My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

07 May 2012

Aurora Hidupku 8


Aurora 8


Sharlyna masih duduk tegak berhadapan dengan cermin di meja soleknya. Figura wajahnya yang sudah selesai dirias ringkas oleh juru dandan, ditatap tanpa fokus. Beberapa orang kawan lamanya sudah masuk bertemunya tadi bagi melahirkan ucapan tahniah dan selamat ke atas majlis yang akan berlangsung sebentar lagi. Deretan hadiah yang dikirimkan oleh kawan-kawan  turut dipandang sepi. Inai dijarinya yang cantik memerah juga tidak mendatangkan perasaan teruja padanya.
            “Kenapa kau ni Lynn?” soalnya perlahan pada figura wajah yang terbias dicermin.
            “Redhalah wahai hati, semuanya dah tertulis di atas sana..” ucapnya lagi.
            Ketukan pada pintu bilik, membuatkan dia bangkit daripada duduknya.
            “Sekejap..” ucapnya sambil tangan memulas tombol pintu.
            “Bonda..” wanita yang manis bertudung coklat muda lengkap berjubah rona coklat gelap sudah mengukir senyum padanya.
            “Masuklah..” lembut tangan wanita itu dipimpin ke dalam kamarnya.
            Wanita tadi menuruti langkah Sharlyna ke sofa double disudut kamar pengantin itu.
            “Cantiknya tuan Puteri bonda ni..” layah dikepala Sharlyna dibetulkan sedikit duduk letaknya. Wanita itu mengukir senyuman bahagia. Bahagia melihat puteri tunggalnya bakal menamatkan zaman suntinya. Beberapa ketika lagi puteri tunggalnya ini bakal bergelar seorang isteri. Masa berjalan begitu pantas. Terasa seperti baru semalam dia melihat puterinya itu mampu bertatih. Masa berlalu seperti air mengalir. Tak terasa derasnya aliran masa. Puteri yang dibesarkannya bersendirian selama ini sudah mampu berdikari, mampu berkerjaya yang baik, mampu menjaganya, dan kini bakal mendirikan rumahtangga. Tugasnya sebagai seorang ibu yang diamanahkan oleh ALLAH  untuk mendidik dan membesarkan anak ini bakal berakhir sedikit masa sahaja lagi. Syukur Ya ALLAH..
            “Semoga ALLAH permudahkan urusan puteri dari dunia sampai akhirat sayang..” doa kudus itu diucapkan sambil dia mengucup dahi puteri kesayangannya yang menjadi sumber kekuatan dan semangatnya selama ini.
            “Terima kasih bonda..” tangan bondanya dicapai lalu Sharlyna tunduk mengucupnya lama. Sebak hatinya saat ini.
            “Puteri sayang, ingat pesan bonda ni..”Puan Suhana menggenggam erat tangan Sharlyna.
            “Lepas ni, Puteri akan bergelar seorang isteri.  Tugas isteri adalah menjaga kebajikan suami..melayan suami sebaik-baiknya..”
            “Ingat ni Puteri, selagi mana tidak melanggar garis syariah dan hukum ALLAH, kamu wajib taat pada perintah suami nak. Syurga isteri adalah pada suaminya..”
            “Sabar dengan karenah dia..”
            “Mesra dengan ahli keluarga dia. Layan ibu mertua kamu macam mana kamu layan bonda, sayang dia macam kamu sayang bonda. Lepas kamu sah menjadi isteri, keluarga suami kamu adalah yang paling utama..”
            “Jangan ingkar permintaan suami sayang.  Walau apapun yang kamu lakukan, ataupun dimana pun kamu berada, ingat jaga nama baik dan maruah suami kamu..” ucap Puan Suhana. Beberapa nasihat dititipkan buat puterinya.
            Sharlyna mengangguk perlahan. “Insyaallah bonda..”
            “Doakan Puteri kuat menempuhi semua ni bonda..” tubuh bondanya didakap erat.
            “Insyaallah..ALLAH sentiasa berada bersama hamba-hambanya yang sabar dan redha sayang, doa bonda sentiasa bersama Puteri..” sempat dahi anaknya dikucup lembut bersama juraian mutiara jernih. Namun belum sempat mutiara itu mengalir ke pipinya segera mutiara itu disekanya. Dia tidak mahu jiwa puterinya ini semakin terseksa melihat gugurnya mutiara jernih itu dari tubir matanya.
            “Bonda kena turun dulu ni, nanti orang  kampung tercari-cari pula..” pelukkan dilepaskan dengan sebuah senyuman dibibir.
            Langkahnya laju diatur ke muka pintu. Sebaik pintu dibuka, wajah Zaara sudah tersembul di situ.
            “Panjang umur kamu Zaara, mak cik baru nak panggil kamu minta teman si Puteri ni.” Ucap Puan Suhana pada Zaara yang anggun berbaju kurung sifon berwarna krim sambil dipadankan dengan selendang satin berwarna coklat keemasan. Warna tema untuk majlis kali ini. Coklat keemasan dan krim muda.
            “Baiklah..” Zaara hanya mengukir senyum. Puan Suhana beredar selepas melemparkan sebuah senyuman kepada Sharlyna.
            “Assalamualaikum..” sapa Zaara sambil melabuhkan duduk di sisi Sharlyna.
            “Amboi, cantik kawan aku ni...”puji Zaara bersama senyuman manis.
            “Mestilah!” Sharlyna tayang muka berlagak yang dibuat-buat. Pecah tawa kecil Zaara dengan jawapan balas Sharlyna.  Suasana dilaman rumah semakin riuh rendah. Biasalah..namapun kenduri walimatulurus kan..haruslah meriah kan?
            Ketukan pada pintu mematikan tawa Zaara. Dua pasang mata lantas memandang ke arah pintu.
            “Come in..!” jerit Zaara.
            “Akak, rombongan pihak lelaki dah sampai.” ucap Zahira, adik bongsu Zaara yang sedang menuntut di UM.
            “Ok, thanks for the info then.” Ucap Zaara sambil mengukir senyum. Zahira kembali merapatkan pintu kamar pengantin.
            “Okay  Puteri Balqish Sharlyna binti Basiruddin, kita turun jom?”  bunga tangan dihulurkan kepada Sharlyna.
            Sharlyna hanya tersenyum pasrah. Bunga yang dihulurkan Zaara disambut juga.
            Ruang tamu rumah bondanya sudah dipenuhi para tetamu. Kebanyakkan tetamu yang berada diruangan tersebut adalah dari rombongan pihak lelaki. 
            Duduknya dilabuhkan di atas alas khas tidak jauh daripada jurunikah. Sempat dia mengerling ke arah dua orang lelaki yang memakai persalinan lengkap baju melayu berwarna krim. Senada dengan yang sudahpun tersarung di tubuhnya.   
            “Alhamdulillah, semua dah ada di sini nampaknya.Jadi moleklah kita mulakan majlis ini..” tenang jurunikah itu berbicara.
            “Muhammad Danish Ashraf  Bin Ahmad Dani.” Ucap jurunikah itu sambil membetulkan kedudukan kaca matanya. Wajah kembar seiras dihadapannya dipandang lama, silih berganti.
            “Yang mana satu pengantinnya ni?” soal jurunikah itu seketika kemudian.
            “Yang ini ustaz...” Nashrin sudah tersengih sambil menunjuk ke arah Ashraf yang segak berbaju melayu putih gading lengkap dengan sampin warna senada.Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas berkenaan institusi perkahwinan, tanggunggjawab suami isteri dan juga sedikit nasihat berkaitan. Setelah selesai ke semua prosedur asas untuk upacara akad nikah tersebut, kini tiba pula kepada upacara kemuncak iaitu ijabkabul.
            Bersaksikan wali hakim dan ke semua tetamu yang ada, Puteri Balqish Sharlyna Binti Basiruddin kini bergelar isteri kepada Muhammad Danish Ashraf Bin Ahmad Dani.
            Nashrin masih setia mengiringi Ashraf bersama neneknya dan Datin Rohani untuk upacara membatalkan air sembahyang.
            Ashraf duduk melutut dihadapan Sharlyna yang masih bersimpuh sopan sambil ditemani bondanya dan juga Zaara.
            Datin Rohani menghulurkan sebentuk cincin platinum kepada Ashraf. Sekelip mata sahaja cincin tersebut sudah berada ditangan Ashraf. Perlahan-lahan jemari Sharlyna dicapainya lalu cincin tersebut di sarung cantik menghiasi jari manis isterinya itu.
            Bisikan dari bondanya yang meminta dia menyalami lelaki itu hanya diturutkan tanpa banyak kata. Terus sahaja Sharlyna tunduk mengucup tangan lelaki itu yang kini sedang memegang kunci Jannahnya.
            Sebagai balasan, Sharlyna juga turut menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis lelaki itu.
            Ashraf hanya tersenyum segaris apabila di minta oleh jurugambar untuk berbuat demikian tadi. Badannya terasa semakin lemah sebaik doa kesyukuran di bacakan sebentar tadi. Kini kepalanya pula terasa semakin berat. Antara sedar dan tidak terasa tangannya kembali disentuh oleh jerami halus tadi.
            Suara neneknya yang meminta dia tunduk mencium dahi isterinya membawa dia kembali ke alam sedar. Wajah neneknya yang sedang tersenyum bahagia dipandang silih berganti dengan wajah mamanya.. Seketika kemudian pandangannya jatuh pula kepada gadis dihadapannya yang kini sedang menundukkan wajahnya.
            Dengan debaran yang semakin menggila, dan tidak dapat diketahui puncanya, wajah si gadis dihadapannya yang sedang menunduk sopan diangkat lembut. Cahaya flash kamera sudah tidak henti-henti menyimbah suasana.
            Beberapa saat mata mereka bertaut. Pandangangan mata Ashraf mulai berbalam. Terasa hanya ada mereka berdua di suatu alam yang kelam. Tanpa kata bibirnya lembut menyapa pipi kanan Sharlyna. Lain yang disuruh lain pula yang dibuatnya. Ah! Biarkan.
            Di saat bibirnya menyentuh pipi gadis itu, terasa dunia ini bukan lagi berputar pada paksinya. Terasa dirinya mulai terawang-awang dengan suara nyaring Nashrin memangggil namanya dan juga suasana yang agak riuh disekelilingnya....sebelum semuanya....ppaap!
            Sharlyna tergamam sebaik tubuh sasa lelaki dihadapannya rebah memeluk tubuhnya. Suasana riuh rendah kerana para tetamu yang terkejut dengan kejadian yang berlaku sudah tidak diendahkannya lagi.
            Sepantas kilat Nashrin menarik tubuh Ashraf yang sudah tidak sedarkan diri itu dari berterusan menghempap Sharlyna. Pipi adik kembarnya itu ditepuk perlahan. Namun sepi tanpa respons.
            “Ya Allah!!” Hajah Fatimah mengurut dadanya dek kerana terkejut apabila Ashraf rebah secara tiba-tiba.
            “Mak, bertenang dulu...”Datin Rohani masih disisinya bagi menenangkan Hajah Fatimah, sambil matanya masih tak lepas memandang keadaan anak keduanya yang secara tiba-tiba rebah.
            “Minta laluan sikit, tolong beri ruang...”Adam tiba dengan kotak first aidnya.
            Melihatkan para tetamu yang hadir langsung tidak mengendahkan permintaannya, sekali lagi dia mengulangi arahannya. “Minta jasa baik anda semua supaya dapat beri ruang, dia perlukan udara.”  Serius wajah Adam memandang hadirin.
            “Letakkan dia ke bawah Nash..” Adam sudah menyinsing lengan baju melayunya. Tangannya mencari pergelangan tangan Ashraf. Seketika kemudian, diletakkan pula pada hidung Ashraf. Pandangan matanya segera mencari wajah Nashrin sambil tangannya lincah membuka kotak first aid yang selalu di bawanya ke mana jua. Retina Ashraf pula di periksa.
            “Kenapa Adam?!” Nashrin mula cuak dengan perubahan wajah Adam.
            Adam tidak menjawab sebaliknya tangannya segera dilekapkan ke dahi Ashraf.
            “Ash...demam?” soal Adam kepada Nashrin. Buntang mata Nashrin mendengarnya. Mustahil! Tadi elok saje..
            Spontan tangannya turut menekap dahi Ashraf. “Tadi okay saje..” tutur Nashrin perlahan. Biar betul budak ni?
            “Macam mana Adam? Apa dah jadi ni?” Tanya Dato’ Dani, risau. Duduknya dilabuhkan disisi Ashraf yang masih belum sedarkan diri. Matanya singgah pada wajah Ashraf yang sedikit pucat.
            “Dia pengsan. Mungkin sebab kurang air or else suhu badan yang tinggi..” Adam membuka butang baju melayu Ashraf bagi memudahkan pergerakkan udara.
            “Suhu badan dia tinggi jugak ni, so better kita pergi hospital untuk rawatan yang selanjutnya.” Ucap Adam tenang sambil mengemaskan kembali kotak first aids nya.
           

            Ashraf dibaringkan di atas katil selepas mereka pulang dari  hospital tadi.
            “Budak bertuah. Time-time nilah kau nak demam.” Omel Nashrin sambil meletakkan samping dan songkok Ashraf ke meja solek. Sharlyna hanya kaku disudut bilik sambil melihat ke arah suaminya, abang iparnya dan juga Adam yang juga sepupu mereka.
            “Salah timing lah bro kau buat drama swasta tadi. Nasib baik nenek tak kena heart attack tahu.” Adam tertawa kecil sambil tersengih nakal pada Ashraf.  Ashraf hanya tersenyum lemah.
            “Hantu gym pun boleh sakit ye? Kata stamina kuat...”semakin galak usikan Adam.  Nashrin turut menghamburkan tawa mendengar kata-kata Adam.
            “Dah ALLAH nak kasi sakit. Nak elak pon bukannya bidang kuasa aku...” dengan susah payah Ashraf menjawab.
            “Eh, ubat ni nanti jangan lupa makan. Jangan mengada nak skip. Aku karate kau karang.” Ucap Adam sambil meletakkan  plastik kecil berisi ubat-ubatan yang diberikan pihak hospital  sebentar tadi di kabinet berhampiran katil.
            “Ubat ni mengandungi dos yang agak tinggi. Ubat terkawal. Kau akan cepat mengantuk bila ambil ubat ni.”terang Adam. Wajah Nashrin dihadapannya dipandang dengan sengihan nakal sebelum keduanya menghamburkan tawa.
            Terkejut Sharlyna dengan ledakan tawa dua lelaki itu. Watak serius Adam sedikit sebanyak sudah bertukar. Lelaki itu kini kelihatan lebih cool dan santai. Dia ni ada split personality ke apa? Tadi bukan lagi seriusnya, sekarang ni dialah jokernya! Ceit!
            Apasal gelak?” soal Ashraf lemah. Aku tengah sakit-sakit ni pun budak berdua ni bantai gelakkan aku ye?
            How pity kau Ash..” Adam menggelengkan kepalanya perlahan.
            Apasal?” dengan kerutan di dahi. Aku ni dahlah pening berpusing dunia ni, kau dua orang makin tambah pening kepala aku ni ya??
            “Nampaknya kau kenalah delay your romantic first night malam ni..” usik Nashrin pula.
            Papp! Macam nak jatuh jantung Sharlyna sebaik telinganya dapat menangkap usikan nakal abang iparnya itu. First night?! MENGARUT!!
            Ashraf mendengus. Hantu punya abang. Tak ada benda lain ke kau boleh cakap untuk sedapkan hati aku ni??
            “Malas aku layan korang ni. Dah lah aku nak rehat ni. Makin pening kepala otak aku ni melayan korang.” balas Ashraf. Adam dan Nashrin sekadar mengukir senyum. Masing-masing sudah bangkit dari duduk.
            “Kitorang turun dulu ya Lynn.” pamit Nashrin. Adam hanya mengukir senyum melihat wajah Sharlyna yang sudah tertunduk-tunduk. Terlebih dos agaknya usikan mereka tadi..
            Okay, aku nak buat apa sekarang ni?’ detik hati kecil Sharlyna sebaik Adam merapatkan semula pintu kamar beradu mereka ini. Layah dan tiara dikepalanya dibuka perlahan-lahan lalu diletakkan di atas meja solek. Samping Ashraf yang diletakkan Nashrin di meja solek itu tadi dicapai lalu digantung pada penyangkut.
            “Kalau aku lari turun, lepas tu biar sajalah pakcik ni kat sini aci tak?’ otaknya merancang. Sambil tangannya membuka pintu almari bajunya. Samping tersebut disimpan ke dalam almari sambil dia mencapai sepasang baju kurung moden berserta tudung segera ber-awning. Langkahnya diatur ke dalam kamar mandi sambil matanya mencuri pandang susuk tubuh yang sedang berbaring dengan mata tertutup rapat di atas katil itu.
            Setelah siap mengganti pakaian, dengan teragak-agak dia menghampiri katil.
            “Bos..”panggilnya perlahan.
            Tiada gerakan balas.
            “Bos..” dia mencuba lagi dengan suara yang sedikit kuat berbanding tadi.
            “Ermm..” Balas Ashraf acuh tak acuh. BOS dipanggilnya aku?? Hatinya terdetik geram.
            “Bos nak saya bantu apa-apa?” soal Sharlyna. Matanya dipejam sesaat dua. Aduhai..lain yang aku rancang, alih-alih ayat skema ni juga  yang terluah.
            “No.” Ucap Ashraf sepatah. Apa dia ingat ni office? Aku ni siapa?  Bos dia ke suami dia ni?
            “Kalau macam tu, saya keluar dululah..”ucap Sharlyna lagi. Janggal sungguh suasana ketika ini. Tapi kenapa sopan sangat bahasa aku ni? Hello Lynn , sedar diri kau tu sikit, kau tu bukan lagi setiausaha dia okay. Kau kan dah letak jawatan. Lagipun sekarang kau tu isteri dia!
            Eeeuuw. Ngilu je rasa telinga ni dengar perkataan isteri tu. Aduhai, tapi...
            “...tapi tak apa ke saya tinggalkan bos sorang-sorang ni?” soal Sharlyna teragak-agak.
            “I’ll be okay without you here. Just get out.” Lancang mulut Ashraf mengucapkannya.
            Terkaku Sharlyna mendengar nada air batu itu mengucapkan sebaris kata yang telah mengguris hatinya tanpa sengaja.  Terus langkahnya diatur ke pintu kamar. Tanpa kata.
            Ashraf merenggus kasar sebaik pintu kamar dirapatkan Sharlyna. Sakit hatinya mendengar perkataan BOS yang digunakan gadis itu untuk membahasakan dirinya.
             BOSS. Again and again.
            “Kau ingat kau sorang saja yang terpaksa dengan perkahwinan ni?!” bentak Ashraf dengan nada tertahan. Wajahnya diraup perlahan. Terpaksakah aku? Hatinyanya mengiakan namun kepala pantas menggeleng tidak bersetuju. Tetapi, kenapa segalanya terasa begitu menyesakkan dadanya ketika ini?
            Cincin yang disarung Sharlyna pada jarinya ditenung lama. Ada rasa yang saling berbaur di dadanya ketika ini. Ada juga suatu perasaan aneh yang mulai bersarang disudut hatinya.
            Semakin dia memikirkannya, semakin berat terasa kepalanya. Matanya di pejamkan rapat. Berharap agar kesakitan ini akan sedikit menyusut.
            So, you wanna play this game? Okay, fine then. I’ll show you one.” Ucap Ashraf perlahan. Sharlyna akan menyesal kerana memulakan game ini.
            Surely, it will be fun..” tanpa sedar Ashraf mengukir senyuman penuh muslihat.



_____________________
Eh eh!
1. Sorry entry sebelum ni ada technical error sikit. so, sila abaikan saja.


0 comments: