My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

17 May 2012

Love Make Me Smile 10





Love 10
            Ammar Adwan senyap sambil matanya memerhatikan tindak tanduk dan gelagat wanita di hadapannya ini melayani Erina Casandra menghabiskan makanannya.
            Erina yang ceria masih menghabiskan suapan aiskrim yang di pesannya tadi. Sesekali Erina dan wanita tersebut berbalas senyum.
            Ammar Adwan masih memerhati. Hanya diam membisu, langsung tiada hati mahu masuk campur.
            Dalam diam, fikirannya melayang ke pejabat. Hari ini, seorang staff baru mendaftar diri. Lelaki. Seorang lelaki muda yang kacak bergaya. Dan, lelaki tersebut akan memulakan tugas sebagai ketua Nasha Athierah, bagi mengantikan Puan Baiti yang sudah meletak jawatan.
            Bagaimanalah agaknya keadaan Nasha Athierah di sana? Baik-baik sahajakah?
            “Papa?” sentuhan jemari kecil Erina pada lengannya membuatkan Ammar Adwan tersedar dari lamunannya.
            “Yes?” Ammar Adwan mengukir senyum.
            “Papa dengar tak apa yang Erina cakap tadi?” soal Erina dengan muka yang sudah kelat.
            “Aa?” Ammar Adwan terkebil-kebil sendiri. Cakap? Erina ada cakap apa tadi?
            “Isy, tak nak kawan dengan papa,” Erina segera meletakkan sudu ke dalam bekas kaca yang masih separuh terisi dengan aiskrim. Dia berpeluk tubuh dengan muncung panjang.
            “Erina Casandra, budak kecik yang comel lagi cantik bergaya ni, tak mau lah macam ni...”wanita itu memujuk lembut.
            “Erina tak nak pergi Singapore dengan papa.” Erina masih berpeluk tubuh.
            Ammar Adwan terkejut. Tak nak?!
            “Erina nak ikut mama. Erina nak ikut mama pergi France.” Luah Erina.
            Ammar Adwan tersentak. Membulat matanya memandang wajah Erina dan wanita muda itu silih berganti.
            “France?” soal Ammar Adwan sepatah pada wanita muda itu.
            “Erina nak ikut mama pergi sana.”Erina mula merengek.
            “No way. No!” tegas suara Ammar Adwan.
            “Apa awak cakap dengan Erina?” soal Ammar Adwan separuh berbisik.
            Wanita muda itu mengeluh lemah sambil memandang Erina.        
            “Sayang, Erina tak boleh ikut. Mama pergi sana untuk kerja, bukan jalan-jalan. Nanti mama kena siapkan kerja, Erina takutkan tinggal sorang-sorang dalam bilik hotel?” wanita muda itu mencapai tangan Erina. Sambil itu, dia mengusap kepala Erina.
            “Erina ikut papa ye? Best tau. Rugi tak pergi.” Wanita muda itu tersenyum pada Erina.
            Erina memandang lama wajah mamanya. Akhirnya, dia mengangguk juga.
            “Good girl.”
            “Jom, kita pergi playground?”Ammar Adwan memberi usul.


