Kontrak
Cinta PJJ, 9
Aku pinkan brooch ke bahu kiri, mengemaskan
kedudukan tudung bawal plain berwarna ungu di kepala aku.
Aku check sekali imbas figura
yang terbias di dalam cermin. Jubah hitam dengan jahitan manik kecil yang
simple, dengan bawal plain kaler ungu.
Okaylah kut.
Untungnya baju warna hitam ni,
senang je nak match up-kan dengan tudung kaler apa pun. Saja aku pulih tudung
kaler ungu magenta yang ala-ala lebih pigmen merah sehingga si kawan baik aku
Dina dengan Wafia selalu je tuduh tudung ungu aku ni sebenarnya warna pink.
Jenuh juga aku bertekak nak menegakkan pendirian aku berkenaan warna tudung ni.
Maklumlah, tak dapat terima hakikat bila ‘mak cik’ berdua tu label aku ‘girly
pinky’.
Brooch dengan bentuk dan warna
yang sama aku pinkan ke bahu kanan pula. Mengemaskan lagi satu bucu tudung
bawal aku.
Siap. Aku tenung pantulan wajah
sendiri pada dada cermin. Rias muka ala kadar supaya tak nampak pucat dan kusam
sangat sebab letih dan kurang tidur plus tak ada masa nak membelek dan
memanjakan kulit muka sangat semenjak dua ni. Maklumlah, tengah nak kejar masa
yang berbaki untuk siapkan segala macam assignment
yang makin bertimbun sebelum exam week
muncul menjelma awal bulan hadapan.
Baju jubah dan tudung bawal aku
belek sekali lagi. Okeylah. Asalkan selesa, kemas dan menutup aurat dah cun-lah
kan? Bukan nak jumpa VVIP pun.
Simple je Nor Naila Aqira bersiap
nak keluar berjalan. Tok sah nak anggun-anggun sangat memalam ni. Cukuplah Taqi
sorang je jadi centre of attraction
dengan gaya dia yang ala-ala retis(artis)
tu.
Aku pegun di depan pintu almari
baju merangkap stor mini tempat aku simpan segala harta benda berharga aku.
Beg kertas yang diberikan Taqi
tak lama dahulu, aku tenung lama. Sejak Taqi beri beg kertas berisi hadiah
daripada Ian itu dulu, aku langsung tidak pernah membuka kotak di dalam beg
tersebut langsung. Ian pernah bertanya sama ada aku berkenan dengan hadiah
pilihannya itu ataupun tidak, aku dengan yakin berkata aku sukakannya, padahal
apa yang Ian beri pun aku tak tahu.
Kejam kan, aku? Orang dah
penat-penat kasi hadiah pun aku macam tak menghargai kan?
Bukannya tak reti bersyukur, tapi
entahlah, hati aku rasa serba salah. Macam ada benda yang tak kena sahaja. Rasa
tak sedap hati nak terima apa-apa pemberian daripada Ian pun iya juga. Rasa
seperti aku terikat dan terjerut dengan barang-barang pemberiannya itu. Barang yang membuatkan aku terasa seperti
terhutang sesuatu padanya.
Ketukkan pada pintu bilik,memangkas
ingatan aku pada Ian lalu membuatkan aku segera berpaling ke muka pintu bilik.
“Cik adik, dah siap ke?” Kak Jay
senyum mesra di ambang bilik.
“Dah kak,” Aku terus capai
handbang gedabak aku yang kini bukan main ringan lagi sebab hanya ada telekung,
handphone, kad pelajar, kunci rumah dan juga purse.
Aku rapatkan jendela kaca di
hujung bilik sebelum bergerak mematikan suis lampu dan kipas. Pintu bilik aku
rapatkan dan kunci.
“Amboi, boria betul ni. Semua
pakat pakai all black malam ni?” Aku
angkat-angkat kening mengusik Suha dan Kak Jay. Suha comel betul dengan jubah cotton dia. Kak Jay pula kekal anggun
dengan jubah two layers yang bersulam
di hulung lengan.
“Jomlah,” aku capai sandal
bertali dari rak kasut. Letihlah kalau nak sarung heels runcing dua inci tinggi
yang selalu aku guna nak masuk kuliah dengan tutorial tu pergi berjalan di
dalam mall malam-malam macam ni.
“Eh, cikgu kita pakai sandal je?”
Suha sarung kasut flat bellerina dia. Suha ni, suka benda-benda comel. Daripada
kasut, sampailah ke koleksi jubah dan baju dia yang lain.
“Baru selesa nak berjalan ke
berlari ke dalam mall tu nanti.” Aku menjawab dengan senyuman. Faham sangat
dah. Ni mesti nak mengusik aku dengan kasut runcing dua inci aku tu.
“Kalau bukan terpaksa dek kerana
etika fakulti, tak kuasa saya nak ke hulu ke hilir dalam kampus guna kasut formal dua inci tu.”Aku gelak kecil
melihatkan muka ragu-ragu Suha.
“Qira, tak pakai socks?” Suara Kak Jay yang menegur
membuatkan aku tergamam sebentar. Spontan aku tepuk dahi.
“Ya ALLAH, nasib baik Kak Jay
tegur. Patutlah macam ada benda yang tak kena je daripada tadi, rupanya lupa
sarung kaki. Kejap eh,” aku berlari masuk ke dalam bilik semula. Terkial-kial
mengenakan sarung kaki tersebut.
“Tak jadilah gayanya nak guna
sandal ni...”Aku menggumam perlahan. Nak tak nak kenalah juga sarung wedges
sebab kasut sandal aku ni bertali di tengah ibu jari kaki. Karang rosak pula
sarung kaki aku ni.
“Hee, see? Ini barulah complete
package cik Qira kita ni. Terasa
makin ketot saya berdiri sebelah Qira,”Suha senyum meleret melihatkan aku yang
masih terkial-kial nak sarungkan wedges ke kaki kiriku.
“Nak buat macammana, flat shoes saya dah terbuka tapaknya dek
kerana terpaksa meredah air hujan sepanjang minggu lepas dekat sidewalk nak ke
kampus tu.” Sedih pula mengenangkan satu-satunya flat shoes dari 6 pasang kasut
aku dekat rak tu dah jahanam terendam dalam air. Lima pasang kasut aku yang
tinggal termasuklah sandal bertali tadi, wedges Vincci 3 inci yang sedang aku
guna ini, heels Alfio Raldo hadiah cik abang sepupu yang baik hati bertumit
runcing 2 inci, ankle boot 2 ½ inci Bata kaler hitam, dengan sport shoes warna
biru.
“Akak pun dah berpasang-pasang
kasut rosak dek kerana sidewalk yang selalu je banjir tu.” Kak Jay buka pintu
utama bilik apartmen kami.
“Lain kali kena beli kasut murah
dekat pasar malam jelah kalau nak meredah hujan kan, ini kasut mahal-mahal pun
rosak juga. Membazir je. Nak buang pun rasa sayang tahap nak menitis air mata.”Aku
bersuara sambil menuruti langkah Kak Jay keluar.
“Kalau macam saya dengan Kak Jay
ni boleh konsider lagi nak guna kasut pasar malam masuk kelas, sebab kami kalau
pakai sandal biasa pun boleh je asalkan kemas dan bukannya selipar. Kalau awak,
memang tak bolehlah Qira. Mana datangnya nak cari heels kat pasar malam depan
uni kita ni?”Suha tekan punat kunci dari sebelah dalam tombol sebelum rapatkan
daun pintu.
“Kena tempah dengan apek tu dulu
kot baru ada stok?” Aku sengih segaris melihatkan jelingan Suha.
“Untunglah kalau ada,” Suha
tertawa kecil dengan idea merepek aku.
“Eh, dahlah berceloteh tu. Cepat
turun, karang lambat...lama pula kawan Qira tu tunggu.” Suara Kak Jay yang
sedang berjalan menuju ke ruangan lif.
“Eh, Kak Jay sebut kawan, baru
teringat nak tanya kat Qira. Qira, kita nak tunggu mana ni?” Soal Suha.
“Cafe depan ni,” ringkas balasan
aku.
Setibanya di kafeteria, kami
ambil tempat duduk berhampiran pintu hadapan kafeteria, port dekat dengan
parking lot.
Sambil menunggu Taqi, aku balas
sms Dina yang kini sedang bercuti di kampung. Hujung minggu kan? Si Wafia pula,
lepas habis perjumpaan pagi tadi tu, terus berdesup pergi ke rumah pakcik dia
di Puchong. Saja nak berkumpul sekali dengan sepupu sepapat dia sempena hujung
minggu ni. Lagipun kelas pagi hari isnin depan ni dah awal-awal lagi di
isytiharkan batal oleh pensyarah. Kena ganti dengan kelas malam keesokan
harinya.
Tak lama menunggu, kelibat kereta
Spectra Novus hitam berkilat dengan sport rim hot pink itu kelihatan memasuki kawasan parking lot cafeteria kolej
kediaman tempat kami menunggu ni.
****
“Kau kut ye pun nak emo dengan
aku...janganlah buat drama cenggini. Sebak dada aku, kau rupanya masih
ragu-ragu dengan kesetiaan aku.” Aku buat muka monyok pakej dengan suara sedih
bukan main lagi.
Handbrake di naikkan
setelah gear D aku bebaskan.
Wajah Ian sedang tertawa besar di
skrin pipih iPhone ku.
“Ni, aku nak kasi tau awal-awal
ni. Aku nak mintak izin dengan kau. Malam ni aku nak pinjam cik honey boo kau
ni. Aku nak seret dia pergi dating
dengan aku dekat Metro Kajang.” Aku tayang muka toya bila Ian jengilkan mata
dia di saat aku sebut ‘dating’ tadi.
Hahaha! Tau kau cuak ye, der?
“Nak rasa kena campak dalam
kandang rimau ke, der?” Ian ni sejak duk dekat Aussie sana tu, cepat betul
melatah. Apa dia tak sedar ke aku tengah nak mengusik dia je ni?
“Ek eleh. Gelabah biawak la lu
bro. Macam tak biasa. Aku melawak je kut, takut sangat awek dia ni aku sapu
licin.” Aku gelak melihat muka tak puas hati Ian melalui paparan Skype. Gelabah
sangat pun kau ni, kawan!
“Ahahaha, wei. Kau jangan nak
gedik-gedik gatal dengan Na’ie aku tu. Then,
baik kau jaga dia elok-elok. Lepas tu, pastikan kau drive baik-baik, cermat-cermat. Kau nak bawa bakal menantu mak aku
tu. Lepas tu...pastikan kau hantar dia balik sebelum pukul 11 sebab uni dia
tu...”
Aku buat rolled eyes dengan pesanan penaja Ian yang berkajang-kajang.
“Yada Yada Yada. Aku tau ler.
Toksah nak ulang siar banyak kali la. Dude,
aku sebenarnya dah sampai kat diorang ni. Aku nak tukar baju kejap, kau nak
sembang dengan dia tak? Aku pass phone
aku ke dia ni?” Aku buka seat belt.
Enjin kereta aku sengaja aku tak matikan.
“Eh, boleh ke?” apasal macam dungu
semacam je kawan aku ni lepas baik demam ni? Doktor kat Aussie tu salah kasi
ubat ke apa?
“No. Memang tak boleh.” Aku tayang muka stoned. Awek dia, ada boleh pulak nak tanya aku boleh ke tidak dia
nak sembang? Gila buat lawak senja-senja ni. Nasib jauh, kalau kat depan aku
memang selamat aku sekeh kepala otak geliga dia tu dua kali.
“Alah. Wei, aku dah lah tengah
serabai ni. Eh kejap aku check muka
kat cermin jap,” skrin bergegar.
Haruslah bergegar bila budak
Aakif Farhan tu lari pecut carik cermin.
Aku geleng kepala sekali dua.
Harus dia balik KL nanti aku sekeh kepala dia betul-betul.
Bajet sangatlah nak buat video call dengan awek baru muncul
inisiatif nak carik cermin.
“If she really loves you, she will absolutely accepting you at the very
worst part of you, buddy.” Sempat aku kasi sedas kat Ian. Aku buka pintu
kereta.
Lambai tangan pada Naie yang
kebetulan tengah pandang kat aku. Bukan main tergamam lagi cik adik sorang tu
menengok aku ni. Apa hensem sangat ke aku pakai baju melayu dengan kain pelekat
ni?
Ian yang masih di skrin iPhone
tersengih lebar.
“Ayat kau sangatlah memberi inspirational kat aku wahai Ahmad Zainul
Muttaqin.” Ian jeling aku tajam. Ini
kalau dia ada kat sebelah aku sekarang ni, mahu senget sebelah bahu aku kena
bantai tumbukkan padu sedas daripada dia. Takkpun kaki aku ni jadi tempang
sebelah dek kena sepakan jurus maut daripada si Ian ni.
Aku bantai gelak sambil cover line. Gila nak gelak bagai nak rak
sensorang kat publik ni? Dah lah ramai awek-awek uni keluar carik dinner dekat cafe sekarang ni. Mahu ada
orang label aku orang gila paling kachak bergaya. Ceh.
“Weh, dia datang weh. Cun gilak.
Berjubah dan bertudung pink. Matching kut dengan baju aku. Alahai...sedondonlah
kami malam ni, bagai pinang dibelah dua...”sempat juga aku api-apikan Ian bila
Naie datang menghampiri aku diikuti oleh dua orang wanita lain. Eh, wanita
sangat tetiba kan?
Heh. Ada chance nak usya line ni.
Weehoo!
Aku senyum lebar.
Inilah roomates yang Naie cakap tu kot. Boleh tahan...erm. tak dapat Naie,
dapat roomates dia pun cun gak kan?
Tengok gayanya, kalau aku bawak kenalkan kat mama dengan papa ni, gerenti lulus
dah ni.
Haha. Tapi sebelum tu, mahu lebam
dahi aku ni kena luku dengan Naie. Faham jelah perangai Naie tu. Sangat protective dengan kawan-kawan dia bila
ada dekat dengan aku macamlah aku ni perangai macam buaya darat sangat. Ahaha.
“Sorry, lama ke tunggu?” Aku menyoal sambil tayang muka peramah.
“Taklah juga,” Naie senyum
segaris.
“Err, sebenarnya saya nak tukar dulu
baju ni, takkan nak masuk mall pakai
gini kan? Toilet kat masjid tadi
penuh sesak dengan umat manusia, tak kuasa nak beratur menunggu giliran sebab
kesian korang tunggu lama selain masa is
ticking out. So, can you please show
me the direction to get there, missy?”Aku cakap laju-laju. Kesian pulak
dekat si Ian yang tengah sabar menunggu di skrin iPhone di genggaman aku ni.
“Sana. Awak belok kiri. Lepas tu
belok kanan. Kat situ ada sign board,
direction nak ke toilet.” Naie
angkat jari telunjuk ke bahagian kiri kami.
“Okey, thanks.” Aku ucap laju. Senyuman mesra aku hulur pada dua
orang roomates Naie yang daripada
tadi duk diam tak terkata apa.
“Awak berdua masuklah dalam
kereta dulu. Saya tak matikan enjin pun. Kesian awak berdua nak tunggu saya
sambil berdiri kat luar ni,” Aku bukakan pintu tempat duduk belakang sambil
membuat isyarat mata supaya kawan rumah Naie masuk.
Kawan Naie pandang Naie, lepas
Naie senyum sambil angguk-angguk, diorang pun masuk ke dalam. Naie pun nak join
sekali, tapi aku sempat menahan.
“Eh, wait! Naie, kejap.” Aku senyum pada dua orang kawan rumah Naie tadi
sebelum tutup rapat pintu kereta.
“Apa?” Naie muka tertanya-tanya.
“Here, sembanglah dulu ye. Saya nak tukar baju dulu.”aku unjukkan
iPhone aku kat dia.
Naie buntang mata kat aku.
“Sembang apa? Dengan siapa?”
gelabah gaya Naie bertanya pakej dengan muka cuak dia. Alahai comelnya. Nasib
baik awak ni kawan baik saya dah reserved
awal-awal.
“Cheesy boo awak. Kut?” Aku sembunyi senyum bila berjaya mengesan
riak malu segan dia bila aku sebut benda tu tadi.
Selepas Naie ambil phone aku walau dengan muka nak tak nak
sebab segan dia, aku buka pintu driver.
Aku tarik tali beg kertas di seat
co-driver. Tapi malangnya aku terlupa aku letak jam tangan aku kat situ
tadi. Dahlah tak masuk dalam box dia. Kut bercalar karang, ada gak aku meraung
kat sini jugak.
Tapi nak meraung pun tak guna gak
sebab salah sendiri kan, serve your right
la kiranya sebab careless sangat
pergi gatal letak kat seat. Kut ke
simpan dalam compartmen atau letak
atas speedometer kan ke lebih
selamat?
Adeh. Dah satu kerja pulak nak
mencarinya ni.
Aku keluar dari kereta sebelum
tutup pintu driver. Takkanlah aku nak
tertonggeng-tonggeng carik barang yang jatuh bawah seat co-driver dengan keadaan aku yang berkain pelikat ni depan
tetamu berdua yang ayu lagi anggun berjubah di seat belakang ni, kan? Di buatnya kalin pelekat aku ni lucut, mahu
gamat suasana tak pepasal. Naya saham aku jatuh merundum nanti even aku sebenarnya ada je pakai short kat dalam ni, saja buat back-up plan kut betul tengah aku
berjalan ke sana ke mari tadi kain ni betul terlucut ke apa kan since aku bukannya reti sangat pakai
benda alah ni. Tadi tu pun, untung member serumah dengan aku ada tolong buat
demo cara-cara nak pakai kain pelekat dengan betul untuk aku siap tolong aku
gulung dengan kemas lagi. Kalau tak, tak adanya elok kemas je gaya aku berkain
pelekat ni.
Aku buka pintu co-driver seluas mungkin nak kasi cahaya
lampu jalan masuk ke dalam kereta supaya aku senang nak cari jam tu punya
pasal.
Tapi haram tak membantu langsung.
Isy. Buat malu aku je duk
teraba-raba lantai kereta di dalam gelap ni. Makwe kat belakang yang dua orang
tu, daripada tadi duk sibuk usya aku. Mesti diorang tengah tertanya-tanya benda
apa yang aku beria cari sampai keluar gaya nak menyelam kat bawah seat co-driver ni.
Haih. Pening dah kepala aku dok
menunduk dari tadi tapi kenapa masih tak dapat cari kat mana jam tu jatuh.
Isy. Geram pulak aku dibuatnya,
bila nak cepat, ada je benda leceh macam ni jadik.
Aku tanggalkan songkok di kepala.
Lap sikit peluh yang baru nak keluar kat dahi aku sebelum tekan punat untuk hidupkan
lampu LED dalam kereta. Kasi terang
dululah, baru senang nak carik kut. Tak adalah aku nak teraba-raba dalam gelap
ni tanpa ada panduan dengan ada tetamu pulak di seat belakang tu .
‘Aduila, time nilah kau nak jatuh
lah apalah kan?’ hati mulah nak bersungut. Kalau tidak mengenangkan kau yang
mahal bukan main wahai jam tangan, tak kuasanya aku nak terbongkok-bongkok
carik kau yang seronok sangat menyorok bawah seat ni.
Tapi apa yang malangnya, kereta
yang ayah aku wariskan kat aku ni memang dah fully modified ikut selera aku. Jadi haruslah pelik lagi lain macam
sikit ‘teknologi’nya. Bila lampu LED dalam kereta ni menyala, automatik
jugalah....
“AAAAhhhhhh!!!”
Flexible Neon El Wire yang dipasang
di sekeliling bahagian dalam kereta aku menyala sekali. Meriah suasana dalam
kereta aku. Suasana gelap di hiasi sinaran samar berwarna pinkish. Romantik gitu.
Flexible Neon El Wire di dalam kereta. |
Serentak itu juga, dek kerana
terkejut akibat jeritan tiba-tiba itu, aku...
“KTAANNGG!”
“Adeh.” Belakang kepala yang
terhantuk kuat pada bumbung kereta aku gosok laju-laju. Berpinar pandangan mata
aku beberapa ketika.
Adeh, pakejkan sekali dengan
‘Auch’. Adeh sebab kepala terhentak kuat tahap boleh sebabkan otak bergegar dan
tempurung kepala retak, dan ‘Auch’ sebab gegendang telinga aku tengah berdengung
tahap hampir nak jadi pekak gara-gara jeritan tadi. Kuss semangat boleh tahan
jugak awek berdua ni test suara.
Memang terkejut habis aku bila
cik kawan Na’ie yang berdua ni tiba-tiba menjerit di saat aku sedang khusyuk
mengesan kedudukan Tissot PRS-200 T067.417.26.051.00 ORIGINAL Mens Watch
Chronograph aku yang entah mana menyoroknya ni. Dahsyat, nama sekali dengan coding dan jenis dia aku ingat sebab
mahalnya pun agak tak munasabah untuk seutas jam lagi-lagi jam untuk budak
hingusan macam aku ni. Tapi sebab parents
dah murah hati kasi as in hadiah
semperna cemerlang dapat 9A 1B dalam SPM dulu (even aku terasa di sinis sebab
aku dapat hadiah mahal padahal ada cacat dengan 1 B result aku tu, bukannya straight
A’s macam yang aku janji kat diorang), aku terima jelah dengan hati terbuka.
Daripada posisi membongkok, terus saja aku duduk atas seat co-driver. Tangan kanan sibuk gosok belakang kepala yang masih
rasa sengal-sengal, sambil tangan kiri sibuk check ‘sound system’
telinga kiri sama ada masih berfungsi dengan baik atau tidak.
“Kenapa?” soal Naie kalut
menjengukkan kepalanya ke dalam perut kereta.
“Er...” hanya itu yang telinga
kanan aku mampu tangkap daripada seat
belakang.
*****
Aku hela nafas perlahan bila Taqi
memberhentikan keretanya, tidak jauh daripada tempat kami bertiga duduk
menunggu.
“Dah sampai pun,” Aku bersuara
perlahan.
“Itu?”Suha dah buat muka
–jangan-kata-itu-kereta-kawan-Qira-yang-nak-bawa-kita-nanti nya itu pada aku.
Serba salah, aku cuma mengangguk
perlahan. Jangan Suha tiba-tiba kata tak jadi nak ikut dahlah.
“Kawan Suha tu, lelaki ke?” Suha
dah buat muka gelisah kuasa dua. Sambil itu sesekali Suha cuba menjenguk-jenguk
kelibat si pemandu yang masih belum keluar daripada perut kereta melalui cermin
bertinted gelap.
Sekali lagi aku mengangguk
ringkas.
“Alamak...kenapa...”Suha serba
salah nak teruskan ayat dia. Dia pandang muka aku dengan mimik muka seposen
dia.
“Sorry Suha, sebab tak inform awal-awal. Tapi Suha jangan risau
eh, Insya-Allah...dia ni okey. Lagipun, kita keluar berempat. Kita bukan nak
pergi berjimba tak tentu arah pun, kita Cuma nak pergi Metro Kajang, cari
barang lepas tu cari makan, then kita terus balik sini eh?”Aku peluk erat-erat
lengan Suha, cuba nak beli hati Suha supaya tetap ikut serta.
“Qira minta maaf sangat...” Aku
kelip-kelip mata pada Suha.
Suha pandang Kak Jay. Aku pun
pandang Kak Jay, minta sokongan.
“Kalau Suha rasa tak selesa, Suha
jalan dengan akak jelah nanti eh. Lagipun, kalau kita nak cancel last minute macam ni, tak baiklah sebab kita dah janji
dengan orang. Kan memungkiri janji itu antara sifat orang munafik?” Aku sengih
pada Kak Jay. Thanks akak! Sayang
akak!
“Tapi...” Suha serba salah.
“Alah, susah-susah sangat, sampai
Metro Kajang nanti, kita lari sama-sama tinggalkan dia jalan sorang. Tak acilah
akak dengan Suha tinggalkan Qira dengan dia berdua. Nanti timbul gosip dan
fitnah...lagipun kami nak jumpa ni sebab dia ada nak bincang sesuatu yang
penting dengan Qira. Hari lain, kami masing-masing sibuk. Malam ni jelah ada free. Dahlah dia tu duduk nun di Shah
Alam. Sibuknya pula ala menteri kabinet je. Bukan Qira saja-saja nak jumpa
dia...” Aku susun ayat canggih-canggih untuk menerangkan situasi kejadian .
“Kesian dia, kalau Qira tinggal
dia jalan sorang,” Kak Jay nampaknya tak setuju dengan idea jahat aku nak
tinggalkan Taqi sorang tadi tu.
“Hee, habis akak dengan Suha dah
plan nak tinggalkan kami berdua, mana saya tak cuak.”Kataku.
“Macam nilah, anggap saja kita ni
tengah temankan Qira...nak tolong dia elakkan fitnah. Boleh?” Kak Jay usap bahu
Suha. Memujuk.
Akhirnya, Suha mengangguk lemah.
Masih serba salah nampaknya, tapi dia terpaksa sebab aku.
“Terima kasih, Suha. Saya janji,
kali ni je.”Aku susun jari pada Suha. Tapi rasanya, takkan ada lain kali dah.
“Nasib baik saya sayang Qira
tau,” Suha muncung sedikit. Tapi muncungnya tak berpanjangan bila aku dengan
Kak Jay pakat peluk dia serentak.
Suha senyum, aku dan Kak Jay pun
ikut senyum sama. Ukhuwahfillah. Moga Allah pelihara kemesraan dan kasih sayang
kami ibarat sebuah keluarga.
Alhamdulillah, bisik hatiku
sambil mata mengerling ke arah Spectra Novus Taqi.
Eh, punyalah panjang drama kami
ni...dia masih tak keluar daripada kereta lagi? Takkan tunggu kami datang terus
ke sana kut?
Aku bangkit meninjau ke arah
kereta Taqi. Tapi haram tak nampak apa sebab cermin tinted. Gelap sangat pun.
Tapi, tak lama lepas aku
terjingkit-jingkit meninjau itu, pintu kereta Taqi mulai renggang. Taqi keluar
dari tempat duduk pemandu sambil memegang telefon pintarnya. Dia melambai ke
arah aku.
‘Amboi, bukan main lagi dia
melambai ye? Tak pasal-pasal banyak pula mata-mata yang memandang serong
nanti.’ Gerutu hati aku.
Dia menggamit kami bergerak
merapati dia.
“Jom,” Aku berpaling mengajak Kak
Jay dan Suha ke kereta Taqi.
“Sorry, lama ke tunggu?” Taqi menyoal sambil tayang muka peramah
sebaik kami tiba ke keretanya.
“Taklah juga,” Aku senyum
segaris. Memang tak pun, kalau ikutkan, tak sampai 5 minit pun kami menunggu
tadi.
Taqi aku lihat mengangguk
perlahan.
“Err, sebenarnya saya nak tukar
baju ni, takkan nak masuk mall pakai gini kan? Toilet kat masjid tadi penuh
sesak dengan umat manusia, tak kuasa nak beratur menunggu giliran sebab kesian
korang tunggu lama selain masa is ticking
out. So, can you please show me the
direction to get there, missy?”Punyalah laju si Taqi ni bercakap sambil
pandang-pandang skrin telefon pintarnya. Tahulah telefon mahal, iPhone kut,
tapi entah apa yang membuatkan dia mencuri pandang skrin handphonenya yang
masih bercahaya sejak tadi.
“Sana. Awak belok kiri. Lepas tu
belok kanan. Kat situ ada sign board,
direction nak ke toilet.” Aku angkat jari telunjuk ke bahagian kiri kami, memberi
petunjuk arah secara ringkas kepada Taqi.
“Okey, thanks.” Taqi laju menjawab. Senyuman mesra dia hulur pada Kak Jay
dan Suha yang daripada tadi duk diam tak terkata apa, kaku berdiri di sebelah
aku.
“Awak berdua masuklah dalam
kereta dulu. Saya tak matikan enjin pun. Kesian awak berdua nak tunggu saya
sambil berdiri kat luar ni,” Tanpa disangka, Taqi dah bergerak untuk membukakan
pintu tempat duduk belakang sambil membuat isyarat mata supaya Kak Jay dan Suha
masuk.
Kak Jay dan Suha pakat pandang aku.
Ni nak minta kebenaran ke apa? Tapi bukan ke tuan punya kereta sendiri yang dah
mempersilakan masuk siap bukakan pintu lagi tu?
Memahami keadaan mereka yang
mungkin kekok kerana berhadapan dengan Taqi yang tidak mereka kenali buat
pertama kalinya, aku senyum sambil angguk-angguk. Kak Jay dan Suha mula masuk
ke dalam. Baru je aku nak join masuk sekali, tiba-tiba Taqi bersuara, menahan
pergerakan aku.
“Eh, wait! Naie, kejap.” Taqi sengih kambing pada Kak Jay dan Suha yang
buat muka tertanya-tanya sebelum tutup rapat pintu kereta.
“Apa?” Soal aku dengan muka
sedikit berkerut. Muka Taqi yang masih kekal dengan sengihan kambingnya itu
membuatkan hatiku berlagu musykil.
‘Mesti ada something ni.’ Detik hatiku yakin, bertambah yakin bila dia buat
isyarat mata dan mulut pada skrin iPhone dia yang daripada tadi masih terang
berlampu. Isy! Apekebendenyer dia ni?
“Here, sembanglah dulu ye. Saya
nak tukar baju dulu.”Taqi unjukkan iPhone dia kat depan aku.
Mana tak terkejut aku dibuatnya.
Dia nak aku buat apa dengan handphone mahal dia ni? Jual kat pajak gadai ke
apa?
“Sembang apa? Dengan siapa?”
gelabah habis aku bertanya pakej dengan siap pasang muka cuak kuasa tiga lagi.
Taqi masih tak sudah
sengih-sengih. Tahulah dia tu bukan main kachak lagi dengan gaya suci murni dia
yang berbaju melayu, kain pelekat satu set dengan songkok hitam yang masih
kemas di kepalanya.
“Cheesy boo awak. Kut?” jawab Taqi selamba. Amboi-amboi...ingat aku
tak perasanlah dia tengah sibuk nak sembunyi senyum tu?
Tapi...
‘Cheesy boo awak...’ sang otak automatik mengulang tayang ayat
penyataan daripada Taqi tadi.
Duhh.
Automatik seluruh muka aku jadi
panas dan kebas semacam. Ya Tuhan, sumpah aku tengah malu gilak ni! Macam mana
dia tahu...
Ian. Aakif Farhan itukan ialah
kawan sejati sehidup semati dia.
GGGrrrrrrrrrr!! Geram kuasa empat
ni!
Ini mesti kes
kawan-sejati-sehidup-semati-semua-rahsia-kita-kongsi.
Cis.
Nak tak nak, walaupun segan tahap
tak tahu nak describe lagi-lagi bila
terpandangkan senyuman nakal Taqi yang bagai mahu menduga dan mengusik aku, dan
juga kegeraman pada si Aakif Farhan, aku capai juga handphone yang Taqi hulurkan. Kesian pula kat dia yang tengah kejar
masa nak tukar baju. Kesian juga pada Kak Jay dan Suha yang tengah tunggu kat
dalam kereta tu.
Selepas aku ambil handphone yang
dihulurkannya, Taqi beransur ke pintu kereta. Mungkin nak beri ruang pada aku
bercakap pada si dia yang tengah menunggu di skrin. Aku kerling kelibat Taqi
yang sedang membuka pintu bahagian driver.
Aku angkat skrin handphone setentang dengan wajah aku.
Dia yang menunggu daripada tadi
sedang tersenyum manis.
“Hai, Naie.” dia lambai mesra
pada paparan Skype.
“Waalaikumsalam, saya sihat,
maaflah ye...lama menghilangkan diri...lama tak kirim khabar berita, lama
tak...” saja nak sindir dia.
“Oh my! So sorry, dear!” Ian tepuk dahi dia sambil masih tersenyum
mesra.
“And yeah. Assalamualaikum. Rindu sangat dengan you, sampai lupa nak
ucap salam at the first place.”
Aku buat rolled eyes, tapi tanpa sedar bibir dah ringan mengukir senyuman
manis buat si dia yang jauh daripada pandangan mata.
Dah lama tak nampak dia for real macam ni, makin comel pula dia
ni.
Eh, comel ke kacak ni?
Dia yang kacak. Tapi senyuman dan
mimik muka dia yang selalu je comel.
Ni tayang muka comel sebab tahu
dah buat salahlah tu.
“How life?” soal Ian masih bersuara mesra. Tak ada nada budak
merajuk pun. Ingatkan masih dengan konfrontasi dia tu.
“Alhamdulillah. Dan, rasanya
makin better kut sekarang ni.”Ucapku
sambil tersenyum pada dia. Mana tak senyumnya, dia pun daripada tadi asyik
kelip-kelip mata je depan kamera. Macamlah aku tak tahu dia bukanlah jenis yang
selalu kelipkan mata sebegini kerap.
“Better sebab dapat face to
face dengan I, dapat lepas rindu
nak menatap wajah I?” Ian siap
angkat-angkat kening dia lagi. Double
jerk. Versi mengusik.
“Gedik.”luahku sepatah. Gaya nada
macam menafikan, tapi sebenarnya telahan Ian itu betul kut. Hati aku jadi
lapang dapat tengok dia tersenyum ceria macam ni. Jiwa aku jadi ringan, dah tak
rasa terbeban dengan rasa risau dan bersalah melihatkan dia dah kembali sihat
sejahtera.
“Apa pendapat you?” soalan Ian buat aku terpinga-pinga
sebentar.
“Pendapat apa?” soalku blur.
“I makin hensem tak?”
“AAAAhhhhhh!!!”
Serentak itu juga..
“KTAANNGG!”
“Adeh.” Suara Taqi mengaduh
perlahan.
Aku berkerut dahi dengan situasi.
Apa dah jadik?
“Kenapa kak, Suha?” soalku kalut, sambil
menjengukkan kepala ke dalam perut kereta.
Kak Jay dengan Suha memandang aku
tanpa sebarang kata. Jelas riak terperanjat pada wajah kedua mereka.
Taqi di seat co-driver sibuk gosok kepala dia.
Eh, Taqi buat bukan-bukan ke pada
kawan aku berdua ni ke?
Tapi takkanlah?
“Er...” Kak Jay pandang Suha
dengan pandangan bersalah sebelum jatuh pada Taqi di depan yang masih tak sudah
menggosok kepalanya.
“Kenapa dengan awak Taqi?” soalku
risau.
“Terhantuk kat langit,” Taqi
tunjuk ke arah bumbung keretanya.
“Macammana boleh terhantuk?”
makin risau pula aku bila dia masih tak sudah gosok kepala. Teruk ke
terhantuknya, sebab sampai ke luar dapat dengar bunyinya dengan jelas.
“Terkejut,” sepatah saja dia
membalas sambil bersandar pada seat.
“Allahuakhbar. Akak dengan Suha
pula?” Aku pandang kawan aku yang dua orang ini pula.
“Terkejut. Jugak.”
Sepatah-sepatah Suha bersuara.
Aku angkat kening, minta penjelasan. Terkejut
kenapa?
“Benda ni,” perlahan Kak Jay
angkat jari sentuh benda bercahaya seakan wayar yang baru ku sedari di pasang
pada sekeliling ruangan dalam kereta Taqi ni.
Serentak dengan itu, Taqi di
depan menghambur tawa kecil.
“Laa. Saya ingatkan dah kenapa
awak berdua jerit tadi. Terkejut sungguh saya,” Aku lihat Taqi senyum saja
sambil masih mengusap kepala.
“Sorry, buat awak terkejut dan terhantuk.” Kak Jay bersuara dek rasa
bersalah menyebabkan kesakitan si tuan empunya kereta.
“It’s okay. Tak sengaja, kan? Eh saya tukar baju dulu lah. Na’ie,
nanti bila dah sudah sembang awak tolong tengok-tengokkan kat bawah seat ni ada
tak jam tangan kaler hitam. Jatuh masa saya nak ambil beg ni tadi,” beg kertas
di tangan kirinya di tunjuk pada aku.
“Okey,” bila Taqi cakap pasal
sembang, baru aku teringat, Ian masih atas talian. Nasiblah guna skype,
bukannya talian berbayar.
Segera aku tutup pintu kereta dan
bergerak jauh sedikit dari situ.
“Hai. Sorry ye. Lupa kat awak,”Aku sengih dek rasa bersalah. Jangan
pakcik ni merajuk dahlah. Masak aku nak memujuk nanti.
“Sokay (its okay). Kenapa tu? Riuh je?” Ian menyoal ingin tahu. Posisi
kedudukannya itu, aku rasa dia tengah landing atas katil dia ni. Sebab ada
nampak bantal.
“Taqi dengan roomates saya buat drama. Kuat juga diorang menjerit. Saya ingatkan
kenapa, rupanya terkejut dengan wayar berlampu dalam kereta Taqi. Dahlah wayar
kaler pink. Aduhai.” Aku ketawa kecil mengenangkan riak wajah Kak Jay dengan
Suha tadi.
“Oh, menatang(binatang) tu. Benda
tu nama dia flexible neon el wire. Guest what, benda alah tu, kitorang
pasang sesama tau. DIY, you...kelassss
okey. Cantik, kan?” Ian buat muka comel dia tu lagi.
Cis. Boleh percaya ke diorang DIY
sendiri benda tu semua? Gaya kemasnya macam orang tahap pro je yang pasang.
“Tu muka kerut-kerut tu, tak
percayalah tu?” tebak dia.
Aku gelak kecil.
“Apasal kaler pink? Wire kaler lain dah habis stok ke
apa?”soalku. Saja je pura-pura tak faham.
“Memang tak lah, kan? You know lah Taqi kut. Wajiblah everything pinky.”Ian buat muka toya
dia. Nak kutuk taste
kawan-baik-sehidup-semati dia lah tu.
“Eh, saya lupa tadi Taqi ada
minta saya tolong carikan jam tangan hitam dia. Jatuh kat seat co-driver.”Aku beritahu Ian.
“Jam hitam?” soal Ian sebelum
tersenyum ala-ala tumbuh tanduk bila aku mengangguk tadi.
“Kalau jam tu kaler hitam, ada line merah dekat strap dia...then berjenama T.I.S.S.O.T, you wajib ugut dia suruh
belanja korang semua makan dekat Kenny
Roger’s Roaster for dinner nanti.”Ian punyalah semangat siap tolong sebut huruf demi huruf jenama jam Taqi tu.
“Why?”soalku. Ni mesti ada benda ni. Tengok gaya senyum pun dah
tahu.
“Jam tu, special kut. Parents dia
kasi hadiah sempena SPM dia cun. Setakat belanja seratus dua untuk dinner korang apalah sangat kan sebab
Tissot yang dia minta tolong cari tu harga cecah 2 ribu ringgit.”Ian dah sedap
guling-guling atas katil dia. Ni yang buat aku jadi mula rasa mengantuk
tiba-tiba ni.
Tapi tak jadi nak mengantuk lepas
dengar harga jam tangan Taqi tu.
Dua ribu?
RM2,000 hanya untuk seutas jam?
Gilak ah.
“A...wak.. Taqi dah datang ni.
Saya belum carikkan pun lagi jam RM2, 000 dia tu. Kita sembang lagi lain kali
ye.” Aku senyum sambil buat peace kat dia. Spontan sangat.
“Okay, I tunggu lain kali you
tu,” dia angkat-angkat kening. Bukan main lebar lagi senyuman dia tu.
“Err...tak adalah janji sebab
saya takde akaun Skype.”Aku garu kepala.
“Download dan register
lah. Simple steps je. Please?” dah sudah. Dia dah buat
permintaan pulak dah.
“Senang saya nak call tak pun buat video call macam ni. Kan jimat sebab guna internet? Awak kan tak
suka saya bazir duit bayar bill
telefon bagai nak call Tanah Melayu?”
Ian suakan ayat-ayat canggih dia.
Cis betul.
“Later, saya decide eh.
Kalau jadi, nanti saya tanya awak simple
steps yang awak cakap tadi tu.” Aku buat rolled eyes lagi. Simple
lah saaaannnggggat. Aku pernah tengok kut si Wafia buat akaun Skype sebab
senang dia nak Skype dengan parents dia kat Kelantan tu. Bukan main banyak
songehnya lagi. Simple amendenye?
“Dear, janganlah buat muka comel cenggitu. Dup dap dup dap bukan
main jantung I ni. Tak lena tidur I nanti,” Mulalah nak melalut ke laut
tu.
“Iyelah sangat tu. Jaga diri
baik-baik kat sana tu.” Aku berpesan.
“You too. Jaga diri dan hati you
baik-baik untuk I. Dont you ever dare, menduakan cinta I even
I jauh beribu batu nautica.” Ian pamer muka tegas dia pada aku.
Aku senyum segaris.
“Insya Allah. Moga Allah pelihara
hati kita.” Ngam ngam aku ucap selamat tinggal kat Ian, Taqi sampai kat sebelah
aku.
“Nah. Thanks.” Ucap aku sambil serahkan iPhone tadi pada Taqi.
“Dah settle konfrontasi?” Taqi soal aku.
“Bila masa ada konfrontasi? Tak
tau pun?” aku sengih mengusik.
Taqi buka pintu driver. Cuit tuil untuk buka boot belakang.
Beg berisi baju yang telah di ganti tadi di letakkan di situ.
Taqi dah bertukar rupa dengan
gaya ranggi dia berjeans lusuh dek kerana ada kesan dicarik-carik dibeberapa
bahagian kaki jeans berwarna hitam yang aku pasti walaupun lusuh
mahu makan harga beratus-ratus juga ni dan ber-tee warna...erk..
Aku pandang tudung bawal aku
sebelum kembali pandang Taqi. Alemak.
Apasal ala-ala senada je warna
baju Taqi dengan warna tudung aku ni?
Sekali pandang bukan main
sedondon lagi kami. Hitam dan pinkish.
Erk.
“Eleh, macamlah saya tak tau
cerita. Dah lah, masuk dulu. Kita gerak ke Metro Kajang. Karang lambat sampai,
lambat pula balik. Tapi since hal
awak dengan Ian dah settle dan kita
tak adalah nak bincang apa sangat lagi dah, sampai sana nanti kita carik dinner dulu la eh. Lapaaarrr...” Taqi
gosok perut rata dia.
“Terpulang awaklah. Saya ikut
je.” Aku membalas.
“Ohh..nak ikut ke..”
“Sedap tak rasa terhantuk kat
‘langit’ macam tadi tu?” aku cekak pinggang sambil tayang muka garang mengugut.
Suka sangat buat main dengan ayat penuh kontroversi dia tu. Sekeh kang?
“Oh. Sangatlah tak sedap. Duduk
seat co-driver eh, teman saya borak. Saya kalau memandu sambil lapar, selalu je
rasa nak mengamuk dengan drivers lain
kat jalan nanti. So kira kalau awak
duduk sebelah ni, hope so saya boleh behave lah kan.” Taqi kenyit mata kat
aku.
Aku yang masih bercekak pinggang
spontan membuntangkan mata bundar aku ni. Ececeh, perasan sangatlah mata
bundarkan, Na’ie. Hehe.
“Okay...okey. Lets get going. ” Taqi gelak kecil
sambil masuk ke dalam perut kereta.
Aku turut mengambil tempat di
sebelah Taqi iaitu di seat co-driver.
Mana taknya, tadi Taqi dah siap bukakan pintu co-driver.
Masa aku nak letak kaki kat bawah compartment,
kaki aku macam tersentuh sesuatu. Aku cerunkan pandangan pada benda tersebut.
“Taqi...”Jam tangan hitam dengan
strap ada line merah itu aku unjukkan pada Taqi. Memang Tissot macam yang Ian
cakap.
Aku teguk liur. Fuiyoo. Dapat
pegang sekejap pun aku dah gembira lain macam. Aiyayaya. Seumur hidup ni,
inilah kali pertama aku pegang jam harga ribu-ribu. Jam aku sebelum ni, paling
mahal harga seratus lebih je. Biasanya, aku lebih suka pakai jam pasar malam.
Boleh beli banyak-banyak buat koleksi, setiap hari tukar pakai yang lain siap
boleh match-up dengan warna baju atau tudung lagi. Hehe.
“Ya ALLAH, kat situ ke? Punyalah
saya tertonggeng-tonggeng carik bawah seat
tadi sebab bunyi jatuhnya macam ke bawah seat
ni je.” Taqi ambil jam dia tu dan terus pakai ke tangan kiri dia.
Memang jam ribu-ribu dia tu suit him, very well. Nampak makin stailo
pakcik pinky sorang ni.
Taqi baca doa memulakan
perjalanan diikuti dengan syahadah dan basmalah. Handbrake di turunkan sebelum
gear di tolak ke mood R.
Spectra Novus Taqi bergerak
menuju ke pintu keluar uni, menghala ke jalan memasuki lebuhraya.
Kak Jay dan Suha di belakang
hanya diam membisu. Tetapi aku yakin, pasti banyak tanda tanya yang menghantui
mereka ketika ini.
*****
“Hai, Naie.” Aku terus melambai
mesra pada paparan Skype yang kini terpampang wajah comel lagi ayu si dia yang tersangatlah
dirindui siang dan malam sepanjang berada di bumi Australia ini.
“Waalaikumsalam, saya sihat,
maaflah ye...lama menghilangkan diri...lama tak kirim khabar berita, lama
tak...”
Mak oii! Bukan main penuh ‘kasih
sayang’ lagi kata-kata Naie. Main
sindir-sindir pulak. Tapi memang salah aku pun, eksaited punya pasal dapat
menatap wajah si dia ni for real..sampai lupa nak ucap salam.
“Oh my! So sorry, dear!” aku terus tepuk dahi sambil ukir senyum
mesra, khas buat Nor Naila Aqira sorang je.
“And yeah. Assalamualaikum. Rindu sangat dengan you, sampai lupa nak ucap salam at
the first place.” Pengakuan jujur aku.
Naie buat rolled eyes, tapi bibir dia tengah senyum bukan main manis lagi
untuk aku. Aihh, kalau macam ni manislah senyuman dia kasi kat aku hari-hari,
kena diebetis yang hari-hari kena suntik insulin pun aku sanggup. Tapi kalau
boleh janganlah sampai macam tu. Minta jauhlah segala macam penyakit berbahaya
tu. Berilah aku peluang nak hidup bahagia dengan Naie aku ni dulu. Cewah.
Aku pandang dalam-dalam skrin
Galaxy Note dengan mata tak berkelip. Sayang gila nak kalih pandang daripada
muka si jantung hati ni. Rindu serindu-rindunya. Nasib baik Taqi ada.
Berdosanya aku sebab salah faham dengan Taqi dan hampir je anggap Taqi
mengkhianati aku padahal Taqi punya niat bukan main baik lagi untuk kebaikan
aku. Aku yang pesimis sangat pun.
Dah lama tak nampak dia for real macam ni, makin comel pula dia
ni. Tapi kalau tengok berdepan, mahunya
lagi berganda cantik. Isy, rugi betullah. Bilalah semester break nak sampai ni. Tak sabar nak balik Malaysia.
Sungguh aku rindu segalanya
tentang gadis yang sedang berlawan cakap dengan aku ni. Senyuman dan mimik muka
dia yang selalu je comel tu sering buat aku angau melayang-layang even selalunya dia tunjuk sisi garang
macam singa dia tu je kalau dengan aku.
Aku senyum sambil kelip-kelip
mata. Mengusik dia yang tengah buat muka garang dengan aku. Ni mesti kes aku
‘menghilangkan diri’ beberapa hari lepas. Tapi bukan sengaja nak hilang tanpa
khabar berita pun. Masa tu aku demam teruk tahap tak larat nak bangkit pun.
Dahsyat demam aku kali ni buat aku rasa serik dan seriau nak lalai jaga
kesihatan lagi. Nasib baik tak kena warded
hari tu. Kalau tak, memang naya kena masuk IV drip bagai. Sengsara.
“How
life?” soal aku dengan suara mesra. Kang kasi suara manja, dia label aku gatal
pulak. Tak pasal-pasal dia lancarkan mogok taknak cakap dengan aku pula.
“Alhamdulillah. Dan, rasanya makin better kut sekarang ni.”jawab dia sambil
tersenyum pada aku.
Alahaaiiiiii.....manisnya
senyuman awak. Agak-agak, selalunya bila awak bercakap dengan saya melalui
telefon, awak senyum manis macam ni tak ye?
Angau lagilah aku beberapa hari
ni dek kerana senyuman Naie yang bukan main manis lagi aihh.
“Better sebab dapat face to
face dengan I, dapat lepas rindu
nak menatap wajah I?” sengaja aku
buat ayat jiwang siap angkat-angkat kening kat dia lagi. Double jerk. Versi
mengusik. Muehahaha.
Rindu nak tengok muka geram dia
pulak. Hehe.
“Gedik.”luah dia sepatah.
Ewah ewah. Gedik dituduhnya kita?
Takpe takpe. Tengoklah setahun dua lagi, si gedik nilah yang you kena hadap setiap kali bangun tidur.
Eceh. Tinggi kemain angan-angan seorang Mohd Aakif Farhan.
Melihatkan wajah dia yang
seakan-akan sedang memikirkan sesuatu, sengaja aku ajukan soalan cepumas.
“Apa pendapat you?” Aku sengih
jahat.
“Pendapat apa?” soal dia, blur
habis.
“I makin hensem tak?” sengihanku makin melebar.
“AAAAhhhhhh!!!”
Serentak itu juga..
“KTAANNGG!”
“Adeh.” Suara Taqi mengaduh
perlahan.
Aku berkerut dahi dengan situasi.
Apa dah jadik?
“Hai. Sorry
ye. Lupa kat awak,”Naie sengih
semacam.
Pehal pulak dah ni? Aku garu
kepala sendiri walhal tak gatal pun jauh sekali berkutu ye. Itu reaksi refleks
bila aku blurr.
“Sokay (its okay). Kenapa tu? Riuh je?” aku menyoal ingin tahu. Badan aku
rebahkan ke katil. Jam dinding aku kerling seimbas lalu. Baru pukul 10 lebih,
apasal rasa mengantuk semacam ni. Aduila. Dah lah tengah dapat peluang keemasan
ber-Skype dengan Naie ni. Boleh pulalah masa ni juga mata ni nak mengantuk
bagai. Tak nak beri kerja sama betullah.
“Taqi dengan roomates saya buat drama. Kuat juga diorang menjerit. Saya ingatkan
kenapa, rupanya terkejut dengan wayar berlampu dalam kereta Taqi. Dahlah wayar
kaler pink. Aduhai.” Naie tertawa kecil sambil menceritakan kejadian yang telah
berlaku tadi.
“Oh, menatang(binatang) tu. Benda
tu nama dia flexible neon el wire. Guest what, benda alah tu, kitorang
pasang sesama tau. DIY, you...kelassss
okey. Cantik, kan?” Aku buat muka bangga
habisan mengenangkan masterpiece kami
itu. Kerja gila pergi sambung bermacam wayar pada kotak suis utama lampu LED
dalam kereta Taqi. Dekat 2 hari jugaklah kami tekun berlagak jadi mekanik
mahir. Kerja gila pasang ikut tutorial dalam youtube. Kut ada litar pintas,
naya Taqi. Tapi kalau sampai hari ni, Taqi tak ada cerita masalah wire el tu...kira cantiklah arrangement semua kan?
Ahahaha, nasib baik menjadi.
Kalau tak, kerja sia-sia je cari benda alah tu sampai ke Kedah semata nak
cari wire
el yang mengeluarkan cahaya pink. Satu KL dah kami pusing, yang berlambak
ada wire kaler biru, kuning dengan
hijau je. Kaler merah dengan pink atau purple, nak kena order dari dulu. Order bukan main lama nak kena tunggu. So give up. Carik luar KL. Ada member
kasi tau satu kedai dekat Kedah ada stok, jadi berdesuplah kami ke Kedah nun.
“Tu muka kerut-kerut tu, tak percayalah tu?”
tebak aku demi melihatkan muka eleh-tak-caya-ah
Naie..
Naie gelak kecil, dengan tuduhan
aku tadi.
“Apasal kaler pink? Wire kaler
lain dah habis stok ke apa?”soal dia bersahaja.
Ewah. Sudah gaharu, cendana pula
ye?
“Memang tak lah, kan? You know lah Taqi kut. Wajiblah everything pinky.”aku buat muka annoyed yang memang dibuat-buat. Alahai,
takkanlah nak annoyed dengan bestfriend sendiri kan? Dah namapun bestfriend, haruslah dah masak benar
dengan tabiat dan kegemaran dia. So,
kira kenalah redha menerima dan just bear
with it.
“Eh, saya lupa tadi Taqi ada
minta saya tolong carikan jam tangan hitam dia. Jatuh kat seat co-driver.”Dia kalut beritahu aku. Tapi dia tak beritahu pun,
aku dengar je tadi perbualan mereka ni, even
sayup –sayup.
“Jam hitam?” aku senyum dengan
agenda yang agak jahat di dalam otak.
“Kalau jam tu kaler hitam, ada line merah dekat strap dia...then berjenama T.I.S.S.O.T, you wajib ugut dia suruh belanja korang semua makan dekat Kenny Roger’s Roaster for dinner nanti.” punyalah semangat aku
ni ha, nak buli si Taqi punya pasal siap tolong
sebut huruf demi huruf jenama jam Taqi tu.
“Why?”soal Naie dengan muka curiga dia tu.
Alahaiiiiii....apasal awak comel
sangat malam ni, Naie?
“Jam tu, special kut. Parents dia
kasi hadiah sempena SPM dia cun. Setakat belanja seratus lebih untuk dinner
korang apalah sangat kan sebab Tissot yang dia minta tolong cari tu harga cecah
2 ribu ringgit.”Aku dah mula guling-guling atas katil. Eii, tengok muka comel
Naie je, terus aku jadi mengantuk. Hehe. Hati tengah bunga-bunga, mood pun ada
muncul pelangi dan bintang yang berkerlipan.
Muka Naie yang tengah melopong tu
buat ketawa aku pecah tak dapat di kawal.
“A...wak.. Taqi dah datang ni.
Saya belum carikkan pun lagi jam RM2, 000 dia tu. Kita sembang lagi lain kali
ye.”
Amboi buat peace lagi dia ye?
“Okay, I tunggu lain kali you tu,” aku angkat-angkat kening. Bukan
main lebar lagi senyuman cik Naie malam ni.
“Err...tak adalah janji sebab
saya takde akaun Skype.”Aku garu kepala.
“Download dan register
lah. Simple steps je. Please?” dah sudah. Dia dah buat
permintaan pulak dah.
“Senang saya nak call tak pun buat video call macam ni.
Kan jimat sebab guna internet? Awak kan tak suka saya bazir duit bayar bill
telefon bagai nak call Tanah Melayu?” Ian suakan ayat-ayat canggih dia.
Cis betul.
“Later, saya decide eh.
Kalau jadi, nanti saya tanya awak simple
steps yang awak cakap tadi tu.”
Spontan aku ketawa. Alahai, cik
adik ni suka betul buat rolled eyes
dia tu. Comel gilak kut, sampai rasa nak terkeluar jantung daripada dada aku
ni. Alahai...
“Dear, janganlah buat muka comel cenggitu. Dup dap dup dap bukan
main jantung I ni. Tak lena tidur la I
nanti,” Aku sengih lagi, mengusik.
“Iyelah sangat tu. Jaga diri
baik-baik kat sana tu.” Si dia berpesan.
Aku angguk sekali dengan senyuman
terharu. Oh dunia, Naie tengah pesan aku untuk jaga diri baik-baik!
Sumpah terharu
sangat.
“You too. Jaga diri dan hati you
baik-baik untuk I. Dont you ever dare, menduakan cinta I even
I jauh beribu batu nautica.” Aku pamer muka tegas aku pada dia.
Naie senyum segaris. Pakej dengan
muka malu-malu dia.
“Insya Allah. Moga Allah pelihara
hati kita.”
Aku senyum juga. Alahai, tak
sudah-sudah main senyum-senyum sejak tadi.
Skrin Galaxy Note aku dah gelap.
Skype juga dah selamat kena offline.
Aiihh....gembiranya hati...
“Woi!” Paaappp!
“Aww...” Aku gosok pinggang yang
baru je terhentak ke lantai. Carik pasal sangat si Mat ni kenapakah?
“Lu buat apa bro? Gua jerit-jerit
panggil nama lu, lu buat dek je pehal?” Mat datang sebelum duduk atas katil
aku. Siap pakat cakap guna slang ala Key
El (KL) pulak dengan aku.
“Kau la yang pehal. Tetiba memekik
woi-woi depan bilik aku dah kenapa? Ni, sakit pinggang aku ni jatuh tergolek
tau. Patah pinggang aku, siap sedia jelah tunggu surat saman daripada aku,” Aku
urut pinggang sambil jeling Abdul Rahmat yang tengah gelak mengekek.
“Aku pulak yang salah. Dah hang
tu yang duk sengih-sengih merenyam atas katil sorang-sorang, aku panggil pun
hang tak dengar, lepaih tu hang nak pi kata aku pulak lah yang salah?” Mat
hulur tangan dia, nak bantu aku untuk bangkit daripada lantai.
“EH, kau ada panggil aku ke? Aku tak
dengar apa pun?” Laju aku bersuara.
“Haaa, baguih la tu. Duk angau
kat orang KL ka hapa? Bukan main tersengih sana tersengih sini aku perhati hang
ni.”Mat cerunkan pandangan dia bila aku ambil tempat kat sebelah dia.
“Angau? Heee....rindu gilak kat
dia laaaaa Mat....lagu mana ni...?” Aku ajuk loghat kedah Mat sambil buat gaya nak
peluk Mat ketat-ketat.
“Woi, nak mampuih pa ka hang ni
Yan?!” Mat tolak muka aku jauh-jauh.
HAHAHA.
“Ada apa kau cari aku?” Aku pandang
muka Mat yang masih buat muka geli dia kat aku.
“Check condition hang la. Okay
ka tak okay ka. Tapi since aku tengok hang dah boleh sengih
merenyam macam ni, aku consider hang
dah terlebih sihat la kan.” Mat jeling aku dengan ekor mata.
HAHAHA. Sumpah kelakar gila rupa
Mat buat macam tu.
“Wei, tu ada secret admire kau
kasi makanan,” Aku tunjuk jari ke arah meja study aku. Apa yang cik Kari rumah
sebelah kasi siang tadi.
“Secret admire bende pulak hang
ni, Yan?” Mat tibai tampar bahu aku bukan main kuat lagi.
“Kau nak bunuh aku ke apa Mat? Bertimbang
rasalah dengan orang yang baru sembuh demam ni...” Gila perit bahu aku ni.
“Memain la lagi. Tak lawak
sungguh tau.” Mat angkat tangan nak tampar bahu aku, tapi aku cepat-cepat ambik
bantal, tekup muka dia.
“Cik Kari rumah sebelah ni yang
kasi,” beritahuku.
“Aha.”Mat tarik sila atas katil
aku.
“Sungguh ni wei,” Aku cuit-cuit
bahu Mat. Saja nak usik brader sorang ni.
“Kisah pulak aku kau serius ke
apa ke,” Mat tayang muka stoned dia semula. Takut sangatlah kena gosip dengan
mana-mana perempuan kat sini.
Aku jungkit bahu, tapi dalam hati
memuji setia Mat pada isteri dia. Aku kena belajar banyak dengan Mat ni. Cara-cara mencintai dan dicintai.
Mat senyap sambil bersandar pada
dinding di belakang katil aku. Aku pun tarik sila di sebelah Mat.
Sebuah keluhan aku lepaskan
perlahan.
Mat pandang aku dengan muka
bertanya- kenapa.
“Rasa nak terbang balik Tanah
Melayu, tak tertanggung rasanya perasaan ni..” Aku meluahkan perlahan.
Muka stoned Mat automatik
berubah. Tak semena-mena tawanya pecah
perlahan.
Aku tarik muka masam. Tu nak kata
aku anak manja lah tu.
“Sungguh ni Mat. Rindu tahap
melayang-layang ja rasa ni. Nak buat lagu mana ni...” Aku buat muka sememeh kat
Mat.
“Lagu mana lagi, lagu dondang
sayang la.” Mat buat muka stoned.
Paapp.
Aku tampar bahu dia.
“Aku serius la wei.” Terus aku
baring ke tilam. Pandangan lurus menekur syiling putih.
“Kalau serius, balik nanti pi
jumpa mak bapak dia, pinang ja teruih jadi isteri.” Mat sengih segaris sebelum
bangkit meninggalkan aku terkebil-kebil sendirian.
“Boleh ke?”
“Awat tak bulehnya? Buleh ja. Apa
kes nak rindu-rindu anak dara orang, kut jadi isteri kau yang sah, kan
syok nak
rindu-rindu?”Mat angkat-angkat kening. Tu nak provokasi akulah tu.
Cis betul mamat sekor ni. Sajalah
nak bakar hati aku malam-malam ni.
TO BE CONTINUED SOON:)
_________
_________
Lama hilang, maaf lambat update entry. harap menghiburkan:D