My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

17 July 2012

Love Make Me Smile 24




Love 24
            “Apa?!!” hampir jatuh terjelepuk Nasha Athierah setelah di khabarkan tentang majlis pernikahannya yang bakal menyusul 3 jam setelah selesai majlis pertunangannya.
            “Tok, kenapa tak ada sorang pun yang beritahu pasal benda ni kat Sha?” soal Nasha Athierah dengan linangan air mata.
            “Sha, kami tak berniat nak...”
            “Mak, apa semua ni? Mak kata dengan Sha nak bertunang je kan?” soal Nasha Athierah. wajah Puan Hayati di pandang sayu. Sampai hati mak buat Atie macam ni...
            “Kau pun masuk pakatan nak aniaya akak sekali ye, Pikah?” mata Nasha Athierah jatuh pada wajah serba-salah adiknya, Nora Afieqah.
            “Tak, sebenarnya...”
            “Pilihan mak ni takkan salah Atie. Mak tahu apa yang terbaik untuk kamu. Tak ada maknanya nak aniaya kamu pun.”pintas Puan Hayati.
            “Kamu akan berterima kasih pada mak untuk perkahwinan ni nanti. Calon pilihan kami adalah yang terbaik.” Puan Hayati memandang tepat wajah Nasha Athierah yang lencun dengan air mata.
            “Terbaik pada mak, tapi Atie tak kenal langsung dengan dia. Mak kan kata pada Atie minta Atie bertunang dengan dia untuk kenal hati budi masing-masing lepas 3 bulan baru nak nikah kan? Sekarang ni, 3 jam lepas bertunang terus menikah. Ya ALLAH mak, mak tak kesiankan Atie ke? Atie dah turutkan kemahuan mak, bertunang dengan lelaki yang Atie langsung tak kenal ni, tapi ini pula yang jadi. Mak salah guna kepercayaan Atie sampai sanggup buat keputusan macam ni.” Nasha Athierah meratap sayu.
            “Masa depan Atie sekarang bakal berada di tangan seorang lelaki yang Atie tak kenal langsung...”Nasha Athierah kembali melabuhkan duduknya ke sofa berangkai dua di ruang tamu.
            “Sampai hati mak,”Nasha Athierah merenung jari di tangan tanpa fokus.
            “Suka hati kamu lah nak kata apa Atie. Keputusan mak adalah muktamad. Pilihan mak adalah yang terbaik. Tok Mi dengan Pikah pun dah setuju. Kalau tak percaya, kamu tanya kat Tok Mi kamu ni.” ujar Puan Hayati.
            “Atie, sebenarnya lelaki tu, kamu kenal. Dia yang datang jumpa kami di sini, minta restu nak ambil kamu jadi isteri dia. Tapi sebenarnya, sebelum tu mak dia dah datang ke sini nak merisik kamu tanpa pengetahuan bakal suami kamu ni.”Tok Mi bersuara.
            “Ha?” cepat-cepat Nasha Athierah kesat air mata di pipinya.
            “Atie kenal dia? Tapi siapa?” soal Nasha Athierah sambil bergerak mendapatkan Tok Mi. Dia duduk bersimpuh di sisi sofa tunggal yang di duduki Tok Mi.
            “Kawan kamu sendiri, Atie. Dia tak ada bagi hint apa-apa pada kamu?” soal Puan Hayati. Tok Mi dan Nora Afieqah sudah menguntum senyum.
            “Eh Yati, bukan dia kata dah cari cincin tunang dengan Atie ke hari tu sebab nak ukur saiz jari?” soal Tok Mi sedikit keliru.
            “Memang dia kata ada bawa Atie cari cincin hari tu...” Puan Hayati menggaru kepala yang tak gatal.
            “Untie Yatt, ada orang nak jumpa kat bawah. Kanopi dah sampai agaknya tu.” entah daripada mana, muncul Abang Aus si sepupunya sambil menggamit Puan Hayati mengikutinya keluar.
            “Kejap, mak tengok luar dulu. Diorang hantar kanopi agaknya tu.”
            “Mana dia?”Puan Hayati sudah mengekori langkah Abang Aus.
            Nasha Athierah terkebil-kebil memandang langkah emaknya yang sedang menuju ke beranda rumah.
            “Tok Mi,” tangan neneknya di genggam erat, mengharapkan ada penjelasan daripada neneknya itu.
            “Akak, Abang Ad tak ada jumpa akak ke?” soal Nora Afieqah.
            “Abang Ad?” Nasha Athierah kerut dahi.
            “Yelah, bakal tunang merangkap bakal suami akak yang juga bakal abang ipar Pikah ni lah. Abang Ad.” Nora Afieqah senyum meleret.
            Ad?
            Perlahan-lahan Nasha Athierah menggeleng lemah. Ad mana ni ye?
            Nora Afieqah tepuk dahinya.
            “Abang Ad nak surprise akak ke nak prank akak ni?” soal Nora Afieqah sambil mengurut pelipis sendiri. Ya ALLAH, biar benar bakal bro-in-law aku ni pun!
            “Kawan...” Nasha Athierah menggumam perlahan. Sibuk mengingati senarai nama kawan-kawannya di dalam kotak memori. Ada ke yang namanya Ad?
            ‘Kawan aku mana ramainya pun. Dekat sekolah dulu ada Aniss, Eba, dengan Atun je. Semua perempuan kot. Dekat uni dulu kawan aku ,majoritinya  perempuan. Lelaki ada 3 orang je pun. Tu pun tak rapat. Tapi nama diorang, tak ada kaitan langsung dengan  Ad. Kawan facebook atau twitter? Lagilah mustahil sebab aku tak pernah ada pun akaun benda alah tu. Buat leceh hidup je nak manage akaun social networking macam tu. Takkan kawan satu office dengan aku pula? Siapa je? Kawan baik aku yang dah transform jadi tak mesra alam, Megat Adney. Lagilah mustahil lagipun dia pun dah nak bertunang kan? Mesti bukan dia.
            Wait. Megat AD-ney?
            Serta merta peristiwa Megat Adney meminta dia menemani lelaki itu mencari cincin dulu.
            Takkanlah!
            ‘Tapi bukan mustahil ‘Abang Ad’ yang Pikah maksudkan ni adalah...’
            GULP.
            Wajah Tok Mi dan Nora Afieqah di pandang silih berganti.
            “Dia tinggi ke?” soal Nasha Athierah perlahan.
            Nora Afieqah  mengangguk.
            “Kulit dia cerah?” soal Nasha Athierah lagi.
            Angguk lagi. “Muka ala-ala pan asian. Hensem.” Nora Afieqah senyum melihat wajah kalut kakaknya.
            “Rambut pacak-pacak?” Nasha Athierah memandang wajah Nora Afieqah dengan wajah penuh pengharapan agar adiknya itu menggeleng menafikan.
            Malangnya, Nora Afieqah angguk lagi dengan senyuman yang makin lebar.
            “Takkanlah,” Nasha Athierah terpempan di sofa. Adakah bakal suaminya nanti adalah Megat Adney?
            Tanpa sedar kakinya sudah di atur beredar dari ruang tamu tersebut menuju ke arah biliknya.
            Sedar-sedar sahaja, tangannya sudah pun menyentuh tombol pintu biliknya.
            ‘Astagfirullah, apa semua ni Ya ALLAH?’ hati masih ada rasa ragu-ragu. Dia keliru dengan apa yang sedang berlaku ini.
            “Kad jemputan. Yaa! Mesti ada nama pengantin dekat situ kan?” pintu bilik yang separuh terbuka kembali di rapatkan. Segera langkahnya kembali menuju ke ruang tamu.
            “Tok Mi, ada kad jemputan ekstra tak?” laju Nasha Athierah menyoal.
            “Tak ada, Atie. Mak kamu tempah cukup-cukup je. Semua dah habis di edarkan. Kalau ada satu dua helai pun ada dekat rumah mak cik kamu. Abang Aus yang tolong uruskan hal kad jemputan ni.”balas Tok Mi sambil berlalu ke bahagian belakang rumah.
            Nasha Athierah mengeluh hampa. Kelibat Nora Afieqah sudah  tiada di ruang tamu itu. Sayup-sayup kedengaran suara adiknya itu dari luar rumah. Sibuk membantu persiapan untuk esok barangkali.
            Apa nak jadi ni?
            Lambat-lambat kakinya di bawa ke arah bilik semula. Pintu di tolak lemah sebelum dia memboloskan diri ke dalam.
            “Eh? Bilik siapa ni?” kalut Nasha Athierah melangkah keluar. Kepalanya di jengukkan ke kiri dan kanan.
            “Eh, betullah ni bilik aku.” gumam Nasha Athierah sambil merapatkan kembali pintu. Perlahan-lahan dia berpaling menghadap ruangan biliknya yang sudah berubah wajah itu.
            Meja solek serba baru satu set dengan almari dan juga katil. Buat beberapa ketika dia tergamam mengamati satu persatu perabot di dalam biliknya yang sebelum ini hanya dihias dengan perabot ringkas. Meja solek, katil bujang juga satu almari kecil. Berbeza 360 darjah kot kalau nak banding dengan apa yang ada sekarang ni. Katil dia pun bukan calang-calang. Siap ada langsir ala-ala katil puteri raja. Tak cukup dengan itu, sana sini bersepah jambangan bunga plastik.
            Matanya turun memerhati lantai.
            ‘Wahh! Baru perasan, mak dah tukar karpet barulah!’ mulut sudah melopong sambil badannya spontan tunduk menghampiri lantai yang sudah beralaskan permaidani tebal yang berbulu lembut.
            Daripada permaidani, matanya singgah lama pada deretan dulang hantaran di sisi katil iaitu ruangan yang berhadapan dengan almari besar yang tegap berdiri di sudut biliknya itu.
            “Megat Adney,” spontan nama kawan baiknya itu sekali lagi meniti di bibirnya.
            Gembirakah?
            ‘Sekurang-kurangnya, aku kenal lelaki yang bakal jadi suami aku esok ni.’
            Bahagiakah?
            ‘Megat Adney memang baik. Dia memang sayangkan  lelaki itu, tetapi hanya sekadar kawan. Mungkinkah dia mampu beroleh bahagia jika Megat Adney bukan lelaki yang di cintainya?
            Ada beza ke antara sayang dan cinta?
            Satu persatu kronologi dari detik perkenalan mereka sehinggalah beberapa hari kebelakangan ini. Banyak kenangan telah tercipta di antara mereka rupanya. Bagaimana dia mula memahami perangai dan diri sebenar seorang Megat Adney.
            Namun, sepanjang tempoh masa ini, tidak pernah terbit rasa istimewa lebih daripada sekadar seorang kawan pada lelaki itu.
            ‘Mungkinkah layanan Adney selama ni sebab dia dah jatuh hati pada aku?’hati membuat spekulasi sendiri.
            Senyuman  Adney, renungan sepasang mata milik lelaki itu seakan kembali terlayar di ingatan.
            Lamunan Nasha Athierah terhenti apabila telefon bimbitnya berdering memecah kesunyian bilik.
            Dahinya serta merta berkerut melihat nombor pemanggil yang terpapar di skrin telefon.
            ‘Ini lagi satu masalah.’detik hati kecilnya.
            “Assalamualaikum,” suara di sana menyapa ceria sebaik dia mengangkat panggilan.
            “Wa’alaikumsalam, ada apa Encik Ammar?” Nasha Athierah cuba menarik nafas untuk bertenang.
            “Saya dengar awak dah gerak ke kampung hari ni ye?” suara di hujung talian sana masih tenang seperti selalu.
            “Erm.” Acuh tak acuh Nasha Athierah menjawab.
            “Dah sampai?” soal orang di sana prihatin.
            “Erm.” Nasha Athierah masih bernada yang sama.
            Buat seketika dua-dua berdiam diri.
            “Tahniah, saya dengar awak akan bernikah petang esok?” suara di hujung sana talian masih tenang.
            Ammar Adwan tersenyum dengan ucapan tahniah yang bertujuan untuk mengusik gadis kesayangannya itu.
            “Erm. Terima kasih.” Nasha Athierah jadi sebak.
            Erk? Ammar Adwan  terkebil-kebil mendengar jawapan balas daripada Nasha Athierah? kenapa suara si cantik manis ini kedengaran semacam sahaja? Macam ada sendu yang cuba di sembunyikan gadis itu dari dapat di kesan olehnya.
            Nasha Athierah menekup mulutnya dengan sebelah tangan. Bimbang esakan dan sendu yang di tahannya sedari tadi terhambur keluar.
            Kenapa lelaki ini mahu membangkitkan hal ini? Tahniah? Sungguh ucapan tahniah yang di ucap lelaki bernama Ammar Adwan ini ibarat belati tajam yang melukai hatinya secara perlahan-lahan.
            Ammar Adwan mundar mandir di halaman rumahnya sambil tangan naik mengesat peluh dingin yang mula membasahi dahi. Seketika tadi dia ada menelefon Nora Afieqah bertanyakan keadaan Nasha Athierah. Daripada cerita yang di khabarkan oleh oleh bakal adik iparnya itu, Nasha Athierah seakan sudah dapat meneka siapakah gerangan bakal suaminya. Senang kata, Nasha Athierah sudah tahu bahawa mereka bakal bersatu pada keesokan harinya.
            Dia begitu teruja mahu mendengar suara Nasha Athierah, justeru terus saja dia membuat panggilan tadi. Teruja mahu mengetahui reaksi bakal tunang merangkap bakal isterinya itu.
            ‘Tapi kenapa pula dingin semacam je layanan Nasha Athierah padanya tadi? Jawab pun macam nak tak nak je?’
            “Awak marahkan saya ke Atie?” soal Ammar Adwan.
            Nasha Athierah menghela nafas yang sudah terasa berat.
            “Untuk apa saya nak marahkan awak...” perlahan Nasha Athierah membalas. Mungkin sudah ditakdirkan begini perjalanan kehidupan saya...
            “Kenapa macam tak happy je? Awak ada masalah ke?” soal Ammar Adwan lagi. Risau pula hatinya mengenangkan si jantung hatinya yang seorang ini.
            Nasha Athierah sekali lagi menghela nafas.
            “Penat sikit, tak ada masalah apa pun.” Nasha Athierah tidak mahu membesarkan masalah yang sedia ada. Biarlah dia tanggung sendiri sahaja.
            “Oh.” Pendek sahaja balasan daripada Ammar Adwan.
            Tanpa di pinta, air matanya mengalir perlahan membasahi pipi. Nasha Athierah terduduk lesu di birai katil. Sekali lagi nafas di tarik dalam sebelum di hembus perlahan-lahan.
            “Encik Ammar, jemputlah datang majlis esok. Sorrylah, kad jemputan dah habis. Sorry juga sebab lambat bagi tahu. Saya pun tak tahu menahu majlis akad nikah menyusul 3 jam lepas bertunang ni. Tapi alang-alang Encik Ammar dah call ni, saya jemput datanglah ye. Bawalah family sekali. Encik, saya ada kerja lain ni. Saya minta diri dulu ye. Maaf tak boleh sembang lama. Assalamualaikum.”
            Paapp. Talian di matikan sebelum telefon bimbit itu di campak lemah ke tengah katil.
            Ammar Adwan tercengang. Belum pun sempat dia berkata apa-apa talian sudah di putuskan. Nak jawab salam pun tak sempat.
            Terkebil-kebil sendirian dia di buatnya. Namun laungan ibunya dari ruang tamu membuatkan Ammar Adwan segera bergerak mencari ibunya yang sedari semalam lagi sibuk dengan persiapan terakhir untuk majlis pernikahannya esok.
           

            Nasha Athierah makin tidak senang duduk. Sekejap-sekejap, jam di dinding di jelingnya dengan rasa yang semakin berbaur.
            ‘Megat Adney.’ Kain busana putih dengan potongan loceng yang sudah cantik membaluti tubuhnya di angkat sedikit dengan tangan kiri sementara tangan kanan sibuk mengenggam telefon bimbit sedari tadi.  Dia berjalan mundar mandir di hadapan katil peraduan yang sudah cantik di hias.
            ‘Ammar Adwan.’ Hatinya makin berbelah bahagi.
            “Sha, duduk. Rimas aku tengok kau ke hulu ke hilir dengan baju penuh manik dengan labuci ni. Siap dengan kain yang meleret-leret tu lagi. Karang ada juga yang jatuh tertonggeng akibat terpijak ekor baju kahwin sendiri.” Aniss yang duduk pada kerusi meja solek menegur Nasha Athierah yang masih sibuk mundar mandir di hadapannya.
            Nasha Athierah tidak menghiraukan langsung teguran Aniss yang entah untuk kali ke berapa.
            Antara Megat Adney dan Ammar Adwan, mana satu yang perlu di pili?Kejar cinta yang tak pasti, atau kejar bahagia yang mungkin sirna?
            “Ahhh! Buntu, aku buntu, Anne!”Nasha Athierah menghempas tubuhnya, duduk di birai katil.
            “Buntu apa pula ni?” soal Aniss sambil membetulkan tudung bawal yang sudah di gayakan ala Dian Pelangi di kepalanya.
            “Anne,” Nasha Athierah bingkas bangkit menghampiri Aniss. Lengan kiri sepupunya itu di tarik supaya berpaling menghadapnya.
            Aniss mengangkat kening bertanya.
            “Aku nak lari. Tolong aku, Anne!” pinta Nasha Athierah.
            Aniss melopong memandang wajah Nasha Athierah yang kelihatan sudah bertekad dengan keputusannya.
            “Sha, kau sedar tak apa yang kau buat ni? Kejap lagi majlis bertunang dah nak mula!” bahu Nasha Athierah di cengkam kemas.
            “Anne, aku tak boleh. Aku...”
            Suasana yang jadi riuh rendah di luar sana membuatkan bicara Nasha Athierah mati di tengah jalan.
            “Dah sampai ke?” Aniss bergegas ke jendela. Nasha Athierah juga turut bergegas ke jendela yang sama. Kepalanya di jengukkan sedikit meninjau keadaan di luar.
            Automatik sahaja matanya melekat kukuh pada satu susuk tubuh yang lengkap berbaju melayu baby blue lengkap bersamping songket di dalam rombongan pihak lelaki itu. Lelaki itu sedang berjalan memasuki beranda hadapan rumahnya.
            “Adney!” spontan nama itu meluncur keluar dari ulas bibirnya.
            ‘Betullah sangkaan aku...’Nasha Athierah mengundur selangkah demi selangkah menjauhi jendela. Kedua belah tangannya spontan naik menekup mulut sendiri yang sudah terbabas menyebut nama itu tadi.
            ‘Lelaki pilihan keluarga aku yang di banggakan sangat oleh mak aku tu, Megat Adney?’Nasha Athierah akhirnya terduduk di birai katil. Cadar indah yang membaluti katil di genggam erat.
            “Kak, pihak lelaki dah sampai. Sedia ye, kejap lagi majlis dah nak mula.” Wajah Nora Afieqah muncul di sebalik daun pintu yang terkuak sedikit. Wajah adik bongsunya itu jelas kelihatan bersinar gembira.
            “Sha, kenapa ni?” soal Aniss sebaik pintu bilik kembali di rapatkan oleh Nora Afieqah.
            “Anne, kita lari sekarang? Jomlah...” lengan Aniss segera di tarik menuju ke pintu keluar.
            “Kau gila?” marah Aniss. Lengannya yang di pegang kemas oleh Nasha Athierah segera di tarik.
            “Aku...bukan ini yang aku mahukan, Anne. Aku.. aku tak boleh, Anne.” Hanya itu yang mampu di luahkan oleh Nasha Athierah.
            “Sha, dah terlambat kau nak menyesal sekarang. Pihak lelaki dah sampai pun. Majlis dah nak mula dah tu. Aku confirm mak kau mengamuk satu kampung ni nanti kalau kau berani buat perangai. Silap-silap dengan aku sekali kena cincang lumat!” kata Aniss separuh berbisik.
            “Anne, tolong aku...tolong aku....” Nasha Athierah duduk melutut sambil memeluk kaki Aniss. Cuba merayu simpati sepupunya itu.
            “Sha, bertenang dulu...bukan kau kata kau reda dengan jodoh ni ke? Kenapa sekarang nak tarik diri pula?” soal Aniss pelik.
            “Anne, dia kawan aku. Kawan baik aku. Aku sayang dia sebagai kawan. Aku tak mampu nak ubah rasa sayang dan hormat sebagai kawan kepada rasa cinta sebagai suami pada dia, Anne.” Nasha Athierah bersimpuh lemah di lantai. air mata sudah jatuh perlahan-lahan ke pipinya sedikit sebanyak mencemarkan wajahnya yang sudah di rias cantik oleh juru andam.
            Aniss duduk melutut berhadapan dengan Nasha Athierah. Suasana sepi antara mereka buat seketika kerana sayup-sayup di luar sana kedengaran pihak lelaki dan pihak perempuan sedang berbalas-balas pantun. Adat orang melayu.
            “Tolong aku, Anne.” Pinta Nasha Athierah perlahan.
            “Kak boleh keluar sekarang, Mak panggil ke depan.” Nora Afieqah menjengukkan kepala di sebalik pintu.
            “Kak?” pelik dia melihat kakaknya yang sedang duduk bersimpuh di hujung sana bilik sambil membelakanginya bersama-sama kakak sepupunya itu.
            “Aa, kejap lagi kami keluar.” Aniss menjawabkan bagi pihak Nasha Athierah yang hanya tunduk tanpa reaksi.
            Pintu bilik di rapatkan.
            “Sha, please. It’s too late to regret now. Ini pasal maruah keluarga,Sha. Orang kampung ramai kat luar sana tu. Aku minta maaf,” Aniss menarik bahu Nasha Athierah merapatinya. Tubuh sepupunya itu di peluk mesra.
            “No, Anne. Aku tak boleh teruskan majlis ni. Aku sayangkan Adney sebagai kawan baik aku. Aku tak mahu dia terseksa dengan ikatan ni di kemudian hari. Cinta aku bukan untuk dia. Dan yang paling penting, kami berdua bekerja dengan lelaki yang aku cinta. Mustahil dia tak terguris hati dengan apa yang bakal berlaku kelak. Aku tak berani jamin aku boleh alih rasa cinta aku pada dia, Anne...” Nasha Athierah masih tak berputus asa menerangkan pada Aniss tentang apa yang di rasakannya ketika itu.
            “Kak, cepatlah. Bakal mak mertua akak nak sarung cincin ni.” sekali lagi kedengaran suara Nora Afieqah di sebalik pintu yang terbuka kecil.
            Nasha Athierah memandang wajah Aniss di hadapannya sebelum bingkas bangkit.
            “Fine,” kata Nasha Athierah sepatah. Beberapa helai tisu di atas meja solek di tarik keluar dari kotak. Wajahnya di rapikan serba sedikit sebelum dia mengatur langkah keluar daripada bilik.
            Aniss laju mengejar langkah Nasha Athierah.
            “Sha, jangan buat bukan-bukan...” Aniss cuba memujuk dengan suara yang perlahan.
            Sepi. Sebaik sahaja dia melangkah keluar daripada bilik, suasana yang tadinya riuh dengan gelak tawa serta merta senyap sepi.
            Semua mata tepat memandang ke arahnya.
            “Assalamualaikum, semua hadirin.” Nasha Athierah mengumpul kekuatan untuk meneruskan kata.
            “Terima kasih hadir pada majlis saya ni, dan minta maaf.” Nafas di tarik dalam sambil matanya memandang sekilas dulang hantaran yang sudah di atur cantik di tengah ruang.
            “Minta maaf pada pihak lelaki, tapi majlis ini perlu di batalkan.” Sejurus itu, keadaan kembali kecoh. Hadirin bercakap-cakap sesama mereka.
            Puan Hayati yang baru muncul dari ruang dapur mencerun pandang pada Nasha Athierah yang masih berdiri tegak di tengah ruang.
            “Atie! Apa kamu buat ni?!” tubuh Nasha Athierah di goncang beberapa kali.
            “Mak, Atie minta ampun minta maaf...Atie..”
            “Maaf ye. Ada salah faham ni. Sekejap, kami mohon sedikit masa..” pinta Puan Hayati pada wakil pihak lelaki yang sudah bereaksi terkejut.
            “Sila, sila.” Seorang lelaki yang bertindak sebagai ketua rombongan wakil pihak lelaki tadi berkata.
            “Tak ada salah faham, mak.” Jawab Nasha Athierah perlahan.
            “Adney, maafkan saya. Saya tak mahu awak terluka dengan ikatan pertunangan kita ni.”wajah Megat Adney yang jelas terkejut dengan keputusannya tadi di tatap sayu. Pasti hati lelaki itu bakal terguris dengan keputusannya ini. Namun jika dia tidak bertindak begini, luka di hati kawan baiknya itu pasti lebih parah nanti.
            “Ikatan pertunangan kita? Apa awak cakap ni, Sha?” Megat Adney sudah bangkit merapati Nasha Athierah.
            “Akak...” Nora Afieqah sudah memaut lengan Nasha Athierah.
            “Saya minta maaf, Adney. Kita tak boleh teruskan majlis pertunangan dan pernikahan kita petang nanti.”luah Nasha Athierah dengan mata yang sudah kembali berkaca-kaca.
            “Apa akak merepek ni? Kenapa nak batalkan majlis?” soal Nora Afieqah separuh berbisik.
            “Dia...”
            “Siapa dia?” soal Nora Afieqah.
            “Ha?” segera Nasha Athierah berpaling memandang Nora Afieqah. Biar betul abang ipar kesayangan sendiri pun budak ni dah tak cam?
            “Apa ni Pikah? Abang Ad kamu ni lah,” Nasha Athierah memandang wajah Megat Adney silih berganti dengan Nora Afieqah.
            “Atie, kenapa ni?” soal satu suara yang secara tiba-tiba sahaja muncul di muka pintu.
            Nasha Athierah dan Megat Adney segera menoleh.
            “Mak cik Wahi?” bagai tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Nasha Athierah kaku terkesima. Ibu Ammar Adwan! Bagaimana pula dia boleh ada di sini?
            “Akak, apa akak merepek ni? Pikah tak kenallah lelaki ni siapa. Abang Ad apanya pula...?” soal Nora Afieqah sambil menggaru kepalanya yang bertudung.
            “Ha? Bukan Megat Adney ni ke bakal suami...?” Nasha Athierah keliru.
            “Sha, awak salah faham ni.” ucap Megat Adney sambil menyembunyikan senyumannya.
            “Bukan saya yang bakal menjadi suami awak petang nanti, tapi anak Mak cik Wahi awak ni.” ucap Megat Adney sambil tersenyum memandang ke arah Puan Wahidah.
            “Ha?!” bergema seluruh rumah dengan suara Nasha Athierah yang terkejut beruk.
            “Makk..ciik...Wahi...aappa yang jad..jadi ni?” bagai tak terkeluar kosa kata dari mulutnya dek kerana debaran yang entah dari mana datangnya.
            “Kamu tak tahu lagi?” soal Puan Wahidah sambil menghampiri Nasha Athierah.
            “Kamu tak kasi tahu pada dia lagi ke Pikah?” soal Puan Hayati pada Nora Afieqah pula.
            “Eh? Pikah ingatkan akak dah boleh agak siapa lelaki yang kami maksudkan sebab ciri-ciri yang akak tanya pada Pikah tu memang betul dengan Abang Ad...” Nora Afieqah menjawab takut-takut.
            “Habis yang Pikah panggil Abang Ad tu kenapa pula. Siap kata dia kawan akak kan? So, seingat akak, kawan akak yang ada nama AD cuma inilah saja orangnya. Megat Ad-ney.”jawab Nasha Athierah sambil matanya mencerun memandang Nora Afieqah.
            Nora Afieqah tepuk dahi sendiri. Ya ampun! Kakak aku yang sorang nilah...!
            “Abang Ad yang Pikah maksudkan bukan Megat Ad-ney ni. Tapi Ammar Ad-Wan.” Nora Afieqah menjelaskan situasi.
            “Haa??!!” sekali lagi Nasha Athierah terkejut besar. Siapa yang Pikah ni sebut tadi?!
            “Ye, Atie. Bakal menantu mak tu namanya, Ammar Adwan. Aus, mana kad yang Tok Mi minta kamu bawa tadi?”pinta Puan Hayati. Anaknya yang seorang ni jika tak ada bukti yang kukuh memang banyak tanyanya nanti.
            “Nah. Ni, kad jemputan yang dah Abang Aus kamu edarkan pada orang kampung semua.” Sampul surat berwarna light purple itu di serahkan pada Nasha Athierah.
            Dengan tangan yang sudah menggeletar menahan debar, kad jemputan di tarik keluar dari sampul khas tersebut.
            Tertera nama Ad& Sha di muka hadapan. Kad cantik berwarna dark purple itu di buka. Gambar dia dan ....
            Wajah Puan Hayati di pandang silih berganti dengan wahah Puan Wahidah.
            “His, akak buat drama apa ni?” bisik Nora Afieqah perlahan sambil mengelap sisa air mata di wajah Nasha Athierah.
            Nasha Athierah terkebil-kebil sendirian memandang wajah hadirin yang hadir. Terasa darah turun dari kepalanya lalu...
            “Akak!”
            Nora Afieqah segera menangkap tubuh Nasha Athierah yang melorot jatuh. Aniss segera memangku tubuh Nasha Athierah.
            “Sha?!!”
            Megat Adney kaget.
            “Atie!!!”
            Puan Hayati dan Puan Wahidah tersentak.
            Hadirin pula kembali riuh apabila cik bakal pengantin yang tiba-tiba rebah setelah tamat ‘drama sebabak’nya tadi.

           
            “Say what?!!” Ammar Adwan bangkit dari duduk.
            “Oookayy. Kejap, nanti aku datang.” Ucap Ammar Adwan sebelum menamatkan panggilan.’
            “Apasal bang?” soal Amir Adwa yang sedang duduk memangku Erina Casandra yang sedang bermain Pspnya
            “Nasha Athierah binti Ahmad Nasir. Pitam.”
            “Ha?!!!” Amir Adwa turut terkejut besar dengan berita yang tak di sangka itu.
            “Eh, nak ke mana bang?” Amir Adwa sudah bangun menahan Ammar Adwan yag sudah mengatur langkah ke pintu keluar.
            “Pergi sana. Risaulah,”
            “Eh...mana boleh buat macam tu you. Hilang seri pengantin nanti you!” seorang lelaki    berbaju melayu dengan lemah gelamainya menarik tangan Ammar Adwan daripada pintu.
            “You duduk diam-diam sini je, abang...” tangannya sudah menari-nari di udara dengan mulut yang masih terkumat-kamit membebel.
            “Abang stay sini. Biar Am check keadaan kakak ipar Am kat sana ye,” Amir Adwa menawarkan diri.
            “That’s brilliant.” Lelaki lembut tadi berkata sambil tangannya membetulkan kedudukan baju persalinan Ammar Adwan yang masih tergantung elok.
            “Yelah. Nanti apa-apa hal, call abang.” Ammar Adwan mengalah juga akhirnya.
            Sambil berlari-lari anak ke muka pintu untuk menyarung selipar, Amir Adwa sempat menelefon ‘kroni’nya di pihak sana.
            “Hello, Afie. Macam mana keadaan Kak Atie?” soalnya laju sebaik panggilan bersambut.
            “Ha?!” Amir Adwa beku di sisi keretanya sebaik orang di sana talian menghabiskan bicaranya.
            “Seriously?” soal Amir Adwa tidak percaya.
            Spontan pecah tawanya ketika itu juga. Sekilas wajah abangnya, Ammar Adwan yang berdiri di beranda rumah di pandang dengan senyuman.
            “Abang, Pikah kata dont worry,sebab...”Amir Adwa senyum sambil membisikkan hal sebenar kepada Ammar Adwan.
            “Ya ALLAH...” Ammar Adwan mengusap dada sendiri untuk menghilangkan debaran dek kerana risau bukan kepalang menerima berita tersebut tadi.
            “Kartun betul dia ni..” gumam Ammar Adwan bersama gelengan kecil. Tiba-tiba teringat hal perlanggaran di hadapan bangunan syarikat dulu. Boleh pula pura-pura pengsan sebab nak cover malu punya pasal kan?
            Tapi itulah dia  Nasha Athierah yang berjaya membuatkan dia tidak tenang hati selagi belum memiliki si gadis itu. Itulah juga insan yang berjaya membawa rasa cinta ke hatinya.
           
           
            Doa mulai kedengaran di seluruh ruang rumah sejurus usai upacara akad nikah tadi.
            Nasha Athierah yang duduk bersimpuh di atas mini pelamin di ruang tengah tidak berani langsung memanggung kepalanya memandang ke hadapan sejak awal acara majlis pernikahan lagi.
            Sebentar tadi, terlaksana sudah impian dan harapannya selama ini. Ammar Adwan adalah lelaki yang duduk berjabat tangan dengan jurunikah tadi. Ammar Adwan juga bergelar suami yang di pilih oleh keluarganya. Lelaki yang memiliki hatinya.
            ‘Kamu akan berterima kasih pada mak untuk perkahwinan ni nanti. Calon pilihan kami adalah yang terbaik.’ Bagai terngiang-ngiang kata-kata emaknya semalam. Mengenangkan itu semua, air matanya mengalir laju. Lantas tubuh Puan Hayati yang menemaninya sedari tadi di sisinya dipeluk kejap.
            “Terima kasih, mak....” bisik Nasha Athierah perlahan. Ya ALLAH, Engkaulah sebaik-baik perancang...
            “Dah, apa menangis macam ni? Kamu tu bukan budak kecik lagi nak menangis sampai comot macam ni. Tu, Wan datang. Pergi ikut solat sunat sekali kat dalam.” Puan Hayati mengusap lembut belakang tubuh Nasha Athierah yang masih tidak melepaskan pelukannya.
            Nasha Athierah hanya akur. Sebuah senyuman  di berikan pada Ammar Adwan ketika pandangan mereka bertemu sewaktu lelaki itu berjalan melintasinya untuk ke bilik pengantin.
            Sunyi dan tenang sekali suasana sebaik Ammar Adwan mengangkat takbir untuk memulakan solat. Nasha Athierah hanya menurut. Crown dan veil  sudah di tanggalkan daripada kepalanya dan di gantikan dengan kain telekung yang menjadi salah satu barang hantaran pagi tadi.
            Setelah usai memberi salam dan membacakan doa ringkas, Ammar Adwan berpaling mencari seraut wajah milik si isteri.
            Aniss sudah membantu Nasha Athierah membuka telekung sebelum memasang kembali crown dan veil di kepala Nasha Athierah.
            “Assalamualaikum,” Ammar Adwan berkata perlahan selepas dia duduk melutut berhadapan dengan Nasha Athierah yang masih menunduk.
            “Wa..wa’alaikumsalam,” antara dengar dan tidak Nasha Athierah menjawab.
            Sebentuk cincin di sarung ke jari manis Nasha Athierah. “Semoga ALLAH lindungi rumah tangga kita. Semoga ikatan suci ini di berkati-NYA, dunia dan akhirat.”Ammar Adwan berbisik perlahan ke telinga Nasha Athierah sebelum mengucup lembut dahi si isteri.
            “Aiih!! Sekali lagi. Tak sempat nak snap apa pun...” kedengaran suara Amir Adwa yang mengomel tak puas hati. Beberapa suara di belakangnya menyokong kata-kata Amir Adwa membuatkan si adik tersenyum lebar pada si abang yang sudah merona merah muka.
            “Err...” Ammar Adwan betulkan kedudukan songkok di kepalanya. Kalau tak payah ulang tak boleh ke?
            “Alah, abangkan suka? Hehe, cepat-cepat!” Amir Adwa sudah menepuk bahu abangnya itu.
            “Papa...” suara comel yang kedengaran di tepinya membuatkan Ammar Adwan segera berpaling.
            “Come, sayang.” Tangan Erina Casandra di tarik menghampirinya.
            “Cepat, salam mama, Erina.” Ammar Adwan berbisik perlahan ke telinga si comel itu. Sejak semalam lagi dia sudah menjelaskan segalanya pada Erina Casandra tentang kehadiran Nasha Athierah ke dalam keluarga mereka.
            Wajah papanya di pandang sejenak sebelum Erina Casandra akur dengan permintaan Ammar Adwan itu.
            “Erina, senyumlah. Nanti gambar tak ayu...” Amir Adwa mengusik si kecil yang sedang tayang muka ketat tanpa segaris senyuman pun.
            Erina Casandra tidak menjawab sebaliknya semakin mengeratkan pelukannya pada Ammar Adwan.
            “Erina Casandra binti Amran Adli, please.  Senyumlah sikit sayang,” Amir Adwa menghampiri Erina Casandra sambil pipi si kecil itu di cubit manja.
            Nasha Athierah yang hanya jadi pemerhati keakraban dan kemesraan Ammar Adwan dan si kecil yang comel berbaju kurung moden itu spontan menoleh pada Amir Adwa.
            ‘Rasanya Am bukan sebut Ammar Adwan tadi...’Erina Casandra binti Amran Adli kan?
            ‘Jadi...budak kecil ni bukannya...’wajah Ammar Adwan yang sedang mencuri pandang padanya di tatap lama.
            Mengenangkan hal yang satu itu, entah kenapa hatinya meluahkan kelegaan dalam diam. Namun, cerita sebenarnya masih belum di ketahuinya.
            ‘Biarlah dulu, nanti kan boleh tanya terus pada dia...’ Nasha Athierah menjatuhkan pandangan kepada Erina Casandra yang sedang duduk di atas pangkuan Ammar Adwan. Melihatkan wajah si kecil itu yang sudah mula menguntumkan senyuman kecil apabila di sakat oleh adiknya Nora Afieqah membuatkan hatinya di sapa satu rasa yang aneh.
            Tanpa menunggu lama, Nasha Athierah merapatkan lagi kedudukannya dengan Ammar Adwan. Senyuman di lemparkan pada si suami yang juga sedang memandang ke arahnya.
            Melihatkan pergerakan Nasha Athierah yang semakin menghampirinya, Ammar Adwan mula rasa tidak betah. Wajahnya serta merta terasa panas.
            Ruangan bilik pengantin jadi sepi apabila Nasha Athierah mula bergerak merapatkan lagi kedudukannya pada Ammar Adwan.
            “Laaahhhhhhh.....” riuh kedengaran keluhan hadirin yang ada apabila jangkaan mereka meleset sama sekali.
            Nasha Athierah yang sedikit terpinga-pinga dengan riuh suara hadirin yang sibuk mengusik itu ini di belakangnya meneruskan juga niatnya untuk mengucup kedua belah pipi mulus si comel Erina Casandra yang masih memeluk erat Ammar Adwan.
            Amir Adwa sedang berdekah-dekah ketawa di sebelah Ammar Adwan. Nora Afieqah pula sedang sengih panjang. Tok Mi sedang sembunyi senyum sambil Puan Hayati dan Puan Wahidah saling berbalas senyuman.
            Ammar Adwan menghela nafas perlahan. Fuuuhhh, ingatkan Nasha Athierah binti Ahmad Nasir ni dah hilang akal sampai nak buat babak-babak sensetif itu di halayak umum ni tadi.
            Sekali lagi Ammar Adwan mencuri pandang wajah Nasha Athierah di sisinya. Tanpa di pinta, mudah sahaja senyuman mekar di bibirnya.
            ‘I love you, dear.’ Hati berbisik perlahan.
            “Abang, kejap lagilah kalau nak main tenung-tenung tu kan? Sekarang, kita ambil gambar satu family dulu ye?” suara Amir Adwa di sebelahnya membuatkan Ammar Adwan tersedar daripada dihanyutkan perasaan sendiri. Dia hanya tersenyum sedikit sambil membetulkan kedudukan Erina Casandra di atas pangkuannya.
            Masing-masing mula mengambil tempat untuk bergambar. Beberapa gaya di lakonkan sebagai penambah variasi koleksi gambar-gambar kenangan.
            Buat  seketika, cahaya flash memenuhi ruang bilik.
            “Aniss,” Nasha Athierah segera mengangkat wajah apabila terdengar suara Ammar Adwan memanggil sepupunya itu. Kini hanya tinggal Amir Adwa, Nora Afieqah, Erina Casandra dan Aniss sahaja di dalam ruangan tersebut. Nora Afieqah sibuk membelek gambar-gambar yang di ambil oleh Amir Adwa di dalam kamera. Erina Casandra masih di pangkuan Ammar Adwan.
            Aniss mengangguk sebelum bergerak ke meja solek.
            Aih?
            Nasha Athierah hanya memerhati dengan kerutan di dahinya. Sejak bila pula kotak hadiah yang di berikan oleh Ammar Adwan malam kelmarin tu ada di situ? Yang paling penting, seingatnya dia tidak membawa sekali benda itu bersamanya sewaktu pulang ke kampung pagi semalam.
            “Ini dia.” Aniss mengambil tempat di sebelahnya.
            Ammar Adwan mencapai kotak yang di hulurkan oleh Aniss.
            “Ingat lagi benda ni?” soal Ammar Adwan.
            Nasha Athierah berkerut dahi. Apa tak ingatnya? Sikit lagi dia nak pitam masa tengok isi kotak hadiah yang di berikan Ammar Adwan.
            “Saya cakap kalau ada jodoh, takkan ke mana kan?” Ammar Adwan tersenyum cantik.
            Nasha Athierah makin berkerut dahi. Memang pada malam yang sama, Ammar Adwan ada menelefonnya. Lelaki itu memang menuturkan kata-kata yang sama seperti yang di ucapkannya tadi kepadanya pada malam itu.
            Amir Adwa datang menghulurkan satu lagi dulang hantaran yang di hias cantik.
            “Meh, duduk dengan pak su sekejap sayang,” tangan kecil Erina Casandra di capai lalu si kecil itu di pimpin mengikuti langkahnya.
            Seutas gelang tangan di bawa keluar oleh Ammar Adwan lalu di kenakan pada pergelangan tangan kanan Nasha Athierah.
            Nasha Athierah terdiam seribu bahasa. Hanya membiarkan perlakuan Ammar Adwan yang sedang mengenakan satu persatu buah rantai mutiara yang di terimanya malam kelmarin.
            “Special for you, dari Sabah.”Ammar Adwan membuka cerita berkenaan asal usul lima butir mutiara yang di berikannya pada si isteri.
            Nasha Athierah hanya mengangguk perlahan. Tergamam dengan kecantikan gelang tangan yang sudah ada di pergelangan tangannya.
            “Tahu kenapa ada lima sahaja?” soal Ammar Adwan, cuba memecah sepi antara mereka berdua.
            Amir Adwa, Nora Afieqah dan Aniss hanya menjadi pemerhati setia sambil masing-masing menguntum senyuman. Berkongsi kebahagiaan suami isteri itu.
            Lima butir mutiara sudah selesai di kenakan pada gelang bertatahkan batu permata itu. Ammar Adwan menggenggam erat kedua belah tangan Nasha Athierah.
            “Ni je yang tinggal kat kedai tu?” Nasha Athierah sembunyi senyum dengan jawapannya.
            Semua yang ada spontan terlepas tawa dengan jawapan Nasha Athierah.
            Ammar Adwan terus tunduk meraup wajahnya. Habis punah mood romantika dia dek kerana jawapan selamba santai spontan daripada si isteri.
            “Bukan...” Ammar Adwan tersenyum mengenangkan perangai naif si isteri.
            “Cuba lagi, kalau salah kali ni saya denda awak.” Ammar Adwan berkata dengan nada berseloroh.
            Nasha Athierah tertawa kecil melihatkan reaksi Ammar Adwan tadi.
            “Maaf. Tapi sejujurnya, saya tak tahu apa sebabnya. Awak tak kesiankan saya ke? Takkan sampai nak denda saya...” Nasha Athierah berkata perlahan. Macam terlebih manja pula intonasi suaranya.
            “Aaaaa. Pikah, jomlah kita keluar. Biarlah pengantin baru ni habiskan masa berdua dulu...” Amir Adwa sudah bangkit mendukung Erina Casandra.
            “A’ah-lah. Macam salah tempat je kita nak bersantai kan?” Aniss pula menggiat.
            “Hahaha. Jomlah, nanti diorang tuduh kita kacau daun pula kan?”Nora Afieqah siap kelip-kelip mata pada Nasha Athierah.
            “Tak nak, Erina nak duduk dengan papa...” Erina menggapaikan tangannya ke arah Ammar Adwan.
            “Err, Erina. Kita jalan-jalan kat luar nak? Eh, best tau ada ramai kawan dekat luar. Ada banyak muffin lagi kat luar tu..” Amir Adwa membawa kakinya melangkah ke pintu bilik sambil mulutnya tak henti-henti memujuk Erina Casandra.
            Taapp.
            Pintu sudah di rapatkan.
            Nasha Athierah terus menundukkan kepalanya. Terasa debaran yang sedikit reda tadi kembali berombak kencang apabila hanya mereka berdua di dalam ruangan itu kini.
            “Okaylah. Biar abang berterus-teranglah. Jangan risau, sebab abang takkan sampai hati nak denda sayang pun...” luah Ammar Adwan perlahan.
            Spontan Nasha Athierah mengangkat muka memandang wajah Ammar Adwan sekejap sebelum kembali menunduk.
            ‘Tadi saya-awak. Tiba-tiba sekarang dah jadi abang-sayang pula?’
            ‘Aduhai....macam nak terkeluar sahaja rasanya jantung ni...’Nasha Athierah makin jadi penasaran.
            “Lima butir mutiara ni adalah untuk satu ayat yang mempunyai lima perkataan ni.” beritahu Ammar Adwan.
            Seketika, dia berjeda sebentar sebelum menyambung bicaranya.
            “I,”
            “Love,”
            “You,”
            “So,”
            “Much,”
            Pertama kalinya, Ammar Adwan mengungkapkan rahsia hatinya tentang sebuah rasa yang di panggil cinta buat gadis idamannya, Nasha Athierah yang kini sudah sah sebagai isterinya.
            Nasha Athierah yang asyik menunduk sedari tadi tergamam sambil matanya membalas pandangan redup milik Ammar Adwan.
            Bohonglah andai dia tidak rasa terharu dengan pengakuan dan ucapan istimewa itu. Apatah lagi jika ayat keramat itu di ucapkan insan yang kita cintai kan?
            “Terima kasih...” tutur Nasha Athierah dengan mata yang sudah berkaca.
            “Kasih di terima,” Ammar Adwan tersenyum sambil jarinya bergerak mengapuskan air mata yang mulai jatuh ke pipi Nasha Athierah.  Seketika kemudian, gadis itu di tarik ke dalam pelukannya. Buat pertama kalinya.
            “Sekejap!” tubuh Ammar Adwan tanpa sengaja di tolak sedikit.
            “Kenapa?” soal Ammar Adwan. Terkejut di buatnya apabila secara tiba-tiba pelukannya di rungkai kasar tadi.
            “Awak...tak, maksud saya Erina Casandra..dia...?”
            “Kenapa dengan Erina, sayang?” soal Ammar Adwan.
            “Dia....bukan anak awak ke?” soal Nasha Athierah. soalan Ammar Adwan di balas dengan soalan lain pula.
            Ammar Adwan yang pada asalnya sedikit tersentak dengan soalan Nasha Athierah mulai mengukir senyuman.
            “Awak rasa?” duga Ammar Adwan.
            Nasha Athierah bungkam. Dia takut mahu menduga lebih jauh. Dia takut seandainya jangkaannya meleset, harapannya berkecai...
            “Dia anak abang sulong saya, Amran Adli.” Ammar Adwan tidak sampai hati mahu terus berteka-teki lebih lama dengan Nasha Athierah. Lebih baik dia berterus terang sekarang juga.
            “Ini perkahwinan pertama saya. Awak adalah isteri saya yang pertama, dan insyaALLAH, isteri saya yang terakhir juga. Tiada lagi sesiapapun selepas mahupun sebelum awak di hati saya.” Ammar Adwan mengukir senyum buat Nasha Athierah.
            “Sebelum ni, mati-mati saya ingat awak dah pernah berkahwin. Erina Casandra tu anak awak. Macam-macam andaian dah muncul dalam kepala saya ni pasal awak...”
            Nasha Athierah terdiam apabila terasa pipinya di sentuh lembut oleh bibir Ammar Adwan.
            “Patutlah, setiap kali nampak saya je mulalah nak emo ye?” Ammar Adwan tertawa kecil dengan wajah terkejut Nasha Athierah. Bukan dia tak tahu, dekat office tu ada gossip yang mengatakan dia ni duda hot. Haha, duda amendanya kalau berkahwin pun belum pernah?
            Terkebil-kebil Nasha Athierah memandang wajah Ammar Adwan yang sedang merah padam di hadapannya.
            “Paling teruk, mati-mati saya ingat saya akan berkahwin dengan Megat Adney pagi tadi sebab si Pikah tu sibuk gelar awak ‘Abang Ad’. Saya dah siap cakap nak batalkan majlis lagi tadi. Nasib jelah, mak tak cincang saya sampai lumat dengan parang panjang dia tu.”Nasha Athierah mengadu pada Ammar Adwan.
            “Banyak betulkan salah faham yang dah tercetus? So, konklusinya, dalam sesuatu perhubungan, komunikasi yang berkesan amat penting. Kalau ada apa-apa masalah, kita kena cakap dengan jujur, pada pasangan kita supaya...”
            Ammar Adwan beku tak berkutik. Bicaranya mati serta merta. Hanya matanya yang bergerak merenung wajah si isteri yang sudah berkira-kira untuk bangkit berlalu dari situ.
            Nasha Athierah tidak menunggu lama untuk bangkit daripada duduknya.
            “Sorry, tapi saya kena keluar ni. Nak jumpa tetamu kat luar sana tu,” Nasha Athierah segera berlalu ke pintu bilik. Sebelah tangannya menampar manja pipi sendiri sambil bibirnya mengukir senyuman malu.
            ‘Aiyaa! Macam mana boleh ter-kiss dia pula ni?’ pintu bilik di rapatkan sebelum kakinya laju sahaja menuju ke luar rumah.
            Ammar Adwan tersenyum lebar sendirian di dalam bilik. Pipi kanannya di usap perlahan. Masih terasa sentuhan bibir Nasha Athierah di situ tadi.
            ‘Boleh tahan nakal juga dia ni rupanya,’Ammar Adwan senyum lagi.
            Segera juga dia bangkit berdiri sebelum berlalu menuju ke luar rumah. Takkan nak terperap sorang-sorang dalam bilik ni pula kan?
            Lagipun, wanita kesayangannya juga pastinya sedang berada di luar untuk berjumpa dengan para tetamu.


_____________________
HI:)
1. Aiihh, arin memang selalu update lambat. ampun ye ^^
2. Taraaaa, ini dia perkahwinan tergempar abang ammar adwan kita. 
3. Boleh tinggalkan komen jika sudi:D
4. Thanks for everything sayangs:)


            

12 comments:

mizz acu said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ahaks! Kesian atie.. Depa ni laaa.. Mcm2 hal... Tp mujur sume da slamat!
Erina cm xsuke ngn atie jerr?? Allaa.. Xmau la cmtu.. Sian atie nti :(

aR_aD (nAbA) said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best3..

fatiah yusoff said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wah.. bling2... huhuhu... nak new n3

ani man said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kah kah kah...mmg x sia2 tunggu n3 lama baru muncul ngan perkahwinan tergempar atie ngan wan,superb mmg gelak tergolek baca n3 kali ni....good job cik writter & congratz tuk 1st novel akan kluo nnt....nak lg plez tp jgn lelama coz nak tau cite pengantin baru ni ape cer lepas tu?mmg meletop kebabom lah kalini....hihihi

ciknie said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hahahahaha..siap sruh btalkn mjlis lgi,2 la slah fham nsib baik smpat trangkan hal sbnar..akhirnya khwin da

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@mizz acu

hehe, erina ohhh erina. kita tunggu mcmmne pula penerimaan si kecil tu pada 'mama' baru dia ye^_^

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@aR_aD (nAbA)

thanks ^_^

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@fatiah yusoff

hihi, jgn risau. akan ada entry baru, tp bukan dlm waktu terdekat ni. agk sibuk dgn Qaseh Nuralia Imani, tak sempat nak jenguk abang ammar:)

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@ani man

alamakkk, wuwuwu. ampun, lately busy dgn satu dua benda utk Qaseh Nuralia Imani...tak sempat nk jenguk abng ammar dgn sya.=_="

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@ciknie

hihi, yelahhh. kalau tidak ada yang meraung 3 hari 3 malam kang;)

Triana Wedding Belles - Weddings and So Much More said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Arin....akak keliru skt.....knp ek atie tak kenal mak si ammar tu....bkn ke adney dah bwk gi jumpa....sat lg bkn ke atie dah dengar cerita psl ammar tu masa jumpa ngan makcik yg adney knlkan tu.....

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Triana Wedding Belles - Weddings and So Much More

ohh ya. mungkin ada yg sy terlepas pandang dan tak jelaskan dengan sempurna di sini. my bad, terima kasih atas teguran, nnti sy check dan betulkan semula ya<3