            Mereka melabuhkan duduk di sebuah kerusi taman. Erina pula sibuk bermain tidak jauh di hadapan mereka. Mujur sahaja kawasan sekitar taman ini redup dengan pokok-pokok rendang yang hijau memayungi bumi.
            “Lama kita tak jumpa.” Tutur wanita di di sebelahnya setelah mereka hanya diam membisu beberapa ketika.
            “Erm.” Hanya itu yang terluah oleh Ammar Adwan. Matanya masih rapat mengekori setiap gerak geri Erina. Risau andai ada sesuatu yang buruk jadi.
            “Sayang, be carefull.” Sempat Ammar Adwan berpesan pada Erina. Anak kecil itu hanya mengangguk sambil tersenyum.
            “Wan, saya...” kata-kata Dayang Safiya terganggu dengan deringan telefon bimbit Ammar Adwan.
            “Excuse me,” Ammar Adwan bangkit berjalan menjauh sedikit untuk menjawab panggilan tersebut.
            Dayang Safiya hanya memerhati perlakuan Ammar Adwan sambil mengeluh lemah. Ammar Adwan mengingatkan dia pada seorang lelaki yang amat di sayanginya suatu masa dahulu. Namun...
            “Am nak datang ambil Erina.” Entah bila, Ammar Adwan sudah duduk di tempatnya tadi semula.
            Dayang Safiya hanya mengangguk. Seketika kemudian, dia bangkit mendapatkan Erina yang sedang bermain gelungsur di tengah taman.
            Ammar Adwan mengekori dari belakang.
            “Mama! Papa!” Erina tertawa ceria. Kanak-kanak sekecil dia masih tidak mengerti tentang realiti yang sudah terjadi.
            “Papa, Erina nak main benda tu, tapi takut...” luah Erina sambil jari comelnya menunjuk arah benda yang di maksudkan.
            “Come, papa tolong,” Ammar Adwan tersenyum dengan telatah Erina.
            Erina pula tertawa suka apabila Ammar Adwan menawarkan bantuan.
            “Hi dear princess!” satu suara riang menyapa dari belakang, membuatkan  Ammar Adwan dan Dayang Safiya serentak menoleh.
            “Pak su hensem!” Erina sudah bersorak riang.
            “Haip! Janganlah jerit kuat-kuat, malulah Pak su nanti ramai perempuan ngorat,” Amir Adwa tersengih lebar sebaik menyedari jelingan abangnya Ammar Adwan.
            “Opss,” Erina cepat-cepat menekup mulutnya.
            “Kesianlah Cikgu Laila, nanti bila Pak su curang,” gumam Erina perlahan yang di sambut oleh tawa kecil Ammar Adwan.
            “Hisy, mana ada Pak su curang, tak baik tau main tuduh-tuduh,” Amir Adwa buat-buat merajuk dengan Erina yang kini sudah berada di dalam dukungannya.
            “Pak su, lelaki mana boleh merajuk macam ni. Tak macho!” petah Erina berkata.
            “Tak macho? Siapa cakap ni?” soal Amir Adwa. Abangnya dan Dayang Safiya sudah tersenyum mendengar kata-kata Erina tadi.
            “Cikgu Lailalah yang cakap.” Jawab Erina.
            “Cikgu Laila?” soal Amir Adwa terkejut. Wajah Ammar Adwan di kerling sekejap. Mak oi, apa cikgu cantik tu ajar anak sedara aku ni?
            “Cikgu cakap macam tu masa pujuk Fiziey pagi tadi. Masa tu Fiziey merajuk tak nak makan sebab ada orang rosakkan lukisan dia.” Erina menjelaskan.
            “Ohh...” Amir Adwa tersenyum mendengar cerita Erina.
            “So, dear princess, jom kita balik. Pak su ada game baru tau. Best!” Amir Adwa berkata cuba memancing minat Erina.
            “Alah, kalau game macam hari tu, Erina tak nak main. Game budak-budak mana best.” Erina memeluk leher Amir Adwa yang mendukungnya.
