My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

20 February 2011

Qaseh Nuralia Imani 16



Bab 16

          Nuralia melangkah ke ruang dapur. Dilihatnya sarapan yang telah disediakannya diatas meja makan masih tidak berusik. Jam besar didinding dikerling sesaat. Lagi 15 minit menghampiri jam 9 pagi.

          “Sarapan di office agaknya..” bisik Nuralia perlahan. Cuba menyedapkan hatinya. Risau juga bila mengenangkan kelakuan dingin Syed Iskandar semalam.

          Nuralia menyambung kerja mengemas meja makan. Semua kain baju sudah selesai dibasuh dan dijemur. Kini tinggal mengemaskan rumah sahaja lagi.

          Telefon rumah berdering nyaring minta diangkat. Nuralia mencapai ganggang lalu dibawa ketelinganya.

          “Hello Assalamualaikum..” suara lelaki dihujung talian kedengaran tergesa-gesa.

          “Wa’alaikum salam warahmatullah..”jawab Nuralia tenang.
          “Ini rumah Encik Syed Iskandar Zulkarnain Al-Iqrami kan?” soal suara itu

          “Ya. betullah tu. Err.. ada apa boleh saya bantu?”ucap Nuralia.
          “Er, maaf. Siapa yang bercakap ni ya?” soal lelaki itu lagi. Penuh sopan.

          “Saya, Nuralia.”balas Nur ringkas.

          “Oh. Puan..maaf.. Encik Iskandar masih dirumah atau dah ke office?” soal suara dihujung talian bertanya lagi.

          Nuralia bergerak membawa ganggang telefon tanpa wayar itu ke ruang tamu. Dia melangkah ke balkoni. Kereta putih milik suaminya masih damai ditempatnya.

          “Boleh saya tahu siapa yang bercakap ni?”soal Nuralia.
          “Maaf, lupa perkenalkan diri. Saya Naudir. Pembantu peribadi Encik Iskandar.”

          “Encik Naudir, sebenarnya,,er…”Nuralia mati kutu. Nak cakap apa ni??
          “Dia masih dirumah..” balas Nuralia.
          “Masih kat rumah? Err..” Suara dihujung talian kedengaran teragak-agak untuk meneruskan bicaranya.

          “Ada apa-apa yang boleh saya tolong ke?” soal Nuralia.

          “Err, begini puan. Sebenarnya, hari ni Encik Iskandar perlu jumpa klien penting dari Jepun. Boleh tak puan tolong sampaikan kat Encik Iskandar. Sebagai peringatan..takut-takut encik Iskandar terlepas pandang.” Pinta suara dihujung talian.

          “Okay. Nanti saya sampaikan pada dia.” Ucap Nuralia.

          “Okay, baiklah. Terima kasih puan. Assalamualaikum..” talian diputuskan setelah Nuralia menjawab salam.




          Deras langkahnya diatur ke bilik Syed Iskandar ditingkat atas. Pelik rasa hatinya mengenangkan apa yang berlaku. Syed Iskandar yang  disangkakannnya sudah bergerak ke pejabatnya masih berada di rumah?

          Langkahnya dimatikan dihadapan bilik utama milik Syed Iskandar. Hatinya serba salah. Pertama kali dia menjejakkan kaki ke ruang atas rumah itu. Selama ini, Syed Iskandar hanya membenarkan Kak Imah sahaja yang masuk ke ruang kamarnya untuk mengemaskan biliknya itu. Dirinya diharamkan secara mutlaknya untuk menjejakkan kakinya kedalam bilik tidur milik lelaki itu.

          Pintu bilik Syed Iskandar diketuk beberapa kali.

          ‘Sikit punya sakitlah tangan aku ketuk pintu ni...’ detik hati kecilnya. Jemarinya yang kemerahan diusap perlahan. Sekali lagi pintu bilik itu diketuk.

          Masih sepi.
          Perlahan-lahan tombol pintu dipulas.

          “Tak kunci?” tombol pintu segera dilepaskan kembali.
          “Nak masuk ke tak ye?” Nuralia masih mempertimbangkan.


          Langkahnya diatur cermat kedalam ruang bilik utama itu. Ruang bilik itu masih gelap walau di luar sana matahari sudahpun memancarkan cahaya terik. Hanya lampu hiasan diatas kepala katil yang terpasang, memberikan cahaya samar  ke segenap ruang bilik itu.

          ‘Mak oi, sejuknya bilik…berapa kuat lah air-cond nya ni…dah rasa ala-ala dekat antartika dah. Nasib tak ada salji turun dari kotak air-cond tu..’ otaknya sudah mula buat lawak tidak bertamadun pagi-pagi itu.

          ‘Kerja gila kau ni Nur..dah lah terjah masuk bilik anak bujang orang…siap mengutuk lagi tu..astagfirullah….’ bisik hati kecilnya. Langkahnya diatur  kearah tingkap kaca gergasi di hujung bilik. Langsir dari fabric satin tebal berwarna dark grey itu ditarik. Hujung langsir gergasi itu dikemaskan dengan pengikat khas di penjuru tingkap. Cahaya matahari memasuki segenap ruang bilik besar itu. Bilik gergasi itu bagai dilimpahi cahaya matahari. Bersinar!

          Nuralia menala pandangannya kesegenap ruang kamar. Cuba mencari kelibat Syed Iskandar. Pandangannya terhenti pada susuk tubuh dibawah comforter diatas katil. Langkahnya diatur ke katil bersaiz king itu. Teragak-agak langkah yang diaturnya.

          ‘ Gila kau Nur. Dibuatnya dia mengamuk…dapat flying kick free..habis kau tercampak masuk kolam kat luar sane tu ha. Dahlah Kak Imah tak de. Sape nak jadi ‘lifeguard’ kau kali ni?’ Otak masih memikirkan kewajaran tindakannya ini, namun hatinya sudah memutuskan. Entah kenapa sejak malam tadi lagi hatinya tidak tenteram memikirkan Syed Iskandar. Seperti sesuatu yang kurang baik akan terjadi. Kerana itulah juga lenanya tidak nyenyak semalam. Lantas dia bangun menghadap Pencipta-Nya sambil memohon agar ALLAH melindungi suaminya itu dari sebarang perkara yang tidak baik.

          Nuralia sudah berdiri tegak disisi katil. Comforter tebal berwarna light grey itu diselak perlahan. Bahu Syed Iskandar yang sedang berbaring membelakanginya itu di sentuh perlahan.

          “Syed Iskandar Zulkarnain Al-Iqrami..bangun..awak dah lewat ke office ni..” lembut suara Nuralia. Ha. Ambik nama penuh aku guna. Dah macam cikgu panggil anak murid je gayanya. Dia mengundur dua langkah kebelakang. Bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Kut ke mamat sorang nih nak keluar bunga teak won do ke karate ke judo ke..at least tak la patah riuk aku ni kan?

          Satu saat. Dua saat. Tiga saat. Masih senyap. Masih tiada respons. Aik? Tidur mati nampak?

          Hujung lengan T-shirt yang dipakai Syed Iskandar tarik perlahan.
          “Ermm..”gumam Syed Iskandar lemah. Tangan Nuralia ditepis perlahan. Serentak itu juga dia menukar posisinya yang tadi mengiring kepada menelentang.

          “Kak Imah, please shut off the window. Sakit kepala Is ni..” mata masih terkatup rapat. Dahi lelaki itu basah dengan peluh. Namun comforter tetap kembali ditarik menutupi wajahnya dari terus disapa cahaya matahari.

          ‘Kak Imah dipanggilnya aku? Eh..rindu sangat kat Kak Imah nampaknya cik abang sorang ni..’ Nuralia kembali menghampiri katil.

          Comforter ditarik separas dada lelaki itu.
          “Errmm…jangan kacau Is lah Kak..” suara itu seperti mahu marah,tapi masih lemah. Dahinya berkerut seperti sedang menanggung kesakitan. Comforter kembali ditarik.

          Nuralia jadi tak sedap hati. Sekali lagi comforter ditarik separas dada lelaki itu.

          Syed Iskandar mengeluh perlahan apabila sekali lagi lenanya diganggu. Kepalanya terasa berat dan sakit. Badan juga terasa lemah. Tekak terasa perit menelan saliva. Sekarang lenanya pula diganggu. Nak marah tak larat…adeh..apalah nasib…

          Terasa ada jemari halus menyentuh kulit dahinya. Sejuk sentuhan itu sedikit melegakan kesakitan yang dialaminya.

          “Panasnya?!” Nuralia spontan menarik kembali tangannya dari menyentuh dahi lelaki dihadapannya itu. Reaksi spontan.

          “Ummi..” tanpa sedar Syed Iskandar mengggumam rendah. Disaat ini dia benar-benar berharap umminya ada disisinya untuk menjaganya.

          Berkerut dahi Nuralia. Wajahnya didekatkan dengan Syed Iskandar. Cuba mengamati butir kata lelaki itu.

          “Ummi?” Nuralia mengangkat kening. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

          “Dia ni demam ke?” tangannya diletakkan di leher Syed Iskandar. Cuba memastikan suhu badan lelaki itu.

          Jemari yang melekat dilehernya pantas dicapai. Lalu tangan itu dibawa kedadanya.

          “Ummi..sakit…” gumam Syed Iskandar antara dengar dan tidak.
          Hampir Nuralia menjerit apabila tangannya disambar Syed Iskandar tiba-tiba. Menggeletar badannya disaat lelaki itu menggenggam erat tangannya.

          “Ummi…sakit..” mata masih tidak mampu dibuka. Mengharapkan umminya dapat melakukan sesuatu untuk mengurangkan kesakitannya ketika itu.

          Nuralia merenung wajah yang terang-terangan sedang menanggung kesakitan itu. Sedari tadi bibir itu tidak putus memanggil nama umminya. Perlahan-lahan Nuralia memberanikan dirinya untuk menyentuh lelaki itu. Rambut Syed Iskandar diusap perlahan.

          “Awak, awak demam panas ni..kita pergi klinik jom?” Ucap Nuralia perlahan. sememangnya dia terasa terhutang budi kepada lelaki ini kerana membawanya ke hospital kelmarin.

          Berkerut dahi Syed Iskandar tatkala telinganya dapat mendengar suara lunak itu. Suara siapa pulak ni? Yang pasti bukan suara ummi. Memang bukan suara ummi. Kak Imah ke? Mustahil tu…Tapi..sentuhan tadi tu..macam ummi..

          Digagahkan juga dirinya untuk membuka kelopak matanya. Ingin mencari si pemilik suara lunak tadi.

          Wajah dihadapannya terasa berpinar. Lantas kelopak matanya dikatup semula. Cahaya matahari dari luar benar-benar menambahkan kesakitan kepalanya.

          “Kita pergi klinik ye?” suara itu berkata lagi.
          Syed Iskandar menala pandangannya kearah si empunya suara itu. Buntang terus matanya melihat si empunya suara tadi. Memang sahlah bukan ummi.

          “Keluar. Aku nak ummi. Panggilkan ummi. Cepat.” Tanpa nada suara itu mengucapkan. Pegangan kemasnya pada tangan Nuralia pantas dilepaskan.

          “Awak, ummi kan masih kat Mekah. Esok dorang baru balik.” Terang Nuralia.

          Syed Iskandar masih membisu. Matanya sudah dikatup kembali. Lupa pula kedua orang tuanya masih berada di bumi Mekah kerana menunaikan umrah. Termalu lagi. Berapa kalilah nak termalu ni…?
          Suasana membeku buat beberapa ketika. Masing-masing berdiam diri.
          “Kita pergi klinik jom..” suara Nuralia memecah kesunyian.
          “No need.” Ringkas balasan Syed Iskandar. Tangannya sudah mengurut pelipisnya. Kepalanya terasa semakin berdenyut. Hailaaa…Iskandar. Buat malu lagi kau ni..depan dia pulak…aduii….malu….malu…..mana mau sorok muka ni…..? dalam stor kat bawah tu aci tak?

Bantal disebelahnya dicapai lalu diletakkan kemuka. Panas wajahnya. Bukan kerana demamnya..tapi sebab….terkantoi.

          “Awak, badan awak panas sangat ni. Kalau dibiarkan makin melarat pula nanti. Bahaya..”Nuralia buat suara ala-ala mahu memujuk.
          “No. Tak nak…” suara itu seakan rengekkan budak kecil yang takut bertemu doctor.

          “Jom lah. Sekejap je pun pergi klinik tu. Kita jumpa doctor, lepas tu ambik ubat dan terus balik.” Ucap Nuralia.

          “Tak nak….lah…” masih dalam nada merengeknya. Bantal masih menutupi wajahnya. Suaranya juga tidak setegang selalu. Sedikit manja. Persis budak tadika yang takut untuk berjumpa doctor gigi. Sebab takut gigi mereka dicabut menggunakan player besar.

          Dahi Nuralia berkerut seribu. Aneh dengan karenah dan perangai Syed Iskandar ketika itu.

          “Jomlah. Kalau tak makan ubat bilanya nak baik demam awak ni?” Nuralia masih memujuk. Hailaa… dah macam seorang ibu tengah pujuk anaknya pula.

          “Doktor bukan tuhan yang dapat hilangkan kesakitan ni onspot pun.” Masih tidak bernada.
          “Dahlah. Better you keluar je. I akan okay lepas rehat.” Suara manja tadi sudah bertukar jadi nada ais batu. Dah kembali pada nada dictator dia tu.
          Nuralia sudah mati akal. Ni apa pulak fikir macam tu? Boleh pulaklah dia ni ada falsafah macam tu. Memanglah doctor tu bukan tuhan..Alahaii…pemikiran zaman budak-budak ni dia masih guna ke?

          “Janganlah macam ni..awak nak tahan sakit macam ni saje ke? Nak seksa diri sedangkan masih ada cara untuk redakan kesakitan awak ni?” Nuralia masih tidak putus asa untuk memujuk.

          Mata Syed Iskandar mencerun memandang Nuralia di sisinya. Ada resah dalam nada bicara gadis itu. Resah dan risau yang saling berbaur. Comforter yang menutupi tubuhnya ditolak ketepi. Perlahan-lahan dia cuba bangkit dari pembaringannya. Duduk tegak 90 darjah di tengah-tengah katil.

          “Kita jumpa doktor ya? Awak siap dulu..” ucap Nuralia sambil mengundur dua langkah ke belakang. Memberi laluan kepada Syed Iskandar untuk bersiap.

          Syed Iskandar sudah bergerak ke hujung katil.
          ‘Eh? Kenapa aku turun dari katil ni?’ bisik hatinya. Pelik dengan tingkah yang dirasakan diluar kawalan mindanya. Nuralia dihadapannya dipandang lama.

          Sambil mengeluh berat, Syed Iskandar cuba menggagahkan dirinya untuk bangkit.

Namun kepalanya masih sakit. Berdenyut-denyut. Macam nak pecah saje gamaknya ni aihh..

          Serta merta lantai konkrit yang dipijaknya terasa lembik seperti agar-agar.
          Nuralia pantas menahan tubuh Syed Iskandar dari terjelepuk ke lantai. Mujur sempat. Fuhh..namun hampir saja tubuh itu jatuh tersungkur kehadapan kerana posisi yang kurang stabil. Nuralia pun pakai sambar je apa yang dapat dicapai..

          Mujur Syed Iskandar  sempat menyambar tubuh kecil yang memaut tubuhnya dari terjelepuk tadi. Pinggang ramping itu dipeluk erat.  Menahan dirinya dari menyembah lantai konkrit. Kepalanya terasa berpusing. Pandangannya masih berpinar yang amat. Dia sudah tidak peduli lagi siapa yang sedang didakap eratnya tika itu. Masa berlalu beberapa ketika namun mereka masih begitu. Syed Iskandar masih mencuba menahan kesakitannya. Nuralia pula membekukan terus badannya yang terkunci erat dalam pelukan Syed Iskandar.

          “Err..awak, boleh ke nak ke bilik air ni?” soal Nuralia perlahan. Alamak ai.. kenapalah suara aku semacam tidak mahu keluar sahaja ni?

          Syed Iskandar terus melepaskan pelukannya. Langkah cuba diatur ke bilik air walau sakit kepalanya masih belum reda. Tidak mahu dipandang lemah oleh gadis itu.

          Selangkah. Dua langkah.
          ‘Kenapa pulaklah semua benda macam berpusing je nih?’ kepalanya dipegang. Tekaknya mula merasa loya. Serta merta langkahnya diatur deras. Namun dia tidak mampu..benar-benar tidak mampu ketika itu..

          “Eh, awak..perlahan sikit..” Nuralia pantas mencapai lengan Syed Iskandar ketika lelaki itu sekali lagi hampir terjelepuk ke lantai.

          Syed Iskandar diam membisu. Tangannya kirinya menekan pelipis. Wahai badan..kenapalah kau lemah sangat ni?!

          “Boleh tak ni? Nak saya tolong?” lengannya sudah dipeluk erat tangan kecil itu.

          “It’s okay.” Lengan kecil itu dilepaskan dari terus memegang lengan kanannya.

          Namun lengan kecil itu kembali memaut lengannya.
          “Mari saya tolong. Macam parah saje saya tengok awak jalan ni.” Ucap gadis itu sambil memapahnya ke pintu bilik air.

          “Hati-hati..licin tu” suara itu mengingatkan perlahan.
          Syed Iskandar mengangguk lemah tanpa berpaling kearah si empunya suara pun.
         








          Sebaik Syed Iskandar menutup pintu bilik air, Nuralia pantas tersedar yang dia telah terlupa satu perkara penting. Pembantu peribadi Syed Iskandar Zulkarnain Al-Iqrami itu. Eh? Kau dah boleh ingat nama suami kau yang panjang berjela tu? Hebat…satu suara halus dalam hatinya tertawa.

          Nuralia kembali menelefon Naudir untuk memaklumkan keadaan Syed Iskandar. Naudir dihujung talian terus senyap. Hilang kata-kata. Berat hatinya untuk berterus terang dengan Nuralia namun, dia terpaksa.

          “ Sebenarnya puan, Encik Is kena jumpa dengan client penting dari Jepun tengahhari ni. Encik berusaha keras untuk siapkan proposal dia untuk dapat tender kali ni. Syarikat akan rugi berjuta-juta jika gagal dapat tapi mungkin bukan rezeki kita kan..” ucap Naudir perlahan. Kasihan juga pada majikannya itu. Banyak masa dan tenaga telah diperuntukkan untuk menyiapkan proposal nan satu itu.

          “Syarikat Jepun?” soal Nuralia.
          “A’ah.” Balas Naudir ringkas.
          Talian sepi. Nuralia mempertimbangkan
          “Boleh tak kalau saya gantikan suami saya?”
          “Hah?” Naudir di kerusinya hampir tercampak ke lantai. Terkejut yang teramat.

          “Boleh?”

          “Err…”

          “Awak fikir dulu. Saya nak bawa suami saya ke klinik ni.” Talian diputuskan selepas mengucap salam.
         









          Pintu bilik air dibuka perlahan. Syed Iskandar melangkah keluar dengan hanya bertuala separas lutut. Juraian air jatuh dari hujung rambutnya yang berjuntaian didahi. Perlahan dia melangkah kearah bilik almarinya. Kepalanya sudah terasa sedikit ringan. Sehelai jeans dan T-shirt dicapai.

          Nuralia yang baru sahaja usai menelefon teksi spontan mengerling kearah pintu bilik air. Demi terpandangkan Syed Iskandar yang hanya bertuala, serta merta wajahnya dikalih 180 darjah. Terasa darah menyerbu kewajahnya. Panas. Astagfirullah…hatinya beristighfar perlahan.

          Syed Iskandar duduk dihujung birai katil. Tangannya masih memegang pelipisnya. Senyap. Sunyi. Sepi.

          “Ehem.” Suara Syed Iskandar berdehem perlahan.

