My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

19 January 2011

Qaseh Nuralia Imani 3



Tan sri Syed Izzudin serta Puan sri Zarina memasuki pejabat urusan rumah perlindungan warga emas Tautan Kasih. Seorang wanita lingkungan usia akhir 50-an menyambut kedatangan mereka dengan sebuah senyuman dibibirnya.
“Assalamualaikum..”Tan sri Syed Izzudin turut mengukir senyuman.
“Kak Idah apa khabar?”                        
“Sihat..?”Puan sri Zarina memeluk kakak sepupu suaminya itu.
“Alhamdulillah la Ina..macam ni la..usia dah lanjut macam ni..kira bersyukur la dapat berjalan macam ni..” wanita itu tersenyum lagi.
“Eh duduk la dulu..”wanita itu menuju ke ruang rehat di sudut kiri pejabat itu. Bersebelahan dengan pintu masuk.
“Kenapa tak bagi tau akak awal-awal nak datang..”soal wanita itu.
“Kami kebetulan lalu depan tu..ni yang singgah sekejap tu ..dah lama tak jumpa penghuni-penghuni kat sini..”luah Tan Sri Syed Izzudin.
Puan Faridah hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala tanda mengerti. Dia sudah masak dengan perangai adik sepupunya yang seorang ini. Walaupun dia kini sudah bergelar Tan Sri serta memiliki empayar perniagaan yang terkenal namun sikap merendah diri dan ramah mesranya amat disenangi semua. Itulah juga penghuni-penghuni rumah perlindungan itu amat rapat dengan mereka suami isteri. Sudah macam kawan pula.


                                   

Hampir dua jam bersama dengan warga tua disitu, Tan sri Syed Izzuddin terpaksa meminta diri untuk beransur pulang kerana masih ada tugas di pejabat yang perlu disudahkannya.
Puan Faridah mengiringi adik sepupunya serta isterinya sehingga ke kereta. Namun sebaik melalui sebuah lorong pejalan kaki di tengah-tengah taman, tumpuan Tan Sri Syed Izzudin terhala pada satu susuk tubuh yang sedang asyik melayan seorang penghuni rumah itu.
“kenapa bang?”Puan sri Zarina aneh apabila langkah suaminya tiba-tiba mati dipertengahan jalan.
“Tu..” balas Tan Sri Syed Izzudin sepatah sambil memuncungkan mulutnya ke suatu arah.
Puan Sri Zarina mencari benda yang dimaksudkan oleh suaminya  itu. Seketika kemudian wanita itu mengerutkan dahinya.
“ Itu sukarelawan baru..” Puan Faridah menjelaskan tanpa dipinta.
Tan Sri Syed Izzuddin dan Puan sri zarina hanya sekadar mengangguk tanda mengerti.
“Kamu sendiri pun tahu kan Din macam mana perangai Pak Dollah tu, senyap saja. Tak berapa nak mesra dengan penghuni-penghuni lain kat sini. Tapi sejak budak perempuan tu datang,kak Idah nampak Pak Dollah tu dah macam ada perkembangan yg positif.”
“ Budak tu pun rajin ajak dia bersembang.” Ujar Puan Faridah sambil memandang kearah gadis berjubah hitam dan berselendang sedondon yang sedang duduk di gazebo kayu ditengah taman bersama-sama beberapa warga tua rumah tautan kasih itu.
“Mahu pulak Pak Dollah bercakap dengan dia ya kak?” soal Puan sri Zarina agak musykil dengan situasi.
“ Akak pun tak pasti Rina. Tapi mulanya dulu akak agak ragu-ragu nak terima dia sebagai sukarelawan kat sini. Yalah kan, budak tu masih muda sangat lagi..baru nak masuk 24 tahun. Takutnya dia tak tahan je dengan karenah warga emas ni. Tapi dia merayu kat akak nak bantu jaga orang-orang tua kat sini sebab dia dah tak punya sesiapa kat dunia ni lagi..keluarga dia dah tiada. Dia rindukan ibubapanya, datuknya..tu yang dia nak jadi sukarelawan tu.”
“Rina bukan apa Kak, kalau tak salah lah Pak Dollah tu jadi muram sebaik saja dia di hantar kesini selepas anak-anaknya memperdayakannya untuk menyerahkan semua harta miliknya kepada mereka. Tapi baguslah kalau dia dah boleh tersenyum macam tu. Syukur alhamdulillah..” Puan sri zarina tersenyum lega.
Sekurang-kurangnya, usaha suaminya untuk membela nasib serta mengembalikan sinar dalam hidup warga-warga emas itu mendatangkan kesan yang baik.
“Siapa nama sukarelawan baru tu Kak Idah?”soal Tan sri Syed Izzuddin tiba-tiba setelah hanya berdiam diri memerhatikan gelagat warga-warga emas itu bersama dengan gadis berjubah hitam itu.
“ Nur..Nur Alia Imani..” balas Puan Faridah.
“Satu lagi yang saya hampir terlupa, Nur juga ada menjalankan kelas fardhu ain untuk warga emas disini. Kira macam perkukuhkan lagi ilmu-ilmu agama penghuni rumah ni lah.” Puan faridah mengukir senyum.
            “oh, bagus lah tu kak..” balas Puan sri zarina.


Kerata Mercedez benz hitam metalik milik Tan sri Syed Izzudin itu meluncur laju meredah lebuhraya. Suasana di dalam kereta itu sepi tanpa bicara sebelum Tan sri Syed Izzudin tiba-tiba menyentuh perihal sukarelawan baru di Rumah Tautan Kasih tadi.
            “Apa pendapat Rina tentang Nur?” Tan sri Syed Izzudin menoleh ke arah wajah isterinya disebelah.
            “ Kenapa tiba-tiba tanya ni? Berkenan nak tambah ‘cawangan’ baru ke?” Puan sri Zarina menghalakan sebuah jelingan usikan kepada suaminya.
            “ Isy! Ke situ pula dia.” Muka Tan sri Syed Izzudiin sudah berubah riak. Tidak senang dengan kat-kata isterinya yang seakan meragui kesetiaan dan kasih sayangnya selama ini.
            “Habis tu?” soal Puan sri Zarina tenang sebaik menyedari perubahan riak muka suaminya itu. Marahkah?
            Tan sri Syed Izzudin menoleh kewajah isterinya disebelah. Lama dia berdiam diri begitu. Puan sri Zarina pula masih setia menunggu butir bicara lanjut darinya. Tan sri Syed Izzudin menarik senyum segaris. Wajahnya sudah dikalih menghadap kehadapan semula.
            “Abang berkenan sangat dengan budak tu....” perlahan Tan sri Syed Izzudin bertutur.
Tidak semena-mena terasa lengannya perit. Kena ketam! Serta merta dia menoleh kesebelah. Wajah isterinya sudah kelat. Keruh mengalahkan sungai kelang. Hati kecil Tan sri Syed Izzudin tertawa sendiri mengenangkan telatah isterinya.
            “Abang jangan main-main..” Puan sri Zarina mengugut.
            “Bila pula abang main-main..?” Tan sri Syed Izzudin masih mahu menduga.
            “Rina tak rela dimadukan. Kalau abang berkenan sangat dengan budak tu,Ina nak abang lepaskan ina” muncung Puan sri Zarina sudah sedepa. Merajuk. Mengalahkan kanak-kanak pula!
            Tawa Tan sri Syed Izzudin pecah tiba-tiba melihatkan reaksi spontan isterinya itu. Pemandunya dihadapan sudah mengerutkan dahi. Aneh dengan perangai majikannya.
            “Rina..abang ni dah tua. Nak madukan Rina apa pula..” ucap tansri izzudin tenang. Dilihatnya isterinya hanya berdiam diri.
            “Tadi kata berkenan sangat dengan budak tu kenapa?”pintas Puan sri Zarina tiba-tiba. Remuk hatinya.
            Tawa Tan sri Syed Izzudin meletus lagi. Berkerut dahi Puan sri Zarina mengenangkannya.
“ya allah Rina...maksud abang tadi, abang berkenan sangat nak buat menantu..bukan madu..” jelas Tan sri Syed Izzudin. Senyum masih meniti dibibirnya.
            “Menantu?” wajah tan sri Syed Izzudin ditenung lama. Kelihatan suaminya mengangguk perlahan.
            “Untuk siapa?” bagai orang bodoh Puan sri Zarina bertanya. Terkejut benar dengan permintaan suaminya itu.
            “ Untuk siapa lagi..anak bujang awak yang sorang tu la..”
            “Iskandar bang?” puan sri zarina melopong. Tak percaya.
            “Berapa ramai anak bujang kita Puan sri Zarina...?”
            “Abang rasa dia perlukan seseorang untuk membimbing dan memimpin dia kembali ke pangkal jalan..dia sudah menyimpang jauh ina. Dah puas kita tegur..kita nasihat..kita tegah. Tapi begitu jugalah perangai dia. Tak macam nak berubah langsung..”pandangannya dihalakan tepat kewajah isteri kesayangannya itu.
            “Mungkin dengan kehadiran seorang isteri..hati dia akan jadi lembut untuk berubah, siapa tahukan?” luah tansi izzudin.
            “Dan Nur adalah calon yang amat sesuai.”
            “Tapi bang..Is tu bukan senang-senang saja akan mengikut kehendak kita. Abang sendiri tahukan perangai dia bagaimana..?”
            “Lagipun..dia sayang benar dengan budak Bella tu..masakan dia mahu meninggalkan Bella demi Nur bang?” Puan sri Zarina meluahkan.
            Tan sri Syed Izzudin sekadar menarik segaris senyuman. Penuh makna.
            “Tahu lah abang macam mana nak buat nanti..” didalam otaknya sudah tercipta sebuah rancangan.
            “Apa yang penting abang tak izinkan budak perempuan tu masuk keluarga kita. “ Ujar Tan sri Syed Izzudin tegas. Benci benar dia dengan kekasih Iskandar Zulkarnain itu.


cinta kadanglaka menyakitkan.


0 comments: