My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

25 February 2013

Kontrak Cinta PJJ - chapter 3 - by Arin Arida





Dari hati Na’ie

Pagi isnin yang aman damai. Cuma hati aku yang tak berapa nak damai dah sekarang ni. Ian, masih sepi. Masih diam tanpa sebarang khabar berita.

Lepas solat subuh, aku terus sahaja rebahkan badan kat katil semula. Niat di hati nak baring-baring kejap sementara tunggu roomate aku yang lain guna bilik air. Aku sengaja beri peluang dan ruang pada roomate yang ada kelas pagi hari ni untuk guna washroom dulu. Aku ni kelas start pukul 10 nanti, tok sah lah(tak payahlah) nak gedik sangat pergi menyemak kat sana. Biarlah diorang semua bersiap dulu, baru aku ambil turn.

Skrin handphone aku tatap lemah. Keypad lock aku buka.

Hurm.

Kosong.

Without any notification.

Handphone Nokia biasa-biasa aku tu, aku letak kat sisi tempat aku berbaring. Biasalah student IPT, manalah ada duit banyak nak beli gadget canggih manggih  ni. Asal boleh buat call dan hantar text, itu pun dah okey. Tapi kalau ada mp3 player lengkap dengan kamera kira bonus la. Mp3 player tu boleh juga tolong jadi penyelamat kalau tengah bosan sementara tunggu lecturer sampai. Kamera tu berguna sebab boleh capture gambar dan upload dalam facebook. Ha ha.

Sedap betul baring pagi-pagi yang hening ni sampai tak sedar mata aku dah mula terkatup, nak terlelap.

Taapp. Bunyi pintu dirapatkan sedikit menyentakkan aku. Walaupun perlahan saja bunyinya, tetapi dek kerana suasana yang agak hening sejak tadi terkejut juga dibuatnya.

Kak Yin dah siap mandi agaknya, tekaku sendiri sambil mengerling jam di meja belajarku. Hampir pukul 7.15 pagi.

“Amboi Qira...janganlah sambung tidur pula darlingggg...Kita jeles nanti. Bila kita jeles, kita buat kerja gila join baring sebelah Qira nanti...” Suara Kak Yin  buat aku tergelak kecil.

“Mana ada sambung tidur Kak Yin. Terlelap laaaa....” aku pun leretkan suara sambil bangkit duduk 90 darjah atas katil. Kaki turun menjari sepatu rumah  dengan hiasan kepala Garfield  yang comel.

“Yelah tu terlelap. Yang siap tarik comforter lagi tu dah kenapa? Morning blues eh?” Kak Yin buat rolled eyes sambil gelak comel. Teehee;D

Isy, kakak roomate aku ni memang suka buat gaya-gaya comel dia tu.

Morning blues?

Aku senyum saja sambil jungkit bahu. Mata aku ralit memerhati Kak Yin yang sudah siap berbaju kurung moden tanpa kain itu menyusun buku-buku dan barang-barang yang mahu dibawanya sekali di mejanya.

Tanpa sengaja, satu keluhan lemah terlepas daripada ulas bibirku.

“Eh, ni apa anak dara pergi mengeluh pagi-pagi isnin ni?” soalan Kak Yin membuatkan aku yang sudah diterbangkan lamunan tadi jatuh ke alam realiti semula. Kak Yin sedang letak pin pada tudung bawal di kepalanya.

Sorry, pardon me Kak Yin?” aku tayang muka  blur. Mana tak blurr –nya, apa yang Kak Yin cakap tadi, aku cuma dapat tangkap ‘pagi-pagi isnin’ je. Apa yang pagi-pagi isnin tu?

See, siap mengelamun entah ke mana pula dia.” Kak Yin bercekak pinggang di depan meja belajarnya, tak jauh pun daripada tempat aku duduk sekarang ni.

Aku gelak kecil. Geli hati sebenarnya melihatkan gaya kakak senior aku yang sorang ni. Tudung dah cantik atas kepala. Baju pun dah okey, tapi tang paling bawah tu yang spoil. Ni ada pula yang pergi kelas tanpa kain karang...buat haru je!

“Eh, orang cakap serius dia gelak-gelak pula. Gigit karang baru tahu,” Kak Yin  jeling geram sambil mencapai botol perfume dalam loker dia.

Kak Yin is always Kak Yin, buat gaya garang pun tetap juga nampak comel.

Bunyi ketukan pintu membuatkan kami berdua serentak berpaling memerhati ke arah pintu bilik kami.

“Err, Hi everyone! Morning, and assalamualaikum..” Kak Zila dari bilik 1 aparment kami masuk dengan senyuman. Gadis berkulit cerah itu sudah anggun dan ayu dengan kurung pink dari fabrik cotton yang diberi suntikan elemen moden kontemporari. Kak Zila dan Kak Yin belajar dalam course dan kelas yang sama.

“Wa’alaikumsalam, morning Kak Zila...” aku menjawab sambil membalas senyumannya.

“Oh, you look stunning on that baju kurung!” Aku tunjuk isyarat ibu jari pada Kak Zila.

“Qiraaaaa....janganlah...I, OMG..!”Kak Zila menggeleng perlahan dengan muka yang mula memerah.

“Pujian tulus ni, Kak Zila..” Aku sengih saja sambil mengangguk cuba menyakinkan dia.

“Oh, okay then. Thanks for the compliment. I love you, darling.”Kak Zila membalas tenang. Siap ber-darling lagi tu. Ini bukannya ayat gedik, tapi ayat comel penuh kasih sayang adik-kakak. Kak Zila senyum jalan menghampiri Kak Yin yang sedang merapikan serba sedikit cadar katil bujangnya. Bantal dan selimut tebalnya di susun cantik.

“Yin, I baru teringat, you dah siap print out task yang Madam Kay beri itu tidak? I lupa nak print out petang semalam, you rasa sempat tidak kita pergi CC (cybercentre) before kelas madam nanti? Tadi I nak print out, entah kenapa printer I tu macam..stuck or something. I geram, so I ‘dush’ dia sekali. Then, too bad bila dia terus tak function, langsung.” Kak Zila yang sudah siap membawa beg dan buku-bukunya menyoal Kak Yin yang sedang berkerut dahi mendengar kata-kata Kak Zila.

“Gila gangster, you ni Zila?” Kak Yin buat muka takut-takut dia. Kak Zila tak tunggu lama, terus je tampar bahu Kak Yin. Suka main-main kan?

Aku yang jadi penonton sketsa mereka hanya tertawa kecil. Ganas juga Kak Zila ni pergi ketuk printer tu dah kenapa? Kan langsung tak berfungsi dah benda tu.

Bercakap pasal Kak Zila, kakak senior aku yang sorang ni tidak berapa fasih berbahasa melayu sebenarnya. Dia dan keluarganya telah menetap lama di England kerana mengikut ayahnya yang bertugas di kedutaan Malaysia di sana. Bersusah payah dia membiasakan diri bertutur didalam bahasa melayu walaupun pelat ‘british’ nya itu susah benar nak hilang.

“Eh? Cik kak berdua ni belum gerak keluar lagi ke? It almost 7.50, karang sesak pula kat lif...alamat kena turun guna tangga laaaa....” Damiena atau mesra disapa Damiee bersuara dari ruang tamu apartment. Pasti dia terlihat kelibat Kak Yun dan Kak Yin ketika melintasi bilik kami yang terletak berhadapan dengan ruang tamu.

Say what?!! Yinnnnn!!! We are lateeee!!” suara Kak Zila dah masuk mood gelabah gila. Mencicit dia berlari keluar.

“Tadi I keluar bilik kita, jam baru 7.35, itu yang I singgah jenguk Yin...anehnya...” Kak Zila menggumam sendiri sambil mencapai kasutnya daripada rak di belakang pintu utama apartment.

“Masa mengalir bak air...”Kak Jay pula keluar dari biliknya sambil menjinjit sut hitam di tangan kanannya. Beg laptop tersandang kemas di bahu kirinya.

"Betul betul betul..." Semua yang ada pakat tiru tagline upin ipin tu.

“Yin, hurry up dear...” suara Kak Zila kedengaran dari ruang tamu.

Coming...coming...” Kak Yin kalut berlari-lari anak keluar dari bilik kami.

“Kak Yin!” Aku spontan terjerit.

“Haa?” Kak Yin pula terus buat emergency brake kat pintu bilik. Dia berpaling memandang aku.

“Nak pergi macam tu je ke?” aku bawa jari mengisyaratkan bahagian kaki dia.

“Ya ALLAH!” Kak Yin tepuk dahi sambil kalut mencapai kain baju kurungnya yang elok tersangkut di penyangkut.

“Nasib Qira tegur, kalau tak ada jugak yang berguling-guling nak pindah uni tengahhari nanti,” Kak Yin  sempat lambai tangan sebelum dia berlari keluar semula setelah selesai menyarung kemas kain baju kurung itu.

Aku bangkit dari katil, turut mengatur langkah keluar dari bilik.

“Kak Jay kena masuk ‘court’ ke hari ni?”Damiee menyoal apabila kakak paling senior di dalam apartment kami ini membawa sut hitam bersama-samanya. Lagi pula pagi itu Kak Jay anggun berbaju kurung dengan corak hitam putih dan bertudung putih. Warna rasmi pakaian peguam syar’ie.

“Erm, begitu laa. Akak tak balik bilik tengah hari ni, jadi adik-adik sila bawa kunci spare ye,” Kak Jay memberi peringatan yang lebih ditujukan pada Suha dan Acik.   Suha dan Acik tengah breakfast Milo Instant 3 in 1 kat meja makan bersebelahan ruang tamu. Suha yang sedang sapu Nutella pada permukaan Massimo wheat germ mengangguk faham. 

Acik yang sedang mengunyah oat angkat ibu jari tanda faham dengan pesanan Kak Jay.

Kak Jay, Suha, dan Acik duduk sekali di bilik 1. Kak Zila duduk berdua saja dengan Damiee di bilik 2. Sementara aku, Kak Yin dan Kak Una duduk sekali di bilik 3.

Aku yang mendengar suara-suara roomates yang sedang kalut nak kejar kelas pukul 8 pagi ni, ikut serta duduk di kusyen ringkas di ruang tamu.

“Kami jalan dulu ye. Daa, Assalamualaikum!” Kak Yin keluar dahulu diikuti Damiee, Kak Zila dan Kak Jay.

“Hati-hati jalan tu. Waalaikumsalam...” Suha sempat melaung sedikit dari dalam.

Aku pula hanya menjawab salam yang diucap sambil melambai pada Kak Jay yang mahu merapatkan pintu rumah.

“Qira, kuliah sekali dengan Acik ye?” Suha menyoal sambil masih tekun meratakan Nutella ke seluruh permukaan roti.

“A’ah. Suha?”Soalku pula.

“Kita kelas start 2.30 petang nanti...” Suha sengih lebar. Sukalah kelas dia sesi petang nanti. Heaven gila dapat rehat setengah hari.

“Sarap sekali, Qira?” Acik mempelawa.

Tak pe, korang sarap lah dulu. Nak mandi dulu ni...” Aku bangkit berdiri. Tuala aku sangkutkan ke bahu kanan. Baju tee lengan pendek aku angkut sekali masuk dalam bilik air.

“Okay,” Acik dan Suha sambung habiskan breakfast masing-masing.

Aku pula melangkah masuk ke dalam bilik air yang memuatkan dua bilik shower dan 2 bilik tandas, lengkap dengan 2 unit sinki.

Barang-barang toiletteries, aku bawa masuk ke bilik shower.

Sewaktu rambut aku penuh dengan buih-buih syampu, kedengaran suara Suha melaung dari luar.

“Qira, ada call ni. Dah tiga kali phone Qira ringing ni...”

“Siapa?” soalku sambil menutup pili shower. Bunyi deraian air membuatkan aku kurang jelas dengan butir kata Suha.

“Entah, tak de nombor pun. Private number ke apa?” soal Suha pula.

Private number?

Aku mula menimbang kemungkinan.

Siapa ye?

Wrong number kot? Biar jelah Suha,” aku menjawab dari dalam bilik shower.

“Okay, as your wish. He he,” derap langkah Suha mula menjauh.

“Siapa yang call aku guna private number ni?”aku menggumam perlahan sambil memutarkan kembali pili shower. Buih syampu sudah meleleh ke ekor mataku. Pedih!

*******


Rambut yang masih lembap, aku biarkan lepas bebas. Setelah usai mandi tadi, aku menyertai Suha dan Acik di meja makan. Horlick Fibre menjadi pilihanku. Suha pula menawarkan Massimo dan Nuttellanya padaku.

Thanks Suha, tapi aku tamau(tak nak) ambil risiko.” Kataku sambil membawa minumanku untuk mengambil tempat dihadapan dengan Acik dan bersebelahan dengan Suha yang duduk di kepala meja.

“Qira elergik dengan benda-benda yang bercoklat Suha, lupalah tu...” Acik menegur.

“A’ah lah! Sorry, betul-betul lupa tadi.” Suha memohon maaf.

“Ala, benda kecik la. Tak perlu nak say sorry...” aku menepuk bahu Suha yang jelas dirundung rasa bersalah.

“Okay, kejap...kita ambik jelly blackcurrent. Yang ni mesti okay.” Belum sempat aku menegah, Suha sudah bangkit mencari jem blackcurrent dari kabinet dapur.

“Nah,” melihatkan daya Suha untuk mendapatkan jem tersebut, aku jadi serba salah pula jika tidak menyambut pelawaannya.

Sekeping roti yang sudah di sapu jem, aku bawa ke mulut.

“Eh, korang sambung makan ye...Suha nak kena bersiap ni. Ada discussion kat library.” Suha bangkit menuju ke sinki. Mencuci mug yang digunakannya tadi.

Tinggallah aku dan Acik berdua.

“Qira, Qira dah siapkan dokumen untuk buat kajian luar kampus tu? Dapat sekolah mana?” soalan Acik sayup-sayup masuk ke sistem pendengaran aku.

“Dah. At last, dapat juga cari sekolah. Tapi jauh sikitlah, kat Seremban, Negeri Sembilan.”aku menjawab sambil merenung bagai nak tembus mug ditangan.

“Qira group berapa orang?” soal Acik lagi. Kami belajar dalam satu fakulti yang sama, namun course yang berbeza. Dia cenderung pada bidang agama, manakala aku pula dibidang bahasa. Namun kami selalu juga terserempak di dalam kuliah yang melibatkan subjek wajib fakulti. Dalam subjek ini pula, kami kebetulan mempunyai tugasan yang sama, membuat kajian tentang perbezaan tingkah laku pelajar yang di dorong oleh beberapa aspek yang berbeza. Kena kaji sebab dan akibat daripada tingkah laku pelajar sama ada membawa kesan postif atau negatif.

“Berdua je, dengan Wafia. Acik dah pergi sekolah?” soalku pula. Rasanya, hari khamis minggu lepas, seharian Acik tak nampak bayang dekat kawasan fakulti.

“Dah, khamis minggu lepas Acik dah pergi. Tapi ada beberapa dokumen sokongan daripada pihak sekolah tak lengkap lagi. So, maybe esok Acik dengan member group Acik akan pergi sekolah tu semula. Alah, lagipun tak jauh manapun. Dalam 10-15 minit dah boleh sampai. Lainlah Qira, jauh nun di Seremban.” Acik menerangkan.

“Entahlah macammana. Saya pun nak gerak ke Seremban awal pagi esok. Dah check track guna google map semalam, rasanya guna tren tak ada masalah. Then daripada stesen KTM, tak ada masalah kut nak cari bas atau teksi sebab stesen Seremban kan. Lagipun Wafia dah call pihak sekolah untuk tanya tentang semua ni. Tak pernah sampai sana pun sebelum ni, so kira tawakal je ni.” Aku pula ketawa kecil.

Sungguh, selama hampir setahun lebih belajar kat sini, aku tak pernah lagi terlepas berjalan-jalan makan angin sampai ke Seremban sana. Kalau ada keluar jalan-jalan pun, setakat The Mines dengan Mid Valley tu ada la. Itu pun sebab nak cari barang ataupun buku-buku. Kalau dengan niat untuk bersuka ria, minta maaflah...aku lebih suka duduk berehat dalam bilik. Hujung minggu kena guna untuk berehat setelah seminggu berhempas pulas dengan bermacam hal dan urusan.

Ya ya ya. Nor Naila Aqira memang takde life. Hidup dia hanya penuh dengan perkara-perkara yang no fun. Study, buku, assignment, library.

“Qira, okey tidak ni? Nak habiskan horlick secawan pun termenung sana termenung sini?” Acik pandang muka aku.

Aku menghela nafas sambil cuba mengukir senyum.

“Okey, cuma mood swing sikit ni. ‘kawan baik’ nak datang kut. Memang tengah kira hari je ni..” Aku menjawab, mencipta alasan untuk melepaskan diri daripada terus disoal siasat oleh Acik. Aku akui, roomates aku semua, memang baik dan prihatin. Aku selesa dengan mereka semua, cuma kadang kala ada benda yang aku tak boleh nak ‘kongsi’ dengan orang lain.

Aku mencuci mug di sinki sebelum meminta diri untuk ke bilik.

Di bilik, aku melabuhkan duduk di kerusi meja study. Tangan kiri naik mengurut pelipis sendiri.

Ian, awak okey ke kat sana?

Soalan itu sejak semalam menghantui minda aku. Entah kenapa, hati aku rasa tak selesa mengenangkan lelaki bernama Aakif Farhan ni. Bagai ada sesuatu yang tak baik mahu berlaku, tapi aku sendiri tidak tahu apa.

Deringan handphone membuatkan aku segera menoleh pada skrin Nokia aku tu.

“Assalamualaikum, Wa kau rindu aku ke apa, call aku pepagi buta ni?” aku terus sahaja mengusik Wafia sebaik talian bersambung.

“Waalaikumsalam. A’ah, rindu tu sebab nak ajak kau dating tepi tasik. Jom singgah breakfast dulu sebelum masuk lecture hall?” suara Wafia kedengaran di hujung talian.

Aku senyum segaris.

Okay, jumpa kat bawah P8 selepas 15 minit okey. Jangan lambat. Tapi kalau aku lambat, kau tunggu ye.” Aku gelak kecil kerana tahu benar dengan jawapan balas Wafia.

“Nasib baik kau along and aku the annoying adik ni tade pilihan lain selain setuju. Sami’na wa ato’na (kami  dengar dan kami patuh) je lah.” Jawab Wafia sebelum kami berbalas salam dan menamatkan panggilan untuk bersiap.

Aku bangkit merapati lokerku. Sehelai jubah dengan sulaman benang perak aku bawa keluar bersama dengan sehelai pashmina light grey.

Jubah labuh yang nampak classy kerana sulaman kerawangnya yang indah aku sarung ke tubuh. Rambut yang sudah hampir kering, aku sikat rapi sebelum disanggul kemas.

Aku malas nak tepek make-up tebal bak pelakon opera cina, jadi cukup sekadar krim pelembap wajah dan juga lip balm.

Pashmina aku lilit kemas menutupi rambut dan sedikit labuh, melepasi paras dada. Brooch sebagai sentuhan terakhir supaya pashmina kekal kemas sepanjang masa. Sepasang sarung kaki hitam, sudah selamat disarungkan ke kakiku.

Kad matriks aku capai dari laci meja belajar. Handbag besar gedabak, aku sangkutkan ke bahu kiri sambil tangan kanan mula mencapai dua buah buku rujukan yang sudah awal-awal aku siapkan semalam untuk dibawa ke kelas hari ini.

Ketika aku sedang melangkah menuju ke pintu lif, handphone aku sekali lagi berdering.

Almaklumlah handbag besar, dah satu masalah nak seluk perut bag nak cari phone tu.

Belum sempat aku tekan butang hijau, deringan sudahpun mati. Dalam log missed call, hanya ada masa panggilan itu diterima, namun tiada dipaparkan nombor apatah lagi nama individu yang membuat panggilan.

Berkerut seketika dahi aku. Siapa yang guna private number bagai ni?

Pintu lif terbuka dan..

“Eh, Na’ie!” Wafia pun kelihatan terkejut bila kami secara kebetulan berada dalam lif yang sama.

“Cepatnya kau bersiap?” soal Wafia ketika lif sedang bergerak turun ke bawah.

“Aku tinggal sarung jubah ni je. Aku dah siap mandi dan breakfast tadi. Jadi ni aku turun temankan kau dek kerana kasih sayang aku pada kau. Sila terharu ye,” aku mengusik Wafia.

“Okey, bak sini tisu. Kalau terharu, kena ada scene nangis-nangis, baru dapat undian tinggi,” Jawapan sengal Wafia memang sudah kujangka. Wafia yang punya otak gila-gila, memang boleh geng dengan aku yang boleh tahan suka mengusik ni.

Kami bergerak menuju ke kafeteria berhampiran tasik di dalam kampus. Memang port paling best nak menikmati breakfast dan dinner ye. Tenang je rasanya.

Sampai di kafe, Wafia terus ke kaunter khas untuk memilih menu breakfastnya sementara aku pula bercadang untuk mencari meja untuk kami berdua nanti.

Akhirnya, meja di sudut hujung kafe menjadi pilihan.  Pergola kayu yang dibina, menambahkan keindahan panorama yang nampak eksklusif.

Aku membuang pandang ke tengah tasik yang tenang. Remang cahaya mentari pagi terasa mendamaikan, ditambah dengan nyaman udara bayu pagi yang berpuput lembut.

Handphoneku sekali lagi berdering, entah untuk kali keberapa untuk pagi ini.

Hello?”

Hello, Na’ie its me, Taqi.” Suara dihujung sana talian memperkenalkan diri.

“Taqi?” aku pandang sekilas skrin handphone.

Since when, awak guna private number ni?” soal aku, sedikit terkejut. Beria aku cuak bila ada private number sibuk call aku sejak awal pagi tadi lagi. Rupanya, pak cik pinky ni?

Suara gelak tawa Taqi dihujung talian membuatkan dahi aku berkerut.

“Ketawa bukan sejenis jawapan bagi soalan saya, Mister Ahmad Zainul Muttaqin.”kataku dengan nada serius.

“Okey, Na’ie...sorry in advance. Buat beberapa hari ni, saya terpaksa guna nombor ni. Nantilah, bila masalah saya dah stabil saya inform awak nombor baru saya ye.” Taqi sudah berhenti tertawa.

Taqi...ni, mesti tak lain tak bukan sebab nakkan privasi daripada diganggu oleh kenalan-kenalan wanitanya. Mana tak stress-nya, setiap kali jumpa perempuan yang agak berkenan dihatinya, pasti disuakan kad namanya. Gila bajet cool si Taqi ni sebenarnya. Isy isy.

Selama mengenali seorang Ahmad Zainul Muttaqin sejak hampir 2 tahun sudah, lelaki tinggi lampai yang segak dengan gaya rangginya ini tersangatlah peramah orangnya. Habis semua orang nak ditegur dan dibuat kawan. Tukang sapu dekat mall, penjaja makanan tepi jalan, abang dan kakak JPJ yang membuat sekatan jalanraya, toll teller, pendek kata sesiapa saja mahu ditegurnya. Tidak dinafikan, Taqi seorang yang ramah dan mudah tersenyum jika dibandingkan dengan Ian yang nampak lebih serius dan sedikit sukar mahu tersenyum pada orang yang tidak dikenali.

“Awak busy ke lately, Na’ie?” soal Taqi.

“Erm, agaklah. Why?” soalku sambil memerhati kelibat Wafia yang sedang beratur menunggu giliran untuk membuat bayaran di kaunter.

“Saya ada hal nak cakap dengan awak. Nak cakap through phone macam tak sesuai, so saya ingat nak jumpa face to face dengan awak terus.”terus terang Taqi menyatakan hasrat hatinya.

“Nak jumpa? Bila?”soalku sambil memikirkan jadual aku untuk hari itu. Kelas memang sampai lewat petang. Nak jumpa luar kampus memang tak sempatlah.

“Hari ni? Boleh? Urgent ni,” pinta Taqi.

“Hari ni kelas saya sampai pukul 6.30 petang. Mana sempat nak keluar kampus? Saya nak solat Asar lagi? Malam ni, saya ada usrah lagi after maghrib...”aku menerangkan jadual aku untuk sepanjang hari ini.

“Ohh, I see...” Suara Taqi seolah-olah dia sedang mempertimbangkan sesuatu.

“Biasa program usrah awak tu buat kat kawasan masjid kampus kan? So, maghrib and Isya’ awak mesti jemaah sekali kat masjid kan?” soal Taqi.

“Haa, exactly.”jawabku ringkas. Otak ligat berfikir apa pula yang mahu dibuat si Taqi ni?

After Isya’ ada plan apa-apa tidak?” soal Taqi lagi.

Oh my Allah. Jangan kata dia ni nak suruh aku keluar malam-malam buta pergi turun KL sana....

“Na’ie, are you still there?” soalnya bila aku masih diam membisu.

“Haa, ya ada ni. Lepas Isya’ saya balik kolej kediamanlah. Why? Awak nak minta saya turun KL malam ni juga ke?” aku dah gelisah. Mana pernah dibuatnya aku keluar merayau malam-malam? Dah tu, pergi ke KL pula tu. Tahu dek mama aku, mahu mengucap panjang dia dibuatnya.

Okay great! No, saya belum hilang akal lagi nak biarkan awak keluar datang KL malam-malam buta macam tu, karang mengamuk pulak pak cik gedik yang dekat benua sebelah tu sebab saya gila pergi bahayakan keselamatan dearest girl dia ni..” suara Taqi membuatkan aku berfikir, pasti lelaki ini sedang bercakap sambil tersenyum mengusik. Cis!

Then, whats your plan, mister?” soalku sambil melambai tangan pada Wafia yang sedang membuang pandang ke segenap ruangan kafe. Mungkin sedang mencari kelibat aku. Wafia tersenyum sebaik berjaya mengesan kelibat aku. Dia mula berjalan menghampiri.

“Saya datang cari awak dekat kampus malam ni?” usul Taqi.

“Hey, jauh kot awak nak datang sini dari Shah Alam tu?” Aku rasa tak selesa bila Taqi terpaksa bersusah payah nak datang ke sini. Lagipula, gila apa nak jumpa dalam campus area? Mahunya terserempak dengan classmate tak pun roommate aku, buat naya je.

“Tunggu weekend nanti tak boleh ke? Saya datang KL?” soalku pula. Memberi cadangan supaya Taqi tidak perlu bersusah payah untuk ke mari.

No, kan saya dah mention benda yang saya nak cakap dengan awak ni urgent tadi? So, by hook or by crook, saya kena jumpa awak hari ni juga. Period. Hey, I got class for now on. Nanti bila dah sampai sana, saya roger awak semula ye. Till then, take care of yourself ya. See you tonight, Na’ie. Assalamualaikum.”

Click.

Talian sudah diputuskan oleh mamat bertuah sorang tu.

Ciskek betul.

Aku mengurut pelipis. Taqi is coming tonight. Be prepare, Nor Naila Aqira.  Nampaknya, memang something serious kalau nak diikut pada gaya si Taqi ni. Hal berkaitan Aakif Farhan yang sudah lama senyap melayan rajuknya nun jauh di Australia sana ke?

“Tak breakfast sekali?” Wafia duduk berhadapan denganku.

Aku menggeleng perlahan.

“Dah breakfast dengan Suha dan Acik tadi. Nanti makan banyak-banyak, mengantuk pula...” kataku sambil mengukir senyum buat Wafia.

Bibir mengukir senyum, namun hati walang tidak terluah.

Ian, awak okey ke kat sana tu?

Saya risau...

Saya rin...du.

Aku menghela nafas perlahan-lahan. Laptop aku keluarkan daripada handbag besar gedabak aku. Aku membuka lipatan skrin pipih notebook Asus berwarna putih. Sabar menunggu 2 saat sebelum paparan windows 7 muncul pada skrin.

Tab chrome aku click.

Facebook dan YM automatik menyapa pandangan.

Senarai online aku teliti satu persatu.

Bayang ID individu yang aku cari langsung tidak dipaparkan pada skrin.

Ada rasa hampa yang bermukim disudut hatiku ketika itu.

Aku bawa jari bergerak pada touchpad. Menggerakkan cursor pada tab profile facebook.

Tiada.

Timeline aku sepi tanpa sebarang inspirational quo. Kebiasaan Ian sebagai permulaan hari aku, dia akan post satu inspirational quote pada timeline facebook aku.

Tetapi hari ini...dia tidak berbuat demikian.

Why?

Aku akui, Ian seorang yang mudah terasa hati atau dalam bahasa mudahnya merajuk. Ian senang merajuk, tetapi rajuknya tak lama. Biasanya, paling lama 3 hari je dia boikot tak nak call aku, lepas tu, masuk hari ke empat, dia mesti dah okey macam takde apa-apa pernah berlaku.

Itu pasallah, aku tak rajin nak melayan rajuknya itu. Namun, entah kenapa kali ini aku rasa rajuknya sudah jadi sesuatu yang serius. Lama benar dia pertahankan rajuknya dengan memboikot aku sepenuhnya selama seminggu ini.

Kecewa benar dia dengan aku nampaknya kali ni.

‘Ian...saya minta maaf. Saya selalu lukakan hati awak. Saya selalu ambil mudah effort awak untuk ceriakan setiap hari-hari saya...’

Dan, sekarang...hati saya terkesan bila awak ‘hilang’ daripada hidup saya.

What to do, Na’ie?

Mengaku salah?

Say sorry pada Ian?

Pujuk dia?

Pujuk? Aku tertanya-tanya sendiri. Biasanya, Ian merajuk dan dia juga yang akan pujuk dirinya sendiri. Aku? Buat tak reti je.

Jadi bila kali ni, macammana?

Aiyaa, Na’ie...tolonglah put aside your ego. Apa salahnya, kali ni kau mengalah, demi Ian yang dah lama bersabar dengan karenah dan semua pantang larang kau yang pelik lagi tak masuk akal tu?

Tolonglah buka mata hati kau tu. Ian seorang lelaki yang boleh dikatakan hampir sempurna dari segenap sudut, but still dia masih bersabar dengan  kau.

Timeline Facebook Ian menjadi tatapan mataku.

Hatiku sebak sendiri dengan status terkini Ian yang telah di-post oleh tuan empunya profile lebih 5 hari yang lalu.

Hari yang sama berlakunya pertengkaran antara kami.

Bait tulisan yang seakan menceritakan rahsia hatinya itu adalah seperti berikut;

Selangkah kau menjauh, sepuluh langkah aku datang mendekati.
Dan, setiap kali aku datang menghampiri, bibirku tetap setia mengungkap satu janji.
Mahu menjadikan kau sebagai pendamping hidupku sehingga hujung usia.
Halal di sisi Islam, mulia di mata Yang Maha Pencipta, melalui akad janji, bersaksikan kadi dan wali, mahu sehidup semati atas nama suami isteri.
Mengertikah kamu wahai sang pencuri hatiku?

Dan, post terakhirnya itu telah mengumpul 47 likers. Ruangan komen dibawah post nya itu terasa menarik perhatianku.

Majoriti yang meninggalkan komen di situ adalah perempuan. Sedikit sebanyak ada rasa cemburu yang mulai mengusik ketenangan hatiku selama ini.

-Ei! Siapalah yg b*d*h sgt ignore u ni Ian?

-Jodoh tu rahsia Tuhan, kalau betul dia jodoh kau, sejauh mana dia laripun, korg ttp akan bersama juga akhirnya...

-apa yang sengal sgt gurl tu?

-org mcm u Ian, satu tak suka 100 lagi sanggup beratur nakkan u okies:P

-eh budak prmpuan mana yg rabun sgt sampai tak nampak betapa beruntungnya dia sbb bjaya curik hati Ian yang jadi pujaan ramai ni? *I wonder who*

-Ohh, sgt tak reti bersyukur itu sang pencuri hatiku kau Ian...

-ala apedehal, tinggalkan dia, carik je org lain weii!

Taapp. Terus saja aku lipat semula skrin notebook. Tak sanggup rasanya nak baca komen-komen yang selanjutnya.

“Wa, aku nak pergi ladies kejap. Kau tunggu sini ye. Tolong jagakan barang-barang aku sekali,” aku terus berlalu tanpa menunggu balasan Wafia yang sejak tadi khusyuk menghabiskan nasi gorengnya.

*****

‘What a day...’satu keluhan terluah daripada bibirku.

Satu hari suntuk mood aku ke laut.

Kakak Naqibah yang sedang bercerita itu berkenaan tajuk usrah kumpulan kami pada minggu ini aku pandang tanpa fokus. Sungguh, fikiran aku rasa macam tak jejak dunia realiti je sehari ni.

“Naila Aqira, kamu okey? Tak sihat ke? Pucat saja muka tu akak tengok?” Kak Nurul yang diberi tanggungjawab dan amanah sebagai Naqibah kumpulan menyoal prihatin.

“Saya okey kak, mungkin letih je kut.” Aku menjawab perlahan dengan senyuman hambar terukir dibibir.
Kak Nurul mengangguk sambil menyambung penyampaiannya yang tergendala tadi.

Aku pula cuba sedaya upaya untuk fokus pada isi perbincangan yang sedang berlaku.

Dan, sedar-sedar saja usrah kumpulan kami sudah tamat.

Aku terpinga-pinga. Rasanya macam baru sahaja aku dengar Kak Nurul sambung pembentangan isi untuk sub topik no 3. Takkan sekelip mata je dah habis semua 7 sub topik tu?

Sejurus kemudian, azan Isya’ mula dilaungkan oleh AJK masjid yang bertugas di ruangan bawah masjid. Kami para muslimah, menjalankan usrah di bahagian ruangan solat di tingkat atas masjid.

Ya ALLAH, betullah dah lama jasad aku duduk kat sini, tapi roh aku entah dah terbang ke mana...?

“Jom, penuhkan saf depan?” Kak Nurul menepuk bahuku perlahan selepas usai azan dilaungkan

Aku mengangguk cuma.

Solat Isya’ kami tunaikan secara berjemaah.

*****

Ketika menuruni anak tangga, untuk ke ruangan khas tempat aku meletakkan kasut sebelum masuk tadi, handphone di dalam saku jubahku bergetar.

Belum sempat aku mengangkat, talian sudah terputus.

Aku buka call log, tapi tak berjaya mengesan nombor yang membuat panggilan tadi. Isy, pelik!

Kasut aku sarungkan ke kaki sambil sebelah tangan menjinjit kain telekung yang aku lipat ringkas. Bahagian tudungnya pula, masih setia menutupi kepala dan hampir separuh tubuhku yang berjubah labuh warna dark beige.

Ketika aku sedang berjalan di lorong pejalan kaki yang dibina khas menuju ke kolej kediaman, sekali lagi handphoneku berdering.

Hello?” private number lagi. Taqi ke?

Hello, assalamualaikum ya ukhti?” sapa si pemanggil.

Aku menarik senyum dipinggir bibir.

Exactly.

“Wa’alaikumsalam,” aku menjawab ringkas. Taqi ni, jika dilayan...memang sampai sudah tak habis.

“Na’ie, awak comel betul dengan telekung bersulam bunga pink tu. Saya suka, sejuk mata memandang, tertawan hati saya ni...”

“Amboi, berani mati betul ayat awak tu Taqi...” Aku menggeleng perlahan dengan muka yang mula rasa panas. Ada pula orang sarung telekung macam ni pun dia kata comel? Itu perli ke apa? Tahulah semua stok kawan-kawan dia cantik bermekap. Aku ni? Entah-entah pucat lesi je muka ni.

“Berani kerana benar. Dah memang awak nampak sweet sangat dengan keadaan awak sekarang ni, takkan saya nak kata benda yang tak baik pula?”soal Taqi pula.

Fine, terima kasih untuk pujian. By the way, awak dah sampai ke? Saya baru je keluar dari masjid ni.” Kataku.

Most welcome. Yeah, saya tahu awak baru habis jemaah kat masjid. I can see you kat tangga masjid tadi. Saya nampak dengan jelas muka awak, dan saya yakin saya tak silap orang.” Taqi ketawa kecil.

Ohh my...awak intip saya ke Taqi?” soalku sambil memerhati keadaan sekeliling. Walaupun ditemani cahaya lampu jalan, tetapi suasana malam tetap kekal malap dan kelam. Langsung tak jumpa kelibat Taqi. 

Taqi ada sekali kat masjid tadi? Kenapa dia tak perasan pun?

“Eh, suka hati dia je nak tuduh kita intip dia ye. Na’ie, kita nak jumpa kat mana ni?” soal Taqi yang menjurus kepada sebab asal kedatangannya ke sini.

“Erm, kafeteria dekat dengan kolej kediaman tu. Boleh?” soalku pula.

Okay, set. Awak tunggu kat sana, kejap lagi saya sampai.” Taqi berkata sebelum kami menamatkan panggilan.

Aku meneruskan langkah menuju ke kafeteria yang dimaksudkan. Kaki melangkah mendapatkan sebuah meja kosong, tidak jauh daripada laluan masuk utama ke kafe, berhadapan dengan ruangan parkir kereta. Risau pula Taqi tidak nampak kelibatku nanti. Lagipun, baik ambil tempat dikawasan laluan utama ni. Sekurang-kurangnya ramai orang, tak adalah nampak mencurigakan sangat.

Tidak sampai beberapa minit menanti, sebuah Kia Spectra Novus hitam berkilau masuk ke petak parkir kosong tak jauh daripada meja tempat duduk aku.

Walaupun cermin kereta tersebut gelap, aku yakin itu kereta kepunyaan Taqi. 

Sport Rims hot pink-sumber Google.

Siapa lagi yang ada taste unik, kereta dah cool dengan warna hitam berkilat, lengkap dengan cermin yang ber-tinted gelap, tiba-tiba sport rims kaler hot pink selain Ahmad Zainul Muttaqin tu?

Seperti jangkaanku, itu memang kereta Taqi. Dia melangkah keluar sambil berlenggang kangkung berjalan menghampiri meja yang aku duduki.

Hi, assalamualaikum.” Dia mengambil tempat di meja sebelah. Duduk secara bersilang denganku di sebelah kanannya. Berhadapan, tapi berasingan meja.

Taqi, memang memahami. Dengan ramainya umat manusia di kafe waktu itu, adalah sangat tidak manis apabila kami yang berbeza gender ni duduk bersembang semeja dalam keadaan aku yang berjubah dan bertelekung begini dan dia yang berbaju melayu lengkap berpelekat dan songkok hitam di kepala.

meja cafe-sumber Google

Lagipula, meja kafe ni bukannya besar mana. Sudahlah bercantum dengan kerusinya sekali. Langsung tak boleh nak adjust jarak kedudukannya. Dan, jika Taqi yang tinggi lampai ni duduk berhadapan denganku, tidak mustahil lutut kami akan bersentuhan.

“Wa’alaikumsalam,” jawabku perlahan sambil mata mengerling aneh ke arah Taqi.

“Kenapa pandang macam tu?”Soal Taqi sambil jungkit sebelah keningnya.

Just wonder, awak dari mana ni? Dengan attire macam ni?” soal aku dengan muka curious. Mana tidaknya, The Pinky Taqi yang selalunya ranggi dengan fesyen berani mati dia tu, tampil begitu sederhana dengan baju melayu dan kain pelekat.

Tak dinafikan, Taqi nampak lebih matang dengan pakaian begini. Dan...ada suara halus di dasar hati yang mengatakan Taqi nampak sangat berkarisma walau dengan baju melayu dan kain pelekat ringkas begini. Nampak lebih kacak, dalam kata mudahnya.

Isy! Na’ie, get a firm grip. Jangan nak puji Taqi ni sangatlah. Ian yang sorang tu pun jenuh nak dijaga, inikan pula dengan Taqi yang stok ‘kawan perempuan’ dia keliling rumah ni? Buat naya je kalau kau kena ganyang dengan perempuan-perempuan tu semua nanti.

Isy, isy, you better don’t wahai Nor Naila Aqira. Aku kerling wajah Taqi yang sedang tersenyum di tempatnya. Songkok hitamnya diletakkan ke atas permukaan meja sambil sebelah tangannya berlari dicelah-celah rambutnya.

“Dari situ...” muncungnya di suakan ke sisi kami. Mengisyaratkan masjid kampus yang jelas kelihatan dari tempat duduk kami.

“Aaa, jadi...”

“Saya solat Maghrib dan Isya’ together dengan awak, berimamkan seorang imam yang sama...how sweet, kan? Dan saya yakin, Ian pun tak pernah dapat peluang nak solat sekali dengan awak kan?” Taqi mula buat double jerk, mengusiklah tu.

“Lepas ni nak call dia, bagi tahu pasal benda ni. Saya jamin dia akan meraung jeles nun dekat sana...”Taqi sudah tertawa kecil dengan agenda nakalnya untuk mengusik si Ian di bumi Australia sana.

Seriously?” Aku dah speechless. The pinky Taqi ni siap datang jemaah jaaaaauuuhhhh ke sini sebelum jumpa aku? Memang sweet. Tapi tang nak beritahu Ian pasal benda ni tu...agak sour ye. Karang dibuatnya si Ian tu tersentap hati, tak ke makin naya dibuatnya? Sudahlah orang tu tengah merajuk teruk sekarang ni...

You better don’t Taqi. Jangan burukkan lagi keadaan. Awak tentu lebih faham dengan jiwa sensetif kawan baik awak tu...”aku menyuarakan rasa tidak bersetuju.

Dan...sejurus itu, tawa Taqi makin menjadi pula.

Cis.

“Apa yang lawak sangat?”soalku sedikit geram.

You know what, Na’ie? Saya melawak je la. Takkanlah saya ni tak faham dengan kawan saya yang sorang tu. Saya ni dah hidup dengan dia nak masuk 20 tahun kut? ”Taqi berkata selepas menyudahkan sisa tawanya tadi.

“Erm..” aku menggumam sambil angkat bahu.

“Sayang juga awak kat Ian ye?”kata-kata Taqi itu walaupun perlahan, tetap juga berjaya membuatkan aku tersenyum pahit.

Kalau betul aku sayangkan Ian, aku takkan sesuka hati lukakan perasaan dia...

“Awak dari Shah Alam tadi, Taqi?”soalku, cuba merubah topik perbualan kami.

“Saya dari rumah parents saya petang tadi, so yeah..here I am.” Taqi senyum kacak sambil letak Iphone dia kat atas meja. Maklumlah, tak selesa agaknya nak simpan iPhone yang besar tu dalam saku baju melayu pink dia tu.

“Oh, jadi awak dari rumah parents awak kat Bangsarlah ni? Ingatkan dari rumah sewa awak..” aku mengangguk perlahan melihat senyuman Taqi.

“Setakat ni, parents saya memang dekat Bangsar. Tak tahulah kalau dapat keluarga mertua dekat rumah awak ke kan? So, bolehlah saya kata saya dari rumah parents kita kat....” Taqi bersuara perlahan, dengan ayat yang sengaja digantungya tak bertali. Bibirnya pula masih manis dengan senyuman.

Taqi@ siwon-sumber Google


Senyuman mengusik.

Bulat mataku memandang dia. Lawak yang sangatlah tidak lawak sama sekali.

“Ha ha, Na’ie...saya gurau jelah. Take it easy, buddy!” Taqi masih seronok gelakkan aku.

Aku jeling je si Taqi tu. Hisy.

“Nak minum apa-apa tak?” soalku cuba menyembunyikan riak wajah yang mungkin saja dah jadi kaler hijau dek gurauan ‘kasar’ Taqi tadi.

“Erm, nak makan sekali boleh? Lapar pula dengan aroma tomyam ni...”Taqi menoleh ke arah kaunter  ala carte di tengah kawasan kafeteria.

“Okey ke awak nak makan kat sini?” soalku pula. Manalah tahu, standard budak loaded macam dia ni tak lalu nak makan kat kafe macam ni ke kan?

“Apa masalahnya? Tak de orang mati keracunan dek kerana makan kat sini kan?”soal Taqi sambil senyum lagi.

Aisehh, dia ni asyik senyum je dah kenapa?

“Jom, kita dinner dulu sebelum bincang kejap lagi?” cadang Taqi.

Aku diam sejenak. Kasihan pula pada Taqi yang datang jauh-jauh begini jika aku tolak cadangannya mentah-mentah.

“Okey, tapi saya teman awak jelah eh? Saya dah dinner sebelum pergi masjid tadi dah. Ni masih kenyang lagi, karang makan banyak-banyak, otak jadi tepu sebab mengantuk. Susah, since banyak kerja nak kena settle malam ni..” Aku berjalan selangkah dua di depan Taqi.

Sure? Baru cadang nak belanja awak. Kenapa dinner awal sangat? Malam-malam nanti tak lapar ke?” soal Taqi pelik.

“Dah biasa, lagipun bagus apa makan malam waktu petang. Jadi, perut kita ni ada lah masa yang agak panjang untuk proses makanan yang kita makan sebelum kita masuk tidur. Ni, kalau dah makan pukul 9 lebih macam ni, pukul 10 mesti dah rasa mengantuk, paling tidak pukul 10:30 – 11:00 mesti dah masuk tidur.”kataku sambil membawa Taqi ke kaunter ala carte untuk membuat order.

“Okay, baguslah tu. Ian pun stok macam awaklah. Dinner dia pukul 6.30 pm. Sesuai sangatlah korang berdua ni. Tapi masuk tengah malam dah sibuk merengek nak makan lagi. Lapar sebab banyak guna otak nak siapkan assignment katanya,” Taqi membuka cerita kawan baik dunia akhiratnya itu padaku.

So, by midnight kami pun merayaulah cari makan. Pilihan yang ada kat kawasan rumah sewa kami, Mc Donald or else mapley.” Taqi sempat melempar senyum padaku sebelum turut menghulur senyum pada pekerja kafe yang bertugas di kaunter.

“Ya dik, mau order apa?” Kakak yang jaga kaunter adalah pekerja dari seberang.  Asal daripada Bandung katanya.

“Kejap kak, nak bincang dengan cik adik ni dulu.” Taqi yang bersandar santai pada kaunter tersebut tersenyum memandang aku semula. Pelajar-pelajar lain yang turut berada berhampiran kaunter itu mula sibuk memerhatikan gelagat kami.

Aku gelisah, tak selesa dengan pandangan mereka yang penuh sinis. Malas mahu melayan pandangan sinis mereka, aku kembali menala pandang pada wajah putih bersih Taqi yang masih setia memandang aku. Lagi cepat Taqi buat order, lagi cepat aku terlepas daripada menjadi perhatian budak-budak ni.

“Na’ie, menu apa yang paling best kat sini?” soal Taqi meminta cadangan aku.

“Err, nasi goreng paprik kut? Tapi, rasanya semuanya okey je. Cita rasa setiap manusia ni berbeza, so...terpulanglah pada awak.” Aku balas senyuman Taqi seadanya.

“Nasi goreng paprik?” Taqi usap dagunya yang licin.

“Erm, tapi terpulanglah pada awak sebab yang nak makan tu awak bukannya...”

“Na’ie, sure tak nak makan sekali ni? Atau awak nak bungkus je? Mana tahu malam nanti lapar balik macam kes yang selalu jadi kat Ian?” soal Taqi memintas kata-kataku.

Aku geleng perlahan. Aku bukan Ian. Sejak awal, kami banyak perbezaan dalam banyak perkara.

“Kak, nasi goreng paprik lah. Dua. Satu makan sini, satu lagi bungkus.” Taqi lebih dahulu memintas kata-kata ku.

“Taqi, saya kasi cadangan berdasarkan taste saya je. Awak boleh je order benda lain...”...dan, dah kenapa order sampai dua? Larat ke nak habiskan semua tu?

 “No. Na’ie, saya yakin dengan taste awak tu. Saya nak rasa benda yang awak kata sedap tu. Nak belajar apa yang awak suka dan apa yang awak tak suka.” Jawapan Taqi itu seakan menjerut leherku.

Kenapa?

Kenapa harus Taqi melayan aku begini baik? Kenapa dia mahu belajar tentang perkara yang aku suka dan aku tak suka? Sedangkan kami...hanya...

“Kawan baik, kena belajar untuk kenali kawan baik dia dengan lebih mendalam. Benda paling basic, kena ambil tahu apa favaurite dia. Bukan senang nak cari titik persefahaman dalam sesuatu hubungan, Na’ie. Ada kalanya, kita perlukan masa bertahun untuk kenal hati budi seseorang tu. Kadang kala, ianya makan masa seumur hidup untuk memahami sikap seseorang.” Taqi berkata dengan suara yang agak perlahan sambil membelek helaian menu yang tersedia di atas kaunter ala carte itu.

