My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

08 May 2012

Aurora Hidupku 10


Aurora 10



            Bunyi ketukan pada pintu mematikan serta merta tawa besar Adam dan Nashrin. Mata keduanya menekur pandang pada wajah Ashraf yang tidak beriak. “Siapa pula tu?” gumam Ashraf perlahan.
            Come in..” Ashraf mengarahkan. Serta merta bahunya disenggol Nashrin. “Sini rumah mak mertua kaulah, bukan OFFICE.” Tegur Nashrin. Ashraf menarik sengih. Terlupa.
            “Nia?” wajah muram Dania disebalik muka pintu dipandang dengan dahi berkerut.
            “Masuklah..”ajak Nashrin sambil mengukir senyum pada adik bongsunya itu. Sejak beberapa hari ini adik bongsunya itu kelihatan muram semacam sahaja.
            Dania melangkah masuk. Wajah Nashrin dan Adam yang berada bersebelahan Ashraf dipandang silih berganti.
            “Err, Adam bukan tadi kau kata lapar ke?” Soal Nashrin sambil memandang sekilas wajah sepupunya itu.
            “Ha? Mana ada!” jawab Adam dengan dahi berkerut. Bila masa pula aku kata aku lapar ni?
            “Kau ni sejak bila pulak dah jadi pelupa ni...?”Nashrin pantas membuat isyarat mata kepada Adam.
            “Aaaa, Okay..” tanpa banyak karenah Adam menurut. Mungkin Nashrin mahu memberi sedikit ruang pada dua orang adiknya itu, barangkali.
            Pintu bilik sudah kembali dirapatkan. Ashraf memandang wajah Dania yang sedang merenungnya dengan mata yang  mulai berkaca.
            “Kenapa ni my little princess?”tangan Dania segera dicapai lalu ditarik untuk duduk dihadapannya. “Kenapa ni..?”Lembut Ashraf memujuk. Airmata yang mencemari pipi Dania dikesat dengan hujung jari.
            “Abang...”bergetar suara Dania. Air mata dibiarkan mengalir lesu di pipinya.
            “Kenapa ni? Cuba cerita dekat abang..”Apa yang menyebabkan adiknya ini jadi sebegini?
            “Nia benci perempuan tu.” Ucap Dania dalam getar suaranya menahan geram. Berkerut dahi Ashraf. Perempuan mana pula ni?
            “Adik cakap pasal siapa ni?” sekali lagi Ashraf menyeka airmata Dania.
            “Perempuan yang rampas abang dari Nia...” makin deras air mata yang mengalir keluar.
            Ashraf terpempan. Biar benar adiknya ni? Adakah perempuan yang di maksudkan oleh Dania adalah Sharlyna?
            “Apa yang adik cakap ni?” soal Ashraf.
            “Nia tahu abang tak cintakan dia.”Dania memandang tepat ke wajah Ashraf. Abangnya itu hanya diam membisu.
            “Kenapa mesti abang pertaruhkan hidup abang? Kenapa?!” soal Dania geram. Sakit hatinya melihat air mata abang kesayangannya ini mengalir semalam. Mungkin tiada seorang pun yang sedar apa yang sudah terjadi sepanjang malam semalam. Tidak juga abang sulongnya Nashrin.
            “Shhhh..”tubuh adiknya ditarik ke dalam pelukannya. “Nia cakap apa ni..” lembut Ashraf bertanya walau hatinya sendiri sudah tidak setenang tadi.
            “Kenapa semua orang nak buat abang terseksa dengan perkahwinan ni? Kenapa mesti abang? Kenapa?!”soal Dania lagi.
            “Adik..”sebak hatinya cuba dikawal sebaik mungkin. Rambut Dania diusap perlahan.
            “Lepas ni, abang akan terikat dengan perkahwinan ni..” Dania memeluk lengan abangnya erat. “Tak ada orang nak jaga Nia lagi dah. Daddy dengan mama selalu outstation kat luar. Nia tak suka semua ni, abang...”Kegelisahan hatinya diluahkan jua.
            “Adik, apa adik cakap ni..” sebak hatinya dengan kata-kata Dania tadi. Dia tahu adiknya ini tidak begitu rapat dengan Nashrin. Tetapi apa lagi pilihan yang ada sekarang?
            “Nash kan ada..”lemah dia mengucapkannya.
            No!! Dia tak sama dengan abang. Nash hanya pentingkan Syaz..”Makin erat Dania memeluk lengan Ashraf.
            Ashraf mengeluh perlahan. Kenapa harus dia menyuarakan hal ini sedangkan dia tahu hal yang sebenarnya. “Adik, Nash tak seperti yang adik fikir...he’s still..”
            No, abang...no...” sayu suara Dania menafikan kata-kata Ashraf.
            Ashraf mengeluh perlahan. Rawan hatinya melihat juraian air mata yang jatuh membasahi pipi adik bongsunya ini.
            “Adik, listen. Walaupun sekarang abang dah kahwin, tak bermakna abang akan abaikan adik abang ni...” Ashraf cuba memujuk. Adiknya ini walaupun sudah berada ditahun akhir universiti, namun kenyataannya sangat manja dengannya.
            “Tapi keadaan dah tak sama...”Dania menyandarkan kepalanya ke bahu Ashraf.    
            Okay. Listen.” Ashraf meleraikan pelukannya. Wajah Dania diangkat supaya memandangnya.
            “Di sini saya, Muhammad Danish Ashraf Bin Ahmad Dani berikrar dan berjanji, mulai saat dan ketika ini, tidak akan mengabaikan adik kesayangan saya Nur Dania Arissa walaupun saya sudah berkahwin.”Ashraf mengangkat janji ikrar.
            Okay?”soalnya kepada Dania dihadapan.
            Dania hanya diam membisu. Hanya air matanya mengalir lesu dipipinya. “Come on baby girl..”Ashraf memicit hidung adiknya.
            “Apa panggil Nia dengan nama tu? Nia dah dewasa okay..”Dania menarik muncung. Tak suka dengan nama panggilan yang digunakan Ashraf tadi.
            Okay then. Tapi Cik Nur Dania Arissa, orang dewasa tak buat muncung macam tu tahu. Tak menangis teresak-esak macam ni..” Ashraf mengusik.
            “Isy! Bencilah abang ni!”bahu Ashraf dipukul geram. Sengaja nak kenakan orang!
            “Benci, tapi sayang..”Ashraf tertawa melihat wajah kelat adiknya.
            “Mestilah sayang! You’re my hero...”Dania mengukir senyum. Ya, sampai ke ahkir hayatnya, dia tidak akan lupa pengorbanan Ashraf padanya. Sebuah pengorbanan yang hampir sahaja meragut nyawa abangnya itu sendiri.
            Sewaktu Dania di tingkatan satu, dia telah di culik dalam satu cubaan rompakkan di rumah keluarganya. Kebetulan, ketika itu dia turun mencari makanan ringan di ruangan dapur sebelum menonton movie di dalam bilik tayangan. Dia langsung tidak menyedari apa-apa keanehan pada ruangan dapur yang sudah gelap ketika itu, sehinggalah pada saat dia mahu menutup kembali pintu peti sejuk setelah mengambil sekotak jus buah. Kelibat lelaki berpakaian gelap menyapa ruang matanya. Belum pun sempat dia mahu membuka mulut untuk menjerit meminta tolong, lehernya sudah terasa perit. Seorang lagi lelaki sudah mengunci pergerakannya dari belakang sambil meletakkan sebilah pisau ke lehernya. Dia hanya mampu menangis ketakutan pada ketika itu. Daddy dan mama tiada di rumah kerana ada urusan perniagaan di luar negara. Pembantu rumah sudah lama pulang ke kuaters pekerja di belakang rumah besar tersebut.
            Ketika itu, bermacam andaian buruk sudah terlintas di fikirannya. Otak sudah membayangkan kematian. Lengannya terasa di cucuk dengan benda tajam seakan jarum sebelum tubuhnya terasa semakin lemah selain pandangannya juga mulai kabur. Di saat pijama yang di pakainya terasa di rentap kasar, dia hanya mampu berserah. Seluruh anggota tubuhnya terasa lumpuh untuk bergerak apatah lagi untuk meronta menyelamatkan diri. Satu susuk tubuh yang begitu di kenalinya, secara tiba-tiba datang melayangkan sepakan pada tubuh lelaki berpakaian hitam di hadapannya. Mereka bergelut. Ashraf langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mahu mengaku kalah pada lelaki berpakaian gelap tersebut yang jelas bertubuh lebih besar daripadanya. 
            Seorang lagi lelaki yang sudah berdesup menghilang ke tingkat atas pada awalnya tadi muncul semula dengan Nashrin yang sudah berikat. Isyarat di beri kepada kawannya yang sedang bergelut dengan Ashraf tadi. Lelaki berpakaian gelap itu meradang dengan tingkah Ashraf yang sudah mengagalkan kemahuannya tadi. Pisau bergerigi tajam yang sudah tercampak ke lantai sewaktu mereka bergelut tadi segera di capai kembali sebelum di hunus ke arahnya. Langkah lelaki berpakaian gelap itu di atur laju ke arahnya. Tusukan bilah tajam yang pada asalnya menjadikan dia sebagai sasaran kini sudah terpacak di tubuh Ashraf. Hanya itu yang mampu di ingatinya sebelum pendangannya gelap.
            Keesokan harinya, sebaik sedar dia sudah berada di wad. Wajah Nashrin, daddy, dan mama menyapa pandangannya. Namun wajah insan yang seorang itu tidak langsung kelihatan, membuatkan dia menggagahi  diri untuk bertanya kepada mama. Sungguh ketika itu, satu persatu peristiwa hitam itu terlayar semula di mindanya. Dan, di saat melihat ada air mata yang gugur ke pipi mamanya dan juga wajah sebak daddy, juga sendu yang jelas di lihat pada wajah Nashrin, dia sedar ada sesuatu yang telah berlaku pada abang keduanya, Ashraf. Sesuatu yang patut sudah boleh di jangkanya.
            Ashraf koma. Tusukan tersebut telah merosakkan beberapa tisu hatinya. Ashraf juga telah kehilangan banyak darah ketika kejadian.
            Sungguh Dania menerima tamparan hebat dengan keadaan Ashraf yang bagai sudah di hujung tanduk. Ashraf mempertaruhkan nyawa untuk melindungi dia. Dan, abangnya itu terlantar koma kerana dia. Besar pengorbanan Ashraf membuatkan Dania rasa bersalah. Mulai saat itu, air mata menjadi peneman setia hari-harinya ketika dia duduk di sisi Ashraf yang masih kaku berbaring di katil wad ICU. Dia langsung tidak mempedulikan hal lain termasuk persekolahan dan makan minumnya. Pengorbanan Ashraf tidak mungkin mampu di balasnya. Dia rela menghabiskan masanya menunggu Ashraf di hospital walau tiada sebarang tanda positif dari abangnya itu di kesan doktor. Ketika itulah, dia berjanji pada diri sendiri untuk menyayangi dan menjaga Ashraf sepenuh hatinya.
            Kuasa dan takdir ALLAH membuatkan dunia Dania kembali bercahaya. Ashraf sedar dari koma dua minggu kemudian. Sedikit demi sedikit abangnya itu beransur pulih seperti sedia kala. Si penculik juga sudah di berkas dan juga bakal ke tali gantung kerana turut terlibat dengan beberapa kes berat seperti dadah dan penyeludupan senjata api. Beberapa bulan kemudian, entah kenapa, Ashraf mula berubah sikap. Dari seorang abang yang penyayang, dia berubah menjadi seorang remaja yang liar. Gemar menghabiskan waktu malam dengan menyertai lumba haram. Berkawan dengan kutu rayau. Abangnya itu juga sudah pandai merokok. Perubahan mendadak Ashraf benar-benar menghancurkan hati Dania. Apatah lagi sebaik mendapat tahu bahawa abangnya itu berubah sebegitu kerana perbuatan seorang perempuan. Zanita kejam kerana mempergunakan Ashraf untuk mendekati Adieb. Puas di pujuk, puas juga di nasihati, namun Ashraf tetap dengan sikap-sikap buruknya itu.
            Sehingga pada suatu malam, Ashraf kemalangan. Mujur Ashraf hanya patah kaki kanannya tanpa ada kecedaraan lain yang serius. Sebagai pengajaran, daddy telah menghantar Ashraf untuk menetap dengan nenek dan pakcik mereka yang bertugas sebagai pegawai polis di kampung sehingga tamat sekolah menengah.
            Dia adalah orang yang paling memberontak ketika daddy memaklumkan hal tersebut. Mana tidaknya, keputusan daddy itu bakal membuatkan abang kesayangannya berada jauh dari sisinya. Ketika itu, hanya ALLAH yang tahu betapa dia terkilan dengan tindakan daddy.
            “Adik?” suara Ashraf yang menyapa pendengarannya membuatkan kenangan silam yang asyik terlayar di mindanya tadi serta merta padam.
            Sebuah senyuman cuba di ukir pada bibirnya.
            “Nia sayang abang.” Dania memeluk erat Ashraf di hadapannya. Hujung matanya yang sudah terasa basah di seka dengan jari. Sungguh dia tidak mahu perkara tersebut berulang sekali lagi. Dia tidak sanggup lagi untuk menghadapinya...tak sanggup! Dia tidak kuat melihat keadaan Ashraf yang bagai sudah hilang semangat untuk terus hidup seperti dulu itu lagi!



            Sharlyna menarik kembali tangannya. Tidak jadi untuk masuk ke dalam kamarnya. Perbualan yang didengarinya secara tidak sengaja tadi membuatkan hatinya terganggu. Lelaki itu amat menyayangi adik perempuannya. Sungguh tak sangka! Lelaki ‘mat sahara’ yang panas baran macam tu rupanya abang yang mithali..
            Hampir Sharlyna membuka bunga silat apabila pintu biliknya terbuka secara tiba-tiba. Kuss semangat!
            “Nia..” Sedaya upaya Sharlyna mengoyak senyum. Entah kenapa dia masih berasa janggal dengan adik bongsu suaminya ini.
            SUAMI?
            Euuww..macam tak percaya je dia dah ada suami sekarang ni..
            Dania tidak langsung membalas senyuman Sharlyna. Langkahnya terus diatur meninggalkan Sharlyna.
            ‘Erk? Siap jeling lagi? Apa salah aku?’ Hati Sharlyna berteka teki sendirian sambil langkahnya diatur ke dalam bilik.
            Pandangannya bertembung dengan mata hitam kebiruan Ashraf. Hatinya tiba-tiba berdebar hebat. Aigoo.
            Laju langkahnya di atur ke meja solek. “Eh? Mana pula ni? Rasanya aku letak sini tadi..” dia mengumam perlahan sambil mencari handphonenya.
            “Cari apa?”soal Ashraf acuh tak acuh. Apa pulak perempuan ni cari ni? Kalut semacam je...
            “Handphone.” Jawab Sharlyna sepatah.
            “Handphone?” soal Ashraf meminta kepastian. Dengan dahi berkerut pandangannya disorotkan ke segenap ruang bilik itu. Matanya terpaku pada kabinet disebelah katil. ‘Perempuan ni...’
            Langkah diatur merapati Sharlyna yang sedang terbongkok-bongkok menyelongkar laci meja soleknya.
            “Ni dia..”Ashraf sudah tegak berdiri disebelah Sharlyna.
            Hampir pengsan Sharlyna dek kerana terkejut. ‘Mamat nilah..suka betul buat jantung aku nak tercabut. Suka agaknya aku mati cepat?’ Sharlyna pantas memalingkan tubuhnya ke arah suara tadi.
            “Oh Bondaku sayang!!” Ya Allahh! Apa kena mamat ni?! Wajah mereka hanya terpisah beberapa cm sahaja lagi apabila lelaki itu secara tiba-tiba menundukkan tubuhnya setentang dengan dia yang sudah terang lagi bersuluh pendek. Hantu betul bos aku ni!!
            Pecah tawa Ashraf melihat wajah Sharlyna yang pucat tiba-tiba. Terkejut sangat nampak?
            “Ketawalah sampai pengsan. Bak sini handphone saya tu..” tangannya sudah dihulur untuk mengambil handphonenya yang masih dipegangan Ashraf.
            “Amboi marah nampak? Nah ambillah..” Sony Ericson Xperia itu sudah selamat dalam saku bermudanya.
            Mencerun pandangan Sharlyna apabila lelaki dihadapannya ini yang dengan selamba beruang artiknya memasukkan Xperia dia ke dalam saku seluar yang dipakainya. ‘Nak isytihar perang nampak?’
            “Boss!” Sharlyna separuh menjerit. Gerammmmm!!!
            “Apa?” Ashraf buat muka tak faham.
            Handphone..” Sharlyna menjawab geram.
            “Oh..nak handphone..” Ashraf bergerak rapat  ke arah Sharlyna. Kedua belah tangan Sharlyna dicapai lembut. Bibir mengukir senyuman manis untuk Sharlyna.
