My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

19 January 2011

Qaseh Nuralia Imani 2


   Bab 2
S uasana di ruang makan utama sunyi seperti selalu. Puan Sri Zarina sedang mengatur hidangan sarapan di meja makan utama sambil dibantu oleh dua orang pembantu dapur. Seketika kemudian Tan Sri Syed Izzudin turun lengkap beserta sut pejabatnya.
“Sarapan dulu bang..” ucap Puan Sri Zarina sambil mengukir senyum.
“Anak bujang kesayangan awak tu mana?  Dia ingat tak apa yang saya cakap awal pagi tadi tu?” soal Tan sri Syed Izzudin sambil menarik kerusi.
“Biar saya pergi jenguk..” Puan sri Zarina berkira-kira melangkah ke bilik anak bujangnya di tingkat atas.
Lima belas minit kemudian Puan Sri Zarina turun ke ruang makan semula dengan wajah hampa.
“Kenapa?”soal Tan Sri Syed Izzudin sepatah.
“Puas saya panggil, tapi masih tak ada jawapan.. masih tidur agaknya..” jawab Puan Sri Zarina.
Sebaik sahaja Puan sri Zarina habis menuturkan kata-katanya, Tan sri Syed Izzudin sudah sampai ke tangga untuk menuju ke bilik Syed Iskandar di tingkat atas.


“Iskandar...!!!”bergegar seluruh banglo itu dengan jeritan Tan sri Syed Izzudin.
Syed Iskandar yang sedang lena diulit mimpi terus tersedar. Dek kerana terkejut yang amat dengan jeritan walidnya itu, dia tergolek ke lantai. Habis sakit-sakit badannya. Dengan pandangan yang masih berpinar-pinar, dia menuju ke pintu biliknya. Tombol pintu di putar perlahan. Sebaik pintu di kuak, Tan Sri syed Izzudin terus  menyerbu masuk.
“Iskandar! Kamu ingat tak walid cakap apa awal pagi tadi?!”marah Tan Sri Syed Izzudin.
“Ermm..ingat.”balas Syed Iskandar sambil menggosok matanya.
“Habis tu apa yang kamu buat sekarang? Cepat bersiap. Walid tunggu kat bawah.”arah Tan Sri Syed Izzudin .
            Sebaik dia menoleh semula di lihatnya Syed Iskandar masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri.
            “Apa lagi tu? Cepat!” gesaTan Sri Syed Izzudin sebelum berlalu keluar.



            Tan Sri Syed Izzudin sedang membaca surat khabar sambil menjamah hidangan sarapan. Sesekali dia menjeling jam besar di ruang tamu.
            “ Apa lah yang di buat si Iskandar ni. Lama betul dia bersiap.” Rungut Tan Sri Syed Izzudin sambil meletakkan surat khabar yang dibacanya tadi ketepi.
            “Tak apa bang, biar saya pergi jenguk..”Puan sri Zarina berkira-kira untuk menuju ke bilik Syed Iskandar.
            “Tak perlu ummi. Is dah siap ni..”ucap Syed Iskandar sambil mengatur langkah menuruni tangga ke ruang makan utama.
            Puan Sri Zarina hanya memandang langkah Syed Iskandar. Lain benar rupa Syed Iskandar dengan sut pejabatnya. Segak. Perlahan-lahan senyuman terukir dibibirnya.




            “Iskandar, ini hari pertama kamu bekerja di sini. Walid harap kamu dapat jaga ..”
            “Nama baik keluarga Al-Iqrami..jangan rosakkan reputasi keluarga..” Syed Iskandar sudah dapat mengagak apa yang ingin diperkatakan oleh walidnya itu.
            “walid, Is dah dewasa..biar Is tentukan hidup Is sendiri.” Ujar Syed Iskandar.
            “kita tengok macam mana nanti..” Tan Sri syed Izzudin tersenyum.
            “Sudah, mari walid kenalkan kamu pada semua ahli lembaga pengarah dan ketua jabatan. Kemudian baru kamu akan dibawa ke semua departmen di Al-Iqrami Holdings ni.” Ucap Tan Sri Syed Izzudin sambil mengatur langkah menuju ke bilik mesyuarat utama. Syed Iskandar hanya menuruti langkah walidnya.
            “Whatever.” Balasnya sepatah. Dia hanya menurut dalam keterpaksaan.
            Syed Iskandar di bawa melawat keseluruh Al-Iqrami Holdings untuk diperkenalkan kepada semua staf yang kebanyakkannya beragama Islam. Sengaja Tan Sri syed Izzudin mendahulukan bangsanya. Jika bukan orang melayu sendiri yang membantu bangsanya siapa lagi? Itulah yang di fikirkan Tan Sri syed Izzudin. Memang itu matlamat sampingannya membangunkan Al- Iqrami Holdings.
            “ Ni office kamu. Kejap lagi pembantu peribadi kamu akan datang untuk terangkan apa yang kamu patut buat.”
            Syed Iskandar sekadar mengangguk perlahan.
            “Assalamualaikum..”seorang lelaki tinggi lampai dalam lingkungan sebaya dengan Syed Iskandar masuk selepas mengetuk pintu.
            “Ha..panjang umur kamu.”  Tan Sri Syed Izzudin tersenyum.
            “Is, ni personal assistant kamu..”ujar Tan Sri Syed Izzudin.
            “Him?” Syed Iskandar menunjuk kearah lelaki di hadapannya itu sambil mencebik muka.
            “Kenalkan..inilah anak saya, Iskandar.”
            “Iskandar, ni lah PA kamu, Ahmad Naudir. Assistant kamu..kamu bincang-bincanglah apa yang patut, walid ada kerja lain ni. Walid pergi dulu lah..” ucap Tan Sri Syed Izzudin sambil berlalu keluar.
            Syed Iskandar hanya melihat langkah walidnya yang menghilang di sebalik dinding konkrit.
            “What the hell lah..” rungut Syed Iskandar perlahan.
            “ Tak baik merungut Encik Iskandar..”ucap Naudir. Jejaka itu tersenyum.
            “What? You think you’re the better one just because you wearing the songkok?”
            “Huh?!” Iskandar sudah mulai meninggikan suaranya.
            “Tak..”ringkas balasan Naudir. Tenang.
            Syed Iskandar mencebik muka. Meluat melihat reaksi Naudir.
            “Hipokrit!” ucap Syed Iskandar selamba.
            “Itu pun tidak.” Balas Naudir tenang sambil mengukir senyum.
            “That’s enough! Can you just leave me alone here? You’re very annoying you know?” luah Syed Iskandar. Meluat sungguh dia melihat reaksi pembantu peribadinya itu.
            Dia benci sikap tenang Naudir. Bukan dengan Naudir sahaja bahkan semua orang yang bersikap tenang begitu.
            “Baiklah..kalau encik perlu apa-apa, encik boleh panggil saya.”
            “Minta diri dulu..assalamualaikum.” Naudir melangkah menuju ke pintu pejabat.
            ‘Pelik betul manusia sorang nih. Tak ada angin tiba-tiba nak ‘ribut taufan’..’bisik hati kecil Naudir.
            “Belum apa-apa lagi dah buat aku hangin!”Syed Iskandar mengomel sendirian.
            “Walid pun satu. Ada ke bagi lelaki jadi PA aku? Menghilangkan semangat aku saja..”Iskandar menyandarkan badannya ke kerusi empuk dipejabat  Genaral Manager itu.

           
cinta perlu dibajai dengan kepercayaan.
            

3 comments:

Nabila said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

saye shuke ( ^_ ^ )

Noor Affiqah said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bru nk start bce....hehehehe

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

haha, x bley bla o tan sri izzudin jd alrm clock Is. sian pg2 dh tergolek jatuh katil. bagus2