My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

09 March 2014

KONTRAK CINTA PJJ - CHAPTER 11- the unexpected


KC PJJ 11
Aku atur langkah keluar dari balai ketibaan. Automatik juga bibir mengukir senyuman manis sebaik mata aku bertembung dengan mata si dia yang dirindui separuh nyawa. Dalam ribuan manusia yang sedang berlegar-legar di situ...mataku cekap sahaja mengesan kelibat si jantung hati.

“Assalamualaikum, my dearie babe..”Tangan sudah didepa luas sebaik langkah kami kian merapat.
Dia senyum lebar sambil berlari anak ke dalam pelukan aku.

Alhamdulillah.

Kepala dia yang dibaluti kain tudung aku kucup perlahan.

Pelukan aku eratkan. Manusia di sekeliling tidak lagi aku hiraukan sebaik berhadapan dengan dia.
Dia. Dia yang kini bergelar isteri aku.

Isteri.
Indahnya.

Erm. At last. Letih mengharungi tempoh penerbangan dari Brisbane, terasa hilang begitu sahaja sebaik tubuh kami bersatu dalam pelukan hangat di dalam kedinginan ruangan KLIA ini

Senyuman aku makin lebar. Rindu sangat.

“Waalaikumsalam, cheesy boo...”Lembut suara si dia menampar gegendang telinga aku. Lembut dalam getar seakan sebak.

“Hey, kenapa your sweet voice cracking...”Aku leraikan sedikit pelukan kami, memandang ke wajah dia.

Mata bundar itu sedang berkaca-kaca membalas renungan aku.

“Babe, kenapa  ni? Mata masuk habuk ke? Uiihh, takkan KLIA ni berdebu pulak dah?”belum habis aku nak meloyar buruk, terasa lenganku ditampar manja oleh si dia.

“Aiih, apa main  pukul-pukul ni? Tak suka I balik ke? Kalau tak suka tak perlulah nak nangis tengah KLIA ni, tak yahlah sampai nak pukul-pukul segala kan, cakap je terus terang, senang I masuk balik dalam gate departure sana tu..”

Auch. Aku kerut dahi apabila lenganku jadi mangsa cubitannya pula. Ohh, sudahlah aku hanya memakai tee berlengan pendek. Naya betul cik puan seorang ni. Makin garang. Tapi dalam Skype bukan main manja menggoda lagi. Tak lena tidur aku dibuatnya.

“Orang rindu dia setengah mati, boleh pulak dia buat ayat touching macam tu. Benci tau,”omel si dia dengan muka cemberut tanda protes walhal tangan dah bergerak melingkari pinggang aku, merapatkan tubuh kami di dalam pelukan semula.

Ececeh. Cik puanku tersayang ni...kejap garang, kejap manja...buat badan aku sekejap sejuk sekejap hangat berbahang. Ahaha.

“Ololo...ada bukti ke dia rindukan kita ni?”Aku berbisik perlahan ke telinga si dia. Senyum nakal aku pasang di bibir, sengaja nak duga reaksi dia.

“Kut ye pun nak buat drama suami isteri romantik, tak perlulah kut kat tengah KLIA ni.”suara garau yang menegur dari belakang aku, membuatkan pelukan erat kami terlerai serta merta.

Abang Ehad berdiri tegak dibelakang kami. Mak pun senyum-senyum je sambil geleng kepala.

“Mak pun ada? Ingatkan cik puan adik ni je yang datang tadi...”Aku salam dan peluk mak yang tetap anggun lagi ayu walau usia makin meningkat.

“Yelah mak, orang kalau dah angau melayang-layang dekat isteri...macam tulah...jejak je Tanah Melayu, isteri dia je yang dia nampak...”Sempat pulak encik peguam ni ‘libas’ aku dengan ayat tajam bak belati dia tu.

“Alaa, kau ni bang, makin sensitif je sejak naik 29 tahun ni. Jeleslah tu,”Aku salam dan tarik tubuh tegap Aiman Ferhad ke dalam pelukan.  Tahun ni 29, tahun depan nak masuk 3 series dah, tapi awek satu pun tak berkekalan ke pentas pelamin. Itu yang hati dia bukan main sensetif lagi sampai kalah mood turun naik ibu-ibu mengandung. Hehe.

“Tak kuasa aku nak jeles dengan kau, budak.”Abang Ehad jeling penuh angkuh yang dibuat-buat. Sumpah annoying gilak dia punya face expression. Rasa nak lenyek guna koc monorel je muka abang aku nan seorang ni. Isy, isy!

“Eleh, budak ni jugak yang jadi suami orang dulu tau. Kau ada?”Aku tiba-tiba rasa tak mahu mengalah. HAHA. Jahat gila ayat. Macam riak pun ada.

Astagfirullah...

Terasa perut aku di cuit lembut oleh si dia. Eleh. Ni tak lain tak bukan nak protes dengan apa yang aku cakap dekat Abang Ehad lah tu.

“Ah. Kau, balik dengan teksi jelah. Jom mak, kita pergi shopping. Biarlah suami orang tu balik sendiri. Pandai-pandailah dia. Dia kan suami orang...”

Aku gelak besar. Mak pun siap tahan senyum lagi dengan perangai si Aiman Ferhad yang amatlah childish.

Ceh,kononnya sekarang ni dah jadi peguam yang berkaliber katanya. Ni apa cakap sikit, bukan main dahsyat lagi touchingnya.

“Bang, aku rindu nak tidur peluk kau lah,” Aku kenyit mata pada cik puan aku yang sedang tahan senyum disebelah.

Lengan Abang Ehad aku tarik perlahan.

“Kau kena jet-legged ke apa ni? Merepek yang bukan-bukan je? Memang mintak kena luku kepala ke?”Tak tunggu lama, terus je Abang Ehad luku kepala aku tengah-tengah KLIA ni.

“Bang, sakitlah. Kut ye tak suka aku balik pun, tak perlulah nak luku aku tengah KLIA ni kan?”Aku cuba menepis tangannya yang bukan main laju lagi nak meluku kepala aku buat kali kedua.

“Ila tahu, kadang-kadang abang naik confuse, adik abang  yang seorang ni namanya Aakif Farhan ke Aakifah Farhanah? Muka konon macho-lah katanya, tapi perangai bukan main girly geli geleman lagi.”Dan Abang Ehad terus bantai ketawa. Yang buat aku tak puas hati, cik puanku yang tercinta itu pun ikut join ketawa jugak.

Spontan aku tayang muka moyok pada si dia di sisi. Juga muka tak puas hati pada Abang Ehad ter-chen-ta.

Cis. Nasib kau satu-satunya abang yang aku ada.

“Sudah-sudahlah tu. Nak bergusti berguling ke, tunggu dah sampai rumah nanti ye. Ni tengah khalayak, jangan mengada nak buat perangai tak senonoh korang berdua tu. Karang naya ye mak tarik telinga dua-duanya pergi ke kereta...”Mak dah bercekak pinggang melihatkan kedua orang anak lelaki dia ni dah keluar aura nak bergusti berguling-guling atas lantai KLIA.

“Ni, adik...luggage dah ambil belum?”Mak sudah berwajah serius.

Aku geleng dengan senyuman.

“Lah? Tak ambil lagi ke?”Mak dah berkerut kening. Hehe. Aura-aura nak marah ada ni.

Aku geleng lagi.

“Adik balik ni lenggang kangkung je. Bawa badan dengan bagpack ni je pun,” aku pusing ke belakang, menunjukkan beg galas yang aku bawa.

“Untung kau bawa badan balik...”Suara Abang Ehad bukan main lagi....sarkastiknya.

“Habis kalau tak bawa badan macammana ceritanya? Kesianlah kat cik puan aku ni, rindu nak tidur peluk aku sampai pagi, abang oii...Auch!”aku kerut kening memandang si dia di sebelah yang tengah tayang mata bulat pada aku.

Ops. Hehe. Ayat overdose sangat ye Yang?

“Dah-dahlah tu, Aakif Farhan...Aiman Ferhad. Ila, jom...makin dilayan dua beradik ni, makin bukan-bukan perangainya. Susah-susah sangat, kita tinggal je dua-dua kat sini. Pandai-pandailah diorang nak balik macammana kan?”

