Buku
tadi aku tutup. Hilang mood nak
membaca. Baik kemas baju dalam loker.
“Hehe,
rileks la. Kau ni aku tengok asyik ke hulu ke hilir bawa handphone tu kenapa?” soalnya mengubah topik bila topik dia tadi
dah berjaya buat seluruh bilik kami rasa bahang kemarahan aku agaknya.
‘Ececeh, ayat mintak penumbuk comel sebab
perasan hebat ye kau Na’ie..’aku senyum sendiri. Ni padah terlebih baca komik
ke apa?
“Bila
masa aku bawa ke hulu ke hilir? Aku tinggal je kut kat sini. Charging kan?” Aku senyum herot. Apa
kena budak ni?
“Wah…Na’ie,
banyaknya baju!” Nurul dah bangkit berdiri di sebelah aku yang tengah susun
baju kurung ikut warna pada penyangkut. Susun baju pun kena sistematik. Ini
bukannya cerewet, tapi teliti..he he.
“Tak
ada maknanya banyak. Ni bolehlah guna untuk satu minggu. Masa awal-awal sem ni
serabut sikit jadi baik sediakan baju untuk satu minggu ni. Takut tak sempat
nak basuh,”Aku menjelaskan.
“Oh.
Erm, untunglah. Aku ada 3 pasang je baju kurung dalam loker tu. Itu jelah yang
adapun kat rumah aku tu…nak buat macammana kan,” Nurul bersuara sedih pula.
Aku
garu kepala seketika. Aduila.
“Aku
pun kalau di ikutkan, ada berapa pasang je baju yang memang baju aku sendiri.
Yang banyaknya hadiah daripada family
aku…” Aku susun tudung pula. Loker ni boleh tahan kecil jugaklah sebab nak guna
untuk simpan macam-macam barang, jadi kenalah susun semua elok-elok barulah
senang nak cari bila nak guna nanti.
“Erm,
aku ni nak harap dapat baju kurung baru, memang tunggu raya jelah. Itupun
setahun sepasang je,” Dia bercerita lagi.
Aku
diam sambil pasang telinga saja. Aku memang lemah sikit bab nak pujuk memujuk
orang ni. Tapi kes dia ni kena pujuk juga ke?
“Aku
rasa, saiz kita ni lebih kurang je kan?” soal Nurul sambil bangkit merapati
deretan baju kurung yang aku gantung kemas dalam loker.
Aku
angkat muka daripada lipatan tudung di riba.
“Agaknya,”
Aku senyum segaris. Tapi aku tinggi, dia rendah sikit…kut?
“Lawalah
warna dengan corak baju-baju kau Na’ie…” Nurul keluarkan sepasang baju yang aku
dah sangkutkan kemas pada penyangkut lalu diacukan pada tubuhnya sendiri.
“Orang
dah kasi, aku terima je dengan hati yang lapang…” aku jawab ikhlas. Dah memang
betul sebab baju yang Nurul tengah pegang tu adalah pemberian makcik aku masa
aku teman makcik aku tu cari baju untuk majlis entah apa tahun lepas. Dan baju
pesak gantung kain batik lukis Terengganu itu memanglah baju kesayangan aku.
Makcik aku beri baju dengan batik lukisan tangan itu sebab bakal cikgu memang
perlukan pakaian dengan tema batik, katanya.
“Sama
saiz dengan aku la,”Nurul belek size tag
pada leher baju.
Aku
pandang muka Nurul yang nampak teruja semacam. Macam kesian pula aku tengok.
Hailaa.
“Nak
pinjam?” aku menyoal ajak-ajak ayam.
“Nak!
Boleh ke?” Nurul melompat riang.
Tapi
tak sampai hati pula nak kata ‘no’
bila Nurul ni dah happy semacam.
“Boleh…tapi
kena janji jaga baik-baiklah. Ni, baju kesayangan aku tau.”Aku senyum segaris.
“Terima
kasih, Na’ie! Aku janji akan jaga baik-baik! Mesti mahal baju ni sebab aku rasa
kain sutera ni…”Nurul menjawab dengan muka bercahaya. Seronok benar gayanya.
“Tapi
sebelum tu…kau, tak ada sakit kulit kan?” soalku terus terang. Baik mencegah
daripada merawat. Karang tak pasal-pasal, naya je aku.
“Tak
adalah, sayang.”Nurul cubit pipi aku.
“Fine, then.”Aku tepuk tangan dia yang
suka suki je cubit pipi aku tadi. Sakitlah.
Kelibat
Dina yang melangkah masuk dengan baldi kosong menarik perhatianku.
“Eh,
Dina dah siap dah?” Aku Senyum pada Asma.
“Dah,
jap eh aku nak carik tudung…” Asma letakkan baldi kosong di bawah meja
studynya.
“Siaplah,”
aku pandang Nurul yang masih tak sudah belek baju tadi.
“Okey,”
Dia sangkutkan balik baju tadi ke tempatnya.
“Malam
nanti aku ambil ye, nak pakai esok.” Sempat dia berkata padaku ketika aku
tengah sibuk cari tudung untuk turun ke kafe.
Aku
angguk saja.
Mak aii! Gelapnya bilik. Kenapa tak buka
langsir ni?
Aku
tarik langsir dijendela utama bilik kami. Tingkap kaca aku buka perlahan-lahan.
Maklumlah bangunan lama, semuanya dah ala-ala uzur semacam je gaya. Cahaya
matahari dan udara luar yang segar menerobos masuk ke dalam bilik.
Barulah
selesa nak makan macam ni.
Aku
melabuhkan duduk pada kerusi di meja studyku.
Tudung dan kad pelajar aku buka dan letakkan di atas katil agar tudung tadi
tidak renyuk.
Pandangan
aku tala keluar bilik. Penatnya.
Asmadina
tengah keluarkan sudu dan cawan dia dari loker sebelum ambil tempat di meja studynya yang bersebelahan saja denganku.
Tudung dan kad pelajarnya juga diletakkan ke katilnya, seperti yang aku
lakukan.
“Bagus
betullah. Orang sibuk ke sana ke mari, dia boleh sedap landing atas katil.” Asmadina tiba-tiba bersuara membuatkan
keningku berkerut.
“Siapa?”
Soalku sambil keluarkan polistrin makanan daripada plastik.
“Tu,”
Asmadina muncungkan bibirnya ke belakang kami.
Baru
perasan rupanya Nurul masih ada di situ.
“Dia
tak pergi kelas ke?” pelik sesaat aku.
“Kak
Ana tu elok je pergi kelas? Satu course
kut?” Asma tadah tangan membaca doa. Aku pun ikut sama.
“Kelas
lain kut,” Aku perhatikan Asmadina memulakan suapan dengan ucapan basmallah.
“Tadi
kuliahlah. Kak Ana yang kasi tau aku masa dekat lift, katanya ada kuliah course
dekat auditorium utama sebab ramai sangat kalau nak buat kau auditorium
fakulti,”Asmadina menerangkan.
Aku
jungkitkan bahu sambil mulakan suapan. Lepas Zuhur nanti ada kelas lagi. Ni
kena cepat, bolehlah rehat sekejap sebelum masuk kelas semula.
Kami
berdua senyap saja lepas itu.
“Wei,
korang dah beli makanan?”soal Nurul dengan suara serak baru bangun tidur.
“Alhamdulillah,
dah siap makan pun. Lepas ni kena pergi kelas lagi,” belum sempat aku jawab,
Asmadina dah jawab dulu. Sinis. Dia senyum segaris sebelum bangkit keluar
daripada bilik.
Nak buang bekas polistrin dalam tong sampah dekat luar bilik.
“Kau
tak pergi kuliah ke Nurul?”Soalku sambil menutup bekap polistrin yang sudah
kosong.
“Aku
terbangun lewatlah. Dah alang-alang lewat, aku sambunglah tidur semula.” Dia
buat muka tak bersalah.
Aku
senyum senget. Bagusnya perangai kan? Bukannya aku tak perasan semalam hampir
nak masuk jam 3 pagi si Nurul ni masih lagi bercakap-cakap di telefon. Walaupun
dia bercakap disebalik bantal dengan nada berbisik habis perlahan, tapi suasana
malam yang hening dan sunyi tetap juga membuatkan suaranya itu menggangu aku.
Sampai aku kena sumbat earphone kat
telinga, barulah boleh lena.
“Jangan
buat selalu, Nurul. Pointer jatuh,
naya kau nak bangkit semula. Jangan sampai scholarship
kena hold sebab pointer rendah dah la,” Aku mengingatkan. Abang sepupu aku pernah
nasihat benda ni dengan aku sebelum aku masuk sini dulu. Ada jadi kes, pihak scholarship sekat dana saku dan yuran
pelajar untuk satu sem sebab performance
tak bagus, naya je kena tanggung segala kos bagi sem itu sendirian berhad ye.
Lagi teruk, selagi prestasi tak naik, selagi itulah pinjaman pendidikan itu
akan disekat. Ohh, naya!
Baru
je aku nak melangkah keluar, handphone
aku pula berbunyi.
“Assalamualaikum,”
Aku spontan senyum sebaik menyambut panggilan tersebut.
“Waalaikumsalam,
hei…sepatutnya I yang kasi salam
sebab I yang call you…ini dah jadi
terbalik pula,” Ian tertawa kecil dihujung talian.
“Ian,
I rasa…it doesn’t matter siapapun yang bagi salam…so, kenapa call ni?” Aku
keluar ke koridor, tidak selesa berbual bila ada orang yang sedang mendengar.
Lagi-lagi bila orang yang mendengar itu Nurul. Banyak pula andaian dia nanti.
“Saja,
rindu kat youlah. Jom meet-up? Petang ni I datang uni you
boleh?”Ian berkata tenang.
“Alahai,
so sweet of you. But jangan nak mengada sangat ye awak tu tengah sibuk kat sana kan?
Nanti-nantilah, ye..” Aku geleng kepala sendirian.
“Okeylah.
Later pun boleh. By the way, how was your day?”
“So far, Alhamdulillah.”
“Alhamdulillah,
dah lunch?”
“Dah,
Alhamdulillah. You ni, tanya I dah lunch ke belum you tu dah
ke?” aku pulangkan soalan pada Ian semula.
“I tunggu you masakkan untuk I.
Makanan kat kafe uni I semuanya tak sihat…”Ian ketawa kecil
dihujung ayatnya.
“Amboi,
demand. Tapi unfortunately, I tak reti
masaklah you…” Aku balas dengan ayat I-you macam yang Ian selalu guna.
“Aaaabaaannnggg….aaayyyaaanngg
riiiinnndduuuu dekat abang. Abang rindu ayang tak? Alaaaa ye ke? Flying kiss? Bolehhhh….muaaahhh
muuaahhh…”
Aku
yang terkejut terus berpaling lipat maut ke suara gedik di sebelah yang cukup
aku kenali.
NURUL?!!
“Hello,
Na’ie…who was that…?”Suara Ian pun
macam bernada terkejut juga.
“A friend of mine. Ian, I’ll call you later. Assalamualaikum,”
Aku terus end call sebelum aku
pandang tajam muka Nurul yang tengah menempek rapat dengan aku.
“Kau
buat apa ni, Nurul?” soalku. Ni aura hitam dah nak keluar ni…
“Cakap
dengan abang sayang ke? Hari tu cakap tak ada?”soal Nurul sambil angkat
keningnya.
“Ni
cakap dengan siapa pula? Pakwe ke? Ada gambar dia tak? Hensem tak? Siapa nama?”Nurul
masih mengasak dengan pelbagai soalan.
“Kawan.
Tak ada pernah mintak gambar dia apatah lagi nak simpan. Aku tak ada
kepentingan nak simpan-simpan gambar anak teruna orang dalam handphone. Buat semak memory card aku je.”Aku menjawab sinis.
Tapi memang betul aku tak ada simpan pun gambar Ian dalam handphone aku ni.
“Err..okey.
Tapi kawan apa mesra semacam je? Aku jarang nampak kau senyum lebar macam tadi
dengan orang lain selain si Asmadina tu…”
“Dia
dengan Dina sama-sama kawan baik aku. Tapi sebenarnya, Dina adalah kawan
terbaik aku. Tak ada sesiapa ada level
yang lebih tinggi daripada Dina sebagai sahabat dalam hati aku selama ni,”
Sejujurnya, Asmadina sahabat aku, dunia akhirat.
“Dia
tu, lelaki kan? Perempuan dengan lelaki boleh ye jadi kawan baik?” dia tayang
senyum yang aku kira senyuman sinis bagai menyindir dan mempertikai hubungan
kami.
“Kalau
hati ikhlas, dan batas pergaulan dijaga baik, Insya-Allah…”Aku menjawab.
“Tapi
mustahillah kawan je. Walaupun guna I –
you je, tetap juga kedengaran mesra semacam?” Nurul masih tak putus asa
mengorek rahsia.
“Oh yeah, I – you tu normallah orang guna nak cakap dengan kawan, kan? Dah
namapun kawan, kenalah mesra. Kalau asyik terjerit-jerit, itu bukan kawan, tapi
setan. Lagipun, tak salah aku rasa nak guna I
– you, sebab belum nikah pun, kalau senang-senang nak guna abang sayang
dengan lelaki ajnabi. One more thing, mesra dengan manja dua benda
berbeza ye. Aku boleh mesra dengan semua orang, tapi aku tak manja dengan
sembarang orang.”
“Amboi,
perli aku ke?”soal Nurul. Hari tu dia yang beria-ria mengutuk budak bilik depan
berabang bersayang, ni dia pun sama je 2x5. Macamlah aku tak dengar dia
bercakap malam tadi tu. Semak telinga, rasa nak muntah pun ada.
“Tak,
aku cakap generally. Mana ada mention nama kau, kalau terasa baik juga…
boleh betulkan mana yang rasa ada kurang betulnya tu.” Aku menjawab berani.
Bila hati dah berasap ni, aku jadi berani semacam je rasanya.
“Please,
leave me alone. Aku tak pernah kacau kau sebelum ni, kan?” kataku tanpa
segaris senyuman seperti selalu. Kenapa aku rasa perangai Nurul ni makin
melampau hari demi hari?
“Okey.”
Pendek saja jawapan Nurul sambil melangkah masuk ke dalam bilik semula.
Okey?
Je?!!
At least, say
sorry ke apalah kan? Dia dah buat onar kut?
Aku
masuk ke dalam bilik semula, malas nak layan rasa marah ni. Kalau diikutkan,
boleh jadi gaduh pula karang.
Masa
yang ada ni, baik aku prepare baju
untuk perhimpunan bulanan fakulti pukul 7 pagi esok. Semua pelajar di wajibkan
berpakaian baju dengan tema batik. Nasiblah aku ada baju batik, kan….kalau tak
memang haru.
Satu
persatu penyangkut baju aku selak.
Eh?
Mana ye?
Baju
yang aku cari tiada ditempat sepatutnya. Bila difikir-fikir baru aku teringat,
Nurul kan pinjam baju tu 4 hari sudah. Hari Isnin hari tu.
“Nurul,
mana baju aku yang kau pinjam hari tu?” soal aku pada Nurul yang masih
bermalas-malasan di atas katilnya yang masih bersepah dengan selimut yang
bergumpalan di hujung kaki katil.
“Kenapa?”
soalnya sambil mengangkat muka memandang aku dengan rasa tak bersalahnya.
“Aku
nak gunalah. Takkan nak buat masak kicap kut?”Aku ni dah lah memang tengah
panas hati dengan dia, ni dia boleh buat loyar buruk sambil tayang muka tak
bersalah pula pada aku?
Asmadina
masuk bersama helaian kertas ditangan. Dia ada memberitahu aku dia mahu ke
bilik kawan sekelasnya untuk mengambil beberapa bahan untuk kelas petang ni.
Asmadina terus ambil tempatnya di sebelah meja studyku tanpa mengetahui keadaan antara aku dan Nurul yang mulai
tegang.
“Kau
nak guna bila ni?” soal dia lagi.
Aku
ketap gigi. Boleh dia tanya macam tu kat aku? Aku tengah minta baju aku semula
kut, bukannya minta baju dia?
“Esok
pagi, pukul 7 tapi aku nak iron
sekarang sebab takut tak sempat sebab malam ni aku ada program fakulti dekat
Auditorium utama entah sampai pukul berapa. Is
that clear enough for you or you want me to explain it again?” memang
menduga sabar betul dia ni!
“Alamak
wei, Na’ie aku sebenarnya belum sempat basuh lagilah baju tu….” Nurul keluarkan
baju kesayangan aku tu daripada bakul baju kotornya yang dah penuh melimpah
ruah itu.
Membuntang
besar mata aku sikit lagi nak terkeluar daripada soketnya melihatkan baju
kesayangan aku dilayan seteruk itu oleh orang yang telah berjanji untuk menjaga
sebaiknya sewaktu mahu meminjamnya 4 hari sudah.
Aku
ambil baju itu daripada dia. Melihatkan tompok-tompok kecil berwarna hitam yang
sudah mencemari beberapa bahagian baju bertanah putih dengan bunga berwarna
ungu itu benar-benar membuatkan hatiku rabak.
“Kenapa,
Na’ie?” soalan Asmadina sudah tak mampu aku jawab. Langkah aku bawa menuju ke
katil.
Baju
yang aku pegang dirampas Asmadina.
Mataku
yang mulai berkaca dapat mengesan perubahan riak wajah Asmadina si kawan baik
kesayangan aku tu.
“Nurul?!”
melenting tinggi suara Asmadina.
“Sorrylah…aku tak tahulah pulak boleh
sampai tumbuh kulat tu…”Nurul garu-garu kepalanya.
“Na’ie…sorry ye…nanti aku basuh sampai hilang
kesan tu ye…”Nurul duduk memujuk aku.
“Kalau
boleh hilanglah kan? Kalau tak boleh hilang, kau nak ganti ke? Nak bayar
pampasan?” Asmadina masih bernada tak puas hati.
“Ganti?
Pampasan?” Pucat terus muka Nurul.
“Heh.
Kalau nak ganti, kena cari dekat Terengganu sana. Then you know what, this
baju will cost you almost RM300. Handmade punya batik ni, tahu tidak?
Jangan reti pakai lepas tu tergedik-gedik carik perhatian daripada lelaki kat
kelas je…baliknya, tak reti-reti nak basuh elok-elok baju orang.”Tajam
kata-kata Asmadina turut mengejutkan aku.
“Dina…”Aku
tarik perlahan tangan Asmadina. Makcik sorang ni, jika dibiarkan…ada jugak
karang patah riuk tulang si Nurul ni.
“Eh,
perempuan ni melampau tau Na’ie. Makin didiamkan makin menjadi pulak dia. Dahlah
malam-malam buat bising kacau orang nak tidur je,”Asmadina meluahkan rasa tidak
puas hatinya.
“Sorry…”Nurul terkulat-kulat.
Aku
hela nafas perlahan-lahan. Baju di tangan Asmadina aku capai kembali.
Sakitnya
hati aku…
Baju
tu memang mahal, sebab tu aku sayang dan jarang-jarang pakai. Lagi satu aku
malas nak pakai selalu sebab baju tu leceh nak dijaga. Nak basuh pula kena guna
tangan, tak boleh sembarangan tuang fabric softener
sebab nanti tinggalkan tompok…tapi sekarang…
“Kau
nak ke mana Na’ie?”Asmadina pegang lengan aku.
“Aku
nak pergi kelas teruslah.” Aku menjawab senada sambil membetulkan kedudukan
tudung bawal di kepala.
“Habis
belum Zuhur lagi?”
“Nanti
Zuhur dekat masjid uni je,” aku memutuskan. Otak aku tengah kusut sekarang ni.
“Qira?”satu tepukkan dibahu membuatkan aku
tersedar daripada lamunan panjang itu.
“Handphone duk bunyi dari tadi tu,” Kak
Jay alakan jari telunjuknya pada handphone
di depan aku.
“Oh,
sorry menganggu. Tak perasan kak,”
Aku kalut mencapai handphone aku tu.
Kak Jay senyum saja sambil berlalu keluar. Sekarang ni rumah kami tinggal 3
orang je. Aku, Kak Jay, dan Suha. Yang lain balik ke rumah keluarga
masing-masing tak pun ke rumah sedara mara terdekat untuk menghabiskan cuti
hujung minggu. Kak Jay ada juga Suha temankan dalam bilik, aku ni nampaknya
tidur sesorang jelah. Kak Yin dengan Kak Una tak ada.
“Waalaikumsalam,”
Aku menjawab salam Taqi di hujung talian.
“Oh?
Sekarang?” nasib tak terbalik jatuh ke lantai aku sebaik Taqi menyatakan
rancangan mengejutnya itu.
“Err…saya
ada dengan dua orang roommate saya je
ni. Yang lain balik rumah family,”
kataku lagi.
“Jomlah,
kejap lagi saya sampai. Ni dah sampai Serdang…awak ajaklah roommate awak sekali. Sekali-sekala keluar tukar angin, boleh bantu
otak jadi lebih produktif tau…” macam biasa, Taqi the sweettalker ni, ada je idea dia nak beli jiwa orang suruh ikut
cakap dia. Haiih.
“Alaa…tak
payah susah-susahlah Taqi…” Aku rasa nak buat lompat bintang sebab serba salah
dan risau bukan main ni. Apa aku nak cakap dengan Kak Jay dan Suha ni? Dahlah
aku sangatlah rahsiakan kewujudan dua orang kawan misteri aku ni daripada semua
orang…
“Tak
susah mana pun. Kita pergi Metro Kajang je pun. Tak jauh mana daripada uni awak
tu, dan saya janji before 10pm, saya
hantarlah korang balik…erm? Bolehlah eh?” Taqi pujuk lagi.
Hailaaa…..
“Kejap,
saya tanya diorang dulu…jangan letak dulu nanti macammana saya nak call awak balik sebab private number ni?” aku bawa langkah ke
bilik sebelah.
“Assalamualaikum,
Kak Jay…Suha…” Aku jengukkan kepala ke dalam bilik. Kak Jay tengah duduk depan lappy. Suha tengah baca tafsir Al-Quran.
“Kak
Jay dengan Suha nak tak keluar lepas maghrib nanti?”Soalku.
“Keluar?
Turun kafe? Mestilah…lapaaarrr ni…” Suha gosok perutnya.
Aku
geleng perlahan. Suha kerut kening. Kak Jay masih diam memerhati.
“Metro
Kajang?” ucapku lambat-lambat.
Bulat
mata Kak Jay dengan Suha mendengarkan nama pusat beli belah di Kajang itu.
“Ha?
Nak pergi dengan apa? Naik tren malam-malam ni?” Muka Kak Jay dah cuak semacam.
“Tak,
naik kereta. Sebenarnya dengan kawan saya…boleh?” soalku lagi.
“Errr…”
Kak Jay dan Suha saling berpandangan.
“Akak
memang plan nak ke bandar depan tu nak cari barang sikit, tapi ni dah Qira ajak
pergi Metro Kajang ni…”
“Okey,”
Kak Jay beri persetujuan.
“Suha?”
aku menoleh pada Suha pula.
“Kak
Jay dah ikut, tak nak saya tinggal sorang. Nanti kena makan sorang, wuuuu…tak
nak. Saya pun on,” Suha sengih.
“Okey,
bersiaplah…nanti lepas maghrib kita turun tunggu kawan saya dekat bawah eh,”
Aku rapatkan semula pintu bilik mereka sebelum kembali menekap handphone ke telinga.
“Okey.
Kami nak tunggu kat mana ni? Kat rounder
board pintu utama uni?” soal aku sambil membuka pintu loker, mencari
pakaian sesuai.
“Eh,
tak yah. Saya masuk ambil awak depan café hari tu, boleh? Lagipun saya maghrib
dekat masjid uni awak ni. Sekali jalan je pun nak keluar nanti, lagipun bahaya
korang jalan malam-malam macam ni.” Pintas Taqi.
“Hello,
Mr Taqi, kami dah selalu dah jalan dalam kampus malam-malam ni sebab selalu
juga ada kelas malam,”kataku sambil tertawa kecil. Ada-ada je Taqi ni.
“Oh
eh? Ha ha, but still awak tunggu dekat café hari tu, later saya datang fetch
korang,”Taqi ikut ketawa juga.
“Okeylah
kalau macam tu. Take care ye, bawa
kereta elok-elok. Dah petang sangat ni, bahaya.” aku buat pesanan penaja pada
Taqi.
“Baiklah,
nanti saya call semula ye. Take care,”talian ditamatkan setelah
kami saling berbalas salam.
“Qira….”suara
Kak Jay disebalik pintu bilik aku.
“Masuklah
kak,” Aku senyum pada Kak Jay.
“Lelaki
yang Qira cerita hari tu kan? Yang kami nampak dekat café tu?”Kak Jay rapatkan
pintu sebelum berdiri di depan aku yang sedang duduk di meja study bersebelahan katil.
“Eh,
duduklah kak…” aku tepuk katil aku mengisyaratkan Kak Jay supaya duduk.
“Katil
awak licin sangat, akak takut nak duduk…” Kak Jay tayang muka serba salah.
“Ya
Allah, duduk je kak. Isy isy…” aku ketawa kecil. Cadar katil aku tu memang
selalu aku pastikan kemas tegang membaluti tilam. Kalau tak kemas, nanti
serabut otak aku jadinya.
Kak
Jay sengih sambil duduk penuh hati-hati. Aku geleng kepala dengan gelagat Kak
Jay yang masih risaukan keadaan cadar katil aku tu. Sungguh aku tak ambil hati
pun kalau ada renyuk ke apa, sebab nanti-nanti boleh je betulkan semula…bukannya
susah manapun.
Sebenarnya,
aku selesa dengan Kak Jay. Dia seorang kakak yang sangat memahami lagi
penyayang dan lemah lembut. Jadi, pada dia aku mula ceritakan serba sedikit
kisah aku, Ian dan Taqi. Alhamdulillah, Kak Jay menerima apa yang aku ceritakan
dengan fikiran terbuka.
Kisah
aku dan Dina bersama budak bernama Nurul masa semester pertama itu pun aku
ceritakan sama. Nurul yang dah berjaya buat Dina bergaduh besar dengan kawan
istimewanya dan juga hampir menyebabkan hal yang sama pada aku dan Ian. Nurul
senyap-senyap ambil nombor kawan istimewa Dina dan senyap-senyap cuba hasut
lelaki itu dengan benda bukan-bukan berkaitan Dina sehingga lelaki itu akhirnya
bergaduh besar dengan Dina dan Dina terus ambil keputusan untuk putuskan
hubungan.
Hal
aku dengan Ian, mujurlah tidak seteruk itu kerana dia tidak berjaya mendapatkan
nombor dan perhatian daripada Ian. Dah berkali-kali Ian nasihatkan supaya aku
menjauhkan diri daripada orang macam Nurul itu, tapi aku degil tak mahu dengar
sebab kasihankan Nurul. Kes baju aku tu pun masih tak buat aku insaf, dan masih
terus memberi peluang pada Nurul sehinggalah aku nampak dengan mata kepala aku
sendiri dia angkat panggilan Ian secara curi-curi masa aku pergi ke tandas. Bukan
main gedik lagi ber-ayang-ayang.
Lepas
tu, aku ada jugalah buat mogok dengan Ian. Dah tahu itu bukan suara aku, yang
dia tak putuskan je panggilan kenapa? Suka sangatlah melayan perempuan gedik
tu? Suka sangatlah orang panggil dia abang dengan suara manja macam kucing
parsi patah gigi tu? Tapi Ian kata dia tak ambil peduli pun Nurul tu buat gaya
macam manapun, Ian siap kata nak muntah 5 baldi lagi dengar suara Nurul.
