My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

25 August 2012

QNI versi Ramadhan-Aidilfitri: Ramadhan, permulaan sebuah ceritera.


motif letak gambar ni?
ampun laa, dah siap taip tadi baru teringat lupa nak buat cover utk QNI versi ramadhan-aidilfitri ni.
aiyaaa =_="

Apa pun, harap anda terhibur ya.
Selamat membaca^_^

________________________



Kereta dipandu memasuki perkarangan rumah milik keluarganya itu. Senyuman tetap terukir walau perlu memandu jauh untuk pulang ke ‘wilayah tadbir kerajaan Papa dan Mama’ ini. Demi papa dan mama, apapun mungkin! He he he.
(Fiat 500 Abart Tapi bukanlah warna hitam-merah begini.)

Fiat 500 Abarth hadiah daripada papanya diparkir berhati-hati di hadapan rumah.
‘Alhamdulillah, sampai juga.’ Bibir makin lebar dengan senyuman sambil sebelah tangan sudah mula mencapai beg tangan ditempat duduk sebelah. Setelah mengunci kereta kesayangannya itu, Qaseh Nur Amani  mula mengatur langkah menuju ke pintu masuk.
(Tapi Qaseh Nur Amani kita bertudung labuh. Kita pinjam muka dia saja aci tak? hihi^_^)

Namun, langkahnya serta merta mati apabila telinga dapat menangkap sayup-sayup suara sumbang dari arah rumah sebelah.
‘Murai gila tu?’ hati berbisik sebal. Asal balik sini je, mesti suara dia ni yang aku dengar dulu! Hisy, spoiled mood betul.
Kaki segera menghayun langkah beredar dari situ namun, baru sekali melangkah entah bagaimana tubuhnya mulai terasa basah walhal matahari sedang elok memancar terik.
Hujan? Semestinya bukan.
Qaseh Nur Amani menggenggam jemarinya. Nafas dihembus perlahan. Cuba untuk bertenang. Perlahan-lahan tubuhnya dipalingkan menghadap tembok konkrit separas telinganya itu.
Mencerun matanya memandang si jejaka yang sedang asyik bersiul kecil sambil menyanyi tanpa mempedulikan hal di sekelilingnya. Headphones menutupi kedua belah telinganya sambil tangan bergerak menyiram badan kereta yang penuh diliputi buih sabun dengan air.
“Bencinya!” Qaseh Nur Amani mengesat wajahnya yang basah terkena percikkan air sambil menjeling tajam insan di rumah sebelah itu. Manalah tahu si pesalah itu sedar dengan ‘lawak’nya yang sememangnya tak lawak ni dan terus minta maaf. Boleh juga sejuk sikit hati yang mulai menggelegak menahan rasa marah ini.
Satu minit. Dua minit. Hampa harapan Qaseh Nur Amani. Tiada apa yang berlaku.
Qaseh Nur Amani masih dengan jelingan mautnya. Si pesalah itu pula masih hanyut dalam dunianya sendiri, langsung tak sedar panahan mata Qaseh Nur Amani yang sudah seperti laser itu.
‘Ni sengaja ke apa?’ Qaseh Nur Amani merengus perlahan. Hati terasa sangsi pula dengan apa yang jadi. Dia ni betul sengaja ke tak siram aku dengan air ni?
“Isy!” malas mahu berlama-lama di situ, Qaseh Nur Amani terus berhentak kaki untuk berlalu. Ada-ada saja yang tak kena bila berada dekat dengan si murai gila ni! Isy, geram! Kalau diikutkan hatinya, ada juga yang kena lempar dengan beg tangan nanti. Namun, mengenangkan dia yang bakal teruk dileteri mama dan papanya nanti, niat jahat itu di pendam saja.
Seperti baru tersedar dirinya menjadi tumpuan mata seseorang sejak tadi, Zarul Affendi segera mengangkat muka dari badan Honda CRZnya yang penuh bersabun.
( Honda CRZ )

Terlopong sedikit mulutnya dengan apa yang ada di hadapannya ketika itu.
“Hey...look, my sayang is here...”si lelaki tadi sudah bergerak merapati tembok pemisah mereka sambil tersenyum lebar.
“Sayang, kenapa balik tak inform saya?”soalnya sambil bertongkat badannya pada tembok batu yang hanya separah dadanya itu. Bibir masih tersenyum lebar, lesung pipit di kedua belah pipinya semakin menambah kemanisan senyuman milik si jejaka itu.
Qaseh Nur Amani tidak menjawab, hanya matanya yang tajam memandang wajah si jejaka yang tersenyum-senyum sejak tadi.
‘Dia ingat dia tu siapa? Aci nak inform dia pula kalau nak balik rumah mama papa aku ni?’hati kecil Qaseh Nur Amani mengomel sendiri.
“Eh, sayang...kenapa awak basah ni? Hujan ke?” serta merta si jejaka tadi menengadah memandang langit yang dah jelas cerah dengan matahari yang masih condong di ufuk timur. Maklumlah, baru sahaja mahu menginjak jam 9 pagi.
Qaseh Nur Amani menggenggam erat jari-jemarinya menahan rasa geram yang semakin membuak-buak.
“Eh, dah nak masuk ke sayang?” Zarul Affendi segera menyoal apabila si gadis pujaannya itu kelihatannya sudah mula mengatur langkah.
Stop calling me ‘SAYANG’!!” marah Qaseh Nur Amani. Sebal benar hatinya apabila lelaki tak reti bahasa ni asyik panggil dia ‘sayang’ tak henti dari tadi. Tak cukup dekat uni, dekat sini pun dia nak buat perangai juga? Sakit telinga yang mendengar ni tahu tak?!
“Amboi garang pulak cik Syarifah Qaseh Nur Amani binti Syed Iskandar Dzulkarnain Al-Iqrami saya ni.” separuh berbisik nada Zarul Affendi berkata. Hambik, siap mention nama penuh lagi tu.
“Sejak bila pula saya jadi cik Syarifah Qaseh Nur Amani binti Syed Iskandar Dzulkarnain Al-Iqrami, encik ni?” Qaseh Nur Amani sudah bercekak pinggang sambil berdiri menghadap Zarul Affendi.
“Perasan,” Qaseh Nur Amani berkata sepatah sambil mencebik geram.
“Eh, mestilah. Bukan itu saja, saya ni jenis lelaki yang punya matlamat hidup yang jelas. Saya kejar apa yang saya mahu, dan saya takkan berhenti selagi saya tak dapat apa yang saya nak.”Zarul berkata panjang lebar. Dan dia tidak akan mengalah untuk memiliki gadis yang sedang berlawan bicara dengannya ini walaupun si gadis ini selalu saja buat tak endah dengannya.
“Tapi encik kena ingat, tak semua yang kita impikan akan menjadi milik kita. One more thing, kita hanya mampu merancang dan berharap, tapi tak semestinya ALLAH akan izinkan ianya berlaku. Kan?” Qaseh Nur Amani mengeluarkan hujahnya pula. Siap ber’syarah’ pula di depan pensyarahnya ini. Memang buat naya je markah sem ni merosot. Aiyaa.
“Memang betul apa yang awak cakap tu, tapi jangan lupa kita boleh berdoa mohon pada ALLAH kerana Dia tidak akan menghampakan doa hambanya yang memohon seikhlas dan sepenuh hati.” Zarul pun tidak mahu beralah.
“Andai sudah tersurat di sana, insya-ALLAH tiada apa yang boleh menghalangnya, sayang.” Tenang Zarul menambah. Sudah mula guna ‘sayang’ semula. Bukan sengaja nak buat cik Qaseh sayang ni marah, tapi memang dah tak boleh nak control mulut ni dari sebut perkataan yang satu ini. Apa yang peliknya, perkataan itu seperti keluar automatik saja dari mulutnya bila berada dengan Qaseh Nur Amani.
“Encik ni kenapa sebenarnya? Tolonglah, saya tak suka encik panggil saya begitu. Benda ni boleh datangkan fitnah tahu tak?” Qaseh Nur Amani benar-benar geram dan tidak selesa dengan kata panggilan yang di gunakan Zarul Affendi.
He he he, tak menyesal ke tanya saya macam tu? Nak saya jawab? Nak? Nak? Nak?” Zarul masih tak sudah mengusik. Kali ini bicaranya sedikit santai daripada tadi. Dah memang niat nak menggiat si pujaan hati kan? He he he!
“Beranilah, Qaseh bagi tahu papa Qaseh nanti!” ugut Qaseh Nur Amani.
“Ini ugutan ke cabaran?” Zarul jungkit sebelah kening sambil matanya masih memandang wajah Qaseh Nur Amani.
“Urgh!!! Kenapalah setiap kali saya balik je, muka encik yang saya nampak dulu? Kenapa suara encik yang menyampah ni yang saya dengar dulu?” soal Qaseh Nur Amani sambil mengangkat sedikit hujung jubah abayanya yang sudah basah tadi daripada kotor menyapu lantai. Tak pasal-pasal habis pasir-pasir kecil ni kena angkut masuk dalam rumah nanti. Mengamuk pula papa bila mama kena bersusah payah bersihkan pasir-pasir halus ni nanti.
“Eh? I thought, sayang rindukan saya...maklumlah, saya tak dapat masuk lecture semalam...tak gitu ke?” Zarul Affendi gelak kecil melihat wajah si gadis yang mulai cemberut dan merah padam. Tahu sangat Qaseh Nur Amani ini, elergik amat dengan perkataan ‘sayang’ itu. Tapi, makin dilarang, makin dia suka. Baru advanture kononnya.
“Tak kuasa,” gumam Qaseh Nur Amani perlahan, namun masih mampu didengari oleh Zarul.
“Eleh, ye ke tak kuasa? Habis tu, awak balik sini tengah musim exam ni bukan nak jumpa saya untuk lepas rindu ke?” Zarul dah mula melalut ke laut. Dah tahu Qaseh Nur Amani tengah ‘hangin’ makin menjadi pula idea dia untuk mengusik.
“Hey! Please-lah. Saya balik sebab rindu mama papa saya ye. Lagipun esok dah start awal ramadhan kan? Hisy, penyakit perasan encik ni dah sampai tahap kritikal dah ni. Astagfirullahalaziim...” Qaseh Nur Amani senyum sinis pada Zarul Affendi.
Ha ha haIt’s okay. Saya faham, awak segan nak mengaku kan?” Zarul tongkat dagu pada tembok batu sambil tersenyum lebar. Dia tahu sebab kepulangan Qaseh Nur Amani ini, tetapi sengaja cari gaduh. Nak curi masa berbual dengan si gadis.
“Eiiii...”Qaseh Nur Amani garu kepala sendiri. Dah tak tahu nak cakap apa lagi dah. Memang kritikal sangat ‘penyakit’ perasan pensyarahnya ini.
“Qaseh?” suara yang memanggil namanya dari muka pintu utama rumah membuatkan perbualan tegang Zarul-Qaseh terhenti.
“Papa...” meleret manja suara Qaseh Nur Amani sambil bergerak mendapatkan Syed Iskandar Dzulkarnain.
“Rancak bersembang? Cerita apa tengah-tengah panas ni?” soal Syed Iskandar bernada mengusik.
“Uncle Is,” Zarul hanya menyengih.
“Papa, Qaseh masuk jumpa mama dulu ye,” Qaseh Nur Amani sempat mengerling Zarul beberapa ketika.
Sure, my dear.”Syed Iskandar Dzulkarnain senyum pada Qaseh Nur Amani yang sudah merah muka. Mungkin kerana berpanas, atau kerana si Zarul ni?
Syed Iskandar Dzulkarnain geleng kepala saja dengan telatah keduanya.
“Daa, sayang. Jalan elok-elok ya.” Sempat pula Zarul melambai pada Qaseh Nur Amani. Syed Iskandar di hadapannya hanya tertawa kecil melihat Qaseh yang sudah mengisyaratkan penumbuknya pada Zarul.
“Murai cekeding, belum nikah lagi kan? Mana boleh panggil anak uncle tu ‘sayang’? Nak minta kena luku ke kepala tu?” Syed Iskandar sudah berkira-kira untuk mencapai lengan Zarul, namun anak muda itu lebih pantas menyelamatkan dirinya.
Okay, ampun Uncle Is.” Zarul sengih lagi.
“Kamu ni, dari kecik sampai dah besar panjang ni masih ada lagi perangai yang satu ni ya? Dulu wife uncle kamu panggil sayang, ni turn anak uncle pula ke?”
Nature bornuncle. Pelik betul bila dekat saja dengan Qaseh, entah macam mana tak boleh control diri. He he he, tapi dengan anak uncle je saya jadi macam ni...” jujur dan berani mati Zarul mengaku di depan Syed Iskandar Dzulkarnain.
Qaseh Nur Amani tidak betah lagi. Makin lama dia melayan Zarul aka murai gila itu, makin bengkak hatinya. Buat tambah dosa kering je mengutuk pensyarahnya itu nanti. Aish!
Papa pula macam suka je, siap boleh gelak-gelak  dengar pengakuan murai gila tu. Aish!
Langkah Qaseh Nur Amani yang sedang menuju ke pintu rumah dipandang dengan senyuman oleh Syed Iskandar Dzulkarnain. Dah besar panjang puterinya yang seorang ini.
Sekilas Zarul Affendi pula dipandang. Jejaka itu masih tersenyum memandang langkah Qaseh Nur Amani yang kian menjauh itu.
“Ehem,”
Deheman Syed Iskandar Dzulkarnain membuatkan Zarul Affendi terbatuk kecil. AiyaarkKantoi leka merenung anak dara orang depan bapak dia!
“Dah tak sayang mata ke?Dah sedia nak hilang mata tu?” lembut suara Syed Iskandar Dzulkarnain bertanya, lengkap dengan senyuman semanis madu lagi.
He he he. Zarul sengih lagi sambil geleng kepala. Tamau la future-papa-in-law...
Sorry,”ucap Zarul sepatah sambil terkulat-kulat sendiri.
Seketika, keduanya tertawa kecil.
“Ni Zarul, jangan lupa pula malam nanti ya.” Syed Iskandar sempat kenyit sebelah matanya pada Zarul. Bukan muslihat, tetapi rancangan rahsia mereka. Tanpa pengetahuan Qaseh Nur Amani.
“Mana boleh lupa Uncle Is,” Zarul senyum penuh makna. Ada pula nak lupa benda penting macam tu kan?
 “Senyum, senyum juga, tu sabun kat badan kereta kamu tu dah nak kering dah, bila nak siapnya tu?” Syed Iskandar menunding jari ke arah Honda CRZ di tengah halaman.
Zarul menoleh kebelakang. Spontan dia menepuk dahi. LUPA! Qaseh sayang punya fasal, habis CRZ dia yang menerima padah!
Syed Iskandar hanya mampu tertawa kecil melihatkan tingkah Zarul yang kalut mencapai hose air yang sejak tadi terdampar di lantai.
Budak sorang ni, kalau dulu nakalnya ya ampun....sekarang ni perangai nakalnya itu makin lain macam pula jadinya. Bukan makin hilang, tapi makin menjadi-jadi!


Qaseh naik bersiap dulu. Biar mama siapkan sikit lagi ni. Kejap lagi tetamu kita dah nak sampai,” Nuralia Imani membawa perkakas memasak ke sinki untuk dicuci.
“Ha? Kita ada tetamu?” terkejut Qaseh Nur Amani.
“Siapa?” soalnya lagi apabila mamanya sekadar mengangguk sambil tersenyum.
“Kita sama-sama tunggu...” Nuralia Imani senyum pada Kak Imah yang sedang mencuci perkakas memasak di sisinya.
“Mak Imah, mana aci main rahsia-rahsia dengan Qaseh...” Qaseh Nur Amani pergi mendapatkan simpati daripada pembantu rumah yang amat di sayanginya itu.
“Qaseh, biarlah rahsia...barulah best,” Kak Imah senyum saja melihat wajah cemberut + tak puas hati anak majikannya ini.
“Ada lelaki nanti, jadi jangan lupa hijab” pesan Nuralia Imani.
Qaseh Nur Amani perlahan-lahan mengukir senyum. Ada lelaki? Rasanya tak lain tak bukan...
“Wahh!! Bestnya. Qaseh naik atas dulu ya,” sempat Qaseh Nur Amani mengucup pipi Nuralia Imani dan Mak Imahnya sebelum berlalu keluar dari ruangan dapur.
Best?”Nuralia Imani memandang wajah Kak Imah di sebelahnya.
“Entah-entah Qaseh dah salah faham tak?” Kak Imah bersuara risau. Mahu mengamuk pula cik Qaseh Nur Amani tu nanti bila apa yang jadi bukan seperti yang difikirkan dan diharapkannya.
“Alahai...kak...” Nuralia Imani terkebil-kebil memandang wajah Kak Imah yang turut beriak gelisah.
“Sayang, kenapa abang tengok Qaseh tu happy semacam je?” suara Syed Iskandar Dzulkarnain kedengaran dari ambang pintu dapur.
“Abang...” Nuralia Imani sudah buat muka tercekik ais-krim.
“Tapi kan, abang punyalah risau memikirkan hal yang akan jadi dek kerana tetamu istimewa kita untuk dinner nanti..alih-alih tadi nampak dia siap senyum sampai ke telinga pula nak pergi bersiap.” Syed Iskandar Dzulkarnain yang tidak tahu apa yang sudah terjadi tertawa lega.
“Abang, Qaseh...”
“Kejap sayang,” deringan telefon bimbit Syed Iskandar Dzulkarnain membuatkan bicara mereka terhenti.
Nuralia Imani memandang wajah Kak Imah dan Kak Imah juga memandang wajahnya kembali. Speechless, tak tahu nak kata apa dah sekarang ni.




Mak Imah, mana papa dengan mama?” soal Qaseh Nur Amani sambil tertinjau-tinjau.
“Bersiap katanya tadi,” Kak Imah menyusun hidangan di meja makan utama.
“Bersiap? Tapi papa kan dah siap tadi?” Qaseh Nur Amani menyoal lagi, tak puas hati dengan jawapan yang diberikan.
Kak Imah hanya menjungkit bahu sambil berlalu ke dapur untuk menyudahkan kerjanya.
“Erm!” Qaseh Nur Amani berlalu mengikuti langkah Mak Imahnya ke dapur.
“Nak Qaseh tolong apa ni Mak Imah?” soal Qaseh Nur Amani.
“Dah tak ada apa. Qaseh duduklah dulu kat depan.” Kak Imah senyum saja dengan Qaseh Nur Amani. Anak tunggal majikannya ini memang manja, tapi dalam manjanya seorang Qaseh Nur Amani yang punya serba-serbi ini, tetap juga ringan tulang dan tidak kekok membantu menguruskan hal rumahtangga. Memang gadis ayu ini telah dilatih sejak kecil oleh mamanya berkenaan tugas dan hal-hal yang sinonim dengan seorang perempuan. Papanya juga tidak mahu anak tunggal mereka ini terlalu ‘tenggelam’ kerana sering dimanja dan disayang semua orang.
Dalam sayang, tegasnya tetap ada. Begitulah Syed Iskandar Dzulkarnain sejak menjadi papa kepada Qaseh Nur Amani.
Gadis ayu ini juga aktif dalam sukan dan aktiviti rekreasi luar kerana gemar mengikuti papanya beriadah. Puncak Kinabalu juga sudah ditawannya pada usia 14 tahun. Itu semua kerja papanya. Mujur juga Qaseh mampu bertahan sehingga ke puncak. Mengucap panjang Tan Sri Syed Izzudin dan Puan Sri Zarina ketika dimaklumkan sebab pemergian Qaseh Nur Amani dan Syed Iskandar Dzulkarnain serta jiran sebelah rumah mereka ini ke Sabah.
Banyak yang berlaku sejak kelahiran Syarifah Qaseh Nur Amani ini 20 tahun lepas. Jatuh bangun Syed Iskandar Dzulkarnain di dalam menguruskan empayar perniagaan Al-Iqrami, kesihatan Nuralia Imani yang pernah merosot teruk secara mendadak beberapa tahun lepas sehingga hampir mengancam nyawanya, namun syukurlah kini Nuralia sudah sedikit pulih walau tidak boleh lagi seaktif dulu sehinggalah kisah Qaseh Nur Amani yang di sayangi ramai sehingga kadang kala membuatkan kedua orang tuanya pening kepala. 
Qaseh Nur Amani dipandang lama, penuh kasih sayang. ‘Dah besar panjang tuan puteri yang comel dulu ni..’ detik hati kecilnya.
“Mak Imah, menungkan apa ni?” teguran Qaseh Nur Amani membuatkan lamunan ‘walked down the memory lane’ Kak Imah mati di tengah jalan.
Kak Imah sekadar menggeleng lagi sambil tersenyum sendiri. Hujung mata terasa basah segera diseka dengan hujung jari.
“Mak Imah?” Qaseh Nur Amani menyedari tingkah Kak Imah segera mendekat.
“Cepat masa berlalu, sampai tak terasa. Budak kecil yang Mak Imah jaga dulu tu sekarang ni dah besar panjang. Makin cantik...” dan...tak lama lagi dah nak berumahtangga...
Ayat terakhir itu tidak mampu diluahkannya lalu segera Qaseh Nur Amani di bawa ke dalam pelukan.
“Eh? Abang, kita salah timing-lah.” Nuralia Imani yang lengkap berjubah  dengan tudung segera ber-awning sudah berjalan merapati Kak Imah dan Qaseh Nur Amani dengan senyuman.
“Ni kenapa pula macam ada aura sedih sayu je?” Syed Iskandar Dzulkarnain tertawa kecil melihatkan wajah kelat Qaseh Nur Amani.
“Papa, bila tetamu kita nak sampai ni?” soal Qaseh Nur Amani yang sudah bergerak mendapatkan papanya.
“Kenapa buat muka excited macam ni? Takut papa tengok...”Syed Iskandar Dzulkarnain memandang wajah isterinya.
“Sebab memang Qaseh tengah excited ni. Lama tak jumpa kan?” Qaseh Nur Amani senyum lebar.
“Aaa,”...bukan pagi tadi baru jumpa ke?
Nuralia Imani saling berpandangan dengan Kak Imah.
“Qaseh, sebenarnya...”
Bunyi loceng di pintu utama membuatkan mereka semua saling berpandangan.
“Panjang umur, baru sebut dah sampai. Come Qaseh, kita buka pintu.” Syed Iskandar Dzulkarnain mencapai tangan Qaseh Nur Amani. Mereka berpimpinan tangan ke pintu utama rumah.
“Sampai hati Abang Mika nak datang tak beritahu Qaseh awal-awal ye papa,” luah Qaseh Nur Amani sambil memaut erat lengan papanya.
EH? Langkah kaki Syed Iskandar Dzulkarnain mati di tengah ruang. Tak berkelip matanya memandang wajah si anak yang sudah sampai ke muka pintu.
Mika? Apa kaitan dengan Mika pula tiba-tiba ni?
Syed Iskandar Dzulkarnain yang tidak tahu hujung pangkal cerita makin keliru.
Pintu utama mula terkuak sambil Qaseh Nur Amani mengukir senyuman lebar sebelum...
“Assalamualaikum, sayang.”
Seketika, suara yang sama mengaduh sakit pula.
Qaseh masih tegak terpacak di muka pintu. Tanpa kata. Hilang kata, melihat tetamu yang baru tiba itu.


Qaseh Nur Amani mencapai hose getah di atas lantai. Satu persatu pokok bunga yang di tanam oleh mamanya disiram.
Hari ini, permulaan bulan penuh keberkatan, 1 ramadhan.
Segala kehampaan semalam sepatutnya tidak dibiarkan melarat.
Nafas dihembus perlahan.
‘Aku yang salah, sebab expect Abang Mika akan terbang balik dari France semata-mata nak sambut 1 ramadhan dengan aku. Gilalah kalau dia nak tinggalkan family dia untuk aku kan?’Qaseh Nur Amani tersenyum tawar.
Abang Mika adalah sepupu lelakinya yang sulong, Umar Mikael bin Umar Farouk Abdullah Croft. Abang sepupunya itu adalah warganegara Perancis. Lahir dan membesar di Perancis. Baru mendirikan  rumahtangga beberapa bulan lepas, kini bekerja sambil menguruskan aset-aset milik keluarga ayahnya di sana. Sedang berbahagia di samping isteri tercintanya.
“Ehem,”
Suara deheman itu membuatkan Qaseh Nur Amani berpaling mencari arah datangnya suara itu.
“Selamat pagi,” sapa orang di sebelah sana sambil tersenyum.
“Selamat pagi, Encik.” Sudah terbiasa memanggil si jirannya ini dengan panggilan Encik di uni. Biar kedengaran formal, asal tak gedik.
“Cantiknya ‘bunga’ di taman larangan jiran saya ni...” Zarul Affendi sesedap rasa duduk bersantai di atas tembok pemisah rumah mereka sambil memandang Qaseh Nur Amani.
Mencerun mata Qaseh Nur Amani memandang tingkah selamba lelaki itu.
Isy! Pagi-pagi lagi dah muncul nak sakitkan hati orang.
“Uish, sayang jangan renung saya macam tu. Bahaya, nanti tembus terus ke hati ni...awak juga susah kena jadi mangsa kahwin segera dengan saya...” Ha ha ha. Zarul ketawa suka.
“Ha ha ha. Funny-sangat-sampai-saya-rasa-nak....” Grrrrr!
Qaseh Nur Amani tarik nafas sedalam mungkin. Sabar, tengah puasakan? Dia kembali meneruskan kerjanya menyiram pokok-pokok bunga di dalam pasu berhampiran. Malas mahu melayan karenah lelaki itu.
Oh my love...come to papa...come to papa...” Lembut nada suara Zarul sampai ke pendengaran Qaseh.
Kalau orang lain mungkin kata itu nada romantik, tapi Qaseh Nur Amani kata itu nada geli yang boleh mengakibatkan tekak jadi loya.
Eh? Ni apa? Makin dibiarkan, makin menjadi pula nampak gayanya ni!
Serentak itu...
 “Aaaaaaa!!!”nyaring suara Zarul dek kerana terkejut.
“Opsss, sorry.” Luah Qaseh Nur Amani dengan riak muka bersalah yang dibuat-buat.
“Che Su...”gumam Zarul hampir tidak kedengaran sambil terkebil-kebil memandang dirinya dan juga Che Su yang sudah basah lencun walau langit elok sahaja cerah disinari cahaya mentari pagi.
“Alala, kesiannya sayang papa ni...” sedaya upaya bulu Che Su yang sudah lencun cuba dilap dengan baju tee-nya. Seperti mana babahnya, Ahmad Huzaimy yang sangat mesra alam dengan segala jenis haiwan, Zarul juga merupakan seorang pencinta haiwan. Salah satu haiwan peliharaannya adalah Che Su ini.
Che Su pula diam sahaja di atas ribaan Zarul. Terkesima habis gayanya haiwan kecil itu.
( Che Su kesayangan Zarul )

Qaseh! What have you done? Kalau ya pun tak suka saya, janganlah lepaskan marah kat Che Su saya!” tegas suara Zarul berkata sambil tangannya sibuk memeriksa Sugie atau Sugar Glider kesayangannya. Hilang sudah Zarul yang selalu buat muka comel nak mengayat Qaseh Nur Amani. Yang ada sekarang adalah Zarul Affendi, pensyarah subjek pengajian bahasa yang tegas dan cerewat yaaa ammmaaaat di universitinya itu.
Qaseh Nur Amani meneguk liur yang terasa kesat.
‘Ingat dia cakap dengan aku tadi, siap panggil my love lagi..siap buat ayat geli come to papa lagi. Rupanya dia cakap dengan Che Su...’ Hu hu hu. Salah faham. Terperasan.
Che Su dipandang sayu. Kasihan haiwan comel bermata bulat itu. Sudahlah Che Su dia ni spesis mahal. Wu wu wu. Ampun...
“Err, sini saya tolong lap Che Su Encik.” Hose getah sudah dilepaskan sambil dia bergerak menutup pili air.
“Tak payah susah-susah. But remember this, Qaseh. Kalau Che Su demam, markah awak saya deduct.”
 “You will pay for this,”Zarul mengisyaratkan tubuhnya yang hampir lencun gara-gara Qaseh Nur Amani tadi. Tapi ini kira salah dia sendiri jugalah, terlebih perisa pula nak mengusik si gadis itu tadi.
“...and this.” Tapi yang kes Che Su ni, memang mendatangkan kemarahan. Sugie dia ni tak salah kut, tiba-tiba kena padah sekali.
Habis basah kuyup sugar glider kesayangan ni.
“Saya tahu encik marahkan saya, tapi at least biarlah saya tolong Che Su ni. Kesian dia...”Qaseh Nur Amani sudah berdiri di depan Zarul yang masih duduk bertenggek di atas tembok.
No...”
Qaseh yang cuba mencapai Che Su di atas ribaan Zarul hampa apabila haiwan kecil itu pantas memanjat tubuh Zarul lalu naik ke bahu lelaki itu.
See? Che Su pun tak rela ditolong oleh awak.” Zarul memandang wajah kelam Qaseh Nur Amani. Sayu pula hati bila melihat wajah insan kesayangan tengah muram dan sayu begitu...tetapi dia betul-betul marah kali ini. Huh!
“Abang, buat apa bertenggek kat situ tu?” kedengaran suara mommy Zarul yang semakin menghampiri.
“Qaseh,” Asmadina tersenyum memandang ke arah Qaseh Nur Amani. Dia baru sahaja selesai menyidai kain baju di halaman mini di belakang rumah apabila terlihat kelibat anak bujangnya yang mahu ber-joging tetapi entah kenapa boleh pula elok bertenggek di atas tembok ni.
Herm, patutpun anak bujangnya ini dah elok terpacak kat halaman ni pagi-pagi macam ni.
Untie...”meleret sayu suara Qaseh Nur Amani membalas sapaan jirannya itu.
“Kenapa ni? Zarul usik kamu lagi ye?” soal Asmadina seraya mengatur langkah menghampiri keduanya.
“Abang?!” soal Asmadina sambil bercekak pinggang memandang anak bujangnya.
“Apa abang pula yang salah. Mommy tengok apa dah jadi pada abang dengan Che Su ni. Habis dah basah lencun dikerjakan orang tu.” Persis anak kecil, Zarul mengadu pada mommy-nya.
Herm?” Asmadina mengangkat kening memandang wajah anak bujangnya itu.
“Kalau abang tak menakal, mana mungkin Qaseh suka-suka nak buat macam ni? Mommy kenal Qaseh okey? Dia bukan kuat mengusik orang, lainlah kalau anak bujang mommy ni... bangun awal-awal pagi, rupanya ini sebabnya ya? Kononnya nak keluar jogging. Ni kenapa pula boleh duduk kat sini ni? Patutlah babah ajak keluar sekali tadi tak nak...rupanya nak mengacau Qaseh siram bunga ya?” Asmadina geleng kepala perlahan. Anak bujang siapalah ni....!
“Mana ada mommy, abang saja duduk sini hirup udara segarlah...” jawab Zarul sambil menyeka air yang menitis daripada hujung anak rambut di dahinya.
“Ha, menjawab bila mommy cakap ya?” Asmadina cuba mencapai lengan Zarul tetapi anak bujangnya itu memang cekap mengelak.
Namun...dek kerana permukaan tembok yang sedikit licin gara-gara hal ‘hujan’ tiba-tiba tadi itu...
“Aaaaaa...!!” Zarul terkapai-kapai menyeimbangkan diri.
“Papa, mamaaaaaa!!!!”Qaseh spontan terjerit.
“Abang!!!”Asmadina cuba mencapai hujung tee Zarul.
BUUKK.
Semua terdiam serta merta.
“Auchhh,” Qaseh Nur Amani mengaduh perlahan. Sakit tak terkata.
“Adedeehhhh...”sambil diikuti oleh Zarul.
“Abaaannggg!!! Qaseehhhh!!”suara mommy Zarul pula lantang dari sebelah sana tembok.
Zarul dan Qaseh saling berpandangan.
Qaseh dengan wajah berkerut lengkap dengan mata yang mulai berkaca.
Zarul pula dengan riak terkejut + tak percayanya.
Saat demi saat berjalan sambil mereka masih berbalas pandang dengan Zarul yang terbaring di atas Qaseh, beralaskan rumput.
“Che Su? Mana Che Su?” Zarul kalut memandang ke kiri dan ke kanan. Baru teringat Che Su si sugar glider-nya itu. Namun, dia masih belum bangkit dari kedudukan tadi.
“Abang! Bangun cepat! Kesian Qaseh yang kamu tindih tu!!” jeritan mommy-nya membuatkan Zarul tersedar.
Ya Tuhan! Aku jatuh atas Qaseh ke tadi?
“Ss..sorry...saya...”
“Qaseh?” suara Syed Iskandar Dzulkarnain, Nuralia Imani dan Kak Imah berpadu jadi satu. Masing-masing kaku tergamam tidak jauh dari lokasi Zarul dan Qaseh.
Melihatkan reaksi ketiga-tiga insan itu membuatkan Zarul kalut untuk bangkit. Demi melihatkan Qaseh yang masih tidak bergerak dari kedudukan tadi dengan mata yang masih berkaca-kaca membuatkan Zarul makin serba salah.
“Qaseh, awak okey?” soal Zarul.
Perlahan-lahan Qaseh mengangguk walau satu badan rasa sakit macam nak tercerai segala tulang dalam badannya.
Come, saya tolong.” Tanpa menunggu respons Qaseh, Zarul terus mencapai tangan Qaseh untuk membantu gadis itu bangkit.
Qaseh Nur Amani yang tersentak terus gamam.
“Zarul?!” nyaring suara Syed Iskandar Dzulkarnain. Terkejut melihat Zarul dan Qaseh Nur Amani bersentuhan tangan.
“Abang?!!” Asmadina pula tepuk dahi pandang gelagat selamba anak bujangnya. Ya Tuhan, berani dia sentuh anak dara orang depan mak bapak budak perempuan tu?
Langkahnya segera di bawa menuju ke pintu pagar rumah sebelah.
“Ala...makk.” Zarul angkat kedua belah tangannya tinggi ke udara. TER-pegang. Tak sengaja.
“Nur, Is...akak minta maaf...err..” Asmadina menghampiri Zarul yang masih terduduk di atas rumput.
“Anak bujang akak ni...” tanpa kata, terus lengan Zarul di cubit geram.
“Ampun mommy, Zarul tak sengaja terpegang.” Zarul tidak sempat mahu mengelak kali ini. Bekas cubitan mommy-nya di usap perlahan. Pedih!
“Qaseh okey tidak sayang? Ada cedera tak?” tanpa menghiraukan Zarul yang sibuk mengusap lengannya yang memerah sambil mengaduh sakit, Asmadina lantas memeriksa keadaan Qaseh Nur Amani.
Qaseh menggeleng perlahan sambil menundukkan wajahnya.
Air mata mula jatuh ke pipi tanpa mampu di tahan lagi.
“Sayang?” Nuralia Imani mengusap bahu anaknya lembut.
Mendengarkan suara mamanya di sebelahnya, Qaseh Nur Amani jadi makin sebak.
“Mama, Qaseh...”lantas tubuh kecil molek mamanya didakap erat.
“Kenapa sayang?”Soal Syed Iskandar Dzulkarnain pula. Risau melihat anak tunggalnya itu.
“Dia...dia...”
GULP.
Qaseh Nur Amani tidak berdaya mahu menyudahkan katanya. Wajah Zarul Affendi yang tidak jauh daripadanya juga, tidak lagi mampu dipandangnya selepas apa yang telah terjadi tadi.
Sorry, Qaseh masuk dulu.” Tanpa berlengah terus sahaja dia mengatur langkah ke dalam.
“Qaseh...” Zarul cuba menahan, namun tidak sempat. Kata maaf yang mahu di ucapkan pada gadis itu tidak berjaya diluahkannya.


Nur, Qaseh apa khabar?” soal Asmadina sambil berjalan beriringan dengan Nuralia Imani di pasaraya besar itu.
“Alhamdulillah, sihat kak.” Nuralia Imani senyum pada Asmadina.
“Dia masih moody ke?” soal Asmadina serba salah.
“Macam itulah dia kak. Tapi rasanya dah surut sikit sekarang ni,” jawab Nuralia Imani perlahan.
“Akak minta maaf sangat bagi pihak Zarul.”
“Nur pun nak minta maaf bagi pihak Qaseh. Kasihan Che Su. Bila baru boleh balik dari klinik kak?” gara-gara Qaseh Nur Amani, Che Su kesayangan Zarul jatuh sakit. Mujur saja tidak jadi apa-apa yang buruk pada haiwan comel itu. Sejak kelmarin lagi Che Su berada di klinik haiwan untuk rawatan menyeluruh.
Sejak itu juga Zarul Affendi moody berangin semacam. Qaseh pula tidak kurang juga moody-nya, tiba-tiba jadi pasif dan gemar berkurung di dalam bilik beberapa hari ini.
“Doktor kata keadaan Che Su dah makin pulih. Mungkin esok boleh balik rumah,” Asmadina ambil sebungkus cili lalu dimasukkan ke dalam troli.
“Alhamdulillah,” Nuralia Imani berjalan merapati Asmadina.
“Makin nakal Qaseh sekarang ni. Boleh pula dia buat begitu pada Zarul...” Nuralia Imani tersenyum kelat memandang Asmadina.
“Zarul pun tak kurang juga, Nur. Kalau Zarul tak mula mengusik, Qaseh takkan buat sampai macam tu.” Asmadina memaut mesra bahu Nuralia Imani sambil bergerak ke bahagian buah-buahan pula.
“Padanlah mereka tu. Macammanalah agaknya bila dua-duanya kena duduk sekali nanti. Risau pula akak ni, Nur.” Asmadina luahkan juga kerisauannya.
“Qaseh tu nampak saja begitu kak, tapi boleh tahan juga keras kepalanya tu. Kalau dia kata dia mahu, memang dia akan bertegas juga dengan kehendak dia. Macam apa yang sedang berlaku ni. Terkejut juga saya hari tu, tapi Abang Is kata baguslah kalau itu keputusan Qaseh.” Masing-masing menolak troli keluar dari section barang basah itu.
“Akak rasa akak faham apa yang Qaseh rasa, Nur. Mungkin pada orang lain, apa yang jadi pada dia hari tu boleh dikira sebagai kemalangan yang tak disengajakan. Mungkin juga orang lain fikir, apalah sangat setakat tersentuh begitu. Tapi bagi Qaseh, perkara tu membawa impak yang besar pada diri dia...” Asmadina memandang wajah Nuralia Imani di sisinya.
Maruah Qaseh Nur Amani sebagai seorang wanita tercalar dengan tindakan Zarul. Dan untuk itu, Zarul perlu bertanggungjawab.
Mungkin orang luar akan kata sebab dan alasan perkahwinan yang bakal berlangsung ini adalah sangat tak dapat diterima akal. Setakat jatuh atas Qaseh Nur Amani kemudian tersentuh tangan si gadis itu, Zarul Affendi perlu menikahi Qaseh Nur Amani? Mengarut.
Mungkinkah juga pernikahan ini rahmat buat Zarul Affendi, namun malapetaka buat Qaseh Nur Amani?
Atau permulaan sebuah kehidupan oleh Qaseh, namun pengakhiran kehidupan oleh Zarul?
Ish, pening memikirkan semua ni.
Sorang ke hulu, sorang ke hilir. Majlis dah makin dekat ni. Ramadhan pun tinggal dua minggu saja lagi, mereka pula?”
“Masih perang dingin...”sambung Asmadina perlahan. Nuralia Imani beristighfar di dalam hati. Masing-masing hampir buntu memujuk anak masing-masing.



Qaseh Nur Amani merenung lama timbunan buku-buku rujukan di hadapannya. Spek mata Lee Cooper berbingkai black-orange ditanggalkan lalu diletakkan ke permukaan halaman buku yang sedang dibacanya.
Batang hidung diurut lembut sambil matanya dipejam rapat.
Letih!
Sekilas jam tangannya dipandang. Sudah hampir jam 6 petang. Skrin android-nya di jeling sekilas.
Miss called dari papa? Kenapa tak perasan pun papa call tadi?’ Qaseh Nur Amani tutup buku yang sedang dibacanya tadi sambil mengemas beberapa naskah buku lain. Stationaries kepunyaannya dikumpulkan sekali.
Langkah mula di atur meninggalkan ORA (open reading area) menuju ke pintu utama perpustakaan. Suasana sudah sedikit lengang berbanding ketika dia masuk tadi. Maklum, sudah petang begini, kebanyakkan pelajar sudah habis kuliah. Mungkin sudah pulang ke Mahallah ataupun singgah di BM (blue mosque) sambil menanti waktu solat maghrib untuk berjemaah sama di sana.
Beg tangan serta barang-barangnya dicapai dari dalam locker khas di luar perpustakaan. Android ditekap ke telinga sambil tangannya bergerak mencari gugusan kunci keretanya.
“Kenapa papa tak angkat call ni?” sebelah tangan masih bergerak di dalam perut bag. Penat mencari namun masih belum berjaya mencapai kunci tersebut, kepala di tundukkan meneliti isi bag-nya.
Tanpa mengangkat wajahnya dari perut beg tangan, Qaseh Nur Amani mula melangkah perlahan beredar dari situ. Risau pula nak berlama-lama di situ pada waktu begini. Tak ramai orang. Sunyi. Suasana juga sudah mulai kelam.
Auch!” Qaseh Nur Amani mengaduh sakit di saat kepalanya berlanggaran dengan batang tubuh berkemeja lengan panjang di hadapannya.
Watch out your step,” rendah suara itu bersuara.
“Ada cedera?” soalnya lagi. Prihatin.
Qaseh Nur Amani sekadar menggeleng perlahan. Wajahnya ditundukkan, mengelak daripada bertentang pandangan dengan lelaki itu. Bagai terimbau kembali kejadian ‘ngeri’ seminggu lepas itu.
“Boleh bangun sendiri?” soal suara itu lagi.
Soalan itu membuatkan Qaseh Nur Amani segera mengangkat wajah memandang si lelaki itu.
Sorry, kali ni awak kena bangun sendiri. Saya tak boleh tolong. Matlamat tak menghalalkan cara kan? Niat baik, kalau apa yang kita buat tu haram, hukumnya tetap haram. Tetap salah, kan?”  lelaki itu membetulkan duduk letak satchel bag-nya di bahu.
Paapp.
Qaseh Nur Amani benar-benar rasa ada satu bongkah batu besar telah menghempapnya ketika lelaki itu selesai berkata-kata tadi.
‘Aku terlalu ekstrem ke sampai buat hati lelaki ni terluka?’ hatinya tertanya-tanya dengan rasa bersalah. Qaseh Nur Amani bungkam memikirkannya.
‘Terlalu mengikut rasa hati sehingga meminggirkan soal perasaan orang lain. Bercakap tanpa hemah sehingga melukakan hati orang lain?’ Bagai terngiang-ngiang kata-kata papanya beberapa hari lepas, ketika mereka sama-sama pulang dari solat tarawih di masjid.
‘Begitukah aku?’Qaseh Nur Amani makin resah. Resah kerana mula dihimpit rasa bersalah.
Genap seminggu kejadian itu berlaku. Seminggu ini juga dia tak tenang hati. Nak study pun tak tenteram. Asyik terfikirkan hal ini sahaja. Nak pergi minta maaf tak berani, lagi-lagi apabila melihat pensyarahnya ini mengamuk dalam lecture last hari tu.
Jadi, sampai sekaranglah kata maaf itu tertangguh. Keadaan pun kelihatannya dah jadi makin keruh.
Baguslah tu. Dua-dua macam tak nak mengalah. Habis, sampai bila nak macam ni?
Zarul Affendi melepaskan nafasnya perlahan. Sekali lagi duduk letak satchel bag-nya yang hampir jatuh melurut dibetulkan.
‘Apa kau dah buat ni, Qaseh. Kau betul-betul dah buat dia terasa hati. Kalau ya pun dia salah, but still dia tu lecturer yang kau patut hormat.’ Satu hatinya menasihati. Perlahan-lahan, Qaseh Nur Amani bangkit sendiri. Tadi ada orang lalu lalang, siap buat muka pelik tengok dia syok landing atas lantai tengah-tengah laluan ni.
“Maaf dah lewat petang ni, saya minta diri dulu, Encik Zarul.” Qaseh Nur Amani segera  berlalu meninggalkan Zarul Affendi sendirian.
Langkah kaki Qaseh Nur Amani makin laju. Wajahnya ditundukkan menyembunyikan sendu yang kian menyesakkan dada.
Zarul Affendi masih tegak berdiri sebelum perlahan-lahan tubuhnya ditundukkan ke permukaan lorong pejalan kaki di hadapan perpustakaan itu.
“Qaseh, sayang...” tanpa sedar bibirnya menggumam perlahan sambil mata tak berkelip memandang barang yang dicapainya dari lantai tadi.
Barang kepunyaan Qaseh Nur Amani. Tercicir tanpa disedari tuan empunya diri.
Buku berbalut kain renda dan riben comel itu di belek beberapa kali.
‘Gaya macam planner je?’
Tanpa kata, Zarul Affendi mengatur langkah mengejar Qaseh Nur Amani yang sedang menuju ke kawasan parkir berhampiran.
Tanpa pengetahuan si gadis, dia mengekori setiap geri Qaseh Nur Amani sehingga yakin, gadis kesayangannya itu selamat sampai ke Mahallah tempat penginapannya.
Bukan niatnya untuk mengongkong atau tidak percaya dengan gadis itu, tetapi kerana rasa tanggungjawab. Dia mahu keselamatan gadis itu terjamin.
Seperti kata babahnya semalam, lelaki baik akan melindungi wanita yang dia suka, bukan ambil kesempatan ikut dia suka.
Jika difikirkan sedalam-dalamnya, betul apa yang dikatakan oleh babahnya itu. Dia patut jadi pelindung Qaseh Nur Amani, bukannya merosakkan ataupun menyakiti gadis itu dengan cara atau bentuk apa sekalipun.
Matlamat tidak menghalalkan cara. Yang haram tetap haram walau niatnya baik.
Itu kata-kata Qaseh Nur Amani padanya. Kata-kata terakhir sebelum tercetusnya perang dingin antara mereka. Kata-kata yang berjaya membuatkan dia termenung memikir dan memuhasabah diri.
Tajam kata-kata itu, namun itulah salah satu sebab kenapa dia begitu setia 'mengejar' Qaseh Nur Amani sejak berbelas tahun lalu.
Qaseh Nur Amani terlalu istimewa untuk dilepaskan begitu sahaja.




 *******
 EH? Dah habis ke belum ni?
Taraa. Part ramadhan memang dah habis. TAPI...nak tahu apa jadi seterusnya, kena tunggu versi Aidilfitri pula ya.
1. 
P/S: Nantikan kesudahannya di dalam : Aidilfitri, permulaan sebuah pengakhiran.
Aiyoo. Tajuk dia pun berbelit-belit. Permulaan sebuah pengakhiran? Macam mana tu? Hihi, kita sama-sama tunggu yaa. *cik penulis pun tak fikir lagi macam mana. aiyayaya. boleh ke macam tu?*
2.
Kalau sudi, drop la komen:)
3.
Aidilfitri, permulaan sebuah pengakhiran tu nanti baru Zarul pergi menuntut ilmu kasanova dengan Syed Iskandar kot. Hihi:P

10 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

haha lawk plus comel la sis..hehe..ta saba na tunggu entry seterusnya..sis LMMS takde ke..hehe..da rindu da kat si sya ngan ad ni..

~adda~

Only me Qistina awesome said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

great story , berbaloi tunggu berminggu-minggu hehehehhehe zarul and qaseh comel je ~~~~~~ love them always hehehehhe

veroncyrila said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Best! Ade sambungan eh? Gud2..mmg best baca psl zarul dan qaseh ni..sweet jer..hihi..klau arin buat citer cinta dorng ni msti best kn? Mybe best dri qni..hihi..ape2 pn..thnk u 4 such a wonderful n3..

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

menunggu sambungan versi Syawal..
pasti sweet dia orang gaduh2 manja

blinkalltheday said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

can't wait!

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Is this part 2? If it is, where's the 1st part?

arzalif said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

La ingtkn Dh hbs huhu. Sila la sbg cpt x sbr nk tau ksudahn diorg ni

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cpt smbg.xsbr nk tau =)

ciknie said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

go go zarul truskan amek ati cik qaseh ea

Ezara Hisham said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wah tak sangka jumpa kisah zarul-qaseh kat sini.. suke2!!! *melompat2