Kontrak Cinta PJJ, 10
Duhai cinta, jika hadirmu mencipta derita, mengapa hatiku
kini berlagu bahagia;
Duhai rindu, jika hadirmu menambah seksa, mengapa jiwaku
berbunga ceria;
Duhai sayang, jika
hadirmu mencoret duka, mengapa aku masih sanggup setia?
Duhai kasih, jika hadirmu membawa sengsara, mengapa aku
masih teguh menyatakan cinta?
Aku
senyum sendiri sambil mata kembali membaca rangkaian ayat di baris pertama.
1. Senyum sebab bangga kerana pertama kali berjaya buat ayat
canggih macam ni sendiri tanpa bantuan lain.
2. Senyum sebab hampir tak percaya mampu buat benda ni.
Hailaaa.
Semua
ni, kerana rindu pada si jantung hati.
Senyuman
kian melebar sebaik mata turun membaca ayat kedua dan seterusnya, sehinggalah
tiba pada ayat terakhir.
“Duhai
kasih, jika hadirmu membawa sengsara, mengapa aku masih teguh menyatakan
cinta?”
Pilot
pen di tangan berputar laju membuat pergerakkan heli spin di celah jari tangan.
Phew.
Punya
susah aku nak karang ayat 4 rangkap ni. Asyik tulis-pangkah-tulis-pangkah je.
Makan 7-8 helai kertas dalam sketches book
gaklah aku menconteng nak karang ayat yang 4 baris cuma ini.
Sungguhlah
lepas ni aku memang patut respect
karya orang-orang sastera ni. Mungkin benar persepsi yang mengatakan orang
angka yang jenis lebih mahir berfikir guna otak kiri ni susah nak buat kerja
orang bahasa yang suka guna otak kanan untuk berfikir.
Pilot
pen berlari-lari mencoretkan sesuatu di bawah ayat puitis 4 baris aku tadi.
Aku- pencinta angka
Dia- pencinta bahasa
Aku-suka straight to the main point
Dia-suka berkias guna bermacam intro* dengan muka yg
adorable kemain:P*
Aku- suka kaler putih
Dia- suka kaler hitam
Aku-suka makan
Dia-*sebab aku suka makan, jadi dia kena rajin masak:P*
Aku-suka merajuk
Dia-*walau tak suka, dia tetap kena pujuk:P*
Aku-rajin mengusik
Dia-pasti akan sentap even dia tak tunjuk sangat. Lepas
tu aku pujuklah. Sweet kan kan?
Aku-selalu rindu-rindu dia
Dia-pun rindu aku *tapi selalu kasi ayat penafian sebab
malu-malu kucing:P*
Aku-suka jadi macho *ini semua poyo*
Dia-sangatlah indah in eveything *comelness in her own
way:D*
Aku
sengih tengok hasil tulisan sendiri atas sketches book. Kami berbeza dalam
banyak hal, tapi perbezaan itulah yang membuatkan kami saling melengkapi. Macam
pantai yang takkan lengkap tanpa ombaknya, macam pungguk yang akan kerinduan
tanpa bulannya, seperti langit yang takkan sempurna tanpa awannya, seperti
kumbang yang bakal kelaparan tanpa
bunganya...seperti Aakif Farhan yang
takkan mampu hidup sendirian tanpa Naila Aqiranya...
HAHA.
Aku
kemam bibir. Cuba menahan tawa dek kerana buah fikiran sendiri yang bukan main
gedik lagi bunyinya.
Seperti Aakif Farhan yang takkan mampu hidup sendirian
tanpa Naila Aqiranya...
Ohhh. Sesungguhnya,
sejak hati aku mula tumbuh bunga-bunga kembang setaman dek kerana cintan cintun
dengan Naie ni, aku selalu je buat benda yang pelik-pelik. Pelik-pelik in a good way-lah maksudnya. Tak pernah seumur hidup aku buat benda
yang aku tengah buat macam sekarang ni. To
girly bila difikirkan apa yang aku tengah buat pada sketches book aku ni.
Dalam
senyum, kepala bergerak perlahan ke kiri dan kanan. Menggeleng tak percaya
dengan perlakuan aneh diri sendiri.
Rangkaian
perkataan yang sudah tercoret di atas kertas sekali lagi aku ulang baca. Macam
tak percaya pun ada juga bila melihat rangkaian ayat ni.
Macam
tipu je aku yang buat semua ni. Tapi sungguhlah nak siapkan 4 ayat itu pun
bukan main sengsara aku rasa. Letih asyik tulis-pangkah-tulis-pangkah je.
Susah
jadi sasterawan ni rupanya. Ayat ceciput
macam ni pun makan setengah hari aku nak siapkan. Kut ke 10 exercise dalam workbook calculus itu lebih senang nak diselesaikan daripada benda
alah cenggini kut?
Berapa
agaknya bayaran royalti orang sastera ni dapat ye untuk kerja yang bukan main
susah lagi ni?
Dahlah
tu, hati kena dalam mood bunga cinta kembang setaman baru boleh ambik feeling baaaaaaiiiiikkkkk punya nak buat
ayat cinta puitis macam ni.
Aiyaa.
Aku
geleng kepala lagi.
Teringat
hobi adik Taqi, Jannatul Warda yang gemar membaca novel cinta hasil karya
penulis tempatan. Bukan main lagi budak tu, setiap bulan, hampir berbelas
naskah dia bodek Taqi, minta tolong belikan. Ada satu novel tu, bukan main tebal
lagi helaian muka suratnya. Entah berapa lamalah masa yang penulis tu ambil
untuk siapkan sebuah karya yang lengkap dengan asam garam kehidupan sebegitu.
