My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

18 May 2012

Love Make Me Smile 11




Love 11
            Nasha Athierah melangkah laju menuju ke arah bilik ketuanya. Pintu di ketuk 3 kali sebelum dia melangkah memasuki ruangan pejabat tersebut.
            “Encik Adney cari saya?” soal Nasha Athierah kalut. Spek matanya yang sedikit melorot jatuh di betulkan semula duduk letaknya pada batang hidung.
            “Ya. Sha, awak boleh tolong saya cari latest financial report tak? Rasanya tadi saya dah masuk bilik rekod tapi...”
            “Bo..boleh Encik Adney. Boleh,” Nasha Athierah menjawab laju. Dia masih menunduk.
            “Boleh? Betul ni?” Megat Adney tersenyum lega apabila gadis di hadapannya itu mengangguk perlahan.
            “So, kita pergi cari sekaranglah ye?” Megat Adney bangkit dari kerusinya lalu bergerak menghampiri Nasha Athierah.
            “Jom,” Megat Adney bergerak keluar sambil di ekori Nasha Athierah.
            Megat Adney bersandar pada sisi meja yang di sedikan di sudut hadapan berhampiran pintu masuk bilik rekod.
            “Err, apa kata Encik Adney tunggu dekat office je. Nanti saya masuk hantar. Kat sini sempit, banyak habuk...mesti encik tak selesa kan?” usul Nasha Athierah dengan suara yang seakan tenggelam timbul.
            “Oh, tak apa. Saya okay je. Lagipun, saya rasa banyak juga fail yang awak kena bawa nanti. Takkan saya nak biarkan awak terhuyung hayang bawa semua fail-fail berat ni sendiri kan? Tak gentlement lah.” Megat Adney senyum manis.
            Nasha Athierah balas senyuman Megat Adney dengan rasa kekok.
            ‘Ish, kenapa pula dengan Encik Adney ni? Macam semacam je?’ Nasha Athierah bergerak menuju ke rak. Tangan sudah bergerak meneliti fail-fail dokumen.
            Sekilas, dia menoleh ke belakang. Megat Adney masih tegak berdiri di tempat tadi. Megat Adney melemparkan sebuah lagi senyuman pada Nasha Athierah.
            ‘Isy, susahlah aku kalau ramai peminat macam ni...’ Nasha Athierah mengomel dalam hati. Encik Ammar Adwan tu pun dah tak terlayan rasanya, takkanlah sekarang Encik Adney pun sama juga?
            ‘Ish, tak sangka pula aku ni boleh ada ramai peminat macam ni...’ Nasha Athierah sudah sengih sendiri.
            “Sha, dah jumpa?” soal Megat Adney apabila di lihatnya Nasha Athierah membeku di hujung sana rak sambil membelek sebuah dokumen.
            “Sha,” sekali lagi dia memanggil namun gadis itu masih tidak menyahut.
            “Nasha Athierah?” Megat Adney merapat.
            “Ye Encik Ammar!” terus terlepas fail yang di pegang Nasha Athierah. Entah macam-mana nama big bossnya pula yang meluncur di mulutnya.
            “Encik Ammar?” Megat Adney tunduk untuk mencapai fail tebal yang sudah mendarat ke lantai.
            “Err, sorry Encik Adney..saya,”Nasha Athierah yang kalut juga segera tunduk untuk mengambil fail yang sama.
            “Aucchh!” masing-masing mengaduh sakit bila kepala mereka berlaga kuat.
            “Eh, sorry Encik Adney,” Nasha Athierah sempat memohon maaf sambil sebelah tangannya naik mengusap dahi sendiri.
            “Eh, tak. Salah saya. Awak okay Sha?” soal Megat Adney prihatin.
            “Okay. Saya okay.” Jawab Nasha Athierah. Takkan nak menangis golek-golek dekat sini pulakan?
            “Nah. Ini satu, rasanya ada beberapa lagi. Kejap saya cari lagi,” Nasha Athierah segera melangkah ke rak semula.
            “Erm. Okay,” Megat Adney pula berlalu ke meja diberhampiran pintu masuk tadi. helaian fail di semak.
            Sambil itu, sesekali matanya singah mencari kelibat Nasha Athierah di sebalik rak. Melihatkan gelagat Nasha Athierah yang sibuk sok sek sok sek menggumam entah apa di hujung sana membuatkan senyuman terukir di bibir Megat Adney.
            ‘Menarik dia ni.’ hatinya merumuskan dalam diam. Teringat insiden petang semalam. Insiden yang membuatkan wajah kalut Nasha Athierah seakan terakam kukuh di ingatannya.
            Mengenangkan semua itu, Megat Adney tersenyum lagi sambil kembali memandang laporan yang di pegangnya.
           
            Ammar Adwan resah sendiri di dalam ruangan pejabatnya. Banyak perkara yang menganggu fikirannya kebelakangan ini.
            Hal berkenaan hak penjagaan Erina pula seakan makin meruncing apabila mak arwah kakak iparnya itu bertindak lebih drastik kini. Walaupun dia punya wasiat bertulis daripada arwah Dayang Rubiya yang mahukan dia menjadi penjaga Erina, wanita tua itu tetap mengasak dia dengan alasan dia yang masih berstatus bujang dan tidak layak untuk menjaga Erina yang bakal membesar.
            Kusut. Kusut otak dia memikirkan sebab mengapa wanita tua itu benar-benar mahukan Erina sedangkan selama ini, dia tak pernah pula nak ambil kisah apa-apa berkenaan Erina.
            Mungkinkah ada agenda rahsia yang untuk menghancurkan masa depan Erina? Kata-kata Dayang Safiya ketika mereka bertembung di pintu keluar mahkamah minggu lepas kembali terngiang-ngiang di pendengarannya.
            “No matter what, aku akan buat perempuan tua tu habis modal nak sua pada mahkamah lagi. Mungkin aku patut setuju dengan kata-kata ibu.”Ammar Adwan sebak rambutnya.
            “Dayang Safiya.” Bibir menggumam nama itu sebelum dia mengeluh berat.
            “Nasha Athierah.” Nama Nasha Athierah pula meniti di bibirnya.
            Mengenangkan si pemilik nama itu, terus sahaja kakinya melangkah menuju ke pintu pejabat.
            ‘Siapa tahu, stress boleh berkurang bila nampak senyuman dia.’ Ammar Adwan mengukir senyum sambil kaki mula mengatur langkah menuju ke meja kerja Nasha Athierah.
            Langkahnya mati di depan meja Nasha Athierah yang kosong.
            “Mana...” Ammar Adwan memandang staff dia yang duduk di sebelah Nasha Athierah.
            “Dia dengan Encik Adney tadi. Rasanya pergi ke bilik rekod.”pantas staff lelaki itu menjawab.
            Ammar Adwan mengangguk sambil mengeluh lemah. Bilik rekod?
            Segera pandangannya di halakan ke hujung sana pejabat, ke arah bilik di bahagian kanan. Bilik rekod.
            Kaki di atur menuju ke sana.
            Pintu bilik rekod di kuak perlahan.
            “Erm?” Ammar Adwan sedikit terkejut.
            “Kosong?” gumam Ammar Adwan sambil matanya di sorotkan ke segenap bilik tersebut. Memang mereka tak ada di sini.
            “Aku tak faham betul dengan si budak Sha tu. Gedik nak mampus kot.” Suara di luar sana pintu membuatkan Ammar Adwan tak jadi mahu melangkah keluar.
            “Berani dia nak gedik-gedik dengan Encik Adney dekat pantri? Isy, buat maksiat betullah budak tu. Geram aku. Mentang-mentanglah Encik Adney tu hensem, dia jual minyak pula.” suara itu sinis. Nadanya seakan dia benar-benar jengkil dengan apa yang telah terjadi.
            “Tulah, dulu dia jual minyak, tergedik-gedik dengan Encik Ammar. Sekarang ni dah tukar selera pulak dengan Encik Adney? Hem,” satu suara yang lain pula berkata.
            Ammar Adwan mengetap gigi. Jemarinya di genggam kuat. Tanpa menunggu lama, pintu bilik rekod di kuak kasar.
            “Banyak sangat masa lapang ke?” soal Ammar Adwan pada dua orang staff perempuannya  yang berdiri tak jauh daripada bilik rekod itu.
            “Err, Encik Ammar...” keduanya sudah pucat muka.
            “Pergi sambung kerja!” arah Ammar Adwan sambil menghempas kasar pintu bilik rekod. Langkahnya deras menuju ke pantri yang terletak di hujung aras.
            “Bos?” Megat Adney segera bangkit apabila kelibat Ammar Adwan muncul di ruangan rehat itu. Wajah tegang majikannya itu membuatkan Megat Adney gelisah. Apa yang tak kena ni?
            Nasha Athierah pula dah kaku di depan Megat Adney. Alamak, kenapalah Encik bos boleh muncul time-time macam ni? Aiyoyo, nak sorok macam mana ni?
            “Kalau nak dating, buat luar masa pejabat. Saya takkan halang.” Ammar Adwan mencapai botol mineral dari dalam peti sejuk mini.
            “Bos, bos dah salah faham ni. Saya,”Megat Adney tersentak mendengar kata-kata Ammar Adwan.
            “Adney, saya harap saya tak buat pilihan yang salah untuk terima awak di dalam syarikat ni.” kata Ammar Adwan. Sekilas Nasha Athierah di kerling dengan hujung matanya. Gadis itu masih menunduk sambil duduk membelakanginya.
            “Bos dah salah faham. Saya dengan Sha bukan dating, tapi tu.” Megat Adney mengangkat jari menunding ke arah peti first aid.
            Mata Ammar Adwan serta merta terbuntang luas. First aid? Siapa yang cedera?
            Segera matanya naik meneliti Megat Adney. Lelaki itu kelihatannya baik-baik saja.
            “Bukan saya, tapi Sha.” Beritahu Megat Adney.
            “Nasha Athierah binti Ahmad Nasir?!” dek kerana terkejut dengan perkhabaran yang di katakan Megat Adney, terus sahaja tangannya naik menyentuh bahu Nasha Athierah. Tubuh gadis itu di tarik untuk berpaling menghadapnya.
            “Mana yang cedera ni?” soal Ammar Adwan kalut. Bukan ke gadis ni fobia dengan darah?
            “Bos...”Nasha Athierah masih menunduk. Aiyoyo, janganlah buat nada risau macam tu...saya terharu nanti, tak pasal-pasal pantri ni banjir.
            “Dahi dia luka kena fail tadi.” takut-takut Megat Adney bercerita. Tapi hati mula berlagu aneh dengan tingkah Ammar Adwan yang kalut semacam.
            “Macam mana awak buat kerja ni Atie?” soal Ammar Adwan sambil meneliti kesan luka yang masih mengalirkan darah. Walaupun taklah banyak mana darah yang keluar, namun hatinya tetap risau.
            “Maaf,” Nasha Athierah dah mula sebak.
            “Ni mesti berangan yang bukan-bukan kan?” tebak Ammar Adwan sambil menyentuh kawasan yang sudah sedikit kebiruan itu.
            Nasha Athierah menarik muncung. “Mana adalah! Tadi saya nak capai fail kat rak paling atas, tapi entah macam mana ada pula fail lain yang jatuh baiikkkk punya atas dahi saya ni.” Nasha Athierah menjelaskan.
            “Jom, saya bawak awak pergi klinik. Hari ni ambil half day. Esok MC. Lusa pergi check doktor semula. Tulat baru masuk kerja semula.” Ammar Adwan mengeluarkan arahan mandatori.
            “Hah?!” Nasha Athierah hampir jatuh tergolek dari kerusi mendengar arahan Ammar Adwan. Megat Adney pula melopong tak percaya.
            “Apa hah-hah? Dah cepat,” Ammar Adwan menggesa Nasha Athierah untuk segera bangkit mengikuti dia ke klinik.
            “Cepat apa?” soal Nasha Athierah takut-takut. Megat Adney di sisinya sempat di kerling. Terus senyap pula ketuanya itu.
            “Cepat saya bawa awak jumpa doktorlah. Karang tak pasal-pasal pula awak pengsan tengah office ni,” Ammar Adwan bersuara tegas.
            “Eh, bos...sikit je ni. Tak perlulah jumpa doktor. Tak payahlah nak MC semua tu, lepas tampal plaster luka dah okay ni.” beritahu Nasha Athierah.  Tangannya sudah bergerak mencapai plaster luka dari kotak first aid.
            “No. Sekarang siapa bos?” soal Ammar Adwan yang membuatkan Nasha Athierah terkulat-kulat bangkit berdiri.
            “Yelah...” kaki di seret untuk akur mengekori Ammar Adwan.
            Selangkah melangkah, Nasha Athierah segera berpaling semula mencari wajah Ammar Adwan yang berjalan di belakangnya.
            “Tapi bos, saya belum siap lagi tolong Encik Adney cari fail-fail do...”
            “Jangan risau, SAYA SENDIRI yang akan tolong dia cari nanti.” Ucap Ammar Adwan sambil matanya mencerun berlaga pandangan dengan Megat Adney.
            Erk?
            Nasha Athierah terkebil-kebil melihat wajah tegang Ammar Adwan juga wajah keliru Megat Adney.
           
           
           - Megat Adney-

______________________________
Hi:)
1. Tak tahu nak cakap apa kali ni. 
2. Jumpa next entry.
3. Thanks puji.
4. Thanks kasi komen menegur.
5. Thanks follow cerita ni. Semalam upload LMMS 10, tadi check total page view LMMS 10 dah cecah 642.
*konon tak tahu nak cakap apa, tapi sampai 6  ni apa? haiihh (_ _||) ampun. Hopefully enjoy reading.


6 comments:

~Cik MI~ said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Salam,
Hehehehe... comei aje Atie 2.. Am lak... hailaaa... mgelabah xtentu psl lak... apa2 pun best...

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wasalam~
Thanks Cik Mi:)

nzlyna'im said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hahhahaahah...lawak siap la ammar nie

mizz acu said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ekekekekeke.. baeknya boss!! dahi lebam pon leh mc.. company ni kat mana? nak apply keja situ laaa... nak bos Ad :P

Aida Sherry said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ad, jelesnya awak..... tergugat ke dgn adney........

za1 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sentiasa tertunggu2 entry seterusnya....hihi