My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

13 April 2012

Aurora Hidupku 7

AURORA 7
Setelah memakirkan keretanya di garaj, Ashraf memanjangkan lehernya untuk menjengah keadaan isi rumah. Lampu utama masih terang benderang diruang utama rumah menandakan penghuninya masih lagi belum lena.
            Aunty  Shasha and her team ada sekali kat dalam tu. Buat final touch-up kat barang hantaran.” Terang Nashrin tanpa dipinta.
            Ashraf tidak mengulas lanjut. Hanya sebuah keluhan berat kedengaran dari ulas bibirnya. Beg laptop sudah digalas ke bahu kiri .
            Tanpa kata langkahnya diatur lemah menuju ke arah laman belakang.
            “Hey, kau nak ke mana tu?” tanya Nashrin apabila Ashraf menghilang ke laman belakang rumah.
            “Tidur.” Antara dengar dan tidak Ashraf membalas.
            “Kenapa pergi sana pulak?” soal Nashrin nyaring. Ashraf pantas berpaling sambil menekup mulut Nashrin. Riuh betul. Macam murai tercabut ekor!
            “Aku nak panjat balkoni belakanglah.”ujar Ashraf sambil mengheret Nashrin untuk menuruti langkahnya ke laman belakang. Nashrin meronta cuba melepaskan dirinya. Kurang asam keping punya adik, sesuka hati kau je nak heret aku macam aku ni anak patung?
            Langkah Ashraf mati sebaik mereka tiba berdekatan dengan pintu dapur. Dengan berhati-hati mereka berjalan melepasi pintu tersebut.
            Please do me a favor.” Ashraf meletakkan jari telunjuknya ke bibir tanda meminta jasa baik abangnya itu untuk senyap. Tekupan pada mulut abangnya dilepaskan. Tercungap-cungap Nashrin mengambil nafas. BERTUAH punya adik! Ni cara kau layan abang kau ya??
            Ashraf sudah bersiap sedia untuk memanjat balkoni untuk ke tingkat atas rumah. Baru dia menyusun langkah untuk memanjat tingkap, bahunya ditarik kasar.
            “Hoi! Kerja gila kau ni!” keras suara Nashrin melarang namun masih dalam nada berbisik.
            “Tak adalah gila manapun. Dah biasa buatkan?”Ashraf bersuara tenang. Sememangnya kerja memanjat balkoni ni sudah kerap kali dilakukannya. Namun itu semasa zaman muda-muda dulu. Zaman budak sekolah yang tak makan saman.
            “No. Kau tu bakal nikah esok. Kau jangan carik pasal boleh tak?” ucap Nashrin geram.
            “Shhh..” sekali lagi Ashraf meletakkan jarinya ke bibir.
            “Bisinglah kau ni..” sebelah kakinya sudah pada tembok kecil pada tingkap.
            “Kalau benda buruk jadi macam mana?” tubuh Ashraf segera ditarik dari memanjat tembok tersebut.
            Ashraf mengeluh perlahan  sambil memandang tepat ke wajah tegang Nashrin. Senyuman terukir dibibirnya seketika kemudian.
            “Ni apasal sengih macam tu?” tegur Nashrin dengan dahi berkerut. Macam-macam betul kau ni Ash!
            “If something happen, kau kan ada untuk selamatkan keadaan..”ucap Ashraf tenang. Terkesima Nashrin dengan bicara Ashraf. Apa ke pelik saja nada bicara si Ash ni?
            “Banyak geliga kau punya kepala otak?” gerutu Nashrin. Ada niat nak minta aku ganti dia untuk nikah dengan Lynn je ni? Habis Syaz aku tu nak campak mana?
            “Aku serius ni.” Dada Ashraf ditumbuk sekali.
            “Aku pun serius. Deadly serious with my words.”ucap Ashraf lagi. Nadanya masih tenang seperti tadi.
            Out of mind.” Ucap Nashrin senafas.  Pandangannya dikalih dari wajah tenang Ashraf. Entah kenapa  dadanya tiba-tiba merasakan satu debaran yang aneh. Alamat tak baik ni..getus hati kecilnya. Wajah Ashraf yang masih tersenyum dihadapannya, dipandang sekilas.  Apa pula bala yang mahu datang bertimpa ni?
            “Hey, sudahlah. Aku naik dulu. Penat. Mengantuk.” Rumus Ashraf.
            “Kau nak ikut, dipersilakan. Kalau nak mati kena gulai..dipersilakanlah masuk ikut the great entrance kat depan tu.” Sempat Ashraf tertawa kecil.
            “Woi Ash!” tidak sempat Nashrin mahu menghalang, Ashraf sudah memanjat separuh daripada dinding berhampiran balkoni. Dia mengeluh berat. DEGIL sungguh makhluk tuhan yang sorang ni..
            Akhirnya, setelah menimbang baik buruk tindakannya, Nashrin mengambil keputusan untuk menyusuli Ashraf. Tembok tingkap dipanjat dengan penuh hati-hati. Kalau Syaz nampak ni...mesti dia terharu..boyfriend dia ni sangat cool!
            Come, tangan..”Ashraf yang sudah selamat tiba dibalkoni menghulurkan tangannya untuk membantu Nashrin pula.
            “Uish! Berat kau ni!” omel Ashraf sebaik Nashrin berjaya ditarik ke atas balkoni.
            “Banyak kau punya berat!” bahu Ashraf ditumbuk perlahan. Malaun punya adik!
            Ashraf hanya tertawa kecil melihat wajah cemberut Nashrin. “Sorry la abang, aku tak sengaja..”ucapnya bersama senyuman. Sewaktu menarik Nashrin ke balkoni tadi, hampir saja kepala abangnya yang tua 4 minit itu tercium pasu tembikar disudut balkoni tersebut. Nasiblah bukan rezeki tembikar tu cium dahi kau Nash..
            Nashrin hanya menjeling geram sambil melangkah merapati pintu sorong.
            Locked.” Ucap Nashrin sepatah.
            What the..??!!” hampir terjerit Ashraf dibuatnya.  Namun belum sempat ayatnya habis, Nashrin sudah menekup rapat mulutnya.
            “Shh..” Nashrin melepaskan tangannya.
            What should we do?” soal Ashraf dengan muka yang sudah mula keruh.
            Cool down.”Nashrin mengarahkan.
            “Nak cool down apa ke bendanya? Nak masuk tak boleh macam ni? Selama ni aku pandai panjat je balkoni ni. Mana pandai terjun turun dari sini bhai..” ucap Ashraf. Tak sempat cover topik cara-cara nak terjun turun dari balkoni tanpa di tahan didalam wad masa muda-muda dulu..
            “Aku ada cara.” Nashrin tayang muka tenang. Ashraf buat muka ragu-ragu.
            You can count on me.” Eceh ayat! Nashrin  tersengih.
            “Apa cara kau? Nada macam hebat sangat je?”Ashraf sudah bersandar pada dinding balkoni.
            Nashrin menarik sengihan panjang. Lebar dan nakal. Sebelah tangannya menyeluk poket jeans yang dipakainya.
            “Pernah dengar tak pasal kunci pendua? Tadaaaa!!” anak kunci silver ditayangkan dihadapan Ashraf. Sungguhlah  kau ni Ash. Nak kata pendek akal..tak. Gelabah tak tentu pasal!
            Nashrin tertawa kecil melihat wajah Ashraf yang terpinga-pinga. Akhirnya kedua-duanya tertawa sama.
            “Nash, kau pernah nampak UFO?” Ashraf menyoal tiba-tiba. Dengan wajah berkerut aneh, Nashrin menggeleng.
            “Mari aku kasi tunjuk kat kau cara UFO terbang.” Ashraf merapati.
            “Macam mana?” Nashrin mula tak sedap hati.
            “Campak kau ke luar pagar sana!” ucap Ashraf geram. Nashrin tersengih mendengarnya.
            “Sorrylah adik.” Tangannya pantas membuka kunci pintu.
            “Banyak kau punya adik!” getus Ashraf geram. Aku dah penat-penat macam ni..dah tak larat nak melayan loyar buruk kau Nash!
            “Eh, kejap!” lengan Nashrin direntap. Ashraf menjengukkan sedikit kepalanya ke dalam.
            “Shh..” isyarat dihantar pada Nashrin. Setelah memastikan line clear, Ashraf melangkah masuk dengan perlahan dan penuh hati-hati. Sekali pandang, persis penyamun yang masuk untuk merompak rumah. Siap terendap-endap lagi!
            Tombol pintu bilik tidurnya dicapai perlahan. Senyuman lega terukir dibibirnya.
            See? Aku dah kata rancangan aku ni mesti tip top punyalah. And, thanks ALLAH, we did it.” Ashraf berpaling kebelakang sambil menunjukkan thumbs up pada Nashrin. Namun tiada gerak balas dari abangnya itu. Nashrin dilihatnya hanya berdiri tegak ditengah ruang dengan muka pasrah habisan. Apa hal pulak ?
            “Apasal kau?” soal Ashraf separuh berbisik. Nashrin hanya mampu tersenyum kelat sambil memberi isyarat supaya Ashraf berpaling kebelakang.
            “Kau ni Nash...bukan...”
            GULP!!
            “...apa khabar nenek...”terasa nafasnya sesak tiba-tiba. Terus langkahnya diatur merapati wanita tua yang sedang berdiri tidak jauh dari tempat dia berdiri tadi. Sempat wajah tak bersalah Nashrin dikerling sesaat bagi menghantar isyarat -SIAP KAU LEPAS NI NASH!
            “Baik..alhamdulillah..” wanita itu turut mengukir senyum manis yang jelas di buat-buat.
            “Kenapa muka pucat lesi ni? Tak sihat ke?” soal wanita tua itu lagi. Mesra saja nada bicaranya. Tangan tuanya memeriksa suhu badan Ashraf.
            “Err..tak, Ash okay saja..” tangan wanita tua itu dicapai lalu di salam hormat.
            “Awalnya bakal pengantin ni balik..sibuk betul gamaknya ya?” ucap wanita tua itu lagi. Masih dengan senyuman manis. Ashraf sekadar mengangguk serba salah. Cuak pun iya juga ni!
            “Banyak sangat kerja ya angah? Mesti penat ni...” wanita tua itu menepuk bahu Ashraf  mesra.
            “Nak nenek urut?” wanita tua itu menawarkan diri.
            Ashraf diam tak berkutik. Sempat dia mengerling Nashrin  yang sedang memandang ke arah dinding.
            His! Bukannya nak tolong aku. Hantu punya abang!
            Peluh dingin sudah membasahi tubuhnya. Alahai..
            “Err..tak pelah nek..Ash ok..” balas Ashraf perlahan.
            “Tak apa, bukan senang nenek nak urut ni..jom duduk sana..” Wanita tua tadi sudah menarik Ashraf untuk menuruti langkahnya ke ruang menonton ditingkat atas tersebut.
            Nashrin pula sudah berdesup mahu masuk ke bilik.
            “Along...”meleret suara wanita tua itu memanggil Nashrin. Mati langkah Nashrin dihadapan pintu biliknya. Ya, neneknya lebih selesa memanggilnya sebagai Along dan Ashraf sebagai Angah.
            “Sinilah duduk kejap..” pelawa neneknya. Nak tak nak terpaksa juga Nashrin menurut. Kau punya pasal Ash..aku kena sekali ni..
            “Hah, Angah.. duduk.” Arah wanita tua itu pada Ashraf. Ashraf sekadar akur.
            “Kesian cucu nenek ni...penat...” tangan tuanya mula memicit-micit bahu cucunya itu.
            “Sampai lupa esok kamu tu nak menikah...kan..” urutan yang tadinya lembut kini sudah berubah keras. Sakit oooww!
            “Nenek..sorry..” Ashraf bingkas bangkit.
            “Apa sorry-sorry ha?”mata wanita tua itu sudah besar merenungnya.
            “Kamu ni Angah..masa-masa macam ni pun kamu masih nak buat onar ya?” suara neneknya sudah sedikit meninggi. Nashrin sedari tadi hanya mampu menonton drama sebabak dihadapannya itu.
            “Ni dari mana naiknya? Nenek tak nampak pun kamu naik tangga kat bawah tadi?” soal wanita tua itu sambil memandang wajah Ashraf dan Nashrin silih berganti.
            “Angah?” soalnya. Ashraf hanya diam membantu sambil memandang Nashrin.
            “Along?” neneknya mengajukan soalan pada Nashrin pula memandangkan Ashraf sudah bisu sementara untuk menjawab soalannya.
            “Balkoni..” lambat-lambat Nashrin menjawab. Semakin buntang mata neneknya memandang Ashraf dan Nashrin silih berganti.
            “Astagfirullahalaziiiimmmmm...”mengucap panjang Hajah Fatimah mendengar pengakuan  jujur Nashrin.
            “Budak-budak ni..!!” terus sahaja telinga Ashraf dipiat. Geram sungguh!
            “Auch! sakit...nenek...” rintih Ashraf sambil cuba melepaskan dirinya.
            “Tahu sakit..nenek ni lagi sakit hati ni...Angah...perangai degil kamu ni masih tak sembuh-sembuh ya??”  soal neneknya geram.
            “Kamu ni bukan budak-budak remaja lagi dah. Kamu tu nak menikah esok..kalau jadi apa-apa macam mana? Bakal pengantin baru ni darah manis..senang kena benda-benda tak elok..” ujar nenek panjang lebar. Sengaja telinga Ashraf ditarik sedikit. Budak berdua ni kena diberi pengajaran kali ini. Mana boleh manjakan sangat. Lagi-lagi si Ashraf ni..esok dah nak jadi suami orang tapi perangai..masyaallah..
            “Ampun..nek..ampun..” rayu Ashraf. Malulah dah tua-tua macam ni pun masih kena piat telinga..
            “Banyak kamu punya ampun! Kamu ingat nak kahwin ni benda remeh ke? Yang kamu boleh buat main ikut suka hati?” marah neneknya.
            “Ampun beribu ampun tuanku..patik janji tidak akan berbuat demikian lagi..” Dalam sibuk melepaskan diri dari tangan neneknya, sempat juga Ashraf berseloroh.
            “Main-main lagi?” Soal Hajah Fatimah geram.  Budak sorang ni memang jarang nak serius!
            “Tak..okay, Ash janji lepas ni tak panjat balkoni dah...” ucap Ashraf.
            “Nenek dengar daddy kamu dah kasi cuti dari kelmarin lagi..habis kenapa masih balik lewat macam ni? Kamu ke mana sebenarnya Angah?” soal Hajah Fatimah sambil melepaskan telinga Ashraf.
            Office nenek..” ucap Ashraf serba salah.
            “Kamu ni nak kahwin ke tidak sebenarnya? Buat perangai macam ni?” soal nenek sambil memandang tepat wajah Ashraf.
            “Ash tak sengaja..terlupa..” ucap Ashraf perlahan.
            “TERLUPA?”naik satu oktaf suara nenek. Serentak itu juga berdas-das cubitan menghujani perut dan lengan Ashraf.
            “Nash dah cakap kat dia jangan panjat balkoni..tapi dia tak nak dengar..” ucap Nashrin. Memang sedari awal lagi dia memang tidak bersetuju langsung dengan keputusan Ashraf memanjat balkoni. Mereka bukan lagi budak remaja nak buat kerja macam tu..
            “Ha. Jangan  nak banyak cakap. Kamu pun sama saja along..”telinga Nashrin si CEO GD Motor International turut dipiat sama. Okay, fair and square.
            “Ampun nenek...ampun..” rayu mereka berdua serentak sebelum satu flash menyimbah ruangan menonton itu. Pantas Ashraf dan Nashrin menoleh ke arah datangnya cahaya flash tadi. Mencerlung pandangan mereka pada satu susuk tubuh yang sedang mengukir senyuman manis sambil membuat tanda ‘peace’. 
            ADIK?
            “Nur Dania Arissa!!!!!!” Jerit Ashraf dan Nashrin hampir serentak.

           

_______________
[sorry busy dgn byk benda lately, tak sempat nak menaip chapter baru Love Make Me Smile. Jadi, saya update Aurora Hidupku dulu untuk kali ni ye:)]

Arin Arida
 



3 comments:

CoReTAn HaTi said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kena piat dgn nenek..HAHA(gerlak plg jht)..cik arin, keep it up ;)

Aida Sherry said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

rindu sungguh dgn kembar ni.....
lebih2 lagi pada Ash dan Lynn...

anis izzaty said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bestnye....mmg klakar sume cite2 ni