            “Habis nak main game apa?” soal Amir Adwa.
            “Nak main game yang papa dengan Pak su main hari tu. Tembak-tembak, barulah best!” Amir Adwa terlopong mendengar kata-kata Erina.
            “Ish, game tu susah. Erina boleh kalah nanti kalau main game macam tu dengan Pak su,” Amir Adwa memberi alasan. Gila nak kasi budak-budak main game spesis macam tu?
            “Bukan hari tu Pak su kalah dengan papa ke? Maknanya Pak su tak kuatlah kan?” soal Erina dengan dahi berkerut.
            “Haip! Suka-suka je kata Pak su tak kuat ye? Hari tu Pak su saje je kasi papa Erina ni menang,” Cehh, kenapa Erina asyik buat malu dia je hari ni? Isy, isy, tak boleh jadi ni!
            “Am bawak tuan puteri ni balik dululah ye.” Selepas mengucapkan kata pamitan, Erina bersalaman dengan Ammar Adwan dan Dayang Safiya.
            “Sorry, tak boleh lama Ayang.” Sempat Amir Adwa berkata pada Dayang Safiya. Sekadar bersopan. Dia jelas dengan apa yang terjadi dalam keluarga mereka. Dia ada pada ketika semua masalah tersebut menjadi kian runcing dulu.
            Di saat Kak Ruby meninggal dunia selepas melahirkan Erina dulu, sehinggalah Ammar Adwan yang tabah dan sabar berkorban kehidupan dia sendiri untuk membesarkan dan mendidik Erina sejak hari pertama anak kecil itu lahir ke dunia. Abangnya yang berhati keras macam batu dulu bertukar menjadi seorang ayah yang penyayang untuk Erina. Bermacam fitnah dan tohmahan di hadapi Ammar Adwan selama  dia membesarkan Erina. Namun semua itu tidak langsung mengubah kasih sayang dia pada Erina.
            Paling teruk, Ammar Adwan pernah di tuduh melakukan perbuatan keji pada kakak ipar sendiri sehingga menyebabkan kewujudan Erina. Tetapi, hakikatnya, Erina Casandra hanyalah anak saudaranya. Erina Casandra adalah anak perempuan Amran Adli, iaitu abang sulung mereka.
            Namun, keadaan memaksa Ammar Adwan mengambil alih tanggungjawab yang sepatutnya tergalas di bahu Amran Adli.
            Amir Adwa mengucup sedikit dahi Erina. Kaki mula melangkah beredar meninggalkan Ammar Adwan dan Dayang Safiya sendirian.
            “Oh, macam tu ke?” Erina buat muka sangsi dengan jawapan Amir Adwa tadi.
            “Eh, mestilah! Pak su kan polis yang kacak dan gagah perkasa.” Amir Adwa ketawa besar dengan ayat puji diri melambung tingginya tadi. Masuk bakul angkat sendiri betul!
            “Pak su, Cikgu Laila kata, kita kena sentiasa merendah diri. Allah tak suka tau pada orang yang suka riak.” Ucap Erina perlahan.
             "Riak tu apa?" soal Amir Adwa, sengaja menduga si kecil.
             "Riak tu macam Pak su lah." Erina mengekek ketawa bila Amir Adwa membuntangkan matanya.
            “Eh, cikgu cakap macam tu?” Amir Adwa tersenyum sendiri bila terasa diri di ‘sekolah’kan oleh anak sekecil Erina.
            “A’ah.” Jawab Erina dengan muka serius.
            “Bijak, jom Pak su belanja lolipop besar. Tapi jangan kasi tau papa okay?”Amir Adwa berkata sambil mengukir senyuman.
             "Okay," Erina mengangkat ibu jarinya mengisyaratkan 'OK'.
             "Macamlah abang tak dengar Am," laung Ammar Adwan dari jauh sambil di sambut gelak tawa Erina dan Amir Adwa. Konon nak rahsia, tapi dia yang cakap macam guna mikrofon tu apa kes pula?
            Ammar Adwan hanya menggeleng perlahan dengan gelagat adik lelakinya itu.



            “Terima kasih sebab benarkan saya luangkan masa dengan Erina hari ni. Hilang sikit rindu saya pada dia.” Tutur Dayang Safiya sebaik kelibat Amir Adwa dan Erina hilang daripada pandangan. Dia mengambil tempat bersebelahan Ammar Adwan.
            “Ayang, apa yang saya nak perkatakan ni, mungkin kejam untuk awak, tapi saya tak nak awak jumpa Erina lagi.” luah Ammar Adwan.
            “Wan, apa yang awak cakap ni?” soal wanita itu. Terkejut dengan ayat yang dituturkan lelaki di sebelahnya ini.
            “You hear me, Dayang Safiya.”balas Ammar Adwan.
            Wanita bernama Dayang Safiya itu tergamam.
            “Keselamatan Erina, keutamaan saya.” tanpa nada Ammar Adwan berkata.
            “Wan, dah 6 tahun Kak Ruby pergi. Sepanjang tempoh tu, Allah saja yang apa yang saya rasa.”luah Dayang Safiya.
            “Dia satu-satunya kakak yang saya ada. Kami rapat sejak kecil lagi malah kami ada banyak persamaan. Tapi tak sangka pula kami akan suka pada sorang lelaki yang sama.” Dayang Safiya menarik nafas panjang.
            “Kerana saya yang berhati busuk ni, Kak Ruby hidup terseksa. Kerana saya, rumah tangga Kak Ruby dan Abang Adli runtuh.” Dayang Safiya berkata dengan mata yang mulai berkaca.
            “Kerana saya, semua benda jadi rumit. Dan...”
            “Dan, Erina kehilangan kasih sayang daripada ibubapa dia.”mutiara jernih yang jatuh satu persatu ke pipinya di seka dengan belakang tangan.
            “Kerana saya, awak turut menjadi mangsa Wan,” wajah Ammar Adwan di pandang dengan rasa bersalah.
            “Kalau bukan kerana saya, Kak Ruby dengan Abang Adli takkan bertengkar, Abang Adli pun tentu takkan pergi. Kalau bukan kerana saya, Kak Ruby takkan hidup dalam tekanan, dan mungkin saat ini, Erina masih punya seorang ibu. Awak pula, awak tentunya tak perlu korbankan kebebasan dan kebahagiaan awak untuk jadi papa Erina kan?”
              "Saya tak pernah rasa terpaksa menjaga dan menyayangi Erina selama ni." Jawab Ammar Adwan.
            “Salah saya teramat besar untuk di maafkan,” kata Dayang Safiya sambil menyeka air mata yang makin galak mengalir keluar.
            Ammar Adwan hanya diam membisu. Buat beberapa ketika hanya sepi membalut keadaan. Dia hanya membiarkan Dayang Safiya mengambil masa untuk bertenang sendiri. Mana mungkin dia memujuk gadis itu yang jelas sedang terbeban dengan rasa bersalah padahal hatinya sendiri masih terluka dalam dengan apa yang sudah berlaku.
            “Wan, Erina adalah satu-satunya kenangan arwah. Erina sajalah satu-satunya pengubat rindu saya pada arwah. Saya harap sangat, awak boleh tolerate,” pinta Dayang Safiya.
            Ammar Adwan tertawa kecil. Sinis.
            “Baguslah kalau betul awak rasa bersalah atas apa yang terjadi. Itu bermakna, awak masih manusia. Manusia yang masih punya hati perut.” Tutur Ammar Adwan.
            Dayang Safiya senyap menundukkan wajahnya. Kata-kata Ammar Adwan tadi terasa merobek hati perempuannya. Tetapi apalah sangat rasa sakitnya itu jika di bandingkan dengan apa yang di rasai arwah kakaknya dulu?
            “Tapi, semua tu tak dapat ubah apa yang terjadi. Dah terlambat kalau awak nak menyesal sekali pun. Kak Ruby dah tak ada. Abang Adli pula, entah kat mana.” Ammar Adwan menala pandang ke hadapan. Sedikit pun dia tidak menoleh ke sisi, mencari seraut wajah adik kepada kakak iparnya, Dayang Rubiya.
            “Saya tahu semua ni dah terlambat Wan. Tapi, saya sayangkan Erina. Mak saya...”
            “Apa? Awak nak kata yang mak awak pun sayangkan Erina?” Ammar Adwan mula panas hati bila perihal ibu arwah kakak iparnya itu di sebut tadi.
            “Kenapa selepas 6 tahun, baru sekarang nak cari Erina? Baru sekang nak terhegeh-hegeh kata sayangkan dia?!” soal Ammar Adwan, dengan suara yang sedikit tertahan. Mengenangkan mereka sekarang di tempat awam, dia berusaha juga menyabarkan hatinya daripada menengking wanita di hadapannya ini.
            “Wan, Erina perempuan. Sepatutnya, waris dari pihak ibu yang dapat hak penjagaan Erina. Awak lelaki, awak takkan dapat menguruskan Erina sebaiknya. Tambahan pula, awak masih bujang.” Dayang Safiya meluahkan bicaranya. Dia risau mengenangkan agenda ibunya untuk merampas Erina daripada jagaan Ammar Adwan sekeluarga.
