My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

09 April 2011

Qaseh Nuralia Imani 19


Bab 19
          Suasana di ruangan pejabat itu sepi. Hanya bunyi papan kekunci computer riba milik Syed Iskandar yang kedengaran. Naudir juga masih menumpukan perhatiannya pada skrin computer ribanya. Ruangan mesyuarat utama itu masih sepi tanpa bicara. Jam didinding sudah menunjukkan jam 11.45 malam. Lagi 15 minit menghampiri waktu 12.00 tengah malam. Dan mereka masih menghadap proposal berkenaan projek renovation sebuah hotel 4 bintang kepada sebuah pusat perubatan yang dimiliki oleh sebuah agensi perubatan Jepun.
          “Encik Is…” Naudir akhirnya memecahkan kesunyian.
          “Ermm..”Mata Syed Iskandar masih pada skrin laptopnya.
          “Dah hampir 12.00 tengah malam ni..” Naudir memandang wajah bosnya itu.
          “So?” timbunan kertas dihadapannya diselak satu persatu. Mana pula draft pelan cadangannya ni..tadi ada je kat sini…
          “ Tak ape ke Encik Is tak balik rumah lagi ni..?” soal Naudir teragak-agak.
          Serta merta pandangan Syed Iskandar ditalakan pada Naudir.
          “Tan Sri pesan tak boleh benarkan Encik Is balik lambat..kesian  kat Puan Nur kata Tan Sri..”Naudir cepat-cepat melarikan  pandangannya ke skrin laptop semula. Dah keluar aura hitam dia tu dah..baru aku cakap sikit pasal wife dia tu…dah tayang muka lapar tahap nak terkam dan telan orang hidup-hidup je…
          “Siapkan benda ni dulu. Tak boleh nak tangguh lagi dah.” Syed Iskandar berkata tanpa nada. Jemarinya lincah kembali diatas pepan kekunci.
          “Tapi…Tan Sri kata..”
          Enough! I’m doing my work here. Bukan berfoya-foya kat pub kan?” suara Syed Iskandar yang sudah naik satu oktaf memenuhi ruang.
          Just continue your work. We’ll be off straight away when we’re done with this proposal.” Tegas suara Syed Iskandar.
          Suasana kembali sepi. Mata sudah kian berat. Sehari suntuk terkejar kesana kemari menyelesaikan segala urusan berkaitan kemudian terpaksa pula bersengkang mata menyiapkan draft pertama proposal untuk projek terbaru dan yang pertama diuruskannya semenjak memegang jawatan CEO al-Iqrami Holdings.
          “Encik nak coffee atau Nescafe?” soal Naudir sebaik terpandangkan Syed Iskandar yang sudah beberapa kali menggesel kelopak matanya. Mengantuk barangkali.
          “Latte.” Balasnya sepatah. Mata masih pada skrin laptop. Spek mata yang sudah mengelongsor turun kembali dibetulkan kedudukannya.
          Naudir sudah bangkit menuju ke pintu keluar.
          Beberapa minit kemudian, Naudir masuk sambil membawa dua gelas berisi air panas.
          “Latte Encik Is.” Mug  berisi Latte tersebut diletakkan berhampiran Syed Iskandar sebelum Naudir mengambil tempatnya.
          “Thanks.”mug dibawa ke mulut.
          Ketika itu jugalah handphone Syed Iskandar bergetar menandakan terdapat mesej baru masuk kedalam peti mel.

          Salam, awak masih ada kerja yg nk dselesaikn kt ofis ye? Klu mcm tu, drive hti2 ble balik nnti ye. Wasalam -Nur

Handphone dicampak kembali ke tempat asalnya. Mug kembali dibawa ke mulut. Naudir yang hanya memerhati sedar tadi mengerutkan dahi. Ni kenapa pulak..?
          “Kenapa Encik Is?” soal Naudir sekadar berbasa-basi.
          “Menantu kesayangan Big Boss kau lah.” Balas Syed Iskandar acuh tak acuh.
          Makin bertambah  kerutan dahi Naudir. Siapa? Puan Nur ke? Kalau bukan, siapa lagi? Takkan suami Kak Yana.. Ye la tu Puan Nur.. Dah la Naudir.. Jangan masuk campur hal rumah tangga orang.
          “Tak habis-habis nak busy body..” rungut Syed Iskandar. Helaian kertas di dalam fail dihadapannya di selak kasar.
          Tersentak Naudir. Eh? Dia sindir aku ke apa ni? Boleh pula dia scan hati aku ni ha..??
          “Encik Is..maksudkan siapa ni?” soal Naudir takut-takut.
          Syed Iskandar melemparkan satu jelingan kepada Naudir. Fail di tangannya di hempas keras.
          Serta merta Naudir tunduk. This is the end of my life…
          “The most annoying women in my life. I feel so pissed off when I thinking of her.”
          “Ha?” Naudir tayang muka blur
          “That Nur of course!”
          Kali ini mug Latte pula yang menjadi mangsa. Mujur saja tidak pecah mug itu.
          “Entah apa yang special pasal perempuan tu pun aku  tak tau lah..education pun sampai tahap SPM je pun. Entah dari mana ummi dengan walid kutip perempuan ni..terus suruh aku kahwin dengan dia. Tak adil!” bentak Syed Iskandar. Naudir hanya mampu mendiamkan diri. Baik jangan masuk campur hal rumahtangga orang.
“Saya rasa kita berhenti setakat ni dulu la. Encik pun nampak dah penat.” Cadang Naudir Syed Iskandar hanya mengangguk. Memang matanya dah  rasa makin berat. Hilang moodnya untuk menyiapkan kerja setelah menerima mesej daripada Nuralia sebentar tadi. Nak drive balik nanti entah boleh ke tidaklah ni..
          “Agak-agak kasar tak kalau tongkat mata guna batang mancis macam Mr. Bean? “ Is terfikir sendiri. Tanpa sedar dia mengukir senyum di pinggir bibir.
          ‘Ah sudah! Tadi marah-marah, ni sengih sorang-sorang pulak.. Pelik betul bos aku ni..’
          “Encik Is?” Naudir mengemaskan helaian kertas yang berselerak diatas meja kerja.
          “ Kemas semua ni, letak dalam office aku.” Syed Iskandar bangkit sambil membetulkan kemeja yang dipakainya lalu mencapai baju kotnya lalu disarung semula ketubuhnya. Naudir hanya akur. Langkahnya diatur ke pintu keluar sambil membimbit beg laptopnya.
          “Selamat jalan Encik Is..and good night.” Naudir turut menuruti langkah bosnya bersama sebuah senyuman.
          “Nite.” Balas Syed Iskandar malas. Sungguh dia letih sangat ketika itu.



          Naudir dapat menangkap bunyi ketukan dimejanya. Serta merta lamunannya sewaktu masa dia membantu Syed Iskandar menyiapkan proposal untuk Encik Nakamura terhapus dari pandangannya.
          “ Ya Allah Dir..letihnya aku panggil kau dari tadi..kau buat tak reti je..apa yang kau fikir ha? Tekun betul nampaknya..?” Nasir, pembantu  kanan Tan Sri Syed  Izzudin sudah terpacak di depan meja kerja Naudir.
          “Sorry lah Nas. Aku tak perasan  tadi.” Naudir duduk tegak memandang Nasir  yang sudah duduk di kerusi di hadapan mejanya.
          “Tan Sri nak jumpa kau.” Ucap Nasir sambil tersenyum kerang.
          “Ni awat hang sengeh macam kerang busuk ja? Bila Tan Sri nak jumpa ni?” soal Naudir dengan dahi berkerut. Apasal pulak kawan aku yang sorang ni?
          “Sekarang la.” Nasir menjawab ringkas.




          Pintu pejabat Tan Sri Syed Izzudin diketuk.
          “Selamat kembali dari umrah Tan sri..”Naudir mengukir senyum.
          “Terima kasih. Duduk dulu Naudir.”ucap Tan Sri Syed Izzudin.
          “Ada apa Tan Sri nak jumpa saya?” Naudir hanya akur. Dia melabuhkan duduknya di kerusi dihadapannya.
          “Ha. Saya cuma nak tahu tentang perkembangan terbaru syarikat kita ni. Macam mana dengan projek  renovation pusat perubatan tu?”
          “Oh! Projek untuk Encik Nakamura tu?”soal Naudir. Senyuman pantas terukir diwajahnya.
          Tan Sri Syed Izzudin hanya mengangguk.
          “ Pihak kita tengah siapkan semua dokumen Mou. Dalam  minggu depan, kita akan adakan perjumpaan untuk tandatangan Mou dan kontrak urus niaga dengan pihak Encik Nakamura.” Ucap Naudir. Senyuman masih meniti dibibirnya.
          “Encik Nakamura sangat sukakan proposal yang Encik Is sediakan.” Tambah Naudir lagi. Tan Sri Syed Izzudin hanya mengangguk.
          “Walaupun banyak masalah yang datang bertimpa-timpa, namun mungkin dah rezeki syarikat kita..”Naudir menarik nafas lega.
          “Apa yang dah terjadi?” Soal Tan Sri Syed Izzudin. Tak sedap hati den ni ha..
          “First sekali, Encik Is demam panas teruk masa hari untuk permbentangan proposal tu..kemudian, translator yang sepatutnya datang tak dapat datang last minute..memang huru-hara sangat time tu..” terang Naudir.
          “Iskandar demam teruk?!”terkejut Tan Sri Syed Izzudin mendengarnya.
          “Sampai masuk wad sebab suhu badan Encik Is tinggi sangat..tapi sehari je..”
          “Tan Sri tak tahu pasal ni?” soal Naudir penuh hati-hati.
          “Astagfirullahalaziimm….budak sorang ni..”Tan Sri Syed Izzudin sudah tersandar di kerusinya. Boleh pula benda besar macam ni budak bertuah tu senyap saja tanpa beritahu apa-apa padanya? Sampai kena tahan kat wad lagi. Tu dah kira parah jugalah sampai masuk hospital. Ya hospital.
          ‘Hospital??!’hati tuanya mula berlagu aneh. Mustahil ni…mustahil. Wajah Naudir dihadapannya ditenung lama.
          “Habis kalau dah Iskandar tersadai di wad..siapa yang ganti dia  buat pembentangan tu?” soal Tan Sri Syed Izzudin sambil mencapai cawan dihadapannya. Air kopi eksprezo tersebut diteguk perlahan.
          “Puan Nur yang ganti Encik Is..”
          Burrrrrr!
          “Uhuk.uhuk.”Tan Sri Syed Izzudin terbatuk-batuk. Perit tekaknya akibat tersedak tadi.
          Mati terus bicara Naudir disaat Tan Sri Syed Izzudin tersedak tadi.
          “Tan Sri okay tak ni?” soal Naudir, risau melihat Tan Sri Syed Izzudin yang masih mengurut dadanya. Tan Sri Syed Izzudin hanya mengangguk.
          “Nur gantikan Is?”
          “Ya. Dan..saya sangat terkejut bila dengar Puan Nur dapat bertutur dalam bahasa Jepun dengan lancar. Dia nampak tak kekok melayan Encik Nakamura dan isterinya. Encik Nakamura dan isterinya nampak sangat mesra dengan Puan Nur.”Panjang lebar Naudir menerangkan.
          ‘Biar betul Naudir ni..betul ke Nur..?’Bisik hati kecil Tan sri Syed Izzudin.
          Sepantas kilat Tan Sri Syed Izzudin mengerling jam tangannya.
          “Kamu  boleh sambung kerja semula. Terima kasih untuk segalanya ya.” Tan Sri Syed Izzudin sudah bangkit. Langkahnya sudah diatur menuju ke pintu pejabat.
          “Nasir, saya keluar sekejap. Tolong delay dulu meeting dengan head department tu ke pukul 3 nanti.” Ucap Tan Sri Syed Izzudin.
          Nasir hanya mengangguk.



          Kak Imah berkejar kearah pintu utama sebaik alarm pintu berbunyi.
          “Assalamualaikum..”wajah Tan Sri Syed Izzudin sudah terpampang di hadapan pintu.
          “Oh, Tan Sri..Jemput masuk..” Kak Imah member laluan kepada Tan Sri Syd Izzudin untuk melangkah masuk.
          “Bukan Tan Sri sepatutnya sampai ke Malaysia minggu depan ke?” soal Kak Imah pelik.
          “Ma’am besar tu tak berapa sihat..dia tengah tak ada mood  nak bercuti ke Europe..” terang Tan Sri Syed Izzudin. Kak Imah hanya mampu  tersenyum  mendengar bicara majikannya itu.
          “Mana Iskandar? Saya dengar dia demam  teruk.” Tan Sri Syed Izzudin sudah mengatur langkah ke tingkat atas.
          “Ada dalam bilik. Tadi, Puan Nur tengah suap Encik Is makan..” Ucap Kak Imah.
          Pintu bilik Syed Iskandar diketuk beberapa kali.
          “Kak Imah ke?” bisik Nuralia perlahan. Nuralia merenung tangannya yang kejap dalam genggaman Syed Iskandar.
          “Masuk..Kak Imah..pintu tak kunci pun..”ucap Nuralia.
          Wajah Tan Sri Syed Izzudin terjengul di muka pintu.
          “Walid..”Serta merta Nuralia mencuba sedaya upaya untuk merungkai genggaman Syed Iskandar pada jemarinya.
          “Eh, tak payah bangun Nur..”Ucap Tan Sri Syed Izzudin.
          “Macam mana keadaan dia? Teruk je nampaknya ni?” Tan Sri Syed Izzudin menyambut huluran tangan Nuralia sambil mengukir senyum melihat keadaan Syed Iskandar yang menggenggam erat jemari menantunya. Dia dah mula dah..bisik hati kecil Tan Sri Syed Izzudin.
          Tan Sri Syed Izzudin melabuhkan duduknya di birai katil. Pantas tangannya menekap dahi anak lelaki tunggalnya itu.
          “Tinggi sangat ke suhu badan budak ni Nur..walid dengar sampai kena tahan kat wad segala?” pandangannya ditala tepat kewajah menantunya itu.
          “Masa doktor ambil temperature tu, body temperature Syed Iskandar hampir mencecah 40 celcius..”Ucap Nuralia perlahan. Wajah pucat Syed Iskandar direnung beberapa ketika.
          Tan Sri Syed Izzudin tergelak kecil tiba-tiba. Berkerut dahi Nuralia melihatnya.
          “Kenapa walid gelak?” soal Nuralia teragak-agak.
          “Walid cuma rasa pelik..budak bertuah ni..mahu pulak ha..dia pergi jumpa doktor?” ucap Tan Sri Syed Izzudin perlahan.
          “Sebelum ni, walau macam mana dia sakit pun, haramlah nak tengok dia setuju ke hospital jumpa doktor untuk dapatkan rawatan..puaslah walid dengan ummi paksa. Haram dia nak ikut. Sampai naik berbuih mulut ummi nak pujuk budak bertuah ni..tapi langsung tak dilayan..tapi kali ni..elok pula dia pergi hospital? Macam mana kamu buat Nur?” panjang lebar bicara Tan Sri Syed Izzudin.
          “Mahu taknya..puas saya memujuknya walid.. jalan pun dah terhuyung -hayang..ada hati kata okay..” ucap Nuralia perlahan. Sekali lagi tawa Tan Sri Syed Izzudin meletus.
          “Walid ?” Nuralia sudah makin pelik..
          “Budak bertuah  ni jarang jatuh sakit.. tapi sekali dia sakit, memang dia akan jadi sangat childish..” senyum nipis terukir diwajah tua itu. Namun wajahnya masih keruh.
          “Tapi sejak insiden tu.. walau sakit macam mana pun, Is memang berkeras tak nak jumpa doktor.”
          “Insiden? Insiden apa walid?”
          Walid menceritakan semuanya kepada Nur. Kenapa Syed Iskandar tidak mahu bertemu doktor untuk mendapatkan rawatan. Nuralia yang sedari tadi mendengar cerita dari walidnya hanya mampu menundukkan kepalanya. Tahulah kini dia,sebab Syed Iskandar berkelakuan aneh sejurus selepas melihat mangsa kemalangan yang dibawa ke ER (emergency room) waktu di hospital kelmarin. Terbayang wajah lesu Syed Iskandar yang sedang cuba menyembunyikan resah hatinya walau matanya jelas kelihatan berkaca ketika itu. Tidak sangka lelaki itu sedang menanggung kepedihan yang amat. Pasti luka dihatinya sudah berdarah kembali.
          Tan Sri Syed Izzudin memandang wajah Nuralia. Kemana pula melayangnya fikiran budak ni..?
          “Nur?” bahu Nuralia disentuh perlahan. Serta merta Nuralia memandang wajah walidnya.
          “Walid..”
          “Ya?”
          “Boleh Nur tanya sesuatu?”
          “Apa dia?”
          “Kenapa walid dan umi, pilih Nur sebagai menantu? Sedangkan  ramai lagi yang jauh lebih layak, yang lebih berkedudukan dari Nur..” Nur lihat ayah mertuanya tersenyum.
          “Nur, kami tak pandang semua tu.. Kami cuma nak Is kembali ke landasan yang betul, dan fitrah dia yang asal dan kami rasa, Nur adalah satu-satunya orang yang boleh bimbing dia. Walaupun Is yang sepatutnya bimbing Nur.”
          “Semuanya silap walid jugak. Walid dan umi terlalu sibuk dengan kerja sampaikan  tak luangkan  masa dengan Is. Mungkin sebab itu dia berubah begini..”
          “Walid nampak yang Nur dapat melembutkan hati Is. Is ni nampak je kasar. Tapi sebenarnya hati dia sangat lembut dan sensitive.”

          Serta merta fikirannya melayang pada kejadian malam semalam.
          Nuralia melangkah masuk sambil menatang sebuah dulang. Perlahan langkahnya diatur ke perut kamar Syed Iskandar.
          Matanya ditala pada tubuh Syed Iskandar yang sedang berdiri di balkoni sambil membelakanginya. Dulang berisi bubur ayam dan sup sayur serta segelas air diletakkan ke atas cabinet di sisi katil. Langkahnya diatur kearah balkoni.
          Nuralia berdiri disisi Syed Iskandar. Pandangannya di arahkan sekilas kepada suaminya disebelahnya. Lelaki itu masih leka memerhati matahari yang sedang tenggelam diufuk barat. Masih tidak menyedari kehadirannya mungkin. Nuralia mengukir senyuman nipis. Apa yang di fikirkan lelaki ini sampai tidak sedar langsung dia sudah terpacak disebelahnya.
          Beberapa minit berlalu begitu sahaja. Tiba-tiba kedengaran beberapa esakkan halus. Pandangan Nuralia jatuh ke lelaki di sebelahnya. Tersentak Nuralia sebaik terpandangkan mutiara jernih yang sedang beranak sungai di wajah lelaki itu.
          “Awak..” Lengan Syed Iskandar dicapai perlahan. Masih teragak-agak,risau jika lelaki itu terkejut dengan kehadirannya.
          “Awak, kenapa ni..?” tersekat-sekat bicara Nuralia setelah Syed Iskandar merungkai kasar pautan jemarinya pada lengan lelaki itu.
          What are you doing in my room?” soal Syed Iskandar tanpa nada sambil berdiri membelakangi Nuralia.
          “Err..awak okay tak ni?”Nuralia tidak menghiraukan soalan dari Syed Iskandar.
          “Tak payah sibuk pasal aku. Just mind your own business.” Balas Syed Iskandar, masih dalam posisinya tadi.
          “Badan awak tu masih lemah lagi, apa kata awak masuk berehat? Lagipun senja-senja begini tak elok duduk kat luar..”ucap Nuralia, lembut.
          “Suka hati akulah! Yang kau sibuk sangat kenapa?!” jerkah Syed Iskandar. Pantas kedua belah bahu Nuralia dicengkam kasar. Berkerut dahi gadis kecil molek itu menahan kesakitan.
          Wajah lelaki dihadapannya ini penuh dengan kesan air mata. Wajah yang penuh kekesalan. Hatinya sayu melihat keadaan lelaki dihadapannya ini.
          “Saya sibuk masuk campur urusan awak sebab..saya..”kata-kata Nuralia tersekat disitu. Matanya membalas renungan tajam Syed Iskandar.
          “…isteri awak..dan saya sangat risaukan awak..sebab awak suami saya..”ucap Nuralia sambil mata mereka masih tidak mahu melepaskan pandangan antara satu sama lain. Entah kenapa ringan saja mulutnya menjawab. Hailaa Nur..kau ni memang saja cari nahas..
          “Aku tak perlukan belas kasihan daripada orang!!” bentak Syed Iskandar tiba-tiba. Cengkaman tangannya pada bahu Nuralia semakin diketatkan.
          “Mungkin awak tak perlukan belas kasihan orang..tapi, awak perlukan perhatian sesorang..buat masa ni.” Ucap Nuralia perlahan. Alahai Nur…apa dah jadik dengan kau ni..? apa kau dok merepek senja-senja ni?
          Berkerut dahi Syed Iskandar disaat Nuralia mengucapkan sebaris kata-kata itu. Tanpa sedar, cengkaman jemarinya pada bahu Nuralia sudah semakin mengendur sebelum terlerai sepenuhnya.
          “Walid mohon sangat..Nur, sabarlah dengan karenah Is ni. Dia tengah ambil masa untuk terima kewujudan Nur dalam hidup dia…” ucap Tan Sri Syed Izzudin perlahan. Suara walid membawa dia kembali kepada reality semula.
          Nur mengukir senyum.
          “Insyaallah walid. Nur pun tengah belajar untuk terima Syed Iskandar..” ucap Nuralia. Tan Sri Syed Izzudin hanya mengangguk.
          “Walid yakin, kasih dan sayang Nur mampu rawat hati Is ni..” Tan Sri Syed Izzudin menyentuh tangan Syed Iskandar yang menggenggam erat jemari Nuralia. Terus kedua tangan yang bertaut erat itu diletakkan diatas dada Syed Iskandar.
          “Nur, kat sini..dah ada sayang untuk Nur. Percayalah. Walid pasti tentang tu. Cuma dia sendiri yang tak perasan pasal tu. Nur kena bijak jaga, supaya ia makin mekar..” Nuralia hanya membiarkan walidnya meneruskan bicaranya.
          “Memang salah walid, hati ni jadi kering dan keras. Penyakit hati ni satu je. Kurang kasih sayang dan perhatian. Sejak dari dia kecil, walid cuba penuhi semua keperluan dan kehendak Syed Iskandar dan semuanya berjaya walid tunaikan..namun hanya satu yang walid gagal sehingga menyebabkan keadaan jadi sebegini teruk. Iaitu kasih sayang dan perhatian. Mungkin benar kata orang, Syed Iskandar ada segalanya..rupa paras, akal yang cerdik, harta yang melimpah..tapi dia kurang kasih dan sayang.. Sebab tu lah, kalau boleh walid nak  Nur bagi apa yang dia cari selama ni.” Pinta Tan Sri Syed Izzudin penuh harapan.
          “Sabar ye walid. Insyaallah, Nur akan cuba yang terbaik. Untuk suami dan keluarga Nur..” hampir mutiara jernih menitis ke pipi Nuralia disaat mendengar butir bicara walidnya.
          Tan Sri Syed Izzudin mengukir senyum lega kerana dapat berterus terang dengan Nuralia.
          “Walid kena balik office semula ni, ada kerja yang belum beres lagi.” Tan Sri Syed Izzudin bangkit.
          “Baik-baik jalan walid.” Ucap Nuralia sambil menyalami Tan Sri Syed Izzudin.



3 comments:

itu_aku +_^zue said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nk lg..
cpt la bg is no syg gler kt nur

arin arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

next entry..i'll try to make it..hehe:) stay tuned ya..!

Seorg wanita... said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Touching... besar sungguh harapan walid & ummi kat Nur untuk bagi kasih-sayang dan perhatian pada Iskandar.. moga2 Iskandar akan berubah lepas sakit ni dan terubat hatinya dgn layanan Nur... tu belum tau apa yg Nur dah buat dgn tetamu dr client dr Jepun... Walid pun tak tau ke b/ground Nur? Camner dia boleh berada d Jepun? takkan level SPM je kot?