My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

19 January 2014

KONTRAK CINTA PJJ-CHAPTER 10-by MR SWEETTALKER

       



 Kontrak Cinta PJJ, 10

Duhai cinta, jika hadirmu mencipta derita, mengapa hatiku kini berlagu bahagia;
Duhai rindu, jika hadirmu menambah seksa, mengapa jiwaku berbunga ceria;
Duhai sayang, jika  hadirmu mencoret duka, mengapa aku masih sanggup setia?
Duhai kasih, jika hadirmu membawa sengsara, mengapa aku masih teguh menyatakan cinta?

Aku senyum sendiri sambil mata kembali membaca rangkaian ayat di baris pertama.

1.    Senyum sebab bangga kerana pertama kali berjaya buat ayat canggih macam ni sendiri tanpa bantuan lain.

2.    Senyum sebab hampir tak percaya mampu buat benda ni.

Hailaaa.

Semua ni, kerana rindu pada si jantung hati.

Senyuman kian melebar sebaik mata turun membaca ayat kedua dan seterusnya, sehinggalah tiba pada ayat terakhir.

“Duhai kasih, jika hadirmu membawa sengsara, mengapa aku masih teguh menyatakan cinta?”

Pilot pen di tangan berputar laju membuat pergerakkan heli spin di celah jari tangan.

Phew.

Punya susah aku nak karang ayat 4 rangkap ni. Asyik tulis-pangkah-tulis-pangkah je. Makan 7-8 helai kertas dalam sketches book  gaklah aku menconteng nak karang ayat yang 4 baris  cuma ini.

Sungguhlah lepas ni aku memang patut respect karya orang-orang sastera ni. Mungkin benar persepsi yang mengatakan orang angka yang jenis lebih mahir berfikir guna otak kiri ni susah nak buat kerja orang bahasa yang suka guna otak kanan untuk berfikir.

Pilot pen berlari-lari mencoretkan sesuatu di bawah ayat puitis 4 baris aku tadi.

Aku- pencinta angka
Dia- pencinta bahasa
Aku-suka straight to the main point
Dia-suka berkias guna bermacam intro* dengan muka yg adorable kemain:P*
Aku- suka kaler putih
Dia- suka kaler hitam
Aku-suka makan
Dia-*sebab aku suka makan, jadi dia kena rajin masak:P*
Aku-suka merajuk
Dia-*walau tak suka, dia tetap kena pujuk:P*
Aku-rajin mengusik
Dia-pasti akan sentap even dia tak tunjuk sangat. Lepas tu aku pujuklah. Sweet kan kan?
Aku-selalu rindu-rindu dia
Dia-pun rindu aku *tapi selalu kasi ayat penafian sebab malu-malu kucing:P*
Aku-suka jadi macho *ini semua poyo*
Dia-sangatlah indah in eveything *comelness in her own way:D*

Aku sengih tengok hasil tulisan sendiri atas sketches book. Kami berbeza dalam banyak hal, tapi perbezaan itulah yang membuatkan kami saling melengkapi. Macam pantai yang takkan lengkap tanpa ombaknya, macam pungguk yang akan kerinduan tanpa bulannya, seperti langit yang takkan sempurna tanpa awannya, seperti kumbang yang  bakal kelaparan tanpa bunganya...seperti Aakif Farhan yang  takkan mampu hidup sendirian tanpa Naila Aqiranya...

HAHA.

Aku kemam bibir. Cuba menahan tawa dek kerana buah fikiran sendiri yang bukan main gedik lagi bunyinya.

Seperti Aakif Farhan yang takkan mampu hidup sendirian tanpa Naila Aqiranya...

Ohhh. Sesungguhnya, sejak hati aku mula tumbuh bunga-bunga kembang setaman dek kerana cintan cintun dengan Naie ni, aku selalu je buat benda yang pelik-pelik.  Pelik-pelik in a good way-lah maksudnya. Tak pernah seumur hidup aku buat benda yang aku tengah buat macam sekarang ni. To girly bila difikirkan apa yang aku tengah buat pada sketches book aku ni.

Dalam senyum, kepala bergerak perlahan ke kiri dan kanan. Menggeleng tak percaya dengan perlakuan aneh diri sendiri.

Rangkaian perkataan yang sudah tercoret di atas kertas sekali lagi aku ulang baca. Macam tak percaya pun ada juga bila melihat rangkaian ayat ni.
Macam tipu je aku yang buat semua ni. Tapi sungguhlah nak siapkan 4 ayat itu pun bukan main sengsara aku rasa. Letih asyik tulis-pangkah-tulis-pangkah je.

Susah jadi sasterawan ni rupanya.  Ayat ceciput macam ni pun makan setengah hari aku nak siapkan. Kut ke 10 exercise dalam workbook calculus itu lebih senang nak diselesaikan daripada benda alah cenggini kut?
Berapa agaknya bayaran royalti orang sastera ni dapat ye untuk kerja yang bukan main susah lagi ni?

Dahlah tu, hati kena dalam mood bunga cinta kembang setaman baru boleh ambik feeling baaaaaaiiiiikkkkk punya nak buat ayat cinta puitis macam ni.

Aiyaa.

Aku geleng kepala lagi.

