My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

12 April 2012

Aurora Hidupku 6

Aurora 6

Bab 4
            Malam semakin larut namun Ashraf masih setia menghadap meja kerjanya. Jam  sudah menunjukkan pukul 11.05 minit malam.  
            Ashraf melurutkan spek matanya sambil menyandarkan tubuh ke kerusi empuk. Batang hidungnya diurut perlahan. Letih yang amat. Letih fizikal kerana bebanan tugas dan kerja. Juga letih mental. Banyak yang membebani fikirannya semenjak dua ini. Sejak peristiwa tangkap basah di Nilai, Negeri Sembilan minggu lepas, bermacam-macam masalah datang bertimpa. Yang paling menghantui dirinya adalah  pernikahannya dengan setiausahanya sendiri.  Setelah berbincang panjang dengan keluarga pihak perempuan akhirnya kata sepakat untuk majlis akad nikah itu dicapai. Menurut kata mamanya upacara pernikahan itu akan diadakan hujung minggu ini. Hari jumaat nanti  selepas solat jumaat. Tetapi entahlah. Dia tidak kisah langsung pasal pernikahan itu. Sudah tawar hati. Mulut mengukir senyum setuju, namun hati pula yang berbolak balik. Terkadang dapat dirasakan dia mulai redha unyuk menerima gadis itu sebagai permaisuri hidupnya, namun seketika kemudian terasa dia tidak menginginkan perkahwinan ini berlangsung. Setiap kali memikirkan perangai si gadis yang acap kali berselisih pendapat dengannya membuatkan dia merasakan pernikahan ini adalah suatu kesilapan besar.
             Bunyi ketukan pada pintu pejabatnya membuatkan Ashraf tersentak dari lamunannya.
            “Siapa pula yang ada kat office ni malam-malam buta ni?” gumam Ashraf perlahan sambil membetulkan duduknya.
            “Hi Ash! May I come in?” satu susuk tubuh yang santai menyarung Tee dan jeans tersembul disebalik daun pintu pejabatnya.
            “Yes.” Jawab Ashraf lemah. Wajahnya diraup perlahan sambil kembali membuka fail-fail dokumen dihadapannya.
            “What are you doing here?” soal lelaki  tadi sambil melabuhkan duduk dihadapan Ashraf. Tenang wajah lelaki itu memandang Ashraf yang kelihatannya sedang meneliti isi dokumen dihadapannya.
            “What are YOU doing here?”  Soal Ashraf kembali. Memulangkan soalan yang sama kepada lelaki dihadapannya.
            “Hey Ash..come on..”Lelaki dihadapannya merenung tepat wajah lesu tak bermaya Ashraf. Nak mengamuk ke?
            “I’m doing my work. Can’t you see it?” balas Ashrad malas. Acuh tak acuh saja suaranya. Wajah lelaki dihadapannya tidak langsung dipandang.
            “Kau tahu tak muka kau ni dah macam zombie? Dah tak nampak macam bakal pengantin baru yang akan menikah esok. “ wajah Ashraf yang sedang tunduk meneliti dokumen diangkat lalu dibelek beberapa kali.
            “Eei. Lepaslah.” Ashraf menepis tangan lelaki dihadapannya. SOPAN sungguh bahasa budak sorang ni!
            “Banyaklah kau punya esok. Hujung minggu ni okay.”acuh tak acuh Ashraf menjawab. Dokumen itu di selak ke muka seterusnya.
            “Okay. Hujung minggu ni tu, hari apa dan berapa hari bulan?”soal lelaki  itu. Sengaja.
            “Apa kau ni tak ada kerja sangat ke ha? Penyibuk betul” rungut Ashraf. Lelaki dihadapannya hanya tersengih menayang  giginya.
            “Hari jumaat, 21st March ..” Jawab Ashraf sambil membetulkan duduk letak spek matanya.