“Amboi, mak. Sejak ada menantu ni, bukan main eksen dia...dik. Wife kau ni pun, pakatan bersatu dia. Ada wife kau, kat rumah tu...aku asyik kalah je. Mana taknya, dua lawan satu. Jadi suara majoriti menanglah kan. Ni kau dah balik ni...bolehlah masuk geng aku. Bertambah gak lah sokongan kaum adam...”

Aku gelak saja sambil berjalan beriringan ke pintu keluar.

“Oh no. Aku masuk geng kau dapat apa? Baik aku jadi penyokong tegar mak. Untung-untung mak masakkan aku makanan sedap, wife aku saaaaaaayyyyaaaaaaaannng aku lebih ke kan. Bahagia hidup aku. Ahahahaha,”aku gelak jahat.

“Ceh. Lalang. Elok di cabut kasi lembu makan je.”Abang Ehad tekan controller alarm  kereta.

“Hello, zaman ni...lembu masih makan lalang ke bang? Sakit perut pulak karang lembu tu.”Aku gelak lepas tengok muka tak puas hati Abang Ehad.

Abang Ehad sudah masuk menghidupkan enjin kereta. Mak pula dah ambil tempat di sebelah Abang Ehad.

“Hey,”Sempat aku sauk lengan kecil cik puan aku yang menonong je nak masuk ke dalam kereta.

“Ye?” dengan muka tak bersalah dia bertanya.

Aku sengih nakal. Dan gatal.

Where’s my welcoming kiss, my dear wifey?”Perlahan aku bisikkan kepada dia.

“Perlu ke?”si dia masih dengan muka tak bersalah.

“You rasa?”Aku main tarik tali. Ingat dia je boleh?

Aku tarik dia rapat ke tubuh aku. Bibir masih dengan senyuman nakal.

“Oh. Ya. Mungkin perlulah kan. Tapi too bad sebab I rasa I dah tertinggalkan so-that-your-welcoming-kiss-or-what-so-ever tu kat rumahlah. Sampai rumah nanti I cari boleh? Rasanya I simpan dalam drawer meja solek kut ?”Si dia jawab sambil kelip-kelip mata.

Amboi. Amboi. Amboi. Buat muka comel pula dia.

Aku tarik nafas dalam. Nakalnya cik puan saya ni. Rasa nak gigit mulut kecil yang bukan main petah lagi berloyar buruk ni.

Senyum masih kekal dibibir.

“Tertinggal kat rumah ye? O-kay. Kat rumah nanti...you tahulah apa I nak denda you sebab careless sampai berani tinggalkan my favaurite pressie tu merata.”tanpa sedar, tangan aku dah naik mengusap pipi gebu si cik puan. Bila dekat dengan si dia ni, selalu je anggota tubuh aku bertindak secara spontan. Dulu mampu pandang je, sekarang dah halal nak buat apapun...dah tak ada rasa was-was.

“Sebab I tahu that was your favaurite pressie-lah I tinggal kat rumah. You tu, bukan boleh percaya sangat, dapat ‘ecstasy’ dia tu ...” ayat dibiarkan tergantung sambil dia kasi pandangan garang pada aku. Mata bukan main garang lagi, tapi jari dari tadi duk usap-usap manja lengan aku ni apa cerita? Garang yang menggoda. Erm. I like. I love it, so damn much babe. Hehe.

Herm. But...

Ecstasy ye?

Hooo-la-la-la. Nasib baik otak aku masih belum melayang tinggi mencecah kayangan. Masih sedar kaki masih memijak tanah KLIA, bukannya rumah mak ayah kat Bangsar sana tu. Sabar, Aakif Farhan sabar...

Akal memujuk supaya sabar, namun hati...

“Babe...”Oh man. Suara dah terputus-putus je rasanya. Dup dap dup dap berdebar bukan main lagi.

“Erm?” cik puan  tersayang menggumam perlahan sambil buat pandangan bertanya pada aku.

Pandangan kami bersatu buat beberapa saat sambil dia masih mengerlus manja lengan aku yang sedang memeluk rapat pinggang dia.

Aku tenung dalam-dalam mata bundar si dia yang sungguhlah adorable lagi-lagi bila di tenung close up macam sekarang ni.

“Sayang....”Suara dia kedengaran perlahan benar.

“Erm?”aku pula yang menggumam. Mata masih merenung dalam wajah si dia, namun fikiran dah jauh melayang memikirkan hal lain...

“....kita kat parking lot KLIA ni. Hold back yourself deary hubby...” Lembut suara si dia mengingatkan membuatkan aku tersedar.

Ish. Tak boleh jadi ni. Makin dahsyat je bentuk godaan puan isteri ni.

“Ahaha. Okay..let say I...”

“Korang, kalau nak negotiate apa so-that-you-call-pressie-what-so-ever tu,  nak ber-babe-ber-sayang...kat bilik korang nanti boleh? Sekarang silalah masuk kereta dulu, kita balik rumah ye. Nak ber-‘ecstasy’ ke...nak ber-‘ice baby’ ke...kat rumah ye. ”Entah sejak bila cermin di tempat duduk pemandu diturunkan oleh Abang Ehad.

Cis. Curik dengar conversation suami isteri PJJ adalah sangat tidak sopan ye. Brader aku nan seorang ni, hari ni je dah dua kali dia ‘potong’ bila orang tengah dalam mood manja-manja romantik. Hisy.

Kami diam saja sepanjang perjalanan. Suasana yang hening. Terasa tenang je hati aku ni. Mana taknya, si jantung hati kini sedang duduk rapat di dalam pelukan aku.

Dia menolak pada mulanya, segan dengan mak dan Abang Ehad yang bukan main kepochi lagi. Tapi, akhirnya dia mengalah selepas aku tetap berdegil mengunci dia di dalam pelukan. Taat pada permintaan suami ialah kewajiban seorang isteri selagi ianya tidak bercanggah dengan perintah agama serta selagi tidak mendatangkan mudarat pada diri dan orang sekeliling.

Sekali lagi dahi si dia aku kucup perlahan, meluahkan betapa aku sayang dan rindu pada si dia.
Sayang seribu kali sayang, dia yang dulu aku kejar kini berada di dalam pelukan aku. Menjadi penyejuk hati, pendamai jiwa...juga sebagai pelengkap hidup aku.

Bibir aku turun lagi mencari dahi si dia yang sedang bersandar di dada aku.

Ya Tuhan, izinkan kasih sayang kami berpanjangan hingga ke Jannah-Mu....

Naila Aqira, jadilah bidadari yang setia menemaniku hingga ke...

“Assalamualaikum,”bahuku terasa disentuh sesuatu.

Aku memisat mata. Naila Aqira yang tadinya erat di dalam pelukan aku lesap entah ke mana. Aku gosok mata yang rasa berpinar dek kerana cahaya terang yang tiba-tiba memancar menerangi ruangan tersebut.

Susuk tubuh seorang lelaki berbaju putih dan berseluar hitam terpapar di pandangan. Terus sahaja aku bingkas duduk. Ruangan sekitar aku perhatikan. Cuba mengingati perkara yang berlaku.

Susuk tubuh lelaki tadi aku cari semula.

“You okay?” soal lelaki itu tadi. Melihatkan baju yang tersarung ditubuhnya, dapat aku duga siapa lelaki tegap ini.

“Okay,” perlahan aku menjawab.

“Saya dengar you macam mumbling something yang sukar difahami, so I thought that you were in trouble or pain or something...so then, I woke you up. Kalau you okay je, I’m sorry in advance sebab kacau you tidur...”Melihatkan gaya lelaki ini, aku agak, dia baru sahaja selesai solat, takpun baru lepas berwudu’. Mana tidaknya, muka dan bahagian hadapan rambutnya sedikit basah.

“Naa. Its okay. Thanks for your concern.”Aku raup muka beberapa kali. Keliru dengan apa yang telah dan sedang aku hadapi.

“Sorry bertanya, tapi why do you sleep in here? Ada tengah tunggu flight ke?”Soal si pilot peramah itu lagi.

“Oh no. Saya baru touch down...”aku belek jam tangan di lengan kiri. Oh, dah nak pukul 6 pagi. Baru apanya ni?

“Saya touch down early at this morning. Letih sangat, jadi ingat nak solat dulu before balik rumah family, tak tahu sampai tertidur pulak...”...sampai mimpi yang bukan-bukan lagi. Naya. Naya!

Sejadah yang aku guna untuk solat beberapa jam sebelumnya, tetapi tak semena-mena jadi alas tidur aku, aku lipat kemas.

“Oh ye ke...” Pilot tadi membetulkan kemeja putih dengan 3 bar emas di kedua belah bahunya.

“Flight dari mana?” soal pilot dengan tag nama Razman itu.

Aku senyum segaris sambil memisat mata.

“Brisbane.”jawabku sepatah.

Razman memandang aku atas bawah.

“Study?” soalnya kemudian.

Aku angguk sekali.

Dia tersenyum.

“Selamat bercuti, I’ve got to go now. Have a nice day a head, young man.”Razman hulur tangan kanannya.

“Thanks, same goes to you too. Wish you a safe journey a head, Mr pilot.”Aku sambut huluran tangannya.

“Insha Allah, may ALLAH ease everything.”Dia meminta diri menuju ke pintu keluar surau meninggalkan aku yang kembali bersendirian dalam bilik solat ini.

Subhanallah.

Mengenangkan mimpi pelik aku tadi...

Aku hela nafas perlahan.

Astagfirullah...ampunkan hamba-Mu ini. Menghalalkan sesuatu yang haram pada ketika ini...walaupun sekadar dalam mimpi...

Astagfirullahh...

Mata dipejam rapat sambil bibir masih beristighfar mengenangkan  keterlanjuran hati dan minda ke arah perkara yang tidak-tidak.

Kehangatan tubuh Naie dalam pelukan aku, terasa benar belaka. Petunjuk tentang sesuatu, atau  hanya mainan syaitan yang mengambil kesempatan dek kerana aku yang terlalu memikirkan hal tersebut?

*****

“Qira?”

“Naila Aqira!”

Aku tersentak. Terkebil-kebil di dalam samar lampu tidur. Bilik sederhana besar itu aku amati perlahan-lahan.

Ini bilik apartmen kolej kediaman.  Bukannya KLIA ataupun di dalam kereta milik ahli  keluarga ...suami aku ?

Suami?

Terus aku duduk tegak 90 darjah di atas katil. Rambut yang berselerak aku kemaskan dengan sanggul ringkas.

Wajah risau Kak Yin menyapa pandangan mata aku.

“Qira okey? Nightmare ke?”Kak Yin gosok bahu aku persis menenangkan.

“Err...”aku tak tahu nak jawab apa.

Nightmare? Mimpi jadi isteri kepada seseorang yang aku tak ingat rupa wajahnya boleh dikatakan sebagai mimpi ngeri ke?

Agak layak kut.

Aku pandang muka risau Kak Yin  yang masih belum surut. Agaknya aku sebut apa saja ye sampai Kak Yin bukan main risau ni? Sampai Kak Yin yang selalunya tidur sakan sehingga begitu sukar dikejutkan ni boleh sampai terjaga daripada tidur lenanya?

“Ya Allah, Qira...takutnya kita. Qira mimpi apa sampai meracau cakap yang bukan-bukan ni?” Kak Yin dah duduk di sebelah aku.

“Saya cakap apa Kak Yin?” aku menyoal teragak-agak. Risau kut ke aku tersebut nama  atau benda yang bukan-bukan.

“Ecstasy-lah...lepas tu Qira ada macam meronta sambil cakap..tak-mau-laa-isy-lepaslah-janganlah...” Kak Yin siap buat gaya dengan intonasi lagi.

Aku jatuh rahang.

Ecstasy?

Tak-mau-laa-isy-lepaslah-janganlah, itu....

Otak dapat mengimbas sedikit perjalanan mimpi tadi.

Di dalam kereta. Tempat duduk belakang. Di bahagian depan, seorang lelaki muda sedang memandu, seorang wanita pertengahan abad duduk di kerusi co-driver. Seorang lelaki dengan susuk tubuh seakan lelaki yang sedang memandu itu..tidak, mungkin sedikit kurus berbanding lelaki bertubuh tegap yang sedang memandu itu.....ya lelaki itu duduk rapat di sebelah aku sambil...

“Astagfirullah...”Aku raup wajah beberapa kali. Ini memang layak dipanggil nightmare. Seram sejuk badan aku apabila deria bau aku terasa masih terkesan dengan haruman pewangi berjenama yang sering di gunakan Aakif Farhan dari tubuh lelaki itu. Sehingga tika ini juga, bauan tersebut seakan masih ada berhampiran aku.

“Kak Yin ada bau benda pelik tak sekarang ni?” Soalku. Pelik sebab baunya jelas terasa di rongga hidung aku. Seperti lelaki misteri itu tadi masih berada di sisi aku.

“Bau glade Qira tu adalah. Kenapa?”Kak Yin menjawab laju.

Aku geleng perlahan. Tak mungkin ini bauan daripada pewangi bilik itu. Bauan ini adalah sejenis bau pewangi lelaki. Bau maskulin yang cool and yet  ada sedikit aroma romantic sensation yang membuatkan jantung berdegup tak tentu hala.

“Qira mimpi kena culik dengan pengedardadah ke apa?”Kak Yin bertanya.

“Aaa?” Dah sudah. Nak jawab jujur ke tipu ni?

“Tapi mana ada orang mimpi kena culik dengan pengedar dadah boleh senyum lebar?”Kak Yin tayang muka curiga pada aku.

“Err?”Ha-ya-ya-ya! Naya ni. Kak Yin dah keluar aura detective conan ni.

“Penjahat tu hensem bak Shah Rukh Khan pujaan Kak Una, Qira tu ke?” Kak Yin sempat pula buat lawak di subuh hari.

“Qira tak dapat ingatlah Qira mimpi apa Kak Yin. Maaf ye...dah ganggu lena akak...”Aku raup muka sendiri entah buat kali yang ke berapa. Sungguh aku tak dapat ingat bentuk wajah si ‘suami’ aku di dalam mimpi tadi. Tapi bauan itu...

Aku tarik nafas.

Tiada.

Bauan aneh itu sudah tiada.

Yang ada hanya bauan Glade seperti yang dikatakan oleh Kak Yin.

“Tak apalah. Awal lagi ni, kalau nak sambung tidur pun okey ni. Kalau subuh nanti kita masih berselimut, Qira tolong kejutkan ye...” Kak Yin senyum comel.

Aku mengangguk setuju. “Insya Allah...”

Aku turun daripada katil. Aku tak mungkin dapat sambung tidur selepas mimpi aneh yang aku alami.

“Qira nak ke mana?” soal Kak Yin apabila menyedari langkah aku menghala ke almari satu pintu milikku.
“Nak mandi,” Ringkas jawapan aku membuatkan dahi Kak Yin berkerut rapat.

“Nak mandi, too early at the morning? Pukul 4:45 pagi kut?” Kak Yin yang tadi dah baring menarik selimut serta merta duduk tegak 90 darjah atas katilnya sambil meneliti skrin handphone Sony Ericson-nya.

“Tak boleh nak sambung tidur semula kak...” Aku senyum segaris sambil bergerak keluar bilik dengan tuala di tangan.

Tuala aku sangkut pada penyandar kerusi di meja makan. Jug water heater aku isi dengan paip. Niat di hati nak campur air panas dalam baldi air  paip biasa untuk mandi nanti. Buat naya je nak mandi air sejuk subuh-subuh macam ni. Dekat apartmen kolej kediaman ni mana nak dapat shower system yang ada heater? Buat secara manual sajalah yang ada pun.

Aku duduk menongkat dagu di meja makan sendirian sementara menanti air dipanaskan.

Fikiran melayang entah ke mana.

Ke KLIA, di mana kisah aneh itu bermula?

Mengenangkan hal itu, serta merta aku memandang  tangan kanan sendiri.

Tangan inilah yang menyambut salam si ‘suami’ itu dan membawa tangan si ‘suami’ ke bibir sebelum si ‘suami’ itu menarik badan aku rapat ke badannya. Memeluk aku dengan begitu erat. Warm and comfortable.

Kemudian, tangan yang sama aku bawa mengusap dahi sendiri pula.

Dahi sama yang telah dikucup berulang kali oleh bibir si ‘suami’. Setiap kali bibir si ‘suami’ singgah ke dahi aku, setiap kali itulah dia menyebut  miss-you-so-much-my-dearie-babe.

Miss you so much.

Dear.

Babe.

Suara yang menyebut perkataan ini semua menjurus pada seorang saja.

Suara itu.

98 % sama.

Nada dan intonasi itu.

98 % sama. Tetapi versi ini lebih lembut di dengar, lebih mengegarkan hati yang selama ini aku keraskan.

Ya Allah...apa rahsia disebalik mimpi aneh ini? Adakah ini jawapan kepada istikharah ku lewat malam tadi?

Ting!

Butang on sudah berganti dengan off. Suis water heater aku matikan.

*****
Usai mendirikan solat sunat, aku mengangkat tangan, bermunajat kepada Illahi.

Panjang luahan hati aku pada Yang Maha Esa, yang di akhiri dengan juraian air mata.

“Ya Tuhan, andai benar dia yang hadir di dalam mimpiku adalah hadiah kurniaan-Mu...dekatkanlah hati kami. Jika dia jauh daripada pandangan mataku,  hadirkanlah dia di depanku. Andai dia ialah seseorang yang tidak pernah ku kenali, bantulah aku mencari dia . Andai dia ialah seseorang yang ku kenali, maka pertemukanlah kami...”

*****
“Ya Tuhan....setiap yang berlaku adalah dengan ketentuan daripada-Mu. Justeru ku mohon, perkenankanlah permintaanku ini. Izinkan kami bersatu di bawah restu dan rahmat-Mu. Lembutkanlah hati Nur Naila Aqira Binti Abd Khalid untukku...moga dia dapat menerima niatku untuk mengangkat dia sebagai isteri merangkap bidadari hatiku supaya rasa cinta dan sayang yang wujud ini berkekalan hingga ke Jannah-Mu...”

Aku raup kedua belah tapak tangan ke wajah.

Nafas di hela perlahan. Sejadah aku lipat dan letakkan di rak khasnya semula.

Bagpack aku capai dan sandang ke bahu sambil mata memandang jam di tangan.

Aku kena cepat.

*****
Aku belek pek roti Massimo. Checking for expired date...

Okay, next...Peel Fresh Apple and Aloe...’Satu persatu pintu peti sejuk di kedai serbaneka itu  aku periksa.

Looking for this...?”Sekotak Peel Fresh terpampang betul-betul di depan muka aku.
Apple and Aloe Vera. Macam yang aku nak, tapi...

Aku kalih muka ke arah kiri, arah datangnya suara yang menyapa tadi.

“Assalamualaikum,”Dia senyum manis dengan muka tak bersalah.

Aku? Haruslah melopong tak percaya.

“Ian?!”Separuh menjerit aku dibuatnya. Beberapa orang pelajar yang berada di dalam kedai serbaneka kafeteria itu menoleh ke arah kami.

Yes, dear. Its me. For real.” Ian tarik pek Massimo yang sedang aku pegang.

Anything else?” soalannya tidak aku jawab. Bukan tak nak jawab, tapi lidah rasa tak berdaya nak berbicara.

Tanpa menunggu lama, dia capai satu botol mineral water,  satu  kotak kecil susu DHL  low fat, satu botol kecil jem strawberi di rak dan terus berlalu ke kaunter. Aku pula, hanya mampu memandang perlakuannya.

“Come,”Dia mengisyaratkan aku ke arah pintu keluar.

“Saya belum ha...”

“I dah bayar semuanya, so  come with me. We need to talk about something.”Ian berwajah tenang, masih dengan senyumannya.

Aku rasa nak membantah seperti selalu, tetapi aneh bila kaki aku terlebih dahulu akur melangkah di sisinya sedangkan mulut aku terkunci rapat.

Langkah kami menuju ke parking lot di hadapan kafeteria kolej kediaman.

Ian berhenti di sebelah sebuah Myvi putih mutiara. Pintu co-driver di bukakan sebelum dia memandang ke arah aku.

“Get in, dear.” Lembut suara Ian, juga senyuman yang tak lekang daripada bibirnya membuatkan tubuh aku bergerak sendiri mengingkari kehendak akal aku. Aku memboloskan diri ke dalam perut Myvi tersebut.

Mata sempat meliar memerhati keadaan Myvi putih ini. Kemas. Ekslusif dengan  tambahan gadget moden yang minimalis.

Kereta siapa ni?

Mata spontan singgah pada wajah Ian yang sedang meletakkan plastik berisi barangan yang di belinya tadi ke tempat duduk belakang sebelum menghidupkan enjin.

Namun belum sempat aku bertanya, mata sudah terpandangkan sekeping kad pelajar yang di gantung pada rear mirror.

Megat Aryan Raiqal Megat Azli. UPM. Faculty of Modern Language.

“You nak bawa I ke mana ni?” Secara tiba-tiba aku di buru resah apabila Ian memandu kereta menuju ke pintu utama uni. keluar daripada kampus.

“You bawa IC?”soalan aku di jawab dengan soalan oleh Ian.  Aku kerut dahi memandang dia yang berwajah tenang meneruskan pemanduan.

Biasa orang simpan IC dalam dompet kan? Dan, dah jelas sekarang ni aku tengah pegang purse panjang aku ni je. Biasa kalau keluar, aku mesti bawa handphone sekali, tapi hari ni aku malas sikit, jadi bawa purse je. Lagipun aku bukannya nak lama-lama pun.

Eh....wait! Handphone?

Ah sudah....susahlah kalau jadi apa-apa nanti...dahlah tak bawa handphone ni. Dengan Ian yang tiba-tiba terpacak depan mata aku...dengan aku yang berani mati pergi ikut Ian entah ke mana...

“You....You nak bawa I ke mana ni?!”Aku jadi makin cuak bila Ian tak sudah- sudah senyum sedari tadi. Macam ada muslihat.

“You ada bawa passport?”Soalan Ian makin menambah kegusaran aku.

Passport?

Kereta berhenti di lampu isyarat.

Skrin gadget hitam berkilat di atas dashboard di aktifkan oleh Ian.

“Berapa KM agaknya distance between KL-Golok ye?” Ian bertanya tanpa rasa bersalah. Sebelah tangan mengetuk stereng, sebelah lagi mengusap dagu.

Aku jatuh rahang. Darah dalam badan terasa kering serta merta. Berpinar-pinar rasa pandangan mata aku ni.

GOLOK?

Sungai Golok, sempadan Malaysia-Thailand itu ke? Ada Golok lain ke selain itu? Mungkin restoran, cafe, or anything?

Aku pandang muka Ian yang masih selamba, siap boleh kenyit-kenyit mata lagi memandang aku.

“Turunkan saya! This is totally insane, Ian! Stop Ian! Stop!!!” Aku kerah tenaga, menjerit sekuat hati.

“Jeritlah selagi mampu. Too bad dear, you’re little too late. I’ve made up my mind. Once I’m decided, nothing can stop me. Not even you....not even anyone.”Ian pandang lurus ke hadapan. Kereta yang dipandunya meluncur laju menyelusuri jalan raya.

“Mohd Aakif Farhan...you buat apa ni...”Otak aku terasa lumpuh nak memikirkan cara untuk menyelamatkan diri. Hanya juraian air mata yang menggambarkan betapa takutnya aku.

“Merealisasikan impian I untuk miliki you.”Ian menjawab tenang sambil tersenyum senget.

Dan, jawapan tenang Ian itu bagai telah membisukan aku. Juraian air mata kian lebat membasahi pipi. Seluruh tubuh menggeletar memikirkan apa yang bakal terjadi.

Ketakukan aku kian memuncak apabila Ian membelok ke kanan, menuju ke plaza tol lebuhraya.



*****

Hi wonderful ladies. Enjoy your reading:)

pesanan penaja: A boy could do an unexpected thing, just for the girl he adore the most.














3 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Cepat Sambung... :)

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nak lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii !
Ian buat ape la ni..

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Best..