            Sekali lagi Ammar Adwan tertawa sinis.
            “Kenapa selepas 6 tahun, baru masalah ni di bangkitkan?” soal Ammar Adwan.
            “Wan, saya...”
            “Dayang Safiya, sepanjang Kak Ruby mengandung, sekali pun awak mahupun mak awak tak pernah bertanya khabar kan? Bila Kak Ruby kena admitted ke wad pun, batang hidung korang tak nampak langsung. Semua ni sebab awak. Sebab awak, mak awak buang Kak Ruby,”
            Dayang Safiya tunduk menahan sendu. Ya, memang dia salah. Semua yang di katakan Ammar Adwan itu benar belaka sehingga dia tidak tahu mahu menjawab apa.
            “Sampai hari pengebumian Kak Ruby pun, tak ada seorang ahli keluarga dia iringi jenazah ke kubur...” Ammar Adwan berjeda seketika. Dia menarik nafas panjang, menstabilkan perasaannya kembali. Wajah tenang cuba di pamerkan walhal matanya sudah memerah menahan rasa sedih berbaur kecewa dan marah.
            “Sejak Erina lahir, saya berjanji saya akan besarkan dia macam anak kandung saya sendiri. Ibu saya dengan Am yang banyak membantu selama ni. Kami sayangkan Erina lebih daripada segalanya.” Ammar Adwan meluahkan rasa hatinya.       
            “Saya tahu Wan. Tapi saya juga sayangkan Erina. Kami juga ada hak untuk berjumpa dengan dia. Erina anak kakak kandung saya Wan, awak jangan lupa tu.” Dayang Safiya membalas kata Ammar Adwan.
            “Kakak awak? Mungkin saya terlupa yang Kak Ruby, masih ada keluarga selama ni,” sinis ayat yang di ungkapkan Ammar Adwan.
            “Wan,” Dayang Safiya makin terluka dengan tajamnya kata-kata seorang Ammar Adwan.
            “Awak boleh buat seperti tak ada apa-apa yang berlaku ketika kami khabarkan pemergian Kak Ruby serta kehadiran Erina Casandra 6 tahun lepas, jadi kenapa tidak awak buat macam tu untuk selamanya?” tungkas Ammar Adwan.
            “Wan, saya...”
            “Erina bahagia sekarang ni. Di bawah jagaan saya, Am dan ibu kami. Dia tak perlukan awak, mahupun mak awak.”Ammar Adwan menghela nafas.
            “Wan, awak tak boleh buat macam ni...awak tak boleh pisahkan kami,” Dayang Safiya segera mencapai lengan Ammar Adwan yang sudah bangkit untuk beredar.
            “Kenapa pulak tak boleh?” soal Ammar Adwan.
            “Saya...” dengan mata berkaca, Dayang Safiya membalas pandangan Ammar Adwan.
            “Erina dah anggap saya seperti ibu dia...awak tak boleh pisahkan kami Wan, saya tak nak Erina sedih... saya,”
            “Stop it Ayang. Erina tak perlukan orang seperti awak untuk jadi ibu dia,” tegas nada Ammar Adwan sambil dia merungkai pegangan Dayang Safiya di lengannya. Segera langkahnya di bawa pergi daripada situ.
            “Mak saya kan fight perkara ni dekat mahkamah Wan.”
            Suara Dayang Safiya di belakang membuatkan Ammar Adwan mati langkah.
            “Saya terdengar perbincangan mak saya dengan lawyer dia tempoh hari. Mereka nak gunakan alasan yang awak masih bujang dan tidak mampu memberikan Erina sebuah penjagaan yang sempurna. Selain tu, mungkin ada beberapa hal lagi yang akan di bawa ke tengah. Saya risau Wan. Saya risau sebab saya cukup kenal mak saya. Dia akan buat apa saja untuk dapat apa yang dia nak.”kata-kata Dayang Safiya membuatkan darah Ammar Adwan menggelegak panas.
            “Saya tak mahu emosi Erina terganggu gara-gara kes ini. Saya nampak kegembiraan Erina di samping awak dan keluarga awak Wan. Tapi, jujur saya risaukan keengganan awak membenarkan Erina berjumpa dengan mak saya ni,  berkemungkinan besar akan buat awak  kehilangan kuasa dan hak penjagaan dia Wan.”luah Dayang Safiya.
            “Silakan. Silakan bawa ke mahkamah. Saya tak takut.” Ucap Ammar Adwan. Yakin, kerana jika itu yang di bangkitkan oleh wanita tua itu nanti, dia sudah ada sesuatu yang kuat untuk melawan kembali. 
            “Apa pun terjadi, saya takkan serahkan Erina.” Sejurus selesai berkata-kata, Ammar Adwan terus berlalu pergi. 
            Dia perlu bergegas semula ke pejabat kerana masih ada hal yang perlu di awasinya di sana. Hatinya jadi tak tenang sejak awal pagi tadi lagi. Bos baru Nasha Athierah itu perlu di perhatikan gerak gerinya.
           
           
           



Hati mungkin sudah mampu memaafkan, namun untuk melupakan, ianya memakan masa bertahun. 

___________________________________
Hi:)
1. Abang Ad kita bukan duda ye;)
2. Ayang = Dayang Safiya. Nama mesra dia Ayang.
3. Siapa pula ketua baru Sha yang buat Abang Ad tak senang duduk ni? nanti kita cerita lain kali ye.
4. Pada yang singgah baca, terima kasih. 
5. Pada yang singgah baca dan tinggalkan komen, Thanks alot, anda kekuatan saya untuk terus menulis.
6. Pada yang rasa tak puas hati / dan rasa cerita ni boring, maaf, saya tak mungkin dapat puaskan hati semua orang. 

9 comments:

mizz acu said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Haihhh.. Tetiba rasa lega sbb ad xkawen lg. Ekekekekekee..
Oh.. Means papa kandung erina masih hidup?? Baiknyaa ad nni.. Tp cmne lak erina tu leh pggl ayang tu mama plak?
Harap sgt kalo abg ad blk pon.. Xakan pilih dayang tu utk kawen. Xsukanya pompuan perangai cmtu

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hee:P
Yupp, papa kandung Erina masih hidup somewhere kat muka bumi ni.
Kita tunggu sama2 macammane akhirnya ye:)

fatiah yusoff said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best2... kesian Erina jadi mangsa percaturan cinta makciknya... harap2 adwan tabah menghadapi tuntutan mahkamah nanti.

nak new n3... xsabar

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mintak mintak erina dapat terima nasha jadi mom die.
ammar jelous dengan pekerja lelaki yg baru masuk tu.
sweet. tuggu next n3.

CikLaila said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wah.. cpt2 sambung next n3.. cerita yg best

JO said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

menarik dengan banyak persoalan nie???

aqilah said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best!!!!!!!!!
followwwwwwwwwwwwwwwwww

HaNa91 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

otak sudah aktif mmbuat konklusi plot cerita sendiri.

haha..part nk survey ketua baru Sya tu comel.. Sya tu Erina versi besar mungkin? ^^

kanda, cepat sambung!

Aida Sherry said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

semakin banyak persoalan..... semakin rasa ingin mengetahuinya.... moga tak lama nak menunggunya....