            “Okay bijak. Do you know what date is today?”soal lelaki itu lagi. Ashraf mengerutkan dahinya. Tubuhnya disandarkan pada kerusi empuknya. Galaxy tabnya dicapai. Seketika kemudian wajah lelaki dihadapannya dipandang lama sebelum dia memejam rapat kedua kelopak matanya. Astagfirullah...macam mana boleh terlepas pandang?!
            Lelaki dihadapan Ashraf menarik senyum. Satu keluhan berat dilepaskan sebelum dia turut sama-sama menyandarkan tubuhnya pada kerusi yang sedang didudukinya.
            “Ash, are you sure with this arranged-marriage thingy?” soal lelaki itu lembut. Wajah kusut Ashraf dipandang lama. Dia tahu apa yang sedang Ashraf rasa ketika itu.
            Namun Ashraf lebih senang berdiam diri. Membisu seribu bahasa. Fail dihadapannya kembali dicapai dan diteliti. Soalan dari lelaki dihadapannya di biarkan sepi tanpa jawapan.
            “Masih sempat kalau kau nak ubah decision kau..” ucap lelaki itu lagi.
            “Aku bukan nak hasut kau buat benda jahat ni..tapi..” wajah keruh Ashraf dipandang sayu.
            “Aku cuma tak nak tengok kau menyesal dikemudian hari..kahwin ni bukan benda remeh yang kau boleh buat main..”tenang lelaki itu mengatur kata nasihat buat Ashraf.
            Ashraf masih diam membisu. Helaian dokumen dihadapannya diselak tenang. Nasihat lelaki dihadapannya bagai tidak memberi apa-apa makna kepadanya.
            ‘Cakap dangan Snowy lagi bagus dari aku buang tenaga cakap dengan budak bertuah ni.’gerutu hati kecil lelaki itu. Snowy si kucing parsi milik adik perempuannya mungkin dapat memberikan respons yang lebih baik daripada budak dihadapannya ini. Ciss! Kalau tak kerana mama, dah lama budak ni aku ‘sekolah’kan!
            “Ash, do you hear me?!”Nashrin sudah mula hilang sabar dengan karenah Ashraf. Tahulah dia tengah jiwa kacau sekarang ni, tapi janganlah nak buat macam aku ni tengah bercakap dengan meja kerusi kat sini pula!
            “Habis kau nak aku buat apa??!!” fail yang sedang dipegangnya dihempas keras ke meja. Bergema ruang pejabat itu dengan suara  nyaring Ashraf.
            Terkelu terus Nashrin dengan reaksi balas Ashraf. Terkebil-kebil matanya melihat wajah Ashraf yang tegang.
            Ashraf  tergamam melihat wajah terkejut Nashrin di hadapannya.
            “Sorry lah bro. I just...arggh. Out of control. Sorry, again.” Wajahnya diraup perlahan. Rasa bersalah kerana telah  berkelakuan biadap terhadap lelaki dihadapannya ini. Dia bangkit perlahan lalu berjalan merapati jendela kaca gergasi dibelakang meja kerjanya.
            “Aku tak boleh fikir dengan betul sekarang ni. Otak jammed.” Keluh Ashraf perlahan.
            Nashrin bangkit lalu mengatur langkah ke sisi Ashraf. Sebuah senyuman nipis terukir dibibirnya.
            “Aku tau. Sebab tu aku kat sini. For helping you.”
            “Apa yang kau rasa sekarang ni, jangan lupa bukan kau sorang je yang rasa..”ucap Nashrin perlahan. Bahu Ashraf di tepuk perlahan.
            “I felt the same thing. Your pain..” sambung Nashrin perlahan.
            “Aku tahu kau terpaksa berkorban untuk orang lain..untuk daddy..untuk mama..untuk keluarga Lynn. Tapi for the last time aku nak tanya kau, kau betul dah bersedia untuk pikul semua tanggungjawab ni?”Nashrin memaut bahu Ashraf.
            Ashraf memandang wajah Nashrin disebelahnya. Lama.
            “I just..I...”Ashraf mengeluh berat. Dia faham apa yang sedang dirisaukan oleh Nashrin.
            “I don’t know.. but apa yang aku tahu sekarang ni..it’s too late for taking back my words. Maybe I just have to give a try, on this marriage.”ujar Ashraf perlahan.
            “Ash..kau..”
            “Eh bro, aku okay lah..yang cuak semacam ni pehal? Kau ingat aku ni lemah sangat ke? Hey, ini Muhammad Danish Ashraf okay. I’m not that bad okay..” Ashraf tertawa kecil melihat wajah keruh Nashrin disebelahnya. Namun tawanya kedengaran begitu janggal. Tawa yang dibuat-buat.
            “Ash, you know what?” suara Nashrin sudah masuk aura serius. Suara Encik CEO syarikat.
            “Erm.” Ashraf sekadar berbasa-basi menunggu bicara lanjut Nashrin.
            “I know you better than others do. Aku kenal kau sejak dari dalam rahim mama lagi. Aku tahu kau pikul beban yang berat sekarang ni..why not you share it with me? I’m a quite good listener okay.. so just tell me..”bahu Ashraf ditepuk perlahan.
            “Hey, ayat movie mana kau cedok ni?” Ashraf menumbuk dada Nashrin perlahan sambil menghamburkan tawa.
            “Jangan nak tukar topik. Aku kasi super punch aku karang.” Nashrin tayang muka seriusnya.
            Mati terus tawa Ashraf.
            “Telling you what?  There’s nothing to share Nash..and I’m okay.. no worries lah..”Ashraf membuang pandang pada panorama indah bandaraya yang dilimpahi lampu pelbagai warna. Bagai ada pesta cahaya dibawah sana.
            “I can smell a rat.” Mendatar suara Nashrin. Dia juga turut membuang pandang ke bawah. Memandang deretan bangunan yang dilimpahi pelbagai cahaya.
            “Okay..okay.. I’m surrender.” Ashraf mengeluh berat.
            “Lately aku selalu dapat mimpi pelik..” ucap Ashraf perlahan.
            “Pelik ?” Ashraf mengangguk.
            “Don’t say you’re taking that seriously..” duga Nashrin. Ashraf mengangguk perlahan.
            “Atau mungkin mainan tidur saja..ni kau tidur basuh kaki ke tak ni?” sempat Nashrin berjenaka. Mencerun pandangan Ashraf pada Nashrin.
            “Jangankan basuh kaki, aku ni siap mandi lagi sebelum tidur okay..” jawab Ashraf.
            “Mungkin mimpi kau ni mainan tidur yang didalangi syaitan..mahkluk yang satu tu memang takkan insaf dari mahu menyesatkan dan menghasut manusia melakukan maksiat..”luah Nashrin.
            “Macam penceramah bebas.” Ashraf tersenyum nipis mengenangkan perangai Nashrin.
            “Tak kisahlah..tapi kan, aku rasa kau ni terlalu asyik memikirkan Lynn tu agaknya..kau benar-benar berharap dia bukan jodoh kau kan?” Duga Nashrin. Spontan Ashraf menoleh pada Nashrin yang juga sedang memandangnya dengan sengihan yang meleret.
            “Kenapa pandang macam tu? Betulkan apa yang aku cakap ni?” soal Nashrin. Aku ada salah cakap ke?
            “Tak ada orang lain yang dapat baca apa yang ada kat sini..” Ashraf meyentuh dada kirinya sambil memandang wajah Nashrin, lama.
            “..selain kau.” Sambung Ashraf bersama senyuman. Nashrin tak pernah gagal untuk membaca kata hatinya.
            “Tapi kan aku tak rasa benda ni hanyalah mainan tidur..aku mimpi benda yang sama 5 kali berturut-turut tau..macam series, bersambung-sambung..” Ashraf masih dengan kisah mimpi peliknya. Nashrin hanya tersenyum.
            “Okay then, suka hati kau la Ash..tapi kalau dah macam tu kenapa nak teruskan jugak wedding ni?” soal Nashrin dengan dahi berkerut.
            “Kau dipihak yang benarkan?” soal Nashrin lagi.
            “Mestilah!”
            “Kalau boleh, memang aku nak bantah tapi..aku sedar selama ni aku dah buat banyak onar dalam family kita. Daddy dengan mama dah banyak susah gara-gara aku.. aku tak sanggup nak buat daddy dengan mama susah hati lagi..” wajahnya kembali dihalakan keluar pejabat.
            “Lagipun aku tak rugi apa-apa dengan wedding ni..untung apa dapat someone yang akan jaga aku..yang akan layan aku macam raja..” Ashraf cuba menyembunyikan rasa hati dengan kata-katanya.
            “Wake up from your sweet dream, adik. Tak rugi apa-apa kau kata?” terkejut Nashrin dengan kata-kata selamba Ashraf.
            “Woi lepas kau kahwin, kau akan ada banyak tanggungjawab tau..pada isteri, pada ANAK-ANAK..”segaja ditekan perkataan anak-anak itu. Biar adiknya yang seorang ini sedar sikit.
            “Kau akan hilang kebebasan kau sebagai seorang lelaki bujang..no more night life..”ucap Nashrin lagi. Tersenyum Ashraf melihat tingkah Nashrin.
            “Bro, yang nak nikah esok ni..aku. Bukan kau. Yang kau risau overboard ni kenapa pulak? Jealous ke?”? Ashraf sengaja mengusik.
            “For sure lah aku ni tengah jealous. Sedar diri kau tu sikit..aku ni abang kau.. tapi kau yang akan kahwin dulu daripada aku..What a shame tau?” cemberut wajah putih bersih Nashrin. Pecah tawa Ashraf mendengar bicara Nashrin. Sengal punya abang!
            “Alah..abang konon. Geli je telinga aku ni dengar kau cakap tadi..” Ashraf masih dengan tawanya. Geli hati dengan riak wajah Nashrin ketika ini.
            “Eh, kau gelak ye? Patutnya kau ni diajar cara-cara untuk menghormati abang kau ni..” Nashrin sudah bercekak pinggang.
            “Abang lah sangat..4 minit pun mau kira jugak!” jawab Ashraf dengan sengihan nakal.
            “Mestilah kira beb. And now, kau ni dah melangkah bendul tau tak? Aku rasalah kan kau ni patut hadiahkan aku barang kemas serba berdiri jugak la..” Nashrin menggaru hujung keningnya. Habitnya semasa dia sedang berfikir.
            “Gila kau? Barang kemas nak buat apa? Kau nak pakai?” berkerut dahi Ashraf. Apa luar petala alam sangat permintaan ‘Abang’ aku ni?
            BUKKkk!!
            “Auch! Hey, apa  pukul-pukul orang ni? Sakit lah..” rungut Ashraf.
            “ Nak cakap, lain kali fikir dulu okay. Kau ingat aku ni apa? Set barang kemas tu aku nak hadiahkan dekat buah hati akulah..” muka yang pada asalnya sedikit tegang, kini sudah tersungging sebuah sengihan gatal.
            “Tak sangka kau ni berjiwa konservatif, langkah bendul bagai..” usik Ashraf.
            “Ni bukan masalah konservatif..tapi..”
            “Kau tahukan selama ni aku yang bercinta bagai nak rak..nak dating pun tak boleh dalam negara..kena fly oversea..tu pun kena serbu juga dengan reporter..tapi angin tak ada, ribut tak ada.. sekarang kau yang nikah dulu..mana boleh jadi beb..” luah Nashrin sayu sambil disambut tawa Ashraf.
            Ashraf hanya tertawa geli hati dengan gelagat Nashrin. “ Angin dengan ribut memang tak ada. Tapi taufan yang menyebabkan perkahwinan ni terjadi. Kau tak ingat macam mana daddy mengamuk depan ustaz kat pejabat agama dulu tu?” soal Ashraf cuba bercanda. Bibir mengukir senyum, namun hati sudah luka berdarah.
            Nashrin terdiam mendengar kata-kata Ashraf.  Adess!  Aku salah ayat daa..
            “Ash..” Nashrin memanggil Ashraf lembut. Ashraf sekadar menoleh tanpa kata.
            “Aku bukan apa..” Nashrin menghela nafas sambil  membuang pandang keluar tingkap.
            “Banyak betul dugaan hubungan aku dengan Syaz...” Nashrin mengeluh berat. Sungguh jika bukan kerana cinta yang kuat, nescaya perhubungan mereka akan terkandas ditengah jalan.
            “Kau senang je, kenal  tak sampai 3 bulan then terus nikah. Daddy dengan mama siap bagi green light lagi. Tak payah susah-susah kau pujuk mereka..sebab mereka yang bersusah payah pujuk kau..untunglah..” Ucap Nashrin.
            “Ini namanya jodoh dari langit. Dah sampai seru aku, nak buat macam mana. Walaupun cara jodoh aku sampai...” Ashraf tidak mampu meneruskan bicaranya.
            “Just forget it.” Ucapnya tanpa nada. Suasana sepi buat beberapa ketika. Nashrin sudah rasa bersalah. Dah elok-elok mood Ashraf seakan sedikit membaik..alih-alih kerana mulut celuparnya..huh!
            “Bro.”panggil Ashraf.
            “Yup?” Nashrin menoleh Ashraf disebelah.
            “Kalau susah-susah sangat..and kau nak sangat kahwin dengan Syaz tu..why not kau try cara aku?” Soal Ashraf tenang.
            “Cara kau? Macam mana?” tutur Nashrin dengan muka bercahaya.
            “Buat-buat kena tangkap basah. Sure ,on the spot kau dapat nikah dengan Syaz. Senang, cepat dan FOC (free of charge).” Ashraf cuba mengukir senyum melihat wajah Nashrin dengan riak terkejut gara-gara jawapan yang diberikannya.
            “Auchhh!! Woi ni apa main pukul-pukul kepala orang ni? “ terkejut Ashraf sebaik kepalanya secara tiba-tiba terasa dihentam tapak tangan Nashrin dari belakang.
            “Buat gila lagi!” marah Nashrin.
            Suasana kembali sunyi. Dan agak tegang.
            “Nanti tak pasal-pasal muka aku yang handsome ni terpapar di frontpage semua akhbar utama negara- Artis wanita popular, Syaza Adalia, telah ditangkap basah dengan CEO GD motor International, Muhammad Danish Nashrin..wow..mahu tercabut jantung aku ni nak mengadap daddy dengan mama.. tak pasal-pasal aku kena halau dari rumah..” luah Nashrin dengan muka tak bersalah. Mencerlung pandangan Ashraf pada Nashrin yang TERperasan handsome itu.
            “Untunglah kalau kena halau saja..dibuatnya daddy naik hantu macam yang jadi kat aku hari tu masa kat pejabat agama tu..mati lah kau kena rebus hidup-hidup..lepas tu buat masak kicap..boleh hidang masa majlis resepsi aku nanti.” Sekarang Nashrin pula yang ternganga. Gila kejam..bisik hati kecil Nashrin sebelum kedua-duanya tertawa besar.
            “Enough la. Jom balik. Karang tak pasal-pasal kena gulai betul-betul dengan nenek. Ni aku sampai sini malam-malam buta ni pun sebab dah kena ceramah dengan nenek. Kau ni kan Ash, sengaja carik pasal tau. Daddy dah kasi kau cuti dari semalam lagi..yang kau gatal pergi masuk office jugak ni kenapa?” bebel Nashrin sambil memandang tepat wajah Ashraf yang sudah bergerak mengemas meja kerjanya.
            “Nenek dah sampai? “ soal Ashraf  memotong bicara Nashrin. Budak ni kalau dah membebel tak ingat dunia!
            “A’ah..petang tadi..panjang lebar dia bagi nasihat..pasal kau yang dah nak  menikah esok tapi masih berani kerja sampai lewat malam macam ni..” Nashrin sudah melangkah ke pintu pejabat Ashraf. Ashraf hanya mampu tersenyum hambar sambil menuruti langkah Nashrin.
           






0 comments: