My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

11 February 2011

Qaseh Nuralia Imani 13


Bab 13
Malam itu damai sekali. Setelah menyudahkan kerja-kerjanya, Nuralia mengisi masa yang ada dengan mengambil angin diluar sebentar sebelum melelapkan mata. Pintu sorong di ruang tamu ditolak perlahan. Langkahnya diatur ke taman mini bersebelahan kolam renang, dengan menyelusuri lorong pejalan kaki yang bersambung dengan anjung ruang tamu. Pandangnya dihalakan kearah dada langit. Bulan penuh yang dikelilingi jutaan bintang yang bergemerlapan. Begitu indah ciptaan ILLAHI. Subhanallah. Nuralia mengukir senyum sambil masih menala pandangan ke dada langit.
Angin malam yang bertiup lembut terasa meresap hingga ke tulang, memaksa Nuralia berpeluk tubuh. Pantas langkahnya diatur kembali kedalam rumah. Namun baru beberapa tapak melangkah,telinganya dapat menangkap bunyi aneh dari arah kolam renang. Air kolam yang berkocak kuat menimbulkan rasa curiga dihatinya.
“Arrrgghh!”jeritan itu datang dari arah kolam.
“macam kenal je suara tu?” bisik Nuralia sambil melangkah menghampiri kolam.
Buntang matanya melihat Syed Iskandar sedang terkapai-kapai di tengah kolam renang.
Pantas dia berlari merapati kolam renang itu. Akalnya masih mempertimbangkan, namun hatinya sudah membuat keputusan. Nuralia berenang menghampiri syed Iskandar yang sudah lemah sebelum terus tidak sedarkan diri. Bersusah payah Nuralia mengerah tenaganya untuk membawa Syed Iskandar ketepian dengan kudratnya yang jelas-jelas amat terbatas. Seluar Jeans yang digunakan Syed Iskandar semakin menyukarkan situasi. Menambahkan bebanan yang ada. Mujur juga tangga kolam renang itu landai. Syed Iskandar dibaringkan dilantai. Pipinya ditepuk perlahan. terketar-ketar Nuralia menyentuh kulit wajah lelaki itu. namun tiada respons positif daripada lelaki itu.  Dia masih kaku dipembaringannya. Nuralia makin tidak keruan. Namun mujurlah akalnya masih dapat berfikir secara waras.
Kedua belah tapak tangannya diletakkan di atas dada syed Iskandar dalam keadaan saling bertindih. Dalam kiraan tiga, tulang  dada di tekan beberapa kali. Namun masih tiada respons.  Nuralia semakin buntu dengan keadaan. Badannya sendiripun sudah terasa semakin lemah. Kesejukan yang mencengkam tubuhnya tidak dilayan. Apa yang ada difikirannya ketika itu, dia perlu melakukan sesuatu untuk menyelamatkan nyawa Syed Iskandar. Pipi Syed Iskandar sekali lagi ditepuknya dengan harapan Syed Iskandar akan sedar.
“Jangan takutkan saya. Sedarlah..” Akhirnya terucap juga  kata-kata dari Nuralia Imani buat Syed Iskandar Zulkarnain.
Nafasnya sudah turun naik. Terasa sukar untuk bernafas dengan keadaannya sekarang. Nuralia sedar kudratnya semakin terbatas. Seluruh tubuhnya sudah menggigil kesejukan. Jari-jemarinya juga sudah mulai kebas. Dia sedar tiada pilihan lain buatnya ketika itu. Terketar-ketar Nuralia menanggalkan kain organza hitam yang setia melindungi wajahnya selama ini.
Dagu Syed Iskandar diangkat untuk mendongakkan wajah lelaki itu.

“I hope you know CPR, because you already take my breath away sayang..” terngiang-ngiang kata-kata yang diucap Syed Iskandar ketika sedang bercakap di telefon dengan Bella beberapa hari lepas.

‘You’re the one who take my breath away, because of your stupidity.’ Hati Nuralia berbisik perlahan. Dia menarik nafas dalam-dalam. ‘Bismillahi  tawakkaltu ‘alallah..’ bisik hati kecil Nuralia. Memenuhkan paru-paru dengan udara untuk menyelamatkan insan yang bergelar suaminya itu.
Selesai dengan misi menyelamatnya, pandangan Nuralia terasa semakin berbalam. Telinganya dapat menangkap suara  seseorang sedang batuk ,sebelum semuanya kelam sebelum sempat dia berbuat apa-apa.

Syed Iskandar terbatuk sambil memuntahkan air kolam yang telah menutupi saluran pernafasanya tadi. Dia cuba bangkit, namun teras ada sesuatu telah menghempap badannya.
‘kenapa dengan aku ni? Aku kat mana ni? Aku masih hidup ke dah mati?’
‘mati?!’
Tangannya menyentuh ‘benda’ yang menghempap tubuhnya itu.  ‘Benda’  tersebut dialihkan ketepi. Matanya yang terasa pedih dibuka perlahan. serta merta tubuhnya tegak 90° sambil matanya masih tertancap kukuh pada sekujur tubuh yang sedang terbaring disisinya. Basah lencun tubuh kecil molek itu yang berpakaian serba hitam itu. But, wait…all black?
“Nu..Nur..?” ucap syed Iskandar tersekat-sekat. Tubuh yang sedang meniarap itu ditelentangkan.
Serentak itu jantung Syed Iskandar seakan jatuh keperut. Segala usus perutnya pula bagai tersimpul ketat. Pertama kali dia melihat wajah yang dilindungi Nur disebalik niqab organzanya itu selama ini.
“Nur..?” Syed Iskandar duduk melutut disisi Nur yang masih tidak sedarkan diri. Wajahnya pucat lesi. Perlahan-lahan pipi mulus Nuralia ditepuknya perlahan. Pipi mulus tanpa cela yang dikatakan seperti kulit limau purut olehnya. Bodohnya kau Is…hatinya menyumpah sendiri tanpa sedar. Pipi gadis itu diusap mesra tanpa sedar.
Melihatkan tiada sebarang respons positif dari Nur, tubuh longlai Nur pantas dicempungnya lalu dibawa ke dalam rumah.



Syed Iskandar mundar mandir dihadapan ER. Tidak senang duduk dia dibuatnya. 30 minit yang berlalu begitu menyeksa jiwanya. Haru!
Mujurlah juga walid dan Ummi tiada disini kerana sedang mengerjakan umrah. Jika tidak mahu sahaja kepalanya tertanggal dari badan ketika itu juga akibat dipenggal walidnya. Telinganya pula pasti lebur mendengar leteran umminya. Maklum sahajalah menantu kesayangan mereka jadi begini kerana kebodohannya.
“macam mana wife saya doc?” Syed Iskandar meluru kearah doktor wanita yang baru sahaja melangkah keluar dari ER itu.
“bertenang encik…?”
“Iskandar.” Ucap Syed Iskandar.
“Encik Iskandar,sila ikut saya.”doktor itu mengukir senyum sambil mula melangkah. Syed Iskandar hanya menurut.

“Macam mana wife saya? Dia..tak apa-apakan?”Soal syed Iskandar sebaik melabuhkan duduk dihadapan doktor yang merawat Nur itu.
“Alhamdulillah. Dia okay.” Ucap doktor itu. Pandangannya tepat pada wajah Syed Iskandar yang sedang bersandar pada kerusi. Riak kelegaan jelas terpancar di wajahnya.
“Cuma..”
“Cuma apa doc?”syed Iskandar mula tidak sedap hati dengan riak wajah doktor tersebut.
“memang ini kesan biasa akibat penyakit yang di hidapi puan..”doktor itu menyelak helaian kertas dihapannya yang baru sahaja diletakkan jururawat bertugas.
“Puan Nuralia .”sambung doktor itu sambil kembali mengangkat wajahnya memandang Syed Iskandar.
“Penyakit?” dahi syed Iskandar berkerut. Keliru dengan situasi.
“ya. Pneumonia..”
“Pneumonia?!” Suara Syed Iskandar naik satu oktaf.
“pesakit tidak boleh kesejukan. Selain tu, tidak boleh terdedah kepada habuk dan tidak boleh buat aktiviti berat yang meletihkan. Jika tidak, pesakit akan mengalami masalah pernafasan. Merasa sukar untuk bernafas. Mujur encik Iskandar segera bawa wife encik kesini.” Jelas doktor itu.
Syed Iskandar hanya mendengar penjelasan doktor wanita itu. Kelu lidahnya untuk membalas. Terlalu banyak kejutan yang diterimanya malam itu.
“paling penting untuk diingat, badannya sangat lemah walaupun pesakit kelihatan sihat sahaja. Jadi sangat penting untuk dia mendapat rehat yang cukup.” Tambah doktor itu lagi.
“jadi, saya boleh bawa dia balik sekarang?”soal Syed Iskandar.
“Maaf, sebagai langkah berjaga-jaga, kami terpaksa tahan dia di wad. Sekurang-kurangnya untuk malam ini. Sebab dia masih belum sedarkan diri dan masih bergantung pada bantuan oksigen. Kami mahu pastikan kesihatannya benar-benar pulih dan berada pada tahap paling optima.” Balas doktor itu.
“Boleh saya jenguk dia?”
“jangan lama-lama. Pesakit perlu rehat yang cukup tanpa gangguan.” Ucap doktor itu selepas menganggukkan kepalanya tanda mengizinkan Syed Iskandar melawat Nuralia. Syed Iskandar tersenyum tawar.

Langkahnya diatur menuju ke bilik wad yang menempatkan Nuralia. Perlahan-lahan tombol pintu di putar. Matanya segera dihalakan kearah sekujur tubuh yang sedang kaku dipembaringan.
Syed Iskandar Zulkarnain melabuhkan duduknya disisi katil. Lama dia merenung wajah mulus Nuralia yang tampak lesu tidak bermaya. Tanpa sedar  tangannya pantas menggenggam erat jemari Nuralia. Sejuk rasanya jemari runcing itu didalam genggamannya.  Matanya masih setia pada wajah Nuralia. Sedikit pun tidak mahu dikalihnya. Masih belum puas menatap seraut wajah yang sering dilindungi gadis itu. 
Fikirannya melayang jauh memikirkan segala perbuatannya pada gadis kecil molek itu.  Ringan sahaja tangannya menyeka rambut Nuralia yang menutupi dahi gadis itu. Parut kesan luka masih jelas kelihatan pada dahi kiri gadis itu. Parut angkara sikap barannya. Kerana dia buta hati dalam menilai kaca dan permata.  Dari dahi, tangannya menyentuh pipi halus gadis itu. Pipi mulus inilah yang menjadi mangsa tamparan sulongnya dulu. Ya Allah…apa aku dah buat ni?!
Dadanya terasa sesak dengan perasaan serba salah yang kian mengasak. Ya Allah..begitu banyak kejutan buatnya kebelakangan ini.
‘Ummi, walid..ampunkan Is..Arie..maafkan aku…’ hati kecil Syed Iskandar merintih perlahan.
Pintu wad ditolak dari luar.  Seorang jururawat menghampiri Syed Iskandar yang masih dengan lamunan panjangnya.
“Maaf encik, doctor minta  supaya Encik dapat beredar dahulu. Pesakit perlu berehat.” Ucap jururawat itu sambil mengukir senyuman.
Lamunan Syed Iskandar serta merta termati disitu. Pantas wajahnya diraup dengan kedua belah telapak tangannya.
“Nurse, kalau saya nak stay kat sini teman wife saya boleh?” pinta Syed Iskandar sambil memandang wajah serba salah jururawat gara-gara permintaannya itu.
“Maaf encik, doctor tak benarkan pelawat walaupun ahli keluarga pesakit. Encik boleh datang melawat awal pagi esok. Lagipun encik tidak perlu risau. Kami akan awasi pesakit 24 jam. Doctor pun akan masuk buat rondaan setiap sejam sekali.” Jururawat itu cuba menyakinkan Syed Iskandar.
“Encik pun nampak letih. Baik encik balik dan berehat dirumah. Isteri encik biar kami yang jaga. Encik jangan risau.” Ucap jururawat itu lagi.
“Okay. Sebentar lagi saya pergi.” Tanpa sedar ayat skema itu yang keluar dari mulut Syed Iskandar. Jururawat itu hanya menarik senyum nipis mendengar kata-kata Syed Iskandar. Dia mengatur langkah keluar sambil membiarkan Syed Iskandar dan Nuralia bersendirian buat seketika.

Jemari Nuralia yang masih erat dalam genggamannya dibawa ke bibirnya lalu  dikucup perlahan. Perlakuan spontan yang membuatkan Syed Iskandar terpinga-pinga dengan dirinya sendiri.
‘Apa dah kena dengan diri aku ni? ‘
‘Kau tak boleh sentuh dia Iskandar! Dia bukan gadis pilihan kau.’ Suara halus itu membentak keras.
‘Kau suami dia Iskandar, kau ada hak atas gadis ini. Dia tanggungjawab kau!’ satu suara lain pula menyokong tindakannya.
Syed Iskandar melepaskan keluhan berat sambil meraup mukanya. Buat kesekian kalinya, wajah Nuralia ditatap lama. Hatinya terasa semakin berat melepaskan wajah tersebut dari pandangan matanya. Aduhai Syed Iskandar Zulkarnain.. apa kena kau ni?!
“I balik dulu Nur, you rehat ya. Esok I datang jenguk you.” Bisik Syed Iskandar perlahan ditepi telinga Nuralia. Selimut separa pinggang Nuralia ditarik menutupi dada Nuralia. Genggaman tangannya juga sudah dileraikan.
Syed Iskandar sudah  berkira-kira untuk beredar, namun entah mengapa kakinya terasa berat mahu melangkah keluar. Bukan sahaja kakinya terasa berat untuk melangkah keluar, bahkan hatinya juga berat untuk berenggang dengan isterinya itu. Isteri? Sejak bila kau pandai mengaku perempuan tu isteri kau ni Iskandar? Suara halus itu seakan menyentap terus lamunan perasaannya. Sepantas kilat langkahnya diatur menuju ke pintu wad. Langsung tidak menoleh kebelakang lagi.






2 comments:

Seorg wanita... said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Yes! Yes! Dah ada entry3 utk Qaseh Nuralia... akak suker...thanks Arin!!

Moga Iskandar akan berubah dan jaga Nuralia sebaiknya... suka-suka jer kutuk Nuralia kerana cinta buta Bella...

arin arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

er, entry yg ni sy ubah sikit dr yg ad di penulisan2u...hrap smua suka:)