My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

19 January 2011

Qaseh Nuralia Imani 5



Bab 5         
Lama Nur Alia Imani berteleku diatas tikar sembahyangnya. Tanpa disedari mutiara jernih itu berjuaraian dipipi gebunya. Air matanya pantas di seka dari terus membasahi pipinya. Kedua belah tapak tangannya dibawa menyapu keseluruhan wajahnya setelai usai memanjatkan doa kepada Yang Maha Pencipta. Sejadah serta telekungnya di sangkutkan ke penyidai khas yang diperbuat daripada kayu di sisi  almari pakaiannya.
Kedengaran ketukan pada pintu biliknya.
“masuklah Maira..pintu tak kunci pun..” ucap Nur Alia.
Umairah tersenyum di muka pintu. Perlahan-lahan langkahnya diatur menghampiri Nur Alia. Dia mengambil tempat di sebelah Nur yang sudah melabuhkan duduknya di birai katil.
“Dah lewat ni.. Maira tak tidur lagi?” soal Nur Alia. Wajah sahabat baiknya itu ditenung lama.
“Mai dari dapur tadi..nampak bilik Nur terang..tu yang Mai jenguk ni.”
“Mai risaukan Nur..”
“terima kasih Maira..” tubuh Umairah di tarik kedalam dakapannya.
“Nur okay je..”
Pelukan di lepaskan. Umairah memandang wajah Nur Alia.
“Nur ada apa-apa masalah ke?” ujar Umairah. Dia perasan perubahan sahabat baiknya itu sejak kebelakangan ini.
Nur Alia sekadar menggeleng lemah sambil cuba mengukir senyum bagi menyembunyikan gelora dihatinya saat itu.
“Nur..”
Suasana sepi buat beberapa ketika.
“Mai dah lama kenal Nur..dari sekolah rendah sampailah sekarang. Mai tahu ada perkara yang mengganggu fikiran Nur kan?” Umairah masih memujuk.
Nur Alia merenung wajah Umairah. Sahabat yang sentiasa ada disaat dia susah. Disaat dia senang. Wajah cerah kemerah-merahan Umairah di pandang lama. Cuba mengambil masa untuk menyusun kata-kata.
“Maira..”
Umairah masih setia menanti bicara lanjut sahabatnya itu.
“sebenarnya..Maira.. Nur..
Wajah Umairah berubah mendadak sebaik Nur Alia menyudahkan kata-katanya. Rasa tidak percaya dengan apa yang di dengarnya saling berbaur dengan gembira untuk melihat kebahagiaan sahabatnya itu. Namun segera tubuh Nur Alia didakap mesra.





Lama Puan Sri Zarina merenung wajah anak bongsunya itu. Tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dituturkan Iskandar sebentar tadi.
“Apa Is cakap tadi?” Puan sri Zarina mengulang soalan buat kali yang kedua.
“Is setuju dengan permintaan walid dan ummi tu.” Balas Iskandar .
“maksud Is, Is setuju nak menikah dengan pilihan walid dan ummi?” soal Puan sri Zarina. Iskandar mengangguk malas.
“Is setuju nak kahwin dengan Nur?”kali ini senyuman lebar terukir dibibir  Puan sri Zarina. Senyuman plastik tanpa rela terukir di wajah Iskandar.
Terus tubuh tinggi lampai Iskandar ditarik kedalam dakapannya. Dahi Iskandar di kucup penuh kasih.
            Sungguhpun tidak dinafikan Iskandar seorang yang degil, namun masih mempunyai hati yang lembut.
            Akhirnya Iskandar tersenyum sendiri. Bukan kerana akan mengahwini wanita yang di panggil Nur oleh umminya itu, tetapi kebahagiannya bersama Bella yang bakal tercapai dengan perkahwinannya bersama insan bernama Nur itu.
            Sungguh cintanya pada Bella bukan mainan. Bella ada disaat dia memerlukan seseorang untuk mendengar luahan hatinya. Bella yang memenuhi hidupnya dengan kasih dan sayang. Perhatian yang dia dambakan selama ini.





Beberapa hari sebelum itu..
            “I tension sayang..tension!”luah Iskandar pada gadis yang anggun berblaus putih sendat bercorak ala inggeris berwarna merah muda itu.
            Bella tersenyum sambil tangannya pantas mancapai tangan Iskandar. Perlahan-lahan tangan Iskandar diusapnya.
            “kenapa ni bie..?”suara manja Bella menyapa pendengaran Iskandar. Suara yang sering membuatkan tidur Iskandar tak lena.
            “ Bie…? Apa yang buat you tension sangat ni?” lembut jari Bella menyentuh hidung Iskandar. Iskandar tersenyum. Senang hati dengan sentuhan kekasih hatinya itu.
            “Parent I aturkan I menikah dengan someone…” luah Iskandar teragak-agak sambil memandang tepat ke wajah milik Bella.
            Wajah Bella yang manis dengan senyuman menggoda kelat serta merta. Dia tahu keluarga Iskandar sememangnya membantah hubungan mereka. Lebih-lebih lagi ayah Iskandar, Tan sri Syed Izzudin. Namanya memang tidak termasuk dalam senarai calon menantu mereka sejak Iskandar lahir kedunia lagi. Satu keluhan berat dilepaskan. Wajah muram Iskandar ditatap lama. Darah arab yang mengalir dalam badan Iskandar menyebabkan jejaka itu mempunyai seraut wajah yang mampu meggetarkan jiwa insan yang bernama wanita.
            Tanpa sedar Bella mengukir senyum.
            “Kenapa you senyum sayang? I dah hampir nak gila you boleh senyum?”
            “you ni sayang..” Iskandar mendengus geram.
            Bella masih berdiam diri dengan senyuman yang masih mekar dibibirnya.
            “Bie..janganlah marah..” sepantas kilat lengannya memaut erat lengan Iskandar.
            “Bie I tau parent you tak sukakan I ,and I know I bukan calon menantu pilihan mereka..”luah Bella.
            Mereka saling berpandangan.
            “ sayang, you can’t given up this way. I tak nak hilang you.” Ucap Iskandar sambil mencapai jemari Bella.
            “Bie, you betul sayang I ? cinta I ?”soal Bella.
            “ For sure sayang. You’re my only one Bella.” Iskandar mengusap pipi kekasihnya itu.
            “You ‘re my soul. My life sayang. I can’t life without you..” luah Iskandar. Bella tersenyum mendengar bicara Iskandar.
            “I ada permintaan. Boleh?” Bella kembali memaut lengan Iskandar.
            “ Anything for you my dear..” Iskandar  memaut mesra pinggang Bella.
            “Then, promise me you will get married dengan pilihan parent you.” Ucap Bella tenang. Serta merta pautan Iskandar longgar.
            “Pardon me sayang?
            “What did you says just now?” Dahi Iskandar berkerut. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya sebentar tadi. Keruh wajahnya.
            “Please get married dengan perempuan pilihan parent you. As they wish..”ucap Bella.
            “what?!” tinggi suara Iskandar. Buat beberapa ketika mereka menjadi tumpuan pelanggan yang duduk berhampiran mereka.
            “Syyytt..”jari telunjuk Bella diletakkan diatas bibir Iskandar.
            “Bie, can you please listen to me first?”ujar Bella. Iskandar hanya akur.
            “I tau apa yang I buat..” dahi Iskandar kembali berkerut mendengar kata-kata Bella.
            “I ada plan. Untuk makesure you dapat hak you sebagai Syed Iskandar Zulkarnain al-Iqrami and at the same time you pujuk walid you untuk izinkan you kahwin dengan I ..”Bella mengukir senyum. Iskandar disebelahnya turut perlahan-lahan mengukir senyum.
            “Brilliant idea my dear..”hidung Bella ditarik manja.
            “But how?”soal Iskandar tiba-tiba.
            “you kena bertahan for at least 5 month then you can tell your parent yang perempuan tu mandul. Then, cakaplah you nak anak and you suggestkan I lah.” Terang Bella.
            “5 month sayang? Kenapa lama sangat?” Iskandar kedengaran kecewa.
            “sabarlah ..” Bella memujuk.
            “ But I warning you, don’t  you dare to touch her.” Ujar Bella sambil disambut oleh tawa kecil Iskandar.
            “You ingat I kemaruk sangat ke dengan perempuan tu?” Bella tersenyum mendengar jawapan Iskandar.
            “Tak ada sesiapa pun dapat tandingi kecantikan you Bella..” bisik Iskandar nakal. Makin melebar senyuman Bella mendengar pujian Iskandar.
            If beauty were time, you'd be eternity.” Ucap Iskandar sambil tersenyum.
            “Oh ya?”duga Bella manja.
            “You tak perasan ke I selalu je sakit gigi sayang?” berkerut dahi Bella mendengar pertanyaan Iskandar.
            “Kenapa you nampak okay saja?tak ada bengkak pon? Sakit belah mana Bie?” soal Bella sambil menyentuh serta membelek pipi Iskandar.
            “You makan apa ni Bie sampai sakit gigi..nak cakap you makan banyak coklat, you nampak coklat pon rasa nak pitam..you minum benda manis banyak sangat kot?” Bella membebel persis seorang doktor gigi.
            “Sayang, I sakit gigi bukan pasal selalu makan atau minum benda manis..tapi sebab you terlalu manis..”pipi Bella dicubit manja. Pecah derai tawanya melihat wajah risau Bella.
            “You ni Bie…” Bella tersenyum simpul mendengar kata-kata Iskandar.
           

Tidak semuanya pasal cinta itu indah.

           

0 comments: