My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

19 January 2011

Qaseh Nuralia Imani 1


       Qaseh Nur Alia Imani
Dia dihantar kepadaku  disaat aku semakin hanyut di bawa arus keseronokan duniawi lalu menjadikan aku manusia yang kufur dengan rahmat Allah kerana dunia telah melalaikan aku sang bidadari menghulurkan jemari halusnya untuk memimpinku pulang ke pangkal jalan yang diredhai Yang Maha Pencipta...
Dia begitu baik bahkan terlalu baik buatku sedangkan aku sering menyakiti serta melukai hati sucinya yang teradbi hanya untuk-Nya, rasul-Nya, kitab Nya, serta agama-Nya..Sungguh aku buta..buta dalam menilai yang mana kaca dan permata...Dia bidadariku yang punya jalan hidup penuh duri..Dia telah banyak terluka...Namun dia terus senyum..senyum..dan senyum kepada dunia untuk menyembunyikan kesakitannya...Duhai bidadariku...kau begitu tabah menghadapadi dugaan maha hebat ini..Namun bidadariku..Ingin kukatakan padamu bahawa aku telah kalah...Kalah dalam menafikan bahawa hatiku kini telah menjadi milik mutlakmu...





Bab 1
Seorang lelaki dalam lingkungan pertengahan usia 20-an membelokkan keretanya ke dalam perkarangan banglo 3 tingkat milik seorang usahawan terkenal, Tan Sri Syed Izzuddin al- Iqrami. Setelah memakirkan kereta Lamborghini Murcielago lp640 versace putihnya  kedalam garaj, lelaki tadi melangkah menuju pintu utama banglo tersebut.
Pintu utama itu ditolak pelahan. Perlahan-lahan dia mengatur langkah ke dalam. Setapak demi setapak diatur penuh hati-hati. Ruang disegenap banglo itu gelap gelita.
‘ Fuh! Mesti walid dengan ummi dah tidur ni..’hati kecil lelaki itu berbisik riang.
Dia pantas mengatur langkah menuju ke tangga untuk ke bilik tidurnya. Langkahnya diatur penuh hati-hati agar tidak terlanggar sebarang perabot di ruang itu.
“ ‘Awal’ kamu balik Iskandar?”ucap suatu suara tiba-tiba. Syed Iskandar lantas berpaling kerana dia cam sangat suara yang menegurnya itu. Serentak itu juga seluruh ruang tamu banglo itu menjadi terang benderang. Langkah yang di atur oleh Syed Iskandar turut termati di situ.
‘Mampos aku!!’ jerit Syed Iskandar. Namun sekadar dalam hati sahajalah..
“Walid..ummi..” Syed Iskandar cuba mengukir senyum.
“Jangan nak senyum-senyum lagi, sini duduk!” ucap Tan Sri syed Izzudin.
Syed Iskandar langsung tidak berkutik. Dia tunduk merenung lantai sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
“Sini sayang.. walid nak cakap ni..” ucap  seorang wanita separuh abad yang digelarnya ummi tadi.
“Syed Iskandar Zulkarnain al- Iqrami! ,kamu nak walid cakap dalam bahasa apa baru kamu faham? Arab?” suara Tan Sri Izzudin sudah sedikit meninggi.
Dengan langkah yang malas Syed Iskandar melangkah merapati sofa empuk diruang tamu itu. Dia melabuhkan duduknya dihadapan walid serta umminya.
“Kamu tengok sekarang dah pukul berapa?” soal Tan sri Izzudin sambil menunding jari kearah jam dinding gergasi di suatu sudut ruangan tamu itu.
“3.30” ringkas dan padat jawapan yang diberikan oleh Syed Iskandar.
“3.30 petang ke?”soal Tan sri Izzudin lagi.
“3.30 pagi..” Syed Iskandar menjawab acuh tak acuh.
“Walid ingat kamu dah lupa nak tengok jam malaysia sebab dah lama sangat bertapa kat negeri orang putih tu..” ucap Tan Sri Izzudin separuh menyindir.
Syed Iskandar hanya tunduk merenung lantai. Malas nak bertekak dengan walidnya itu pagi-pagi buta ini. Lagi pula matanya terasa amat pedih saat itu. Mengantuk yang teramat. Kata-kata Tan Sri Syed Izzudin langsung tidak di beri perhatian kerana apa yang ada di fikirannya saat ini hanyalah katil serta tilamnya yang empuk itu..
“Iskandar! Walid tengah bercakap dengan kamu ni..
Boleh pulak dia mengelamun?” Tan Sri Syed Izzudin yang dari tadi hanya memerhati perlakuan anak bujangnya itu akhirnya menegur.
“Ni apa ni?! Ni lagi?!”Tan Sri Syed Izzudin membelek-belek gelang tangan serta rantai silver yang di pakai anak lelakinya itu.
“Ni lagi? Ya Allah Iskandar....apa nak jadi dengan kamu ni? Kamu tau tak semua ni amalan kaum yahudi? Kamu tak rasa malu ke pakai macam ni dengan identiti kamu sebagai ahli keluarga Al-Iqrami yang membawa nama Syed Iskandar Zulkarnain Al-Iqrami?” makin panas hati Tan Sri Syed Izzudin tatkala melihat cincin yang tersarung di jari telunjuk serta ibu jari anak lelakinya itu.
Syed Iskandar buat-buat tak dengar sahaja dengan kata-kata walidnya itu.
“Tanggalkannya sekarang juga atau jangan menyesal kalau walid yang tanggalkannya...sebab bukan sahaja cincin tu yang tanggal..takut-takut dengan tangan-tangan kamu sekali tertanggal dari badan..” selamba sahaja Tan Sri Syed Izzudin mengucapkannya.
Dengan malasnya Syed Iskandar menuruti perintah walidnya itu. Sakit pula hatinya melihatkan perhatian melampau yang diberikan oleh walidnya itu. Tak pernah-pernah walidnya berperangai sebegitu. Sebelum ini, siang malam walidnya itu hanya sibuk dengan bisnessnya sahaja tanpa mengambil berat berkenaan perkara lain. Sehingga dia pernah merasa bahawa dirinya sudah tidak punya ayah lagi.
Masih segar lagi di ingatannya di saat dia di umumkan sebagai penerima anugerah pelajar cemerlang sewaktu menamatkan sekolah menengah dulu. Ketika itu, sahabatnya yang lain duduk di samping ayah dan ibu masing-masing walaupun keputusan mereka tidaklah sebagusnya. Namun mereka tetap diberi penghargaan membukit daripada ibubapa masing-masing sedangkan dia? Hanya dua orang pembantu peribadi walidnya di hantar untuk menemaninya sepanjang majlis itu berlangsung kerana walid serta umminya perlu ke luar negara untuk urusan bisness. Alangkah kecewanya hatinya saat itu....hanya tuhan yang tahu...sehingga kini dia hanya memendam perasaan itu...jauh disudut hatinya...
“Syaitan mana yang bertapa dalam badan kamu ni?” suara Tan Sri Syed Izzudin serta merta membawa Syed Iskandar ke alam realiti semula.
“ Bangun tidur, matahari dah tegak atas kepala..lepas tu terus keluar, awal-awal pagi baru balik. Sehari suntuk enjoy...ke hulu ke hilir usung anak dara orang....kamu tak malu ke ?”
Syed Iskandar hanya membisu seribu bahasa. Bukan kerana dia mengaku salah. Tapi kerana dia ada alasan atas sagala perlakuannya.
“ tu belum lagi solatnya entah kemana..”
“kamu dah besar Iskandar..patut tahu apa yang baik apa yang tidak..”
“Dengan nama Syed Iskandar Zulkarnain Al-Iqrami..kamu buat semua ni..kamu tahu tak orang-orang disekeliling kamu sedang memerhatikan kamu?”soal Tan Sri Syed Izzudin.
“Apa yang akan orang lain cakapkan pasal kamu? Kamu kena ingat kamu tu adalah pewaris empayar perniagaan keluarga ni Iskandar..jagalah sikit reputasi kamu tu.. walid tak nak orang hilang respect pada kita gara-gara perangai buruk kamu tu..” panjang lebar Tan Sri Syed Izzudin membebel.
“Is  cuma nak sedikit kebebasan walid..Is nak rasa keseronokan zaman muda...” balas Syed Iskandar.
Dalam hatinya dia menyimpan hasrat yang satu itu. Sedari kecil dia inginkannya. Namun hingga ke hari ini belum tertunai. Dalam diam dia mengeluh berat.
“Kebebasan? Keseronokan?”
Tan Sri Syed Izzudin merenung tepat kedalam anak mata anaknya itu.
“Sampai lupa diri? Lupa tanggungjawab?”ucap Tan Sri Syed Izzudin setelah mendiamkan diri buat beberapa ketika.
“Walid.. Is masih muda.. masih banyak masa untuk Is...sekarang biarlah Is enjoy puas-puas dulu.. nanti dah masuk 40 tahun Is taubat lah...” jawab Syed Iskandar selamba.
“Astagfirullahalaziimm...Iskandar!!”Tan Sri Syed Izzudin benar-benar terkejut mendengar kata-kata anaknya itu. Jika diikutkan hatinya mahu lebam pipi anaknya yang seorang ini makan penamparnya. Mujur sahaja isterinya sempat menenangkannya.
“ Kita cakap esok lah ya walid...Is ngantuk sangat ni...penat sangat..Is nak mandi, then tidur..good night walid, ummi..” Iskandar sudah berkira-kira untuk beredar.
“ Iskandar, walid nak kamu masuk office esok. Walid tak kira apa pun alasan kamu. Dah tiga minggu kamu balik dari United Kingdom itu...daripada kamu bazirkan masa dengan berfoya-foya, baik kamu tolong walid uruskan syarikat tu..” ucap Tan Sri Syed Izzudin .
“Tapi walid..Is..”
“No compromy! That’s my final decision. By hook or by crook, walid nak tengok muka kamu kat office pagi esok. Faham?!”tingkah Tan Sri Syed Izzudin.
Wajah walidnya dipandang tanpa riak. Lama.
“Whatever.” Malas dia hendak memulakan perbalahan. Dia masak sangat dengan perangai walidnya itu. Andai hitam katanya hitamlah ,takkan jadi putih..
Syed Iskandar mengatur langkah menuju ke tangga.
Tan Sri Syed Izzudin hanya mampu menggeleng-geleng kan kepalanya sambil mengurut dadanya melihat perubahan sikap Syed Iskandar.
“Rina..Iskandar sudah terlalu melampau ni..” luah Tan Sri Syed Izzudin. Terdapat nada kesal  dalam kata-katanya itu.
“Suasana di United Kingdom tu dah mempengaruhi dia bang..enam tahun..,enam tahun dia disana ..”balas Puan Sri Zarina pula.
cinta adalah anugerah.

0 comments: