My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

03 April 2012

Love make me Smile [3]


Love 3
            Nasha Athierah menguak perlahan daun pintu pejabat milik Ammar Adwan. Diana sudah awal-awal lagi melabuhkan duduk di atas kerusi berhadapan dengan Ammar Adwan. Terus sahaja matanya di kalih memandang ke arah Ammar Adwan.
            Melihatkan pandangan tajam dari lelaki itu, laju sahaja kakinya di atur ke dalam.
            “Duduk.” Kata Ammar Adwan sepatah.
            Nasha Athierah akur. Takut sungguh dia melihatkan riak wajah lelaki itu.
            Ammar Adwan menekur pandang satu persatu wajah di hadapannya. Bermula dengan wajah cantik menggoda Diana yang tebal dengan lapisan make up kemudian beralih pada wajah putih bersih  Nasha Athierah yang kini sudah sedikit kemerahan sebaik mata mereka bertentangan tadi.
            “Awak berdua ingat, syarikat saya ni pasar ikan ke?”soal Ammar Adwan dengan nada sinis.
            “Bukan macam tu Encik Ammar, saya cuma nak menegur Sha ni. Dah lama saya perhatikan dia asyik termenung depan PC dia.”Diana segera membela dirinya.
            “Asyik berangan je, bilanya nak siap kerja?” sempat Diana menyindir Nasha Athierah dalam nada yang perlahan. Sengaja mahu menyakiti hati gadis itu.
            “Kalau Encik Ammar nak tahu, si Sha ni suka sangat berangan. Sebab tu kerja dia selalu je lambat siap.” Diana beria-iya menyakinkan Ammar Adwan.
            “Oh ya?” duga Ammar Adwan. Wajah Nasha Athierah yang hanya menunduk di hadapannya, di pandang lama. Kenapa gadis ini hanya berdiam diri mendengar dirinya di fitnah sebegini?
            “Betul Encik! Kadang-kala, saya ni yang terpaksa terhegeh-hegeh, berhempas pulas tolong dia. Pernah sekali tu, kena stay back kat office ni sampai malam. Yalah, saya ni bukan apa, saya kalau boleh tak naklah buat Encik Ammar hilang mood.”terang Diana panjang lebar sambil tersenyum manja.
            “Oh. Macam tu ke?” Ammar Adwan pandang muka Diana sambil matanya sempat mengerling wajah gadis di sebelah wanita itu. lirikan matanya dapat mengesan pergerakan mulut Nasha Athierah yang sedang mengomel sendiri. Mungkin tak berpuas hati dengan kata-kata yang di ucapkan Diana tadi. Alah, tak payah risaulah wahai cik Nasha Athierah, aku bukan bodoh nak percaya bulat-bulat apa perempuan tak sedar diri ni cakapkan tadi.
            “Kalau betul apa yang awak cakapkan tu Diana, saya rasa saya wajar berbuat sesuatu pada ORANG TAK SEDAR DIRI tu. Kan?” Ammar Adwan berkata sambil mengusap dagunya persis sedang menimbang keputusannya itu. Sengaja dia menekan patah kata ORANG TAK SEDAR DIRI itu tadi sambil bernada sinis. Matanya kini tajam memandang wajah Diana yang sudah sedikit tersentak. Jelas riak gusar terpeta di wajah cantik itu.
            “Betul tu. saya setuju encik. Orang macam tu memang kena sangatlah kalau di beri pengajaran.” Diana buat muka tenang. Senyumannya masih manis menggoda. Sekilas wajah Nasha Athierah di sisinya di kerling dengan pandangan sinis. Padan muka kau budak kampung!
            “Betul apa yang Diana katakan ni?” soal Ammar Adwan pada Nasha Athierah yang sejak tadi hanya tunduk menikus.
            Nasha Athierah tersepit dalam dilema. Sekilas anak matanya berlaga dengan jelingan tajam berbaur amaran dari Diana di sisinya. Menggertak dia untuk tidak berbuat macam-macam.
            “Nasha Athierah Ahmad Nasir!” sekali lagi Ammar Adwan menyebut nama penuh gadis itu. Orang tanya, dia boleh buat dek je?
            “Aa..sa..ya..” Nasha Athierah gugup. Lantang suara Ammar Adwan memanggil namanya tadi terus membuatkan jantungnya hampir melompat keluar dari badan. Tu yang automatik jadi gagap.
