My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

13 June 2013

KONTRAK CINTA PJJ -CHAPTER 6 - by MR SWEETTALKER

Dari hati Ian
                             Lake Bus Station, University of Queensland.
Uaaaarrrrrggghhhh.
Letih.
Stress.
Otak serabut.
Fikiran berkecamuk.
Tangan naik mengurut pangkal leher dan juga kedua belah bahu yang terasa sengal mengendong beg sandang sehari suntuk ini ke sana ke mari.
Galaxy Note II di bawa keluar. Whats app si Mat tanya bakal arkitek itu sedang berada di mana. Selesai dengan urusan pertanyaan pada Mat, Galaxy Note II di masukkan ke dalam saku semula.
Kepala rasa berat, badan pun lesu semacam je. Ini dah keluar petanda awal nak demam dalam masa terdekat je ni.
Minggu ni sekali lagi berlangsung penuh hectic. Padat dan sesak dengan bermacam perkara. Rasa macam tak cukup nafas je nak settle semua perkara on time.
‘Ketika susah, ketika senang. Walau awak rasa awak keseorangan di sana menghadapi sebarang ujian, ingatlah sebenarnya awak bukan bersendirian. Awak ada ALLAH. 24/7, di mana-mana sahaja. Mohonlah daripanya-Nya...’Bagai terngiang-ngiang suara si jantung hati itu mengucapkan kata nasihat itu suatu ketika dahulu. Dulu, ketika dia masih di bumi Malaysia membuat kelas persedian sebelum terbang ke bumi kanggaru ini.
Nafas ditarik sedalam mungkin sebelum di hembus keluar  perlahan-lahan.
“Allah, kuatkan hamba-Mu ini dalam menempuh segala dugaan dan ujian-Mu,” serentak itu aku kerah bibirku mengalunkan zikir pada Yang Maha Esa.

Minit demi minit berlalu, suasana petang kian sibuk dengan kenderaan keluar masuk dari jalan utama kampus. Bangku khas di pondok menunggu bas ini pun dah makin sesak dengan para pelajar yang rata-ratanya orang tempatan.
Aku angkat muka, pandang langit petang di kampus Saint Lucia ni. Hari pun sedang mendung semacam sahaja di petang hari ini. Cahaya kilauan matahari terbenam pula kian suram, tidak seperti selalunya.
Teringat kata-kata seorang tutor peribadi yang bertugas memantau prestasi pelajaran aku setiap malam di rumah sewaktu detik-detik menghampiri SPM dulu. Abang tutor itu adalah seorang graduan mechanical engineering daripada universiti terkenal di Jepun. Hairi. Itu nama abang tutor yang super cool itu. 
‘Budak muda, yang punya serba serbi macam kau, macam-macam ujian akan datang menduga nanti. Kalau sekarang pun kau ada rasa macam tak tertanggung dengan semua hal ni, apatah lagi bila kau habis sekolah nanti. Ian, belajar kat sekolah rutin dia ringkas dan simple je, hidup pun tak kusut dan serabut macam duduk belajar kat IPT. Kat IPT nanti, kau akan merasalah tidur satu dua jam je sehari. Ada lebih dahsyat sikit, kau nak makan pun rasa macam tak cukup masa je. Contoh paling nyata, abang sendiri. Dulu sebelum masuk uni, abang kira masuk dalam kategori mereka yang overweight, kau tengok sekarang, abang dah jadi macam kambing kurang zat je, bak kata mak abanglah kan. Nak makan dan rehat memang masa terhad sangat. Nak berfoya-foya memang langsung tak jumpa masa. Itu kalau kes kau betul-betul pasang niat datang tempat tu untuk belajar, bukannya berjimba tak tentu hala. Lagipun bila dah badan penat gila-gila, selera makan pun hilang. Masa tu memang rasa baring atas katil dah macam makan bufet dekat hotel 5 bintang,’ Abang Hairi gelak macam apa yang dia tengah cerita tadi tu adalah cara-cara si Robin Van Persie pemain Manchester United tu menggelecek bola masuk gol dan bukannya keperitan hidup seorang budak uni.
 ‘Itu semua akan jadi satu beban pada mereka yang tak reti urus stress dan masa dengan baik. First thing  yang kau kena jaga adalah jadual kau. Pandai-pandailah kau nak manage masa untuk bahagikan antara study dengan rutin hidup. Lagi-lagi bila dapat uni jauh daripada keluarga. Bila dah masuk uni ni, kenalah jadi matang. Tak boleh nak manja-manja dengan mak ayah dah. Kena berdikari.’
Kena berdikari.
Aku tundukkan badan. Kedua belah tapak tangan naik mengusap wajah sendiri.
Kena urus masa dengan baik. Susun deadline assignment betul-betul. Yang ‘super urgent’ kena letak di carta paling atas dalam senarai tugasan yang perlu diselesaikan. Yang ‘semi urgent’, jangan pulak dibuat tak endah je. Karang jadi pula macam kes tengahhari tadi. Tak pasal-pasal kena bersoal jawab panjang lebar dengan Mr Lecturer yang super duper cerewet itu.
Cabaran hidup menjadikan manusia makin matang.
Bagai terngiang-ngiang suara si jantung hati berpesan padanya.
Spontan juga bibir senyum segaris.
Na’ie. Gadis biasa yang punya rangkaian ayat yang luar biasa. Rangkaian ayat yang punya kuasa magis, yang punya ‘rasa’ istimewanya yang tersendiri.
Selama ini, bercakap dengan Na’ie adalah satu bentuk terapi yang paling mujarab untuk menyembuhkan segala macam rasa negatif yang mengganggu fikiran dan perasaan aku. Mendengar suara Na’ie yang selalunya garang dan tegas, boleh membuatkan senyuman kekal di bibir aku buat beberapa jam. Dalam garang dan tegasnya seorang Nor Naila Aqira dia sebenarnya adalah seorang yang sangat prihatin, penyayang, dan suka mengambil berat. Dalam kerasnya hati seorang Na’ie, dia sebenarnya seorang yang sangat rapuh bila tiba hal cintan cintun ni.
Na’ie  yang berjaya menakluki sekeping hati aku. Na’ie yang mustahil mampu di cari ganti.
Gegaran dari dalam saku membuatkan aku menarik keluar Galaxy Note II daripada saku jaket labuh.
Rangkaian huruf itu aku baca sepintas lalu. Mat dah selamat ada di rumah rupanya. Baru cadang nak balik sama tadi. Boleh juga nak singgah mana-mana pasaraya, cari bahan nak masak malam ni. Asyik makan mee segera je seminggu ni sebab masing-masing busy study, muak.
Selepas membalas text yang dihantar Mat, aku masukkan Galaxy Note II ke dalam saku jaket semula.
Serentak itu juga, bas yang aku tunggu sejak tadi tiba.
Alhamdulillah, tak perlulah nak tunggu lama hari ni.
Kaki ku bawa melangkah menaiki bas.


“Assalamualaikum,” Aku mengucap salam dengan suara yang perlahan. ‘Battery’ dah super low ni.
“Waalaikumsalam! Haa, Yan sampai pun hang. Awatnya lambat sangat hari ni? Hang ada replacing class ka?” Suara Mat kedengaran dari arah dapur ringkas kami.
No lah. Tadi ada hal nak kena settle dengan lecturer.” Aku tarik kerusi meja makan sambil letakkan beg sandang ke lantai.
“Pi naik mandi, solat lepas tu mai turun kita makan. Aku dah siap masak ni. Hari ni no more instant mee or else bubuq tin tu.” Mat senyum sambil lap tangan pada kitchen towel yang di letak dalam poket apronnya.
Chingggg!!
Bersinar-sinar mata aku memandang Mat.
Seriously?” Terus energy level aku naik satu bar.
“Ya ya ya.” Mat geleng kepala tengok aku yang dah eksaited semacam ni.
“Hang masak apa?”Soalku sambil bangkit mendapatkan Mat.
“Cuba hang bau?”
Berkerut kening aku.
“Bukan Maggie kari kan?” sejak masuk tadi memang dah terbau kari. Itu yang aku dah pakat redha je kena makan mee segera lagi malam ni.
Mat geleng.
“Nasi putih, kari ikan, sayur campur goreng ala mapley tapi style utara la. Okey dak?” Mat sandar santai kat kabinet dapur.

Fuhh. Macam nak terkeluar mata aku ni dengar menu yang Mat masak.
“Matttt, kaulah penyelamat aku!!” sumpah rasa nak peluk je Mat time tu. Dah sebulan lebih kut tak dapat makan nasi. Rindu macam tahap mengidam pun ada.
“Mana dapat?” soalku laju.
“Apa?” Mat angkat kening.
“Beraslah,”
“Ohh...family aku dok hantaq dari Kedah nun. Ini beras proses sendiri tau, fresh dari sawah lagi tu, habaq hang...”
“Ya Allah, bestnya!”
Sesungguhnya mood aku yang mendung kelabu tadi pun berubah ikut warna pelangi.
Malam ni makan nasi weiiii!!
“Dah, cepatlah pi siap sana. Sat gi kita makan sekali,” Mat tolak aku keluar daripada ruangan dapur.





“Awal kau balik hari ni, Mat? Siap sempat masak semua lauk ni sekali?” soalku sambil menikmati juadah makan malam kami penuh kesyukuran.
“Haa, aku ada satu kelas ja hari ni. Lepas tu buat self study kat library, carik bahan untuk paperwork.  Sebab otak dah macam super slow je nak proses maklumat, aku teruslah angkat kaki nak balik. Masa tu lah aku dapat call kata ada parcel untuk aku. Tak kusangka rupanya family aku dok hantaq benda ni. Rezeki hang la ni, Yan.” Mat tuang air masak ke dalam gelas tinggi.
Aku senyum je. Dah tak mampu nak banyak cakap dah ni. Makan. Maaaakkaaann!
“Wei,  Yan.” Mat tiba-tiba bersuara perlahan.
“Erm?” aku angkat kening bertanya. Ni dah kenapa pula siap pakai suara gemersik pula si Mat ni?
“Hang tau dak, lot sebelah rumah kita ni dah ada orang check in?” Mat buat muka sambil angkat sebelah kening.
So?” Apa kaitannya dengan aku?Dengan kami? Biarlah kalau ada orang nak check in ke apa pun?
“Hisy, hang ni. So apanya, dia tu orang Malaysia. She is Malaysian. Orang melayu kita lagi tu,” Mat kerut kening tengok jawapan acuh tak acuh aku tadi.
Aku tarik senyuman segaris.
“Oh. Okay.” Aku sambung suap nasi semula.
“Isy, hang ni memang heartless ke apa Yan?”Mat sibuk asingkan tulang ikan ke pinggir pinggan.
Aku angkat kening.
I’m not heartless, but I’m trying to use my heart less. Awatnya, hang nak buat welcoming party untuk dia ka?” Aku dah keluaq bunyi utara ni.
“Dok aih. Aku ni bukan apa, Yan. Aku risau je sebab dia duk sorang ja kat rumah sebelah ni. Belum ada roomate, dah la aku tengok dia tu macam naif semacam ja...kang apa-apa jadi, tak ke...”
“Mat, aku rasa kau patut amik course psychologi kot instead of architecture,” Aku tahan gelak sambil mencapai gelas berisi air.
“Dang. Macammanalah si Queen of heart hang boleh survive dengan perangai hang, Yan?” Mat ketawa lepas.
“Sebab...dengan orang lain je aku jual mahal. Dengan dia aku buat ‘jualan’ megasale siap.” Aku join ketawa sekali.
“Tau dah.” Mat geleng kepala perlahan.
“Tapi aku tetap rasa kita bertanggungjawab untuk saling menjaga sesama kita. We all Malaysian what?” Mat masih dengan semangat 1Malaysia dia.
“Suka hati kaulah, Mat. Kau jelah jadi jiran mithali, aku ada banyak benda lagi nak settle ni. Eh, sebelum tu aku rasa esok aku balik lambat kut.”Aku tolak pinggang kosong ke tepi sebelum tarik gelas air ke hadapan.
Mat angkat mangkuk lauk yang dah kosong ke sinki. Aku pula tolong bawa gelas dan pinggan kotor kami ke sinki.
“Aku naik bilik dulu eh, esok ada quiz Calculus. Bala sungguh.” Aku berkata sebaik kami selesaikan kerja-kerja mengemas meja makan comel kami di dapur itu. Sejak duduk dengan Mat ni, aku pun jadi rajin tolong kemas dapur. Consider sikitlah kan, Mat dah masak, apalah salahnya aku tolong kemas kan?
“Malam ni aku mood honeymoon sikit. Kerja tak banyak, jadi ingat nak bergayut dengan wife aku dekat skype. Haha, sila jeles Mr Aakif Farhan,” Mat gelak besar sambil tepuk bahu aku.
Cis.
“Ah! Sudahlah kau,” Aku hayun langkah dengan hati sebal ke bilik tidurku.
Kaki aku hayun menuju ke meja belajar aku yang memang penuh dengan segala macam buku dan kertas. Serabut pulak nak buat kerja macam ni. Haiya.
Nak buat mana satu dulu ni?
Aku garu kepala sendiri.
Switch on, notebook.
Tab Gmail aku klik.
Nak check email. Kut ada si kekasih hati itu hantar salam sayang penuh kerinduan dari jauh kan?
Malangnya, tade. Okey, hati ni ada rasa hampa sikitlah.
“It’s okay, Ian. Dia busy lah tu,”Aku sedapkan hati sendiri sambil tarik workbook calculus yang tebal macam apa je ni.
“Isy, mana pulak aku campak lecture notes  Dr Poh ni? Hilang pulak ke?” segala macam timbunan kertas-buku-kertas-buku atas meja tu aku selak dengan hati yang cuak bukan main.
“Ah. Let it be. Takde notes tu pun aku boleh survive apa?” ini bukanlah bongkak, tetapi cuba berfikiran positif ye.
Sumpah perkara paling aku benci kat dunia ni dua je. Jerawat tumbuh dekat dahi dan mencari benda tetapi sampai sudah tidak berjumpa. Kes jerawat dekat dahi tu bukan apa, nak sujud masa solat tak selesa, bila tak selesa, solat tak khusyuk, bila solat tak khusyuk, hati tak tenang, bila hati tak tenang, semua benda dibuat serba tak kena. Kes kedua, fasal mencari benda tetapi sampai sudah tak jumpa sehingga kepala naik pening, bila kepala dah naik pening, mulalah aku nak berangin satu badan, bila dah berangin satu badan, habis semua orang akan rasa tempiasnya. Rosak mood aku nanti, kan susah nak ulangkaji? Jadi baik biarkan saja notes itu menyorok entah di mana. Nanti-nanti jelah aku carik. Takpun, aku pinjam je notes sesape nanti, salin balik mana yang penting. Itu kalau aku rajinlah, kalau aku malas...memang wassalam la.
Terus workbook calculus tu aku selak, mencari tajuk yang perlu aku review untuk quiz esok.
Sehelai kertas A4 kosong aku capai dari rak buku di sebelah meja belajar.
“Bismillah,” Aku mula conteng kertas A4 tadi dengan jalan kira
Soalan pertama, macam ni rupanya;
Two vectors u and v are linearly independent, if the only numbers x and y satisfying xu+yv=0 are x=y=0.

“If we let...”

Then xu+yv=0 is equivalent to...”kepala aku garu lagi.  Pen berlari menconteng lagi di atas kertas.



If u and v are linearly independent, then the only solution to this system of equations is the trivial solution, x=y=0.” Aku senyum segaris. Memanglah begini sebabnya for homogeneous systems, this happens precisely when the determinant is non-zero.

We have now found a test for determining whether a given set of vectors is linearly independent. A set of n vectors of length n is linearly independent if the matrix with these vectors as columns has a non-zero determinant. The set is of course dependent if the determinant is zero.”

Bagai terngiang-ngiang pula suara Dr Poh menerangkan vector of length.

“Jadi sepatutnya, macam nilah…kan?” pen dibawa menconteng lagi.

“Lepas tu? Macam ni ke?”


The vectors <1,2> and <-5,3> are linearly independent since the matrix has a non-zero determinant.’ Kepala mengangguk perlahan. Rasanya dah betul dah ni.  Kalau ikut explanation dan example dari buku tebal kitab kesayangan Culculus aku ni la.

Mata terkebil-kebil memandang hasil ‘contengan’ di atas kertas yang tadinya putih bersih kini dah penuh sampai tak tahu nak tulis celah mana.

“AAAAAaaaaa!!”geram pula aku dibuatnya. Sejak tadi tulis – pangkah(sebab salah)-tulis- pangkah.

Kertas tadi aku renyuk sebelum selamat kena baling ke dinding.
“Serabut!”langkah kubawa ke katil.

Leceh betul benda yang namanya Calculus ni. Cis. Bertambah leceh sebab nota aku dah hilang. Sekarang ni otak aku tengah lost gila nak carik jalan kerja untuk selesaikan soalan mudah macam ni.

Masa aku tengah berguling-guling atas katil tu, baru teringat nak usha facebook kejap. Kutlah Abang Ehad ada online ke? Boleh juga mintak dia jadi penasihat Calculus aku…

‘Ceh, Abang Ehad konon, kata je lah kau nak usha Na’ie online ke tidak kan senang?’


“Mak aii, apasal tetiba banyak sangat friend requests ni?” aku check segala macam friend request yang muncul kat notification.

“Entah siapa-siapalah ni…” kebanyakkannya aku tak kenal pun. Hisy, nantilah dulu.

Akhirnya, requests tu semua aku biarkan pending sebab aku nak check notify pula.

Tapi tak sempat aku nak click button notify tu, ada satu update di page home aku yang amaaaattt menarik perhatian.

“Na’ie dan…” aku klik gambar tersebut untuk full view.

Taqi? Having dinner, together? Huh?

Sesaat dua aku jatuh rahang melihat gambar yang terpampang di depan mata. Daripada rasa terkejut, terus jadi rasa…sakit somewhere  dekat jiwa aku ni…bila terpandang senyuman Na’ie yang ceria semacam je.

Mata turun lagi meneliti komen-komen dibawah gambar.

Why?

Rasanya, aku tak ada pula minta Taqi buat rancangan menguji kesetiaan Na’ie lately.

Jadi, apa motifnya Taqi ni pergi jumpa Na’ie diluar pengetahuan aku?

Musykil. Musykil.

Eating dinner, together. Together. To-gether.

Galaxy Note II aku capai.

Mata masih tak lepas daripada skrin notebook.

“Assalamualaikum,” Aku mengucapkan salam buat si dia.

“Waalaikumsalam, awak apa khabar, sihat?” ceria semacam suara si dia menyambut salam aku.

“Erm. Alhamdulillah, masih bernafas lagi dalam dunia Allah ni.” Aku jawab senada. External keyboard aku pasangkan ke notebook.

Disc counterstrike aku masukkan ke dalam disc player.

Tangan kanan menetap Galaxy Note II ke telinga sambil tangan kiri sedia pada permukaan external keyboard.

Jari kelingking pada ‘Shift’.

Jari manis pada huruf  ‘A’.

Jari tengah pada huruf ‘W’.

Jari telunjuk pada huruf ‘D’.

Ibu jari siap pada ‘space bar’.

“Cerianya suara. Ada benda seronok dah jadi ke hari ni?” soalku sambil mata dah beralih daripada paparan gambar di akaun facebook tadi.

“Tak adalah, biasa je ni?” Si dia menjawab dengan nada yang masih ceria. Aku dapat rasa dia sedang bercakap sambil tersenyum ketika ini.

“Biasa…”…biasa sangatlah keluar berdua dengan Taqi selama ni?

One strike. You tipu I, Nor Naila Aqira.

Tangan kiri menekan-nekan butang yang lima tadi bagai nak pecahkan external keyboard ni.

“Dah dinner?” soal aku lagi.

“Dah, dengan kakak-kakak roomates saya tadi,” Nai’e menjawab yakin.

Taapp!

Nak tenggelam terus butang W pada external keyboard.

Two strike. Sejak bila antara kita ada ketidakjujuran, Na’ie?

“Makan apa tadi?” Aku soal dia lagi.

“Alah, menu biasa je. Masakan melayu kita la.”si dia menjawab secara umum.

Masakan melayu ye?

Terus otak aku teringat gambar yang Taqi upload dekat timeline dia tadi. Gambar dia dan Na’ie yang sedang menghadap meja yang penuh dengan bermacam jenis lauk-pauk masakan melayu.

Kakak-kakak roomates ye?

Spontan senyuman sinis terbit dihujung bibir aku.

“Kakaklah sangat, kan?” makin kuat aku tekan huruf yang lima tadi sambil mata masih pada skrin laptop.

“Apa?”Suara Na’ie bertanya membuatkan aku tersedar yang aku telah terlepas cakap tadi.

“I kata, kirim salamlah pada KAKAK tu, ye.” Aku rasa dikhianati. Tetapi wajarkah aku?

“Ian…awak kenapa ni? Saya rasa perangai awak peliklah. Saya tak sedap hati, awak betul okey ke?” soalan Na’ie buat aku sekali lagi tersenyum sini.

“Na’ie,”

“Erm?”si dia menggumam perlahan.

“Jangan khianati janji kita sebelum ni. Jaga diri, jaga hati you untuk I. Dan…I rasa you tahukan, I tak suka kawan yang backstabber? Even dia kawan baik I yang paling I percaya sekalipun, jika dia berani cuba ‘sentuh’ hati you…I takkan lepaskan dia. Mark my words.”

Tanpa kata pamitan, terus aku tamatkan panggilan. Terus aku tekan button power off pada skrin Galaxy Note II aku tu.

Hati aku tengah panas menggelegak sekarang ni. Aku tak mahu dengar apa-apa pun daripada si dia itu. Dan aku tak mahu diganggu.

Counterstrike aku tinggalkan terkontang kanting sendirian pada skrin notebook. Langkah aku bawa ke katil. Mencapai baju hoody tebal yang terdampar ditepi bantal sebelum kembali menyambung langkah ke balkoni kecil dihujung bilik aku.

Nafas aku hela perlahan apabila cuaca sejuk mulai menyapa kulit muka. Kedua belah tangan aku masukkan ke dalam saku hoody.

Termenung sambil pandang langit sangatlah cool. Tapi dalam keadaan aku ni, dah jadi cold.

Taqi yang aku percaya sepenuh jiwa itu.

Apa yang dirancang dia sebenarnya? Mahu berguraukah? Mahu mengujikah?

“Mungkin aku tak boleh begitu mudah nak jump into the conclusion. Mungkin ada salah faham, who knows right?” aku pejam mata rapat-rapat sambil tarik nafas dalam-dalam. Bila otak tengah serabut ni, selalu je orang ambil keputusan drastic yang akhirnya merugikan diri sendiri.

“Tapi, kenapa Na’ie tak jawab dengan jujur apa yang aku tanya tadi? Kenapa mesti nak berbohong?”

“Atau sebenarnya, memang ada benda yang aku tak tahu dah jadi kat sana?” hati mula curiga semula.

Arrggghh!

Tak boleh jadi ni.

Kena selidik!

Masalah kecil perlu diberi perhatian dan diselesaikan segera supaya tidak jadi masalah besar kerana di pandang enteng dan diselesaikan secara acuh tidak acuh.

Aku berpaling untuk masuk semula ke dalam namun ketika mahu melangkah masuk, entah macam mana mata aku boleh terpandang pula tingkap rumah sebelah.

Jiran baru daripada Malaysia seperti yang diceritakan oleh Mat tadi.

Ahh, tak payahlah nak sibuk jaga tepi kain orang. Baik aku selesaikan masalah rumahtangga aku ni dulu.

Ceh! Berangan tak sudah. Rumahtangga konon.

Aku sengih tawar. Pelamin anganku musnah?


“Oh janganlah…”hati berdoa agar segalanya baik-baik sahaja.


*****
Maaf lambat. enjoy reading(harapnya). Tunggu chptr 7 dr tuan tanah ye. Btw, Arin minta sy buat nota sikit kat sni mengatakan update love make me smile ada dia letak dekat group fb CK. sesiapa nak baca boleh add masuk sana, TQ:)

regards,
Mr Sweettalker.

4 comments:

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Terima kasih pada yg sudi singgah membaca di sini:)

HaNa91 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Love it, except for the calculus part!

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best! tp naila ni suka sape sbnrnya??? huhu jenuh menunggu writer update cite ni

-iman

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tak ada sambungan ke?..