My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

22 June 2013

Kontrak CInta PJJ - Chapter 7- by Arin Arida



Dari hati Na’ie

Sorry, sorry! Aku terlewat.” Suara yang jelas dengan loghat Terengganu itu tercungap-cungap mengambil tempat di kerusi kafe.

“Mu ni, sokmo je lewat. Dah kenapa pula kali ni?” laju je Zainab yang mesra dipanggil Zai ni smash Mek Ganu sorang ni.

Sorry la. Aku overslept. Malam tadi stay up sampai pukul 4 cari info untuk presentation kita ni. Nasiblah aku tengah ABC,” Suzila atau mesra dipanggil Suzi tu buat muka 10 sen pada Zai.

“Itulah, ni mesti kes buat kerja last minute la ni,” Wafia pun nak ikut serta kasi ceramah pada Mek Ganu tu. Earphone di sebalik tudung bawal ditanggalkan sebelum digulung kemas di atas meja kafe.

“Ala…kerja last minute ni, hasil dia lagi produktif mu tahu tidak? Sebab bila dah last minute ni, otak kita akan bekerja lebih keras untuk selesaikan segala kerja,” Suzi sengih lebar.

“A’ah, produktif…tapi berisiko. Karang kalau kau tak sakit ke, macam mana nak buat presentation depan madam?” Zai mencelah bersama jelingan sekilas. Untuk makluman, si Zai ni memang macam ni. Dia lah team member kami yang paling garang kalau bab kerja-kerja kumpulan ni. Benda dia paling pantang adalah bila ada ahli kumpulan yang sambil lewa selesaikan kerja kumpulan sehingga menjejaskan markah dan prestasi ahli kumpulan yang lain.

“Dah, sila habiskan hal ni kat sini saja ye. Jangan panjang-panjangkan lagi. Suzi, I really hope that this will be the last. Kita kerja satu kumpulan kut. Please be more responsible, huh? Kami semua sayang kau, itu yang kasi nasihat berkilo-kilo ni. Nanti pointer sem ni turun, jenuhlah kita nak pulun kasi naik semula…”Aku yang daripada tadi jadi tukang dengar terpaksa juga mencelah sebab suasana dah jadi ‘panas’ semacam je. Zai memang, kalau ada benda dia tak berkenan, dia memang cakap lepas terus je. Tapi niat dia baik sebenarnya, Cuma dia ni ada masalah macam aku juga. Niat baik, tapi ayat terlari tune sampai orang salah anggap.

“Zai, give her a chance to change, huh? Lagipun cara setiap orang berbeza kut. Asal dia pandai jaga diri dan jelas dengan tanggungjawab dia sebagai ahli kumpulan ni, okeylah…kan?” Aku pandang muka Zai yang duduk berhadapan dengan Wafia.

Sorry, korang. Next time aku akan hati-hati dan lebih bertanggungjawab.” Suzi bersuara perlahan.

Isy, Suzi…takkan terasa kut dengan apa yang Zai cakap tadi? Macamlah tak kenal perangai si Zai ni. Dah banyak kali kut kerja sekali satu kumpulan macam ni sejak sem lepas…

No offense,” Zainab tala pandangan ke bukunya semula.

Aku jungkit sebelah kening. Hisy, si Zainab ni…

No hard feeling, huh? Tak best lah satu team masam-masam muka macam ni,”Aku senggol lengan Zai yang duduk membaca disebelah aku sebelum senyum pada Suzi di depanku.

“Aku cakap benda betul kut?”Zai bersuara tak puas hati pada aku.

“Zai…” Aku senyum segaris sambil pandang wajah Zai tak berkelip.

Oh, fine! Zero-zero?” Zai angkat muka dari bukunya sambil hulur salam pada Suzi.

Zero-zero. Sorry, Zai.” Suzi sambut salam Zai sambil senyum.

Sokay(it’s okay). Aku bukan niat nak sakitkan hati kau or else nak marah-marah kau sesuka hati, aku buat macam ni sebab fikirkan padahnya nanti.” Zai selak sikit lengan kiri cardigan hijau lumutnya.

Aku senyum dengar ayat Zai. Zai memang macam tu. Suka berpandangan jauh ke depan, bersedia memikirkan sebarang kemungkinan buruk yang bakal terjadi atas segala keputusan dan hal yang dilakukan. Think for the worst thing, and be prepared katanya. Nak buat presentation ni pun, Zai siapkan 3 jenis plan. Kutlah projector ada masalah, uni blackout ke, document tak boleh buka ke, thumbdrive tercicir lalu hilang ke, dan bermacam jenis kemungkinan buruk lagi.

“Heh. Ni pakcik sorang ni pun memang mendatangkan kemarahan. Dah pukul berapa ni tak sampai-sampai lagi? Semalam kemain lagi dia beria-ria ajak jumpa seawal jam 7.30 pagi. Apa bangunan Aspura tu bagai KL-JB ke jauhnya? Cis.”Zai yang berasal dari Johor membebel sambil letupkan jari jemari runcing dia. Ni dah keluar gaya nak belasah orang je ni.

Aku pula yang jadi takut melihatkan gelagat Zai. Makcik sorang ni bukan boleh percaya sangat, angin dia bukan boleh diduga sangat, silap-silap lebam muka encik team rep (representative) kami yang masih belum kunjung tiba ni.

Handphone di atas meja aku capai. Keypad lock aku buka, nak check jam. Tadi sebab kalut sangat nak turun discussion sampai lupa nak capai jam tangan atas meja study.

“Oh mak!” nasib je tak tercampak handphone Nokia aku tu bila tak fasal-fasal je ia berbunyi masa aku nak letak semula ke atas meja selepas selesai check jam digital di skrin.

Private number? Again?

Aku pandang muka kawan-kawan aku yang sememangnya tengah pandang aku yang sedang terpinga-pinga dengan telefon berdering kuat ditangan.

Excuse me, one minute ladies.”Aku senyum sekilas lalu terus bangkit menjauhi mereka bertiga.

Hello?” aku atur langkah turun ke tingkat bawah café.


Hello, and assalamualaikum Nor Naila Aqira. It’s me, Taqi.” Suara Zainul Muttaqin jelas kedengaran.

