My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

06 June 2012

Love Make Me Smile 18


Love 18
Nasha Athierah berjalan perlahan sambil tangannya membimbit beg plastik daripada pasaraya besar itu. Sampai je rumah petang tadi, terus rasa macam nak masak sesuatu malam ni, tapi banyak pula barang-barang yang tak ada. Nak tak nak terpaksa juga dia keluar ke pasaraya malam-malam begini. Sambil dia berjalan, matanya melilau ke arah kiri dan kanan ruang legar itu. Saja cuci mata dengan melihat pelbagai jenis perhiasan comel yang di jual.
            “Woi! Buta ke? Jalan pakai hidung apa orang tua ni!” jerkahan keras satu suara, tak jauh dari tempat dia berdiri telah menarik perhatiannya. Segera Nasha Athierah berpaling. Panjang lehernya cuba meninjau kawasan sekeliling. Almaklumlah, dia pun bukannya tinggi sangat. Malam ni pun macam ramai pula manusia kat pasaraya ni.
            “Maaf nak, makcik tak sengaja...” kelihatan seorang wanita yang sudah agak berusia itu terbongkok-bongkok mengutip barang-barang yang berterabur di atas lantai.
            “Haahh! Apa-apa jelah. Menyusahkan betul,” lelaki muda itu merengus marah sambil mengusap lengannya. Cuba menghilangkan kesakitan akibat perlanggaran mereka tadi mungkin.
            “Maaf,” ucap wanita itu lagi.
            “Maaf maaf, senang je cakap.” Lelaki muda itu merengus lagi sambil matanya mengerling sekejap pada gadis di sisinya.
            “Mak cik tak sen...”
            “Hey!!” Nasha Athierah menolak kasar tubuh lelaki tadi sehingga lelaki itu hampir tersungkur ke lantai.
            “Kau pehal?” soal lelaki tadi dengan dada yang sudah berombak deras, dek menanggung amarah.
            “Kan mak cik ni kata tak sengaja tadi?!” marah Nasha Athierah tanpa rasa gerun dengan riak wajah lelaki di hadapannya yang sudah nyata penuh dengan amarah.
            Lelaki tadi gelak sinis sebelum matanya mencerlung memandang Nasha Athierah.
            “Eh, pompuan. Kau tak payah sibuklah!” bahu Nasha Athierah di tolak kasar.
            “Auuw,” gumam Nasha Athierah perlahan. Berkerut dahinya menahan rasa sakit dek kerana tindakan kasar lelaki itu tadi.
            “Anak, anak tak apa-apa?” mak cik tadi mula rasa serba salah. Mana tidaknya, kerana dirinya, gadis kecil molek di hadapannya ini mula yang terima padah.
            “Saya okay. Mak cik tak apa-apa?” soal Nasha Athierah sambil membantu mak cik tadi bangkit berdiri.
            “Tak apa-apa,” wanita itu tersenyum sedikit. Kejap dia berpaut pada lengan anak gadis itu dek kerana rasa sakit di kakinya.
            Setelah membantu mak cik tadi berdiri, Nasha Athierah kembali berpaling menghadap lelaki tidak berbudi pekerti itu.
            “Hey, lelaki biadap!” matanya tajam membalas pandangan lelaki tadi.
            “Baik awak masuk sekolah tadika semula, belajar balik cara-cara nak berbudi bahasa, cara-cara nak bertolak-ansur dan cara-cara nak hormatkan orang tua!” jari telunjuknya tegak berdiri di hadapan wajah lelaki itu tadi.
            “Kau ni memang cari nahas, pompuan!” makin menyinga wajah lelaki biadap itu sebaik mendengar bait-bait kata Nasha Athierah tadi. Berani betul perempuan ni malukan dia di depan khalayak macam ni?!
            “Apa?! Ingat aku takutkan kau?” hilang sudah budi bahasa Nasha Athierah melayan kegilaan lelaki ini.
            “Anak...” segera wanita tadi bertindak untuk memegang lengan Nasha Athierah. Risau dia melihat keadaan yang makin tegang.
            “Tak apa mak cik, lelaki biadap macam ni memang patut kena kasi nasihat. Kalau tak, memang sampai sudah dia tak reti nak sedar diri,” sempat Nasha Athierah menjeling tajam wajah merah padam lelaki tadi.
            “Kau ni!” laju tangan lelaki itu cuba naik mencari pipi gebu Nasha Athierah sebagai sasarannya namun...
            ...tamparannya mati sebelum sempat sampai ke pipi Nasha Athierah.
            “Bro, apa ni main aci pukul perempuan pula?” satu suara kedengaran tegas.
            Segera Nasha Athierah membuka mata yang di pejam rapatnya tadi. Melihatkan tamparan si lelaki biadap itu yang sudah termati di udara kerana di halang oleh satu tangan...
            ‘Fuhh, nasib ada hero datang selamatkan aku,’ hatinya berbisik lega. Kalau tak, memang terhumban ke lantailah dia gamaknya...
            ‘Tapi suara tu...’segera Nasha Athierah berpaling ke sisinya.
            ‘Encik Ammar!!!’ hampir terlopong dia di situ.
            “Huh, entah apa-apa jelah.” Lelaki biadap tadi merengus kasar sebelum berlalu pergi.
            “Anak tak apa-apa?”suara wanita itu bertanya.
            “Saya okay, mak cik macam mana?” soal Nasha Athierah sambil menggenggam erat tangan wanita itu.
            “Mak cik okay,” wanita itu mengerling Ammar Adwan yang masih tak sudah merenung tajam kelibat lelaki biadap tadi.
            “Syukurlah.” Nasha Athierah tersenyum lega.
            “Meh, saya tolong bawakan barang-barang...” beg plastik yang di pegang wanita itu cuba di capainya. Namun...
            “Apa dah jadi ni bu? Am dengan Erina mana?” soal Ammar Adwan sambil mencapai beg plastik yang di pegang ibunya sebelum sempat di capai Nasha Athierah.
            “Am bawa Erina pergi masuk dulu. Ibu singgah gerai sana tu kejap tadi, tu yang suruh Am bawa Erina masuk dulu. Entah macam mana ibu boleh terlanggar budak lelaki tu. Dia marahlah ibu dah sakitkan dia, tapi nasib baik cik ni ada tadi,” Puan Wahidah tersenyum memandang Nasha Athierah yang sudah terkebil-kebil di sebelahnya. Mata gadis itu tak henti memandang wajah anak terunanya sedari tadi.
            Thanks, Atie.” Ucap Ammar Adwan sambil memandang wajah Nasha Athierah. Sebuah senyuman di hulurkan pada si gadis.
            ‘Atie?’ berkerut dahi Puan Wahidah mendengar panggilan Ammar Adwan pada si gadis. Maknanya anak terunanya itu...
            “Wan kenal dia?” soal Puan Wahidah.
            Ammar Adwan memandang wajah ibunya silih berganti dengan wajah Nasha Athierah. Alamak!
            Kepala yang tidak gatal, di garu perlahan. Punyalah dia berusaha menyimpan rahsia selama ini, alih-alih kantoi dengan semua orang malam ni?
            “Wan?” Puan Wahidah sudah berjaya mengesan riak gelisah pada wajah anaknya itu.
            “Errr, ibu kata tadi nak cari barang-barang...”
            “Wan...” mencerlung mata Puan Wahidah menyatakan amaran supaya Ammar Adwan menceritakan padanya perihal sebenar.
            Baru Ammar Adwan mahu membuka mulut untuk berkata-kata, telefon bimbitnya pula tiba-tiba menjerit minta di angkat.
            “Hello, Am.” Panggilan di jawab sambil dia mengukir sengih pada Puan Wahidah yang sudah buat isyarat untuk mencubitnya.
            “Abang Wan, apa yang lama sangat ni? Ibu ada dengan abang tak? Dari tadi Am pusing-pusing cari ibu tak ada kat section barang dapur ni...” adu Amir Adwa di hujung talian sana.
            “Erm. Ibu ada dengan abang ni, kami ada dekat luar lagi.” jawab Ammar Adwan.
            “Lah, ye ke. Ahh, cepatlah masuk. Tuan puteri  kita ni dah merengek nak makan ais krim dia ni...” Amir Adwa berkata sambil suara si kecil Erina jelas kedengaran.
            “Erm, nanti abang cakap dekat ibu,” setelah itu panggilan segera di tamatkan.
            “Am cari ibu,” Ammar Adwan memberitahu. Sekilas wajah Nasha Athierah di pandang.
            “Wan hutang ibu satu penjelasan yang panjang,” kata Puan Wahidah sambil matanya turut memandang Nasha Athierah di sebelah.
            “Err,” Ammar Adwan mula gelisah. Wajahnya terasa berbahang. Melihatkan wajah terpinga-pinga Nasha Athierah, membuatkan ketenangannya bagai sudah di ragut pergi.
            “Mak cik, dah lewat ni. Saya minta diri dulu ye,” Nasha Athierah yang sedari tadi hanya membisu segera meminta diri. Tidak betah dia berlama-lama di situ. Rasa gabra tiba-tiba sahaja bertandang sebaik wanita di hadapannya ini kelihatan terkejut sebaik dia memperkenalkan diri sebagai Nasha Athierah tadi. Sewaktu majikannya, Ammar Adwan sedang sibuk menjawab panggilan telefon tadi, sempat wanita ini bertanyakan namanya.
            “Eh, nantilah dulu...” Segera Puan Wahidah menghalang. Lengan Nasha Athierah di capai mesra berserta sebuah senyuman.
            ‘Jadi inilah Nasha Athierah itu?’ bibir tuanya mengukir senyuman yang kian melebar.
            “Kamu datang dengan siapa tadi?” soal Puan Wahidah sambil mengerling sekilas beg plastik yang di pegang Nasha Athierah. Penuh dengan barang dapur. Mungkin untuk dinner, fikir Puan Wahidah.
            “Sorang,” jawab Nasha Athierah.
            “Sorang? Eh, bahaya anak gadis keluar sorang-sorang malam-malam begini. Kamu bawa kenderaan sendiri?” soal Puan Wahidah sedikit terkejut.
            “Tak, saya datang dengan teksi. Eh, tak pe mak cik. Saya memang dah selalu ke sini nak cari barang-barang. Nak masak sikit, siang tadi tak sempat nak singgah sini lepas habis kerja...” jujur Nasha Athierah berbicara. Tadi housemate merangkap sepupunya Aniss ada juga berpesan supaya dia menggunakan sahaja kereta miliknya jika mahu keluar ke mana-mana. Tapi dia lebih senang menaiki kenderaan awam kerana jalan di sekitar sini boleh tahan juga sibuknya. Leceh.
            “Teksi? Ya ALLAH, malam-malam macam ni bahaya nak,” berkerut dahi Puan Wahidah memandang wajah Nasha Athierah.
            “Insyaallah tak ada apa-apa mak cik. Lagipun rumah saya dekat je dengan kawasan ni..” beritahu Nasha Athierah.
            “Isy, dekat pun tetap bahaya.” Sanggah Puan Wahidah. Tanpa sedar kepalanya menggeleng perlahan membayangkan keselamatan Nasha Athierah yang tidak terjamin.
            “Macam nilah, apa kata Atie tunggu mak cik dekat restoran sana tu dulu? Mak cik kena cari barang sekejap ni, nanti boleh kita dinner sekali. Atie tak payahlah nak masak malam ni, lagipun mak cik ada nak tanya beberapa perkara dengan Atie ni...” ucap Puan Wahidah.
            “Ha?” Nasha Athierah terkesima. Aiyakk! Sekilas wajah Ammar Adwan yang juga kelihatan terkejut di tatap sekejap.
            “Tapi mak cik...saya...”
            “Bolehlah ye Atie? Mak cik dah terhutang budi pada kamu sebab tolong mak cik tadi,” pujuk Puan Wahidah.
            Terkedu Nasha Athierah apabila ibu Ammar Adwan turut memanggilnya sebagai Atie.
            “Err, tak apa mak cik. Saya ikhlas dengan apa yang saya buat tadi...jadi tak perlulah mak cik rasa terhutang budi...” Nasha Athierah jadi tak selesa dengan layanan mesra ibu Ammar Adwan.
            “Eh, mana boleh macam tu. Mak cik tak lena tidur nanti,” Puan Wahidah tetap tak mahu mengalah. Lagi pula insan misteri yang bertahta di hati si anak terunanya ini sudah ada di depan mata. Takkan nak lepaskan begitu sahaja?
            “Boleh ye Atie, nanti lepas dinner boleh minta Wan hantar kamu ke rumah sekali. Risau mak cik nak lepaskan kamu naik teksi malam-malam begini...” Puan Wahidah masih tak sudah mencari alasan supaya Nasha Athierah menuruti permintaannya.
            “Aa, Wan kamu temankan Atie kejap ye. Ibu masuk dalam cari barang. Karang bising pula  si Am tu,” Puan Wahidah segera bergerak memasuki pintu utama pasaraya besar itu tanpa sempat Nasha Athierah berkata apa-apa.
            Terkebil-kebil dia memandang langkah Puan Wahidah yang semakin sayup sebelum pandangannya beralih pada Ammar Adwan yang juga sedang memandang wajahnya. Jelas riak gelisah terpeta pada wajah kacak itu.
            “Err, Encik Ammar...saya...”
            “Jom, kita masuk dulu.” Belum sempat Nasha Athierah menyudahkan bicaranya, Ammar Adwan sudah menarik hujung beg tangannya memasuki ruangan food court yang di maksudkan Puan Wahidah tadi.
            “Duduk dulu, cakap kemudian.” Putus Ammar Adwan sambil mengusap belakang tengkuknya. Langkah kaki di bawa mencari meja kosong di dalam ruangan food court tersebut.
            Nasha Athierah sudah tak terkata apa. Tapi orang kata, rezeki jangan di tolak. Dah ada orang murah hati nak belanjakan? Hehe, tak perlulah nak berpenat lelah memasak malam ni.
            Setelah memesan minuman, masing-masing diam menyepi walau suasana di dalam ruangan food court itu yang agak sesak dengan pelanggan.
            Nasha Athierah jadi kekok pula dengan keadaan sekarang. Rasanya, sejak pagi tadi lagi hatinya tak habis berdebar sakan setiap kali Ammar Adwan melalui workstationnya. Adney pula sejak kelmarin lagi sudah ‘di buang negeri’. Lusa baru ‘hukuman’ itu selesai. Namun, dek kerana sejak pagi tadi walaupun beberapa kali Ammar Adwan melalui tempat kerjanya, sedikitpun lelaki itu tidak menoleh padanya, masakan lagi nak menegur bagai. Pelik juga dengan tingkah majikannya itu sehari suntuk ini sejak pulang daripada cuti tiba-tibanya beberapa hari lepas.
            “Awak okay, Atie?” soal Ammar Adwan tiba-tiba.
            Nasha Athierah sedikit tersentak dengan soalan Ammar Adwan segera mengangkat muka.
            “Okay?” soalnya lanjut.
            “Lelaki tadi tu tak cederakan awak kan?” soal Ammar Adwan sambil membetulkan duduknya. Hati yang entah kenapa berdebar hebat sejak tadi membuatkan dia jadi gelabah tak bertempat. Hilang terus gaya cool dan macho yang di pupuk selama ini tatkala berhadapan dengan Nasha Athierah.
            Tawa kecil dari ulas bibir Nasha Athierah menarik perhatian Ammar Adwan. Tajam wajah si gadis di pandangnya.
            “Saya okay, lagipun apalah sangat yang dia boleh buat dekat tengah-tengah publik macam ni.”Nasha Athierah mengukir senyuman.
            “Awak ni berani sangat, macam mana kalau saya tak sempat tahan tadi? Tak ke naya pipi tu makan penampar dia tadi?” luah Ammar Adwan. Kerisauan dan rasa terkejut dengan apa yang baru sahaja jadi antara Nasha Athierah dan lelaki entah siapa tadi masih menghantuinya. Bagai mana jika dia lewat beberapa saat tadi? Tak mustahil pipi mulus si gadis di hadapan ini menjadi mangsa.
            “Kalau dia buat yang bukan-bukan, saya jerit panggil pak guard kat depan sana tu,” jawab Nasha Athierah. Kerana itulah juga dia berani bertindak senekad itu tadi.
            Ammar Adwan turut menarik senyuman sedikit.
            “Konon nak jerit, tapi saya tengok tadi macam dah redha je nak tunggu penampar dia hinggap kat pipi tu kenapa?” duga Ammar Adwan.
            “Eh, mana ada. Sebenarnya, saya memang dah nak jerit tadi...” Nasha Athierah buat alasan. Aiyaa, tapi kalau Ammar Adwan tak muncul jadi hero tadi, memang esok dia kena minta mc agaknya. Sebelah pipi dah bengkak makan penampar lelaki biadap tu.
            Seorang pekerja foodcourt datang mengambil gelas kosong di meja sebelah mereka. Dulang yang di gunakan untuk membawa minuman yang di pesan mereka tadi di serahkan kepada lelaki tersebut.
            “Terima kasih,” sempat Nasha Athierah mengukir senyum pada si pekerja. Si pekerja food court juga membalas senyuman Nasha Athierah sambil mengangguk perlahan.
            “Ehem,” Ammar Adwan berdehem sebelum menyedut minumannya. Eh, tiba-tiba rasa panas ni kenapa? Air-cond restoran ni rosak ke apa? Erm!
            Nasha Athierah mencuri pandang wajah Ammar Adwan yang sudah memerah. Sesekali di lihatnya lelaki itu mengipas wajah dengan tangannya. Eh? Panas ke dalam kedai makan ber-air-cond macam ni?
            “Selalu datang sini?” soal Ammar Adwan.
            Nasha Athierah mengangguk. “Sinilah paling senang nak cari barang-barang. Semua ada,” senyuman meniti di bibirnya.
            “Erm,” Ammar Adwan membelek telefon bimbitnya di atas meja. Tadi rasa panas, sekarang rasa sejuk sangat ke sampai tangan pun dah rasa terketar-ketar ni?!
            Ammar Adwan menghela nafas perlahan. ‘Dia baru senyum macam tu, kau dah gelabah sampai terketar-ketar ni kenapa pula Ad?’ Aduhai, Ammar Adwan...control cool lah sikit weyh!
            “Sorang?” soal Ammar Adwan lanjut.
            “Tak, selalunya dengan sepupu saya tu. Tapi malam ni, kebetulan dia keluar dengan kawan dia, so saya kena pergi sorang...” Nasha Athierah pula bermain-main dengan ketulan ais di dalam gelas tinggi di hadapannya.
            Next time, jangan keluar seorang diri malam-malam macam ni. Bahaya,” Ammar Adwan cuba bertenang sambil memandang wajah Nasha Athierah.
            “Bahaya tu kat mana-mana ada Encik Ammar. Habis, nanti kalau saya mati kebulur macam mana? Encik juga yang susah sebab tak dapat menatap senyuman saya lagi dah,” sempat pula Nasha Athierah berloyar buruk sambil mengusik Ammar Adwan.
            Terkebil-kebil Ammar Adwan memandang wajah Nasha Athierah yang sedang tertawa kecil itu.
            “Kenapa pula saya susah?” duga Ammar Adwan. Amboi, dah berani usik aku pula anak Untie Yatt ni ye?
            Nasha Athierah tertawa lagi.
            “Bukan encik sukakan saya dalam diam ke?” soal Nasha Athierah. Perlahan sahaja seakan berbisik , namun telah mengakibatkan Ammar Adwan tersedak minumannya.
            What just she says?!
            “Apa?” buntang mata Ammar Adwan memandang Nasha Athierah sambil tangannya mencapai tisu yang di hulurkan gadis itu. Terkejut dengan tebakkan gadis itu yang hampir tepat.
            “Encik Ammar ni serius sangatlah. Saya usik sikit pun, tersedak sampai macam ni...” Nasha Athierah senyum lagi melihatkan wajah Ammar Adwan yang sudah di cemari rona merah. Siap sampai telinga merahnya ni. Parah...parah!
            Ammar Adwan sudah tak terkata apa. Segera pandangannya di larikan ke tempat lain. Usik? Dia usik aku je?
            ‘Siap awak Atie, tengok nanti macam mana pula gayanya saya balas usikan awak ni...’ mengenangkan kata-kata Tok Mi kelmarin, senyuman melebar di bibirnya.
            “Papa!” suara comel itu kedengaran ceria menyapanya dari jauh.
            “Hi sayang. Dah jumpa ais krimnya?” soal Ammar Adwan sambil menganggkat Erina Casandra ke atas ribaannya.
            Erina Casandra segera mengangguk.
            “Mak cik,” Nasha Athierah segera bangkit tegak mencari kelibat Puan Wahidah.
            “Duduk Atie,” pelawa Puan Wahidah selepas dia mengambil tempat di sisi Nasha Athierah. Amir Adwa pula sudah mengambil tempat di sisi abangnya. Sempat dia menyenggol lengan Ammar Adwan dengan sengihan lebar.
            “Kita buat order dulu ye,” cadang Puan Wahidah. Yang lain hanya mengangguk setuju memandangkan jam juga sudah mencecah angka 9.15 malam.
            “Hi Erina,” Nasha Athierah cuba menegur si kecil yang masih berada di atas ribaan Ammar Adwan. Dia pernah bertemu dengan anak majikannya itu sebelum ini. Insiden dia dilanggar Ammar Adwan tak lama dulu itu.
            “Erina, meh salam kawan papa ni...” Puan Wahidah menggamit Erina supaya datang kepadanya.
            Erina akur walau dengan wajahnya yang masam mencuka.
            Come, Erina duduk dekat pak su sini,” Amir Adwa bangkit mencapai kerusi dari meja kosong di sebelah lalu di letakkan di sebelahnya.
            “Nak duduk dengan papa,” Erina Casandra menggeleng perlahan.
            “Alah, Erina duduk kat sebelah pak su lah. Pak su takut duduk sorang-sorang kat sini, Erina tak sayang kat pak su dah ye?” Amir Adwa buat-buat merajuk. Sebolehnya, dia mahu memberi ruang pada abangnya dan gadis yang duduk berhadapan dengan abangnya itu.
            “Sayang...” Erina menarik lengan Amir Adwa.
            “Okay, come duduk dengan pak su kat sini,” Amir Adwa mengusap kepala Erina yang sudah mengambil tempat di sebelahnya.
            “Hari tu, Pak su yang tak nak kasi Erina duduk dengan pak su...” mulut kecil Erina sempat mengomel perlahan namun masih jelas di pendengaran semua yang ada.
            “Bila?” soal Amir Adwa. Eh, ni macam ada aura-aura nak merajuk betul ni kenapa? Siap dengan muka ada muncung panjang lagi ni?
            “Hari tu, masa yang kita terserempak dengan cikgu Laila dekat McD tu?” Erina duduk memeluk tubuh dengan muncung yang makin panjang.
            “Haip! Erina nak makan ais krim tadi tak?” ujar Amir Adwa sebaik menyedari pandangan tajam Ammar Adwan padanya.
            Bersinar mata Erina Casandra mendengar kata-kata Amir Adwa. Segera dia mengangguk laju.
            Amir Adwa bangkit mengambil ais krim fruit salad yang di beli mereka dari pasaraya tadi. Sudu di hulur pada si kecil itu. Erina di angkat lalu di dudukkan ke kerusi di bahagian tengah sementara dia duduk di sebelah kanan Erina, Ammar Adwan pula di sebelah kiri Erina.
            “Atie, kenalkan ini anak bongsu mak cik, Amir Adwa.”
            “Nasha Athierah,” Nasha Athierah senyum sedikit pada lelaki tinggi lampai di sebelah anak majikannya itu.
            “Amir Adwa, panggil Am.” Amir Adwa berbalas senyum.
            “Rasanya kita pernah jumpa sebelum ni...” Amir Adwa mengerling wajah abangnya di sebelah sana yang sedang sibuk melayan Erina.
            “Pernah jumpa?” soal Nasha Athierah dengan dahi berkerut.
            “Masa kereta kuning abang saya ni kena saman sebab dia memandu laju, tak pakai  belt, tak pakai handsfree?” soal Amir Adwa.
            “Jadi awak ni...”
            “Sayalah tu,”Amir Adwa senyum lagi melihatkan wajah abangnya yang sudah beriak tak puas hati di hujung sana.
            “Ohh...” panjang ‘Ohh’ Nasha Athierah. Jadi abang JPJ yang ke main lagi garangnya dulu tu, rupanya adik Encik Ammar Adwan sendiri? Aiyoyo...
            “Yang ni pulak, cucu mak cik. Erina Casandra.”Puan Wahidah memperkenalkan Erina Casandra pula.
            “Oh, jadi nama penuh budak comel ni Erina Casandra...”...binti Ammar Adwan ke?
            Nasha Athierah menarik senyuman kelat. Tak terluah ayat terakhirnya tadi. Macam tak percaya pula dia kini berhadapan dengan anak majikannya itu. Tapi, kenapa kelibat mama aka isteri kepada lelaki itu tidak pua kelihatan sekali?
            Maybe dia ada kerja lain, tak dapat join sekali kut?’ Nasha Athierah membuat telahan sendiri.
            Seketika kemudian, makanan yang di pesan sudah siap. Acara makan di mulakan sambil aktiviti sembang pula semakin di kurangkan. Dan akhirnya semua sepi sambil fokus pada hidangan masing-masing.
            “Nanti bolehlah datang rumah mak cik bila lapang, Atie...” ujar Puan Wahidah. Ketika mereka berjalan menuju ke kawasan parking lot.
            Ammar Adwan yang sudah berjalan di hadapan dengan mendukung Erina Casandra memasang telinga.
            ‘Ah sudah, ibu nak ajak Nasha Athierah datang rumah pulak...’detik hati kecilnya. Aiyayaya...jangan ibu kantoikan hal dia sudahlah. Malu tak tahu nak cakap apa dengan Nasha Athierah nanti!
            “Insyaallah mak cik, ada rezeki sampailah saya,” sopan Nasha Athierah menjawab.
            “Papa, pak su!” tiba-tiba Erina Casandra menjerit sambil wajahnya yang sedari tadi kelat sudah mula bersinar kembali dengan segaris senyuman.
            “Apa?” hampir serentak Amir Adwa dan Ammar Adwan menjawab.
            “Cikgu Laila!” Erina Casandra sudah menjerit girang, menegur kelibat gadis bertudung ungu muda yang sedang berdiri tak jauh daripada mereka.
            “Eh, Erina!” si gadis sudah membalas.
            “Ehem, ibu...tu bakal menantu ibu tu,” Ammar Adwan tersengih memandang Puan Wahidah.
            “Mana pulak Wan? Kan ada sebelah ibu ni?” Puan Wahidah tersenyum pada Amir Adwa yang sudah mengekek ketawa.
            Ammar Adwan pula yang terlopong. Mati langkahnya dek kerana jawapan dari Puan Wahidah itu. Erina awal-awal lagi sudah di turunkan kerana si kecil itu memberitahunya mahu menyalami cikgu Laila itu.
            Nasha Athierah yang tidak berapa jelas dengan situasi hanya terpinga-pinga sendiri.
            ‘Mereka cakap pasal perempuan bertudung ungu muda tu agaknya...’duganya sambil membalas senyuman yang di lemparkan si gadis bertudung ungu yang sedang jalan berpimpin tangan dengan si kecil Erina ke arah mereka.
           
           

______________________
Hi:)
1. Enjoy reading:)
2. Thanks singgah. Thanks komen. Nanti saya cuba reply:) 

7 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ahaha comel..lawak tul..
especially time mk ammar ckp "mane plk wan?kn ada sblh ibu ni"..
n can't wait for ammar to express his feeling towards atie..really waiting for that..
good job..tq writer..

~adda~

nzlyna'im said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ahaha jupe mak mertu la plak ye atie...

mizz acu said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ammboiiii.. Kasaq atie ngusik sampai tersedak abg wan! Heheheehe.. Puan wahidah syok la tu jumpa menantu..
Belagak betoii erina ni.. Bila dia nak baek ngn nasha ek?

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Adda,

thanks:)
we'll see soon,how our abang ammar express his feeling. ehem:p

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@nzlyna'im

hehe, jadi hero tolong bakal mak mertua lagi. ehem, buat point nak curi hati bakal mak mertua;p

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@mizz acu

hehe:)
Erina kena racun dek Dayang Safiya. auww, kesianlah sha kena struggle tambat hati erina nanti...

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Xmo la sha struggle hard sgt ek.. Sian dier.. ;)
~acu~