Nak cari nama wataklah, kut ke letak nama ala klasik karang, pembaca komplen
potong feel pulaklah sebab biasanya
hero muka mesti hensem sekali letak nama bukan main zaman 60-an lagi kan. Lepas
tu nak kena setting masa, setting tempat, emosi, nada, penerangan situasi,
konflik, kesinambungan cerita...eiii...
Berganda
komplikated kut daripada apa yang aku buat sekarang ni.
Pilot
pen mula berlari semula di atas skecthes book melakarkan sesuatu. Niat di hati
nak lukis sesuatu. Tapi apa eh?
Randomly, tapi yang
pasti bukanlah lukisan yang berkaitan dengan subjek major engineering aku.
Letak shading, adjust sikit lagii...dan...
“Siap!”
senyum sampai sengal pipi dibuatnya. Puas hati sangat dengan hasil karya sendiri
di atas sketches book punya hal.
Masih
terbayang-bayang senyuman Naie semalam. Walaupun tak lama manapun kami
bersembang, tetapi okeylah kut buat pengubat rindu sebab dah lama sangat
rasanya aku tak dapat menatap wajah dia. Setakat tengok gambar kaku dekat
facebook dia mana ada feel sangat.
Nampaknya,
bagus juga kalau Naie betul-betul ada account
Skype. Sekarang ni, kalau nak diikutkan,
banyak je application yang ada
features lebih kurang serupa dengan
Skype, WeChat-lah, Line-lah, WhatApps-lah, KakaoTalk-lah. Tapi aku tetap setia
dengan Skype sebab akaun Skype aku dah agak stabil kerana aku dah guna lama sejak Skype mula-mula
keluar dulu. Bukannya sebab aku nak promote
Skype pada pembaca kisah KC PJJ ini ya, tak kuasa aku okey so sila lah jangan
salah faham sambil buat smirky faces
korang itu. Eh eh? Motif sangat mention
pasal pembaca bagaikan? *abaikan*
“Yan...cuba
kau check sat drawing aku ni? Macam ada benda tak kenalah somewhere...habaq mai kalau ada nampak, aku dah start pening berputaq kepala dah ni...”
Suara Mat tiba-tiba kedengaran jelas di sebelah aku.
Terus
aku toleh ke kiri guna jurus lipat maut. Sebelah tangan automatik bergerak nak cover ‘karya agung’ atas sketches book daripada dilihat si roomate yang tiba-tiba menerjah masuk
tanpa salam apatah lagi mukadimah.
Tetapi,
unfortunately...
“Aaaaaahhhh!”
tangan aku tertepis mug berisi kopi hitam yang dah berasap tipis. Kalut +
gelabah kanggaro punya pasal.
Memalam
ni, takat pakai baju tebal dengan heater terpasang...kalau tak pekena kopi
hitam berasap secawan, ada gak yang kena flu
karang. Lagipun kena gak ambil kafien sebab nak stay up over the midnight sebab nak siapkan beberapa kerja. Esok weekend. Kalau dah nama weekend,
haruslah to do list untuk enjoy berkajang-kajang. Bila dah masuk
gear enjoy, memang susahlah nak reverse gear study-hard-for-life nak
siapkan assignment semula.
“Mak
oiii!”Kalut Mat tarik sketches book
aku daripada terus di’nodai’ cecair kopi hitam pekat yang dah selamat tumpah
daripada mug. Nasib baik tinggal 2/3 je dalam mug tu, kut ke penuh lagi
tadi...mau ‘banjir kilat’ meja study
aku ni.
“Ya
Allah...aku mintak sorry Yan...sorry aku lupa nak kasi salam masa masuk
tadi sampai hang terkejut ni.” Kalut Mat sapu permukaan kertas sketches book aku dengan hujung jari
dia.
“Eh,
takpelah. Bukan salah kau pun, aku yang cuai sampai tertolak mug tadi tu,” aku
cepat-cepat ambik sketches book
daripada tangan Mat. Niat di hati nak terus campak je sketches book tu bawah katil.
Aiyaaaa!
Moga sangatlah Mat tak perasan karya masterpiece
aku yang ada niat nak challange karya
sasterawan negara ni.
“Eh
sat, sat!”
Oh crap! Aku tak
ambil peduli muka penuh suspicious
Mat. Sketches book yang mengandungi
karya terunggul aku tu WAJIB kena selamatkan dulu.
Kalau
tak, mahu jatuh maruah aku tujuh keturunan depan Mat ni.
“Eh
satlah...hang ni...kedekut sangat aihh..” Mat bawa buku lakaran aku ke belakang
badan dia.
“Woi,
bak sinilah...bukan ada harta karun berjuta dollar Australia pun...”Aku sedaya
upaya cuba nak dapatkan buku tersebut. Terlompat-lompat aku dibuatnya. Kurang
asam keping punya member.
“Eleh.
Macam aku tak tau pe’el hang tu Yan. Kalau takde mende, takkanlah kau nak sorok
sangat kan? Ni mesti ada benda ni...” Mat terus larikan buku sketches book aku ke biliknya di sebelah
melalui connecting door. Apa ke
sangatlah kanak-kanak punya perangai main bawak lari barang macam ni wahai
Encik Mat?
Aku
mengeluh perlahan. Dah sah-sah akan kantoi.
Apalah
malang sangat ni? Pertama kali cuba bakat dalam sastera puitis, kantoi pulak
dengan Mat.
Aku
tolak pintu fiber berwarna silver yang dah jadi ala-ala pintu ajaib doremon
yang akan membawa aku terus ke bilik Mat.
Muka
masam kelat lagi monyok aku tayang depan Mat yang tengah tekun menekur pandang
pada dada kertas putih buku lakaran yang sudah tercemar dengan cecair hitam
tadi.
Mat
pandang aku sambil tahan senyum. Senyum ke ketawa, aku tak pasti. Tapi muka dia
terkesan rona merah. Entak sejuk ke
entah ke seronok sangat dapat kantoikan aku.
Bukan
main seronok dia gelakkan kita ye?
“Dah
puas?” sinis aku.
“Gila
kau bro. Bakat universal rupanya. Tengok gaya macho habis, sekali tulis ayat
guna bahasa puitis bukan main bro...”
Berguling-guling
Mat ketawakan aku kat atas katil dia sampai tergolek jatuh ke lantai.
“Awat
hang tension dengan assignment ka
teruih jadi lagu ni?” Mat merangkak perlahan-lahan naik ke katil semula
daripada lantai konkrit yang sejuk bukan main tu, lepas aku buat reaksi muka
ala gangster besar dalam filem nak pancung orang yang ‘langgar’ kawasan
diorang.
“Kau
mintak tolong aku tadi kan?” terus aku soal Mat dengan mimik muka serius tahap
tertinggi.
“Haa
la. Lupa cek aihh.”Mat urut dada dia. Semput nafas nampaknya gelakkan aku bagai
nak rak tadi.
“Memang
kau patut lupakan saja.” Aku rampas sketches
book daripada Mat sambil hayun langkah masuk bilik aku semula. Daripada
tadi rasa geram sikit-sikit je, sekarang ni dah rasa menggelegak je darah dalam
badan aku ni. Apa ni efek suhu heater
tinggi sangat ke apa?
“Amboi
aihhh, merajuk dah adik sayang sekoq ni.” Suara Mat yang walaupun hakikatnya
perlahan amat, berjaya juga dikesan dengan cemerlangnya oleh telinga aku.
Daripada
aku rasa nak masuk bilik tenangkan diri, terus rasa nak pancung orang on the spot. Adik sayang otak hang, Mat
oi!
“Wo wo
wo. Easy man, easy. I mean no harm, mate. Cek gurau ja.
Awatnya hang terasa ka Yan?” Mat terus duduk melutut atas katil dia dengan 10
jari bercantum, konon nak angkat sembah ampun dan maaf ke?
Heh, dia
ingat ni zaman kegemilangan Hang Tuah ke
apa?’Aku cerunkan mata memandang muka dia.
“Kau
dah la buat salah masuk bilik aku main terjah je, lepas tu kau gelakkan aku
macamlah aku ni badut sarkas...lepas tu...”
“Yan,
hang hensem lain macam la malam ni. Muka pun berseri bak disuluhi spot light ja. Apa hang ada berita
gembira nak share dengan aku ka? Lecturer calculus hang tak jadi buat pop quiz ka minggu depan? Ataupun....”
“Cut the crap off, mate. Tok sah nak puji aku melangit sangat. Aku pakai jumpsuit dengan rambut berselerak macam
ni hang kata hensem? Buta ka mata hang?” Aku tibai je loghat utara Mat ni.
Mat
gelak kuat.
Aku
jeling dia sekali lagi. Kali ni aku jeling je, sekali lagi dia gelak gaya macam
tengok Mr Bean buat lawak tak berapa
nak cerdik tu, memang selamatlah merasa kena ‘libas’ dengan aku.
“Wei,
aku bukan gelak sebab niat nak kutuk hang la. Aku saja gurau ja kut.”
Ceh. Gurau
ja kut-lah sangatkan sampai berguling-guling-
jatuh-ke-lantai-naik-semula-atas-katil-berguling-semula-jatuh-ke-lantai macam
tu?
“Lagipun
aku rasa tak salah apatah lagi berdosa pun kalau hang nak tukaq profession jadi sasterawan kejadah tu
pun. Uni of Queensland tu ada ja kot school
of arts, kut ke hang ni dah bosan dengan school of E AI(Engineering, Architecture, Information Tecnology)
kita tu...”
BUKK!
“Mak
oiii sakittttt!” Mat gosok bahu dia yang baru je kena libas dengan aku. Padan
muka. Memalam ni carik pasal, memang buat nayalah kan.
“Aku
tak teman kau pergi zoo esok kang, padan muka.” Aku keluar ayat ugutan. Even sangatlah childish main ugutan macam ni, tapi kira okeylah kalau ada impak,
kan?
Aku
tahan gelak jahat dalam hati bila berjaya mengesan perubahan riak riang gembira
Mat yang kini dah jadi mendung kelabu asap.
Mat
terus duduk melutut semula sambil susun 10 jari siap pasang muka sememeh semula.
“Janganlah
babe, hang dah janji dengan aku bulan
lepas lagi dah hang tau dak? Mana aci ugutan macam ni. Kesian lah sikit kat
bini aku yang teringin nak tengok aku bergambaq dengan koala dan
kanggaruuuuu...kesianlah kat bakal anak aku yang akan lahir nanti...sat gi aku
tak tunaikan permintaan mak dia, dia lahir nanti...air liuq menjejeh(meleleh)
ja 24 jam. Kan ke comot anak angkat to be
hang tu?”
Aku tahan
senyum. Mat dah mula tunjuk perangai sengalness
dia. Siap panggil aku babe lagi.
“Babe hotak hang. Muntah pelangi aku
dengar der. Kau nak babe-babe, pi carik bini hang. Dengan
aku nak babe-babe, memang mintak
makian je.” Aku masih pasang muka serius, konon masih mood merah menyala(marah)
dengan usikkan Mat tadi. Bukanlah marah manapun. Saja je nak bergurau dengan
dia. Ingat dia sorang je boleh bergurau dengan aku? Heh, silap besarlah lu Encik Mat.
Kau
gurau je. Aku gurau, siap pakej dengan lakonan mantap. Siap ada yang susun
rapat jari lagi tu.
Aku
sedaya upaya tahan tawa yang hampir terpecah. Masih nak kekalkan lakonan mantap
tadi.
“Alah...bini
aku jauh...ada hang ja pun kat sini. Kira okeylah tu...hang pun dah ala-ala
bini kedua aku jugak kan Yan...kita ke sana ke mari sesama plus kita duk sebumbung cuma tak tiduq sekatil ja...”Mat buat muka
sememeh.
“Ada
gak aku hempuk sat gi ni kang. Cakap merepek. Tak ingin aku jadi bini hang.
Bukan dapat apa pun.” Aku angkat tangan kanan tinggi ke udara. Amaran je pun. Lepas tu, aku jatuhkan balik tangan ke
sisi.
Mat
terus gelak kuat sejurus kemudian.
“Apa
tak dapat apanya...bukan tak lama lagi hang nak dapat anak angkat ka daripada
aku?” Mat masih seronok gelakkan aku.
“Ceh.
Anak kau nak buat apa.” Aku tayang muka menyampah. Itu ajelah modal dia.
“Okeylah
tu...nak harapkan anak hang...entahlah bilanyaaa....” Mat pasang muka bangga
yang menyinis aku.
Terus
aku jeling lipat maut kat Mat.
Amboi
mulut....bukan main tak pakai insurans lagi.
“Off deals. Kau ajaklah si Kari sebelah
ni teman kau esok. Aku malas nak keluar pergi mana-mana.” Aku mula bangkit dari
katil.
“Easy man, easy. Takkan merajuk dah kut Uncle Yan to be kita ni? Kesianlah anak
aku dapat pakcik yang suka merajuk 10 kali ganda daripada dia ni?”Mat senyum
senget. Bukan main sinikal lagi. Ada gak yang kena cepuk betul kejap lagi ni.
“Pandailah
kau jual nama anak angkat to be aku
tu semata nak beli hati aku,” Aku angkat tangan nak kasi satu super punch penuh kasih sayang, tapi malangnya
Mat berjaya elak.
“Alah
wei. Ni aku nak habaq mai kat hang ni. Sebenaqnya tak dosa pun kalau kita buat
sesuatu just to express our feeling, as
long as kita tak buat benda haram. Tak daknya polis mai angkat hang campak
dalam jail pun.” Mat tepuk-tepuk bahu
aku, gaya nak encourage aku je dia
ni. Padahal tadi bukan main lagi dia kasi moral down aku punya semangat dan harapan.
Aku
lepaskan keluhan perlahan. Memanglah tak salah. Tapi aku ni yang kena
menanggung segan mungkin untuk beberapa hari paling lama beberapa minggu ke
hadapan lagi ni.
“Alahai...chill ah. Kalau kau still tak puas hati, anggap ja bila kau temankan aku pi santuary tu esok, teruih ja aku delete apa yang aku tengok baru tadi
daripada kepala otak aku. Deal?”Mat
angkat kening memandang aku.
“Ingat
otak kau ada button backspace ke?” kataku
senada, nak jaga ego punya pasal.
“So, kira deal lah ni, kan?” Mat dah tayang sengih.
“Tepilah.”
Aku tolak Mat ke tepi sikit. Aku terus tarik sila di sebelah Mat.
“I take that as yes, then.” Mat gulung
rapi segala macam kertas plan dia,
terus simpan masuk plan holder sambil susun cincai beberapa buku tebal dia ke tepi sebelum
berbaring selesa memandang siling bilik.
Kami
diam beberapa saat sebelum Mat kembali bersuara.
“Yan,
aku nak pinjam karya hang pi hantaq mesej kat wife aku boleh dak? Mesti wife aku puji aku sweet. Eiii, seronoknya.” Mat lipat tangan letak belakang kepala.
Aku
kasi jelingan berapi-api kat dia, terus je dia bantai gelak lagi sekali. Ingatkan dah isytihar untuk drop subject
matter ni tadi.
Malas
dah aku nak layan ke-sengal-an kau Mat. Aku bersandar pada dinding, dan kami
sama-sama berdiam diri setelah tawa Mat reda.
“Yan...”suara
Mat mematahkan lamunan aku. Terus aku toleh kepala memandang dia yang masih
berbaring seperti tadi.
“Sekali
hang rindu kat ‘dia’ hang tu, 100 kali aku lagi rindu kat wife aku, Yan. Nanti
hang dah kawin, hang pahamlah apa yang aku rasa laa ni. Sekarang, kalau aku
cerita pun hang tuduh aku overdose
pulak.” Mat senyum segaris kat aku.
Aku
hela nafas perlahan-lahan. Bibir turut serta senyum segaris pada Mat.
“Seronok
eh, alam perkahwinan ni?” Entah soalan genre apa yang aku hulur pada Mat,
entahlah.
Mat
senyum.
“Ada
hat manih(manis) ada gak yang hat kelat, tak lupa jugak hat yang masam dan hat
pahitnya. Depends pada kita
mencorakkan perjalanan dan caranya.”
Aku
pandang muka Mat yang tengah tersenyum bahagia. Tu tak lain tak bukan, mesti
tengah fikirkan isteri dia lah tu.
“Awat
hang tanya lagu tu? Hang pun dah gatal nak menikah ka?” soalan Mat buat aku
tertawa kecil.
“Taklah.