Herm,
akibat kes itu adalah dalam seminggu juga kami hubungan kami jadi dingin.Tapi
mujurlah Ian sabar memujuk dan menjelaskan situasi keadaan. Sampai satu tahap,
Taqi pun terpaksa masuk campur menjernihkan suasana.
Dan,
apa yang lebih mengejutkan aku… pengakuan Ian bahawa hal itu bukanlah kali
pertama berlaku. Sebelum ni, Nurul dah pernah buat begitu bila kebetulan Ian
ada call dan aku tinggalkan handphone aku di bilik. Nurul minta Ian
kasi gambar kat nombor dia.
Aku
tak faham betul masalah Nurul ni. Dulu dia kacau kawan Dina, sekarang dia kejar
Ian pula. Mungkin sebab kes Ian datang kasi kejutan kat aku masa kami makan dinner di café. Masa tu, Nurul ada
sekali dengan kami. Bagai nak terkeluar mata dia merenung Ian tak sudah-sudah. Naik
geram pula aku melihatnya. Asal nampak lelaki hensem yang pandai bergaya je
mulalah dia nak jadi kucing parsi patah gigi tu.
Bukannya
aku ni nak buat andaian jahat pada dia, tapi memang aku sendiri nampak dengan
mata kepala aku sendiri si Nurul ni melayan ramai pelajar lelaki entah dari
fakulti mana entah. Rimas aku kalau keluar sekali dengan Nurul kerana pasti ada
saja lelaki yang ditegurnya. Kalau tegur saja tidak apa juga, ini siap
kenyit-kenyit mata lagi.
Lepas
tu, sungguh aku putus hubungan terus dengan Nurul sebab tak tahan dengan
perangai dia. Sungguh kata Ian, dia bukan orang yang baik untuk dibuat kawan. Ian
kata, even dia tak pernah jumpa Dina,
dia yakin Dina yang walaupun agak kasar perangainya…tetapi Dina adalah seorang kawan yang baik dan tulus.
Dan
aku setuju dengan Ian. Dulu Dina jenuh dah nasihatkan aku pasal Nurul, Dina minta
aku hati-hati dengan Nurul yang bertopengkan manusia naif tetapi sebenarnya dialah manusia paling rakus
pernah aku kenal.
Macam-macam
hal dah jadi pada hubungan jarak jauh antara aku dan Ian ni. Tapi kami masih
bertahan. Ian masih setia, dan aku masih mencuba. Apa yang penting kami tetap
saling menjaga.
Dulu
dia di Shah Alam, aku di Bangi.
Sekarang,
dia di Queensland, Australia…dan aku masih di Bangi, nak habiskan degree dekat uni.
Jarak
km kami semakin bertambah. Jurang prestasi kami semakin besar. Dia bakal jadi a
degree holder dari University of
Queensland, sedangkan aku hanyalah graduan IPTA dalam Malaysia. Dia bakal menjadi
seorang engineer yang berkarisma
sedangkan aku bakal menjadi seorang cikgu yang hidup serba sederhana. Sesuaikah
kami bergandingan bersama?
“Qira?
Dah masuk maghrib ni? Dah iron baju
ke?” suara Kak Jay dengan tepukan kecil di riba aku membuatkan lamunanku gugur.
“Oh,
belum. Saya sarung jubah je kak, malas nak iron
baju nak keluar malam-malam ni,” kataku dengan senyuman.
“Eh,
akak dengan Suha pun plan nak pakai jubah tadi. Jadi boria lah kita malam ni,”
Kak Jay ketawa kecil sambil bangkit membetulkan cadarku.
“Akak,
tak payah susah-susah…biar je cadar tu..” aku tarik tangan Kak Jay. Kak Jay ni
risau sangatlah. Serba salah aku dibuatnya.
“Jomlah
solat Jemaah kat bilik akak,” Kak Jay mempelawa.
Aku
senyum sambil mengangguk perlahan.
Apa
agaknya yang Taqi nak cakap nanti ye? Bunyi macam serius je? Pasal Ian ke?
*****
Selamat membaca, terkurang sana sini, maaf ye:)
*****
Selamat membaca, terkurang sana sini, maaf ye:)