My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

20 February 2011

Qaseh Nuralia Imani 15




Bab 15

          Syed Iskandar melangkah lemah kedalam rumah. Lamborghini Murcielo Lp640 versacenya sudah damai didalam garaj. Hanya dirinya kini yang tidak lagi damai. Kepalanya terasa berpusing, sakit yang amat. Dia menghempaskan tubuhnya keatas sofa. Sakit kepalanya membuatkan pandangannya sedikit berpinar. Pantas jarinya mengurut lembut pelipisnya. Segenap ruang rumah sudah gelap. Mana tidaknya, jam pada ketika ini sedang menunjukkan pukul 2.30 pagi. Lampu hiasan di dinding utama ruang tamu mencurahkan cahaya samar ke segenap penjuru.

          Dengan langkah yang berat, Syed Iskandar gagahkan juga dirinya untuk kebiliknya ditingkat atas. Namun tekaknya pula terasa amat kering. Hendak tak hendak  langkahnya diatur juga ke ruang dapur. Pantas air mineral cactus dari peti sejuk dicapainya. Langkahnya diatur kearah kaunter bar mini yang menjadi pemisah ruang makan utama dengan ruangan dapur. Penutup botol dibuka setelah memperkemaskan silanya diatas kaunter bar itu. Air mineral tersebut diteguk perlahan. Perit di tekaknya begitu menyeksakan. Pandangannya ditala kearah sebuah bilik di sudut kiri dapur. Bilik Nuralia. Cahaya terpancar keluar dari dalam bilik itu melalui pintunya yang sedikit renggang.

          “Dia belum tidur lagi?” bisik Syed Iskandar perlahan. botol air mineral diletakkan ketepi.

          “Takkan dia tunggu aku?” langkah diatur merapati bilik itu.
          Telinganya dapat menangkap suara halus dari arah bilik itu. Semakin hampir semakin jelas. Perlahan-lahan dia merapati pintu bilik itu. Bimbang kehadirannya dikesan. Kepalanya dijengukkan sedikit melalui pintu yang sedikit renggang.

          Nuralia masih berteleku diatas tikar solatnya. Lengkap dengan telekung serba putih. Gadis itu bangkit menuju ke sisi katilnya.

          Nuralia mencapai senaskah al-quran lalu kembali duduk diatas sejadahnya. Al-quran yang menjadi mahar perkahwinannya, hadiah dari suaminya, Syed Iskandar Zulkarnain Al-Iqrami. Helaian kitab suci itu diselak lembut. Ayat basmallah mula diucap. Bacaannya dimulakan. Tenang suaranya mengalunkan bacaannya. Menyambung bacaan yang telah tertangguh sejak kelmarin.

          Gemersik dan lunak suara Nuralia mengalunkan bacaannya. Syed Iskandar beku dihadapan pintu. Pandangannya masih pada gadis yang sedang khusyuk dengan bacaannya itu. Kehadirannya langsung tidak disedari Nuralia yang sedang duduk membelakanginya. Perhatian Syed Iskandar kini bukan lagi pada Nuralia tetapi pada alunan bacaan gadis itu. Bait-bait kalimah yang dibaca gadis itu begitu menyentuh dasar hatinya.

          Terasa begitu lama sudah dia tidak mendengar alunan bacaan ayat-ayat suci al- quran itu. Bukan walid serta umminya tidak menekan pendidikan agama kepadanya, namun semenjak dia berhijrah ke luar negara untuk melanjutkan pelajarannya, segala ajaran Islam seperti telah ditolak ketepi. Menunaikan solat hanya apabila dia terasa ingin melakukannya. Tiada istilah puasa dalam hidupnya sepanjang dia di luar negara. Segala macam kejahatan telah dilakukannya. Segalanya yang diperintahkan oleh Yang Maha Pencipta tidak dipedulikannya. Segala yang dilarang pula yang dilakukannya. Berfoya-foya dengan wanita kulit putih merupakan hobi yang sangat digemarinya. Semua ini dilakukannya bukan kerana dia jahil agama.  Dia tahu apa yang dilakukan itu salah namun tetap juga dilakukannya. Ya ALLAH..tidak terhitung sudah rasanya segala dosa yang dikumpulnya. Namun, hanya satu yang masih belum disentuhnya. Arak. Hanya minuman syaitan itu yang masih belum dicubanya. Satu persatu perbuatan silamnya datang menyapa mindanya. Segala perintah dan suruhan ALLAH yang diabaikan selama ini. Ya ALLAH…jauhnya aku terpesong dari jalan-Mu…

          Tanpa sedar, air matanya mulai bertakung di kelopak matanya.
          Nuralia menyudahkan bacaannya. Kitab suci itu kucup sebelum didakap erat. Kitab itu kembali diletakkan diatas rihal. Kedua belah telapak tangannya diangkat separas bahu. Memohon kepada Yang Maha Pencipta. Alunan tahmid dan zikir mula dibaca sebagai mukadimah. Selawat keatas junjungan mulia Rasulullah s.a.w serta kaum kerabatdan sahabat handai Baginda s.a.w.