“Waalaikumsalam, ye Encik Taqi, kenapakah?” soalku sambil berjalan ke hujung cafeteria. Nah kau, siap panggil Encik lagi. Siapa suruh sebut nama penuh aku tadi kan?

“Awak apa khabar? Sihat?” soal Taqi sambil tertawa kecil. Apa sajalah yang kelakarnya entah?

“Yaaa..sihat, Alhamdulillah…” aku mula tak sedap hati bila Taqi dah keluar ayat soalan skema yang selama ni dia tak pernah buat kat aku even so dia tanya sambil gelak macam tadi kan.

“Awak kenapa sebenarnya ni? Macam pelik ye,” soalku.

Okay, straight to the point ..Ian ada call awak tak the past two days?”soal Taqi laju.

The past two days?” Aku kerut dahi. Semalam dan kelmarin.

“Yup,”sepatah Taqi menjawab.

No. Last dia call hari rabu hari tu,” yelah, yang Ian tetiba je call cakap benda bukan-bukan lepas tu dia terus letak call. Lepas tu aku ada call dia semula, tapi tak dapat. Merajuk kut.

“Oh, okay.” Suara Taqi kendur tiba-tiba.

Why?” tak semena-mena aku jadi risau pula.

“Mak Ian call saya tadi. Dia pelik dah dua hari Ian tak ada contact dia. Selalunya Ian mesti akan buat call sama ada dengan ayah atau mak dia. Ni dah dua hari dia senyap. Mak dia call tak dapat. Even saya try call banyak kali pun tak dapat sambung. Skype pun tak berjawab. Risau semua orang ni, dahlah dia tu jauh kat sana,” kedengaran helaan nafas Taqi. Risau sangatlah dengan kawan baik dia tu.

Sorry Na’ie saya ganggu awak pagi-pagi ni, kut awak nak sambung tidur ke hari-hari cuti ni…” suara Taqi lagi.

“Takpe. Saya tengah ada discussion ni. Mana pula nak sambung tidur. Ni pun tengah tunggu sorang  team member tak sampai lagi,” Aku menerangkan situasi.

Oh, by the waysorry kalau apa yang saya nak tanya ni macam busy body sikit but frankly speaking, korang somehow…ada selisih pendapat or else gaduh ke?”pertanyaan Taqi membuatkan aku teringatkan kata-kata Ian tiga hari yang lepas.

“Rasanya dia macam merajuk dengan saya. Tapi serius saya tak tahu apa puncanya. Masa tu dia tanya saya dah dinner ke belum then, dinner dengan siapa. Bila saya kata dinner dengan kakak-kakak bilik saya, dia siap minta saya kirim salam dengan kakak bilik saya then siap tanya saya makan apa untuk dinner. Lepas tu macam nada marah ala-ala nak merajuk je. Pelik saya dibuatnya,” kataku sambil mata membuntang disaat kelibat encik team rep yang dah terlewat datang itu kelihatan sedang berjalan keluar daripada pagar Aspura menuju ke sayap kiri cafeteria. Tak jauh dah dari tempat aku berdiri ni. Aiyaa. Masalah ni. Mamat ni dahlah kepoh.

‘Alamak! Mana nak nyorok ni?’ Kalut sebentar aku.

“Hi Na’ie!” ceria je suara si encik team rep menegur aku yang masih terkial-kial memikirkan tempat persembunyian paling ideal.

“Eh, Arul….”Aku gelak dibuat-buat.

Hold on, Taqi,” sempat aku berbisik pada Taqi di hujung talian.

 “Cepatnya kau sampai…tu Zai dekat atas tengah asah parang makcik café nak libas leher kau. Baik kau naik cepat,”Tingg, tiba-tiba otak teringatkan si Zai yang membebel marahkan si Arul ni sebab lambat tadi.

 “Ha, like seriously? Mampus aku. Wei, diorang kat sayap mana ni?” terus gelabah biawak si Arul tu bila dengar nama Zai. Yang pergi sampai lambat tu kenapa?

“Eh bukan kau yang cakap nak buat dekat sayap kanan? Lupalah tu?”Aku kerut dahi sambil jari naik memandang Arul. Biar benar budak sorang ni?

“Oh a’ah la. Lupa-lupa. Wei, aku naik dulu. Na’ie kau bawak lappy tak? Lappy aku entah kenapa tak boleh nak on. Dahlah semua benda ada dalam tu. Mati aku dengan si Zai ni…” Arul memang dah bermuka cuak sekarang ni. Kesian pula sebab aku yang menambahkan peratusan ke-cuak-an-nya sehingga 150% tadi.

“Kau naik jelah cakap dengan dia. Zai kan memang ada banyak plan penyelamat dia. Lagipun aku memang ada simpan copy file presentation kita daripada lappy kau kelmarin. Lupa jugaklah tu?” Apa kenalah si encik team rep ni? Huru-hara semacam je pagi ni? Selalunya dialah yang paling teliti. Ni dah kenapa dengan semua orang hari ni?

“A’ah laaaaa. Macammana aku boleh lupa? Ya Rabbi, wei aku naik dulu. Kau kalau nak bergayut dengan boyfie(boyfriend) silalah tunggu malam sikit. Banyak kerja nak settle ni,”Sempat pula Arul kenakan aku masa dia tengah panjat tangga nak ke tingkat atas cafeteria.

Cis.

Hello, sorry Taqi.?”aku menjenguk ke hujung tangga di tingkat atas. Kutlah si Arul tu buat agenda nakal dia nak kumpul point kenakan aku ke kan?

Think for the worst thing and be prepare  bak kata si Zai tu.

“Siapa tu?”soal Taqi.

Team rep saya.”Aku menjawab ringkas. Sudahlah si Arul siap cakap aku bergayut dengan boyfie lagi tadi. Hisy! Memang mintak kena ketuk dengan pencil case si Arul ni.

Since awak pun ada discussion sekarang, saya macam serba salah pula ni padahal banyak benda lagi saya nak cakap ni. Awak busy tak malam ni? Saya datang sana?”Taqi menyoal tiba-tiba.

“Malam?” Errr…..

Incoming call daripada Wafia membuatkan aku tersentak.

Alamak.

“Err…okey. Nanti awak text masa dengan tempat? Saya nak cepat ni, kawan-kawan saya dah tunggu nak mulakan discussion. Sorry. Assalamualaikum.” Dan…terus aku putuskan talian. Langkah aku atur laju mencari meja yang dihuni ahli kumpulan aku.

‘Betul ke tindakan aku ni? Rasanya lately, macam kerap sangat dah aku jumpa Taqi ni. Dulu dengan Ian, bukan main lagi aku bertegas dengan bermacam alasan. Kenapa tidak dengan Taqi?’ aku tarik nafas setelah kaki selesai memanjat anak tangga terakhir.

‘Tapi Taqi buat macam ni demi Ian…’

Dan…hati aku tiba-tiba terdetik rasa tidak enak. Macam ada benda tak kena dah jadi.

Ian tak apa-apa kan?



Message yang dihantar Taqi aku baca berulang kali.

Ian demam. Dah dua hari. Maybe factor kejutan cuaca. Housemate Ian yang hantar text pada mak Ian sebab tak nak family Ian risau. Sekarang suhu dah turun, ada nampak kesan pemulihan positif lepas pergi klinik.

Aku klik icon Gmail pada bookmark bar pada page Google Chrome yang sedang aku gunakan untuk cari bahan assignment ni.

Panjang lebar aku menaip pesanan lalu dihantar pada peti e-mail Ian. Aku dah cuba hubungi dia melalui telefon, tetapi tiada respons, jadi hanya ini jalan terakhirnya. Harap-harap dia bacanya.

“Apa sebenarnya yang awak tak puas hati ni, Ian? Saya ada buat salah apa?”soalku perlahan, lebih kepada diri sendiri. Cuba sebaiknya untuk mencari punca Ian meluahkan kata-kata sebegitu padaku beberapa hari lepas.

“Kawan backstabber?” kawan yang tikam dari belakang. Kawan makan kawan…
Kata-kata Ian membuat aku terkenangkan kisah sem satu masa aku mula-mula melangkah masuk ke dalam uni dulu.

“Na’ie!”Aku yang terkejut cepat je berpaling memandang suara yang nyaring memanggil nama aku tadi.

“Ape?” dengan muka yang sedikit tak berpuas hati. Kut iye pun tak perlulah nak jerit nama aku sampai macam tu. Karang glamour aku tak pepasal. Hisy.

“Kau dah beli lunch?” soal Nurul.

“Belum. Aku tunggu Dina siap mandi. Dah janji pergi dengan dia. Kenapa?” Aku sandar balik pada kepala katil double decker hostel uni. Heh, nasiblah budak freshie kena buli duduk bangunan hostel lama yang paling puaka rupanya padahal blok baru tu banyak je bilik kosong.

“Pergi sama la. Aku pun nak turun kafe ni, tapi sorang-sorang macam segan pulak. Karang abang kafe ngorat aku…” dia tersengih depan cermin loker dia.

Pftt. Aku mencebik dalam hati. Ni bajet hotstuff sangat apasal?

‘Sabar Na’ie…sabaaarrrr…’aku tarik satu buku dan terus mulakan bacaan yang tertangguh. Baik aku isi masa yang ada dengan benda berfaedah sementara tunggu kawan baik sejak sekolah aku si Asmadina tu siap mandi.

“Wei,” Tanpa dijemput Nurul dah melabuhkan duduk diatas katil aku.

“Apa?” Aku kerling dia sekilas sebelum alih mata ke buku aku semula.

“Tadi, masa aku nak masuk sini aku nampak budak bilik depan tu bukan main lagi bergayut dekat telefon. Macam dia je yang ada pakwe. Uhh, menyampah aku.” Nurul buat muka menyampah.

“Oh, konfiden je kau kata dia gayut dengan pakwe. Entah-entah dia cakap dengan mak bapak dia ke? Lagipun kau bukannya kenal pun budak tu…” aku tak setuju.

“Kau lagi maklum kut sebab kau buat andaian tanpa usul periksa juga tuduhan tanpa bukti boleh menyebabkan jatuh hukum fitnah? Besar dosa fitnah ni sebab ianya melibatkan maruah dan nama baik orang lain,” Ha. Kan ustazah Na’ie dah mulakan kelas dia? Kesimpulannya, don’t easily judge a book by its cover. Mudah sangat menjatuhkan hukum pada orang lain.
Nurul buat muka toya dia dengan apa yang aku cakap tadi.

“Wei fitnah apa pula, beragak la nak cakap dengan mak bapak siap berabang-abang lagi,” dia masih nak tegakkan pendapatnya.

So, dia tengah cakap dengan abang dia lah tu,” Aku menjawab tenang.

Hello, siap berabang bersayang lagi wei…” Dia tepuk paha aku bila aku macam buat layan tak layan dengan apa yang dia cakap.

“Dengan tunang dia la tu,” aku keluarkan jawapan baru.

“Eh, ingat dah bertunang boleh nak panggil manja-manja macam tu? Belum kahwin dah berabang bersayang…” dia masih membebel berkaitan budak-bilik-depan-bergayut-dengan-pakwe-yang-what-so-ever-sehingga-mengganggu-masa-aku-nak-membaca-ni.

“Apa masalah kau ni sebenarnya?” Aku ni dah masuk aura kegelapan yang turut membawa awan komulonimbus yang juga membawa hujan lebat dan rebut petir….

Isy, nak di marah, kawan satu bilik, nak dibiarkan, asyik mengacau aku je tak sudah-sudah dengan benda-benda yang entah apa-apa saja. Isy, rimaslah!

Buku tadi aku tutup. Hilang mood nak membaca. Baik kemas baju dalam loker.

“Hehe, rileks la. Kau ni aku tengok asyik ke hulu ke hilir bawa handphone tu kenapa?” soalnya mengubah topik bila topik dia tadi dah berjaya buat seluruh bilik kami rasa bahang kemarahan aku agaknya.

Ececeh, ayat mintak penumbuk comel sebab perasan hebat ye kau Na’ie..’aku senyum sendiri. Ni padah terlebih baca komik ke apa?

“Bila masa aku bawa ke hulu ke hilir? Aku tinggal je kut kat sini. Charging kan?” Aku senyum herot. Apa kena budak ni?

“Wah…Na’ie, banyaknya baju!” Nurul dah bangkit berdiri di sebelah aku yang tengah susun baju kurung ikut warna pada penyangkut. Susun baju pun kena sistematik. Ini bukannya cerewet, tapi teliti..he he.

“Tak ada maknanya banyak. Ni bolehlah guna untuk satu minggu. Masa awal-awal sem ni serabut sikit jadi baik sediakan baju untuk satu minggu ni. Takut tak sempat nak basuh,”Aku menjelaskan.

“Oh. Erm, untunglah. Aku ada 3 pasang je baju kurung dalam loker tu. Itu jelah yang adapun kat rumah aku tu…nak buat macammana kan,” Nurul bersuara sedih pula.

Aku garu kepala seketika. Aduila.

“Aku pun kalau di ikutkan, ada berapa pasang je baju yang memang baju aku sendiri. Yang banyaknya hadiah daripada family aku…” Aku susun tudung pula. Loker ni boleh tahan kecil jugaklah sebab nak guna untuk simpan macam-macam barang, jadi kenalah susun semua elok-elok barulah senang nak cari bila nak guna nanti.

“Erm, aku ni nak harap dapat baju kurung baru, memang tunggu raya jelah. Itupun setahun sepasang je,” Dia bercerita lagi.

Aku diam sambil pasang telinga saja. Aku memang lemah sikit bab nak pujuk memujuk orang ni. Tapi kes dia ni kena pujuk juga ke?

“Aku rasa, saiz kita ni lebih kurang je kan?” soal Nurul sambil bangkit merapati deretan baju kurung yang aku gantung kemas dalam loker.

Aku angkat muka daripada lipatan tudung di riba.

“Agaknya,” Aku senyum segaris. Tapi aku tinggi, dia rendah sikit…kut?

“Lawalah warna dengan corak baju-baju kau Na’ie…” Nurul keluarkan sepasang baju yang aku dah sangkutkan kemas pada penyangkut lalu diacukan pada tubuhnya sendiri.

“Orang dah kasi, aku terima je dengan hati yang lapang…” aku jawab ikhlas. Dah memang betul sebab baju yang Nurul tengah pegang tu adalah pemberian makcik aku masa aku teman makcik aku tu cari baju untuk majlis entah apa tahun lepas. Dan baju pesak gantung kain batik lukis Terengganu itu memanglah baju kesayangan aku. Makcik aku beri baju dengan batik lukisan tangan itu sebab bakal cikgu memang perlukan pakaian dengan tema batik, katanya.

“Sama saiz dengan aku la,”Nurul belek size tag pada leher baju.

Aku pandang muka Nurul yang nampak teruja semacam. Macam kesian pula aku tengok. 

Hailaa.

“Nak pinjam?” aku menyoal ajak-ajak ayam.

“Nak! Boleh ke?” Nurul melompat riang.

Tapi tak sampai hati pula nak kata ‘no’ bila Nurul ni dah happy semacam.

“Boleh…tapi kena janji jaga baik-baiklah. Ni, baju kesayangan aku tau.”Aku senyum segaris.

“Terima kasih, Na’ie! Aku janji akan jaga baik-baik! Mesti mahal baju ni sebab aku rasa kain sutera ni…”Nurul menjawab dengan muka bercahaya. Seronok benar gayanya.

“Tapi sebelum tu…kau, tak ada sakit kulit kan?” soalku terus terang. Baik mencegah daripada merawat. Karang tak pasal-pasal, naya je aku.

“Tak adalah, sayang.”Nurul cubit pipi aku.

Fine, then.”Aku tepuk tangan dia yang suka suki je cubit pipi aku tadi. Sakitlah.

Kelibat Dina yang melangkah masuk dengan baldi kosong menarik perhatianku.

“Eh, Dina dah siap dah?” Aku Senyum pada Asma.

“Dah, jap eh aku nak carik tudung…” Asma letakkan baldi kosong di bawah meja studynya.

“Siaplah,” aku pandang Nurul yang masih tak sudah belek baju tadi.

“Okey,” Dia sangkutkan balik baju tadi ke tempatnya.

“Malam nanti aku ambil ye, nak pakai esok.” Sempat dia berkata padaku ketika aku tengah sibuk cari tudung untuk turun ke kafe.

Aku angguk saja.




Mak aii! Gelapnya bilik. Kenapa tak buka langsir ni?

Aku tarik langsir dijendela utama bilik kami. Tingkap kaca aku buka perlahan-lahan. Maklumlah bangunan lama, semuanya dah ala-ala uzur semacam je gaya. Cahaya matahari dan udara luar yang segar menerobos masuk ke dalam bilik.

Barulah selesa nak makan macam ni.

Aku melabuhkan duduk pada kerusi di meja studyku. Tudung dan kad pelajar aku buka dan letakkan di atas katil agar tudung tadi tidak renyuk.

Pandangan aku tala keluar bilik. Penatnya.

Asmadina tengah keluarkan sudu dan cawan dia dari loker sebelum ambil tempat di meja studynya yang bersebelahan saja denganku. Tudung dan kad pelajarnya juga diletakkan ke katilnya, seperti yang aku lakukan.

“Bagus betullah. Orang sibuk ke sana ke mari, dia boleh sedap landing atas katil.” Asmadina tiba-tiba bersuara membuatkan keningku berkerut.

“Siapa?” Soalku sambil keluarkan polistrin makanan daripada plastik.

“Tu,” Asmadina muncungkan bibirnya ke belakang kami.

Baru perasan rupanya Nurul masih ada di situ.

“Dia tak pergi kelas ke?” pelik sesaat aku.

“Kak Ana tu elok je pergi kelas? Satu course kut?” Asma tadah tangan membaca doa. Aku pun ikut sama.

“Kelas lain kut,” Aku perhatikan Asmadina memulakan suapan dengan ucapan basmallah.

“Tadi kuliahlah. Kak Ana yang kasi tau aku masa dekat lift, katanya ada kuliah course dekat auditorium utama sebab ramai sangat kalau nak buat kau auditorium fakulti,”Asmadina menerangkan.

Aku jungkitkan bahu sambil mulakan suapan. Lepas Zuhur nanti ada kelas lagi. Ni kena cepat, bolehlah rehat sekejap sebelum masuk kelas semula.

Kami berdua senyap saja lepas itu.

“Wei, korang dah beli makanan?”soal Nurul dengan suara serak baru bangun tidur.

“Alhamdulillah, dah siap makan pun. Lepas ni kena pergi kelas lagi,” belum sempat aku jawab, Asmadina dah jawab dulu. Sinis. Dia senyum segaris sebelum bangkit keluar daripada bilik. 
Nak buang bekas polistrin dalam tong sampah dekat luar bilik.

“Kau tak pergi kuliah ke Nurul?”Soalku sambil menutup bekap polistrin yang sudah kosong.

“Aku terbangun lewatlah. Dah alang-alang lewat, aku sambunglah tidur semula.” Dia buat muka tak bersalah.

Aku senyum senget. Bagusnya perangai kan? Bukannya aku tak perasan semalam hampir nak masuk jam 3 pagi si Nurul ni masih lagi bercakap-cakap di telefon. Walaupun dia bercakap disebalik bantal dengan nada berbisik habis perlahan, tapi suasana malam yang hening dan sunyi tetap juga membuatkan suaranya itu menggangu aku. Sampai aku kena sumbat earphone kat telinga, barulah boleh lena.

“Jangan buat selalu, Nurul. Pointer jatuh, naya kau nak bangkit semula. Jangan sampai scholarship kena hold sebab pointer rendah dah la,” Aku mengingatkan. Abang sepupu aku pernah nasihat benda ni dengan aku sebelum aku masuk sini dulu. Ada jadi kes, pihak scholarship sekat dana saku dan yuran pelajar untuk satu sem sebab performance tak bagus, naya je kena tanggung segala kos bagi sem itu sendirian berhad ye. Lagi teruk, selagi prestasi tak naik, selagi itulah pinjaman pendidikan itu akan disekat. Ohh, naya!

Baru je aku nak melangkah keluar, handphone aku pula berbunyi.

“Assalamualaikum,” Aku spontan senyum sebaik menyambut panggilan tersebut.

“Waalaikumsalam, hei…sepatutnya I yang kasi salam sebab I yang call you…ini dah jadi terbalik pula,” Ian tertawa kecil dihujung talian.

“Ian, I rasa…it doesn’t matter siapapun yang bagi salam…so, kenapa call ni?” Aku keluar ke koridor, tidak selesa berbual bila ada orang yang sedang mendengar. Lagi-lagi bila orang yang mendengar itu Nurul. Banyak pula andaian dia nanti.

“Saja, rindu kat youlah. Jom meet-up? Petang ni I datang uni you boleh?”Ian berkata tenang.

“Alahai, so sweet of you. But jangan nak mengada sangat ye awak tu tengah sibuk kat sana kan? Nanti-nantilah, ye..” Aku geleng kepala sendirian.

“Okeylah. Later pun boleh. By the way, how was your day?”

So far, Alhamdulillah.”

“Alhamdulillah, dah lunch?”

“Dah, Alhamdulillah. You ni, tanya I dah lunch ke belum you tu dah ke?” aku pulangkan soalan pada Ian semula.

I tunggu you masakkan untuk I. Makanan kat kafe uni  I semuanya tak sihat…”Ian ketawa kecil dihujung ayatnya.

“Amboi, demand. Tapi unfortunately, I tak reti masaklah you…” Aku balas dengan ayat I-you macam yang Ian selalu guna.

“Aaaabaaannnggg….aaayyyaaanngg riiiinnndduuuu dekat abang. Abang rindu ayang tak? Alaaaa ye ke? Flying kiss? Bolehhhh….muaaahhh muuaahhh…”

Aku yang terkejut terus berpaling lipat maut ke suara gedik di sebelah yang cukup aku kenali.

NURUL?!!

“Hello, Na’ie…who was that…?”Suara Ian pun macam bernada terkejut juga.

A friend of mine. Ian, I’ll call you later. Assalamualaikum,” Aku terus end call sebelum aku pandang tajam muka Nurul yang tengah menempek rapat dengan aku.

“Kau buat apa ni, Nurul?” soalku. Ni aura hitam dah nak keluar ni…

“Cakap dengan abang sayang ke? Hari tu cakap tak ada?”soal Nurul sambil angkat keningnya.

“Ni cakap dengan siapa pula? Pakwe ke? Ada gambar dia tak? Hensem tak? Siapa nama?”Nurul masih mengasak dengan pelbagai soalan.

“Kawan. Tak ada pernah mintak gambar dia apatah lagi nak simpan. Aku tak ada kepentingan nak simpan-simpan gambar anak teruna orang dalam handphone. Buat semak memory card aku je.”Aku menjawab sinis. Tapi memang betul aku tak ada simpan pun gambar Ian dalam handphone aku ni.

“Err..okey. Tapi kawan apa mesra semacam je? Aku jarang nampak kau senyum lebar macam tadi dengan orang lain selain si Asmadina tu…”

“Dia dengan Dina sama-sama kawan baik aku. Tapi sebenarnya, Dina adalah kawan terbaik aku. Tak ada sesiapa ada level yang lebih tinggi daripada Dina sebagai sahabat dalam hati aku selama ni,” Sejujurnya, Asmadina sahabat aku, dunia akhirat.

“Dia tu, lelaki kan? Perempuan dengan lelaki boleh ye jadi kawan baik?” dia tayang senyum yang aku kira senyuman sinis bagai menyindir dan mempertikai hubungan kami.

“Kalau hati ikhlas, dan batas pergaulan dijaga baik, Insya-Allah…”Aku menjawab.

“Tapi mustahillah kawan je. Walaupun guna I – you je, tetap juga kedengaran mesra semacam?” Nurul masih tak putus asa mengorek rahsia.

Oh yeah, I – you tu normallah orang guna nak cakap dengan kawan, kan? Dah namapun kawan, kenalah mesra. Kalau asyik terjerit-jerit, itu bukan kawan, tapi setan. Lagipun, tak salah aku rasa nak guna I – you, sebab belum nikah pun, kalau senang-senang nak guna abang sayang dengan lelaki ajnabi. One more thing, mesra dengan manja dua benda berbeza ye. Aku boleh mesra dengan semua orang, tapi aku tak manja dengan sembarang orang.”

“Amboi, perli aku ke?”soal Nurul. Hari tu dia yang beria-ria mengutuk budak bilik depan berabang bersayang, ni dia pun sama je 2x5. Macamlah aku tak dengar dia bercakap malam tadi tu. Semak telinga, rasa nak muntah pun ada.

“Tak, aku cakap generally. Mana ada mention nama kau, kalau terasa baik juga… boleh betulkan mana yang rasa ada kurang betulnya tu.” Aku menjawab berani. Bila hati dah berasap ni, aku jadi berani semacam je rasanya.

 “Please, leave me alone. Aku tak pernah kacau kau sebelum ni, kan?” kataku tanpa segaris senyuman seperti selalu. Kenapa aku rasa perangai Nurul ni makin melampau hari demi hari?

“Okey.” Pendek saja jawapan Nurul sambil melangkah masuk ke dalam bilik semula.

Okey? Je?!!

At least, say sorry ke apalah kan? Dia dah buat onar kut?

Aku masuk ke dalam bilik semula, malas nak layan rasa marah ni. Kalau diikutkan, boleh jadi gaduh pula karang.

Masa yang ada ni, baik aku prepare baju untuk perhimpunan bulanan fakulti pukul 7 pagi esok. Semua pelajar di wajibkan berpakaian baju dengan tema batik. Nasiblah aku ada baju batik, kan….kalau tak memang haru.

Satu persatu penyangkut baju aku selak.

Eh? Mana ye?

Baju yang aku cari tiada ditempat sepatutnya. Bila difikir-fikir baru aku teringat, Nurul kan pinjam baju tu 4 hari sudah. Hari Isnin hari tu.

“Nurul, mana baju aku yang kau pinjam hari tu?” soal aku pada Nurul yang masih bermalas-malasan di atas katilnya yang masih bersepah dengan selimut yang bergumpalan di hujung kaki katil.

“Kenapa?” soalnya sambil mengangkat muka memandang aku dengan rasa tak bersalahnya.

“Aku nak gunalah. Takkan nak buat masak kicap kut?”Aku ni dah lah memang tengah panas hati dengan dia, ni dia boleh buat loyar buruk sambil tayang muka tak bersalah pula pada aku?
Asmadina masuk bersama helaian kertas ditangan. Dia ada memberitahu aku dia mahu ke bilik kawan sekelasnya untuk mengambil beberapa bahan untuk kelas petang ni. Asmadina terus ambil tempatnya di sebelah meja studyku tanpa mengetahui keadaan antara aku dan Nurul yang mulai tegang.

“Kau nak guna bila ni?” soal dia lagi.

Aku ketap gigi. Boleh dia tanya macam tu kat aku? Aku tengah minta baju aku semula kut, bukannya minta baju dia?

“Esok pagi, pukul 7 tapi aku nak iron sekarang sebab takut tak sempat sebab malam ni aku ada program fakulti dekat Auditorium utama entah sampai pukul berapa. Is that clear enough for you or you want me to explain it again?” memang menduga sabar betul dia ni!

“Alamak wei, Na’ie aku sebenarnya belum sempat basuh lagilah baju tu….” Nurul keluarkan baju kesayangan aku tu daripada bakul baju kotornya yang dah penuh melimpah ruah itu.
Membuntang besar mata aku sikit lagi nak terkeluar daripada soketnya melihatkan baju kesayangan aku dilayan seteruk itu oleh orang yang telah berjanji untuk menjaga sebaiknya sewaktu mahu meminjamnya 4 hari sudah.

Aku ambil baju itu daripada dia. Melihatkan tompok-tompok kecil berwarna hitam yang sudah mencemari beberapa bahagian baju bertanah putih dengan bunga berwarna ungu itu benar-benar membuatkan hatiku rabak.

“Kenapa, Na’ie?” soalan Asmadina sudah tak mampu aku jawab. Langkah aku bawa menuju ke katil.

Baju yang aku pegang dirampas Asmadina.

Mataku yang mulai berkaca dapat mengesan perubahan riak wajah Asmadina si kawan baik kesayangan aku tu.

“Nurul?!” melenting tinggi suara Asmadina.

Sorrylah…aku tak tahulah pulak boleh sampai tumbuh kulat tu…”Nurul garu-garu kepalanya.

“Na’ie…sorry ye…nanti aku basuh sampai hilang kesan tu ye…”Nurul duduk memujuk aku.

“Kalau boleh hilanglah kan? Kalau tak boleh hilang, kau nak ganti ke? Nak bayar pampasan?” Asmadina masih bernada tak puas hati.

“Ganti? Pampasan?” Pucat terus muka Nurul.

“Heh. Kalau nak ganti, kena cari dekat Terengganu sana. Then you know what, this baju will cost you almost RM300. Handmade punya batik ni, tahu tidak? Jangan reti pakai lepas tu tergedik-gedik carik perhatian daripada lelaki kat kelas je…baliknya, tak reti-reti nak basuh elok-elok baju orang.”Tajam kata-kata Asmadina turut mengejutkan aku.

“Dina…”Aku tarik perlahan tangan Asmadina. Makcik sorang ni, jika dibiarkan…ada jugak karang patah riuk tulang si Nurul ni.

“Eh, perempuan ni melampau tau Na’ie. Makin didiamkan makin menjadi pulak dia. Dahlah malam-malam buat bising kacau orang nak tidur je,”Asmadina meluahkan rasa tidak puas hatinya.

Sorry…”Nurul terkulat-kulat.

Aku hela nafas perlahan-lahan. Baju di tangan Asmadina aku capai kembali.

Sakitnya hati aku…

Baju tu memang mahal, sebab tu aku sayang dan jarang-jarang pakai. Lagi satu aku malas nak pakai selalu sebab baju tu leceh nak dijaga. Nak basuh pula kena guna tangan, tak boleh sembarangan tuang fabric softener sebab nanti tinggalkan tompok…tapi sekarang…

“Kau nak ke mana Na’ie?”Asmadina pegang lengan aku.

“Aku nak pergi kelas teruslah.” Aku menjawab senada sambil membetulkan kedudukan tudung bawal di kepala.

“Habis belum Zuhur lagi?”

“Nanti Zuhur dekat masjid uni je,” aku memutuskan. Otak aku tengah kusut sekarang ni.




“Qira?”satu tepukkan dibahu membuatkan aku tersedar daripada lamunan panjang itu.

Handphone duk bunyi dari tadi tu,” Kak Jay alakan jari telunjuknya pada handphone di depan aku.

“Oh, sorry menganggu. Tak perasan kak,” Aku kalut mencapai handphone aku tu. Kak Jay senyum saja sambil berlalu keluar. Sekarang ni rumah kami tinggal 3 orang je. Aku, Kak Jay, dan Suha. Yang lain balik ke rumah keluarga masing-masing tak pun ke rumah sedara mara terdekat untuk menghabiskan cuti hujung minggu. Kak Jay ada juga Suha temankan dalam bilik, aku ni nampaknya tidur sesorang jelah. Kak Yin dengan Kak Una tak ada.

“Waalaikumsalam,” Aku menjawab salam Taqi di hujung talian.

“Oh? Sekarang?” nasib tak terbalik jatuh ke lantai aku sebaik Taqi menyatakan rancangan mengejutnya itu.

“Err…saya ada dengan dua orang roommate saya je ni. Yang lain balik rumah family,” kataku lagi.

“Jomlah, kejap lagi saya sampai. Ni dah sampai Serdang…awak ajaklah roommate awak sekali. Sekali-sekala keluar tukar angin, boleh bantu otak jadi lebih produktif tau…” macam biasa, Taqi the sweettalker ni, ada je idea dia nak beli jiwa orang suruh ikut cakap dia. Haiih.

“Alaa…tak payah susah-susahlah Taqi…” Aku rasa nak buat lompat bintang sebab serba salah dan risau bukan main ni. Apa aku nak cakap dengan Kak Jay dan Suha ni? Dahlah aku sangatlah rahsiakan kewujudan dua orang kawan misteri aku ni daripada semua orang…

“Tak susah mana pun. Kita pergi Metro Kajang je pun. Tak jauh mana daripada uni awak tu, dan saya janji before 10pm, saya hantarlah korang balik…erm? Bolehlah eh?” Taqi pujuk lagi.
Hailaaa…..

“Kejap, saya tanya diorang dulu…jangan letak dulu nanti macammana saya nak call awak balik sebab private number ni?” aku bawa langkah ke bilik sebelah.

“Assalamualaikum, Kak Jay…Suha…” Aku jengukkan kepala ke dalam bilik. Kak Jay tengah duduk depan lappy. Suha tengah baca tafsir Al-Quran.

“Kak Jay dengan Suha nak tak keluar lepas maghrib nanti?”Soalku.

“Keluar? Turun kafe? Mestilah…lapaaarrr ni…” Suha gosok perutnya.

Aku geleng perlahan. Suha kerut kening. Kak Jay masih diam memerhati.

“Metro Kajang?” ucapku lambat-lambat.

Bulat mata Kak Jay dengan Suha mendengarkan nama pusat beli belah di Kajang itu.

“Ha? Nak pergi dengan apa? Naik tren malam-malam ni?” Muka Kak Jay dah cuak semacam.

“Tak, naik kereta. Sebenarnya dengan kawan saya…boleh?” soalku lagi.

“Errr…” Kak Jay dan Suha saling berpandangan.

“Akak memang plan nak ke bandar depan tu nak cari barang sikit, tapi ni dah Qira ajak pergi Metro Kajang ni…”

“Okey,” Kak Jay beri persetujuan.

“Suha?” aku menoleh pada Suha pula.

“Kak Jay dah ikut, tak nak saya tinggal sorang. Nanti kena makan sorang, wuuuu…tak nak. Saya pun on,” Suha sengih.

“Okey, bersiaplah…nanti lepas maghrib kita turun tunggu kawan saya dekat bawah eh,” Aku rapatkan semula pintu bilik mereka sebelum kembali menekap handphone ke telinga.

“Okey. Kami nak tunggu kat mana ni? Kat rounder board pintu utama uni?” soal aku sambil membuka pintu loker, mencari pakaian sesuai.

“Eh, tak yah. Saya masuk ambil awak depan café hari tu, boleh? Lagipun saya maghrib dekat masjid uni awak ni. Sekali jalan je pun nak keluar nanti, lagipun bahaya korang jalan malam-malam macam ni.” Pintas Taqi.

“Hello, Mr Taqi, kami dah selalu dah jalan dalam kampus malam-malam ni sebab selalu juga ada kelas malam,”kataku sambil tertawa kecil. Ada-ada je Taqi ni.

“Oh eh? Ha ha, but still awak tunggu dekat café hari tu, later saya datang fetch korang,”Taqi ikut ketawa juga.

“Okeylah kalau macam tu. Take care ye, bawa kereta elok-elok. Dah petang sangat ni, bahaya.” aku buat pesanan penaja pada Taqi.

“Baiklah, nanti saya call semula ye. Take care,”talian ditamatkan setelah kami saling berbalas salam.

“Qira….”suara Kak Jay disebalik pintu bilik aku.

“Masuklah kak,” Aku senyum pada Kak Jay.

“Lelaki yang Qira cerita hari tu kan? Yang kami nampak dekat café tu?”Kak Jay rapatkan pintu sebelum berdiri di depan aku yang sedang duduk di meja study bersebelahan katil.

“Eh, duduklah kak…” aku tepuk katil aku mengisyaratkan Kak Jay supaya duduk.

“Katil awak licin sangat, akak takut nak duduk…” Kak Jay tayang muka serba salah.

“Ya Allah, duduk je kak. Isy isy…” aku ketawa kecil. Cadar katil aku tu memang selalu aku pastikan kemas tegang membaluti tilam. Kalau tak kemas, nanti serabut otak aku jadinya.
Kak Jay sengih sambil duduk penuh hati-hati. Aku geleng kepala dengan gelagat Kak Jay yang masih risaukan keadaan cadar katil aku tu. Sungguh aku tak ambil hati pun kalau ada renyuk ke apa, sebab nanti-nanti boleh je betulkan semula…bukannya susah manapun.

Sebenarnya, aku selesa dengan Kak Jay. Dia seorang kakak yang sangat memahami lagi penyayang dan lemah lembut. Jadi, pada dia aku mula ceritakan serba sedikit kisah aku, Ian dan Taqi. Alhamdulillah, Kak Jay menerima apa yang aku ceritakan dengan fikiran terbuka.
Kisah aku dan Dina bersama budak bernama Nurul masa semester pertama itu pun aku ceritakan sama. Nurul yang dah berjaya buat Dina bergaduh besar dengan kawan istimewanya dan juga hampir menyebabkan hal yang sama pada aku dan Ian. Nurul senyap-senyap ambil nombor kawan istimewa Dina dan senyap-senyap cuba hasut lelaki itu dengan benda bukan-bukan berkaitan Dina sehingga lelaki itu akhirnya bergaduh besar dengan Dina dan Dina terus ambil keputusan untuk putuskan hubungan.

Hal aku dengan Ian, mujurlah tidak seteruk itu kerana dia tidak berjaya mendapatkan nombor dan perhatian daripada Ian. Dah berkali-kali Ian nasihatkan supaya aku menjauhkan diri daripada orang macam Nurul itu, tapi aku degil tak mahu dengar sebab kasihankan Nurul. Kes baju aku tu pun masih tak buat aku insaf, dan masih terus memberi peluang pada Nurul sehinggalah aku nampak dengan mata kepala aku sendiri dia angkat panggilan Ian secara curi-curi masa aku pergi ke tandas. Bukan main gedik lagi ber-ayang-ayang.

Lepas tu, aku ada jugalah buat mogok dengan Ian. Dah tahu itu bukan suara aku, yang dia tak putuskan je panggilan kenapa? Suka sangatlah melayan perempuan gedik tu? Suka sangatlah orang panggil dia abang dengan suara manja macam kucing parsi patah gigi tu? Tapi Ian kata dia tak ambil peduli pun Nurul tu buat gaya macam manapun, Ian siap kata nak muntah 5 baldi lagi dengar suara Nurul.

Herm, akibat kes itu adalah dalam seminggu juga kami hubungan kami jadi dingin.Tapi mujurlah Ian sabar memujuk dan menjelaskan situasi keadaan. Sampai satu tahap, Taqi pun terpaksa masuk campur menjernihkan suasana.

Dan, apa yang lebih mengejutkan aku… pengakuan Ian bahawa hal itu bukanlah kali pertama berlaku. Sebelum ni, Nurul dah pernah buat begitu bila kebetulan Ian ada call dan aku tinggalkan handphone aku di bilik. Nurul minta Ian kasi gambar kat nombor dia.

Aku tak faham betul masalah Nurul ni. Dulu dia kacau kawan Dina, sekarang dia kejar Ian pula. Mungkin sebab kes Ian datang kasi kejutan kat aku masa kami makan dinner di café. Masa tu, Nurul ada sekali dengan kami. Bagai nak terkeluar mata dia merenung Ian tak sudah-sudah. Naik geram pula aku melihatnya. Asal nampak lelaki hensem yang pandai bergaya je mulalah dia nak jadi kucing parsi patah gigi tu.

Bukannya aku ni nak buat andaian jahat pada dia, tapi memang aku sendiri nampak dengan mata kepala aku sendiri si Nurul ni melayan ramai pelajar lelaki entah dari fakulti mana entah. Rimas aku kalau keluar sekali dengan Nurul kerana pasti ada saja lelaki yang ditegurnya. Kalau tegur saja tidak apa juga, ini siap kenyit-kenyit mata lagi.

Lepas tu, sungguh aku putus hubungan terus dengan Nurul sebab tak tahan dengan perangai dia. Sungguh kata Ian, dia bukan orang yang baik untuk dibuat kawan. Ian kata, even dia tak pernah jumpa Dina, dia yakin Dina yang walaupun agak kasar perangainya…tetapi Dina adalah seorang  kawan yang baik dan tulus.

Dan aku setuju dengan Ian. Dulu Dina jenuh dah nasihatkan aku pasal Nurul, Dina minta aku hati-hati dengan Nurul yang bertopengkan manusia naif  tetapi sebenarnya dialah manusia paling rakus pernah aku kenal.

Macam-macam hal dah jadi pada hubungan jarak jauh antara aku dan Ian ni. Tapi kami masih bertahan. Ian masih setia, dan aku masih mencuba. Apa yang penting kami tetap saling menjaga.

Dulu dia di Shah Alam, aku di Bangi.

Sekarang, dia di Queensland, Australia…dan aku masih di Bangi, nak habiskan degree dekat uni.

Jarak km kami semakin bertambah. Jurang prestasi kami semakin besar. Dia bakal jadi a degree holder dari University of Queensland, sedangkan aku hanyalah graduan IPTA dalam Malaysia. Dia bakal menjadi seorang engineer yang berkarisma sedangkan aku bakal menjadi seorang cikgu yang hidup serba sederhana. Sesuaikah kami bergandingan bersama?

“Qira? Dah masuk maghrib ni? Dah iron baju ke?” suara Kak Jay dengan tepukan kecil di riba aku membuatkan lamunanku gugur.

“Oh, belum. Saya sarung jubah je kak, malas nak iron baju nak keluar malam-malam ni,” kataku dengan senyuman.

“Eh, akak dengan Suha pun plan nak pakai jubah tadi. Jadi boria lah kita malam ni,” Kak Jay ketawa kecil sambil bangkit membetulkan cadarku.

“Akak, tak payah susah-susah…biar je cadar tu..” aku tarik tangan Kak Jay. Kak Jay ni risau sangatlah. Serba salah aku dibuatnya.

“Jomlah solat Jemaah kat bilik akak,” Kak Jay mempelawa.

Aku senyum sambil mengangguk perlahan.

Apa agaknya yang Taqi nak cakap nanti ye? Bunyi macam serius je? Pasal Ian ke?



*****
Selamat membaca, terkurang sana sini, maaf ye:)


2 comments:

NYC said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

xsuka Taqi! lau na'ie ske taqi, she's typical. plez writer,jgn wat cite ni typical. hee. btw,next entry plez~

Nurafiqah Hussin said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tak mau taqi,,, biar la naie dgn ian,,