            “Tak apa. Saya akan siasat perkara ini. saya tak suka ada ‘ular’  yang suka ‘membelit’  dan mengambil kesempatan ke atas orang lain dalam syarikat saya.” Ammar Adwan pamer wajah tenangnya sambil matanya masih tertancap pada wajah Nasha Athierah.
            “Saya akan check semua rakaman cctv dalam pejabat ini semula. mungkin dengan cara ni, saya boleh tangkap ‘ular’ tu kan?” matanya yang tadi memandang Nasha Athierah, kini bergerak mencari wajah Diana pula.
            Diana jadi panas punggung. Kata-kata Ammar Adwan tadi bagai menjerut lehernya.
            “Dalam office ni ada cctv?” soal Diana. Dia ingatkan cctv tu hanya ada di pintu utama syarikat iaitu berdekatan dengan kaunter hadapan itu. Tak tahu pula dalam office pun ada...
            “Ada. Ada lebih kurang 4 kamera. Seluruh kawasan office ni berada dalam pemerhatian saya. Satu pun tak terkecuali. Dekat pantri ada satu. Cuma dalam toilet je tak ada.” Ammar Adwan rasa mahu terburai tawa melihat titik-titik peluh yang mulai pecah di dahi Diana.
            “Oh, ye ke?” perlahan Diana berkata.
            “Office saya ni ‘panas’ ke Diana?” Ammar Adwan menghulurkan sekotak tisu muka kepada Diana.
            “Err...” Diana menyambut huluran Ammar Adwan dengan muka malu-malu. Namun sempat juga dia menghadiahkan senyuman menggodanya pada lelaki muda itu.
            ‘Memang caring gila Abang Ammar I ni. Auuw, rasa nak gigit.’ Bisik hati kecilnya nakal.
            “Hati sayapun tengah panas ni.” Ammar Adwan tersenyum sinis melihat senyuman yang di berikan oleh Diana tadi. Maaflah, jangan harap kau boleh goda aku dengan senyuman kau tu!
            “Encik panas hati?” Diana kembali gusar. Lain macam je gaya senyuman Abang Ammar I ni? Seram pula I di buatnya...
            “Diana Abdul Rauf.” Ammar Adwan menyandarkan tubuh ke kerusi empuknya.
            “Saya encik.” Diana kembali pada perangai gediknya semula. Suka benar hatinya mendengar lelaki di hadapannya ini memanggil nama penuhnya. Abang Ammar memang sweet! Siap praktis sebut nama penuh I supaya mudah kalau nak nikah nanti.
            “Saya nak tahu, agak-agaklah kan, berapa kali dalam sehari awak tengok cermin?” soal Ammar Adwan. Nasha Athierah sudah seakan tunggul disitu. Sejak tadi duduk membatu dan membisu di situ memerhatikan dan mendengar perbualan dua insan ini. seorang dengan muka bajet cool. Seorang dengan muka bajet cun.
            ‘Heh. Memang padanlah dorang berdua ni!’ hati Nasha Athierah menggerutu geram kalau di ikutkan hatinya, mahu saja dia angkat kaki beredar dari situ ketika itu juga. Banyak lagi kerja yang boleh di siapkannya di luar sana daripada duduk macam tugu peringatan kat dalam ni.
            “Berapa kali saya tengok cermin?” Diana tertawa kecil sambil cover ayu.
            ‘Kalau ye pun I ni cantik sangat, janganlah tanya direct menusuk jiwa macam ni Abang Ammar. Malulah I, kalau you puji I cantik.’ Hati kecil Diana berbisik riang.        Kembang setaman hatinya.
            “Actually, saya mana ada selalu tengok cermin encik. Tak sempat. Maklumlah, busy dengan kerja. Kenapa encik? Rambut saya mengerbang ke? Ke bibir saya nampak kering?” soal Diana sambil berpura-pura sibuk merapikan rambutnya yang sudah sedia cantik beralun lembut. Bibirnya elok saja nampak mungil dengan lapisan lipstik dan pengilat bibir berjenama terkenal.
            “Bukan bibir awak yang kering, tapi hati awak tu yang kering.”tenang muka Ammar Adwan.
            Diana terpempan. Terkelip-kelip matanya yang cantik di sapu pembayang mata ala smokey eyes lengkap berbulu mata palsu yang tebal melentik.
            “Saya tak pernah terlepas pandang apa-apa hal pun yang berlaku dalam office ni. Segala perangai dan onar yang di lakukan oleh staf-staf saya, semuanya ada dalam genggaman saya.” Ammar Adwan tersenyum sinis.
            Sehelai kertas di bawa keluar dari drawer meja kerjanya. Kertas tersebut di letakkan di hadapan Diana.
                        Terus buntang mata Diana melihat isi kandungan kertas di hadapannya.
            “Saya kumpulkan kesemua kesalahan yang ‘ular-ular’ ni dah buat. Sekarang, tunggu masa yang sesuai je untuk...” kertas tadi kembali di ambil oleh Ammar Adwan.
            “...hantar ‘ular-ular’ ni ke tempat sepatutnya.” Kertas di gengamannya di renyukkan sebelum di campak ke dalam bekas sampah tidak jauh dari mejanya itu.
            Diana terlopong.
            Nasha Athierah pula terpinga-pinga.‘Bos ni suka memang sukakan reptilia ke? Dari tadi tak habis-habis dengan ular dia tu? hesy!’ Nasha Athierah mengomel di dalam hati. ‘Isy! Tak faham aku, cubalah sebut haiwan-haiwan lain yang lagi comel.’ Seketika wajah Ammar Adwan di kerling seketika.
            GULP.
            ‘Salah timing...’ serta merta Nasha Athierah tunduk semula. Hampir saja jantungnya meletup sebaik dia tertangkap ketika mencuri-curi pandang ke wajah lelaki itu tadi. Berdebar hebat seluruh jantungnya ketika ini.
            “Err, Encik Ammar...” Diana makin tak senang duduk dengan reaksi yang di tunjukkan lelaki di hadapannya ini tadi.
            “Diana, awak tahu tak siapa Nasha Athierah binti Ahmad Nasir ni?” soal Ammar Adwan sambil matanya ralit memerhatikan Nasha Athierah yang sedikit tersentak apabila nama penuhnya turut di sebut tadi.
            “Err..” Diana berkerut dahi tak tahu mahu menjawab apa. Apa yang dia tahu Nasha Athierah binti Ahmad Nasir ini hanyalah seorang budak kampung yang baru sahaja beberapa bulan bekerja di syarikat ini. Budak kampung yang ‘nerd’ kerana berkaca mata dan berpenampilan skema dan ringkas.
            “Siapa?” soal Diana. Malas dia mahu memikir lebih-lebih. Yang Abang Ammar ni sibuk nak usha budak kampung ni dari tadi kenapa? Kalau you pandang muka I yang cantik jelita lagi menggoda ni kan lebih bermanfaat dari merenung budak selekeh yang menyakitkan mata ni?
            “She’s my girl.”sebaris kata ringkas yang di ucapkan oleh Ammar Adwan itu serta merta membuatkan Nasha Athierah rasa nak pengsan mendengar jeritan ‘super duper’ terkejut Diana tadi.
            “Budak ni girlfriend Encik Ammar?!!” soal Diana seraya berdiri bercekak pinggang di hadapan Nasha Athierah yang masih melopong tak percaya denga sebaris ayat yang di ucapkan Ammar Adwan tadi.
            “Yes. Dia girlfriend, or should I says bakal menjadi tunang saya.” wajah Ammar Adwan masih tenang walaupun selepas Diana menjerit terkejut seperti tarzan versi perempuan tadi.   
            “Tunang?!!!” sesaat kemudian, Diana rebah ke lantai.
            “Kak Dian!!” Nasha Athierah kaget. Namun Ammar Adwan sempat pula tertawa kecil dengan apa yang berlaku.
            “Encik Ammar?”Nasha Athierah pelik mendengar tawa kecil majikannya itu. Kak Dian dah tergolek pengsan dekat sini, Encik Ammar ni boleh aci gelak lagi?
            “Kejap, saya call Uncle Muthu kat bilik security. Minta dia dukung Cik Diana ni ke klinik.” Ammar Adwan berkira-kira untuk mencapai ganggang telefonnya.
            Serentak itu...
            “Err, saya dekat mana ni?” soal Diana sambil membuka matanya perlahan-lahan. Suaranya kedengaran perlahan dan lemah sekali.
            “Uncle Muthu, masuk office saya sekejap.” Ucap Ammar Adwan sebelum menamatkan talian.
            “Kak Dian okay?” Nasha Athierah beriak risau. Kenapa boleh sampai pengsan pula dia ni?
            “Ya Encik Ammar, ada apa boleh saya bantu?” beberapa minit kemudian, wajah Uncle Muthu tersembul di pintu pejabat Ammar Adwan.
            “Tolong bawa Cik Diana ke klinik. Dia ‘pitam’ tadi.” ucap Ammar Adwan seraya berjalan merapati ruang hadapan mejanya, tempat di mana Diana masih terbaring lemah di dalam pangkuan Nasha Athierah.
            “Woh. Baik Encik Ammar.” Uncle Muthu menurut sahaja arahan majikannya itu. Selama ini Encik Ammar tidak pernah berkira dengannya, apalah salahnya dia bantu sahaja apa yang perlu.
            “Saya rasa elok Uncle Muthu dukung saja dia. Nampak lemah sangat ni...” ucap Ammar Adwan dengan senyuman sinisnya.
            Mendengarkan kata-kata yang di ucapkan Ammar Adwan itu, serta merta Diana bangkit lalu kembali berdiri tegak.
            “Tak, tak apa Uncle, Dian boleh jalan sendiri.” Ucap Diana sambil masih berpura-pura memicit pelipisnya.
            “Boleh tak ni Kak Dian?” soal Nasha Athierah, prihatin.
            “Jangan harap awak boleh tipu saya Diana. Saya tahu awak pura-pura pitam dengan niat...”Ammar Adwan benar-benar rasa nak tergelak sakan dengan reaksi balas yang di tunjukkan Diana.
            “...saya yang akan bawa awak ke klinik kan?” Ammar Adwan sinis memandang ke wajah Diana.
            “Sa..saya..”tersentak Diana apabila niatnya mampu di hidu setepat ini oleh Ammar Adwan.
            “Last warning Diana. Saya takkan bertolak ansur lagi jika awak berani buat hal lagi selepas ini.” tegas suara Ammar Adwan menyatakan amaran.
            “Dan, jika saya dapat tahu awak cakap dan sebarkan cerita ataupun gosip liar berkaitan bakal tunang saya ni, saya takkan lepaskan awak begitu sahaja. Please mark my words.” Tutur Ammar Adwan.
            Nasha Athierah sekali lagi terlopong bila isu ‘bakal tunang’ di bangkitkan oleh majikannya itu.
            ‘Bos aku ni sihat ke tidak?’
            ‘Takkan effect sebab fail-fail aku jatuh atas kepala dia tempoh hari, dia dah jadi tak berapa waras macam ni?’ hati Nasha Athierah benar-benar di balut resah.
            ‘Agak-agak aku kena saman tidak ye?’
            Aiyayayayaya! Matilah kalau keluarga Encik Ammar failkan saman sebab aku buat anak diorang terencat akal sampai boleh cakap benda-benda merepek macam ni...
            Nasha Athierah masih tergamam di tempatnya apabila kelibat Diana sudah menghilang keluar bilik pejabat itu meninggalkan dia dan Ammar Adwan sendirian. Terkebil-kebil dia memandang wajah Ammar Adwan yang sedang tersenyum memandangnya.
            Erk?!
           

___________________
Mood agak baik hari ni. kemain lancar menaip chapter ini:D
enjoy reading pd yg sudi menunggu cerita ini.
*sy post awal sikit (sebab asalnya janji minggu ke-2 bulan april kan?) hehe. semoga terhibur:) 



8 comments:

Aida Sherry said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ermmmm... suka2....
Ammar you are the hero...... i like....padan dgn muka si Diana tu..ingatkan Ammar tergoda dgn dia...... sekali kena sebijik...
lama tunggu cite ni....akhirnya....

Zorro Syahran said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hoho. just nice! lucu sangat!!!

zm said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best. tq

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alalaaa.. Chumell nye nasha nii.. Ammar, u r hero.. Pls mark my word ;)
~mizz acu~

Ai NuRaSh said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

suke..hahah padan muke diana sengalllll

Tiara aka Nurul Fairuz said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best-best, nak lagi hehe ^^

CoReTAn HaTi said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hehe..terbaik!!!!.. lagi lagi! ^_*

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Best nyer.. padan muka diana tu