My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

12 June 2012

Love Make Me Smile 19





Love 19
            Adney mengetuk perlahan palang balkoni bilik penginapannya. Kepalanya di angkat memerhati suasana pinggir pantai yang semakin suram. Sudah senja.
            Ingatannya kembali pada sms yang di kirim Nasha Athierah tengah hari tadi. Ringkas sahaja isi kandungan sms untuk bertanya khabar itu, namun berjaya membuatkan dia tersenyum hingga ke saat ini.
            Mengenangkan itu, senyuman Adney makin melebar.
            Baru seketika berada di samping wanita itu, hatinya sudah tercuit. Mengenali seorang Nasha Athierah, bersahabat pula dengan si gadis itu, dia mengaku hatinya sudah mulai ‘jatuh’ sedikit demi sedikit.
            Tetapi mengenangkan misi yang perlu di sempurnakannya, dia terpaksa menjauh dari si gadis untuk memuhasabah diri. Untuk menenangkan hati yang sudah mula berbolak-balik. Untuk mententeramkan jiwa yang kian bercelaru.
            Justeru, tindakan Ammar Adwan merupakan satu peluang terbaik untuk dirinya. Jelas di matanya, Ammar Adwan mulai rasa tergugat dengan kemunculannya sebagai watak ‘pengacau’. Itu bermakna, dia kini sudah di landasan betul dengan matlamat dan misinya. Namun...
            ...kenapa hati ini seperti tidak mahu bekerjasama dengan baik? Kenapa hatinya seakan sedang melagukan irama indah setiap kali fikiran mengenangkan gadis naif itu?
            ‘Aku dah jatuh cinta pada orang yang salah, pada masa yang tak sepatutnya,’ Adney masih membuang pandang jauh ke tengah laut yang semakin gelap.
            ‘Sha, jiwa saya terseksa,’ Bunyi desiran ombak terasa begitu mendamaikan, namun semua itu tidak berkesan untuk mendamaikan jiwanya yang sedang kacau bilau ketika ini.
            “Andai kata saya yang jumpa awak dulu, mungkin sekarang ni awak ada bersama saya. Berdiri di sebelah saya. Berkongsi satu pemandangan indah ini bersama.” Tutur Adney sambil matanya masih tak lepas memandang ke arah laut.
            “Tapi hakikat hidup, ada perkara yang kita suka, tapi kita tak berdaya untuk memilikinya.”sebuah keluhan tercetus dari ulas bibirnya.
            “Ada kebahagian yang tercipta daripada sebuah kelukaan.” Korbankan perasaan sendiri demi kebahagiaan insan kesayangan kita. Jika benar sayang, jika tulus mencintai, benarkanlah insan kesayangan kita bahagia. Walau kebahagiaan dia bukan bersama kita.
            “Ikhlaskan hatiku, Ya ALLAH. Nasha Athierah, bukan tercipta untukku,”Adney cuba untuk mencegah, namun matanya tetap berkaca menahan rasa.
            Nafas di hela panjang.
            Permintaan ‘bos’nya, benar-benar menyentap tangkai hatinya. Adney tersenyum pahit mengenangkan perbualannya seketika tadi.
            Habib Jewels.
            Cincin.
            Nasha Athierah.
            Tiga perkara ini benar-benar menganggu fikirannya.
            “Adney, nanti bila kamu dah balik dari sabah tu, kamu cari masa bawa bakal menantu mak cik pergi Habib Jewels ye? Suruh dia pilih cincin. Tak kisahlah mana yang dia berkenan, yang penting ukuran jari dia betul. Kalau dia tanya, kamu jawablah apa-apa yang patut, asalkan rancangan kita berjalan lancar. Jangan sampai dia syak apa-apa pula ye,
            “Cincin untuk apa mak cik?”
            “Mak cik dah jumpa family dia pagi tadi. Alhamdulillah, pihak sana dah kasi greenlight. Cuma pihak sini je yang keras beku. Mak cik tak beritahu Wan lagi ni. Nantilah, kamu balik semenanjung semula, kita jumpa ye. Mak cik cerita rancangan seterusnya pada kamu.” ceria suara wanita di hujung sana talian.
            Nafas sekali lagi dihela berat. Suasana sudah gelap. Tiada lagi cahaya matahari yang menerangi alam. Gelap gelita. Segelap hidupnya pada hari-hari yang bakal mendatang.
            Perlahan-lahan Adney mengangkat tangannya ke dada. Pedih. Kenapa hatinya rasa bagai di carik-carik ni?           
            “Hati, ikhlaslah. Lepaskan Nasha Athierah, biarlah dia bahagia di samping orang yang dia cinta...”ucap megat Adney sebelum mengatur langkah kakinya menuju ke dalam. Bersiap sedia untuk menunaikan solat maghrib.
           

            Nasha Athierah menala pandangan matanya ke segenap ruang di premis tersebut. Lip lap lip lap dengan kilauan daripada pelbagai jenis dan reka bentuk barangan kemas.
            “Awak nak buat apa kat sini, Adney?” soal Nasha Athierah sambil mengambil tempat di hadapan meja pameran.
            “Cari cincin,” Megat Adney mengukir senyum sambil duduk di sebelah Nasha Athierah.
            “Cincin untuk apa ye, encik?” soal jurujual.
            “Cincin tunang,” tenang Megat Adney menjawab.
            Nasha Athierah melopong.
            “Eh, siapa yang nak bertunang?” laju Nasha Athierah menyoal.
            “Saya,” Megat Adney tak menoleh ke wajah Nasha Athierah di sisi. Dia berpura-pura sibuk meneliti barangan kemas yang di pamerkan di situ.
            “Hah?!” Nasha Athierah terkejut lagi.
            Spontan lengan Adney menjadi mangsanya.
            Berkerut dahi Megat Adney menahan sakit. “Sha?”
            “Sampai hati nak bertunang tak cakap dengan saya,” Nasha Athierah sudah muncung.
            “Kenapa nak cakap dengan awak pulak?” soal Megat Adney.
            “Mestilah! Saya kan orang penting...”Nasha Athierah menjeling sekilas Adney di sebelahnya. Uh! Sampai hati tau...
            “Bukan saya nak bertunang dengan awak pun...”perlahan Megat Adney berkata. Sengaja nak menduga sekaligus menyakat gadis itu. Sedaya upaya dia menahan tawa yang hampir terburai gara-gara riak wajah Nasha Athierah ketika itu.
            “Isy! Kalau ye pun tak bertunang dengan saya, awak kena juga beritahu saya. Saya kan best friend awak?” Nasha Athierah senyum segaris. Mentang-mentanglah dia dah nak bertunang, tengok ayat dia, aci redah je! Adney Adney..
            Adney ketawa kecil. Riak wajah Nasha Athierah comel benar!
            “Isy, ketawa pula dia...” Nasha Athierah menggeleng perlahan.
            “Awak nak melamar dia ke?” soal Nasha Athierah sambil matanya turut sama memerhatikan satu persatu bentuk-bentuk cincin yang di pamerkan di situ.
            Megat Adney sekadar tersenyum pahit. Kalau dia melamar gadis pujaannya itu, mungkinkah si dia itu mahu menerima lamarannya?
            “Sha, awak tolong saya pilih boleh?” pinta Megat Adney. Wajah tenang dengan senyuman di pamerkan pada Nasha Athierah bagi menutup hatinya yang hancur terluka.
            “Isy, awaklah yang pilih. Apa pula saya,” Nasha Athierah tersenyum lagi. Wah, cantik belaka semuanya. Rambang mata nak pilih ni...
            “Saya lelaki. Manalah tahu benda-benda barang kemas ni. Awakkan perempuan, mesti tahu yang mana cantik kan?” Megat Adney kembali memandang deretan cincin yang di susun kemas.
            “Tapi, macam mana kalau taste saya ni tak sesuai dengan bakal tunang awak?” soal Nasha Athierah. “Macam mana kalau dia reject awak sebab cincin yang saya pilih tu tak berkenan di hatinya?” Nasha Athierah menggeleng tak bersetuju.
            “Sha, saya yakin dengan pilihan awak. Kalau awak suka, mesti dia pun suka.” Ucap Megat Adney.
            “Please Sha, awak sajalah satu-satunya kawan perempuan yang saya percaya... “ Megat Adney bersuara perlahan.
            Nasha Athierah menoleh ke sisinya. Mencari seraut wajah milik Megat Adney.
            “Yelah, saya tolong. Tapi kalau ada apa-apa jadi nanti, jangan salahkan saya pulak,” Nasha Athierah akur juga akhirnya. Matanya mula bergerak memerhati satu persatu deretan cincin pelbagai bentuk, warna dan yang paling penting...harganya. Ada yang bersaiz kecil, tetapi harganya mak oii, mahal yang amat!
            “Yang ni macam cantik. Simple tapi comel!” laju sahaja jarinya bergerak menunjukkan ke arah cincin yang di maksudkannya.
            Megat Adney turut memandang ke arah cincin yang di maksudkan oleh Nasha Athierah tadi. Not bad.
            “Erm, okay. Awak guna saiz apa ye, Sha?” soal Megat Adney.
            “Ha?” Nasha Athierah terkejut dengan soalan Megat Adney. Eh? Kenapa tanya saiz aku pula? Macamlah jari bakal tunang dia tu satu saiz dengan aku.
            “Rasanya, jari ‘bakal tunang’ saya tu sama saiz dengan awak.” Megat Adney menjawab laju. Riak wajah Nasha Athierah sudah boleh dibacanya.
            “Miss, you kasi saiz ikut  jari dia.” Megat Adney berkata pada jurujual tersebut.
            “Adney, serius awak nak guna cincin yang ni? Okay ke yang saya pilih ni?” soal Nasha Athierah. Ewah pakcik ni, senang-senang je pula dia setuju?
            “Apapun pilihan awak, saya ikut je.” Megat Adney cuba menarik senyuman semanis yang mampu walau hakikatnya senyumannya palsu. Plastik. Mana mungkin kita mampu mengukir senyum jika hati sedang luka berdarah?
            “Sha, saya keluar kejap. Nak buat phone call.” Laju Megat Adney bangkit menuju pintu keluar tanpa sempat Nasha Athierah berkata apa-apa.
            ‘Adney, jangan cari pasal...’ hatinya mengingatkan diri sendiri. Nasha Athierah di tinggalkan seketika. Dia perlukan udara. Dia perlu jauh dari Nasha Athierah untuk seketika ini. Dadanya sesak dengan pelbagai rasa.
            Adney melabuhkan duduk pada kerusi yang tersedia di ruang legar pusat beli belah tersebut. Dia tunduk menekur lantai.
            ‘Adney, kau dah janji. Antara kau dengan dia, hanya  ada hubungan sebagai sahabat, dan sampai bila-bilapun, hanya akan kekal sebagai sahabat. Hapuskan perasaan kau, jangan sampai ianya merosak kebahagiaan orang lain.’ Megat Adney berteleku menekur lantai. Berkali-kali dia mengingatkan diri sendiri tentang hal yang satu ini.
            ‘Jangan kusutkan keadaan, Adney...’





___________________
Hi:)
1. sorry lama hilang. Penat sangat dengan pelbagai perkara sampai menaip chapter ni siap tampal panaflex kat bahu (aiyayaya)
2. Next entry tak boleh janji bila. Minggu ni busy sangat dengan banyak perkara. Siap nak kena pergi kursus lagi ni. (sekali lagi, aiyayayaya)
3. Ada tak yang bersimpati dengan abang Adney? :'( saya bersimpati dengan dia, tapi apakan daya, saya terpaksa juga korbankan dia..*wuwuwuwu, saya tak kejam kan?* 
4. Thanks singgah. Thanks suka. Thanks tunggu. Thanks komen:)



11 comments:

fz said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best kak . luv this . keep it up .
ADNEY . . .

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tq dear..huhu sian kt adney..ala buatla nasha ni ad kembr ke bleh kawen ngan adney..haha ngarot je..
ad cpat skit bertindak, kalo ta melps kat adney..
thanks for the entry..

~adda~

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Pengorbanan Adney amatlah dihargai...

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ape susah buat jee adney tu terpikat dgn adek nasha athierah..hehehe :D

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Saya setuju dgn dia......huhuhu....

mizz acu said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kesian adney. Aiih.. Suro aunti wahi tu pinang kakak ngn adik sekaligus.. Utk hero n pengacau skali. Heehe

nzlyna'im said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cian adney...atie blurr r

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@fz

thanks sebab suka fz:)

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

dear adda,

hehe, abang Ad memang kena cepat, kalau tidak memang gigit jari jelah:D

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@mizz acu

hehe, boleh sanding sebelah menyebelah ye dak:P

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@nzlyna'im


yaa, atie yang helpless blurr yang amat! hihi:D