My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

06 April 2012

Love Make Me Smile [5]


Love 5
            Ammar Adwan memandu perlahan kereta Nissan GTR r35 miliknya keluar dari parking lot di bawah bangunan pejabatnya. Jam sudah menunjukkan 6.30 petang. Ada banyak kerja yang perlu di selesaikan sebelum mesyuarat penting dengan shareholders syarikat esok sehingga menyebabkan dia keluar lewat dari office tadi.
            Deringan telefonnya di atas dashboard kereta sedikit menggangu tumpuan Ammar Adwan.
            “Hello. Kenapa call aku?” soal Ammar Adwan sebaik menekan butang hijau.
            “Ha?!” berkerut dahi Ammar Adwan sambil matanya melirik jam pada pergelangan tangannya.
            “Aku baru habis meeting ni. Baru je keluar office.” Suara Ammar Adwan sudah mulai serius.
            “Apasal tak cakap awal-awal?!”makin meninggi pula suaranya sebaik mendengar kata-kata dari orang di sebelah sana talian.
            “Kau tak call ibu ke?” soal Ammar Adwan. Kereta di belokkan memasuki jalan utama.
            “Kau tahu tak sekarang dah pukul berapa?! Kau...” tidak sempat Ammar Adwan mahu menghabiskan kata-katanya apabila bunyi bip keluar dari handphonenya.
            “Kejap. Akak nursery tu call aku ni.” terus talian pertama di matikan lalu panggilan yang sedang dalam senarai menunggu itu di jawab pula.
            “Assalamualaikum, akak.”Sekali lagi jam tanganya di kerling.
            “Sorry, saya tengah on the...”
            Buummm!!
            Ammar Adwan tersentak. Keretanya terasa seakan sudah melanggar sesuatu tadi. lehernya di panjangkan memandang ke bahagian hadapan keretanya. Segera dia keluar dari perut keretanya mendapatkan si gadis yang sudah jatuh terduduk di atas jalan raya.
            “Maaf cik, saya tak perasan cik nak lintas jalan tadi. Cik tak apa-apa?” soal Ammar Adwan sedikit kalut. Sudahlah dia sedang mengejar masa untuk menjemput anaknya dari nursery, kini berlaku pula insiden tak di jangka ini.
            Gadis tadi masih menunduk sambil mengaduh sakit. Perlahan-lahan dia cuba bangkit namun tidak berjaya. Lututnya terasa pedih dan perit.
            “Darahhh!!! Tolong, darah!! Aku cedera parah!!”serta merta dia menjerit kuat. Rasa marah dengan kecuaian orang lain yang mengakibatkan kecedaraannya.
            “Hoi! Buta ke sampai boleh terlanggar orang ni?! Harap kereta je mahal kalau tak reti nak pandu buat membazir je!!” makin kuat jeritannya sambil penumbuknya yang kecil itu di layangkan pada bahagian hadapan kereta mewah di sisinya itu.  Haisyy!!
            Dahi si gadis berkerut sebaik selepas penumbuk kecilnya mencium permukaan kereta itu. Kereta mahal itu memang tak kemek apa, sebaliknya tangan dia yang rasa nak patah dua. Sakit yang amat!
            “Awak bawa kereta, mata letak dekat mana hah? Entah siapalah yang buta sampai boleh langgar...” kepala diangkat mencari si pelaku yang patut bertanggungjawab pada kecederaannya ini.
            Buntang matanya memandang lelaki berkaca mata hitam di sisinya itu.
            “Boss?!!” dia terkejut. Lelaki di hadapannya juga kelihatan terkejut.
            Serius Nasha Athierah rasa mahu menghilangkan dirinya ketika itu juga. Menyesal pula melintas jalan tak tengok kiri kanan tadi. Tapi rasanya dia dah pandang kiri kanan sebelum melintas tadi.
            ‘Bukan kau sibuk fikir kenapa Encik Ammar kata kau ni bakal tunang dia pada kak dian ke? Kau sibuk berangan nak jadi isteri dia kan? Kau berangan nak pergi honey..’
            “Nasha Athierah? Awak okay tidak ni?” suara yang menegurnya itu membuatkan Nasha Athierah tidak berani mengangkat mukanya lagi. Takut! Agak-agak kemek tak kereta bos ni makan penumbuk aku tadi? bahagian kereta Ammar Adwan yang di tumbuknya tadi di jeling sekilas.
            Orang ramai sudah mulai berkerumun menghampiri mereka. Nasha Athierah masih duduk bersimpuh di atas jalan tar. Ammar Adwan pula masih kaku bertinggung di sisinya.
            ‘Nak buat macam mana ni Sha?’ telapak tangannya yang terasa pedih di pandang sesaat sebelum perlahan-lahan naik mencari wajah Ammar Adwan yang sudah menanggalkan kaca matanya.
            ‘Ya ALLAH, hensemnya bakal tunang aku ni..hehe’ Nasha Athierah senyum segaris. Oh! Bahagianya hati.
            ‘Sha, kau sedar tak kau dekat mana ni? kau baru lepas kena langgar dengan ‘bakal tunang’ kau tu. Orang ramai dah berkerumun ni! ouh! Memang rasa nak pengsan!’ detik satu suara kepada Nasha Athierah.
            ‘Pengsan?’Bijak Sha! Bijak!!
            Paapp.
            Ammar Adwan terjungkit kening apabila matanya berjaya mengesan senyuman kecil yang terukir di bibir gadis di hadapannya itu sebelum secara tiba-tiba tubuh si gadis tadi terbaring di atas jalan raya.
            “Eh? Budak perempuan tu dah pengsan tak sedarkan dirilah!” seorang lelaki berusia pertengahan 40-an berkata dalam nada terkejut apabila melihat si gadis yang duduk bersimpuh sambil memeriksa kesan luka di tangannya tadi itu sudah jatuh terbaring secara tiba-tiba.
            “Jangan-jangan ada kecederaan kat kepala dia masa terlanggar tadi tak?” seorang lagi lelaki bersuara dalam nada risau.
            Ammar Adwan memandang beberapa wajah beriak gusar di sekelilingnya sebelum berhenti lama pada wajah Nasha Athierah yang sedang terbaring di atas jalan raya.
            ‘Ada sesuatu yang tak kena ni.’ detik hati kecilnya.
            “Cepat bawa dia ke hospital!” seorang makcik pula berkata lantang. Mungkin sudah cemas melihatkan keadaan si gadis yang masih terbaring tak sedarkan diri.
            ‘Tak mungkin dia cedera parah. Rasanya tadi, aku bawa kereta perlahan gila kot. Dan aku sempat brek lagi tadi. Takkan sampai boleh pengsan macam ni.’ tangan sudah di hulurkan untuk menyentuh sekujur tubuh di hadapannya itu. Namun hanya separuh jalan sahaja  apabila dia kembali menarik tangannya.
            “Saya tahu awak tak apa-apa Nasha Athierah. So, bangun.” Bisik Ammar Adwan rapat ke telinga Nasha Athierah. Dia buat-buat tak faham sahaja dengan pandangan sinis orang-orang di sekelilingnya.
            Nasha Athierah masih kaku tak bergerak. Pura-pura tak mendengar apa yang di katakaan Ammar Adwan tadi.
            Ammar Adwan melihat jam di pergelangan tangannya. 6.40 minit petang.
            “Fine.” Ammar Adwan bangkit. Ada perkara yang lebih penting untuk di buat daripada melayan lakonan gadis ini.
            “Woi! Dah langgar orang nak lari pulak?!” satu suara menjerkah Ammar Adwan apabila dia mula mengatur langkah ke dalam keretanya. Beberapa suara lain turut menyatakan sokongan pada suara yang menegurnya tadi. Suasana serta merta bertukar hingar-bingar seketika apabila ada beberapa orang yang lain turut sibuk menyatakan ketidak puasan hati dengan tingkahnya.
            “Inilah budak-budak zaman sekarang ni. Erti budi bahasa pun tak tahu!”satu suara begitu lantang menyindirnya.
            Langkah Ammar Adwan mati. Dadanya berombak kencang. Darah juga turut menggelegak bagai lahar gunung berapi. Tinggal tunggu masa je nak meletus. Dia bergerak ke pintu di sebelah pemandu lalu membuka pintu tersebut. Langkahnya di atur kembali pada Nasha Athierah yang masih berbaring di atas jalan raya.
            Tanpa sebarang bicara, tubuh Nasha Athierah di cempungnya sambil dia sempat berbisik perlahan sekadar untuk di dengari gadis itu.
            “Siap awak lepas ni, Nasha Athierah.”
            Nasha Athierah yang sedari tadi berpura-pura pengsan menggenggam erat jemarinya. Seram sejuk seluruh tubuhnya apabila secara tiba-tiba terasa tubuhnya di angkat lelaki ini tadi. Pewangi yang di pakai lelaki itu membuatkan dia bertambah sesak nafas menahan debaran.
            ‘Macam salah besar je aku buat pura-pura pengsan tadi ni?’ hati sudah mula terasa menyesal dengan tindakannya tadi.
            Ammar Adwan turut memboloskan diri ke dalam keretanya selepas meletakkan Nasha Athierah ke tempat duduk di sebelahnya.
            Nissan GTR r35 berwarna kuning itu meluncur laju meninggalkan tempat kejadian. Sekilas wajah gadis di sisinya itu di kerling geram. Ammar Adwan merungkai kasar tali leher yang masih kemas di kolar baju kemejanya sejak awal tadi.
            “Sudahlah. Stop your drama and open your eyes now.” Ammar Adwan berkata tegas.
            Nasha Athierah masih tidak berkutik walau sedikit pun. Masih mahu meneruskan lakonannya walaupun sudah jelas taktiknya mampu di hidu lelaki itu.
            Ammar Adwan merengus geram.  Degil lagi ye?
            “Fine. Jangan cuba cari pasal dengan Ammar Adwan Abdul Razak.” Ammar Adwan berkata sambil menambah kelajuan pemanduannya. Dia perlu segera untuk menjemput anaknya. Kasihan anak kecil itu terpaksa menunggu lama.
            “Nasha Athierah binti Ahmad Nasir, awak nak buka mata secara suka rela atau nak saya buat kiss ala fable story snow white dan putera raja tu pada awak?” soal Ammar Adwan, hanya berniat menggertak gadis di sebelahnya ini.
            “Haahhh!!” Nasha Athierah kalut. Segera dia membuka matanya sebesar yang boleh. Tangan automatik bergerak untuk membuka pintu.
            ‘Dia buat macam-macam, aku lompat keluar je!’ hatinya nekad jika benar majikannya itu benar-benar melakukan perkara itu padanya.
            ‘Alamak?! Kuncilah!’ sekilas dia mengerling ke arah Ammar Adwan yang sedang memandangnya tajam di sebelah sana.
            “Turunkan saya! Buka pintu ni!!” Terlompat-lompat Nasha Athierah di tempat duduknya. Tanpa sengaja, tangannya telah tertepis muka Ammar Adwan yang sedang memandu di sebelah.
            “Hey!!” Ammar Adwan sedaya upaya mengawal stereng keretanya yang sudah hampir terbabas merempuh tembok divider jalan.
            Nasha Athierah tersentak dengan jerkahan Ammar Adwan. Mujur dia sempat menahan tubuhnya dari terhumban ke cermin hadapan. Fuh! Hampir luruh jantungnya apabila kereta yang dipandu lelaki di sebelahnya ini bergerak laju ke arah divider jalan tadi.
            “Awak ni kenapa?!” spontan Ammar Adwan meluahkan rasa yang mengasak hati. Nasib baik dia sempat membetulkan kembali stereng kereta tadi. Kalau tidak, ada juga yang berbungkus satu badan dalam wad malam ni!
            “Boslah yang kenapa?!” Nasha Athierah sudah bercekak pinggang di tempatnya. Badannya di kalih sedikit menghadap si lelaki yang masih memandu.
            “Auuww.” Nasha Athierah mengaduh sakit. Sikunya yang berlaga dengan dashboard terasa pedih.
            ‘Lah! Kat sini pun ada luka juga ke?’ lengan baju kurungnya yang sudah terkoyak sedikit di usap penuh hati-hati.
            “Darahh!!!” suara jeritan Nasha Athierah memenuhi seluruh ruang kereta.
            “Jangan jerit macam orang gila boleh tak?!” spontan Ammar Adwan memarahi Nasha Athierah di sebelahnya. Tiba-tiba nak menjerit bagai pula!Habis terkejut badak dia. Mujur sahaja tak termelatah tadi. Hisy!
            Nasha Athierah terdiam. Siku, lutut, dan tapak tangan kirinya memang terasa pedih. Tetapi hatinya berkali ganda rasa pedih! Bos marah kita...wuwuwuwu.
            “Sakit...” suaranya sudah mengendur. Nasha Athierah menarik nafas lemah. Matanya pula sudah mulai berkaca.
            “Saya tak kira, bos kena hantar saya pergi hospital!!” serentak itu mutiara jernih sudah mula membasahi pipinya.
            “Hospital?” dahi Ammar Adwan berkerut. Siap menangis lagi ni?
            “Sakit sangat ke?” soal Ammar Adwan. Suaranya sudah kembali normal. Sesekali wajah Nasha Athierah yang menunduk di kerlingnya. Risau pula melihat keadaan gadis itu.
            “Nasha Athierah?” Ammar Adwan cuba menyentuh lengan gadis itu namun si empunya badan pantas mengelak sentuhannya.
            “Hospital...wuwuwu..” Nasha Athierah tidak menghiraukan Ammar Adwan. Dia sibuk memeriksa kesan luka di tapak tangannya. Bukanlah kuat sangat pun dia kena langgar tadi, tapi kenapa luka sampai macam ni? Nanti tinggal parut siapa nak bertanggungjawab?
            “Kalau...”
            Bunyi deringan telefon mematikan ayat Ammar Adwan.
            “Hello. Wa’alaikum salam. Sorry kak...”ucap Ammar Adwan selepas menekap telefonnya ke telinga.
            “A’ah, tengah on the way ni.” Ammar Adwan mengerling jam tangannya.
            “Sorry kak terpaksa susahkan akak hari ni. Okay, bagi saya cakap dengan dia.”pinta Ammar Adwan.
            Nasha Athierah hanya memasang telinga. Nak buat macammana lagi kan? Bukan dia sengaja suka-suka nak curi dengar perbualan orang ke apa tapi memang dah tak ada pilihan lain pun.
            “Erina, papa minta maaf okay. Tunggu kejap ye sayang, kejap lagi papa sampai.” Lembut suara Ammar Adwan memujuk sambil sebelah tangan mengawal stereng kereta yang sedang bergerak dalam kelajuan 100 km/h.
            ‘HAH?!’ bulat mata Nasha Athierah. PAPA?
            “Of course lah papa sayang Erina. Ye sayang, sabar kejap ye. Duduk baik-baik dengan cikgu. Jangan nangis. Kesian cikgu, dia dah penat tu.” Ammar Adwan masih sibuk memujuk.
            “Dah, tak mahu nangis macam ni. Nanti tak comel dah anak papa ni.” Ammar Adwan tertawa kecil sambil mengusik si kecil di hujung talian sana.
            ‘ANAK?!!!’ makin membulat mata Nasha Athierah mendengarnya. Encik Ammar Adwan sudah berkahwin dan mempunyai anak?!
            Entah kenapa hatinya terasa makin pedih. Bagai ada rasa kecewa yang mula merebak ke seluruh pelusuk jiwanya.
            Ammar Adwan sudah berkahwin dan mempunyai anak. Terasa pahit  liur yang di telannya. Nasha Athierah menghela nafasnya perlahan. YA ALLAH. Berpinar terus kepala sekarang ni. Kali ini, dia benar-benar rasa mahu pengsan!
            “Okay. Good girl. Macam tulah anak papa.” Ucap  Ammar Adwan sambil tersenyum.
            Nasha Athierah diam sahaja. Masih cuba menahan rasa pedih di hatinya setiap kali perkataan papa di sebut Ammar Adwan.
            ‘Tulah kau Sha. Dah tahu kau tu memang tak ada peluang sejak dulu lagi, tapi masih sibuk nak simpan hati kat dia siapa suruh. Kan sekarang dah kecewa menonggeng?’ Nasha Athierah menunduk sambil tangan naik mengusap dada kiri. Pedih. Wuwuwu.
            Bunyi aneh di sertai dengan kerlipan lampu berwarna biru di sebelah mereka membuatkan Nasha Athierah dan Ammar Adwan serentak membuang pandang ke tingkap di sebelah lelaki itu.
            ‘Alamak! Abang JPJ maii dahhh!’ Nasha Athierah dah kecut perut. Sejak kecil lagi dia memang seriau dengan anggota polis yang berseragam lengkap begini. Dalam kekalutan itu, dia baru menyedari keadaan dirinya dan Ammar Adwan yang tidak memasang tali keledar. Bosnya itu pula boleh pula bergayut tanpa hands free sambil memandu macam ni?
            Ammar Adwan pula mengeluh lemah sambil menepuk dahi. Dia terpaksa akur menuruti arahan anggota polis trafik itu yang mengisyaratkan dia supaya memberhentikan keretanya di bahu jalan.
           
           
           

 ____________________
1. OHOI! Ad dah ada anak lahhhhh.....
2. Betul ke Ad dah kahwin ni??
3. Enjoy reading.
4. Komen sikit? HIHI:D
5. Thanks:P
6. Selamat malam semua.


Arin Arida


6 comments:

Wan Ruzana said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

haha cengeng la sha n,.nk gelak sambil guling-guling bce entry ni keke

idA said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

inilah yg dikatakan sudaH JATUH DITIMPA TANGGA..kelakar lah watak watak yg arin ketengahkan ari ni..
macam tak caya pulak mamat sengal tu dah ada anak..betui ke..dia duda..kalau tak ..tak akan minah gediks kat ofis tu cuba mengurat mamat tu..

mizz acu said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

erkss.. nasha ni laa.. clumsy sungguh!! bukan dia jenis ikut jer ape org suruh?? kna langgar jd garang plak yerrr.. heheheh..
ad da kawen ke? duda hot ke nihhh.. :)

RaFiQah ShAh said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

macam tak percaya pulak Ad dah de anak. ke Rina tu anak angkat dye? 0.o
Sha pulak, clumsy abis. kelakar2.. comel2. :)

jap nk tye sikit, bab lain2 mmg x di post or belum dipost? *curious. hehee

p/s ni baru first time baca Cik Arin Arida pye. :)

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Thanks pd yg sudi singgah n tinggalkn komen kat sini:)

bab lain belum di post (honestly tak siap taip pun lagi)

Slmt dtg RaFiQah ShAh:)Harap thibur:D

Kim Ha-Neul said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sweet sweet omey.. ^^