My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

09 October 2013

Kontrak Cinta Pjj- chapter 9-by Arin Arida



Kontrak Cinta PJJ, 9

Aku pinkan brooch ke bahu kiri, mengemaskan kedudukan tudung bawal plain berwarna ungu di kepala aku.

Aku check sekali imbas figura yang terbias di dalam cermin. Jubah hitam dengan jahitan manik kecil yang simple, dengan bawal plain kaler ungu.

Okaylah kut.

Untungnya baju warna hitam ni, senang je nak match up-kan dengan tudung kaler apa pun. Saja aku pulih tudung kaler ungu magenta yang ala-ala lebih pigmen merah sehingga si kawan baik aku Dina dengan Wafia selalu je tuduh tudung ungu aku ni sebenarnya warna pink. Jenuh juga aku bertekak nak menegakkan pendirian aku berkenaan warna tudung ni. Maklumlah, tak dapat terima hakikat bila ‘mak cik’ berdua tu label aku ‘girly pinky’.

Brooch dengan bentuk dan warna yang sama aku pinkan ke bahu kanan pula. Mengemaskan lagi satu bucu tudung bawal aku.

Siap. Aku tenung pantulan wajah sendiri pada dada cermin. Rias muka ala kadar supaya tak nampak pucat dan kusam sangat sebab letih dan kurang tidur plus tak ada masa nak membelek dan memanjakan kulit muka sangat semenjak dua ni. Maklumlah, tengah nak kejar masa yang berbaki untuk siapkan segala macam assignment yang makin bertimbun sebelum exam week muncul menjelma awal bulan hadapan.

Baju jubah dan tudung bawal aku belek sekali lagi. Okeylah. Asalkan selesa, kemas dan menutup aurat dah cun-lah kan? Bukan nak jumpa VVIP pun.

Simple je Nor Naila Aqira bersiap nak keluar berjalan. Tok sah nak anggun-anggun sangat memalam ni. Cukuplah Taqi sorang je jadi centre of attraction dengan gaya dia yang ala-ala retis(artis) tu.

Aku pegun di depan pintu almari baju merangkap stor mini tempat aku simpan segala harta benda  berharga aku.

Beg kertas yang diberikan Taqi tak lama dahulu, aku tenung lama. Sejak Taqi beri beg kertas berisi hadiah daripada Ian itu dulu, aku langsung tidak pernah membuka kotak di dalam beg tersebut langsung. Ian pernah bertanya sama ada aku berkenan dengan hadiah pilihannya itu ataupun tidak, aku dengan yakin berkata aku sukakannya, padahal apa yang Ian beri pun aku tak tahu.

Kejam kan, aku? Orang dah penat-penat kasi hadiah pun aku macam tak menghargai kan?
Bukannya tak reti bersyukur, tapi entahlah, hati aku rasa serba salah. Macam ada benda yang tak kena sahaja. Rasa tak sedap hati nak terima apa-apa pemberian daripada Ian pun iya juga. Rasa seperti aku terikat dan terjerut dengan barang-barang pemberiannya itu.  Barang yang membuatkan aku terasa seperti terhutang sesuatu padanya.

Ketukkan pada pintu bilik,memangkas ingatan aku pada Ian lalu membuatkan aku segera berpaling ke muka pintu bilik.

“Cik adik, dah siap ke?” Kak Jay senyum mesra di ambang bilik.

“Dah kak,” Aku terus capai handbang gedabak aku yang kini bukan main ringan lagi sebab hanya ada telekung, handphone, kad pelajar, kunci rumah dan juga purse.

Aku rapatkan jendela kaca di hujung bilik sebelum bergerak mematikan suis lampu dan kipas. Pintu bilik aku rapatkan dan kunci.

“Amboi, boria betul ni. Semua pakat pakai all black malam ni?” Aku angkat-angkat kening mengusik Suha dan Kak Jay. Suha comel betul dengan jubah cotton dia. Kak Jay pula kekal anggun dengan jubah two layers yang bersulam di hulung lengan.

“Jomlah,” aku capai sandal bertali dari rak kasut. Letihlah kalau nak sarung heels runcing dua inci tinggi yang selalu aku guna nak masuk kuliah dengan tutorial tu pergi berjalan di dalam mall malam-malam macam ni.
“Eh, cikgu kita pakai sandal je?” Suha sarung kasut flat bellerina dia. Suha ni, suka benda-benda comel. Daripada kasut, sampailah ke koleksi jubah dan baju dia yang lain.

“Baru selesa nak berjalan ke berlari ke dalam mall tu nanti.” Aku menjawab dengan senyuman. Faham sangat dah. Ni mesti nak mengusik aku dengan kasut runcing dua inci aku tu.

“Kalau bukan terpaksa dek kerana etika fakulti, tak kuasa saya nak ke hulu ke hilir dalam kampus guna kasut  formal dua inci tu.”Aku gelak kecil melihatkan muka ragu-ragu Suha.

“Qira, tak pakai socks?” Suara Kak Jay yang menegur membuatkan aku tergamam sebentar. Spontan aku tepuk dahi.

“Ya ALLAH, nasib baik Kak Jay tegur. Patutlah macam ada benda yang tak kena je daripada tadi, rupanya lupa sarung kaki. Kejap eh,” aku berlari masuk ke dalam bilik semula. Terkial-kial mengenakan sarung kaki tersebut.

“Tak jadilah gayanya nak guna sandal ni...”Aku menggumam perlahan. Nak tak nak kenalah juga sarung wedges sebab kasut sandal aku ni bertali di tengah ibu jari kaki. Karang rosak pula sarung kaki aku ni.

“Hee, see? Ini barulah complete package cik Qira kita ni. Terasa makin ketot saya berdiri sebelah Qira,”Suha senyum meleret melihatkan aku yang masih terkial-kial nak sarungkan wedges ke kaki kiriku.

“Nak buat macammana, flat shoes saya dah terbuka tapaknya dek kerana terpaksa meredah air hujan sepanjang minggu lepas dekat sidewalk nak ke kampus tu.” Sedih pula mengenangkan satu-satunya flat shoes dari 6 pasang kasut aku dekat rak tu dah jahanam terendam dalam air. Lima pasang kasut aku yang tinggal termasuklah sandal bertali tadi, wedges Vincci 3 inci yang sedang aku guna ini, heels Alfio Raldo hadiah cik abang sepupu yang baik hati bertumit runcing 2 inci, ankle boot 2 ½ inci Bata kaler hitam, dengan sport shoes warna biru.

“Akak pun dah berpasang-pasang kasut rosak dek kerana sidewalk yang selalu je banjir tu.” Kak Jay buka pintu utama bilik apartmen kami.

“Lain kali kena beli kasut murah dekat pasar malam jelah kalau nak meredah hujan kan, ini kasut mahal-mahal pun rosak juga. Membazir je. Nak buang pun rasa sayang tahap nak menitis air mata.”Aku bersuara sambil menuruti langkah Kak Jay keluar.

“Kalau macam saya dengan Kak Jay ni boleh konsider lagi nak guna kasut pasar malam masuk kelas, sebab kami kalau pakai sandal biasa pun boleh je asalkan kemas dan bukannya selipar. Kalau awak, memang tak bolehlah Qira. Mana datangnya nak cari heels kat pasar malam depan uni kita ni?”Suha tekan punat kunci dari sebelah dalam tombol sebelum rapatkan daun pintu.

“Kena tempah dengan apek tu dulu kot baru ada stok?” Aku sengih segaris melihatkan jelingan Suha.
“Untunglah kalau ada,” Suha tertawa kecil dengan idea merepek aku.

“Eh, dahlah berceloteh tu. Cepat turun, karang lambat...lama pula kawan Qira tu tunggu.” Suara Kak Jay yang sedang berjalan menuju ke ruangan lif.

“Eh, Kak Jay sebut kawan, baru teringat nak tanya kat Qira. Qira, kita nak tunggu mana ni?” Soal Suha.
“Cafe depan ni,” ringkas balasan aku.

Setibanya di kafeteria, kami ambil tempat duduk berhampiran pintu hadapan kafeteria, port dekat dengan parking lot.

Sambil menunggu Taqi, aku balas sms Dina yang kini sedang bercuti di kampung. Hujung minggu kan? Si Wafia pula, lepas habis perjumpaan pagi tadi tu, terus berdesup pergi ke rumah pakcik dia di Puchong. Saja nak berkumpul sekali dengan sepupu sepapat dia sempena hujung minggu ni. Lagipun kelas pagi hari isnin depan ni dah awal-awal lagi di isytiharkan batal oleh pensyarah. Kena ganti dengan kelas malam keesokan harinya.

Tak lama menunggu, kelibat kereta Spectra Novus hitam berkilat dengan sport rim hot pink itu kelihatan memasuki kawasan parking lot cafeteria kolej kediaman tempat kami menunggu ni.


****

“Kau kut ye pun nak emo dengan aku...janganlah buat drama cenggini. Sebak dada aku, kau rupanya masih ragu-ragu dengan kesetiaan aku.” Aku buat muka monyok pakej dengan suara sedih bukan main lagi. 

Handbrake di naikkan setelah gear  D aku bebaskan.

Wajah Ian sedang tertawa besar di skrin pipih iPhone ku.

“Ni, aku nak kasi tau awal-awal ni. Aku nak mintak izin dengan kau. Malam ni aku nak pinjam cik honey boo kau ni. Aku nak seret dia pergi dating dengan aku dekat Metro Kajang.” Aku tayang muka toya bila Ian jengilkan mata dia di saat aku sebut ‘dating’ tadi. Hahaha! Tau kau cuak ye, der?

“Nak rasa kena campak dalam kandang rimau ke, der?” Ian ni sejak duk dekat Aussie sana tu, cepat betul melatah. Apa dia tak sedar ke aku tengah nak mengusik dia je ni?

“Ek eleh. Gelabah biawak la lu bro. Macam tak biasa. Aku melawak je kut, takut sangat awek dia ni aku sapu licin.” Aku gelak melihat muka tak puas hati Ian melalui paparan Skype. Gelabah sangat pun kau ni, kawan!

“Ahahaha, wei. Kau jangan nak gedik-gedik gatal dengan Na’ie aku tu. Then, baik kau jaga dia elok-elok. Lepas tu, pastikan kau drive baik-baik, cermat-cermat. Kau nak bawa bakal menantu mak aku tu. Lepas tu...pastikan kau hantar dia balik sebelum pukul 11 sebab uni dia tu...”

Aku buat rolled eyes dengan pesanan penaja Ian yang berkajang-kajang.

“Yada Yada Yada. Aku tau ler. Toksah nak ulang siar banyak kali la. Dude, aku sebenarnya dah sampai kat diorang ni. Aku nak tukar baju kejap, kau nak sembang dengan dia tak? Aku pass phone aku ke dia ni?” Aku buka seat belt. Enjin kereta aku sengaja aku tak matikan.

“Eh, boleh ke?” apasal macam dungu semacam je kawan aku ni lepas baik demam ni? Doktor kat Aussie tu salah kasi ubat ke apa?

No. Memang tak boleh.” Aku tayang muka stoned. Awek dia, ada boleh pulak nak tanya aku boleh ke tidak dia nak sembang? Gila buat lawak senja-senja ni. Nasib jauh, kalau kat depan aku memang selamat aku sekeh kepala otak geliga dia tu dua kali.

“Alah. Wei, aku dah lah tengah serabai ni. Eh kejap aku check muka kat cermin jap,” skrin bergegar.
Haruslah bergegar bila budak Aakif Farhan tu lari pecut carik cermin.

Aku geleng kepala sekali dua. Harus dia balik KL nanti aku sekeh kepala dia betul-betul.
Bajet sangatlah nak buat video call dengan awek baru muncul inisiatif nak carik cermin.

If she really loves you, she will absolutely accepting you at the very worst part of you, buddy.” Sempat aku kasi sedas kat Ian. Aku buka pintu kereta.

Lambai tangan pada Naie yang kebetulan tengah pandang kat aku. Bukan main tergamam lagi cik adik sorang tu menengok aku ni. Apa hensem sangat ke aku pakai baju melayu dengan kain pelekat ni?
Ian yang masih di skrin iPhone tersengih lebar.

“Ayat kau sangatlah memberi inspirational kat aku wahai Ahmad Zainul Muttaqin.” Ian jeling aku tajam.  Ini kalau dia ada kat sebelah aku sekarang ni, mahu senget sebelah bahu aku kena bantai tumbukkan padu sedas daripada dia. Takkpun kaki aku ni jadi tempang sebelah dek kena sepakan jurus maut daripada si Ian ni.

Aku bantai gelak sambil cover line. Gila nak gelak bagai nak rak sensorang kat publik ni? Dah lah ramai awek-awek uni keluar carik dinner dekat cafe sekarang ni. Mahu ada orang label aku orang gila paling kachak bergaya. Ceh.

“Weh, dia datang weh. Cun gilak. Berjubah dan bertudung pink. Matching kut dengan baju aku. Alahai...sedondonlah kami malam ni, bagai pinang dibelah dua...”sempat juga aku api-apikan Ian bila Naie datang menghampiri aku diikuti oleh dua orang wanita lain. Eh, wanita sangat tetiba kan?

Heh. Ada chance nak usya line ni. Weehoo!

Aku senyum lebar.

Inilah roomates yang Naie cakap tu kot. Boleh tahan...erm. tak dapat Naie, dapat roomates dia pun cun gak kan? Tengok gayanya, kalau aku bawak kenalkan kat mama dengan papa ni, gerenti lulus dah ni.
Haha. Tapi sebelum tu, mahu lebam dahi aku ni kena luku dengan Naie. Faham jelah perangai Naie tu. Sangat protective dengan kawan-kawan dia bila ada dekat dengan aku macamlah aku ni perangai macam buaya darat sangat.  Ahaha.

Sorry, lama ke tunggu?” Aku menyoal sambil tayang muka peramah.

“Taklah juga,” Naie senyum segaris.

“Err, sebenarnya saya nak tukar dulu baju ni, takkan nak masuk mall pakai gini kan? Toilet kat masjid tadi penuh sesak dengan umat manusia, tak kuasa nak beratur menunggu giliran sebab kesian korang tunggu lama selain masa is ticking out. So, can you please show me the direction to get there, missy?”Aku cakap laju-laju. Kesian pulak dekat si Ian yang tengah sabar menunggu di skrin iPhone di genggaman aku ni.

“Sana. Awak belok kiri. Lepas tu belok kanan. Kat situ ada sign board, direction nak ke toilet.” Naie angkat jari telunjuk ke bahagian kiri kami.

Okey, thanks.” Aku ucap laju. Senyuman mesra aku hulur pada dua orang roomates Naie yang daripada tadi duk diam tak terkata apa.

“Awak berdua masuklah dalam kereta dulu. Saya tak matikan enjin pun. Kesian awak berdua nak tunggu saya sambil berdiri kat luar ni,” Aku bukakan pintu tempat duduk belakang sambil membuat isyarat mata supaya kawan rumah Naie masuk.

Kawan Naie pandang Naie, lepas Naie senyum sambil angguk-angguk, diorang pun masuk ke dalam. Naie pun nak join sekali, tapi aku sempat menahan.

“Eh, wait! Naie, kejap.” Aku senyum pada dua orang kawan rumah Naie tadi sebelum tutup rapat pintu kereta.

“Apa?” Naie muka tertanya-tanya.

Here, sembanglah dulu ye. Saya nak tukar baju dulu.”aku unjukkan iPhone aku kat dia.
Naie buntang mata kat aku.

“Sembang apa? Dengan siapa?” gelabah gaya Naie bertanya pakej dengan muka cuak dia. Alahai comelnya. Nasib baik awak ni kawan baik saya dah reserved awal-awal.

Cheesy boo awak. Kut?” Aku sembunyi senyum bila berjaya mengesan riak malu segan dia bila aku sebut benda tu tadi.

Selepas Naie ambil phone aku walau dengan muka nak tak nak sebab segan dia, aku buka pintu driver. Aku tarik tali beg kertas di seat co-driver. Tapi malangnya aku terlupa aku letak jam tangan aku kat situ tadi. Dahlah tak masuk dalam box dia. Kut bercalar karang, ada gak aku meraung kat sini jugak.

Tapi nak meraung pun tak guna gak sebab salah sendiri kan, serve your right la kiranya sebab careless sangat pergi gatal letak kat seat. Kut ke simpan dalam compartmen atau letak atas speedometer kan ke lebih selamat?

Adeh. Dah satu kerja pulak nak mencarinya ni.

Aku keluar dari kereta sebelum tutup pintu driver. Takkanlah aku nak tertonggeng-tonggeng carik barang yang jatuh bawah seat co-driver dengan keadaan aku yang berkain pelikat ni depan tetamu berdua yang ayu lagi anggun berjubah di seat belakang ni, kan? Di buatnya kalin pelekat aku ni lucut, mahu gamat suasana tak pepasal. Naya saham aku jatuh merundum nanti even aku sebenarnya ada je pakai short kat dalam ni, saja buat back-up plan kut betul tengah aku berjalan ke sana ke mari tadi kain ni betul terlucut ke apa kan since aku bukannya reti sangat pakai benda alah ni. Tadi tu pun, untung member serumah dengan aku ada tolong buat demo cara-cara nak pakai kain pelekat dengan betul untuk aku siap tolong aku gulung dengan kemas lagi. Kalau tak, tak adanya elok kemas je gaya aku berkain pelekat ni.

Aku buka pintu co-driver seluas mungkin nak kasi cahaya lampu jalan masuk ke dalam kereta supaya aku senang nak cari jam tu punya pasal.

Tapi haram tak membantu langsung.

Isy. Buat malu aku je duk teraba-raba lantai kereta di dalam gelap ni. Makwe kat belakang yang dua orang tu, daripada tadi duk sibuk usya aku. Mesti diorang tengah tertanya-tanya benda apa yang aku beria cari sampai keluar gaya nak menyelam kat bawah seat co-driver ni.

Haih. Pening dah kepala aku dok menunduk dari tadi tapi kenapa masih tak dapat cari kat mana jam tu jatuh.

Isy. Geram pulak aku dibuatnya, bila nak cepat, ada je benda leceh macam ni jadik.

Aku tanggalkan songkok di kepala. Lap sikit peluh yang baru nak keluar kat dahi aku sebelum tekan punat untuk hidupkan lampu LED dalam kereta.  Kasi terang dululah, baru senang nak carik kut. Tak adalah aku nak teraba-raba dalam gelap ni tanpa ada panduan dengan ada tetamu pulak di seat belakang tu .

‘Aduila, time nilah kau nak jatuh lah apalah kan?’ hati mulah nak bersungut. Kalau tidak mengenangkan kau yang mahal bukan main wahai jam tangan, tak kuasanya aku nak terbongkok-bongkok carik kau yang seronok sangat menyorok bawah seat ni.

Tapi apa yang malangnya, kereta yang ayah aku wariskan kat aku ni memang dah fully modified ikut selera aku. Jadi haruslah pelik lagi lain macam sikit ‘teknologi’nya. Bila lampu LED dalam kereta ni menyala, automatik jugalah....

“AAAAhhhhhh!!!”

Flexible Neon El Wire yang dipasang di sekeliling bahagian dalam kereta aku menyala sekali. Meriah suasana dalam kereta aku. Suasana gelap di hiasi sinaran samar berwarna pinkish. Romantik gitu.

Flexible Neon El Wire di dalam kereta.



Serentak itu juga, dek kerana terkejut akibat jeritan tiba-tiba itu, aku...

“KTAANNGG!”

“Adeh.” Belakang kepala yang terhantuk kuat pada bumbung kereta aku gosok laju-laju. Berpinar pandangan mata aku beberapa ketika.

Adeh, pakejkan sekali dengan ‘Auch’. Adeh sebab kepala terhentak kuat tahap boleh sebabkan otak bergegar dan tempurung kepala retak, dan ‘Auch’ sebab gegendang telinga aku tengah berdengung tahap hampir nak jadi pekak gara-gara jeritan tadi. Kuss semangat boleh tahan jugak awek berdua ni test suara.

Memang terkejut habis aku bila cik kawan Na’ie yang berdua ni tiba-tiba menjerit di saat aku sedang khusyuk mengesan kedudukan Tissot PRS-200 T067.417.26.051.00 ORIGINAL Mens Watch Chronograph aku yang entah mana menyoroknya ni. Dahsyat, nama sekali dengan coding dan jenis dia aku ingat sebab mahalnya pun agak tak munasabah untuk seutas jam lagi-lagi jam untuk budak hingusan macam aku ni. Tapi sebab parents dah murah hati kasi as in hadiah semperna cemerlang dapat 9A 1B dalam SPM dulu (even aku terasa di sinis sebab aku dapat hadiah mahal padahal ada cacat dengan 1 B result aku tu, bukannya straight A’s macam yang aku janji kat diorang), aku terima jelah dengan hati terbuka. Daripada posisi membongkok, terus saja aku duduk atas seat co-driver. Tangan kanan sibuk gosok belakang kepala yang masih rasa sengal-sengal, sambil tangan kiri sibuk checksound system’ telinga kiri sama ada masih berfungsi dengan baik atau tidak.

“Kenapa?” soal Naie kalut menjengukkan kepalanya ke dalam perut kereta.

“Er...” hanya itu yang telinga kanan aku mampu tangkap daripada seat belakang.


*****


Aku hela nafas perlahan bila Taqi memberhentikan keretanya, tidak jauh daripada tempat kami bertiga duduk menunggu.

“Dah sampai pun,” Aku bersuara perlahan.

“Itu?”Suha dah buat muka –jangan-kata-itu-kereta-kawan-Qira-yang-nak-bawa-kita-nanti nya itu pada aku.

Serba salah, aku cuma mengangguk perlahan. Jangan Suha tiba-tiba kata tak jadi nak ikut dahlah.

“Kawan Suha tu, lelaki ke?” Suha dah buat muka gelisah kuasa dua. Sambil itu sesekali Suha cuba menjenguk-jenguk kelibat si pemandu yang masih belum keluar daripada perut kereta melalui cermin bertinted gelap.

Sekali lagi aku mengangguk ringkas.

“Alamak...kenapa...”Suha serba salah nak teruskan ayat dia. Dia pandang muka aku dengan mimik muka seposen dia.

“Sorry Suha, sebab tak inform awal-awal. Tapi Suha jangan risau eh, Insya-Allah...dia ni okey. Lagipun, kita keluar berempat. Kita bukan nak pergi berjimba tak tentu arah pun, kita Cuma nak pergi Metro Kajang, cari barang lepas tu cari makan, then kita terus balik sini eh?”Aku peluk erat-erat lengan Suha, cuba nak beli hati Suha supaya tetap ikut serta.

“Qira minta maaf sangat...” Aku kelip-kelip mata pada Suha.

Suha pandang Kak Jay. Aku pun pandang Kak Jay,  minta sokongan.

“Kalau Suha rasa tak selesa, Suha jalan dengan akak jelah nanti eh. Lagipun, kalau kita nak cancel last minute macam ni, tak baiklah sebab kita dah janji dengan orang. Kan memungkiri janji itu antara sifat orang munafik?” Aku sengih pada Kak Jay. Thanks akak! Sayang akak!

“Tapi...” Suha serba salah.

“Alah, susah-susah sangat, sampai Metro Kajang nanti, kita lari sama-sama tinggalkan dia jalan sorang. Tak acilah akak dengan Suha tinggalkan Qira dengan dia berdua. Nanti timbul gosip dan fitnah...lagipun kami nak jumpa ni sebab dia ada nak bincang sesuatu yang penting dengan Qira. Hari lain, kami masing-masing sibuk. Malam ni jelah ada free. Dahlah dia tu duduk nun di Shah Alam. Sibuknya pula ala menteri kabinet je. Bukan Qira saja-saja nak jumpa dia...” Aku susun ayat canggih-canggih untuk menerangkan situasi kejadian .

“Kesian dia, kalau Qira tinggal dia jalan sorang,” Kak Jay nampaknya tak setuju dengan idea jahat aku nak tinggalkan Taqi sorang tadi tu.

“Hee, habis akak dengan Suha dah plan nak tinggalkan kami berdua, mana saya tak cuak.”Kataku.

“Macam nilah, anggap saja kita ni tengah temankan Qira...nak tolong dia elakkan fitnah. Boleh?” Kak Jay usap bahu Suha. Memujuk.

Akhirnya, Suha mengangguk lemah. Masih serba salah nampaknya, tapi dia terpaksa sebab aku.
“Terima kasih, Suha. Saya janji, kali ni je.”Aku susun jari pada Suha. Tapi rasanya, takkan ada lain kali dah.
“Nasib baik saya sayang Qira tau,” Suha muncung sedikit. Tapi muncungnya tak berpanjangan bila aku dengan Kak Jay pakat peluk dia serentak.

Suha senyum, aku dan Kak Jay pun ikut senyum sama. Ukhuwahfillah. Moga Allah pelihara kemesraan dan kasih sayang kami ibarat sebuah keluarga.

Alhamdulillah, bisik hatiku sambil mata mengerling ke arah Spectra Novus Taqi.

Eh, punyalah panjang drama kami ni...dia masih tak keluar daripada kereta lagi? Takkan tunggu kami datang terus ke sana kut?

Aku bangkit meninjau ke arah kereta Taqi. Tapi haram tak nampak apa sebab cermin tinted. Gelap sangat pun.

Tapi, tak lama lepas aku terjingkit-jingkit meninjau itu, pintu kereta Taqi mulai renggang. Taqi keluar dari tempat duduk pemandu sambil memegang telefon pintarnya. Dia melambai ke arah aku.

‘Amboi, bukan main lagi dia melambai ye? Tak pasal-pasal banyak pula mata-mata yang memandang serong nanti.’ Gerutu hati aku.

Dia menggamit kami bergerak merapati dia.

“Jom,” Aku berpaling mengajak Kak Jay dan Suha ke kereta Taqi.

Sorry, lama ke tunggu?” Taqi menyoal sambil tayang muka peramah sebaik kami tiba ke keretanya.

“Taklah juga,” Aku senyum segaris. Memang tak pun, kalau ikutkan, tak sampai 5 minit pun kami menunggu tadi.

Taqi aku lihat mengangguk perlahan.

“Err, sebenarnya saya nak tukar baju ni, takkan nak masuk mall pakai gini kan? Toilet kat masjid tadi penuh sesak dengan umat manusia, tak kuasa nak beratur menunggu giliran sebab kesian korang tunggu lama selain masa is ticking out. So, can you please show me the direction to get there, missy?”Punyalah laju si Taqi ni bercakap sambil pandang-pandang skrin telefon pintarnya. Tahulah telefon mahal, iPhone kut, tapi entah apa yang membuatkan dia mencuri pandang skrin handphonenya yang masih bercahaya sejak tadi.

“Sana. Awak belok kiri. Lepas tu belok kanan. Kat situ ada sign board, direction nak ke toilet.” Aku angkat jari telunjuk ke bahagian kiri kami, memberi petunjuk arah secara ringkas kepada Taqi.

“Okey, thanks.” Taqi laju menjawab. Senyuman mesra dia hulur pada Kak Jay dan Suha yang daripada tadi duk diam tak terkata apa, kaku berdiri di sebelah aku.

“Awak berdua masuklah dalam kereta dulu. Saya tak matikan enjin pun. Kesian awak berdua nak tunggu saya sambil berdiri kat luar ni,” Tanpa disangka, Taqi dah bergerak untuk membukakan pintu tempat duduk belakang sambil membuat isyarat mata supaya Kak Jay dan Suha masuk.

Kak Jay dan Suha pakat pandang aku. Ni nak minta kebenaran ke apa? Tapi bukan ke tuan punya kereta sendiri yang dah mempersilakan masuk siap bukakan pintu lagi tu?

Memahami keadaan mereka yang mungkin kekok kerana berhadapan dengan Taqi yang tidak mereka kenali buat pertama kalinya, aku senyum sambil angguk-angguk. Kak Jay dan Suha mula masuk ke dalam. Baru je aku nak join masuk  sekali, tiba-tiba Taqi bersuara, menahan pergerakan aku.

“Eh, wait! Naie, kejap.” Taqi sengih kambing pada Kak Jay dan Suha yang buat muka tertanya-tanya sebelum tutup rapat pintu kereta.

“Apa?” Soal aku dengan muka sedikit berkerut. Muka Taqi yang masih kekal dengan sengihan kambingnya itu membuatkan hatiku berlagu musykil.

‘Mesti ada something ni.’ Detik hatiku yakin, bertambah yakin bila dia buat isyarat mata dan mulut pada skrin iPhone dia yang daripada tadi masih terang berlampu. Isy! Apekebendenyer dia ni?

“Here, sembanglah dulu ye. Saya nak tukar baju dulu.”Taqi unjukkan iPhone dia kat depan aku.
Mana tak terkejut aku dibuatnya. Dia nak aku buat apa dengan handphone mahal dia ni? Jual kat pajak gadai ke apa?

“Sembang apa? Dengan siapa?” gelabah habis aku bertanya pakej dengan siap pasang muka cuak kuasa tiga lagi.

Taqi masih tak sudah sengih-sengih. Tahulah dia tu bukan main kachak lagi dengan gaya suci murni dia yang berbaju melayu, kain pelekat satu set dengan songkok hitam yang masih kemas di kepalanya.

Cheesy boo awak. Kut?” jawab Taqi selamba. Amboi-amboi...ingat aku tak perasanlah dia tengah sibuk nak sembunyi senyum  tu?

Tapi...

Cheesy boo awak...’ sang otak automatik mengulang tayang ayat penyataan daripada Taqi tadi.
Duhh.

Automatik seluruh muka aku jadi panas dan kebas semacam. Ya Tuhan, sumpah aku tengah malu gilak ni! Macam mana dia tahu...

Ian. Aakif Farhan itukan ialah kawan sejati sehidup semati dia.

GGGrrrrrrrrrr!! Geram kuasa empat ni!

Ini mesti kes kawan-sejati-sehidup-semati-semua-rahsia-kita-kongsi.

Cis.

Nak tak nak, walaupun segan tahap tak tahu nak describe lagi-lagi bila terpandangkan senyuman nakal Taqi yang bagai mahu menduga dan mengusik aku, dan juga kegeraman pada si Aakif Farhan, aku capai juga handphone yang Taqi hulurkan. Kesian pula kat dia yang tengah kejar masa nak tukar baju. Kesian juga pada Kak Jay dan Suha yang tengah tunggu kat dalam kereta tu.

Selepas aku ambil handphone yang dihulurkannya, Taqi beransur ke pintu kereta. Mungkin nak beri ruang pada aku bercakap pada si dia yang tengah menunggu di skrin. Aku kerling kelibat Taqi yang sedang membuka pintu bahagian driver.

Aku angkat skrin handphone setentang dengan wajah aku.

Dia yang menunggu daripada tadi sedang tersenyum manis.

“Hai, Naie.” dia lambai mesra pada paparan Skype.

“Waalaikumsalam, saya sihat, maaflah ye...lama menghilangkan diri...lama tak kirim khabar berita, lama tak...” saja nak sindir dia.

Oh my! So sorry, dear!” Ian tepuk dahi dia sambil masih tersenyum mesra.

And yeah. Assalamualaikum. Rindu sangat dengan you, sampai lupa nak ucap salam at the first place.”
Aku buat rolled eyes, tapi tanpa sedar bibir dah ringan mengukir senyuman manis buat si dia yang jauh daripada pandangan mata.

Dah lama tak nampak dia for real macam ni, makin comel pula dia ni.

Eh, comel ke kacak ni?

Dia yang kacak. Tapi senyuman dan mimik muka dia yang selalu je comel.

Ni tayang muka comel sebab tahu dah buat salahlah tu.

How life?” soal Ian masih bersuara mesra. Tak ada nada budak merajuk pun. Ingatkan masih dengan konfrontasi dia tu.

“Alhamdulillah. Dan, rasanya makin better kut sekarang ni.”Ucapku sambil tersenyum pada dia. Mana tak senyumnya, dia pun daripada tadi asyik kelip-kelip mata je depan kamera. Macamlah aku tak tahu dia bukanlah jenis yang selalu kelipkan mata sebegini kerap.

Better sebab dapat face to face dengan I, dapat lepas rindu nak menatap wajah I?” Ian siap angkat-angkat kening dia lagi. Double jerk. Versi mengusik.

“Gedik.”luahku sepatah. Gaya nada macam menafikan, tapi sebenarnya telahan Ian itu betul kut. Hati aku jadi lapang dapat tengok dia tersenyum ceria macam ni. Jiwa aku jadi ringan, dah tak rasa terbeban dengan rasa risau dan bersalah melihatkan dia dah kembali sihat sejahtera.

“Apa pendapat you?” soalan Ian buat aku terpinga-pinga sebentar.

“Pendapat apa?” soalku blur.

I makin hensem tak?”

“AAAAhhhhhh!!!”

Serentak itu juga..

“KTAANNGG!”

“Adeh.” Suara Taqi mengaduh perlahan.

Aku berkerut dahi dengan situasi.

Apa dah jadik?

 “Kenapa kak, Suha?” soalku kalut, sambil menjengukkan kepala ke dalam perut kereta.

Kak Jay dengan Suha memandang aku tanpa sebarang kata. Jelas riak terperanjat pada wajah kedua mereka.

Taqi di seat co-driver sibuk gosok kepala dia.

Eh, Taqi buat bukan-bukan ke pada kawan aku berdua ni ke?

Tapi takkanlah?

“Er...” Kak Jay pandang Suha dengan pandangan bersalah sebelum jatuh pada Taqi di depan yang masih tak sudah menggosok kepalanya.

“Kenapa dengan awak Taqi?” soalku risau.

“Terhantuk kat langit,” Taqi tunjuk ke arah bumbung keretanya.

“Macammana boleh terhantuk?” makin risau pula aku bila dia masih tak sudah gosok kepala. Teruk ke terhantuknya, sebab sampai ke luar dapat dengar bunyinya dengan jelas.

“Terkejut,” sepatah saja dia membalas sambil bersandar pada seat.

“Allahuakhbar. Akak dengan Suha pula?” Aku pandang kawan aku yang dua orang ini pula.

“Terkejut. Jugak.” Sepatah-sepatah Suha bersuara.

 Aku angkat kening, minta penjelasan. Terkejut kenapa?

“Benda ni,” perlahan Kak Jay angkat jari sentuh benda bercahaya seakan wayar yang baru ku sedari di pasang pada sekeliling ruangan dalam kereta Taqi ni.

Serentak dengan itu, Taqi di depan menghambur tawa kecil.

“Laa. Saya ingatkan dah kenapa awak berdua jerit tadi. Terkejut sungguh saya,” Aku lihat Taqi senyum saja sambil masih mengusap kepala.

Sorry, buat awak terkejut dan terhantuk.” Kak Jay bersuara dek rasa bersalah menyebabkan kesakitan si tuan empunya kereta.

It’s okay. Tak sengaja, kan? Eh saya tukar baju dulu lah. Na’ie, nanti bila dah sudah sembang awak tolong tengok-tengokkan kat bawah seat ni ada tak jam tangan kaler hitam. Jatuh masa saya nak ambil beg ni tadi,” beg kertas di tangan kirinya di tunjuk pada aku.

“Okey,” bila Taqi cakap pasal sembang, baru aku teringat, Ian masih atas talian. Nasiblah guna skype, bukannya talian berbayar.

Segera aku tutup pintu kereta dan bergerak jauh sedikit dari situ.

“Hai. Sorry ye. Lupa kat awak,”Aku sengih dek rasa bersalah. Jangan pakcik ni merajuk dahlah. Masak aku nak memujuk nanti.

“Sokay (its okay). Kenapa tu? Riuh je?” Ian menyoal ingin tahu. Posisi kedudukannya itu, aku rasa dia tengah landing atas katil dia ni. Sebab ada nampak bantal.

“Taqi dengan roomates saya buat drama. Kuat juga diorang menjerit. Saya ingatkan kenapa, rupanya terkejut dengan wayar berlampu dalam kereta Taqi. Dahlah wayar kaler pink. Aduhai.” Aku ketawa kecil mengenangkan riak wajah Kak Jay dengan Suha tadi.

“Oh, menatang(binatang) tu. Benda tu nama dia flexible neon el wire. Guest what, benda alah tu, kitorang pasang sesama tau. DIY, you...kelassss okey. Cantik, kan?” Ian buat muka comel dia tu lagi.

Cis. Boleh percaya ke diorang DIY sendiri benda tu semua? Gaya kemasnya macam orang tahap pro je yang pasang.

“Tu muka kerut-kerut tu, tak percayalah tu?” tebak dia.

Aku gelak kecil.

“Apasal kaler pink? Wire kaler lain dah habis stok ke apa?”soalku. Saja je pura-pura tak faham.

“Memang tak lah, kan? You know lah Taqi kut. Wajiblah everything pinky.”Ian buat muka toya dia. Nak kutuk taste kawan-baik-sehidup-semati dia lah tu.

“Eh, saya lupa tadi Taqi ada minta saya tolong carikan jam tangan hitam dia. Jatuh kat seat co-driver.”Aku beritahu Ian.

“Jam hitam?” soal Ian sebelum tersenyum ala-ala tumbuh tanduk bila aku mengangguk tadi.

“Kalau jam tu kaler hitam, ada line merah dekat strap dia...then berjenama T.I.S.S.O.T, you wajib ugut dia suruh belanja korang semua makan dekat Kenny Roger’s Roaster for dinner nanti.”Ian punyalah semangat siap tolong  sebut huruf demi huruf jenama jam Taqi tu.

Why?”soalku. Ni mesti ada benda ni. Tengok gaya senyum pun dah tahu.

“Jam tu, special kut. Parents dia kasi hadiah sempena SPM dia cun. Setakat belanja seratus dua untuk dinner korang apalah sangat kan sebab Tissot yang dia minta tolong cari tu harga cecah 2 ribu ringgit.”Ian dah sedap guling-guling atas katil dia. Ni yang buat aku jadi mula rasa mengantuk tiba-tiba ni.

Tapi tak jadi nak mengantuk lepas dengar harga jam tangan Taqi tu.

Dua ribu?

RM2,000 hanya untuk seutas jam?

Gilak ah.

“A...wak.. Taqi dah datang ni. Saya belum carikkan pun lagi jam RM2, 000 dia tu. Kita sembang lagi lain kali ye.” Aku senyum sambil buat peace kat dia. Spontan sangat.

“Okay, I tunggu lain kali you tu,” dia angkat-angkat kening. Bukan main lebar lagi senyuman dia tu.
“Err...tak adalah janji sebab saya takde akaun Skype.”Aku garu kepala.

Download dan register lah. Simple steps je. Please?” dah sudah. Dia dah buat permintaan pulak dah.

“Senang saya nak call tak pun buat video call macam ni. Kan jimat sebab guna internet? Awak kan tak suka saya bazir duit bayar bill telefon bagai nak call Tanah Melayu?” Ian suakan ayat-ayat canggih dia.

Cis betul.

Later, saya decide eh. Kalau jadi, nanti saya tanya awak simple steps yang awak cakap tadi tu.” Aku buat rolled eyes lagi. Simple lah saaaannnggggat. Aku pernah tengok kut si Wafia buat akaun Skype sebab senang dia nak Skype dengan parents dia kat Kelantan tu. Bukan main banyak songehnya lagi. Simple amendenye?

Dear, janganlah buat muka comel cenggitu. Dup dap dup dap bukan main jantung I ni. Tak lena tidur I nanti,” Mulalah nak melalut ke laut tu.

“Iyelah sangat tu. Jaga diri baik-baik kat sana tu.” Aku berpesan.

You too. Jaga diri dan hati you baik-baik untuk I. Dont you ever dare, menduakan cinta I even I jauh beribu batu nautica.” Ian pamer muka tegas dia pada aku.

Aku senyum segaris.

“Insya Allah. Moga Allah pelihara hati kita.” Ngam ngam aku ucap selamat tinggal kat Ian, Taqi sampai kat sebelah aku.

“Nah. Thanks.” Ucap aku sambil serahkan iPhone tadi pada Taqi.

“Dah settle konfrontasi?” Taqi soal aku.

“Bila masa ada konfrontasi? Tak tau pun?” aku sengih mengusik.

Taqi buka pintu driver. Cuit tuil untuk buka boot belakang. Beg berisi baju yang telah di ganti tadi di letakkan di situ.

Taqi dah bertukar rupa dengan gaya ranggi dia berjeans lusuh dek kerana ada kesan dicarik-carik dibeberapa bahagian kaki jeans  berwarna hitam yang aku pasti walaupun lusuh mahu makan harga beratus-ratus juga ni dan ber-tee warna...erk..

Aku pandang tudung bawal aku sebelum kembali pandang Taqi. Alemak.

Apasal ala-ala senada je warna baju Taqi dengan warna tudung aku ni?

Sekali pandang bukan main sedondon lagi kami. Hitam dan pinkish.

Erk.

“Eleh, macamlah saya tak tau cerita. Dah lah, masuk dulu. Kita gerak ke Metro Kajang. Karang lambat sampai, lambat pula balik. Tapi since hal awak dengan Ian dah settle dan kita tak adalah nak bincang apa sangat lagi dah, sampai sana nanti kita carik dinner dulu la eh. Lapaaarrr...” Taqi gosok perut rata dia.

“Terpulang awaklah. Saya ikut je.” Aku membalas.

“Ohh..nak ikut ke..”

“Sedap tak rasa terhantuk kat ‘langit’ macam tadi tu?” aku cekak pinggang sambil tayang muka garang mengugut. Suka sangat buat main dengan ayat penuh kontroversi dia tu. Sekeh kang?

“Oh. Sangatlah tak sedap. Duduk seat co-driver eh, teman saya borak. Saya kalau memandu sambil lapar, selalu je rasa nak mengamuk dengan drivers lain kat jalan nanti. So kira kalau awak duduk sebelah ni, hope so saya boleh behave lah kan.” Taqi kenyit mata kat aku.

Aku yang masih bercekak pinggang spontan membuntangkan mata bundar aku ni. Ececeh, perasan sangatlah mata bundarkan, Na’ie. Hehe.

“Okay...okey. Lets get going. ” Taqi gelak kecil sambil masuk ke dalam perut kereta.

Aku turut mengambil tempat di sebelah Taqi iaitu di seat co-driver. Mana taknya, tadi Taqi dah siap bukakan pintu co-driver.

 Masa aku nak letak kaki kat bawah compartment, kaki aku macam tersentuh sesuatu. Aku cerunkan pandangan pada benda tersebut.

“Taqi...”Jam tangan hitam dengan strap ada line merah itu aku unjukkan pada Taqi. Memang Tissot macam yang Ian cakap.

Aku teguk liur. Fuiyoo. Dapat pegang sekejap pun aku dah gembira lain macam. Aiyayaya. Seumur hidup ni, inilah kali pertama aku pegang jam harga ribu-ribu. Jam aku sebelum ni, paling mahal harga seratus lebih je. Biasanya, aku lebih suka pakai jam pasar malam. Boleh beli banyak-banyak buat koleksi, setiap hari tukar pakai yang lain siap boleh match-up dengan warna baju atau tudung lagi. Hehe.

“Ya ALLAH, kat situ ke? Punyalah saya tertonggeng-tonggeng carik bawah seat tadi sebab bunyi jatuhnya macam ke bawah seat ni je.” Taqi ambil jam dia tu dan terus pakai ke tangan kiri dia.

Memang jam ribu-ribu dia tu suit him, very well. Nampak makin stailo pakcik pinky sorang ni.

Taqi baca doa memulakan perjalanan diikuti dengan syahadah dan basmalah. Handbrake di turunkan sebelum gear di tolak ke mood R.

Spectra Novus Taqi bergerak menuju ke pintu keluar uni, menghala ke jalan memasuki lebuhraya.
Kak Jay dan Suha di belakang hanya diam membisu. Tetapi aku yakin, pasti banyak tanda tanya yang menghantui mereka ketika ini.


*****


“Hai, Naie.” Aku terus melambai mesra pada paparan Skype yang kini terpampang wajah comel lagi ayu si dia yang tersangatlah dirindui siang dan malam sepanjang berada di bumi Australia ini.

“Waalaikumsalam, saya sihat, maaflah ye...lama menghilangkan diri...lama tak kirim khabar berita, lama tak...”

Mak oii! Bukan main penuh ‘kasih sayang’ lagi kata-kata Naie.  Main sindir-sindir pulak. Tapi memang salah aku pun, eksaited punya pasal dapat menatap wajah si dia ni for real..sampai lupa nak ucap salam.

Oh my! So sorry, dear!” aku terus tepuk dahi sambil ukir senyum mesra, khas buat Nor Naila Aqira sorang je.

And yeah. Assalamualaikum. Rindu sangat dengan you, sampai lupa nak ucap salam at the first place.” Pengakuan jujur aku.

Naie buat rolled eyes, tapi bibir dia tengah senyum bukan main manis lagi untuk aku. Aihh, kalau macam ni manislah senyuman dia kasi kat aku hari-hari, kena diebetis yang hari-hari kena suntik insulin pun aku sanggup. Tapi kalau boleh janganlah sampai macam tu. Minta jauhlah segala macam penyakit berbahaya tu. Berilah aku peluang nak hidup bahagia dengan Naie aku ni dulu. Cewah.

Aku pandang dalam-dalam skrin Galaxy Note dengan mata tak berkelip. Sayang gila nak kalih pandang daripada muka si jantung hati ni. Rindu serindu-rindunya. Nasib baik Taqi ada. Berdosanya aku sebab salah faham dengan Taqi dan hampir je anggap Taqi mengkhianati aku padahal Taqi punya niat bukan main baik lagi untuk kebaikan aku. Aku yang pesimis sangat pun.

Dah lama tak nampak dia for real macam ni, makin comel pula dia ni.  Tapi kalau tengok berdepan, mahunya lagi berganda cantik. Isy, rugi betullah. Bilalah semester break nak sampai ni. Tak sabar nak balik Malaysia.



Sungguh aku rindu segalanya tentang gadis yang sedang berlawan cakap dengan aku ni. Senyuman dan mimik muka dia yang selalu je comel tu sering buat aku angau melayang-layang even selalunya dia tunjuk sisi garang macam singa dia tu je kalau dengan aku.

Aku senyum sambil kelip-kelip mata. Mengusik dia yang tengah buat muka garang dengan aku. Ni mesti kes aku ‘menghilangkan diri’ beberapa hari lepas. Tapi bukan sengaja nak hilang tanpa khabar berita pun. Masa tu aku demam teruk tahap tak larat nak bangkit pun. Dahsyat demam aku kali ni buat aku rasa serik dan seriau nak lalai jaga kesihatan lagi. Nasib baik tak kena warded hari tu. Kalau tak, memang naya kena masuk IV drip bagai. Sengsara.

 “How life?” soal aku dengan suara mesra.  Kang kasi suara manja, dia label aku gatal pulak. Tak pasal-pasal dia lancarkan mogok taknak cakap dengan aku pula.

 “Alhamdulillah. Dan, rasanya makin better kut sekarang ni.”jawab dia sambil tersenyum pada aku.
Alahaaiiiiii.....manisnya senyuman awak. Agak-agak, selalunya bila awak bercakap dengan saya melalui telefon, awak senyum manis macam ni tak ye?

Angau lagilah aku beberapa hari ni dek kerana senyuman Naie yang bukan main manis lagi aihh.

Better sebab dapat face to face dengan I, dapat lepas rindu nak menatap wajah I?” sengaja aku buat ayat jiwang siap angkat-angkat kening kat dia lagi. Double jerk. Versi mengusik. Muehahaha.

Rindu nak tengok muka geram dia pulak. Hehe.

“Gedik.”luah dia sepatah.

Ewah ewah. Gedik dituduhnya kita? Takpe takpe. Tengoklah setahun dua lagi, si gedik nilah yang you kena hadap setiap kali bangun tidur. Eceh. Tinggi kemain angan-angan seorang Mohd Aakif Farhan.

Melihatkan wajah dia yang seakan-akan sedang memikirkan sesuatu, sengaja aku ajukan soalan cepumas.

“Apa pendapat you?” Aku sengih jahat.

“Pendapat apa?” soal dia, blur habis.

I makin hensem tak?” sengihanku makin melebar.

“AAAAhhhhhh!!!”

Serentak itu juga..

“KTAANNGG!”

“Adeh.” Suara Taqi mengaduh perlahan.

Aku berkerut dahi dengan situasi.

Apa dah jadik?

 “Hai. Sorry ye. Lupa kat awak,”Naie  sengih semacam.

Pehal pulak dah ni? Aku garu kepala sendiri walhal tak gatal pun jauh sekali berkutu ye. Itu reaksi refleks 
bila aku blurr.

“Sokay (its okay). Kenapa tu? Riuh je?” aku menyoal ingin tahu. Badan aku rebahkan ke katil. Jam dinding aku kerling seimbas lalu. Baru pukul 10 lebih, apasal rasa mengantuk semacam ni. Aduila. Dah lah tengah dapat peluang keemasan ber-Skype dengan Naie ni. Boleh pulalah masa ni juga mata ni nak mengantuk bagai. Tak nak beri kerja sama betullah.

“Taqi dengan roomates saya buat drama. Kuat juga diorang menjerit. Saya ingatkan kenapa, rupanya terkejut dengan wayar berlampu dalam kereta Taqi. Dahlah wayar kaler pink. Aduhai.” Naie tertawa kecil sambil menceritakan kejadian yang telah berlaku tadi.

“Oh, menatang(binatang) tu. Benda tu nama dia flexible neon el wire. Guest what, benda alah tu, kitorang pasang sesama tau. DIY, you...kelassss okey. Cantik, kan?” Aku  buat muka bangga habisan mengenangkan masterpiece kami itu. Kerja gila pergi sambung bermacam wayar pada kotak suis utama lampu LED dalam kereta Taqi. Dekat 2 hari jugaklah kami tekun berlagak jadi mekanik mahir. Kerja gila pasang ikut tutorial dalam youtube. Kut ada litar pintas, naya Taqi. Tapi kalau sampai hari ni, Taqi tak ada cerita masalah wire el tu...kira cantiklah arrangement semua kan?

Ahahaha, nasib baik menjadi. Kalau tak, kerja sia-sia je cari benda alah tu sampai ke Kedah semata nak cari  wire el yang mengeluarkan cahaya pink. Satu KL dah kami pusing, yang berlambak ada wire kaler biru, kuning dengan hijau je. Kaler merah dengan pink atau purple, nak kena order dari dulu. Order bukan main lama nak kena tunggu. So give up. Carik luar KL. Ada member kasi tau satu kedai dekat Kedah ada stok, jadi berdesuplah kami ke Kedah nun.

 “Tu muka kerut-kerut tu, tak percayalah tu?” tebak aku demi melihatkan muka eleh-tak-caya-ah  Naie..
Naie gelak kecil, dengan tuduhan aku tadi.

“Apasal kaler pink? Wire kaler lain dah habis stok ke apa?”soal dia bersahaja.
Ewah. Sudah gaharu, cendana pula ye?

“Memang tak lah, kan? You know lah Taqi kut. Wajiblah everything pinky.”aku buat muka annoyed yang memang dibuat-buat. Alahai, takkanlah nak annoyed dengan bestfriend sendiri kan? Dah namapun bestfriend, haruslah dah masak benar dengan tabiat dan kegemaran dia. So, kira kenalah redha menerima dan just bear with it.

“Eh, saya lupa tadi Taqi ada minta saya tolong carikan jam tangan hitam dia. Jatuh kat seat co-driver.”Dia kalut beritahu aku. Tapi dia tak beritahu pun, aku dengar je tadi perbualan mereka ni, even sayup –sayup.

“Jam hitam?” aku senyum dengan agenda yang agak jahat di dalam otak.

“Kalau jam tu kaler hitam, ada line merah dekat strap dia...then berjenama T.I.S.S.O.T, you wajib ugut dia suruh belanja korang semua makan dekat Kenny Roger’s Roaster for dinner nanti.” punyalah semangat aku ni ha, nak buli si Taqi punya pasal siap tolong  sebut huruf demi huruf jenama jam Taqi tu.

Why?”soal Naie dengan muka curiga dia tu.

Alahaiiiiii....apasal awak comel sangat malam ni, Naie?

“Jam tu, special kut. Parents dia kasi hadiah sempena SPM dia cun. Setakat belanja seratus lebih untuk dinner korang apalah sangat kan sebab Tissot yang dia minta tolong cari tu harga cecah 2 ribu ringgit.”Aku dah mula guling-guling atas katil. Eii, tengok muka comel Naie je, terus aku jadi mengantuk. Hehe. Hati tengah bunga-bunga, mood pun ada muncul pelangi dan bintang yang berkerlipan. 

Muka Naie yang tengah melopong tu buat ketawa aku pecah tak dapat di kawal.

“A...wak.. Taqi dah datang ni. Saya belum carikkan pun lagi jam RM2, 000 dia tu. Kita sembang lagi lain kali ye.”

Amboi buat peace lagi dia ye?

Okay, I tunggu lain kali you tu,” aku angkat-angkat kening. Bukan main lebar lagi senyuman cik Naie malam ni.

“Err...tak adalah janji sebab saya takde akaun Skype.”Aku garu kepala.

Download dan register lah. Simple steps je. Please?” dah sudah. Dia dah buat permintaan pulak dah.

“Senang saya nak call tak pun buat video call macam ni. Kan jimat sebab guna internet? Awak kan tak suka saya bazir duit bayar bill telefon bagai nak call Tanah Melayu?” Ian suakan ayat-ayat canggih dia.
Cis betul.

Later, saya decide eh. Kalau jadi, nanti saya tanya awak simple steps yang awak cakap tadi tu.”
Spontan aku ketawa. Alahai, cik adik ni suka betul buat rolled eyes dia tu. Comel gilak kut, sampai rasa nak terkeluar jantung daripada dada aku ni. Alahai...

Dear, janganlah buat muka comel cenggitu. Dup dap dup dap bukan main jantung I ni. Tak lena tidur la  I nanti,” Aku sengih lagi, mengusik.

“Iyelah sangat tu. Jaga diri baik-baik kat sana tu.” Si dia berpesan.
Aku angguk sekali dengan senyuman terharu. Oh dunia, Naie tengah pesan aku untuk jaga diri baik-baik! 

Sumpah terharu sangat.

You too. Jaga diri dan hati you baik-baik untuk I. Dont you ever dare, menduakan cinta I even I jauh beribu batu nautica.” Aku  pamer muka tegas aku pada dia.

Naie senyum segaris. Pakej dengan muka malu-malu dia.

“Insya Allah. Moga Allah pelihara hati kita.”

Aku senyum juga. Alahai, tak sudah-sudah main senyum-senyum sejak tadi.  
Skrin Galaxy Note aku dah gelap. Skype juga dah selamat kena offline.

Aiihh....gembiranya hati...

“Woi!” Paaappp!

“Aww...” Aku gosok pinggang yang baru je terhentak ke lantai. Carik pasal sangat si Mat ni kenapakah?

“Lu buat apa bro? Gua jerit-jerit panggil nama lu, lu buat dek je pehal?” Mat datang sebelum duduk atas katil aku.  Siap pakat cakap guna slang ala Key El (KL) pulak dengan aku.

“Kau la yang pehal. Tetiba memekik woi-woi depan bilik aku dah kenapa? Ni, sakit pinggang aku ni jatuh tergolek tau. Patah pinggang aku, siap sedia jelah tunggu surat saman daripada aku,” Aku urut pinggang sambil jeling Abdul Rahmat yang tengah gelak mengekek.

“Aku pulak yang salah. Dah hang tu yang duk sengih-sengih merenyam atas katil sorang-sorang, aku panggil pun hang tak dengar, lepaih tu hang nak pi kata aku pulak lah yang salah?” Mat hulur tangan dia, nak bantu aku untuk bangkit daripada lantai.

“EH, kau ada panggil aku ke? Aku tak dengar apa pun?” Laju aku bersuara.

“Haaa, baguih la tu. Duk angau kat orang KL ka hapa? Bukan main tersengih sana tersengih sini aku perhati hang ni.”Mat cerunkan pandangan dia bila aku ambil tempat kat sebelah dia.

“Angau? Heee....rindu gilak kat dia laaaaa Mat....lagu mana ni...?” Aku  ajuk loghat kedah Mat sambil buat gaya nak peluk Mat ketat-ketat.

“Woi, nak mampuih pa ka hang ni Yan?!” Mat tolak muka aku jauh-jauh.
HAHAHA.

“Ada apa kau cari aku?” Aku pandang muka Mat yang masih buat muka geli dia kat aku.



Check condition hang la. Okay ka tak okay ka. Tapi since aku tengok hang dah boleh sengih merenyam macam ni, aku consider hang dah terlebih sihat la kan.” Mat jeling aku dengan ekor mata.

HAHAHA. Sumpah kelakar gila rupa Mat buat macam tu.

“Wei, tu ada secret admire kau kasi makanan,” Aku tunjuk jari ke arah meja study aku. Apa yang cik Kari rumah sebelah kasi siang tadi.

“Secret admire bende pulak hang ni, Yan?” Mat tibai tampar bahu aku bukan main kuat lagi.

“Kau nak bunuh aku ke apa Mat? Bertimbang rasalah dengan orang yang baru sembuh demam ni...” Gila perit bahu aku ni.

“Memain la lagi. Tak lawak sungguh tau.” Mat angkat tangan nak tampar bahu aku, tapi aku cepat-cepat ambik bantal, tekup muka dia.

“Cik Kari rumah sebelah ni yang kasi,” beritahuku.

“Aha.”Mat tarik sila atas katil aku.

“Sungguh ni wei,” Aku cuit-cuit bahu Mat. Saja nak usik brader sorang ni.

“Kisah pulak aku kau serius ke apa ke,” Mat tayang muka stoned dia semula. Takut sangatlah kena gosip dengan mana-mana perempuan kat sini.

Aku jungkit bahu, tapi dalam hati memuji setia Mat pada isteri dia. Aku kena belajar banyak dengan Mat ni.  Cara-cara mencintai dan dicintai.

Mat senyap sambil bersandar pada dinding di belakang katil aku. Aku pun tarik sila di sebelah Mat.

Sebuah keluhan aku lepaskan perlahan.

Mat pandang aku dengan muka bertanya- kenapa.

“Rasa nak terbang balik Tanah Melayu, tak tertanggung rasanya perasaan ni..” Aku meluahkan perlahan.

Muka stoned Mat automatik berubah.  Tak semena-mena tawanya pecah perlahan.

Aku tarik muka masam. Tu nak kata aku anak manja lah tu.

“Sungguh ni Mat. Rindu tahap melayang-layang ja rasa ni. Nak buat lagu mana ni...” Aku buat muka sememeh kat Mat.

“Lagu mana lagi, lagu dondang sayang la.” Mat buat muka stoned.

Paapp.

Aku tampar bahu dia.

“Aku serius la wei.” Terus aku baring ke tilam. Pandangan lurus menekur syiling putih.

“Kalau serius, balik nanti pi jumpa mak bapak dia, pinang ja teruih jadi isteri.” Mat sengih segaris sebelum 
bangkit meninggalkan aku terkebil-kebil sendirian.

“Boleh ke?”

“Awat tak bulehnya? Buleh ja. Apa kes nak rindu-rindu anak dara orang, kut jadi isteri kau yang sah, kan 
syok nak rindu-rindu?”Mat angkat-angkat kening. Tu nak provokasi akulah tu.

Cis betul mamat sekor ni. Sajalah nak bakar hati aku malam-malam ni.




TO BE CONTINUED SOON:)
_________

Lama hilang, maaf lambat update entry. harap menghiburkan:D