Teringat hobi adik Taqi, Jannatul Warda yang gemar membaca novel cinta hasil karya penulis tempatan. Bukan main lagi budak tu, setiap bulan, hampir berbelas naskah dia bodek Taqi, minta tolong belikan. Ada satu novel tu, bukan main tebal lagi helaian muka suratnya. Entah berapa lamalah masa yang penulis tu ambil untuk siapkan sebuah karya yang lengkap dengan asam garam kehidupan sebegitu. Nak cari nama wataklah, kut ke letak nama ala klasik karang, pembaca komplen potong feel pulaklah sebab biasanya hero muka mesti hensem sekali letak nama bukan main zaman 60-an lagi kan. Lepas tu nak kena setting masa, setting tempat, emosi, nada, penerangan situasi, konflik, kesinambungan cerita...eiii...

Berganda komplikated kut daripada apa yang aku buat sekarang ni.

Pilot pen mula berlari semula di atas skecthes book melakarkan sesuatu. Niat di hati nak lukis sesuatu. Tapi apa eh?

Randomly, tapi yang pasti bukanlah lukisan yang berkaitan dengan subjek major engineering aku.

Letak shading, adjust sikit lagii...dan...

“Siap!” senyum sampai sengal pipi dibuatnya. Puas hati sangat dengan hasil karya sendiri di atas sketches book punya hal.

Masih terbayang-bayang senyuman Naie semalam. Walaupun tak lama manapun kami bersembang, tetapi okeylah kut buat pengubat rindu sebab dah lama sangat rasanya aku tak dapat menatap wajah dia. Setakat tengok gambar kaku dekat facebook dia mana ada feel sangat.

Nampaknya, bagus juga kalau Naie betul-betul ada account Skype. Sekarang ni, kalau nak diikutkan,  banyak je application yang ada features lebih kurang serupa dengan Skype, WeChat-lah, Line-lah, WhatApps-lah, KakaoTalk-lah. Tapi aku tetap setia dengan Skype sebab akaun Skype aku dah agak stabil kerana  aku dah guna lama sejak Skype mula-mula keluar dulu. Bukannya sebab aku nak promote Skype pada pembaca kisah KC PJJ ini ya, tak kuasa aku okey so sila lah jangan salah faham sambil buat smirky faces korang itu. Eh eh? Motif sangat mention pasal pembaca bagaikan? *abaikan*

“Yan...cuba kau check sat drawing aku ni? Macam ada benda tak kenalah somewhere...habaq mai kalau ada nampak, aku dah start pening berputaq kepala dah ni...” Suara Mat tiba-tiba kedengaran jelas di sebelah aku.

Terus aku toleh ke kiri guna jurus lipat maut. Sebelah tangan automatik bergerak nak cover ‘karya agung’ atas sketches book daripada dilihat si roomate yang tiba-tiba menerjah masuk tanpa salam apatah lagi mukadimah.

Tetapi, unfortunately...

“Aaaaaahhhh!” tangan aku tertepis mug berisi kopi hitam yang dah berasap tipis. Kalut + gelabah kanggaro punya pasal.

Memalam ni, takat pakai baju tebal dengan heater terpasang...kalau tak pekena kopi hitam berasap secawan, ada gak yang kena flu  karang. Lagipun kena gak ambil kafien sebab nak stay up over the midnight sebab nak siapkan beberapa kerja. Esok weekend. Kalau dah nama weekend, haruslah to do list untuk enjoy berkajang-kajang. Bila dah masuk gear enjoy, memang susahlah nak reverse gear study-hard-for-life nak siapkan assignment semula.

“Mak oiii!”Kalut Mat tarik sketches book aku daripada terus di’nodai’ cecair kopi hitam pekat yang dah selamat tumpah daripada mug. Nasib baik tinggal 2/3 je dalam mug tu, kut ke penuh lagi tadi...mau ‘banjir kilat’ meja study aku ni.
“Ya Allah...aku mintak sorry Yan...sorry aku lupa nak kasi salam masa masuk tadi sampai hang terkejut ni.” Kalut Mat sapu permukaan kertas sketches book aku dengan hujung jari dia.

“Eh, takpelah. Bukan salah kau pun, aku yang cuai sampai tertolak mug tadi tu,” aku cepat-cepat ambik sketches book daripada tangan Mat. Niat di hati nak terus campak je sketches book tu bawah katil.

Aiyaaaa! Moga sangatlah Mat tak perasan karya masterpiece aku yang ada niat nak challange karya sasterawan negara ni.

“Eh sat, sat!”

Oh crap! Aku tak ambil peduli muka penuh suspicious Mat. Sketches book yang mengandungi karya terunggul aku tu WAJIB kena selamatkan dulu.
Kalau tak, mahu jatuh maruah aku tujuh keturunan depan Mat ni.

“Eh satlah...hang ni...kedekut sangat aihh..” Mat bawa buku lakaran aku ke belakang badan dia.

“Woi, bak sinilah...bukan ada harta karun berjuta dollar Australia pun...”Aku sedaya upaya cuba nak dapatkan buku tersebut. Terlompat-lompat aku dibuatnya. Kurang asam keping punya member.

“Eleh. Macam aku tak tau pe’el hang tu Yan. Kalau takde mende, takkanlah kau nak sorok sangat kan? Ni mesti ada benda ni...” Mat terus larikan buku sketches book aku ke biliknya di sebelah melalui connecting door. Apa ke sangatlah kanak-kanak punya perangai main bawak lari barang macam ni wahai Encik Mat?

Aku mengeluh perlahan. Dah sah-sah akan kantoi.

Apalah malang sangat ni? Pertama kali cuba bakat dalam sastera puitis, kantoi pulak dengan Mat.

Aku tolak pintu fiber berwarna silver yang dah jadi ala-ala pintu ajaib doremon yang akan membawa aku terus ke bilik Mat.

Muka masam kelat lagi monyok aku tayang depan Mat yang tengah tekun menekur pandang pada dada kertas putih buku lakaran yang sudah tercemar dengan cecair hitam tadi.

Mat pandang aku sambil tahan senyum. Senyum ke ketawa, aku tak pasti. Tapi muka dia terkesan rona merah.  Entak sejuk ke entah ke seronok sangat dapat kantoikan aku.

Bukan main seronok dia gelakkan kita ye?

“Dah puas?” sinis aku.

“Gila kau bro. Bakat universal rupanya. Tengok gaya macho habis, sekali tulis ayat guna bahasa puitis bukan main bro...”

Berguling-guling Mat ketawakan aku kat atas katil dia sampai tergolek jatuh ke lantai.

“Awat hang tension dengan assignment ka teruih jadi lagu ni?” Mat merangkak perlahan-lahan naik ke katil semula daripada lantai konkrit yang sejuk bukan main tu, lepas aku buat reaksi muka ala gangster besar dalam filem nak pancung orang yang ‘langgar’ kawasan diorang.

“Kau mintak tolong aku tadi kan?” terus aku soal Mat dengan mimik muka serius tahap tertinggi.

“Haa la. Lupa cek aihh.”Mat urut dada dia. Semput nafas nampaknya gelakkan aku bagai nak rak tadi.

“Memang kau patut lupakan saja.” Aku rampas sketches book daripada Mat sambil hayun langkah masuk bilik aku semula. Daripada tadi rasa geram sikit-sikit je, sekarang ni dah rasa menggelegak je darah dalam badan aku ni. Apa ni efek suhu heater tinggi sangat ke apa?

“Amboi aihhh, merajuk dah adik sayang sekoq ni.” Suara Mat yang walaupun hakikatnya perlahan amat, berjaya juga dikesan dengan cemerlangnya oleh telinga aku.

Daripada aku rasa nak masuk bilik tenangkan diri, terus rasa nak pancung orang on the spot. Adik sayang otak hang, Mat oi!

“Wo wo wo. Easy man, easy. I mean no harm, mate. Cek gurau ja. Awatnya hang terasa ka Yan?” Mat terus duduk melutut atas katil dia dengan 10 jari bercantum, konon nak angkat sembah ampun dan maaf ke?

Heh, dia ingat ni zaman kegemilangan Hang Tuah  ke apa?’Aku cerunkan mata memandang muka dia.

“Kau dah la buat salah masuk bilik aku main terjah je, lepas tu kau gelakkan aku macamlah aku ni badut sarkas...lepas tu...”

“Yan, hang hensem lain macam la malam ni. Muka pun berseri bak disuluhi spot light ja. Apa hang ada berita gembira nak share dengan aku ka? Lecturer calculus hang tak jadi buat pop quiz ka minggu depan? Ataupun....”

Cut the crap off, mate. Tok sah nak puji aku melangit sangat. Aku pakai jumpsuit dengan rambut berselerak macam ni hang kata hensem? Buta ka mata hang?” Aku tibai je loghat utara Mat ni.

Mat gelak kuat.

Aku jeling dia sekali lagi. Kali ni aku jeling je, sekali lagi dia gelak gaya macam tengok Mr Bean buat lawak tak berapa nak cerdik tu, memang selamatlah merasa kena ‘libas’ dengan aku.

“Wei, aku bukan gelak sebab niat nak kutuk hang la. Aku saja gurau ja kut.”
Ceh. Gurau ja kut-lah sangatkan sampai berguling-guling- jatuh-ke-lantai-naik-semula-atas-katil-berguling-semula-jatuh-ke-lantai macam tu?

“Lagipun aku rasa tak salah apatah lagi berdosa pun kalau hang nak tukaq profession jadi sasterawan kejadah tu pun. Uni of Queensland tu ada ja kot school of arts, kut ke hang ni dah bosan dengan school of E AI(Engineering, Architecture, Information Tecnology) kita tu...”

BUKK!

“Mak oiii sakittttt!” Mat gosok bahu dia yang baru je kena libas dengan aku. Padan muka. Memalam ni carik pasal, memang buat nayalah kan.

“Aku tak teman kau pergi zoo esok kang, padan muka.” Aku keluar ayat ugutan. Even sangatlah childish main ugutan macam ni, tapi kira okeylah kalau ada impak, kan?

Aku tahan gelak jahat dalam hati bila berjaya mengesan perubahan riak riang gembira Mat yang kini dah jadi mendung kelabu asap.

Mat terus duduk melutut semula sambil susun 10 jari siap pasang muka sememeh semula.

“Janganlah babe, hang dah janji dengan aku bulan lepas lagi dah hang tau dak? Mana aci ugutan macam ni. Kesian lah sikit kat bini aku yang teringin nak tengok aku bergambaq dengan koala dan kanggaruuuuu...kesianlah kat bakal anak aku yang akan lahir nanti...sat gi aku tak tunaikan permintaan mak dia, dia lahir nanti...air liuq menjejeh(meleleh) ja 24 jam. Kan ke comot anak angkat to be hang tu?”

Aku tahan senyum. Mat dah mula tunjuk perangai sengalness dia. Siap panggil aku babe lagi.

Babe hotak hang. Muntah pelangi aku dengar der. Kau nak babe-babe, pi carik bini hang. Dengan aku nak babe-babe, memang mintak makian je.” Aku masih pasang muka serius, konon masih mood merah menyala(marah) dengan usikkan Mat tadi. Bukanlah marah manapun. Saja je nak bergurau dengan dia. Ingat dia sorang je boleh bergurau dengan aku? Heh, silap besarlah lu Encik Mat.

Kau gurau je. Aku gurau, siap pakej dengan lakonan mantap. Siap ada yang susun rapat jari lagi tu.

Aku sedaya upaya tahan tawa yang hampir terpecah. Masih nak kekalkan lakonan mantap tadi.

“Alah...bini aku jauh...ada hang ja pun kat sini. Kira okeylah tu...hang pun dah ala-ala bini kedua aku jugak kan Yan...kita ke sana ke mari sesama plus kita duk sebumbung cuma tak tiduq sekatil ja...”Mat buat muka sememeh.

“Ada gak aku hempuk sat gi ni kang. Cakap merepek. Tak ingin aku jadi bini hang. Bukan dapat apa pun.” Aku angkat tangan kanan tinggi ke udara. Amaran je  pun. Lepas tu, aku jatuhkan balik tangan ke sisi.

Mat terus gelak kuat sejurus kemudian.

“Apa tak dapat apanya...bukan tak lama lagi hang nak dapat anak angkat ka daripada aku?” Mat masih seronok gelakkan aku.

“Ceh. Anak kau nak buat apa.” Aku tayang muka menyampah. Itu ajelah modal dia.

“Okeylah tu...nak harapkan anak hang...entahlah bilanyaaa....” Mat pasang muka bangga yang menyinis aku.

Terus aku jeling lipat maut kat Mat.

Amboi mulut....bukan main tak pakai insurans lagi.

Off deals. Kau ajaklah si Kari sebelah ni teman kau esok. Aku malas nak keluar pergi mana-mana.” Aku mula bangkit dari katil.

Easy man, easy. Takkan merajuk dah kut Uncle Yan to be kita ni? Kesianlah anak aku dapat pakcik yang suka merajuk 10 kali ganda daripada dia ni?”Mat senyum senget. Bukan main sinikal lagi. Ada gak yang kena cepuk betul kejap lagi ni.

“Pandailah kau jual nama anak angkat to be aku tu semata nak beli hati aku,” Aku angkat tangan nak kasi satu super punch penuh kasih sayang, tapi malangnya Mat berjaya elak.

“Alah wei. Ni aku nak habaq mai kat hang ni. Sebenaqnya tak dosa pun kalau kita buat sesuatu just to express our feeling, as long as kita tak buat benda haram. Tak daknya polis mai angkat hang campak dalam jail pun.” Mat tepuk-tepuk bahu aku, gaya nak encourage aku je dia ni. Padahal tadi bukan main lagi dia kasi moral down aku punya semangat dan harapan.

Aku lepaskan keluhan perlahan. Memanglah tak salah. Tapi aku ni yang kena menanggung segan mungkin untuk beberapa hari paling lama beberapa minggu ke hadapan lagi ni.

“Alahai...chill ah. Kalau kau still tak puas hati, anggap ja bila kau temankan aku pi santuary tu esok, teruih ja aku delete apa yang aku tengok baru tadi daripada kepala otak aku. Deal?”Mat angkat kening memandang aku.

“Ingat otak kau ada button backspace ke?” kataku senada, nak jaga ego  punya pasal.

So, kira deal  lah ni, kan?” Mat dah tayang sengih.

“Tepilah.” Aku tolak Mat ke tepi sikit. Aku terus tarik sila di sebelah Mat.

I take that as yes, then.” Mat gulung rapi segala macam kertas plan dia, terus simpan masuk plan holder sambil susun cincai  beberapa buku tebal dia ke tepi sebelum berbaring selesa memandang siling bilik.

Kami diam beberapa saat sebelum Mat kembali bersuara.

“Yan, aku nak pinjam karya hang pi hantaq mesej kat wife aku boleh dak? Mesti wife aku puji aku sweet. Eiii, seronoknya.” Mat lipat tangan letak belakang kepala.

Aku kasi jelingan berapi-api kat dia, terus je dia bantai gelak lagi sekali.  Ingatkan dah isytihar untuk drop subject matter ni tadi.

Malas dah aku nak layan ke-sengal-an kau Mat. Aku bersandar pada dinding, dan kami sama-sama berdiam diri setelah tawa Mat reda.

“Yan...”suara Mat mematahkan lamunan aku. Terus aku toleh kepala memandang dia yang masih berbaring seperti tadi.

“Sekali hang rindu kat ‘dia’ hang tu, 100 kali aku lagi rindu kat wife aku, Yan. Nanti hang dah kawin, hang pahamlah apa yang aku rasa laa ni. Sekarang, kalau aku cerita pun hang tuduh aku overdose pulak.” Mat senyum segaris kat aku.

Aku hela nafas perlahan-lahan. Bibir turut serta senyum segaris pada Mat.

“Seronok eh, alam perkahwinan ni?” Entah soalan genre apa yang aku hulur pada Mat, entahlah.

Mat senyum.

“Ada hat manih(manis) ada gak yang hat kelat, tak lupa jugak hat yang masam dan hat pahitnya. Depends pada kita mencorakkan perjalanan dan caranya.”
Aku pandang muka Mat yang tengah tersenyum bahagia. Tu tak lain tak bukan, mesti tengah fikirkan isteri dia lah tu.

“Awat hang tanya lagu tu? Hang pun dah gatal nak menikah ka?” soalan Mat buat aku tertawa kecil.