Aku dah ambil langkah pertama untuk pergi bawa diri sejauh ni, takkan tiba-tiba
nak buat kerja gila kata nak menikah pulak? Lagipun aku rasa aku belum cukup
matang nak handle sebuah perkahwinan,
tambahan pula bakal duduk jauh daripada wife dan keluarga aku. Macam-macam
benda boleh jadi. As in conclusion,
aku mungkin belum sedia dengan komitmen. Cakap mungkin senang, tapi hidup
berumahtangga ni...rumit aku rasa.”Jawapan berkajang-kajang aku mengundang
senyuman Mat.
Aku
pandang muka Mat yang masih kekal pasang senyuman ikhlas sambil tepuk bahu aku
beberapa kali.
“Don’t worry, mate. If she is the one to live
the life together with you till Jannah, she will always be. If she is made to be yours, one fine day, she
will absolutely be yours. Jodoh tu rahsia Allah, doalah moga
dipermudahkan.” Mat dah masuk gear kaunselor cinta.
“Thanks, Mat.” Aku pandang muka Mat yang
serius senang berubah watak. Dia mampu jadi kawan gaduh yang menjengkilkan,
sahabat yang baik hati, juga abang yang mengambil berat dan prihatin.
“Aii, thanks ja ka?”Mat angkat kening dengan
sengihan jahat.
“Awat
tak cukup ke?” aku tarik senyum sinis. Baru tadi aku puji dia berbakul-bakul dalam
hati, ni dah mula buat perangai.
Mat
geleng kepala. Masih dengan sengihan jahat dia.
“Habis?”
aku pura-pura tanya. Dalam otak, dah ada plan baaaaaiiiikk punya untuk kawan
spesis macam ni.
“Esok brunch(breakfast + lunch) kat Hilton?
Kau payung, okey?” Mat angkat thumbs up kat aku. Siap cakap guna style Key El
(KL) lagi tu.
“Memang
Hilton tu hotel sedara aku, so
memanglah aku...” Aku duduk menghadap Mat.
“Nak
payung tengkorak kau.” Aku terus angkat tangan nak luku kepala Mat yang tengah
seronok bantai gelakkan aku.
“Eh,
apa main luku kepala ni? Aku ni pangkat abang kat hang tau dak...mandat aku
besar, kau patut hormat aku.” Mat dah berkerut kening.
“Noted.” Aku membalas sepatah sambil buat
rolled eyes. Oh rolled eyes, habit si jantung hati bila dia rasa annoyyed.
“Ni
pasai pa senyum lebaq tetiba ni?” Mat tolak aku tiba-tiba. Sikit lagi aku nak
jatuh terduduk kat lantai.
Gila
nak mengaku tengah terkenangkan perangai comel si jantung hati yang nun jauh di
Malaysia sana tu kat Mat ni selepas kes karya puitis aku tadi?
“Abang
Mat, lapaq la. Masak instant mee,
jom?” Aku gosok perut sendiri.
“Eeuuu.
Geli telinga aku dengaq kau panggil aku abang, Yan.” Mat siap buat gaya
menggelupur, konon geli sungguhlah tu.
“Geli
tak geli, aku betul lapar ni Mat...” Aku pandang Mat yang dah tarik comforter
dia.
Amboi,
orang ajak masak instant mee, dia
bajet nak tidur pula.
“Mat.”
Aku goncang kaki Mat di sebalik selimut tebal.
“Aku
tetiba rasa mengantuklah Yan.” Mat tarik
comforter sampai hujung rambut.
Heh.
“Betul
nak tidur ni? Tak menyesal?”Aku tarik sengih jahat bila Mat buat gerakan
mengangguk daripada sebalik selimut tebalnya.
Siap
kau Mat.
“Woii!”
naik seoktaf suara Mat. Selimut dah tercampak separuh ke lantai.
Aku
masih kekal tarik sengih nakal.
“Abang
nak tidurkan, meh la babe
temankan....” Aku merangkak perlahan-lahan merapati Mat yang tengah tayang muka
tak puas hati sambil buat gaya gedik mengoda habisan.
“Meh babe peluk abang ketat-ketat ye,
sejuk-sejuk ni bestlah tidur peluk abang. Ni sebelum tidur, nak goodnight kiss daripada babe tak ni?”Aku ganti sengih nakal
dengan senyum gatal menggoda. Siap muncungkan mulut lagi, konon siap sedia nak ‘hadiah’
killing kiss kat Mat. HAHAHA!
“Gila
kau Yan! ” Gelabah kanggaro Mat terjun daripada katil, menjauhi aku.
“Isy,
abang ni...nak main play hard to get
lah pulak ye? Nakal tau...tapi babe
suka! AAAAuuuummmm!!”Aku baring mengiring dengan sebelah tangan menongkat
kepala dengan kaki yang di silang ala-ala model frontpage majalah Playboy.
Hujung shortpant yang aku pakai,
sengaja aku tarik ke atas sedikit, konon nak kasi efek seksi yang seksa la.
Siap buat gaya ngauman harimau malaya lagi. Keeelaaaass punya gaya menggoda aku
tunjuk kat Mat yang dah pucat bukan main mukanya.
Sumpah
kelakar!
“Hang
ni lapar dah tahap kebulur ke apa Yan?” Mat berdiri jauh-jauh daripada aku yang
masih pasang sengih nakal.
Tahupun
kau takut. Aku bangkit daripada pembaringan bila Mat dah macam nak buka pintu
bilik dan lari keluar.
“Abang,
meh lah...nak ke mana pulak tu?” Saja aku leretkan suara bukan main manja lagi.
Siap kenyit mata pakej dengan flying kiss
lagi kat Mat yang tengah buat muka cuak sambil sebelah tangan dah standby kat tombol pintu keluar bilik.
Takut
sangatlah tu. Sengihan aku makin melebar.
“Okay. Aku
give up la. Kau nak instant mee kan? Jom!” Mat dah angkat
dua tangan tinggi ke udara.
Victory is mine, babe. Oh yeahh.
“Lapar.
Lapar. Lapar.” Aku jawab dengan nada dan gaya yang dah kembali normal. Senyum
masih lebar di bibirku. Cuma kali ni senyuman ikhlas, bukan gatal macam tadi.
“Isy,
apa teruk sangat perangai hang bila lapaq ni Yan? Macam ni, aku kena selalu
pastikan hang tak lapaq la...kalau tak, naya je aku ternoda dek perangai gila
hang ni..” Mat masih membebel yang entah apa-apa sambil kaki menuruni tangga ke
dapur mini di bangunan International House ini.
Aku
tarik senyum lagi sambil mengekori langkah Mat di belakang.
Lama
dah tak buat perangai gila ni kalau lapar. Dulu dengan Taqi, memang selalu dah
buat macam ni. Sebab tu Taqi selalu je pasrah bawa aku carik makanan tengah
malam buta sebab tak sanggup nak menghadapi perangai ‘mengoda’ aku tadi. HAHA.
*****
“Kau
tak makan sekali Mat?” laju aku menyoal bila Mat hanya duduk pandang aku sebaik
saja dia letak cup instant mee di
depan aku.
“Aku on
diet. Tak boleh makan malam-malam ni. Hilang segala keseksian aku depan wife
aku nanti,”Mat duduk santai depan aku.
Dah
hilang takut mamat sorang ni, sampai berani kasi alasan lawak konon tengah on
diet bagai dengan aku.
Aku
capai garfu plastik yang masih
berbungkus rapi di dalam plastik khas.
“Suka
hati kaulah,” Aku baca bismillah dengan doa makan, terus je instant mee tu ngap masuk mulut.
Aku
ralit makan tanpa pedulikan Mat yang tengah pandang aku sambil bertongkat dagu.
“Sedap
sangat ka instant mee tu yang hang
dok ralit makan tak pandang kiri kanan dah ni?” Mat senyum senget sambil masih
bertongkat dagu memandang aku.
“Time lapaq ni Mat, kau pun boleh jadi
‘sedap’...” Aku balas senyuman herot Mat. Saja kasi gempak sikit ayat terakhir
tadi. Hahaha.
“Gila
kau.”senada suara Mat tapi lengkap dengan tamparan maut yang hampir buat aku
mati tersedak intant mee kari yang
tengah penuh dalam mulut.
Menggelupur
aku capai gelas tinggi berisi air putih di depan Mat. Dah tak peduli dah air
siapa yang aku rembat, janji rasa pedih di tekak dan dalam rongga hidung aku ni
dapat di legakan.
“Ada
gak yang kena smack down memalam ni
kang,” bersusah payah aku bersuara sambil masih terbatuk-batuk kecil.
Jelingan
tajam aku sua pada Mat yang tengah gelak sakan sambil tak sudah menggosok
belakang badan aku. Konon nak legakan
ke-ter-sedak-kan akulah tu. Cis.
“Sorrylah,
tanpa niat dude...”Mat sengih bak
kambing tak cukup gigi. Hish, kecik-besar-kecik-besar je aku tengok si Abdul
Rahmat ni.
Bunyi
notifikasi daripada Galaxy Note di atas kaunter island kitchen menarik perhatian aku.
Paparan
account Instagram milik Taqi
terpampang di pandangan.
Gambar Taqi
dan Naie di dalam bookstore. Itu
sekadar telahan aku memandangkan latar belakang mereka dipenuhi rak-rak buku pelbagai genre.
Taqi
dan Naie yang berdiri sebelah menyebelah sambil tersenyum lebar menunjukkan
buku pilihan mereka.
Memang
sedondon habis. Macam sweet couple of the
year yang keluar date, snap a sweet
picture together...
Nafas
aku hela kuat. Rasa perit...rasa pedih semacam je hati ni.
Mata
bergerak membaca ayat yang update
oleh Taqi di bawah gambar tersebut.
My choice is exactly what she choose...and yeah she’s in
pinkish purple, sebab kami bukan main sedondon
lagi, siap kena assume sebagai so sweet newly
wed couple gitu oleh cashier
bertugas. Ahaha, sampai merah padam muka @naie_NailaAqira menafikan pada kakak cashier tu!
Terus
je rasa darah dalam badan aku ni jadi
panas semacam.
So sweet newly wed couple?
Galaxy
Note aku genggam kuat. Sungguh hati aku tak tenang. Rasa tercabar. Rasa
terancam.
Once again. It happens, once again.
Taqi
dan Naie.
Been together, even just in that stupid photo but still...
Hati
aku berdetik satu rasa yang membuatkan aku ragu.
Dengan
jarak yang memisahkan aku dan Naie sekarang ni...
Dengan
Taqi yang sememangnya begitu mudah memenangi hati perempuan sebelum ini...
Aku
rasa tergugat.
Melihatkan
senyuman Naie, hati aku jadi makin sakit. Aku bangkit mengatur langkah menuju
ke bilik.
Pergerakkan
kasar aku ketika bangun tadi hampir saja membuatkan instant mee yang masih berbaki separuh itu tumpah.
“Hey,
nak ke mana pulak dah tu?”
Aku tak
menjawab, sebaliknya tetap meneruskan langkah walau suara Mat membebel marah di
kaunter island kitchen sayup-sayup
kedengaran. Mahu tak marah? Tak pepasal dia kena kemaskan meja gara-gara aku.
Sorry-lah Mat.
Taapp.
Pintu
bilik aku rapatkan dan aku kunci sekaligus. Langkah aku bawa ke katil.
Bunyi
ketukan pintu diselangi dengan suara Mat memanggil namaku aku buat tak endah
saja.
Kusut.
Fikiran aku tengah kusut, dan aku perlu masa bersendirian untuk muhasabah diri.
Skrin
Galaxy Note, aku sentuh perlahan. Gambar tadi terpapar kembali diruangan mata.
Aku kah
yang terlalu mengikut kata hati? Cemburu tak bertempat?
Atau
sememangnya hati aku tak tersalah tafsir bahawa antara kedua mereka ini ada
sesuatu yang aku tak tahu?
Melihatkan
riak gembira keduanya, aku pasti tentang satu perkara. Senyuman Naie nampak
‘hidup’ bukannya dibuat-buat. Senyuman manis yang selalu buat aku melayang tak
jejak tanah. Tapi kini, senyuman itu bukan lagi untuk aku seorang.
Dan
Taqi. Sumpah aku rasa cemburu. Mana tidaknya, aku sendiripun tidak pernah
berdiri serapat ini dengan Na’ie apatah lagi bergambar begini.
Tangan
naik meraup wajah sendiri. Suara Mat sudah tidak kedengaran di sebalik sana
pintu. Mungkin dia sudah beredar ke dalam biliknya.
“Woi,
kau pehal?”Wajah Mat tersembul dari pintu silver yang menyambungkan bilik aku
dan dia. Alahai, beria kunci pintu bilik, tapi lupa pulak dengan connecting
door ni.
“Sorry, Mat.”Ucapku ringkas.
“That’s it all. Itu je yang mampu aku
cakap sekarang ni. And please, I need my
own space for calming down. Please leave me alone.” Senada aku berkata
sambil bergerak membelakangi Mat.
Mat
mengeluh perlahan. “Kalau aku ada salah cakap yang menyinggung hati hang, sorry in advance.”
Giliran
aku pula mengeluh perlahan. “No.
Bukan salah kau. It was a personal
matter, nothing to do with you. Kau kawan yang baik, Mat tapi kali ni...please just leave.”jenuh aku control
suara aku yang dah bunyi sebak.
“Fine. As you wish, mate.” Aku amati
langkah Mat yang makin menjauh sebelum bunyi connecting door dirapatkan.
Aku
tarik nafas dalam sambil melurut rambut yang sudah mulai panjang.
Taqi
dan Na’ie. Mungkinkah mereka berdua sedang menduga hati aku? Atau mereka ada
konspirasi yang aku tak jangka?
Naie,
gadis pertama yang berjaya curi hati aku. Naie yang sederhana dalam banyak hal.
Litup dari hujung kepala ke hujung kaki tapi bagi aku, dia seksi in her own way, and yeah...akan seksi in limited edition way only for her hubby,
kan untung tu? Seorang yang garang, tapi sebenarnya sangat penyayang. Selalu
tunjuk perangai kasar dan suka berdikari walhal dia sebenarnya sangat lembut
hati dan manja. Naila Aqira...semakin aku mengenali dia, semakin aku rasa tak
mampu kehilangan dia.
Nafas aku
tarik perlahan, dengan harapan oksigen yang masuk mampu mengurangkan peritnya sakit
di hatiku tika ini.
Taqi,
sahabat sejati yang aku percaya akan setia sampai mati. Dia ibarat cermin
bernyawa untuk aku. Kami banyak persamaan, mempunyai persefahaman yang cukup
baik, terkadang bagai ada telepati bak kembar yang berkongsi rahim ibu yang
sama.
Atau
mungkin faktor ini yang akan mendorong kami menyukai seorang gadis yang sama?
‘Ian, serius aku cakap, kalau aku tak minta
kau sendiri check nombor yang aku key in untuk hantar sms id number top up yang
aku tolong kau beli dekat sevenEleven tu...mesti aku yang kenal dulu dengan si
pemilik nombor yang aku tersalah sent sms tu kan?’
Si
pemilik nombor itu ialah Nor Naila Aqira. Mungkinkah sebenarnya Taqi hanyalah
perantara yang dihantar oleh Tuhan untuk menemukan aku dan Naie? Atau
mungkinkah aku adalah perantara yang sepatutnya menemukan jodoh antara Taqi dan
Naie?
Aku kah
watak pengacau yang sebenarnya dalam kisah ni? Atau aku sememangnya hero yang
sepatutnya memenangi hati si gadis yang menjadi rebutan di akhir cerita nanti?
Galaxy
Note di genggam erat. Skrin pipih itu sudah gelap semula. Nafas aku hela lemah.
Entah kenapa hati aku rasa pelik sangat kali ini. Ada sesuatu yang cuba
menggerakkan naluri aku supaya melakukan sesuatu jika tidak mahu menyesal
dikemudian hari.
Dear Allah...why do love have to be so complicated? Hati merintih pada Yang Maha Esa.
Aku
bangkit. Kaki dibawa melangkah ke dalam washroom.
Hati yang panas perlu disejukkan dulu. Shower
di set pada butang merah. Malam-malam ni kalau tak guna air panas untuk
berwuduk, memang cari bala je.
Usai berwuduk,
aku terus capai sejadah dan songkok dari almari di sudut bilik. Tak lupa, kain
pelekat. Solat hajat dua rakaat aku laksanakan, dengan doa yang panjang memohon
agar ditenangkan gelora hati yang sedang menggila dek kerana bisikkan syaitan
yang mahu menghancurkan. Juga tidak lupa doa agar dipermudahkan hubungan antara
aku dan Naie.
“Ya
Allah, Ya Rahman...andai benar ada jodoh antara kami...permudahkanlah. Ya
Allah, Ya Raheem, andai cinta ini anugerah daripadaMu...dekatkanlah hati kami,
lindungilah cinta kami dengan ijab dan kabul. Ya Allah, Ya Rabbi...bukakanlah
hati Naila Aqira untuk Aakif Farhan. Lembutkanlah hati Naila Aqira untuk terima
lamaran Aakif Farhan. Permudahkanlah niatku, Ya Allah...”Tanpa sedar, setitis
mutiara jernih menuruni kanan aku. Setitis lagi. Dan lagi.
Bersaksikan
keheningan malam di kota Brisbane ini, aku serahkan jiwa aku pada Tuhan. Kini
niat aku hanya satu. Jika hubungan kami jadi sukar kerana tidak sempurna di sisi
agama, hanya ada satu jalan penyelesaiannya.
Nikah.
Baru
tadi aku katakan pada Mat aku belum bersedia untuk melangkah ke alam
perkahwinan. Tetapi kini...
Aku diam
menekur permukaan sejadah.
Aku kena yakin dengan diri sendiri dulu,
barulah aku layak nak yakinkan orang lain tentang niat aku.
Nafas
sekali lagi di tarik dalam. Mengumpul kekuatan. Mencari ketenangan.
Sejadah aku
lipat kemas dan letak pada hujung birai katil.
Galaxy
Note aku capai.
Aplikasi To do list aku periksa dengan teliti. Mengira hari dan kewarasan akal fikiran
mempertimbangkan keputusan yang sedang berlegar-legar di dalam kepala otak
ketika ini.
Should be fine.
Harapnyalah.
Jari
bergerak membuka tab Google search.
www.bne.com.au ditaip laju dalam tab search.
Sekelip mata website dengan warna biru
aqua terpapar di skrin.
Kotak Departures pada paparan skrin di tekan. Kemudian
kotak International di tekan. Sejurus
itu senarai panjang terpapar dengan pelbagai logo. Perlahan-lahan aku scroll down page dengan senarai pelbagai
logo itu.
‘Mintak-mintak
adalah....’Hati jadi makin gusar bila destinasi yang di cari tidak kelihatan. Takkan
nak kena ambik Emirates ke Changi? Etihad pun ke Changi, tapi kena delayed. Ish, takkan takde langsung direct flight nak balik ni?
Pages aku
scroll dengan agak kasar dek kerana
risau dan tak sabar.
Tiba-tiba...
Oh!
“11:30
pm...” hari ni! Last flight ke
kiranya ni...
Jam
disudut atas skrin Galaxy Note di pandang.
Tak buang
masa, terus aku dail deretan nombor di section
contact di hujung webpage itu.
“Hello,” Suara wanita yang menyambut
panggilan aku buat aku berdebar. Bukan kerana apa...tapi dek kerana risaukan
hal tiket. Harapnya masih available
lah.
“Oh, thanks.” Panggilan aku tamatkan. Senyuman
terukir di bibir. Terus aku bangkit
mencari beg di dalam almari. Beberapa helai pakaian aku sumbat ke dalam perut
beg. Juga buku kecil berwarna merah.
Galaxy
Note di tangan, di genggam erat. Tekad dan nekad.
Nafas
di hela perlahan. Nama Alexander Loiuse di cari di dalam contact list. Galaxy Note di tekap ke telinga.
“Evening,
mate.” Kata bicara dimulakan sebaik suara Alex kedengaran di hujung talian.
Bingit dengan dentuman muzik.
“Okay, thanks mate.”Talian ditamatkan selepas Alex
bermurah hati menyatakan persetujuan
untuk membantu aku. Syukur. Kalau tidak jenuh juga aku menggelabah nak ke sana
malam-malam macam ni.
Aku
tukar pakaian ala kadar. Jeans, Tee dan juga jaket kulit kaler dark brown.
Galaxy
Note di capai. Contact list sekali
lagi aku scroll down. Mencari nama si
dia.
I may be a heartless guy when being around thousands
women, because my precious heart have been stolen by you long time ago. I
would’nt dare to arrest you for your sweet crime, but please just do me a
favor. Do take a good care of my heart. It’s fragile.
Successfully
sent to NailaAqira.
Galaxy
Note aku sisip masuk ke dalam saku jaket. Mafla yang bergantung di belakang
pintu bilik aku capai dan lilit ala kadar di leher. Wallet di sisip ke dalam
saku belakang jeans. Beg si galas di bahu.
Nafas di
hela lembut.
Bismillah.
Dan,
langkah terus diatur ke pintu.
**************
Hi sweet ladies. Thanks singgah baca. Thanks sabar tunggu. Cik writer kata "ST, we should cut off all the 'boringness and all the merepek merapu' plotting and just go straight to our main point of Kontrak Cinta PJJ sebab pembaca dah start annoyed dengan kita punya 'belok-belok' tu semua."
FYI, kami bukan suka2 je buat plot crita boring mcm tu, but yakinlah smua tu bsebab.
utk menaikkan semula mood and yeah of course ranking KCPJJ, so we decided to make some turning point..and yeah, insha Allah the next entry kalian akan mula senyum2 sendiri.
do leave us some feedbacks yeah. suka ke idak ke..kan?
Adios,
Mr SweetTalker
2 comments:
ahaha.. Yan, Yan. ada gak org yg jadi lagu tu bila lapaq noh?
best! nak lagi!
Nak sambung nye....tolong kami bantu kami
Post a Comment