          “Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
          Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat 
          Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas 
          Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal 
          Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan 
          Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista 
          Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu 
          Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

          Ya Allah 
          Sekiranya suami ku ini adalah pilihan-Mu di Arash 
          Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya 
          Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu 
          Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya 
          Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah-Mu 
          Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya 
          Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia-Mu 
          Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya 
          Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu 
          Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
..”

          Syed Iskandar masih mendengar dari luar. Mendengar luahan hati Nuralia kepada Pencipta-Nya. Setiap bait bicara gadis itu meresap ke dalam hatinya. Mutiara jernih semakin beranak sungai dipipinya.

          “Tetapi Ya Allah 
          Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang 
          Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu 
          Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia-Mu 
          Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya 
          Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan 
          Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya 
          Sekiranya suami ku menyintai kesesatan 
          Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

          Syed Iskandar memejamkan matanya. Kakinya terasa lemah untuk berdiri. Perlahan-lahan dia melabuhkan duduknya bersebelahan bingkai pintu sambil bersandar pada dinding luar bilik. Bait doa isterinya benar-benar terkesan pada hatinya. Dia benar-benar terpukul. Bibirnya diketap, jemarinya digenggam erat. Bukan kerana menahan marah atas kata-kata Nuralia dalam doanya itu, tetapi dia sedang mencuba untuk menyembunyikan esakkannya sekemas mungkin. Tidak mahu mengganggu Nuralia.

          “Ya Allah 
          Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku 
          Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku 
          Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan 
          Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai 
          Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri 
          Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu 
          Sekiranya aku engkar dan derhaka 
          Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu 
          sesungguhnya ,Ya Allah ,
          ku lemah tanpa petunjukMu 
          Aku buta tanpa bimbinganMu 
          Aku cacat tanpa hidayahMu 
          Aku hina tanpa RahmatMu

          Ya Allah 
          Kuatkan hati dan semangatku 
          Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu 
          Jadikanlah aku isteri yang disenangi suamiku 
          Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu 
          Bimbinglah aku menjadi isteri soleha buat suamiku..
          Ya ALLAH,
          Bukakanlah hati suamiku untuk menerima kehadiranku didalam hidupnya.
          Lembutkan hatinya untuk membenarkan ku menjadi sebahagian dari keluarganya..
          Bukan niatku untuk mengambil kesempatan diatas kemewahan serta harta keluarganya
          Ku hanya ingin menumpang kasih pada walid serta umminya ..
          Sesungguhnya ku amat merindui ibu serta ayahku yang kini disisi-Mu ..
          Ku tidak tegar lagi bersendirian di dunia-Mu ini..
          Ku tidak mahu sendirian lagi…
          Sendirian menanti disaat malaikat-Mu
          Mencabut  nyawa pinjaman-Mu kepadaku ini..
          Kuniakanlah kebahagian serta kedamaian dalam rumahtangga kami..
          Berikanlah kesihatan yang baik kepada seluruh keluarga kami..
          Berkatilah ikatan kami, dari dunia..hingga akhirat nanti..”

                    Suara sayu Nuralia kian meruntun hati lelaki Syed Iskandar. Berat jiwanya menanggung kesalan memandang serong terhadap Nuralia. Sedikit sebanyak, hati Nuralia dapat diselaminya setelah hampir 2 bulan mereka  bergelar suami isteri di saat itu. Diamnya seorang Nuralia Imani ketika ditengking dan dimakinya dulu bukan untuk mencabar ego lelakinya, tetapi kerana itulah adab santun seorang isteri soleha…
         
          “Ya Rahman..
          Hanya padaMu Ya Allah 
          ku pohon segala harapan 
          Kerana aku pasrah dengan dugaanMu 
          Kerana aku sedar hinanya aku 
          Kerana aku insan lemah yg kerap keliru 
          Kerana aku leka dengan keindahan duniamu 
          Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu 
          Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

          Syed Iskandar bingkas bangun. Sebelum kakinya melangkah meninggalkan ruang dapur, telinganya masih dapat menangkap bicara Nuralia. Dia tidak sanggup lagi. Tidak sanggup lagi mendengar suara sayu Nuralia. Suara halus yang mendayu-dayu. Suara lunak yang mampu mencuit tangkai hatinya. Yang kini sudah meruntuhkan tembok keegoan yang yang selama ini berdiri megah dalam dirinya.

          “Ya Allah Ya Tuhanku... 
          Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati 
          Isteri yang dikasihi
          Isteri yang solehah 
          Isteri yang sentiasa dihati suamiku..

          “Amin, amin Ya Rabbal Allamin
.. “ Nuralia meraup telapak tangannya ke wajahnya.



                    


3 comments:

idA said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam arin..doa yg dilafazkan menusuk ke kalbu..anda tlh berjaya membuat saya pembaca menangisi rentetan hidup nya sebagai seorh isteri soleha..

Seorg wanita... said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Arin, doa yg menyentuh hati... moga dapat cair ego seorg lelaki yg telah lama jauh drp PenciptaNya dan mengabaikan amanahnya...

Noor Affiqah said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mmg t'sentuh hati doa tu....