          Nuralia masih kaku ditempatnya. Masih tidak berpaling.
          “Boleh tak kalau tak payah pergi klinik?” nada ais batu itu mengucapkan.

          “Tak boleh.” Pantas Nuralia menjawab. Apa punya soalan dia tanya ni? Nak cekelat lah tu..

          “I tak yakin boleh drive dengan keadaan macam ni..” perlahan suara itu menuturkan kata.

          “Nak jalan pun sikit punya payah..” suara itu menyambung perlahan.
          Alasan.

          Syed Iskandar menyarung T-shirt ke badan. Juraian air dari rambutnya tidak dihiraukan.

          “Saya dah telefon teksi.” Nuralia masih tidak berpaling. Huh..tak beraninya aku nak bawa kereta dia yang pintu terbukak keatas tu haih. Selisih malaikat lah…

          “ Ambikkan sweater saya dalam wardrobe  ke -2. Adidas warna dark brown.” Ucap Syed Iskandar lemah. Geram. Degil betul perempuan ni.
          Nuralia hanya menurut. Sempat dia mengerling Syed Iskandar dibelakangnya. Lelaki itu sudah siap berpakaian. Langkahnya diatur kebilik almari Syed Iskandar.

          Sweater yang diminta dihulur kepada lelaki itu. Tuala yang dibawanya bersama tadi perlahan-lahan digunakan untuk mengelap juraian air yang jatuh dari rambut Syed Iskandar yang tidak dikeringkan. Pandangan mereka bertemu. Pantas tangannya berhenti mengelap.

          “Errr..Jom.” Ucapnya sepatah tuala diletakkan kedalam bakul khas didalam bilik air.
          Syed Iskandar hanya menurut. Sedaya upaya dia menggagahi dirinya.










          Pautan Nuralia pada lengan Syed Iskandar tidak dilepaskan dari ketika Syed Iskandar hampir-hampir jatuh semasa menuruni tangga tadi. Pintu teksi dibuka sebelum keduanya mengambil tempat duduk di bahagian belakang.

          Sepanjang perjalanan,suasana didalam teksi tersebut hanya sepi, sebelum sesuatu jatuh ke riba Nuralia.

          Syed Iskandar sedang berbaring diatas ribaan Nuralia. Bibir lelaki itu diketap. Tubuh itu jelas menggigil diatas pangkuannya. Perlahan-lahan, rambut lelaki itu yang berjuraian menyapa dahinya diseka kebelakang. Jelas wajah diatas pangkuannya itu pucat lesu.

          Benarlah kata hatinya. Sesuatu yang tidak elok akan menimpa Syed Iskandar. Namun dia berdoa didalam hati, biarlah sakit yang dialami Syed Iskandar bukanlah sesuatu yang kronik. Amin.
         

4 comments:

idA said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

plse sambung cepat arin..nak tau latarbelakang nuralis..dia ada master ke..in business admin/finance..terror juga minah ni..macam mana dia nak berbincng dgn org dari jepun ..if she do not haVE A gd qualification to support her..during the nego with them..tahniah..cerita ini semakin menarik..

Seorg wanita... said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ehem...ehem...mujurlah Nuralia g check Iskandar kat bilik..demam rupernyer...

Suker sbb Nuralia ni berani...sanggup ganti tempat suaminya demi menolong suami yg sedang sakit & perniagaan syarikat dia..

Next plz... Rin, no bab 14 tu x ditukar...

azwin fitriah said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kalau boleh.. sertakan lah watak dan prwatakan nuralia dan iskandar atau siapa2 yang berkenaan supaya pembaca dapat faham dan menarik minat untuk membaca lebih lanjut.saya sangat2 sokong cerite nih..diharap dapat update sampai ke penghujung episode.. best sangat2..jarang ada wanita macam nuralia 2... thank you because u made my day.. hehee mesti lepas ni iskandar jatuh cinta kat nuralia..mcmane agaknya nuralia ganti tmpat suami die... wahh xsabar nye..i like...

Lovely Ayun said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

suka baca novel QNA,, kalo buat versi buku pun msti lagi best,, lebih padat n mantap rasanya