My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

14 February 2011

Qaseh Nuralia Imani 14




Bab 14
            Nuralia Imani membuka kelopak matanya perlahan.  Suasana di sekeliling terasa begitu asing sekali. Pandangannya yang masih berbalam menyukarkan penglihatannya. Kepalanya juga masih terasa sakit. Ya Allah..Nuralia cuba untuk bangkit.
            “ Eh, Nur..awak dah sedar?” satu susuk tubbuh merapatinya.
            Nuralia cuba mengamati susuk tubuh disebelahnya.
            “Maira!” serentak itu tubuh disisinya didakap erat.
            Pelukan Nuralia  dibalas mesra gadis yang digelar Maira itu.
            “Macam mana Maira tahu saya kat sini?” soal Nuralia lemah sambil meleraikan pelukannya.
            “Nur macammana sekarang? Dah  okay sikit ke?” Maira sengaja menukar topic perbualan.
            “Maira?” soal Nuralia lagi. Sudah jelas sahabat baiknya itu sedang menyembunyikan sesuatu daripadanya.
            “ Mai call rumah Nur pagi tadi. Suami Nur yang angkat.” Ucap Maira sambil mencapai gelas berisi air dikabinet disisi katil.
            Keruh wajah Nuralia sebaik mendengar kata-kata Umairah. Entah kenapa perasaannya terasa berkecamuk.
            “Nur, minum air ni sikit..” ucap Umairah sambil menghulurkan gelas tersebut kepada Nuralia.
            “Nur, kenapa ni? Nur ada masalah ke?” soal Umairah sebaik melihat Nuralia yang seakan sedang mengelamun jauh. Gelas air ditangan Umairah dicapai. Perlahan Nuralia menggelengkan kepala sebagai jawapan kepada persoalan Umairah tadi. Senyuman nipis diukir untuk sahabat karibnya itu.
            “Macam mana Nur boleh sampai kena tahan kat wad nih?” soal Umairah sambil meletakkan kembali gelas kaca tersebut ke tempat asalnya.
            Sepi tanpa jawapan.
            “Nur….?” Umairah masih menagih jawapan dari Nuralia.
            Nuralia memandang tepat ke wajah sahabat baiknya itu.
            “Kenapa Nur?” soal Umairah risau melihat perlakuan Nuralia.
            Nuralia mencapai jemari Umairah. Jemari sahabatnya itu digenggam erat.
            “Boleh tak Maira tolong uruskan procedure untuk keluar dari wad ni?”
            “Tapi Nur kan masih belum elok betul lagi?” Umairah risau dengan permintaan Nuralia ini.
            “Insyaallah, Nur dah okay ni Maira. Boleh ya?” pinta Nuralia.
            “Kalau itu kata Nur, Mai tak ada masalah. Tapi biar Mai tanya doctor dulu okay..” Umairah mengukir senyum sebelum melangkah keluar dari ruang wad tersebut.


            Umairah sedang membantu Nuralia mengemas barang untuk dibawa pulang. Sedang mereka leka mengemas barang, pintu wad ditolak dari luar. Wajah Syed Iskandar terpampang dimuka pintu. Berkerut  dahi lelaki itu melihat Umairah sedang membantu Nuralia berkemas. Nuralia juga sudah lengkap berjubah hitam serta pelindung wajahnya.
             “Dah boleh discharge ke?” soal Syed Iskandar sambil duduk disebelah Nuralia.
            Nuralia diam tidak berkutik. Tidak selesa dengan jarak antara mereka yang begitu hampir. Beku terus pergerakannya.
            “Nur dah beransur pulih, jadi doctor bagi Nur discharge dari wad.” Balas Umairah  sambil meletakkan beg Nuralia disisi katil.
            “Berapa?” soal Syed Iskandar perlahan sambil mengeluarkan walletnya.
            “Berapa apa?”Soal Umairah masih kabur dengan pertanyaan Syed Iskandar.
            “Caj medical centre ni.” Pandangan Syed Iskandar sudah berada tepat kewajah Umairah.
            “Tak perlu. Saya Ikhlas bantu sahabat saya.” Balas Umairah sambil mengukir senyum pada Nuralia yang hanya berdiam diri sejak kehadiran Syed Iskandar didalam bilik wad tersebut.
            “Nur isteri saya, tanggungjawab saya.”serius suara Syed Iskandar. Perlahan dan dingin suara itu kedengaran.
            Mati terus senyuman Umairah mendengar  kata-kata suami sahabat baiknya itu.
            Baru Umairah ingin membalas kata-kata itu, lengannya pantas dipaut Nuralia. Pandangan mereka bertaut. Umairah mengerti apa yang ingin diperkatakan Nuralia.
            Perlahan-lahan resit rasmi dari pusat perubatan itu diberikan kepada Syed Iskandar.
            Bilik itu serta merta terasa dingin semacam. Bukan dek kerana penghawa dingin, tetapi dengan kehadiran insan bernama Syed Iskandar Zulkarnain.
            “Thanks.” Wang sudah bertukar tangan.
            “Sama-sama.” Balas Umairah perlahan. Degil! Bisik hati kecil Umairah geram.
            Beg disisi katil sudah dicapai Syed Iskandar.
            “We got to go now. Anyway, thanks again.” Syed Iskandar mencapai lengan Nuralia untuk membantu gadis itu bangun.  Mereka berjalan beriringan keluar dari bilik wad selepas Nuralia memeluk erat Umairah sambil membisikkan ucapan terima kasih pada sahabatnya itu.
            “Becareful.” Nada ais batu itu memberi peringatan pada Nuralia. Lengan Nuralia dilepaskan perlahan. Mereka berjalan kearah lif.
            Sepanjang perjalanan pulang itu, suasana masih menyepi. Semenjak dari pusat perubatan lagi suara Nuralia masih tidak kedengaran. Syed Iskandar pula lebih senang menumpukan sepenuh perhatian pada pemanduannya. Syed Iskandar menekan butang radio. Cuba menghilangkan kesepian yang kelihatannya tidak akan berkesudahan.
            “ saudara saudari yang dirahmati ALLAH sekalia, kini marilah kita bersama-sama menghayati maksud yang ingin disampaikan oleh kumpulan De Hearty, permata yang dicari..” suara penyampai radio memecah kesunyian.
            Tangan Syed Iskandar yang pantas mahu menukar siaran beku serta merta sebaik mendengar bait-bait lagu tersebut. Lantas tangannya ditarik lalu diletakkan diatas stereng kereta kembali.

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi


Lembut tutur bicaranya 
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah 
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu



            Masing-masing masih diam melayan perasaan. Nuralia masih menala pandangannya keluar cermin tingkap kereta. Tenang sahaja wajah itu. Syed Iskandar yang sedang memandu juga masih focus pada pemanduannya. Jalan raya agak sesak memandangkan waktu sudah menginjak jam 6.16 petang. Waktu dimana kebanyakan warga kota pulang dari pejabat.
            Syed Iskandar terasa benar-benar terpukul dengan lagu itu. Seakan penulis lagu tersebut menujukan lagu tersebut khas buat dirinya. Ah..perasan sudah kau ni Iskandar…
            Gelora dihatinya cuba diselindungkan sebaik mungkin. Riak tenang dipamerkan diwajahnya. Tidak mahu dihidu sesiapa lebih-lebih lagi gadis disebelahnya ini.


            ‘Syed Iskandar dah nampak semuanya ke?’ hati kecil Nuralia tertanya-tanya. Wajahnya terasa panas serta merta. Jika benar itu yang terjadi…malunya..rintih hati kecil Nuralia. Serta merta fikirannya kembali pada peristiwa malam semalam. Perlahan-lahan matanya dikatup rapat. Cuba mengusir rasa segan yang datang bertimpa-timpa sebaik teringatkan peristiwa itu. Tindakan nekadnya membantu Syed Iskandar dengan CPR. Sungguh la tindakan berani mati kau ni Nur… hatinya berbisik perlahan.

            Syed Iskandar mencuri pandang wajah disisinya dengan hujung matanya. Gadis itu masih dengan jubah serta pelindung wajahnya. Masih mahu menyembunyikan wajahnya selepas apa yang telah berlaku semalam? Syed Iskandar cuba menyembunyikan senyuman yang hanpir saja terukir. Wajah yang disembunyikan gadis itu disebalik hijabnya itu bukan lagi suatu rahsia padanya. Mengenangkan peristiwa semalam, tanpa sedar hatinya mengucap kata syukur kepada ALLAH. Wahhh! Syed Iskandar masih reti bersyukur rupanya…sindir satu suara dari hatinya.

            Sungguh! tidurnya langsung tidak lena semalam. Lebih tepat lagi, langsung tidak mampu melelapkan mata walaupun sesaaat. Wajah Nuralia senantiasa bermain-main dimindanya. Nuralia…Nuralia…Nuralia… entah bagaimana senyuman begitu mudah terukir diwajahnya hanya dengan menyebut nama milik isterinya itu. Terasa hati begitu lapang dan damai sekali. Perasaan ini begitu pelik. Namun indah. Apakah semua ini?
            ‘Kau dah hilang akal ke Iskandar?! Perempuan yang macam tu yang kau cinta?’
            ‘Perempuan semuanya sama Iskandar…pengkhianat! Pengikis! Kau tak boleh tersungkur kerana cinta Iskandar!’ satu suara cuba menyakinkan Syed Iskandar.
            Nuralia yang hanya diam membisu sejak tadi sekali lagi dipandang dengan ekor mata. Sekarang kau dah pandai nak curi-curi pandang perempuan yang kau hina dulu ya? suara halus itu menyindir lagi.
            ‘Isteri aku bukan perempuan sebegitu..’bisik hati kecil Syed Iskandar.
            ‘kau tak layak untuk dia Iskandar. Kau tidak layak untuk perempuan sebaik dia. Perempuan suci seperti dia tempatnya disisi insan soleh, bukan kasanova yang hanya Islam pada nama seperti kau. Jangan berangan kau dapat memiliki dia Iskandar..’satu suara pula menyampuk.
            ‘Dia milik aku. Hanya aku!’ Hati Syed Iskandar mula terkesan dengan suara tersebut.
            Kereta membelok memasuki perkarangan banglo 2 tingkat yang dihadiahkan oleh walid serta umminya. Syed Iskandar melangkah keluar setelah mematikan enjin. Nuralia juga sudah berdiri disisi kereta. Pandangannya dihalakan kepada Syed Iskandar sebaik lelaki itu berjalan menghampirinya.
            ‘Dia nak buat apa ni?’ hati kecil Nuralia mula berlagu gundah.
            Beg pakaiannya dihulurkan oleh lelaki itu.
            Perlahan-lahan Nuralia menyambut huluran Syed Iskandar sambil mengukir senyuman tipis. Takut tak bertempat kau ni Nur…
            “Masuk rehat. Tak perlu buat kerja apa pun sampai you betul-betul sihat.” Ucap Syed Iskandar tanpa nada. Dingin.
            “I nak keluar, ada hal. Kalau lapar, you makan je tak perlu tunggu I.” ucap Syed Iskandar tanpa dipinta. Selesai  mengucapkannya, Syed Iskandar masuk semula kedalam perut keretanya. Tidak sampai  seminit, kereta sudah bergerak keluar dari perkarangan rumah.
            Nuralia tidak menunggu lama. Langkahnya diatur menuju ke dalam rumah. Kepalanya terasa sedikit pening.  Seluruh alam terasa berpusing.
            ‘Kuatkan hatiku menerima dugaanmu ya ALLAH…’ rintih Nuralia sambil menapak masuk ke dalam rumah besar itu. Beg sederhana besar itu turut dibawa bersama.




            Lamborghini Murcielago Lp640nya meluncur laju membelah lebuhraya. Fikirannya benar-benar serabut ketika itu. Dia perlu melakukan sesuatu untuk menghilangkan kekusutan ini. Kepalanya terasa berat.
            “Haahh!!” jerit Syed Iskandar kuat. Stereng kereta dihentak kuat. Melepaskan geram yang membuku di sanubari. Geram pasal apa dia sendiri tidak pasti. Yang pasti ada suatu rasa yang kian menghimpit dan menyesakkan jiwanya. Dia benci situasi begini.
            Handsfree handphonenya dicapai.  Kekunci dibuka lalu jarinya pantas menekan nombor 4 yang terpampang pada skrin sesentuh Sony Ericsson Rachael Xperianya.  Icon hijau disentuh sebelum hanphone putih itu diletakkan diatas dashboard dihadapannya.
            “Mana pulak Arie ni? Masih marah dengan aku ke?” omel Syed Iskandar sambil kembali mencapai handphonenya. Dia mencuba buat kali yang kedua. Masih hampa.
            “Mana pula si Arie ni….”Contact list dibuka.
            Syed Iskandar menanti panggilan disambut.
            “Come on Arie….pick up the phone…” bisik Syed Iskandar penuh harapan.
            Setelah dua kali mencuba, akhirnya panggilan disambut.
            “Hello, Arie..aku mintak maaf pasal kelmarin. Kau kat mana ni, kita jumpa jom. Tempat biasa. Aku ada benda nak cakap dengan kau ni. Penting. Please Arie..” Syed Iskandar menyusun bicara sebaik talian disambungkan.
            Talian dihujung sana masih senyap. Mamat ni masih bengang dengan aku ke? Detik hati kecil Syed Iskandar.
            “Hello Arie?” ucap Syed Iskandar. Mulai geram dengan kebisuan sahabatnya itu.
            “Err..hello.” balas suara dihujung talian. Eh? Sejak bila suara budak Arie tu jadi macam perempuan ni? Apa kena kawan aku tu? Transform jadi nyah ke ape? Sempat pula kau buat lawak ye Iskandar.  Hampir terburai tawanya. Namun segera ditahan. Syed Iskandar mula fikir yang tidak-tidak.
            ‘His mistress?’ Syed Iskandar pantas menampar pipinya. Arie yang aku kenal bukan kasanova. Walaupun dia pilot, ada segala-galanya..tapi dia bukanlah seteruk tu. Yang teruk tu aku, bukan dia.
            “Err..Abang Arie tak ada. Dia ada duty kat Amsterdam. Baru flight petang tadi. Ni siapa ye?” suara dihujung talian bertanya sopan.
            “I’m Zul, his buddy. You ni siapa pula?” soal Syed Iskandar. Baik dia bertanya daripada membuat andaian yang tidak-tidak pada sahabatnya itu.  
            “Saya wife dia.” Lembut suara dihujung talian menjawab. Namun kelembutan itu hampir sahaja membuatkan kereta yang dipandu laju oleh Syed Iskandar terbabas. Terkejut benar dia dengan apa yang baru didengarinya. Tak habis-habis lagi ke kejutan yang perlu dihadapinya. Arie dah kahwin? His married? Oh my..I hates surprise! Jerit hati kecil syed Iskandar. Banyak benar kejutan sejak akhir-akhir ini. Tidak tertanggung lagi rasanya…
            Bilamasa pula kau kahwin ni Arie. Sampai hati kau tak bagi tau kau..kecewa hatinya dengan sikap Arie. Perkara besar begini tidak pernah diceritakan padanya langsung..
            “Hello…”Ucap suara dihujung sana. Syed Iskandar kembali kepada realiti.
            “Hello. Erm..sorry, bila Arie habis duty kali ni ye?” soal Syed Iskandar.
            “This Friday’s night.”
            “Okay. Thanks for the info. And..sorry for disturbing  you. Bye.” Balas Syed Iskandar.
            “Most welcome. No biggie. Assalamualaikum..” Suara dihujung talian mengucapkan salam padanya sebelum talian diputuskan.
            “Wa’alaikummussalam..” jawab Syed Iskandar perlahan.
           



            Dia mengambil lorong paling kiri untuk keluar dari lebuhraya. Syed Iskandar terus memandu tanpa arah tujuan.  Tali leher yang tersimpul kemas dirungkai lemah lalu diletakkan di seat sebelahnya. Sesaknya otak..serabut..serabut…
            Matahari yang tadinya masih mengeluarkan cahaya-cahaya samar diufuk senja kini sudah tiada lagi. Lampu-lampu di sepanjang jalan pula mengambil tugas untuk menerangi dunia.
            Syed Iskandar memberhentikan keretanya dibahu jalan.  Kawasan lereng bukit itu sunyi sepi. Keluhan berat dilepaskan perlahan sebaik enjin kereta dimatikan. Tubuhnya disandarkan ke tempat duduk dibahagian pemandu.
            Fikirannya menerawang jauh.  Hatinya benar-benar sesak dengan bermacam perasaan. Tidak pernah dia mengalami keadaan seperti ini sebelumnya. Hancur hatinya dengan sikap wanita yang amat dikasihinya. Kepercayaannya kepada Bella tidak lagi bersisa. Terasa bagai ego dan maruahnya sebagai lelaki dipermainkan oleh wanita itu. Sungguh dia tidak menyangka wanita yang dikasihinya itu sanggup mengkhianatinya sebegitu rupa. Apa tidak cukupkah kasih sayang yang diberikan olehnya sehingga Bella tergamak mencari yang lain?
            ‘Sudahlah tu, lelaki yang dijadikan pesaingnya itu tidak lansung setanding dengan dirinya. Nak kata handsome, aku lagi handsome. Rambut pun sudah hilang separuh. Perut dah 9 bulan 10 hari..tak faham aku apa yang lebihnya lelaki tua tu berbanding aku.’
             Sekali lagi stereng kereta dihentak keras. Geram sungguh hatinya  mengenangkan perempuan itu.
            ‘ Gara-gara dia aku hampir hilang kawan baik aku. Gara-gara dia juga hancur muka Arie aku kerjakan. First time aku naik tangan dengan Arie. Sebab dia juga aku tengking ummi yang aku sayang. Sebab dia.. sebab perempuan murahan itu. Kenapa kau buta Iskandar? Kenapa…?!’ tanpa sedar, air matanya mengalir perlahan.  Beratnya rasa hatinya ketika ini. Mukanya diletakkan diatas stereng kereta. Cuba mengawal perasaannya yang dirasakan begitu rapuh ketika itu. Seperti dunianya kelam…gelap…tiada harapan lagi. I’m dying because of stupid love...bisik hati kecil Syed Iskandar. Tewasnya seorang Syed Iskandar Zulkarnain kerana cinta.
            Setelah beberapa ketika, dia kembali mengangkat wajahnya. Wajahnya diraup perlahan. Sisa air mata dikesat dengan jemarinya. Pintu kereta dibuka lalu langkahnya diatur keluar. Dia bergerak kesisi kiri keretanya. Menghadap pemandangan ibu kota yang bagaikan bernyawa. Indah disirami cahaya berwarna warni. Syed Iskandar menarik nafas. Sedalam mungkin. Cuba mencari kekuatan bagi dirinya sambil menyandarkan tubuhnya pada badan keretanya.  Pandangannya ditala kebawah bukit tempat dia berdiri kini. Kedinginan malam tidak diendahkan walhal tubuhnya sudah terasa pelik semacam. Kepalanya terasa semakin berat.
            Fikirannya menerawang jauh. Wajah Nuralia tiba-tiba menyapa mindanya. Wajah polos gadis itu seakan meniupkan semangat kepada dirinya. Memberi nafas baru kepada jiwanya yang mulai layu seperti  hilang harapan untuk meneruskan kehidupan.
            “Apa kena dengan aku ni?” sekali lagi Syed Iskandar meraup wajahnya. Pelik dengan dirinya sendiri. Kenapa sejak semalam lagi bayangan wajah Nuralia sering kali menghantuinya.
            “I’m falling for her?” dahi Syed Iskandar berkerut memikirkannya. Tanpa sedar dia tertawa kecil.
            “No. For sure. “ yakin Syed Iskandar mengucapkannya. Menghabiskan sisa tawanya.
            Langkahnya kembali diatur kedalam kereta. Badannya mulai terasa aneh. Berat semacam. Tekaknya juga mulai perit. Petanda tak baik…detik hati Syed Iskandar sambil menghidupkan enjin kereta. Beberapa ketika kemudian, Lamborghini Murcielago Lp640 putih tersebut mula bergerak meninggalkan kawasan lereng bukit itu.
           
           




2 comments:

madie dieha said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cepat ! sambong lagi :P

idA said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ceRITA NI SEMAKIN MENARIK..CEPAT SAMBUNG YA..