My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

19 January 2011

Qaseh Nuralia Imani 4



Bab 4              
Puan sri zarina melangkah perlahan kearah suaminya yang sedang duduk menyandar di kepala katil sambil membaca buku.
            “Abang, siang tadi saya ada jenguk Kak Idah kat rumah Tautan Kasih tu. Yalahkan..saja nak kenal Nur dengan lebih dekat lagi.” Puan sri Zarinasambil mengambil tempat di sebelah Tan sri Syed Izzudin.
            Tan sri Syed Izzudin meletakkan buku yang sedang dibacanya ke atas meja lampu disisinya. Perhatiannya ditumpukan sepenuhnya kearah isterinya disebelah.
            “Apa kata Kak Idah?” soalnya.
            “Kak Idah kata Nur tu anak yatim piatu. Kedua orang tuanya sudah meninggal sewaktu dia masih kecil lagi. Kemalangan katanya. Dia dibesarkan oleh datuknya selepas itu. Tapi umur datuknya pun tidak panjang. Datuknya meninggal dunia sewaktu dia berusia 16 tahun. Kemudian dia dijaga oleh ibu angkatnya. Namun hayat ibu angakatnya juga tidak panjang. Dua tahun lepas dia meninggal dunia sebab kancer hati..”Puan sri Zarina terdiam sejenak.
            “kasihan dia bang..berat sungguh ujian Allah untuk dia.” Suara Puan sri Zarina sedikit sebak. Sayu sungguh hatinya pada nasib gadis manis yang ditemuinya siang tadi.
            Tan sri Syed Izzudin hanya mendengar.
            “Saya dah jumpa face to face dengan bakal menantu abang tu..kami sempat bersembang sekejap..” Puan sri Zarina sudah menarik senyum.
            “Manis orangnya. Lembut serta penuh susila tutur kata dan perlakuannya. Penuh budi bahasa ketimuran.” Ujar Puan sri Zarina.
            “ Baru pertama kali bertemu mata saya dah jatuh sayang pada dia bang..” ucap Puan sri Zarina bersungguh-sungguh. Tan sri Syed Izzudin tersenyum melihat telatah isterinya itu.
            “Saya tak kira bang..kita mesti pujuk Is terima Nur walau apa pun caranya. Saya nak Nur jadi sebahagian dari keluarga kita bang.” Bertekad sungguh Puan sri Zarina kali ini.
            “Saya tak sanggup Bella jadi menantu kita bang..ibu kepada bakal cucu-cucu kita..tak sanggup bang!”
            Terhambur tawa Tan sri Syed Izzudin mendengar kata-kata isterinya itu.
            “Kenapa abang gelak?” dahi Puan sri Zarina sudah berkerut. Pelik dengan tingkah suaminya yang mendadak itu.
            “Bukan awak sayang pada budak perempuan tu ke? Apa salahnya dia jadi menantu awak? Yalah..orangnya cantik.. pandai ambil hati..”usik Tan sri Syed Izzudin dalam saki baki tawanya.
            Muka Puan sri Zarina sudah kelat dengan usikan suaminya itu.
            “Na’uzubillahuminzaliq bang….”ucap Puan sri Zarina yang disambut tawa suaminya.
            Suasana sepi buat seketika.
            “Rina ada tanya dia, apa sebab dia memilih untuk jadi sukarelawan disitu…
            “Abang tahu dia jawab apa?”
            Tan sri Syed Izzudin hanya mengerutkan dahi sambil menunggu bicara lanjut isterinya itu.
            “Sebab dia kata, dengan menjaga warga-warga tua disitu, terubat juga rindunya pada orang kesayangannya yang sudah pergi menghadap Illahi..”
“Saya nampak dia menjaga penghuni rumah tu dengan penuh ikhlas bang…”Puan sri Zarina tiba-tiba sebak.
“ Abang harap waktu kita tua nanti ada orang yang boleh diharapkan untuk menjaga kita..”ucap Tan sri Syed Izzudin sambil memeluk bahu isterinya untuk menenangkannya. Perlahan-lahan Puan sri Zarina mengangguk setuju.




“No!!” Iskandar membentak keras. Bergema ruangan keluarga di banglo mewah itu dengan suaranya.
“Sayang….” Puan sri Zarina mencapai lengan anak bujangnya itu. Cuba menenangkannya.
“ Apa ni walid??!
Ummi?!” pandangannya yang tadi singgah pada walidnya kini dihalakan tepat kearah umminya yang duduk disisinya.
“Is..dengar cakap ummi sayang..walid dengan ummi buat semua ni untuk kepentingan masa depan Is juga…”lembut Puan sri Zarina memujuk.
“Ah! Kepentingan Is??!” Iskandar mencebik. Pautan umminya pada lengannya pantas dileraikan. Direntap kasar.
“Iskandar..jangan begini sayang…” Puan sri Zarina masih memujuk.
“Sudahlah ummi! Is dah cukup dewasa untuk tentukan siapa pasangan hidup Is sendiri. Tak perlu walid dengan ummi susah-susah nak carikan!”  Iskandar bingkas bangun.
“Iskandar!!” pintas Tan sri Syed Izzudin geram. Berang dengan tingkah biadap Iskandar. Tajam matanya merenung Iskandar.
“Cukup Iskandar. Kamu sedar tak kamu dah melampau? Teringin sangat nak jadi anak derhaka ke? Tak nak bau syurga?” Iskandar sudah berdiri membelakangkannya.
Satu keluhan berat dilepaskan sebelum Iskandar berpaling semula menghadapnya.
“Is bukan nak jadi anak derhaka walid, tapi walid please..kali ni biarlah Is buat keputusan sendiri. Ni soal masa depan Is walid. Soal kebahagiaan Is walid..” suara Iskandar sudah tidak setegang tadi. Terasa lemah tubuhnya mendengar kata-kata walidnya tadi. Dia sedar kelakuannya sudah mengguris hati kedua orang tuanya itu. Namun masa depan serta kebahagiannya tidak patut menjadi taruhan. Biarlah dia megejar kebahagiaannya. Dia sudah begitu lama terseksa,memendam rasa ..jauh di sudut hati. Kenapa walidnya ingin merebutnya juga?
“kami buat semua ni sebab kami fikir untuk kebaikab Is..untuk kebahagiaan Is..”
“Dengan paksa Is buat benda yang Is tak suka? Macam tu?” Iskandar mencebik geram.
“Iskandar..listen to me now. Wanita yang nak di jadikan isteri kamu ni juga akan jadi ibu kepada anak-anak kamu nanti. Mana boleh tangkap muat saja..”ucap Tan sri Izzudin.
“tangkap muat?” Iskandar tertawa sendiri.
“walid bercakap berkenaanTANGKAP MUAT?”sengaja ditekan perkataan tangkap muat itu.
“siapa yang tangkap muat sekarang ni walid?”buntang mata Tan sri Izzudin mendengar kata-kata anaknya itu. Iskandar…
“Is Cuma nak habiskan the rest of my life with someone I know..someone I love..bukan perempuan yang Is tak kenal..”ucap Iskandar tenang.
“who? Bella?”                                                      
Iskandar terdiam tatkala walidnya menyebut nama kekasihnya itu. Terbayang wajah anggun kekasih hatinya itu. Belum sempat dia berkata apa-apa, walidnya sudah bersuara.
“Perempuan macam tu tak layak masuk dalam keluarga ni. Tak layak menyambung generasi al-Iqrami. Jangan mimpi kamu dapat bawa dia masuk kedalam keluarga ni.”
“perempuan macam tu tak boleh dibuat keturunan.” Ucap Tan sri Izzudin.
“ Enough walid, ummi. Just stop it okay. Berhenti campurtangan dalam hidup Is lagi! Siapa walid dengan ummi untuk tentukan jalan hidup Is?!!”tanpa sedar mulutnya lancang menyebut barisan kata-kata yang merentap jiwa Puan sri Zarina. Merah mukanya menahan amarah. Namun belum sempat dia menyambung kata-katanya, tangan walidnya terlebih dahulu menyentuh kulit mukanya.
Serentak itu juga terasa pipi kirinya perit. Iskandar mengangkat wajahnya. Wajah berang Tan sri Izzudin meyapa pandangannya.
“Wacth out your word Syed Iskandar Zulkarnain!!”tengking Tan sri Syed Izzudin. Tangan kanannya masih terasa kebas selepas menyentuh kulit pipi Iskandar tadi. Buat kali pertama tangannya naik ke muka Syed Iskandar Zulkarnain.
“Abang…apa abang buat ni..?” Puan sri Zarina sudah menarik Iskandar yang masih terkesima kedalam pelukannya. Makin deras air matanya mengalir. Walaupun kata-kata Iskandar mengguris hatinya..namun dia sayangkan  anaknya  itu. Kasih ibu kepada anaknya adalah sejati.
“ Awak pergi menangkan budak kurang ajar ni kenapa?!” Tan sri Syed Izzudin pula semakin meradang melihat isterinya masih memenangkan anaknya seleas apa yang telah dilakukan Iskandar tadi. Selepas Iskandar melukakan hatinya. Pantas lengan isterinya ditarik kesisinya.
‘Anak dengan bapa sama sahaja. Kalau dah marah..apa pun lupa!’ detik hati Puan sri Zarina.
“Memang Is kurang ajar!..kurang DIAJAR oleh parent Is yang selalu sibuk dengan hal masing-masing..sibuk dengan bisness sampai lupa mereka masih ada anak yang perlukan mereka..!” sengaja perkataan kurang ajar itu ditekannya.
Tan sri Syed Izzudin terdiam dengan kata-kata anaknya itu.
“walid sibuk sebab nak anak-anak walid hidup selesa..apa yang walid usahakan demi Is juga demi kak long..demi cucu cicit kami nanti…” Puan sri Zarina cuba menerangkan perkara yang sebenarnya.
Tan sri Izzudin diam tidak berkutik. Perlahan-lahan dia melabuhkan duduknya ke sofa. Dia benar-benar terpukul dengan kata-kata anaknya itu.
Iskandar tersenyum sinis mendengar kata-kata umminya. Mudahnya alasan ummi!
            “Alasan!!”sekali lagi suara Iskandar bergema memenuhi ruang.
            “Iskandar..macam ni ke cara kamu bercakap dengan ummi?”lemah suara Puan sri Zarina menahan sebak dihati. Mutiara jernih berjuraian jatuh ke pipinya.
            Iskandar memandang umminya disebelah. Hatinya sebak tiba-tiba.
            “walid dengan ummi berusaha keras untuk pastikan Is dengan kak long dapat hidup selesa..
            Dapat pendidikan terbaik…supaya anak-anak yang kami sayang jadi seseorang yang dapat kami banggakan..”mata Iskandar direnung sayu.
            “Namun..”
            “Arrrgg..”
            Serentak Puan sri Zarina dan Iskandar menoleh kearah Tan sri Izzudin yang sedang mengerang kesakitan sambil memegang dada kirinya.
            “Abang..!” Puan sri Zarina sudah meluru kearah Tan sri Izzudin.
            Iskandar masih tercegat ditempat dia berdiri. Buntu dengan situasi.
            “kak Ati!! Kak Ati!!” Puan sri Zarina memanggil pembantu rumah mereka.
            “Ni ubatnya Puan Sri..” wanita separuh abad itu tiba dengan sebotol kecil pil.
            “ Panggil Pak Man, kita bawa Tan sri ke hospital..cepat!” segelas air dihulurkan kepada Tan sri Izzudin bersama pil yang dibawakan Kak Ati tadi.

           

cinta sejati adalah hakiki.


0 comments: