My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

09 May 2012

Aurora Hidupku 13


Aurora 13



            “Wa’alaikumsalam..”gumam Sharlyna lemah. Bayang Zaara semakin menghilang. ‘Kau tak kesiankan kawan kau ni ke Zaara...’ hatinya merintih sayu. Apalah nasib diriku..hurm...
             Pandangannya di tala ke segenap ruang dapur sebelum langkahnya diatur ke anjung rumah. Beberapa cawan kotor di capai lalu diisikan ke dalam dulang yang berada berhampiran.
            “Eh Lynn, biar Kak Odah buat nanti..”dulang ditangan Sharlyna sudah bertukar tangan.  
            “Tak apa Kak Odah, sikit je ni. Biarlah Lynn buat..”Sharlyna mencapai beberapa lagi cawan kotor lalu di letakkan kedalam dulang.
            “Akak kata tak payah. Awak tu pengantin, mana boleh buat kerja-kerja ni...” cawan ditangan Sharlyna sudah diambil Kak Odah.
            “Dah lewat ni, kamu masuk rehatlah..”ucap Kak Odah dengan muka serius.  Sengaja dia tayang muka serius begitu, jika tidak budak seorang ni bukannya nak mendengar kata.
            “Awal lagi ni kak, tak apalah Lynn boleh buat, lagi pun Kak Odah dah penat sehari suntuk tolong buat persiapan ni..” Sharlyna serba salah dengan jiran sebelah rumahnya ini.
            “Kamu je yang kata awal. Kesian cik abang kamu kat atas sana tu. Entah-entah dah sampai terlelap tunggu kamu,” tutur Kak Odah dengan senyuman di bibirnya.
            Sharlyna terdiam. Kak Odah pun?
            “Dah, pergi rehat sana..”Gesa Kak Odah lagi apabila di lihatnya, Sharlyna hanya membatu tidak berganjak.
            “Masuk rehat Lynn, nanti esok muka sembab pula..” sampuk Mak Leha pula.
            “Err...” Sharlyna sengih sambil tangan naik menggaru kepala yang berbalut tudung.
            “Kak Odah nampak bonda tak?” Sharlyna tertinjau-tinjau kelibat bondanya, namun hampa.
            “Oh, dia pergi jenguk keluarga suami kamu kat resort dengan Ita tadi..”jawab Kak Odah. Sharlyna mengangguk lemah.
            “Masuk dulu kak..”ucap Sharlyna sekadar bersopan. Mak Leha sudah menghilang ke hadapan. Kasihan jiran-jirannya yang sudah berpenat lelah membantu dari awal pagi tadi sehingga malam begini.
            “Terima kasih akak, sudi  tolong Lynn dengan bonda buat semua ni..”ucap Sharlyna sambil memandang ke wajah Kak Odah. Kak Odah sekadar tersenyum. Dia tahu masalah keluarga yang menimpa Sharlyna dan ibunya Suhana. Saudara-maranya tidak seorangpun yang datang ke majlis pernikahan petang tadi.
            “Perkara kecil je Lynn, kita hidup berjiran ni kenalah tolong menolong, baru hidup harmoni..”balas Kak Odah.
             “Akak ni dah lama kerja dengan bonda Lynn. Kalau tak ada bonda Lynn, akak tak tahulah apa jadi dengan nasib akak dan anak-anak akak tu..”sayu Kak Odah menyambung. Sejak di ceraikan suaminya beberapa tahun lalu, hidup dia dan anak-anak terabai. Sedikit pun bekas suaminya tidak mengambil tahu berkenaan nafkah anak-anak mereka. Bonda Sharlynalah yang banyak membantu dia selama ini. Budi baik Puan Suhana tidak mungkin akan di lupakannya sampai bila-bila.
             “Terima kasih akak..” Sharlyna memeluk Kak Odah.
            “Dah..dah, jangan cari alasan lagi. Cepat naik atas berehat..”Kak Odah menepuk bahu Sharlyna perlahan.
            ‘Isy, Kak Odah ni..Lynn tak nak naik boleh? Nak tumpang rumah akaklah....’ rumah Kak Odah yang berada tidak jauh dari rumahnya dipandang sayu.
            Dengan langkah lemah Sharlyna akur juga. Baru je dapat idea nak elak masuk bilik ‘puaka’ tu, tapi malangnya semua orang tak jadi sporting macam selalu. Semua nak halau aku masuk bilik tu. Hisy!
            ‘Nak masuk ke tak?’ otak masih mempertimbangkan, namun tombol pintu dipulas juga perlahan-lahan. Kepalanya dijengukkan ke dalam ruangan bilik yang masih terang benderang. Eh? Mamat ni kira hebat jugalah dapat tidur dalam keadaan terang benderang macam ni kan?
            ‘Baik aku pakai plan B!’ bibir mengukir sengihan lebar sambil laju saja langkahnya diatur menuju ke almari bajunya. Sehelai baju T putih bersaiz L dan sehelai kain batik di capai. Laci bahagian bawah almarinya dibuka. Sehelai inner shirt dan juga sepasang legging hitam turut dibawa keluar. Segera langkahnya diatur menuju ke bilik air. Plan B- rupa budak kampung yang kolot. Biar dia tak rasa menyesal kahwin dengan aku. HEHE.
            Sharlyna keluar dari bilik air setelah lengkap berpakaian dan berwudu’. Langkahnya diatur ke meja solek. Sempat sekujur tubuh yang sedang lena di atas katil, dikerlingnya sesaat.
            “Demam dia dah okay ke belum?” deras sahaja langkahnya di bawa merapati katil. Risau juga hati ni. Dibuatnya demam mamat ni makin teruk, tak ke jadi kes naya bila aku kena bersanding sorang-sorang atas pelamin tu esok?
            Telapak tangannya dilekapkan ke dahi lelaki itu. Tanpa sedar senyuman lega terukir dibibirnya. ‘Dah kurang panas..’bisik hatinya. Tangan sudah di alihkan dari dahi Ashraf sambil matanya bergerak ke arah rak penyidai telekung di sebelah almari. Erk?
            Sharlyna tepuk dahi. ‘Yang kau gatal pergi sentuh laki kau ni apa pasal??’. Langkahnya diatur kembali ke bilik air untuk mengambil wudu’ semula.
            Usai mengambil wudu’, dia bergerak ke rak telekung dan sejadah.
            Sejadah di hampar di atas lantai yang beralas permaidani sebelum dia menyarung telekung dan bersegera menunaikan solat Isya’ yang sudah tertangguh beberapa jam. Usai memberi salam dan berdoa, pandangan dan tumpuannya di curi oleh meja solek di sisi kirinya.
            Sharlyna melabuhkan duduknya di kerusi meja solek. Telekung masih tersarung elok ditubuhnya. Laci utama meja solek itu di buka perlahan. Sebuah album gambar di bawa keluar. Kulit album di selak dengan hati yang bergolak menahan rasa. Wajah 4 orang kanak-kanak sedang mengukir senyuman manis. Dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Helaian album tersebut diselak lagi. Wajah Zaara yang sedang tersenyum manis sambil Haikal berdiri disebelahnya. Ketika ini Haikal dengan baik hatinya menawarkan diri untuk mengajar Zaara menaiki basikal. Riuh betul saat itu dengan mulut becok Zaara yang hampir sahaja menjadi ‘superman’ versi perempuan apabila basikal Haikal yang ditunggangnya nyaris terbang, terbabas ke paya.
            ‘Rindunya zaman kanak-kanak tak cukup umur  tu..’ album gambar diselak lagi. Papp! Terasa bagai jantungnya direntap keras.
            Gambar lelaki itu sedang mengukir senyum. Gambar semasa Haikal dan Shah memenangi kejohanan bola tampar daerah. Ketika itu Shah sememangnya handal bermain bola tampar. Di sekolah, selain bakatnya dalam bola tampar, dia juga adalah ketua pelajar sekolah mereka. Shah memang lelaki yang sempurna di matanya. Pandai mengaji sehingga membawa nama daerah ke kejohanan tilawah al-Quran peringkat negeri. Menjadi imam yang sering kali mengimamkan solatnya sewaktu di bangku sekolah dulu. Teman rapatnya sejak kecil yang sering ada di saat dia berhadapan kesusahan. Pernah juga menjadi teman tapi mesranya..
            ‘Ah! Semua itu hanya kenangan..’tanpa sedar air mata mengalir lesu dipipinya. Sukarnya untuk melupakan kenangan lama ini...
            Sejak majlis kecemerlangan dulu itu, tidak pernah sekali pun dia bertemu dengan lelaki bernama Shahrul Shah ini. Keluarga lelaki itu juga sudah berpindah ke Melaka kerana ayahnya yang sudah ditukarkan ke situ.
            ‘Kenapa buat Puteri macam ni Shah?’ Hatinya berbisik sayu. Kenapa lelaki itu secara tiba-tiba menghilangkan diri tanpa berkata apa-apa padanya? Tanpa menitipkan sebarang pesanan buatnya? Tegar sungguh lelaki itu membiarkan dia hidup bertemankan harapan palsu selama ini...
            Sharlyna tidak mampu menipu dirinya lagi. Sejak Haikal muncul tiba-tiba petang tadi, ada rasa aneh yang bertamu dijiwanya. Rasa rindu kepada lelaki bernama Shahrul Shah ini. Ya ALLAH..apa patut aku buat ni..?
            Album gambar tersebut di dakap erat ke dada. Pergilah kenangan, pergilah jauh. Tiada lagi ruang buat lelaki bernama Shahrul Shah ini di dalam hidupku mulai detik ini...

            Sharlyna menyudahkan Qiamnya dengan solat hajat. Cuba mencari kekuatan yang  seakan hilang tadi. Cuba mengusir rasa ragu-ragu yang mengetuk hatinya dengan mendekatkan diri kepada yang Maha Pencipta. Bibirnya tidak henti mengucapkan tasbih dan tahmid kepada yang Maha Kuasa.
           
            Ashraf membuka matanya perlahan sebaik merasakan gegaran pada bantalnya. Galaxy S di capai perlahan.
            “Hello..” ucapnya perlahan.
            “Eh, pengantin baru! Kau ni dah bangun belum?” soal Nashrin dihujung talian sebaik panggilannya bersambut.
            “Erm..nak bangunlah ni..” jawab Ashraf sambil menggeliat malas di atas katil.
            “Hah, bagus! Cepat bangun solat subuh, nanti nak kena mandi lagi kan? Sekarang dah pukul 6.15 ni..” Nashrin mengingatkan. Bajet dirinya abang mithali. Padahal mithalinya dia ketika ini adalah bersebab. Adam yang sibuk menekap telinga di sebelahnya turut menahan tawa.
            “Bro, subuh apanya kau ni? Maghrib pun belum..” Ashraf menggesel matanya. Aku baru je tidur kejap tadi, takkan dah subuh? Budak Nashrin ni nak bodoh-bodohkan aku ke?
            “Maghrib?! C’mon Ash...dah subuh lah wei, tidur mati ke kau malam tadi ha?! Jangan kata maghrib dengan isya’ kau dah terbang melayang...”Tinggi suara Nashrin dihujung talian.
            Eh?
            “Dah SUBUH?!” terus mata Ashraf membulat. Gelabah dia memeriksa jam. Biar betul?!
            Segera Galaxynya di pandang sesaat dua.
            “Ahh!! Rugi betul...”gumam Ashraf perlahan. Misi balas dendamnya pada Sharlyna terlepas macam tu saja. Tak ke rugi besar tu?!
            “Rugi betul?” Nashrin gelak besar di hujung talian. Adam pula sudah terguling-guling ketawa.
            Ashraf garu kepala yang tak gatal. Eh? Mamat ni masih..Alamak aii...!
            “Heh, dah lah! Aku nak bangun subuh ni, thanks kejut aku.” Ucap Ashraf laju. Malas mahu melayan abang kembarnya itu. Makin sakit telinga dan hati aku ni dengar dia gelak macam tu. Ciss!
            “Hey...wait!” sempat Nashrin menahan. Tak menyempat betul, adik aku ni!
            “Apa lagi? Dah lambat nak subuh ni..”soal Ashraf acuh tak acuh. Sempat dia memandang ruangan sebelahnya. Eh? Mana minah kecik ni pergi?
            “Belum sempat rasmi lagi ke ni?” soal Nashrin nakal. Ashraf sengih geram. PENYIBUK sungguh abangnya ni!
            “Dahlah, malas aku layan kau. ” Balas Ashraf  lantas meletakkan panggilan. Makin di layan, makin buat aku gila pula nanti. Haisy!
            Galaxy S di letakkan ke atas tilam. Sambil dia bangkit 90 darjah di tengah katil. Mana minah kecik kerempeng ni lari?
            Matanya terhenti pada sekujur tubuh berbungkus kain putih berhampiran meja solek. Heh perempuan ni! Nak menakutkan aku pagi-pagi ni ada je.
            Langkahnya diatur ke arah tubuh kecil molek yang sedang lena beralaskan sejadah yang masih lengkap bertelekung itu.
            Dia duduk bercangkung bersebelahan Sharlyna yang masih lena. Ashraf diam sejenak memikirkan sesuatu.
            Perlahan-lahan telekung Sharlyna ditanggalkan. Setelah itu tubuh gadis itu yang masih menyarung tudung dikepalanya di cempung ke katil peraduan.
            Tubuh kecil itu diletakkan di atas katil. Ashraf kembali berbaring sambil menongkat kepalanya ditempat tidurnya tadi.
            Wajah polos Sharlyna yang masih lena dipandang lama. Wajah yang suatu masa dahulu hanya mampu dipandangnya dari jauh, kini sudah menjadi miliknya. Hampir 3 bulan bekerja bersama gadis bernama Puteri Balqish Sharlyna ini, membuatkan dia sedikit sebanyak sudah dapat memahami hati budi gadis ini.  Dan pastinya dia yakin tentang sesuatu berkenaan gadis ini.
            Gadis ini punya prinsip hidup yang utuh. Maruah adalah nyawanya. Dia berusaha kuat mempertahankannya selama ini. Tanpa sedar fikirannya melayang pada peristiwa di mana dia meminta Sharlyna menanggalkan hijab di kepalanya serta tampil lebih sofistikated tanpa jubah serta baju kurungnya itu sesuai dengan imej syarikat yang semakin melakar nama dipersada antarabangsa. Atau jika tidak, dia akan diberhentikan daripada jawatan yang di sandangnya ketika itu. Namun 30 minit kemudian Sharlyna muncul bersama sepucuk surat.
“Saya nak bos tahu, saya sendiri yang akan letak jawatan. Tak perlulah boss nak susahkan diri pecat saya. Saya rela resign daripada dedahkan aurat saya semata-mata demi boss dan polisi etika pemakaian pelik petala kelapan syarikat ni.”yakin Sharlyna dengan keputusannya.
“Saya silap menilai awak Encik Ashraf. Silap saya sebab memilih untuk menghadiri temuduga syarikat ni dulu. Tapi cuma satu saya nak cakap, saya rasa imej pemakaian sopan mencerminkan tahap profesionalism yang tinggi. Kita buat bisness jual kereta. Bukan jual badan. Klient nilai kita sebab potensi kita.” Sinis kata-kata Sharlyna.
Niatnya untuk menguji serta menduga Sharlyna nyata telah menghuru harakan terus GD motor International selama beberapa hari. Jadual kerjanya jadi tidak terurus sejak ketiadaan Sharlyna. Niat asalnya, dia hanya ingin memastikan gadis yang berjaya mencuri perhatiannya itu istimewa serta lain dari kebanyakkan wanita yang pernah ditemuinya. Tambahan pula dia masih trauma untuk menyemai rasa cinta terhadap wanita.
Namun ada satu rasa berkembang mekar di dalam hatinya setiap kali dia memandang wajah Sharlyna. Gadis kecil molek itu nyata punya aura tersendiri yang mampu membuatkan jantungnya berdebar tak bersebab.
Ashraf tersenyum mengingati satu persatu kenangan dia bersama Sharlyna dahulu. Tanpa sedar ringan sahaja tangannya naik mengusap pipi mulus gadis itu. Lebih gila apabila tangannya itu begitu ‘rajin’ untuk membukakan tudung yang masih membaluti kepala Sharlyna.
‘Perempuan ni tak rimas ke?’ detik hati kecilnya.
‘Eh, kalau perempuan ni mengamuk sebab aku berani buka tudung dia macam mana?’ setelah selamat tudung Sharlyna ditanggalkannya baru nak terfikir?
‘Dia cakap, aurat dan perhiasan dia untuk lelaki yang bergelar suami dia je kan?’ Ashraf tersenyum.
“Dan sekarang aku suami dia..” sengihannya makin lebar. 
Jemarinya bermain dengan anak rambut Sharlyna sambil matanya masih setia merenung setiap inci wajah dihadapannya ini.
Baru dia sedar yang isteri ‘kesayangan’nya ini sedang menyarung sehelai baju tee besar gedabak. Rasanya perempuan ni guna saiz S, tapi kenapa nak guna saiz L macam ni? Dah macam layang-layang je gayanya. Besar yang amat kut? Tak sesuai sungguh.
Pandangannya turun meneliti keadaan baju T besar itu di tubuh Sharlyna. Eh?
‘Awas, gelombang radioaktif! JANGAN SENTUH.’ Begitulah rangkaian tulisan bercetak dengan warna merah siap dengan lambang radioaktif menghiasi sisi hadapan baju tersebut. Ashraf tersenyum lagi. Ganas mak oii baju bini aku ni.
 Comel betul. Siap dengan inner shirt kaler hitam lagi.  Ada jugalah orang nak masuk tidur pun pakai baju berlapis-lapis macam ni ye? Motif?
Pandangannya bergerak turun ke kaki pula. Kain batik yang dipakai Sharlyna terselak sampai ke betis. Eh? Yang pakai kain batik siap ber-legging ni fesyen mana pulak? Pelik sungguh taste fesyen perempuan ni!
Namun senyuman nakal segera terukir dibibirnya.  Tangannya di gerakkan dihadapan wajah Sharlyna. Namun tiada reaksi balas ditunjukkan oleh gadis itu menandakan dia masih lena diulit mimpi.
 ‘Tak dapat malam tadi, sekarang pun okay..’ bibirnya tersengih nakal.
Perlahan-lahan Ashraf membuang baju t-shirt dari tubuhnya. Tubuh Sharlyna di iringkan supaya menghadapnnya. Tidak cukup dengan itu, bagi menjayakan lagi rancangan nakalnya ini, tangan Sharlyna dibawa kepinggangnya seolah-olah gadis itu sedang memeluknya. Kepala Sharlyna diangkat lembut, penuh hati-hati lalu di letakkan di atas sebelah lengannya bagi merapatkan lagi kedudukan mereka. Terus wajahnya dirapatkan ke wajah Sharlyna.
“Puteri Balqish Sharlyna, bangun sayang..”bisik Ashraf perlahan ditelinga Sharlyna sambil sebelah tangannya masih mengusap lembut pipi Sharlyna.
“Erm..”Sharlyna menjawab malas dengan mata yang masih mengecil. Sebaik terasa ada sesuatu yang sedang menyentuh pipinya, segera matanya terbuka luas. Benda pertama yang menyapa pandangannya adalah wajah Ashraf yang sedang mengukir senyum.
“Awak buat apa ni?” berkerut wajah Sharlyna. Namun dia tidak mampu langsung menggerakkan tubuhnya. Kaku sekakunya didalam dakapan lelaki itu.
“Buat apa?” Ashraf bertanya kembali dengan suara yang sengaja di lembutkan. Romantik habis wa cakap sama lu beb!
“Kenapa..?” soal Sharlyna seakan bercelaru. Apa semua ni?!
Ashraf tidak membalas. Hanya tangannya masih mengelus lembut pipi Sharlyna sehingga perlahan-lahan turun ke leher gadis itu.
‘Eh? Mana tudung aku ni?’ juraian rambutnya di bahunya membuatkan mata Sharlyna membuntang besar. MANA TUDUNG AKU TERBANG ni??
“Awak? Tanggalkan tu..tudung..saya??”Sharlyna seperti hilang kata. Matanya tepat menikam anak mata kebiruan milik Ashraf.
More than that..”Bisik Ashraf. Sengaja.
“Apa awak..?” Sharlyna tidak sanggup meneruskan bicaranya.
You yang mulakan dulu semalam kan? Dah lupa?”Ashraf tenang mengatur cerita palsunya.
“Hah?!” Sharlyna jatuh rahang. Aku buat apa semalam?!
You took off  my...shirt,”Ashraf masih tenang. Segera Sharlyna memeriksa keadaan Ashraf. Buntang matanya melihat keadaan lelaki itu yang shirtless.
GILA! Tak, tak...aku tak buat apa-apa...dia, dia tak buat apa-apa kat aku kan? Dia tipu je kan? Semalam tak jadi apa-apa kan?
Sharlyna resah sendiri.
“Ap...apa yang dah jadi ni..?” Sharlyna bertanya lanjut. Semua ni GILA belaka. Tapi pelik sebab dia tak ingat apa-apa pun pasal semalam..
“Rasmikan you.”ucap Ashraf selamba.
Mencerlung mata Sharlyna mendengar sebaris kata Ashraf yang cukup bersahaja. “Apa yang awak gila sangat ni?!” marah Sharlyna dalam nada yang tertahan-tahan. Astagfirullah! Apa dah jadi ni? Musnahlah masa depan aku macam ni...musnah..musnaahhh!!
“Lepaskan saya!” pinta Sharlyna dengan nada tegas.
Ashraf mengukir senyum. “Siapa yang patut lepaskan siapa sebenarnya ni?”soal Ashraf sambil membuang pandang ke arah tangan Sharlyna yang masih melingkar di pinggangnya.
Terus Sharlyna tegak 90 darjah. ‘Apa kau buat ni Lynn??!’ terus dia memeriksa badannya. Masih lengkap berpakaian. Ehem. Dan juga perisai leggingnya. Dah tahu diri sendiri tidur lasak dan dah semestinya tak berapa nak reti pakai kain batik, jadi kenalah sarung legging sekali semalam. Seketika kemudian, pandangannya terbang semula ke arah Ashraf yang hanya berseluar bermudanya tanpa baju.
Eh? Betul ke dah jadi sesuatu pada aku ni?
Ashraf hampir terhambur tawa melihat wajah kusut Sharlyna. Risau benar gayanya. ‘Cukuplah untuk hari ni..’ agendanya untuk balas dendam hal ‘gigitan takkan mati’ dilehernya ini terpaksa dibatalkan. Subuh perlu di kejar kerana masa terus berjalan. Karang ada pula yang terbabas subuh pulak. Lagipun, esok masih ada..
Ashraf bangkit dari katil. Langkahnya diatur ke rak penyidai bersebelahan dengan meja solek. Kesan luka semalam masih jelas kelihatan.
“Ganas juga you ni sayang..”lembut sahaja suara Ashraf berkata-kata.
“Hah?” Sharlyna terpinga-pinga. Apa lagi ni??
“Dah lupa..’love bite’ versi gengster kau ni?” Ashraf tersenyum sinis pada Sharlyna.
“Err..” Sharlyna garu kepala yang tak gatal. Bukan salah akulah!
“Bagus juga kalau orang lain nampak benda ni..” Ashraf kembali menilik figuranya di cermin.
“Biar dorang tahu betapa ‘GANAS’nya perempuan bernama Puteri Balqish Sharlyna ni..”Ashraf tertawa kecil. Padan muka kau perempuan.
Namun tiba-tiba ada benda berlaga dengan kepalanya. Hampir saja dia tersungkur mencium cermin meja solek apabila tiba-tiba sebiji bantal melayang tepat ke kepalanya. Hisy! Perempuan ni main kasar nampak?
“Bos buat apa kat saya?” teragak-agak Sharlyna bertanya. Muka comel dia dengan rambut kusut masai ala-ala sudah ‘diapa-apakan’ itu sudah buat aura mahu menangis.
“Buat apa? Tak ada apalah. Aku bergurau je tadi tu..hahaha..”Ashraf menjawab geram. BOSS? Dia panggil aku boss lagi?!
Sharlyna yang baru sahaja ingin menarik nafas lega kembali hilang nafas apabila Ashraf menolak tubuhnya lembut ke hujung kaki katil.   
“Baru je nak mula sekarang..”ucap Ashraf perlahan sambil merenung dalam wajah kusut Sharlyna yang sudah jelas ketakutan di hadapannya.
“Apa ni??” soal Sharlyna. Namun, Ashraf segera meletakkan jarinya ke bibir Sharlyna. Seketika, dia menguntum senyuman manis
‘Bonda..tolong..’rintih hati kecil Sharlyna.
“Nampak ni?” soal Ashraf sambil menunjukkan kesan luka kecil di lehernya. Perlahan-lahan Sharlyna mengangguk. Kesan luka yang masih kemerahan angkara gigitannya semalam. Tapi dia buat macam tu untuk pertahankan diri, jadi kira bukan salah dialahkan?
“Aku nak kau dapat balasan yang sewajarnya.”ucap Ashraf dengan suara yang lembut. Sekali lagi pipi Sharlyna dierlus lembut.
Sharlyna memandang wajah Ashraf yang semakin hampir dengannya. Nak lari dah terlambat sangat sebab Ashraf dah kepung tubuh dia dengan lengannya. Aigoo..
Sorrylah bos, semalam tu sebab boss jugak yang cabar saya. Saya cuma nak pertahankan diri saya je..” tubuh Ashraf sedaya upaya cuba dihalang dari semakin hampir dengannya.
“Oh, sorry?” Ashraf tertawa kecil. “Kalau lah ‘sorry’ kau tu boleh hilangkan kesan  ni, tak apalah jugak..”Ucap Ashraf lagi.
“Kau tak fikir ke macam mana aku nak kena keluar jumpa orang dengan kesan yang jelas nyata dan terang ni angkara kau?”ucap Ashraf lagi. Jarak mereka hanya terpisah dengan jarak Ashraf yang bertongkat lengan di atasnya.
“Kita ni pengantin baru, orang mesti akan fikir bukan-bukan punya walaupun hakikatnya istilah pengantin baru ini tidak memberi apa-apa erti langsung pada kita..”mata Ashraf masih pada wajah Sharlyna.
“Cuba kau fikir sikit pasal maruah aku sebagai suami kau yang patut kau jaga sebaik mungkin..”ucap Ashraf lagi.
“Tapi benda dah jadikan, awak nak saya buat macam mana?” soal Sharlyna pula. Nak meraung pun dah tak guna. Tapi siapa yang cari pasal dulu semalam?
“Memanglah benda dah jadi...”Ashraf bersuara perlahan sebelum kembali menayangkan senyuman manisnya.
At least, biarlah berbaloi aku kena tadah telinga dengar suara sumbang orang lain nanti..”tenang Ashraf berkata.
“Ha?” Sharlyna tak faham. Pagi-pagi macam ni, lagi-lagi baru bangun tidur memanglah otak tak dapat berfungsi dengan baik.
“Kalau aku buat something kat kau, kira tak adalah sakit hati sangatkan kalau aku kena dengar dorang cakap yang bukan-bukan pasal kita? Kira berbaloilah sikit..”Ashraf sengih nakal.
“Maksud..?” Soal Sharlyna dengan dahi berkerut. Ashraf membiarkan soalan Sharlyna sepi tanpa jawapan. Biar dia jawab secara praktikal. Mungkin gadis di hadapannya ini akan lebih faham.
Sharlyna masih berkerut dahi, tak faham dengan kata-kata Ashraf tadi. Namun sebaik terasa ada sesuatu yang hinggap di pangkal lehernya membuatkan Sharlyna membuntang mata, tak percaya. Lelaki ni nak balas dendam secara cash ke apa?!
“Apa ni?”dengan susah payah Sharlyna mahu menolak tubuh Ashraf yang begitu rapat dengannya. Hangat nafas Ashraf yang menampar kulit lehernya semakin membuatkan Sharlyna hilang rentak denyutan nadinya.
“Bos, please..jangan..”separuh merayu suara Sharlyna meminta Ashraf memberhentikan perlakuannya dirasakan Sharlyna benar-benar gila.
Too little too late..”Ashraf menyelak rambut Sharlyna yang sedikit berselerak sehingga membataskan pergerakannya.
“Bos, please..” hampir menangis Sharlyna apabila Ashraf sedikit pun tidak mendengar rayuannya tadi.
Seketika kemudian, Ashraf duduk tegak ditengah katil. Puas hatinya kini. Fair and square. Langkahnya diatur menuju ke bilik air dengan senyuman yang masih belum cair. Karma  happens  yaa. Please take note sayangku Puan Puteri Balqish Sharlyna.
Sharlyna masih tidak berkutik di atas katil sambil matanya mengerling langkah Ashraf yang menghilang di sebalik pintu bilik air. Pengajaran untuk hari ini. Jangan cuba bermain dengan api. Dan lelaki itu, dia tidak pernah bermain-main dengan kata-katanya.
Dia patut ingat perkara yang satu ini. Dia sememangnya sudah arif dengan perangai dan ego tinggi melangit Ashraf tetapi kenapa seperti ada rasa lain yang bertandang dihatinya tadi?
“Cepatlah mandi sana. Dah 6.35 ni..” ucap Ashraf yang sedang berjalan keluar dari bilik air menuju ke bagasinya.
Lamunan Sharlyna mati serta merta. Segera dia bangkit. Tuala dari penyidai dicapai sambil kakinya melangkah longlai ke bilik air. Tiba terasa lengannya direntap dari belakang. Serta merta Sharlyna menoleh.
“Jangan lupa mandi wajib..”bisik Ashraf, nakal.
Besar mata Sharlyna memandang Ashraf. Lelaki ni karang..
Lengan Ashraf dicengkam kebelakang dalam sekelip mata. Sambil itu tubuh tegap Ashraf ditolak rebah ke katil dengan tangannya yang masih memegang lengan lelaki itu kebelakang.
“Cakap betul-betul apa awak dah buat sebenarnya?!” bisik Sharlyna dengan suara tegas. Tubuhnya sedang menindih belakang tubuh Ashraf yang masih bertuala. Peduli hape aku!
“Sa..sakit..ok..ok..aku melawak jelah, tak ada apa-apa jadi pun..”Ashraf sudah tidak mampu berbuat apa-apa.
“Betul?”Gerakan tangkas Sharlyna berjaya membuatkan dia terdampar tak mampu bergerak. Siapa sebenarnya perempuan ni?? Gengster pantai Desaru ke?
“Betul..”balas Ashraf sepatah. Kalah dengan perempuan kerempeng ni? What a shame?!
Sharlyna melepaskan tangan Ashraf. “I warn you. Don’t you ever dare to mess up with me.” Ucap Sharlyna sebelum bergerak ke bilik air. Pagi-pagi lagi dah menaikkan darah aku!
‘Hambis batal wudu’ aku! Perempuan nilah!’ Ashraf merengus geram. Bencana betul perempuan ni!!
“Tak kisahlah. Ingat aku takut dengan kau?” Ashraf mencapai sehelai T-shirt dan kain pelekat. Dah pukul berapa ni Ashraf, melayang pulak subuh kau ni karang..
“Hahhhhh!!!”suara nyaring Sharlyna kedengaran dari dalam bilik air.
“Hisy, perempuan ni! Tak tahu subuh ke? Buat gila pergi test suara macam tu  apasal?” gumam Ashraf perlahan. Namun segera bibirnya mengukir senyum. Pasti gara-gara ‘hadiah’ nya tadi. What you give you get back lah kan? Kira untunglah tu tak sampai berdarah bagai macam yang dia buat kat aku kan?
Ashraf tertawa kecil.
Pintu biliknya di ketuk beberapa kali membuatkan senyuman Ashraf serta merta mati.
“Bonda..” Ashraf mengukir senyuman untuk ibu mertuanya yang juga sudah lengkap bertelekung.
“Maaflah bonda mengganggu..tadi..Puteri..”teragak-agak Puan Suhana mahu bertanya. Tapi risau hatinya mengenangkan puteri kesayangannya itu mengatasi segalanya.
“Oh, dia masuk mandi tadi..terkejut sebab air sejuk sangat katanya..” Ashraf sengih tayang gigi. Songkoknya di letakkan ke kepalanya. Menipu lagi. Haih..dosa..dosaaa..
“Bonda dah solat?” soal Ashraf. Puan Suhana mengangguk perlahan.
“Kalau belum tadi, ingat nak berjemaah sekali..” Ashraf berterus terang.
 “Belum rezeki bonda jemaah  subuh berimamkan menantu bonda ni..”Puan Suhana mengukir senyum lagi. Baguslah jika menantunya ini mampu menjadi imam kepada anak perempuannya. Walaupun sekali pandang dah rupa macam orang putih, tetapi jika masih mampu bangkit untuk menunaikan solat subuh, itu dah dikira sesuatu yang baguslah kan? Tak ramai yang mampu berbuat demikian sebenarnya.
“Demam kamu macam mana Putra?”soal Puan Suhana.
“Putra?” Ashraf kerut dahi. Bonda tanya pasal siapa ni? Siapa Putra?
“Mulai hari ni, boleh tak kalau bonda nak panggil kamu ‘Putra’?pinta Puan Suhana.
“Hah?” Ashraf mengukir senyum. Aneh..
“Sebab mulai saat ini, kamu adalah Putra kesayangan bonda, suami kepada puteri tunggal bonda. Boleh?” pinta Puan Suhana. Cuba menerangkan situasi sebenar.
“Saya tak kisah..” Ashraf mengukir senyuman. Lega apabila ibu mertuanya seperti dapat menerimanya. Sejak perjumpaan sebelum kes khalwat mereka disebut dimahkamah, wanita ini seperti tidak dapat menerima apa yang telah berlaku. Namun kini, syukurlah jika benar bonda mertuanya ini sudah mampu menerimanya.
“Kamu solatlah, dah nak hujung waktu ni. Bonda nak turun buat sarapan dulu. Nanti dah siap solat, turun sarapan ya. Ajak puteri sekali..” lembut Puan Suhana berkata.
Ashraf sekadar mengangguk faham.


___________________________
Hi:)
1. Ya, sy tak salah letak nombor chapter pd title tu ye. ini memang chapter 13. kita jump and skip a few chapters. 
2. Terima kasih pd yg sudi singgah dan membaca di sini:)

4 comments:

fatiah yusoff said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

terbaik.... cepat2 next n3

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bestt2...teruskan usaha

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best laa sambung la lagiii

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Napa xjmpa bab 11 pon...huhuhuhu