My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

11 April 2012

Aurora Hidupku 5

AURORA 5
            Ruang tamu banglo mewah milik Dato’ Ahmad Dani Abdullah sepi. Tiada sebarang kata yang terluah. Dato’ Ahmad Dani  masih diam seribu bahasa. Hanya matanya yang masih setia merenung tajam ke arah anak bujang keduanya yang tertunduk merenung lantai. Dia sedar bahawa dia perlu bijak menyusun kata. Butir bicaranya perlu diatur dengan teliti. Pandangan Dato’ Dani singgah pula pada raut wajah isteri kesayangannya, Datin Rohani yang duduk disebelah anak bujangnya itu. Jelas sekali wajah isterinya itu tidak seceria selalu, sugul kerana diselubungi kegelisahan.
            “Ash.” Suara Dato’Ahmad Dani akhirnya memecah kesunyian.
            Semua mata di ruang tamu itu segera tertumpu kepada Dato’Ahmad Dani.
            “Daddy nak Ash dan Sharlyna menikah.” Begitulah kata putus yang di luahkan Dato’ Ahmad Dani.
            “What?!” Suara Ashraf meninggi tanpa sedar. Tak sangka sehingga begini pula kata putus dari ayahnya.
            “Getting married..?” soal Ashraf lemah. Tidak sangka itulah keputusan dari daddynya.
            “Yes. ASAP (as soon as possible).” Ucap Dato’ Ahmad Dani dengan nada serius. Mahu tak mahu, dia perlu mengambil serius hal-hal seperti ini kerana sudah jelas ianya melibatka nama baik keluarga kedua belah pihak.
            “But, daddy..cara daddy buat keputusan ni..macam betul saja Ash bersalah.” Ashraf berkata perlahan. Teringat reaksi daddynya ketika di pejabat agama tadi. Nasib sajalah tak tercerai kepala dari badannya dek kerana menegakkan pendirian bahawa dia tidak bersalah.
            “Daddy tak percayakan Ash.” Tuduh Ashraf, geram apabila Dato’ Ahmad Dani hanya berdiam diri mendengar kata-katanya tadi. Mamanya pula tidak langsung menunjukkan tanda mahu menyuarakan bantahan pada keputusan daddy. Takkan mama pun setuju?!
            “Ash, please listen to me first. Bukan daddy tak percaya...”
            “No! You should listen to me first. Sumpah daddy, mama...Ash tak buat apa-apa pun. Kami tak buat apa-apa macam yang dituduh tu pun..” nada kesal jelas kedengaran dalam bait bicara Ashraf.
            Dato’ Ahmad Dani menarik nafas yang terasa berat. Wajah sugul isterinya dipandang lama.
            “Ash, daddy yakin kamu pun faham tentang apa yang berlaku. Mungkin betul kamu tak berzina, tetapi kamu tetap boleh di jatuhkan hukuman atas kesalahan khalwat. Duduk berdua dalam bilik hotel, sudah tentulah mendatangkan syak wasangka Ash..” Dato’ Dani merenung lama wajah kusut Ashraf. Apa sahajalah yang di fikirkan Ashraf sehingga sanggup mengambil keputusan sedangkal ini? Masakan dia sudah lupa hukum agama yang di pegang teguh selama ini?
            “Tapi kami terpaksa sewa bilik hotel tu daddy. Kan Ash dah jelaskan banyak kali pasal tadi?” Ashraf kesal dengan tuduhan demi tuduhan yang di lemparkan ke atasnya. Dia tahu dia tidak sepatutnya berdua-duaan dengan Sharlyna di dalam satu bilik yang sama, tetapi dia benar-benar tiada pilihan lain. Masakan dia sanggup mahu membiarkan Sharlyna sendirian di lobi hotel dalam keadaan basah lencun begitu?
            “Whatever it is, the wedding will go on. Period.” Putus Dato’Ahmad Dani.
            “What..?” Ashraf terduduk lemah ke sofa. Dunianya terasa kelam. Gelap yang teramat.
            “Bang, janganlah paksa Ashraf macam ni..kita kena percayakan dia..diakan anak kita bang..” Datin Rohani yang sedari tadi menyepi sudah bangkit mendapatkan Dato’Ahmad Dani. Lengan suaminya dipaut erat.
            “Janganlah hancurkan kebahagiaan  anak kita dengan menghukum dia sekejam ini atas perkara yang dia tak buat. Zalim namanya bang..” Datin Rohani sedaya upaya memujuk suaminya. “Kita fikirkan cara lain untuk selesaikan hal ni nanti..tapi bukan dengan kahwinkan anak kita bang..please..” Datin Rohani mengerling seketika Ashraf yang sudah membisu di sofa berhadapan dengannya. Nashrin di sebelah sibuk menenangkan Ashraf.
            “Sayang, please. Kali ni let me handle this.” Balas Dato’ Ahmad Dani. Duduknya dilabuhkan di sofa empuk berhadapan dengan Ashraf. Datin Rohani segera mengambil tempat di sebelah suaminya.
            “Abang percayakan anak kita sayang, tapi orang lain?” wajah isterinya yang sudah dicemari mutiara jernih dipandang dengan hati yang terasa luluh.
            “Abang risau kalau berita pasal ni tersebar luas, maruah dan reputasi keluarga kita akan rosak..” Dato’ Ahmad Dani membuang pandang ke arah Ashraf di hadapannya. Hati ayah mana yang tidak sakit apabila terpaksa memperjudikan masa depan dan kebahagiaan anaknya sendiri? Tetapi ini saja penyelesaian yang terbaik di fikirkannya.
            “Awak tahu-tahu sajalah mulut orang ni, seorang cerita begini, bila sampai pada orang lain, cerita sebenar sudah ditokok tambah.”keluhan berat dilepaskan perlahan.
            “Abang tak nak perkara ni menjejaskan syarikat. Syarikat ni adalah hasil susah payah dan perit jerih datuk dan ayah abang..takkan abang nak biarkan sahaja ianya musnah depan mata abang?” luah Dato’ Ahmad Dani lemah. Dia benar-benar mengharapkan isterinya memahami situasinya kini.
            “So, daddy lebih pentingkan harta kekayaan daripada anak daddy sendiri?” Terpeta rasa kesal di wajah Ashraf.
            “Bukan masalah daddy lebih pentingkan kekayaan atau anak-anak daddy yang menjadi masalah di sini Ash.” Tajam mata Dato’ Ahmad Dani memandang Ashraf.
            “Ada hampir 78 ribu pekerja dalam syarikat kita. Kita kena fikir semua kemungkinan yang bakal terjadi kalau berita ni tersebar. Ini bukan masalah kecil Ash.” tambah Dato’ Ahmad Dani lagi.
            “On the other hand, Daddy nak kamu bertanggungjawab atas kesalahan kamu. Kamu lelaki, mungkin tak punya masalah besar. Tetapi Sharlyna? Dia perempuan Ash. bertimbang rasalah sikit. Kalau berita khalwat ni tersebar, apa akan jadi pada dia? Pada keluarga dia?” Dato’ Ahmad Dani mengeluh berat.
            “Sebab tu, sebelum bertindak fikir masak-masak dulu.” tokok Dato’ Ahmad Dani lagi.
            “Abang, takkan tak ada cara lain nak selesaikan masalah ni?” Datin Rohani mencelah. Dato’ Ahmad Dani menggeleng perlahan. Cara macam mana lagi yang mereka ada?
            “Fine.” Ucap Ashraf sepatah. Sedari tadi dia hanya berdiam diri. Menelan segala kata-kata daddynya. Memang dia salah. Salah kerana merancang yang tidak-tidak!
            Ashraf bingkas bangkit. Langkahnya mula diatur untuk beredar dari ruang tamu itu. Namun Datin Rohani segera menghalang. Wajah anak keduanya itu ditenung sayu. Dia tahu betapa hancurnya sekeping hati milik Muhammad Danish Ashraf dengan keputusan suaminya tadi. Mutiara jernih semakin beranak sungai di pipinya. Perlahan-lahan tubuh sasa anak keduanya itu didakap erat.
            “Sayang..” sebak Datin Rohani apabila Ashraf menyandarkan kepala ke bahunya.
            “Mama, jangan risau. Ash takkan buat kerja bodoh macam tu lagi..never.” Ashraf berkata perlahan.  Dia tahu kerisauan hati mamanya. Pasti mama risau dia akan bertindak bodoh seperti dahulu.
            “Mama tetap risau..Ash...” Tutur Datin Rohani tersekat-sekat menahan sendu. Wajah anak teruna keduanya  itu dipandang sayu.
            “Mama, janganlah macam ni..Ash okay..mama jangan risau ..” perlahan Ashraf menyeka air mata yang mencemari pipi tua mamanya yang amat dikasihi itu.
            “Kamu cakap macam ni, mama lagi risau tahu tak?”wajah suram Ashraf diusap penuh kasih.
            “Kamu tu suka pendam perasan kamu. Lama kelamaan ia akan jadi racun yang membunuh hati kamu secara senyap sayang..”luah Datin Rohani. Hatinya makin sebak.
            Dato’ Ahmad Dani hanya mendengar dari sofa. Tidak mahu campur tangan. Dia sendiri maklum tentang perkara yang menjadi kegusaran besar buat isterinya itu. Kejadian semasa Ashraf di tingkatan 3 dulu masih segar di ingatannya. Anaknya itu pernah bertindak bodoh hanya kerana cintanya tidak berbalas. Tindakan bodoh yang hampir meragut masa depannya. Menjadi remaja liar yang gemar menghabiskan masa di malam hari dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang. Bercampur gaul dengan kutu rayau. Berkawan dengan ahli kongsi gelap juga pernah di lakukan Ashraf. Mujur sahaja dia belum terlambat untuk menarik Ashraf kembali kepada asal. Nashrin dan Ashraf kembar seiras yang mempunyai persamaan dalam beberapa hal, namun mempunyai karektor yang cukup berbeza. Ashraf jenis yang sering memberontak jika keinginannya tidak di turuti manakala Nashrin pula jenis yang mendengar kata.
            Mengenangkan semua ini, Dato’ Ahmad Dani mengakui ada rasa gusar yang bertamu di hatinya. Risau jika Ashraf memberontak.
            “Jadi kalau rasa sedih, menangislah, kalau rasa susah hati, luahkanlah..”Datin Rohani mengusap lembut belakang tubuh Ashraf yang masih menyandarkan kepala ke bahunya.
            “Mama, Ash dah puas menangis, meraung, meratap.. demi perempuan, cinta dan kebahagiaan. Tapi mama, air mata tetap tak dapat padam apa yang dah pun tertulis di Luh Mahfuz.”
            “Mama Ash dah janji dengan diri Ash yang Ash takkan menangis lagi pasal benda-benda remeh ni..mama jangan risaulah, Ash takkan buat benda bodoh macam dulu tu lagi..”ucap Ashraf perlahan. Cuba menyakinkan mamanya.
            “Tapi Ash..”
            “Mama..”
            Ashraf melempar pandang pada Dato’ Ahmad Dani yang sedang duduk menongkat dahi di lengan sofa.
            “Daddy..” panggil Ashraf perlahan. Dato’ Dani memanggung kepala sambil memandang Ashraf.
            “Sorry for being rude just now. I’m out of control.”Luah Ashraf.
            “Ash redha dengan semuanya. Just do as you wish. Ash tak ada hak nak bantah. Ash yang salah sebab tak fikir baik buruk tindakan Ash. So, memang selayaknya Ash di hukum kan?”Ashraf meleraikan pelukan mamanya.
            “I’m going to sleep first. Letih.” Ucap Ashraf ringkas. Langkahnya terus diatur ke tangga. Mutiara jernih yang diempang sedari tadi luruh juga ke pipinya. Biarlah tiada sesiapa nampak kehadiran air mata ini. Kekecewaannya sudah tidak berjaya dibendung lagi.  Dengan langkah yang lemah satu persatu anak tangga didaki menuju ke biliknya.
            Datin Rohani hanya memerhati langkah Ashraf. Naluri seorang ibu takkan silap menilai rasa hati yang di sembunyikan si anak kan?
            “Abang, tolonglah jangan teruskan perkahwinan ni..saya tak sanggup nak tengok Ashraf menderita sekali lagi.. cukuplah sekali dia terseksa bang..” rayu Datin Rohani.
            “Sayang, abang pun tak nak buat semua ni..tapi abang terpaksa. Abang tak ada pilihan..” ucap Dato’ Ahmad Ahmad Dani lirih.
            “Abang pun susah hati tengok keadaan Ashraf, tapi percayalah abang buat semua ni just for his own sake.”ucap Dato’ Ahmad Dani, serius.
            “Apa maksud abang for his own sake? Dengan seksa perasaan dia macam ni?” Datin Rohani sudah geram dengan pendirian  suaminya itu.
            “Awak nak turun naik mahkamah fight untuk kes ni? Nak tayang muka awak dalam news paper semua?” Dato’ Ahmad Dani memandang isterinya. “Yang salah tetap salah sayang..” sambungnya seketika kemudian apabila di lihatnya isterinya sudah terdiam seribu bahasa.
            Datin Rohani mengeluh berat.           
            “Saya ni bukan apa bang..kita ni dah macam memaksa Ashraf tu buat benda yang dia tak suka..orang muda zaman sekarang ni, bercinta dulu sebelum kahwin..”Datin Rohani meluahkan  kegusaranya.
            “Insyaallah niat kita baik, nak elakkan fitnah. Mudah-mudahan segalanya dipermudakanlah untuk budak berdua tu..” Dato’ Ahmad Dani perlahan.
            “Memang lah niat tu baik bang...tapi nak menikah ni, bukannya benda yang remeh..sedangkan kita ni pun kahwin atas dasar cinta..takkan nak paksa anak kita kahwin tanpa cinta pula? Entah-entah dia dah ada calon lain ke?” soal Datin Rohani lagi.
            “Sayang.. biarlah kita cuba dulu..”
            “Isy! Abang ni..ada pula main cuba-cuba..” Datin Rohani sedikit geram dengan jawapan suaminya. “Abang ingat macam nak buat pandu uji kereta baru syarikat abang ke boleh nak cuba-cuba pula..” Datin Rohani sudah kelat menahan geram.
            “Sayang..”mencerun pandangan Dato’ Ahmad Dani pada isterinya.
            “ Yelah..Abang tu, cubalah serius sikit..ni pasal masa depan anak kita bang..boleh pula abang main cuba-cuba ye?”tukas Datin Rohani.
            “Perempuan tadi tu..entah dari mana asal usulnya..siapa mak bapaknya..macammana keturunannya..” Datin Rohani sudah berpeluk tubuh.
            “Sayang, awak ni punlah..Ashraf pun dah kata okay..awak pula yang melebih-lebih ni kenapa? Apa salahnya kita doakan sahaja kebahagiaan anak kita tu? Insyaallah semuanya akan baik-baik saja..”ucap Dato’ Ahmad Dani. Malas mahu melayan pemikiran isterinya.
            “Saya ni mama dia abang..saya faham sangat perangai anak-anak saya..Ashraf tu mulut saja kata okay..hati dia menangis ada abang ambil peduli?” balas Datin Rohani.
            Berkerut dahi Dato’ Ahmad Dani dengan kata-kata isterinya.  Namun belum sempat dia mengatur bicara, isterinya sudah bangkit.
            “Sudahlah, malas nak bercakap dengan abang ni. Buat bazir tenaga saya je. Buatlah apa pun yang abang suka. Saya ni tak ada hak langsung nak bantah.” Lemah suara Datin Rohani mengucapkannya. Kecewa dengan kedegilan suaminya. Langkahnya terus diatur menaiki tangga menuju ke kamar tidur.
            Dato’ Dani hanya mampu memandang sepi langkah isterinya.
            


1 comments:

Aida Sherry said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cite skrg ni lebih detail dan lebih tersusun jln citenya.....