Taqi, kalau bercakap memang tak hiraukan mata-mata sinis yang sedang pandang kami ketika itu. Dia masih tak sudah dengan senyuman manisnya itu untuk aku. Smiley eyes dia buat dia makin comel bila senyum. 


Makin comel dengan lesung pipit dia tu. Somehow, dia nampak pure gila dengan senyuman dia tu.

Mungkin benar apa yang dikatakan orang sebagai, bila hati kita ikhlas, semuanya nampak elok dan cantik saja.

“Manusia ni berbeza, dan perbezaan itu yang menjadikan manusia ni unik.” Taqi mengeluarkan walletnya. Not 50 dikeluarkan dan diserahkan pada kakak di kaunter setelah pesanannya siap dihidang.

Come, order air kat sebelah sini.” Aku mengisyaratkan kaunter di sebelah kiri kami.

“Terima kasih, kak.” Ramah Taqi berkata sebelum mengangkat dulang bersegi empat yang diletakkan menu yang di odernya tadi. Setelah menerima duit bakinya, Taqi bergerak ke kaunter di sebelah kiri.

“Na’ie, awak pun kena order kali ni. No excuses. My treat.” Katanya sambil memandang menu yang terpampang di meja kaunter.

“Takpe, saya boleh bayar sendiri...”Aku tak selesa nak biar dia bayarkan bagi pihak aku.

“Alaaa...bukannya selalu dapat peluang macam ni. Tak gentlemen la kalau biarkan awak bayar sendiri. Come, jangan cari alasan lagi.”Taqi berdegil nak teruskan agenda dia tadi.

Aku menghela nafas perlahan. Taqi ni, tak banyak beza dengan Ian. Boleh tahan degilnya.

“Awak order dulu. Ladies first,” Katanya padaku.

“Awak yang nak belanja, so awaklah yang decide. Karang, saya order yang paling mahal, menangis pula awak nak bayar nanti?” aku mengusik dia yang kelihatan serius meneliti deretan menu minuman yang boleh di dapati di situ.

“Takkanlah sampai menangis. Bukannya awak minta sebentuk cincin berlian Tiffany & co or else, handbag Marc Jacob the latest edition punya pun...so, no worries. Cepatlah, order je apa pun.” Taqi layankan pula usikkan aku tadi. 

Cis.

“Saya ikut awak jelah Taqi.” Putusku akhirnya.

“Ha? Nak ikut saya? Nak ikut balik Bangsar ke Shah Alam ni?” Taqi buat lawak sengal dia pula tengah-tengah khalayak yang ramai dekat kafe ni?

“Lawaklah tu?” aku dah ada aura nak mengamuk ni.

Ha ha ha. Taqi aku lihat tergelak kecil, mentertawakan aku.

“Jus epal, bang. Dua gelas ye. Minum sini.”

Selesai membeli minuman, kami kembali pada meja tadi. Mujurlah tak ramai yang makan di kafe waktu-waktu begini kerana kebanyakkannya hanya membungkus makanan dan balik makan di bilik masing-masing.

Aku hanya menunduk merenung permukaan meja sambil menanti Taqi menghabiskan makanannya. 

Sepanjang waktu menikmati makanan, tiada satu perkataan pun yang keluar daripada mulut Taqi. Aku pula sesekali mengerling dia secara curi-curi. Saja nak kenali lelaki bernama Ahmad Zainul Muttaqin ni melalui sikap dan perangainya di meja makan.

Cermat setiap suapannya yang menggunakan sudu dan garfu itu.

‘Bagus, nampaknya dia ni mesti dah biasa makan dengan sudu dan garfu tu.’

Bunyi perlagaan sudu dan pinggan sangatlah minima.

‘Bagus, cermat dalam setiap geri dan tindak tanduknya.’ Kawasan sekitar pinggan tidak comot apatah lagi bersepah dengan sisa makanan.

‘Jarak antara suapan boleh dikatakan hampir sekata.’ Aku yang agak over ni pergi kira jarak frequency suapannya. Berselang setiap 15 saat.

‘Bagus, tidak gelojoh. Teratur dan sistematik.’

Kemudian, aku kerling pula piring bujur yang diisi dengan lauk ayam paprik tadi.

Segala jenis sayur yang dicampur sekali dalam masakan tersebut dimakan habis oleh Taqi tanpa di asingkan ketepi.

‘Bagus, tak cerewet nak makan sayur semua.’ Tak semua orang boleh makan semua jenis sayur tanpa banyak ragam.

Tanpa sedar aku senyum sendiri dengan gaya Taqi ni di meja makan. Proper sangat bagi seorang lelaki.
Dining table ethic. Decent  sungguh budak architecture sorang ni...

Ke saja nak cover sebab dia dah perasan aku tengah sibuk usha dia tengah makan sejak tadi ni? Itu yang bukan main sopan santun lagi?

Gegaran handphone di dalam saku jubahku hampir membuatkan aku terlompat disitu. Terkejut!

“Assalamualaikum, Kak Jay...” Aku senyum mendengar suara Kak Jay menjawab salamku.

Sorry kak, lupa nak inform tadi. Saya singgah kafe Ceria ni... akak nak pesan apa-apa ke?” soalku sambil mata mengerling Taqi yang sedang memandangku dengan dahi berkerut.

“Haa, boleh. Nanti saya belikan, okey. Tak de hallah. Okey, Assalamualaikum,” Aku mengucap salam lalu mematikan talian selepas Kak Jay membalas salamku.

“Siapa?” soal Taqi sambil menolak pinggannya yang sudah kosong ke tepi. Gelas tinggi berisi jus epal hijau pula di tarik ke hadapannya.

Roommate saya, dia risau saya tak sampai ke bilik lagi sebab dah masuk 9:35 kan?” Aku senyum segaris pada Taqi.

“Oh, sorry sebab buat dia risau gara-gara awak kena temankan saya makan kat sini. Sorry juga sebab saya ambil masa lama nak habiskan sepinggan nasi goreng ni.”Taqi gosok tengkuknya dengan muka yang terbias riak serba salah.

Aku senyum sedikit sambil menggeleng kepala perlahan. Dah tak tahu nak bereaksi bagaimana, jadi ini saja yang boleh aku lakukan sebagai tanda respons pada kata-katanya tadi.

Not a big deal. So, okey ke rasanya?” soalku sambil memuncungkan mulut mengisyaratkan makanan yang di makannya tadi.

Thumbs up.” Dia membalas ringkas sambil mengangkat ibu jarinya padaku.

Suasana kafe masih hingar ketika itu, namun kedua kami hanya membisu tanpa kata buat beberapa ketika.
Aku resah sendiri menanti Taqi membuka topik utama yang mendorong kedatangannya ke sini waktu malam begini.

“Na’ie...”Taqi memanggil namaku sambil membelek skrin iPhonenya.

“Erm?” aku mengangkat muka memandang dia. Sedikit terkejut bila secara tiba-tiba Taqi menyeru namaku tadi.

“Pernah dengar lagu OST ombak rindu tidak?” soalan Taqi menimbulkan kerutan di dahiku. Motif dengan lagu OST ombak rindu bagai ni?

“Ya. That one yang Hafiz dan Adira nyanyi tu kan? Pernah dengar tajuk, dan secara tak sengaja terbaca lirik dia dalam novel yang saya baca tapi tak pernah ambil inisiatif nak dengar lagu tu pun. Kenapa?”soalku perlahan.

Taqi aku lihat sekali lagi mengukir senyuman suci murni dengan smiley eyes dia tu.

“Na’ie yang so not in romantic mood, mengaku dengan jujur depan saya bahawasanya dia tak pernah dengar lagu OST ombak rindu yang bikin fenomena di Malaysia ni?” soal Taqi sambil angkat kening memerhatikan aku.

I’ve been busy kebelakangan ni. Lagipun, saya tak berapa nak suka lagu-lagu jiwang ni.”Kataku, cuba menyatakan situasi diriku.

“Habis lagu-lagu Secondhand serenade tu tak jiwang pula la?”soalan Taqi membuatkan aku terdiam mati kata.

Kepala yang masih dibaluti telekung aku gosok perlahan. Itu dikecualikan kut?

“Nanti naik bilik, awak check emel ye. Pastikan awak baca emel tu betul-betul dan fahamkan kehendak dan arahan yang diberikan.” Itu jawapan yang Taqi beri.

Aku membuat isyarat OK kepada Taqi.

‘Apa ke gayanya macam tengah bagi arahan tentang kaedah menjawab multiple choices soalan untuk exam je ni?’ Aku angkat sebelah kening ketika mengerling wajah selamba Taqi yang masih sibuk menekan-nekan skrin iPhonenya.

“Na’ie,” suara Taqi yang sekali lagi memanggil namaku membuatkan aku berpaling mencari wajahnya.

“Saya?”

“Kadangkala, Ian tu memang hopeless childish. Tapi, dia tak sembarangan tunjuk sifat childish dia tu kat semua orang. On the simplest statement, dia manja dengan orang yang dia sayang je.”

“Kalau awak perasan, bila dia jalan dekat public as in mall or restauran, dia akan tayang muka poyo dia yang bapak serius tanpa sebarang senyuman tu. Kan?”suara Taqi membuatkan aku berfikir sejenak.

Teringat insiden pertemuan kami secara tak terduga di Alamanda Putrajaya ketika aku menemani abang sepupu aku mencari barang. Ketika berjalan di hadapan deretan lot-lot kedai di dalam Alamanda itu, aku terperasan kelibat dua orang remaja lelaki yang sedang berjalan beriringan tidak jauh dari tempat aku dan abang sepupu aku berada. Seorang sibuk tak sudah-sudah dengan senyuman, manakala yang seorang lagi seronok sangat tayang muka ketat dia bak pegawai tentera yang sedang melakukan kawat untuk perbarisan kehormat. Tanpa sedar hati dah mula kutuk-kutuk lelaki bermuka ketat itu sangatlah poyo. Ketika itu aku masih tidak tahu bahawa lelaki poyo itu adalah Ian, Aakif Farhan kawan misteri aku tu sehinggalah detik pertemuan kami di KL sentral. Melopong tak percaya aku dibuatnya kerana aku ingat benar muka poyo dua orang mamat yang aku kutuk habis-habisan dekat Alamanda tak lama dulu tu. Rupanya itulah Ian dan Taqi. Tuhan pertemukan kami dalam situasi dan masa yang kami tak jangka langsung. Itukah namanya jodoh?

Erm. Akhirnya, aku mengangguk perlahan tanda bersetuju dengan pernyataan Taqi tadi.

The thing is, Ian sayangkan awak Na’ie. Sayang, sangat-sangat.” Ucap Taqi.

Aku menarik nafas sebelum menghelanya perlahan-lahan.

“Saya tak sesuai untuk dia. He deserve someone better than me. Saya...serius saya bukanlah seorang yang reti jaga hati dan perasaan orang lain. Saya mengaku, saya seorang yang selfish. Saya hanya fikirkan diri saya, untuk masa sekarang ni. Saya tak boleh beri komitmen pada hal lain selain hal berkaitan saya punya pengajian ni je...”terus terang aku mengaku depan Taqi.

Taqi diam. Melalui hujung mataku, aku tahu dia sedang memandang tepat pada wajahku ketika ini.

Aku hanya menunduk, mengelak daripada bertentang pandangan dengan dia.

“Na’ie, bila seorang kakak sulung sedang berusaha bersungguh-sungguh demi capai cita-cita kerana beranggapan dia mempunyai tanggungjawab berat untuk menjadi tulang belakang keluarga bagi menggantikan ibubapa dia suatu masa nanti...orang tak panggil itu sebagai pentingkan diri, tetapi orang panggil itu sebagai pengorbanan.”Taqi berbicara tenang.

'Stop it, Taqi. You will make me cry if you proceed your next words...'Jemariku yang aku letakkan di atas ribaanku di bawah meja aku genggam erat. Cuba memujuk hati untuk tetap cekal dan tabah tanpa membenarkan Taqi mengesan rasa yang telah mengusik ketenangan hatiku ketika itu.

“Dan, bagi saya...jika seseorang tu mampu berkorban masa muda dia demi orang lain terutama sekali family dia...saya rasa dia seorang yang cukup hebat, cukup mulia.” Taqi masih meneruskan kata-katanya.

Aku pula makin menundukkan kepalaku.

“Ya, mungkin saya tak berada ditempat awak. Jadi saya tak mampu nak faham dengan jelas apa yang sedang awak fikirkan sekarang ni...”

Taqi duduk menyandar sambil masih memandang ke arah aku.

“Tapi Na’ie, selama saya hidup sebagai kawan baik Ian, saya tak pernah nampak Ian yang sekarang ni, melainkan bila dia bersama dengan awak. Ian tak pernah serius melainkan dia betul-betul suka dengan sesuatu perkara tu. Dan, untuk pengetahuan awak, bila Ian dah mula suka dengan sesuatu perkara tu, dia rela buat apa sahaja untuk milikinya. Kalau tak dapat cara baik, mungkin saja dia akan guna cara paling kotor. Just...jangan buat dia guna cara paling kotor tu untuk dapatkan awak Na’ie. Manusia ni ada had kesabarannya.”Taqi masih kekal dengan riak tenangnya.

Aku menghela nafas. Sedikit tersentak dengan ayat-ayat terakhir Taqi tadi.

“Awak tengah ugut saya ke Taqi?” soal aku sambil memandang wajah tenangnya itu.

“Bukan ugut, rasanya lebih kepada peringatan. Saya nak awak faham, Ian mampu buat perkara yang awak takkan terjangka, Na’ie. Tolonglah jangan berkeras hati, jangan sampai Ian ambil tindakan yang drastik untuk buat awak jadi...”

Taqi berjeda seketika, membuatkan aku makin lemas dengan debaran menunggu penyudah ayatnya yang dibiarkan tergantung tadi.

“Awak tahu tak, sebelum dia fly ke Aussie dulu dia pernah cakap dengan saya tentang satu perkara yang hampir saja buat saya pengsan kerana terkejut?”

Soalan Taqi membuatkan dahiku berkerut. Macammana pula aku nak tahu? Ian bukannya cakap dengan aku, tapi Ian cakap dengan dia kan?

“Dia nak jumpa family awak kat kampung, nak jelaskan semua pada mak ayah awak. Dia...sebenarnya...”
Membungtang mataku mendengar kata-kata Taqi.

Takkanlah...Taqi...tolonglah cakap, Ian tak teruskan niat dia tu....

“Dia...betul-betul pergi jumpa family saya ke?”soalku cuak.

Tapi, semalam ma ada call aku. Tapi tak ada pun ma bangkitkan hal ni?

Gelengan Taqi membuatkan dadaku yang sesak dengan rasa gusar tadi terasa lapang semula.

Jus epal hijau yang dipesan oleh Taqi tadi aku sisip sedikit. Dah nak cair segala ais dalam gelas tinggi itu gara-gara aku membiarkannya begitu saja sejak tadi.

“Tapi Ian dah cerita semuanya pasal dia dan awak pada mak ayah dia, malam selepas kenduri doa selamat tu. Ingat tak, masa dia bawa awak masuk rumah tu, mak dia nampak terkejut yang amat?”

Uhuk. Uhuk.

Nasib tak tersembur jus epal yang aku minum tadi.

Aku menelan liur yang terasa kesat. Mata kekal memandang wajah Taqi.

Before this, Ian tak pernah bawa mana-mana perempuan masuk rumah family dia. You are the first person, yang pecahkan rekod Ian tu.”

Aku tergamam dengan pernyataan Taqi itu. Aku yang pertama? Patutlah muka mak dia terkejut benar masa tu.

Terasa ada ‘sesuatu’ yang menyentuh kakiku di bawah meja, aku segera menunduk.

Hi, sweetheart! Awak ke mana satu hari ni?” kepala si kecil yang comel dengan bulu bertompok hitam putih bak beruang panda itu aku usap dengan hati yang ceria.

Taqi pula menunduk ke bawah meja, mungkin nak tahu apa yang aku panggil sweetheart tadi tu.

“Kucing? Awak panggil kucing ni, sweetheart?” soal Taqi.

Aku mengangguk laju. Seketika, bagai terlupa masalah yang membelenggu hati tadi.

Spontan Taqi menghamburkan tawa.

“Apa yang kelakarnya?” soalku tak puas hati.

Taqi hanya menggeleng sambil tersenyum meleret.

“Tolong tengokkan sweetheart saya ni kejap.” Pintaku sebelum bangkit beredar.

Beberapa minit kemudian, aku berjalan menghampiri Taqi yang sedang mengusap kepala sweetheart di atas meja.

Come, sweetheart. Eat your dinner,” Kataku sambil meletakkan piring kecil berisi dua chicken patty. Daging burger ni je yang available. Cepat nak siapkan, lagipun sweetheart aku ni memang suka makan patty.

Buat seketika, aku lupa kehadiran Taqi di situ kerana terlalu asyik melayan anak kucing itu makan.

“Sayang betul nampaknya dengan sweetheart dia ni sampai boleh lupakan saya?” suara Taqi kedengaran mengusik.

Sorry, apa yang kita bincangkan tadi?” soalku dengan mata memandang Taqi sambil tanganku bergerak mengusap kepala  sweetheart aku tu.

“Na’ie, awak mengingatkan saya pada satu perkara.”suara Taqi.

Aku diam menantikan ayat dia yang seterusnya.

“Sesuatu yang awak mungkin tak tahu.” Taqi tiba-tiba tersenyum.

“Apa?” hampir tak kedengaran suara aku bertanya.

“Beberapa tahun yang lepas, mak ayah Ian buat open house sempena hari raya. Masa tu, Abang Ehad bawa kawan-kawan uni dia datang. Dan, Abang Ehad ambil peluang yang ada nak kenalkan awek dia pada mak ayah diorang. Then guess what, time tu jugak mak Ian mengamuk habis sebab dia tak berkenan dengan awek Abang Ehad. Kami yang tak tahu apa-apa ni, pelik juga kenapa mak Ian nak mengamuk sakan sebab kami tengok awek Abang Ehad tu okey je. Cantik, sopan santun dan perempuan tu budak medik, sesuai sangatlah dengan mak ayah Ian yang mempunyai pendidikan dalam bidang medik ni.”

"Tahu kenapa mak Ian reject perempuan tu mentah-mentah?"

Aku mengangkat bahu sambil menanti Taqi meneruskan ceritanya.

“Rupanya, mak Ian pernah nampak perempuan tu sepak kucing dekat kafeteria uni Abang Ehad gara-gara kucing kurus kerempeng yang comot tu cuba nak minta makanan. Masa tu, kami memang ada sekali sebab lepas lawat Abang Ehad dekat uni dia, mak ayah Ian nak hantar kami pergi bercuti kat kampung datuk Ian kat Perak. Kalau mak Ian tak cerita kejadian tu pada kami, kami pun tak perasan perempuan yang kami nampak dengan Abang Ehad ni adalah perempuan yang sama.” Panjang lebar Taqi bercerita.

“Mak Ian kata, kalau kita tak mampu nak sayangkan haiwan, kita juga takkan mampu nak sayangkan manusia. Kalaupun haiwan tu ada buat salah, kita tak layak nak berlaku kejam dengan mereka. Kita patut ingat, bahawa Allah beri kita akal dan otak, sebaliknya haiwan hanya ada otak, tapi tak ada akal. Jadi, kita sebagai makhluk yang berakal ni, kena bertolak ansur dengan haiwan yang tak berakal.” Taqi menyambung bicaranya.

Aku tersenyum sedikit sambil mengangguk setuju.

“Haiwan tak layak dilayan dengan kasar. Mereka memang tak ada akal, tapi mereka tetap punya hati dan perasaan.” Aku meluahkan rasa hatiku tentang topik yang dibangkitkan oleh Taqi tadi.

“Awak tak kisah ke nak sentuh kucing ni? Well, kita tak tahu dia duduk kat mana, then tahap kebersihan dia...”soalan Taqi membuatkan aku rasa macam nak marah.

“Jangan pandang hina, hanya kerana dia haiwan gelandangan. Tak punya rumah, tak punya harta, tak punya keluarga yang sayangkan dia...even tak punya nasib yang baik macam awak dan saya...tapi, sekurang-kurangnya saya tengah sentuh satu mahkluk suci di mata Tuhan. Dia tak buat dosa-dosa besar macam manusia...”Aku tak nafikan, ada rasa sedih bermukim dihati ini bila Taqi mengajukan soalan tadi. Taqi pun pandang hina pada haiwan-haiwan terbiar macam ni? How could...?

“Ya, dia mungkin hina pada pandangan mata kita. Tapi mungkin dia ni lebih mulia pada pandangan mata Tuhan..”kepala sweetheart yang masih tekun menghabiskan makanannya aku usap penuh sayang.

Taqi aku lihat hanya diam memerhatikan.

“Kalau dia kotor sekalipun, tak jadi masalah. Nanti naik bilik, saya cucilah tangan dengan sabun antibac semua tu.” Aku berkata tenang.

“Na’ie,” Taqi memanggil perlahan.

Aku menoleh, memandang dia.

“Saya minta diri dulu. Awak tentu banyak benda nak buat lepas ni.” Ujar Taqi sambil menyentuh badan kecil sweetheart yang kurus kerempeng tu.

“Saya tak pandang hina haiwan gelandangan yang senasib macam sweetheart awak ni. Saya cuma nak uji awak,” Taqi mengambil alih peluang untuk mengusap kepala sweetheart.

Nak uji aku? What for, Mister Taqi?

“Awak mampu sayangkan sweetheart, dan tak mustahil awak pun mampu jaga dan sayangkan Ian.”Tenang suara Taqi sambil mengukir senyum untukku.

Pernyataan Taqi tadi bagai menyentap tangkai hati aku. Sweetheart dan Ian adalah dua perkara berbeza. Aku tidak punya masalah nak sayangkan sweetheart, tapi untuk berkongsi rasa sayang pada Ian...

Aku tak yakin aku mampu melakukannya. Hatiku masih ragu-ragu dengan ucapan janji yang meniti dibibir Aakif Farhan itu.

Dan, rupanya sedari tadi lagi Taqi memerhati sambil membuat konklusi?

Sweetheart, kau tahu tak betapa beruntungnya kau sebab budak  bernama Na’ie ni sayangkan kau?”Taqi berkata-kata dengan sweetheart yang tidak mengerti apa-apa.

Aku yang tadinya tergamam, kini mula menarik senyuman di pinggir bibir melihatkan gelagat Taqi.

“Taqi, sweetheart takkan layan awak kalau awak bercakap dengan dia guna bahasa melayu. Saya dengan kawan baik saya Wafia dah buat eksperimen sebelum ni. Dia hanya akan beri respons bila awak bercakap in English.”kataku sambil melebarkan senyuman tatkala mengingatkan gelagat sweetheart

Benar, aku tak tipu tentang hal ini. Sweetheart hanya akan beri respons bila kita bercakap dalam bahasa inggeris dengannya.

Ohh, my dear sweetheart! Do you know how lucky you’re? She loves you sooo much...” Taqi berhenti mengusap kepala sweetheart ketika berbicara tadi.

Dan...

“Meeoowww..”

Taqi melopong tak percaya.

Aku pula sudah ketawa kecil.

See?” aku pandang Taqi sambil tersenyum.

“Haaa.”Taqi dah speechless la tu. He he.

“Hebat...” Taqi pergi bertepuk tangan pula lepas tu.

“Jumpa lagi lain kali, kucing hebat..” Taqi berkata-kata dengan sweetheart.

Aku jungkit kening. Ada orang masih tak percaya ke?

Seperti yang kujangka, sweetheart buat-buat tak dengar je dengan Taqi. Dia sibuk jilat tangan dia yang berbulu tu.

Fine, dia tak mahu layan.” Taqi buat rolled eyes.

See you next time, sweetheart.” Taqi mengulang kata-katanya dalam bahasa inggeris pula.

“Meeoowww...” sweetheart mengangkat muka memandang Taqi.

Taqi pandang muka aku. Aku juga mengangkat muka memandang wajah Taqi sebelum kami sama-sama ketawa.

“Serius, saya kena gerak balik ni.”kata Taqi sambil bangkit dari duduk.

Aku mengangguk sambil turut sama bangkit berdiri.

“Eh, wait! Saya lupa pada benda yang membawa saya ke sini. Kejap saya pergi ambil kat kereta.” Taqi berjalan menuju ke keretanya.

Seketika kemudian, dia muncul semula bersama dengan sebuah beg kertas.

“Untuk awak, parcel ni sampai 6 hari yang sudah tapi saya tak sempat nak balik Bangsar. Ian hantar benda ni guna alamat rumah family saya. So minta ampun minta maaf sebab lambat serahkan pada awak.” Taqi menghulurkan beg kertas itu padaku.

“Apa ni?” soalku curiga.

No idea. Ian tak cakap apa ada kat dalam tu, dia cuma cakap minta tolong saya bagi pada awak. Thats all.” Jawapan selamat daripada Taqi.

“Tapi...saya...”

“Tak ada apa yang nak dirisaukan atau ditakutkan, Na’ie. That was a pressie after all. Tak baik tahu menolak pemberian orang ni. Istilah terhutang budi semua ni tak sepatutnya timbul bila seorang sahabat nak hadiahkan sesuatu pada sahabat dia sebagai tanda penghargaan dan ingatan tulus ikhlas.” Taqi senyum lagi.

Aku mengeluh perlahan.

Bercakap dengan Taqi ni, buat pening kepala aku je. Mana tidaknya, sepatah aku berkata, satu kertas notepad tu dia karang untuk membalasnya. 

Cis.

“Terima kasih.” Hanya ityu yang terlintas difikiran.

“Kesian awak susah-susah kena hantar benda ni..”kataku.

“Tak susah pun. Bukannya kena berlari pun ke sini tadi,” Jawapan Taqi mengundang senyumanku.

“Lagi-lagi bila saya dapat tengok awak dalam keadaan bertelekung macam ni.” Kata-kata Taqi tadi membuatkan senyumanku beku.

Stay still,”

Dan, belum sempat aku menghalang...

“Jangan risua, saya tak buat benda-benda pelik dengan gambar comel awak ni.” Kata Taqi tanpa rasa bersalah sambil menunjukkan kepadaku gambar aku yang telah di-capture pada skrin iPhonenya tadi.

“Naik bilik nanti jangan lupa check emel. If anything, boleh text atau call saya. Anytime, anywhere. I’ll be there, just for you.”pesan Taqi.

Aku hanya menggeleng kepala dengan gelagat Taqi. Boleh pula dia kata begitu pada aku. Kalau orang lain dengar, silap-silap ada yang salah faham kata Taqi ni boyfriend aku. Hisy.

“Jaga diri, saya balik dulu ya.” Taqi berkira-kira untuk melangkah pergi.

“Oh, sebelum lupa. Ni untuk awak sebenarnya. Kalau lapar tengah malam nanti, makanlah. Kalau tak nak, boleh kasi roomate awak.”Kata Taqi sambil memaksa aku mencapai beg plastik yang berisi nasi goreng paprik yang dibungkusnya tadi.

“Tapi...”

Good night, buddy.”Taqi tak ambil pusing lagi. Dia terus saja bergerak menuju ke keretanya.

Ya. Aku. Dia. Kami buddies, kami takkan berpisah.

Cewah. Apa guna tagline DiGi ni?

“Taqi!” aku memanggil.

Taqi menoleh.

Thanks, for everything. Hati-hati drive,” pesanku.

Taqi mengangguk sebelum memboloskan tubuhnya ke dalam perut kereta. Enjin keretanya dihidupkan.

Taqi: Jangan risau, saya drive 100 KM/H je. Nanti dah sampai rumah saya text awak ye:)

Membuntang mataku dengan sms daripda Taqi itu. 100 KM/H je? Maksud dia, JE ? 

Haiyaa.

Itu boleh dikira memandu dengan berhemah ke?

Seketika, Spectra Novus Taqi mula bergerak pergi daripada kawasan kafe.

Aku tersenyum tawar. Ian dan Taqi.

Ian. Aakif Farhan yang somehow, terlalu manja bagi aku yang berhati dingin ni.

Taqi. Ahmad Zainul Muttaqin yang sangat prihatin, sehingga kadangkala membuatkan aku gusar dengan layanan baiknya pada aku.

Beg kertas berisi hadiah kiriman Ian dari Aussie sana di tangan kiriku.

Beg plastik berisi nasi goreng paprik pemberian Taqi di tangan kananku.

Entah kenapa, hati mula rasa berbelah bahagi.






*****
Selamat membaca:)

p/s: sorry lambat








3 comments:

Aida Sherry said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Na'ie......Ian......Taqi....... masing2 punya personaliti yg berbeza....
Ian n Taqi..... memang teman dikala senang n susah...
Ian n Na'ie..... mungkinkah akan bertemu titik keserasian dlm perhubungan.....
Na'ie, hatimu terlalu keras utk menerima cinta luhur Ian..... cubalah berlembut sikit..... tak salah andai Ian diberikan peluang utk mengenalinya dgn lebih rapat.... kesiankan Ian yg amat berharap....

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Aida Sherry
syahdu hati sy bce komen akak. thanks singgah baca, sayang akak! hehe;)

anis izzaty said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Dh 2 3 kali bca ni rse nk nangis plak bile memikirkn xde smbungan..uwaàaaaaaa...cpat la smbung.....mst naie suka taqi dr ian kn...best nye...