            “Tangan ada kan?” tangan Sharlyna di kucup lembut sebelum dilepaskan dan langsung langkahnya diatur menuju ke katil semula.
            Sharlyna kaku di tengah ruang dengan mata terkebil-kebil tak percaya.
            So, ambillah sendiri..” dengan muka tak bersalah Ashraf mengucapkannya. Tubuhnya direbahkan kembali ke tilam empuk.
            “Awak ni..!” Sharlyna merengus geram. Muka dia ni...macam...macammm...arrgggh!
            Bak lah sini..” Sharlyna sudah separuh merayu.
            “Ambillah sendiri..” Ashraf tersenyum meleret. Sengaja mahu menduga kesabaran gadis itu. Hatinya masih geram kerana onar yang dibuat gadis itu tadi.
            “Awak, please..saya nak buat important call ni..” Muka Sharlyna sudah kelat. Menyampah betul dengan dia ni!
            “Ambillah, ada I kata tak boleh ke?” Ashraf masih tetap dengan niatnya.
            “Isyyy!” Dengan muncung sudah panjang sedepa, Sharlyna menghampiri Ashraf lambat-lambat. Sengaja nak buli aku lah tu!
            Dengan teragak-agak Sharlyna  melabuhkan duduknya dibirai katil. Kocek belah mana ye tadi? Alamak..
            “Awak...” Muka dah macam ketam kena minyak panas. Merah!
            “Apa?” Ashraf buat muka tak faham. Sharlyna mengeluh berat. Lelaki ni memanglah..
            Dengan teragak-agak saku kiri bermuda Ashraf diseluk. Matanya dipejam rapat. Tawakal jelah!
            ‘Pembuli!!’ hatinya menyumpah marah. Isy!
            Tak ada. Bukan belah kirilah. Dia mengeluh berat lagi. Aigoo..
            Perlahan-lahan tangannya beralih pula ke belah kanan. Wajah Ashraf yang sedang tersenyum macam kerang busuk dipandang geram.
            Ingat senyuman kerang busuk dia tu laku kat aku? Heh! Benci. Benci. Benci!!
            Yes!’ Xperia sudah berjaya dijejakinya di dalam saku bermuda Ashraf.
            “Opss!” tangannya tiba-tiba disekat dari membawa keluar handphonenya.
            ‘Ni dah kenapa pulak?’ Hampir menangis Sharlyna apabila tangannya di genggam erat oleh Ashraf. Macam-macam betullah lelaki ni..
            “Lepaslah!!” dalam suara yang tertahan Sharlyna mengucapkannya. Dahlah aku ni tengah dekat sangat dengan dia...
            “Ada urusan antara kita yang belum selesai, kan?”Ashraf tersengih nakal.
            “Baik awak lepas sebelum saya..”
            “Sebelum saya apa?” sengaja Ashraf menggiat.
            Besar mata Sharlyna menentang pandang mata hitam kebiruan Ashraf. Alahai, cantiknya mata dia...
            Get a firm grip on earth Lynn..’
            “Sebelum saya...err..gigit awak!”serius wajah Sharlyna mengugut.
            “Tak takut..” Ashraf menarik Sharlyna rapat ke dalam pelukannya. Tubuh kecil molek itu dipeluk kejap.
            “Takkan mati sebab kena gigitlah..” Ashraf tertawa kecil mengenangkan ugutan Sharlyna padanya tadi. Ada ke main ugut nak gigit orang?
            ‘Oh! Kau gelak ye? Ingat aku main-main ke?’ Sharlyna merasa tercabar dengan tawa Ashraf tadi. Tekad di hatinya sudah bulat. Apa nak jadi, jadilah!
            “ARRGGHH....” Sedaya upaya Ashraf cuba menahan jeritannya yang hampir sahaja terburai kuat. GILA perempuan ni!
            Sharlyna segera mengambil kesempatan yang ada untuk bangkit. Xperia sudah ditangannya kini. Dia tersenyum puas. PADAN MUKA. Nak main-main sangat kan? Puteri Balqish Sharlyna tak akan cakap kosong di saat genting macam ni okay!
            Ashraf masih memegang lehernya yang masih terasa pedih dek kerana gigitan yang dikatakannya ‘takkan mati’ tadi. Sebuah jelingan tajam dihadiahkan pada Sharlyna.
            Sharlyna sempat menjelirkan lidah pada Ashraf yang masih terpisat-pisat menahan sakit di atas katil. Seusai itu, dia tidak menunggu lama lagi. Laju langkahnya diatur keluar dari bilik tersebut. Baik lari sebelum diapa-apakan oleh encik mata biru itu! Haiyak!
            Ashraf bangkit menuju ke meja solek. Besar matanya melihat kesan gigitan ‘takkan mati’ tadi yang mula meninggalkan kesan merah. Segera kesan merah itu diperiksanya rapat ke cermin meja solek.
            “Bl...blood..?” segera helaian tisu muka disudut meja solek itu dicapai. Beberapa kesan luka kecil itu mulai mengeluarkan darah. Sampai berdarah kau kerjakan aku ye perempuan?!
            “Gila ganas perempuan ni...” gumamnya sambil mengelap kesan luka tersebut. Dalam otak risau memikirkan apa yang patut dilakukan dengan kesan luka tersebut. Macam mana nak sorok ye? Nak guna plaster luka?
            “Gila! mampus kena bahan dengan budak 2 orang tu..”Ashraf garu kepala yang tak gatal.
            “Nak biar je macam ni?” dia cuba membelek lagi luka itu dicermin.
            “Gila! Nampak jelas kot..” dia menggumam perlahan. Tak pasal-pasal orang fikir lain nanti! Hati mula menyesal mengusik yang bukan-bukan tadi. Sekarang kan dah susah? Sengaja cari bala kau ni Ash..
            “Siap kau perempuan! Aku akan balas balik apa kau buat ni. Biar fair and square! Adil!”
            “Aku takkan lepaskan kau malam ni..!” Ashraf mendongkol geram. Langkahnya diatur ke katil semula. Galaxy tabnya dicapai. Beberapa minit menatap skrin pipih tersebut, matanya mulai memberat. Kesan ubat yang baru dimakannya selepas teruk dipaksa Adam tadi mula menampakkan kesannya.

5 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best sgt2.. x sabar tunggu next n3...

bLaCk RoSe.. said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

pg td bru je bc n3 lps2..tup2 dah ade smbgn..nak lg n3 strsye =D

Aida Sherry said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hahaha..... tulah ash.... nakal sgt.. kan dah kena gigit dgn si Lynn...

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

makin menarik..:)really miss both of them.. ash n lynn..even i just visit few hours ago.. ^^

hebat la penangan diorang!!!
erm.. arin kal0 saya nak request something can ah?;-)
nak lagi new entry boley? huhu..
(*tamak kan?....)

wawa91

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Crrmxi [url=http://hermeskelly.finniwolf.com][b]hemres online[/b][/url] hermnes http://hermeskelly.finniwolf.com Kauhbh Shkwup Hermes Bags