“Taklah. Aku dah ambil langkah pertama untuk pergi bawa diri sejauh ni, takkan tiba-tiba nak buat kerja gila kata nak menikah pulak? Lagipun aku rasa aku belum cukup matang nak handle sebuah perkahwinan, tambahan pula bakal duduk jauh daripada wife dan keluarga aku. Macam-macam benda boleh jadi. As in conclusion, aku mungkin belum sedia dengan komitmen. Cakap mungkin senang, tapi hidup berumahtangga ni...rumit aku rasa.”Jawapan berkajang-kajang aku mengundang senyuman Mat.

Aku pandang muka Mat yang masih kekal pasang senyuman ikhlas sambil tepuk bahu aku beberapa kali.

Don’t worry, mate. If she is the one to live the life together with you till Jannah, she will always be.  If she is made to be yours, one fine day, she will absolutely be yours. Jodoh tu rahsia Allah, doalah moga dipermudahkan.” Mat dah masuk gear kaunselor cinta.

Thanks, Mat.” Aku pandang muka Mat yang serius senang berubah watak. Dia mampu jadi kawan gaduh yang menjengkilkan, sahabat yang baik hati, juga abang yang mengambil berat dan prihatin.

“Aii, thanks ja ka?”Mat angkat kening dengan sengihan jahat.

“Awat tak cukup ke?” aku tarik senyum sinis. Baru tadi aku puji dia berbakul-bakul dalam hati, ni dah mula buat perangai.

Mat geleng kepala. Masih dengan sengihan jahat dia.

“Habis?” aku pura-pura tanya. Dalam otak, dah ada plan baaaaaiiiikk punya untuk kawan spesis macam ni.

“Esok brunch(breakfast + lunch) kat Hilton? Kau payung, okey?” Mat angkat thumbs up kat aku. Siap cakap guna style Key El (KL) lagi tu.

“Memang Hilton tu hotel sedara aku, so memanglah aku...” Aku duduk menghadap Mat.

“Nak payung tengkorak kau.” Aku terus angkat tangan nak luku kepala Mat yang tengah seronok bantai gelakkan aku.

“Eh, apa main luku kepala ni? Aku ni pangkat abang kat hang tau dak...mandat aku besar, kau patut hormat aku.” Mat dah berkerut kening.

Noted.” Aku membalas sepatah sambil buat rolled eyes. Oh rolled eyes, habit si jantung hati bila dia rasa annoyyed.

“Ni pasai pa senyum lebaq tetiba ni?” Mat tolak aku tiba-tiba. Sikit lagi aku nak jatuh terduduk kat lantai.

Gila nak mengaku tengah terkenangkan perangai comel si jantung hati yang nun jauh di Malaysia sana tu kat Mat ni selepas kes karya puitis aku tadi?

“Abang Mat, lapaq la. Masak instant mee, jom?” Aku gosok perut sendiri.

“Eeuuu. Geli telinga aku dengaq kau panggil aku abang, Yan.” Mat siap buat gaya menggelupur, konon geli sungguhlah tu.

“Geli tak geli, aku betul lapar ni Mat...” Aku pandang Mat yang dah tarik comforter dia.

Amboi, orang ajak masak instant mee, dia bajet nak tidur pula.

“Mat.” Aku goncang kaki Mat di sebalik selimut tebal.

“Aku tetiba rasa mengantuklah  Yan.” Mat tarik comforter sampai hujung rambut.

Heh.

“Betul nak tidur ni? Tak menyesal?”Aku tarik sengih jahat bila Mat buat gerakan mengangguk daripada sebalik selimut tebalnya.

Siap kau Mat.

“Woii!” naik seoktaf suara Mat. Selimut dah tercampak separuh ke lantai.
Aku masih kekal tarik sengih nakal.

“Abang nak tidurkan, meh la babe temankan....” Aku merangkak perlahan-lahan merapati Mat yang tengah tayang muka tak puas hati sambil buat gaya gedik mengoda habisan.

“Meh babe peluk abang ketat-ketat ye, sejuk-sejuk ni bestlah tidur peluk abang. Ni sebelum tidur, nak goodnight kiss daripada babe tak ni?”Aku ganti sengih nakal dengan senyum gatal menggoda. Siap muncungkan mulut lagi, konon siap sedia nak ‘hadiah’ killing kiss kat Mat. HAHAHA!

“Gila kau Yan! ” Gelabah kanggaro Mat terjun daripada katil, menjauhi aku.

“Isy, abang ni...nak main play hard to get lah pulak ye? Nakal tau...tapi babe suka! AAAAuuuummmm!!”Aku baring mengiring dengan sebelah tangan menongkat kepala dengan kaki yang di silang ala-ala model frontpage majalah Playboy. Hujung shortpant yang aku pakai, sengaja aku tarik ke atas sedikit, konon nak kasi efek seksi yang seksa la. Siap buat gaya ngauman harimau malaya lagi. Keeelaaaass punya gaya menggoda aku tunjuk kat Mat yang dah pucat bukan main mukanya.

Sumpah kelakar!

“Hang ni lapar dah tahap kebulur ke apa Yan?” Mat berdiri jauh-jauh daripada aku yang masih pasang sengih nakal.

Tahupun kau takut. Aku bangkit daripada pembaringan bila Mat dah macam nak buka pintu bilik dan lari keluar.

“Abang, meh lah...nak ke mana pulak tu?” Saja aku leretkan suara bukan main manja lagi. Siap kenyit mata pakej dengan flying kiss lagi kat Mat yang tengah buat muka cuak sambil sebelah tangan dah standby kat tombol pintu keluar bilik.

Takut sangatlah tu. Sengihan aku makin melebar.

“Okay. Aku give up la. Kau nak instant mee kan? Jom!” Mat dah angkat dua tangan tinggi ke udara.

Victory is mine, babe. Oh yeahh.

“Lapar. Lapar. Lapar.” Aku jawab dengan nada dan gaya yang dah kembali normal. Senyum masih lebar di bibirku. Cuma kali ni senyuman ikhlas, bukan gatal  macam tadi.

“Isy, apa teruk sangat perangai hang bila lapaq ni Yan? Macam ni, aku kena selalu pastikan hang tak lapaq la...kalau tak, naya je aku ternoda dek perangai gila hang ni..” Mat masih membebel yang entah apa-apa sambil kaki menuruni tangga ke dapur mini di bangunan International House ini.

Aku tarik senyum lagi sambil mengekori langkah Mat di belakang.

Lama dah tak buat perangai gila ni kalau lapar. Dulu dengan Taqi, memang selalu dah buat macam ni. Sebab tu Taqi selalu je pasrah bawa aku carik makanan tengah malam buta sebab tak sanggup nak menghadapi perangai ‘mengoda’ aku tadi. HAHA.

*****
“Kau tak makan sekali Mat?” laju aku menyoal bila Mat hanya duduk pandang aku sebaik saja dia letak cup instant mee di depan aku.

“Aku on diet. Tak boleh makan malam-malam ni. Hilang segala keseksian aku depan wife aku nanti,”Mat duduk santai depan aku.

Dah hilang takut mamat sorang ni, sampai berani kasi alasan lawak konon tengah on diet bagai dengan aku.

Aku capai garfu plastik  yang masih berbungkus rapi di dalam plastik khas.
“Suka hati kaulah,” Aku baca bismillah dengan doa makan, terus je instant mee tu ngap masuk mulut.

Aku ralit makan tanpa pedulikan Mat yang tengah pandang aku sambil bertongkat dagu.

“Sedap sangat ka instant mee tu yang hang dok ralit makan tak pandang kiri kanan dah ni?” Mat senyum senget sambil masih bertongkat dagu memandang aku.

Time lapaq ni Mat, kau pun boleh jadi ‘sedap’...” Aku balas senyuman herot Mat. Saja kasi gempak sikit ayat terakhir tadi. Hahaha.

“Gila kau.”senada suara Mat tapi lengkap dengan tamparan maut yang hampir buat aku mati tersedak intant mee kari yang tengah penuh dalam mulut.

Menggelupur aku capai gelas tinggi berisi air putih di depan Mat. Dah tak peduli dah air siapa yang aku rembat, janji rasa pedih di tekak dan dalam rongga hidung aku ni dapat di legakan.

“Ada gak yang kena smack down memalam ni kang,” bersusah payah aku bersuara sambil masih terbatuk-batuk kecil.

Jelingan tajam aku sua pada Mat yang tengah gelak sakan sambil tak sudah menggosok belakang badan aku. Konon  nak legakan ke-ter-sedak-kan akulah tu. Cis.

“Sorrylah, tanpa niat dude...”Mat sengih bak kambing tak cukup gigi. Hish, kecik-besar-kecik-besar je aku tengok si Abdul Rahmat ni.

Bunyi notifikasi daripada Galaxy Note di atas kaunter island kitchen menarik perhatian aku.

Paparan account Instagram milik Taqi terpampang di pandangan.

Gambar Taqi dan Naie di dalam bookstore. Itu sekadar telahan aku memandangkan latar belakang mereka  dipenuhi rak-rak buku pelbagai genre.
Taqi dan Naie yang berdiri sebelah menyebelah sambil tersenyum lebar menunjukkan buku pilihan mereka.

Memang sedondon habis. Macam sweet couple of the year yang keluar date, snap a sweet picture together...

Nafas aku hela kuat. Rasa perit...rasa pedih semacam je hati ni.

Mata bergerak membaca ayat yang update oleh Taqi di bawah gambar tersebut.

My choice is exactly what she choose...and yeah she’s in pinkish purple, sebab kami bukan main sedondon lagi, siap kena assume sebagai so sweet newly wed couple gitu oleh cashier bertugas. Ahaha, sampai merah padam muka @naie_NailaAqira menafikan pada kakak cashier tu!

Terus je rasa darah dalam badan aku ni  jadi panas semacam.

So sweet newly wed couple?

Galaxy Note aku genggam kuat. Sungguh hati aku tak tenang. Rasa tercabar. Rasa terancam.

Once again. It happens, once again.

Taqi dan Naie.

Been together, even just in that stupid photo but still...

Hati aku berdetik satu rasa yang membuatkan aku ragu.

Dengan jarak yang memisahkan aku dan Naie sekarang ni...

Dengan Taqi yang sememangnya begitu mudah memenangi hati perempuan sebelum ini...

Aku rasa tergugat.

Melihatkan senyuman Naie, hati aku jadi makin sakit. Aku bangkit mengatur langkah menuju ke bilik.

Pergerakkan kasar aku ketika bangun tadi hampir saja membuatkan instant mee yang masih berbaki separuh itu tumpah.

“Hey, nak ke mana pulak dah tu?”

Aku tak menjawab, sebaliknya tetap meneruskan langkah walau suara Mat membebel marah di kaunter island kitchen sayup-sayup kedengaran. Mahu tak marah? Tak pepasal dia kena kemaskan meja gara-gara aku. Sorry-lah Mat.

Taapp.

Pintu bilik aku rapatkan dan aku kunci sekaligus. Langkah aku bawa ke katil.
Bunyi ketukan pintu diselangi dengan suara Mat memanggil namaku aku buat tak endah saja.

Kusut. Fikiran aku tengah kusut, dan aku perlu masa bersendirian untuk muhasabah diri.

Skrin Galaxy Note, aku sentuh perlahan. Gambar tadi terpapar kembali diruangan mata.

Aku kah yang terlalu mengikut kata hati? Cemburu tak bertempat?
Atau sememangnya hati aku tak tersalah tafsir bahawa antara kedua mereka ini ada sesuatu yang aku tak tahu?

Melihatkan riak gembira keduanya, aku pasti tentang satu perkara. Senyuman Naie nampak ‘hidup’ bukannya dibuat-buat. Senyuman manis yang selalu buat aku melayang tak jejak tanah. Tapi kini, senyuman itu bukan lagi untuk aku seorang. 

Dan Taqi. Sumpah aku rasa cemburu. Mana tidaknya, aku sendiripun tidak pernah berdiri serapat ini dengan Na’ie apatah lagi bergambar begini.

Tangan naik meraup wajah sendiri. Suara Mat sudah tidak kedengaran di sebalik sana pintu. Mungkin dia sudah beredar ke dalam biliknya.

“Woi, kau pehal?”Wajah Mat tersembul dari pintu silver yang menyambungkan bilik aku dan dia. Alahai, beria kunci pintu bilik, tapi lupa pulak dengan connecting door ni.

Sorry, Mat.”Ucapku ringkas.

That’s it all. Itu je yang mampu aku cakap sekarang ni. And please, I need my own space for calming down. Please leave me alone.” Senada aku berkata sambil bergerak membelakangi Mat.

Mat mengeluh perlahan. “Kalau aku ada salah cakap yang menyinggung hati hang, sorry in advance.”

Giliran aku pula mengeluh perlahan. “No. Bukan salah kau. It was a personal matter, nothing to do with you. Kau kawan yang baik, Mat tapi kali ni...please just leave.”jenuh aku control suara aku yang dah bunyi sebak.

Fine. As you wish, mate.” Aku amati langkah Mat yang makin menjauh sebelum bunyi connecting door dirapatkan.

Aku tarik nafas dalam sambil melurut rambut yang sudah mulai panjang.
Taqi dan Na’ie. Mungkinkah mereka berdua sedang menduga hati aku? Atau mereka ada konspirasi yang aku tak jangka?

Naie, gadis pertama yang berjaya curi hati aku. Naie yang sederhana dalam banyak hal. Litup dari hujung kepala ke hujung kaki tapi bagi aku, dia seksi in her own way, and yeah...akan seksi in limited edition way only for her hubby, kan untung tu? Seorang yang garang, tapi sebenarnya sangat penyayang. Selalu tunjuk perangai kasar dan suka berdikari walhal dia sebenarnya sangat lembut hati dan manja. Naila Aqira...semakin aku mengenali dia, semakin aku rasa tak mampu kehilangan dia.

Nafas aku tarik perlahan, dengan harapan oksigen yang masuk mampu mengurangkan peritnya sakit di hatiku tika ini.

Taqi, sahabat sejati yang aku percaya akan setia sampai mati. Dia ibarat cermin bernyawa untuk aku. Kami banyak persamaan, mempunyai persefahaman yang cukup baik, terkadang bagai ada telepati bak kembar yang berkongsi rahim ibu yang sama.

Atau mungkin faktor ini yang akan mendorong kami menyukai seorang gadis yang sama?

Ian, serius aku cakap, kalau aku tak minta kau sendiri check nombor yang aku key in untuk hantar sms id number top up yang aku tolong kau beli dekat sevenEleven tu...mesti aku yang kenal dulu dengan si pemilik nombor yang aku tersalah sent sms tu kan?’

Si pemilik nombor itu ialah Nor Naila Aqira. Mungkinkah sebenarnya Taqi hanyalah perantara yang dihantar oleh Tuhan untuk menemukan aku dan Naie? Atau mungkinkah aku adalah perantara yang sepatutnya menemukan jodoh antara Taqi dan Naie?

Aku kah watak pengacau yang sebenarnya dalam kisah ni? Atau aku sememangnya hero yang sepatutnya memenangi hati si gadis yang menjadi rebutan di akhir cerita nanti?

Galaxy Note di genggam erat. Skrin pipih itu sudah gelap semula. Nafas aku hela lemah. Entah kenapa hati aku rasa pelik sangat kali ini. Ada sesuatu yang cuba menggerakkan naluri aku supaya melakukan sesuatu jika tidak mahu menyesal dikemudian hari.

Dear Allah...why do love have to be so complicated? Hati merintih pada Yang Maha Esa.

Aku bangkit. Kaki dibawa melangkah ke dalam washroom. Hati yang panas perlu disejukkan dulu. Shower di set pada butang merah. Malam-malam ni kalau tak guna air panas untuk berwuduk, memang cari bala je.

Usai berwuduk, aku terus capai sejadah dan songkok dari almari di sudut bilik. Tak lupa, kain pelekat. Solat hajat dua rakaat aku laksanakan, dengan doa yang panjang memohon agar ditenangkan gelora hati yang sedang menggila dek kerana bisikkan syaitan yang mahu menghancurkan. Juga tidak lupa doa agar dipermudahkan hubungan antara aku dan Naie.

“Ya Allah, Ya Rahman...andai benar ada jodoh antara kami...permudahkanlah. Ya Allah, Ya Raheem, andai cinta ini anugerah daripadaMu...dekatkanlah hati kami, lindungilah cinta kami dengan ijab dan kabul. Ya Allah, Ya Rabbi...bukakanlah hati Naila Aqira untuk Aakif Farhan. Lembutkanlah hati Naila Aqira untuk terima lamaran Aakif Farhan. Permudahkanlah niatku, Ya Allah...”Tanpa sedar, setitis mutiara jernih menuruni kanan aku. Setitis lagi. Dan lagi.

Bersaksikan keheningan malam di kota Brisbane ini, aku serahkan jiwa aku pada Tuhan. Kini niat aku hanya satu. Jika hubungan kami jadi sukar kerana tidak sempurna di sisi agama, hanya ada satu jalan penyelesaiannya.

Nikah.

Baru tadi aku katakan pada Mat aku belum bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan. Tetapi kini...

Aku diam menekur permukaan sejadah.

 Aku kena yakin dengan diri sendiri dulu, barulah aku layak nak yakinkan orang lain tentang niat aku.

Nafas sekali lagi di tarik dalam. Mengumpul kekuatan. Mencari ketenangan. 

Sejadah aku lipat kemas dan letak pada hujung birai katil.

Galaxy Note aku capai.

Aplikasi To do list aku periksa dengan teliti. Mengira hari dan kewarasan akal fikiran mempertimbangkan keputusan yang sedang berlegar-legar di dalam kepala otak ketika ini.

Should be fine. Harapnyalah.

Jari bergerak membuka tab Google search.

www.bne.com.au ditaip laju dalam tab search. Sekelip mata website dengan warna biru aqua terpapar di skrin.

Kotak Departures pada paparan skrin di tekan. Kemudian kotak International di tekan. Sejurus itu senarai panjang terpapar dengan pelbagai logo. Perlahan-lahan aku scroll down page dengan senarai pelbagai logo itu.

‘Mintak-mintak adalah....’Hati jadi makin gusar bila destinasi yang di cari tidak kelihatan. Takkan nak kena ambik Emirates ke Changi? Etihad pun ke Changi, tapi kena delayed. Ish, takkan takde langsung direct flight nak balik ni?

Pages aku scroll dengan agak kasar dek kerana risau dan tak sabar.

Tiba-tiba...

Oh!

“11:30 pm...” hari ni! Last flight ke kiranya ni...

Jam disudut atas skrin Galaxy Note di pandang.

Tak buang masa, terus aku dail deretan nombor di section contact di hujung webpage itu.

Hello,” Suara wanita yang menyambut panggilan aku buat aku berdebar. Bukan kerana apa...tapi dek kerana risaukan hal tiket. Harapnya masih available lah.

“Oh, thanks.” Panggilan aku tamatkan. Senyuman terukir di bibir.  Terus aku bangkit mencari beg di dalam almari. Beberapa helai pakaian aku sumbat ke dalam perut beg. Juga buku kecil berwarna merah.

Galaxy Note di tangan, di genggam erat. Tekad dan nekad.

Nafas di hela perlahan. Nama Alexander Loiuse di cari di dalam contact list. Galaxy Note di tekap ke telinga.

Evening, mate.” Kata bicara dimulakan sebaik suara Alex kedengaran di hujung talian. Bingit dengan dentuman muzik.

“Okay, thanks mate.”Talian ditamatkan selepas Alex bermurah hati  menyatakan persetujuan untuk membantu aku. Syukur. Kalau tidak jenuh juga aku menggelabah nak ke sana malam-malam macam ni.

Aku tukar pakaian ala kadar. Jeans, Tee dan juga jaket kulit kaler dark brown.
Galaxy Note di capai. Contact list sekali lagi aku scroll down. Mencari nama si dia.

I may be a heartless guy when being around thousands women, because my precious heart have been stolen by you long time ago. I would’nt dare to arrest you for your sweet crime, but please just do me a favor. Do take a good care of my heart. It’s fragile.

 Successfully sent to NailaAqira.

Galaxy Note aku sisip masuk ke dalam saku jaket. Mafla yang bergantung di belakang pintu bilik aku capai dan lilit ala kadar di leher. Wallet di sisip ke dalam saku belakang jeans. Beg si galas di bahu.

Nafas di hela lembut.

Bismillah.

Dan, langkah terus diatur ke pintu.

**************

Hi sweet ladies. Thanks singgah baca. Thanks sabar tunggu. Cik writer kata "ST, we should cut off all the 'boringness and all the merepek merapu' plotting and just go straight to our main point of Kontrak Cinta PJJ sebab pembaca dah start annoyed dengan kita punya 'belok-belok' tu semua."

FYI, kami bukan suka2 je buat plot crita boring mcm tu, but yakinlah smua tu bsebab.

utk menaikkan semula mood and yeah of course ranking KCPJJ, so we decided to make some turning point..and yeah, insha Allah the next entry kalian akan mula senyum2 sendiri.

do leave us some feedbacks yeah. suka ke idak ke..kan?
Adios,
Mr SweetTalker





2 comments:

HaNa91 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ahaha.. Yan, Yan. ada gak org yg jadi lagu tu bila lapaq noh?
best! nak lagi!

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nak sambung nye....tolong kami bantu kami