My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

08 May 2012

Aurora Hidupku 9


Aurora 9


            Sharlyna menekur pandang pada wajah lelaki yang baru sahaja beberapa jam lepas memegang status sebagai suaminya. Dia mengeluh lagi. Matanya dipejam rapat. Berharap segala yang berlaku hari ini hanyalah mimpi semata. Pergilah mimpi ngeri...pergilah kau sejauh mungkin...
            Nafas di tarik dalam sambil matanya kembali dibuka perlahan. “Astagfirullahalaziimm!” spontan Sharlyna melompat ke belakang dek kerana terkejut sehingga menyebabkan dia jatuh bergolek ke lantai.
            “Aduh..”punggungnya yang jatuh menyapa lantai konkrit tadi diusap perlahan. Sakit!
            “What are you doing here?”serak suara milik susuk tubuh manusia yang membuatkan dia tergolek tadi bertanya. Lelaki itu masih duduk tegak 90 darjah ditengah katil pengantin yang di hias indah.
            “Adam kata bos kena makan ubat tadi sekarang..”dengan susah payah Sharlyna bangkit . “Ni bonda ada masakkan bubur nasi. Bos makanlah.” Ucap Sharlyna tenang sambil menunjukkan mangkuk berisi bubur yang dimaksudkannya di atas kabinet sisi. Sekilas dia mengerling ke wajah ‘Bos’ nya yang sedari tadi tak lepas merenung tajam ke arahnya. Apa pulak dia ni?
            Ashraf masih merenung tajam wajah Sharlyna yang jelas kelihatan serba salah. Mungkin gadis itu tidak selesa dengan keadaannya yang hanya menyarung seluar bermuda dan bersinglet ringkas. ‘Siapa suruh tak tolong bawa naik beg baju aku tadi.’
            “Bos makan okay. Nanti boleh terus makan ubat ni..” plastik berisi ubat-ubatan yang diberikan pihak hospital tadi diletakkan bersebelahan mangkuk berisi bubur tadi.
            ‘Bos, bos, bos! Tak habis-habis!!’ getus hatinya. Hatinya bertambah  sakit bila ulas bibir comel gadis dihadapannya ini berterusan memanggilnya dengan panggilan –BOS.
            “Tak larat. Kau tolong suap.”
            Tu dia...arahan mandatori dah mai dahh!       Sharlyna menelan liur. Garangnya suara. Dia marah ke?
            ‘Ah, pedulikan dia Lynn..’ hatinya berbisik perlahan. Tangannya terasa sejuk semacam tiba-tiba. ‘Kau takut apa ni Lynn? Mana perginya keyakinan kau selama ni..?’ hatinya memberikan kata semangat.
            Sejak kebelakangan ni dia sendiri merasa seakan tidak lagi mengenali dirinya sendiri. Sendiri pun dah rasa diri sendiri macam seorang penakut yang tak berguna. Keyakinan dirinya dulu habis terbang melayang bilamana kes khalwatnya dengan Ashraf dibicarakan dimahkamah syariah seminggu yang lepas.
            ‘Come on Lynn, sampai bila kau nak hidup tak bersemangat ni?’ hatinya masih memberi kata perangsang.
            “Tu buat apa tercegat lagi kat situ macam tugu peringatan?”Sinis Ashraf menyindir. Serta merta Sharlyna tersedar. Wajah Ashraf yang sudahpun bersandar dikepala katil ditatap sejenak.
            ‘Dia ingat dia je yang terpaksa dengan semua ni? Suka hati dia nak arah itu ini..??’ hati Sharlyna mula memberontak geram.
            “Apa lagi tu? Cepatlah!” Ashraf buat muka toyanya.
            Sharlyna menarik nafas dalam. Mengumpul segala kekuatan. Lelaki bermata biru ini patut diberi kesedaran moral!
            “Encik Ashraf, saya ni bukan secretary encik lagi, jadi encik tak ada hak nak arah saya buat itu ini sesuka hati.” Ucap Sharlyna tenang. Mencerun pandangan Ashraf padanya.
            “Kalau bukan bos, habis  apa?” sengaja Ashraf main tarik tali.  Mukanya masih maintain serius.
            Gulp! Perlahan Sharlyna menelan liur yang terasa kering. Ashraf tersenyum sinis.
            “Jangan ingat aku kahwin dengan kau ni sebab rela okay. Aku buat semua ni sebab fikirkan family aku..”ucap Ashraf tanpa nada. “Jadi aku ingatkan kau supaya, tak berharap yang bukan-bukan daripada aku..” sambung Ashraf lagi.
            Besar mata Sharlyna mendengar bicara selamba lelaki dihadapannya ini. Hatinya jadi panas tiba-tiba. “Awak ingat awak je yang terpaksa? Awak ingat saya ni terhegeh-hegeh nakkan awak?!” giliran Sharlyna pula yang menghamburkan  amarahnya.
            “Siapa yang paksa saya pergi Nilai? Kalau awak tak paksa saya ikut awak hari tu, benda ni takkan terjadi. Kita takkan jadi macam sekarang ni!”Tingkah Sharlyna meluahkan rasa geram yang semakin membukit di dalam hatinya.
             Ashraf merenung lama wajah Sharlyna di hadapannyan. Berkaca-kaca tubir mata bundar gadis itu. Lupa sudah pada saudara-maranya yang masih ramai diluar sana.
            “Awak ingat saya suka na..”mulut Sharlyna yang sememangnya sedang melepaskan amarahnya segera ditekup. Ish! Minah ni main jerit-jerit pulak!!
            Pintu bilik diketuk beberapa kali. Sebelum susuk tubuh neneknya tersembul dimuka pintu. Sepantas kilat tangan Ashraf yang tadinya menekup rapat mulut Sharlyna beralih jatuh ke pinggang gadis itu sambil menariknya rapat. Pelukan pada tubuh isterinya diperkemaskan lagi walaupun si empunya badan sedang menghantar jelingan maut. Coverr...coverrr...!
            “Kenapa berjalan merata ni Angah? Makin teruk pula demam kamu tu karang..” ucap Hajah Fatimah sambil menggeleng kepalanya perlahan melihat Ashraf dan Sharlyna yang sedang tegak terpacak ditengah-tengah bilik. “Er, ada apa nenek cari kami?” soal Ashraf tergagap-gagap. Alamak aii. Lupa da...nenek masih ada kat sini..janganlah dia dengar apa-apa..
            “Nenek baru lepas solat kat bilik sebelah tadi..dengar riuh saje tadi..tu yang masuk jenguk ni..” Hajjah Fatimah menjungkit keningnya sambil membetulkan spek matanya. “..kut lah demam kamu tu makin teruk ke..” dia memandang pula wajah Sharlyna yang masih lengkap bertudung atas ke bawah. Kemudian beralih pula pada cucunya yang santai bersinglet dan berseluar bermuda separas lutut. Erm!
            “..manalah tahu kamu tu nakal pergi buat benda bukan-bukan ke pada cucu baru nenek ni..”dengan senyuman mengusik, Hajah Fatimah masuk menghampiri mereka.
            “Kenapa mata merah ni Lynn? Macam baru lepas menangis saje?” tebak Hajah fatimah apabila melihat mata Sharlyna yang memerah.
            Sedaya upaya Sharlyna suba menampal senyum plastik di wajahnya. “Tak adalah..”
            “A’ah nek, untuk pengetahuan nenek, isteri kesayangan cucu nenek ni manja sangat orangnya..”sempat pipi Sharlyna dikucup sayang. “Dia risau sangat dengan demam Ash ni dan beria memujuk nak bawa Ash rehat kat wad hospital sampai meleleh airmata ni..” hidung comel Sharlyna dicuit mesra. Buntang mata Sharlyna. Panas hatinya ditahan sahaja. Buat sesuka hati dia lagi!
            “Lah..ye ke? Jangan risaulah Lynn, insyaAllah kebah demam suami kamu ni nanti. Adam kata tak serius sangat. Lepas makan ubat, insyaAllah okaylah dia ni.” wajah Sharlyna dipandang lama. “Kalau macam tu, tak pelah, nenek turun dulu..”ucap Hajah Fatimah. Biarlah cucunya itu menghabiskan masa dengan isterinya.
            Taapp. Pintu bilik di rapatkan semula. Serentak itu, Sharlyna menyiku perut Ashraf yang masih memeluknya kemas. Menyeringai muka Ashraf menahan sakit. ‘Berbisa juga penangan perempuan ni..’ perutnya yang terasa senak diusap perlahan.
            “Awak ingat saya ni anak patung? Suka hati nak peluk cium saya?!” marah Sharlyna sambil bercekak pinggang. Bosnya ini tidak boleh diberi muka! Mata keranjang! Kaki perempuan!
            “No. Kau bukan anak patung..”balas Ashraf. Otaknya sedang merancang sesuatu. Langkahnya kembali mendapatkan Sharlyna. “Tapi BONEKA aku.” Ucap Ashraf senafas. Langkahnya deras diatur merapati Sharlyna. Sharlyna kecut perut melihat Ashraf yang seakan mahu ‘menerkam’nya. Terus dia mengesotkan dirinya sedikit. Cuba melarikan diri.
            Eh?
            Ekor matanya mengekori langkah deras Ashraf yang baru sahaja masuk ke dalam bilik air. Cess! ‘Ingat nak buat benda bukan-bukan kat aku tadi.’Sharlyna menarik nafas lega.
            Tapi..BONEKA? Dia anggap aku ni boneka dia? Entah kenapa hati Sharlyna terasa pedih. Rawan tiba-tiba. Lantas sebuah jelingan tajam dihalakan ke arah pintu bilik air.
            “Takkan! Aku takkan biarkan kau buli aku..takkan!” bisiknya antara dengar dan tidak. Langkahnya sudah mahu diatur keluar bilik tetapi bunyi aneh dari bilik air mematikan langkahnya. Dahinya berkerut lagi. Telinganya cuba menangkap bunyi sebenar yang didengarnya.
            “Ah, biarkan!” putusnya. Baru selangkah diatur, sekali lagi bunyi aneh itu mengganggunya. ‘Sejak bila kau kejam ni Lynn? Kut nanti apa-apa yang buruk jadi kat mamat tu, kau juga yang jadi janda hanya selepas beberapa jam usai akad nikah..tanpa malam pertama..’
            Erk? Yang malam pertama tu perlu ke nak beritahu semua orang? Heh! Typical minded betul..
            Langsung tak jadi langkahnya diatur keluar dari bilik itu. Pintu bilik air diketuk beberapa kali.
            “Awak, awak okay tak ni?” soal Sharlyna acuh tak acuh. Malas mahu ambil peduli sebenarnya, tapi nak buat macam mana, jadi apa-apa nanti jenuh pula dia nak menjawab dengan semua orang.
            Senyap. Eh? Pengsan lagi ke bos aku ni?
            ‘Bukan BOS Puteri Balqish Sharlyna, tapi SUAMI...’
            “Saya masuk ni..” dan..
            “Uwwwweeekkk!” Ashraf masih duduk mencangkung di sisi mangkuk tandas, turun naik nafas dek kerana lelah memuntahkan isi perutnya. “Awak okay tak ni?” pangkal tengkuk Ashraf di urut perlahan.
            “Go! Sebab kaulah aku jadi macam ni..”dalam kepayahan, Ashraf menuturkannya. Terasa tubuh makin lemah dek kerana telah banyak memuntahkan isi perutnya.
            ‘Alamak! Apa aku dah buat dengan anak orang ni..’ detik hati Sharlyna.
            “Err..awak, saya minta maaflah..tadi tu tak sengaja..” Sharlyna mula serba salah. Kuat sangat ke penangannya tadi?
            “Siapa suruh awak buat sesuka hati? Saya tak suka..”ucap Sharlyna perlahan. Mata Ashraf sedang memandangnya tajam. Lelaki itu bingkas bangkit. Tubuhnya yang berdiri berhampiran ditolak kasar lelaki itu. Dia tahu lelaki itu marah. Memang patut pun lelaki tu marah, tapi siapa suruh dia gatal sangat tadi, kan dah kena...
            “Ingat aku suka sangat nak cium orang sembarangan?” soal Ashraf bengang. Tegang saja nadanya. Sharlyna menyembunyikan senyumannya. Dah jalan pun terhujung hayang, ada hati nak mengamuk lagi..
            “Lelaki, mana boleh percaya sangat..”gumam Sharlyna.
            “What did you say?!” Ashraf tayang muka bengang.
            ‘Telinga lintah la pulak dia ni..hisy!’
            “Saya kata, mari saya sapu ubat..”Pantas tangannya memaut lengan Ashraf menuju ke katil. “Awak baring dulu, saya ambil minyak angin kejap.” Sharlyna bergerak ke almari pakaiannya. Dia kembali ke katil sambil membawa sesuatu di tangannya.
            “Apa tu?” Ashraf cuba mengamati ‘benda’ yang dipegang Sharlyna.
            “Losyen mustajab.”Balas Sharlyna ringkas sambil tangannya mengisyaratkan Ashraf berbaring semula.
            “No tak nak. Aku tak suka minyak angin.” Ashraf pantas menggeleng laju. Besar mata Sharlyna melihat reaksi Ashraf.
            “Cepat!” Sharlyna tegas seakan memaksa. Tubuh Ashraf di tolak lembut kebelakang. Terkebil-kebil Ashraf apabila menyedari tubuhnya sudah terbaring ke tilam. Aiyakk! Ganasnye bini aku ni, tak padan dengan kecik kerempeng!
            “Duduk diam-diam!” Sharlyna sudah bergerak ke sisinya. Gadis itu bersimpuh ayu disebelahnya. Ashraf pula yang kecut perut dengan Sharlyna. Lain macam je perempuan ni?
            “Stop. Jangan bergerak!” Ashraf separuh menjerit. Segera dia mengesotkan dirinya ke kepala katil. Comforter ditarik menutupi tubuhnya.
            “Kauu..kau nak buat apa..ni?” Soalnya sedikit gugup.
            Sharlyna menjungkit sebelah keningnya. Apa pelik je laki kau ni? Muka hensem kalau gagap pun tak guna tau.
            Hehe, jahat kau ye Lynn...
            ‘Meh kita usik kejap, tengok macam mana dia..’
            “Janganlah takut abang...” sengaja suaranya dilenggok manja. Perlahan dia merapati Ashraf yang dah buat muka cuak semacam.  Jarak mereka benar-benar hampir kini.
            “Abang...”tangannya sudah berkira-kira untuk menyelak comforter yang digunakan Ashraf untuk menutupi tubuhnya itu. Ashraf sudah jatuh rahang.
            Sengaja Sharlyna mendekatkan lagi wajahnya dengan Ashraf. ‘Alang-alang nak berlakon, biarlah terbaikkan?’ Sharlyna kuatkan juga semangat untuk meneruskan misinya, walaupun lutut dengan kaki dah menggigil takut. Dia perlu bersiap sedia, dibuatnya mamat ni ‘ngap’ aku dulu..naya saje.
            “Boleh tak..” senyuman manis diberikan pada lelaki itu. Manis macam susu pekat manis F&N. Hehe!
            Comforter sudah tercampak ke birai katil. Tak berkelip Ashraf memandang Sharlyna. Gila daring bini aku ni!
            Bagai nak tercabut jantung Ashraf apabila jemari halus itu begitu berani menyelak singlet yang dipakainya. Gadis yang masih dengan tudung dan baju kurungnya itu mengukir senyum lagi. Lagi manis dan menggoda dari tadi. Entah kenapa dadanya berdebar hebat tiba-tiba. Badannya terasa berbahang.
            “Boleh tak tanggal kejap benda ni?” pinta suara gemersik itu. Tanpa menunggu lama, Ashraf hanya menurut. Singlet merah darah berjenama itu di cabut dari tubuhnya. Wajah Sharlyna yang masih dengan senyuman di pandang lama. Rasa apa yang muncul dalam hati aku ni..?
            Sharlyna hampir terburai tawa. Namun dia cuba mengawalnya. Lucu melihat wajah terkejut Ashraf. ‘Lelaki, inilah kelemahan mereka..’. Tetapi rasa macam jahat sangatlah pula bila bermain macam ni. Macam tengah mainkan hati dan perasaan orang je. ‘Cukuplah ni, karang dia buat lebih-lebih, susah pulak aku..’
            “Tulah, lain kali jangan cari pasal. Kan dah kena. Ni baru sikit tau..”ucap Sharlyna . Hilang sudah suara romantik menggodanya. Jemarinya pantas bergerak menyapu losyen mustajab yang dibawanya tadi disekitar dada dan perut Ashraf. Semoga ini dapat membantu.
            Ashraf tersentak. Hilang sudah bunga-bunga indah yang berkembang di hatinya sebentar tadi. Wajah bersahaja Sharlyna yang sedang menyapu minyak angin di dadanya menyapa pandangan. Gadis itu buat  muka tak bersalah saja lepas apa yang dilakukannya. Tawa kecil dari ulas bibir gadis itu menarik perhatiannya.
            “Apasal gelak?” soal Ashraf dengan nada berbaur. Sharlyna memandang wajah Ashraf yang kelihatan bercelaru. ‘Usikan aku tadi dah overdose sangat ke?’
            “Awak ni kelakarlah, baru acah sikit dah buat muka terkejut macam tu..” ucap Sharlyna tenang dan jujur.
            “Apa maksud kau?” soal Ashraf. Tangan Sharlyna yang mengurut dadanya dicapai.
            Alamakk!
            “Err..”
            “Saya main-main je tadi tu..” Sharlyna tertawa kecil. Mencerlung pandangan mata Ashraf menikam anak mata Sharlyna. Tangan gadis itu direntap keras mengakibatkan tubuh kecil Sharlyna terdorong ke atasnya.
            Sepantas kilat tubuh Ashraf sudah berada di atasnya. Lengan Ashraf sudah mengepung tubuhnya agar terus berbaring di atas tilam. “A..ap...apa ni...” tergagap-gagap dia menyoal. Rasakan kau Lynn! Tadi nakal sangat pergi bermain dengan api kenapa?
            “Kenapa ni, sayang takut? Sampai menggigil...”tangannya sudah turun memeluk pinggang ramping isterinya. Jelas dapat dirasai tubuh isterinya yang sedang menggeletar ketakutan. ‘Tahu takut? Tadi masa buat onar dengan aku tak fikir pula?’
            ‘Kau fikir kau hebatkan..?’ Ashraf mengukir senyum. Sebelah tangannya naik mengerlus lembut wajah Sharlyna sementara sebelah lagi masih dipinggang gadis itu. “Err..apa ni bos? Lepaslah..” Sharlyna sudah mengerekot kegelian.
            “Kasar gurauan you tadi sayang..” ucap Ashraf lembut. Wajahnya dirapatkan lagi dengan wajah Sharlyna yang dah merona merah. Hilang terus wajah yang tadinya berseri dek kerana pucat lesi.
            “Tapi I suka..” bisik Ashraf lembut. Bergegar tangkai jantung Sharlyna mendengarnya. Alamak aii..petanda tak baik ni. Aku. Dia. Atas katil..
            “Bonda!!!!!!!” lancar saja mulutnya menjerit memanggil bondanya. Pantas Ashraf menekup mulut Sharlyna. ‘Perempuan ni suka betul jerit sembarangan!’
            Jari diangkat sebagai isyarat menyuruh Sharlyna senyap. Mata bundar Sharlyna memandang tepat ke wajah Ashraf yang berada beberapa sahaja inci di atasnya. Ada ke aci panggil bonda segala?
            “Jangan jerit boleh tak? Ramai orang kat luar sana tu..” tajam suara Ashraf mengingatkan. Sharlyna masih cuba untuk berkata-kata walaupun dalam keadaan mulutnya yang sudahpun ditekup Ashraf.
            Bunyi ketukan kuat dari luar bilik mereka. Makin besar mata Ashraf menikam pandangan Sharlyna.
            “Puteri, Ashraf..kenapa tu?” lembut suara bonda bertanya dari luar pintu. ‘Apa sahajalah budak-budak ni? Sampai satu rumah dengar dia menjerit ni..’gumam Puan Suhana rendah.
            “Tak ada apa bonda, Puteri terkejut je tadi..ada ‘lipas besar’ terbang atas puteri..” matanya menjeling Ashraf yang masih berada diatasnya.
            “Oh, bonda ingatkan apa tadi, kalau tak ada apa, bonda turun dulu ye..mana mangkuk bubur yang kamu bawa tadi? Kalau dah habis bawa basuh kat bawah ni..” suara Puan Suhana kedengaran di balik sana pintu bilik.
            “Biarlah Ashraf tu berehat dulu meh turun, ada tetamu nak jumpa kamu ni..”Ucap Puan Suhana lagi.
            “Lepaslah! Kesian bonda cakap kat luar pintu sana..” gumam Sharlyna apabila Ashraf tiada ura-ura langsung mahu melepaskannya.
            Ashraf mengalih tubuhnya. Sharlyna serta merta meloncat turun dari katil. Baju kurung moden yang dipakainya sudah renyuk teruk dikerjakan Ashraf. “Malam nanti kita sambung apa yang tergendala ya..SAYANG..” sempat tangan Sharlyna dicapai Ashraf.
            Sharlyna hanya merengus geram sambil menghadiahkan jelingan tajam tahap membunuh pada Ashraf. “Jangan HARAP!” lengannya direntap keras. Laju langkahnya diatur ke pintu bilik.
            “Baiklah bonda..” daun pintu kamarnya segera dirapatkan. Hampir terkeluar jantungnya melihat abang iparnya dan juga Adam yang juga berdiri di belakang bondanya. Dua orang jejaka itu tersengih penuh makna.
            “Jom..” segera tangan bondanya dipimpin menuju ke tingkat bawah. Panas wajahnya tiba-tiba.
            Sementara itu..
            Ashraf masih di posisinya tadi. Tersengih panjang dia melihat gelagat Sharlyna yang kalut semacam. Tulah, tadi macam berani sangat nak menduga air yang tenang..
            “Hoi pengantin baru! Sengih panjang nampak..” kedengaran suara sinis yang sangat dikenalinya disebalik daun pintu yang terbuka sedikit. Nashrin meledak tawa seketika kemudian sambil menguak lebar daun pintu kamar pengantin itu.
            “Wah! Seksinya..” Adam menuruti langkah Nashrin. Pintu bilik dirapatkan. Pecah lagi tawa Nashrin mendengarnya.
            “Apa kau buat ni Ash? Kuat betul bini kau jerit tadi..?” Adam masih mengusik. Ashraf hanya buat muka tak bersalahnya.
            “Sibuklah.” Tanpa nada Ashraf menjawab. Baju singletnya dicapai lalu disarung semula ke tubuhnya.
            “Nash, baju aku dalam kereta jangan lupa tolong bawak naik sini. Tak pasal-pasal tak berbaju pula aku karang..” Ashraf memanjangkan lengannya untuk mencapai mangkuk bubur yang dibawa Sharlyna tadi. Lapar pula perut ni..
            “Baguslah kau tak berbaju tu..lebih seksi..” Adam masih tak habis-habis menyakat. “Cepatlah aku dapat anak sedara nanti..” ucap Nashrin. Pecah tawanya dan Adam serentak. 
          Ashraf ternganga. Hampir terlepas mangkuk yang dipegangannya gara-gara ayat yang di ucapkan Nashrin tadi. Hantu betul korang berdua ni!


0 comments: