My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

24 June 2012

Love Make Me Smile 21





Love 21
            Assalamualaikum,” Ammar Adwan segera menanggalkan kasutnya sebelum berlari-lari anak memasuki  rumahnya.
            “Ibu,” susuk tubuh ibunya segera di cari. Satu rumah sudah dia pusing, namun ibunya masih gagal dijejaki. Segera dia membuka pintu gelungsur di sisi ruang tamu. Kaki dihayun deras menuju ke kolam ikan mini di situ.
            “Ibu,” sekali lagi dia memanggil.
            “Wan? Kenapa kamu boleh ada kat sini pula masa macam ni? Ada tertinggal barang ke?”soal Puan Wahidah yang muncul di sebalik pokok bunga di taman. Belum jam 5 petang, tetapi Ammar Adwan sudah elok terpacak di rumah.
            “Wan tak perasan pula ibu kat luar. Ingat ibu ada kat dalam tadi,” luah Ammar Adwan.
            “Ibu nampak kamu masuk tadi. Ingatkan kamu nak ambil barang apa ke,” balas Puan Wahidah sambil menanggalkan sarung tangannya.
            “Kenapa ni? Muka resah semacam je?” soal Puan Wahidah lagi. dengan rambut berserabai macam tu, muka yang sememeh saja...Ya ALLAH, apa kena dengan anak bujang aku seorang ni?
            “Ibu, Wan dah buat keputusan.” Ucap Ammar Adwan. Tangan ibunya digenggam erat.
            “Keputusan apa ni Wan?” Puan Wahidah merenung wajah Ammar Adwan.
            “Ibu bersiap, kita gerak sekarang juga.” Beritahu Ammar Adwan sebelum dia mula berkira-kira untuk mengatur langkah.
            “Eh, nak ke mana Wan? Dengan kamu yang comot macam ni? Cubalah kamu bawa muka kamu ni ke cermin kejap Wan,” Puan Wahidah segera menahan Ammar Adwan.
            Ammar Adwan terdiam seketika. Otak segera mengingati semua perkara yang di lakukannya sepanjang hari ini. Lepas insiden di office tengahhari tadi, dia terus keluar. Sepanjang petang dia duduk termenung di di pinggir pantai. Punyalah kusut fikiran sampai tak sedar dah sampai sempadan negeri sembilan dia memandu tanpa arah tujuan. Dah alang-alang dia terus sahaja ke Teluk Kemang. 2 jam duduk berfikir, akhirnya dia sudah punya keputusan. Dia nekad. Apa nak jadi, jadilah. Dia mahu pergi menagih janji dan penjelasan daripada keluarga Nasha Athierah atas apa yang sudah berlaku.
            “Ke rumah bakal besan ibu.” Ucap Ammar Adwan dengan senyuman segaris.
            Puan Wahidah yang terkejut dengan perkara yang tidak di sangka itu hanya mampu kaku berdiri.
            Biar betul kamu ni Wan?
            “Tapi,”..isy! Takkanlah dia dah dapat hidu apa-apa pula?
            “Please ibu, nanti dalam perjalanan Wan cerita kenapa, apa, dan bagaimana ini boleh berlaku.” Ammar Adwan memimpin Puan Wahidah untuk segera masuk ke dalam rumah.
            “Ibu pergilah bersiap. Wan nak naik mandi, tukar baju kejap. Wan dah call Am, minta dia jaga Erina sepanjang kita di sana nanti.” Ammar Adwan sudah berlari-lari anak memanjat anak tangga menuju ke biliknya.

           
            Tok Mi memandang wajah anaknya silih berganti dengan wanita pertengahan usia yang duduk di sisi Ammar Adwan. Nora Afieqah sedang menyediakan hidangan makan malam di dapur.
            Sepi. Sejak tadi, soalan demi persoalan yang diajukan Ammar Adwan masih belum di jawab oleh Puan Hayati.
            “Untie masih tak percaya ke dengan keikhlasan saya?” suara Ammar Adwan yang tenang tadi sudah mula bergetar menahan rasa.
            Puan Hayati memandang sekilas wajah wanita di sisi Ammar Adwan sebelum pandangannya singgah pada si jejaka.
            Puan Hayati menghela nafasnya perlahan.
            “Kalau kamu betul ikhlas nakkan anak Untie, kamu patut masuk meminang dia sejak awal.” Puan Hayati menjawab dengan nada lembut. Hatinya jadi serba salah sebaik menyedari mata Ammar Adwan yang sudah berkaca.
            Ammar Adwan melepaskan keluhan perlahan. Tak semudah itu.
            “Saya betul-betul ikhlas sayangkan Nasha Athierah Untie Yatt. Tapi keadaan saya sekarang...saya tak boleh buat keputusan secara mendadak untuk terus hantar rombongan meminang dia Untie,” satu persatu wajah di ruang tamu itu di pandangnya.
            “Saya ikhlas nak ambil Nasha Athierah sebagai isteri saya, tetapi saya risau penerimaan anak saya,” luah Ammar Adwan.
            Puan Hayati memandang wajah wanita di sisi Ammar Adwan. Wanita itu menguntum senyuman segaris sambil mengusap lembut belakang anak bujangnya.
            “Anak?” walau dia sudah tahu tentang segalanya, Puan Hayati tetap juga menyoal. Dia mahu Ammar Adwan sendiri bercerita padanya.
            Dia tahu dari A-Z cerita berkenaan ‘anak’ Ammar Adwan tersebut dari ibu jejaka itu sendiri. Namun, kali ini biarlah Ammar Adwan sendiri membuka mulut bercerita lebih lanjut.
            “Ya. Anak saya, Erina Casandra. Anak abang sulong saya yang sudah saya anggap seperti anak saya sendiri.” Ammar Adwan menarik nafas panjang.
            “Kenapa pula budak perempuan tu yang jadi masalahnya? Dia anak abang kamu kan? Kenapa pula nak kaitkan dengan hubungan kamu dan Atie?” soal Puan Hayati. Mungkin soalannya kedengaran kejam, namun dia perlu juga mengutarakan soalan ini. Dia mahu tahu isi hati sebenar seorang Ammar Adwan di sebalik pengorbanan besar yang dilakukannya selama ini untuk si kecil yang comel dan bijak itu.
            Ammar Adwan terdiam mendengar soalan daripada Puan Hayati. Kisah silam yang satu ini perlu juga di rungkainya satu persatu hari ini.
            “Perkahwinan abang saya menghadapi masalah, sejak hari dia ceraikan arwah kakak ipar saya, kami tak dapat kesan di mana dia berada. Erina Casandra jadi yatim sebaik dia dilahirkan kerana kakak ipar saya meninggal dunia kerana komplikasi sewaktu proses melahirkan Erina.” Ammar Adwan sekali lagi menarik nafas panjang sebelum menyambung ceritanya.
            “Pada saat doktor serahkan Erina pada saya untuk di iqamatkan, saya berjanji saya takkan abaikan Erina. Pada asalnya, saya anggap Erina sebagai seorang anak kecil yang perlu saya lindungi dan jaga sebab dia hanya punya saya, ibu saya dan adik saya sebagai ahli keluarganya yang terdekat.  Tetapi, ketika melihat senyuman Erina yang pertama untuk saya, saya sedar sayang saya pada anak tu dah menggunung tingginya. Ketika itu saya berjanji, saya akan sayang dan jaga Erina seperti anak kandung saya. Saya sanggup buat apa saja untuk dia,” luah Ammar Adwan. Hujung matanya yang terasa basah segera di kesat dengan hujung jari.
            “Dia berhenti merokok demi Erina. Walaupun dia menderita nak tinggalkan tabiatnya sejak umur 22 tahun tu, dia tetap bertahan sebab Erina pernah ada asma yang teruk masa kecil dulu. Saya bersyukur sangat pada ALLAH, sejak Erina lahir, saya dapat anak bujang kesayangan saya ni semula. Demi Erina, dia buang semua perangai tak elok dia supaya dia boleh jadi papa yang dapat Erina banggakan.” Puan Wahidah menggenggam erat tangan Ammar Adwan yang sudah menunduk menekur lantai.
            “Tetapi, baru-baru ni emak arwah kakak ipar saya mahukan Erina. Mereka tak pernah ambil tahu pasal Erina sejak hari Erina lahir bahkan sewaktu majlis pengebumian arwah kakak ipar saya mereka tidak ambil endah, tetapi sekarang mereka muncul melaungkan hak penjagaan Erina yang sepatutnya menjadi milik mereka. Mereka dah buang arwah kakak ipar saya sejak arwah berkahwin dengan abang saya. Bermacam cara mereka guna nak pisahkan abang saya dengan arwah kakak ipar saya dulu. Dan akhirnya mereka berjaya. Mereka berjaya pisahkan abang dan arwah kakak ipar saya. Sekarang, mereka guna alasan saya masih bujang dan tidak mampu menguruskan Erina yang bakal meningkat dewasa.”Ammar Adwan berjeda seketika.
            Tok Mi di sebelah Puan Hayati sudah mengesat air matanya dengan hujung lengan baju kurung kedah yang di pakainya.
            “Saya cintakan Nasha Athierah, saya ikhlas nak ambil dia sebagai isteri saya. Dalam masa yang sama, saya harap Nasha Athierah boleh melengkapkan dan menyempurnakan hidup saya. Saya tak mahu Erina Casandra jatuh ke tangan mereka.” Wajah Puan Hayati di tatap dengan berani. Dia takkan selindungkan apa-apa lagi hari ini jika itu yang akan membuatkan keluarga Nasha Athierah berubah fikiran untuk menolak pinangan tersebut.
            “Nasha Athierah jantung saya. Erina Casandra hati saya. Saya tak mungkin mampu terus hidup di dunia ni tanpa kedua mereka. Mereka nyawa saya,” tulus bicara Ammar Adwan membuatkan wajah Puan Hayati berubah.
            “Sudah. Cukup.” Puan Hayati berpaling dari terus memandang wajah sayu Ammar Adwan. Wajah itu kelihatan cukup ikhlas dan tulus dengan setiap kata-kata yang di ucapkan sehingga membuatkan hatinya sebak.
            Ammar Adwan tersentak dengan reaksi balas Puan Hayati. Tidak, dia takkan berhenti semudah ini!
            Puan Wahidah memandang Ammar Adwan yang sudah bangkit berdiri. Anak bujangnya itu berjalan merapati Puan Hayati dan Tok Mi di sebelah sana.
            Tanpa kata, dia membongkokkan badannya. Melutut di hadapan kedua orang tua Nasha Athierah.
            “Saya tak mampu hidup tanpa Nasha Athierah untie...”
            “Tok Mi, tolonglah saya...” biarlah dia perlu melutut merayu sekalipun, dia sanggup.
            “Untie kata sudah, cukup!” Puan Hayati bingkas bangkit daripada duduknya. Dia berjalan menuju ke arah kabinet di ruang tengah rumah.
            Sekotak tisu di tarik keluar daripada laci kabinet tersebut.
            Air mata yang mengalir mencemari wajahnya di kesat dengan tisu. Ada senyuman terukir di bibirnya. Nasha Athierah bakal mempunyai seorang suami yang baik, lega hatinya.
            “Wan,” Tok Mi tidak sampai hati mahu dengan semua ini. kepala Ammar Adwan di usap lembut.
            “Betul kamu sayangkan Atie kami ni?” soal Tok Mi sambil mengerling anaknya yang sedang berdiri membelakangi mereka sebelum bertukar pada wajah Puan Wahidah yang duduk bertentangan dengannya di belakang Ammar Adwan sana.
            “Tiada perkataan yang dapat menjelaskan betapa sayang saya pada dia, Tok Mi.” Jawapan Ammar Adwan menerbitkan senyuman di bibir Tok Mi.
            “Jadi, redhalah dengan apa yang terjadi cu. Kalau betul ada jodoh antara kamu, insyaALLAH takkan ke mana.”Tok Mi menepuk bahu Ammar Adwan.
            Ammar Adwan terkaku dengan jawapan  Tok Mi.
            “Tok Mi pun...nak saya mengalah?”teragak-agak Ammar Adwan bertanya.
            “Bukan mengalah. Tapi redha,” Tok Mi sempat kelip mata dengan Puan Wahidah.
            “Apa pun, majlis pertunangan tu tetap akan di adakan. Untie dah terlanjur berjanji pada pihak lelaki tu, takkan nak mungkir pula. Semua persiapan dah hampir siap pun,” Puan Hayati pula berkata-kata. Dia berjalan merapati Puan Wahidah.
            “Tapi tak sangka pula, kamu sampai serbu kami kat sini...” Puan Hayati mengambil tempat di sisi Puan Wahidah.
            Ammar Adwan hanya tunduk merenung tikar buluh yang menghiasi lantai ruang tamu itu. Usahanya sudah bertemu jalan buntukah? Pertunangan Nasha Athierah ini sudah tidak berdaya di halang, apatah lagi di hentikan kah?
            “Yati, akak sendiri pun tak sangka perkara akan jadi begini pula...”Puan Wahidah bersuara.
            “Yati, Wahi. Sudahlah tu. Eloklah kita terangkan saja hal sebenar pada Wan ni. Tak sampai hati dah nak menengoknya ni...”Tok Mi pula bersuara.
            Ammar Adwan yang hanya memasang telinga sedari tadi mula rasa tidak sedap hati.
            “Wan,” Puan Wahidah bangkit merapati Ammar Adwan yang masih duduk di lantai.
            “Apa maksud Tok Mi?” Ammar Adwan memandang wajah Tok Mi. Jelas rasa serba salah terpeta di wajah tua itu.
            “Wan, pertama kali ibu rasa ibu patut minta maaf pada Wan. Ibu tak berniat nak main-mainkan Wan, dan ibu memang nak beritahu pada Wan hal yang satu ni hari ni. Tapi Wan tiba-tiba muncul dan minta ibu ikut Wan ke sini.” Puan Wahidah memeluk lengan anak lelakinya itu.
            “Apa maksud ibu? Hal apa?” soal Ammar Adwan dengan dahi berkerut.
            “Hal pertunangan Wan.”
            Ammar Adwan tak berkelip memandang muka ibunya. Pertunangan?!
            “Ya, pertunangan Wan. Pertunangan Nasha Athierah.” Puan Wahidah mengukir senyum segaris pada Ammar Adwan.
            “Hujung minggu ni kalau mengikut perancangannya, kamu akan bergelar tunang kepada Atie,” Puan Hayati pula bersuara dari sofa di sebelah sana.
            “Ha?!” terkejut besar Ammar Adwan.
            “Macam mana..?!”
            “Minggu lepas, ibu dah datang sini. Masuk meminang Nasha Athierah untuk kamu, Wan.” Puan Wahidah mengusap lembut lengan Ammar Adwan.
            Ammar Adwan terdiam. Betul ke ibu buat macam tu?
            “Tapi...”
            “Semua ni idea adik kamu, Am. Dia kata kalau nak tunggu kamu sendiri yang minta ibu masuk meminang, alamat habislah bakal kakak ipar dia tu di curi orang lain.”perlahan Puan Wahidah berkata sambil memaut bahu Ammar Adwan yang masih terkelu seribu bahasa.
            “Tapi, Wan...”
            Bunyi enjin kereta memasuki perkarangan rumah membuatkan kata bicara Ammar Adwan mati di tengah jalan.
            “Siapa pula yang datang tu?” soal Tok Mi sambil dia cuba menjengah keluar tingkap jendela. Namun keadaan di luar rumah sudah semakin kelam, membataskan mata tuanya melihat dengan jelas.
            “Assalamualaikum,” suara di luar melaungkan salam.
            “Assalamualaikum...”satu suara comel turut kedengaran dari luar rumah.
            Ammar Adwan memandang wajah ibunya di sebelah. Kedua-dua suara itu amat di kenalinya.
            “Waalaikumsalam. Am, Nana, masuklah.” Puan Hayati ceria menyambut kehadiran kedua tetamunya itu.
            “Nek Ma!” suara comel itu kedengaran lagi.
            Puan Hayati tersenyum sambil menarik si kecil itu ke dalam dakapannya. Kedua belah pipi gebu si kecil itu di kucup lembut.
            “Jom, masuk.” Tangan si kecil di genggam erat sambil dia menggamit anak muda itu supaya masuk ke dalam rumah.
            “Hi, Am terlepas apa-apa cerita ke?” dengan muka tak bersalah, Amir Adwa tersengih lebar.
            “Papa!” Erina Casandra tidak menunggu lama sebaik terlihatkan kelibat Ammar Adwan di ruang tamu, terus sahaja dia berlari mendapatkan papanya itu.
            “Sayang,” dalam di ulit rasa terkejut yang bukan sedikit, Ammar Adwan mengukir juga sebuah senyuman untuk si kecil kesayangannya itu.
            “Nek Ma, mana Untie cantik?”ceria sahaja suara Erina bertanya.
            “Hi budak kecik comel!” suara Nora Afieqah yang muncul dari arah dapur membuatkan senyuman Erina melebar.
            “Untie buat apa?” soal Erina selepas bersalaman dengan Nora Afieqah.
            “Hihi, Untie tengah buat muffin. Nana nak tengok tak? Untie boleh buatkan yang ada corak angry bird untuk Nana.” Nora Afieqah tersenyum melihat muka Erina Casandra yang beriaksi teruja.
            “Nak! Nak!!” Erina melompat gembira sambil bertepuk tangan.
            “Papa, Erina ikut Untie boleh?” soal Erina pada Ammar Adwan.
            Ammar Adwan yang terlopong melihat Erina Casandra yang mesra dengan ahli keluarga Nasha Athierah hanya mampu mengangguk perlahan.
            “Pikah, dah siap ke makan malamnya?” soal Tok Mi.
            “Dah Tok. Tadi Nana ada call kata dia nak datang, tu yang Pikah buat muffin. Kebetulan, semua bahan-bahan ada tadi,” Nora Afieqah sudah mencapai tangan Erina.
            “Kami pergi belakang dulu ye,” Erina sempat melambai pada semua yang ada di ruang tamu. Wajahnya semakin bersinar ceria tanpa mengetahui masalah yang di hidapi oleh papanya sebentar tadi.
            “Erina...” Ammar Adwan memandang satu persatu wajah di ruang itu sebelum pandangan matanya berhenti pada wajah ibunya. Dia perlukan penjelasan.
            “Kalau Erina Casandra yang menjadi masalah kamu, kamu tak perlu risau dah. Kami dah terangkan pada dia awal-awal lagi. Alhamdulillah, dia suka dengan bakal keluarga baru dia ni. Lagi-lagi dengan Untie cantik dia tu. Kamu sendiri pun nampak tadi kan?” Puan Wahidah menepuk lembut bahu Ammar Adwan.
            “Erina jumpa Nora, terus Am di lupakannya. Tengok, boleh dia biar pak su hensem dia ni terkontang-kanting sorang-sorang kat sini? Isy, isy!” Amir Adwa bangkit dengan senyuman kepada Ammar Adwan.
            “Abang Wan settle kan hal abang dulu ye. Am nak join Cik Nana kita tu,”
            “Minta izin ye Tok Mi, Untie Yatt..” Amir Adwa sengih pada Tok Mi dan Puan Hayati.
            “Pergilah Am.” Tok Mi menyatakan izin. Puan Hayati juga mengangguk setuju. Lagipun, mereka duduk di ruang depan bahagian dapur tu. Masih boleh nampak dengan jelas dari ruang depan ni.
            Amir Adwa menghilang ke belakang. Sesekali kedengaran suara Erina tertawa kecil dari belakang sana.
            “Semua persiapan ibu dah buat, Wan tak perlu risau apa-apa pun. Cincin pun dah siap pilih.” Puan Wahidah bersuara memecah suasana.
            “Kenapa ibu tak bagi tahu Wan awal-awal?”
            “Ada, ibu ada bagi hint, tapi Wan yang tak faham. Ingat tak ibu kata nak beli cincin baru untuk orang baru tu?”soal Puan Wahidah.
            Ammar Adwan terdiam. Ada memang ada. Tapi...
            “Tapi tengahhari tadi Atie cakap dia akan bertunang dengan pilihan keluarga dia. Dia kata antara kami memang tiada jodoh.” Ammar Adwan pula menyoal.
            “Budak bertuah tu, semalam masa Untie call beritahu pasal hal ni, belum sempat lagi Untie cerita sampai habis dia dah buat spekulasi sendiri. Geram juga di buatnya.” Puan Hayati menggeleng perlahan.
            “Jadi, dia tak tahu kami nak bertunang?” soal Ammar Adwan.
            Puan Hayati menggeleng. “Biar kita buat kejutan kat dia.” Senyuman melebar pada wajahnya.
            “Kak Wahi, saya ada permintaan.”Puan Hayati bangkit mendapatkan Puan Wahidah.
            “Apa dia?” soal Puan Wahidah sebaik Puan Hayati duduk di sebelahnya.
            “Kita singkatkan tempoh pertunangan mereka boleh?” soal Puan Hayati.
            “Molek juga tu. Benda baik ni, kalau boleh di permudahkan. Pertunangan ni pula adat saja, nikah tu yang wajibnya.” Tok Mi mengeluarkan pandangannya.
            Puan Hayati dan Puan Wahidah mengangguk setuju dengan pendapat Tok Mi tadi.          
            “Apa pendapat kamu, Wan?” soal Puan Wahidah. Biarlah Ammar Adwan yang membuat keputusan kali ini.
            “Ehem,” Ammar Adwan mengelak dari menjadi mangsa renungan ibunya dan Puan Hayati. Ada pula kan, tanya direct macam tu.
            “Terpulanglah pada ibu, Untie Yatt, dan Tok Mi. Wan ikut je,”...tapi idea Untie Yatt tu tersangatlah bagus! Kecil tapak tangan, laut china selatan saya suakan!
            “Kalau macam tu, kita singkatkan tempoh pertunangan tu daripada 3 bulan kepada 3 jam. Macam mana, setuju Wan?” soal Puan Hayati.
            Ammar Adwan tergamam. Bertunang 3 jam je? Pernah ke di buat orang ni?
            Puan Wahidah tertawa kecil melihat bakal besannya tersenyum mengusik Ammar Adwan.
            “Bagus juga. Boleh sekalikan majlis tu dalam sehari. Pagi bertunang, petang nikahnya ye Yati?” Puan Wahidah tersenyum pada Puan Hayati.
            Ammar Adwan benar-benar hilang kata. Baru tengahhari tadi dia rasa kehilangan semangat untuk terus hidup, malam ni dapat berita dia akan berkahwin pula hujung minggu ni?
            Nak pitam sekarang boleh?
            “Diam tu tanda setuju selalunya,” Tok Mi pula tertawa kecil melihat Ammar Adwan yang sudah terkelu kata.
            “Nora, Abang terbau nasi minyaklah...” usik Amir Adwa.
            “Nora pula dah terdengar bunyi kompang,” Nora Afieqah turut tidak mahu kalah.
            “Pak su, Erina ada bau muffin je. Mana ada nasi minyak. Untie cantik, tak ada dengar bunyi apa-apa pun?” Erina Casandra pula bersuara. Seketika kemudian, ruang tamu itu meriah dengan gelak tawa mereka.
            Erina Casandra yang masih belum mengerti apa-apa, turut tumpang sekaki bergelak tawa walau tidak tahu hujung pangkalnya.
             

         
________________
Hi:)
1. Sorry pasal error tadi tu. 

2. Tak larat nak taip pesanan penaja banyak dah, so hopefully this entry make u smile:)

8 comments:

nzlyna'im said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hahahahahah... akhirnye... adwan menarik lafaz lega... atie je la nt...suprise

mizz acu said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

uih.. lega!! sian kat wan..
tp kan auntie cantik yg erina panggil tu nora ke nasha.. kang nti dia xsuka lak nasha tu.. haihh

p/s: allignment cm lari jer.. xbleh nak baca dgn jelas.. ke saya sorang je problem cmni?

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

allignment mmg dah lari. saya baru perasan. nasib ada yang tegur tadi. sorrryyyyyy ye:)

~aI_Da~ said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

yea2..akhirnya..nk kawen dah diorg..best2..=)

aR_aD (nAbA) said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kwen jgn xkwen..hehehe..

aqilah said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best,......best....best!!!!!!!!!
i like!!!!!!!!!!!!!!!!!!
follow................

cheknie said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wah2 mmg tcapai la hjat ammar nti kn..tkjut la atie nti tbe2 jew bos dye leh de kt umh kmpung dye time tnang nti

idA said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sempat ke atie..beli baju utk berkawen...alahai teruja nak tau wajah minah tu..bila dpt tahu yg bakal suaminya..mamat poyo tu..