My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

23 March 2011

Qaseh Nuralia Imani 18



Bab 18
         

Nuralia menuruti langkah yang diatur Naudir kedalam sebuah bilik di hujung aras 8 menara Al-Iqrami Holdings.
          “Puan tunggu di sini, saya nak selesaikan sesuatu dahulu.” Naudir melangkah keluar dari bilik itu semula dengan tergesa-gesa.
          Suasana sudah mulai sepi. Nuralia perlahan-lahan menarik nafas sedalam yang mungkin. Perlahan-lahan dia bangkit. Pandangannya disorot ke segenap ruangan bilik mesyuarat itu. Bilik itu dihias ringkas dengan mengadunkan elemen ukiran kaligrafi Islam dan juga elemen moden kontemporari. Beberapa gambar ilmuan serta cendekiawan Islam turut menghiasi dinding konkrit. Unik idea penataan bilik mesyuarat tersebut.
          Seketika kemudian, pintu bilik mesyuarat tersebut di kuak dari luar. Naudir melangkah merapati Nuralia.
          “Puan, kita ada masalah besar ni..translator yang sepatutnya ada dalam meeting ni tak dapat datang..dan kami tak dapat cari pengganti sebab masa dah suntuk..” Nada suara Naudir kedengaran amat risau.
          “Err…” kata-kata Nuralia termati apabila pintu bilik tersebut diketu dari luar.
          “Encik Naudir, Encik Nakamura dah sampai..nak minta beliau masuk sekarang ke?” soal seorang gadis yang ayu berbaju kurung moden dan bertudung sedondon.
          “Ha? Dah sampai?”
          “Jemput beliau masuk sekarang..tak baik buat tetamu tertunggu-tunggu..”Ucap Nuralia sambil mengambil tempatnya semula.
          Naudir sudah mati bicara. Tak sudah-sudah masalah datang bertimpa hari itu.
          Sepasang warga asing melangkah masuk dengan diiringi gadis berbaju kurung moden tadi. Naudir menundukkan kepala kepada pasangan Jepun itu sambil berjabat tangan dengan lelaki Jepun tersebut.
          “Selamat datang ke Malaysia dan Al-Iqrami Holdings.”
          “Puan, kenalkan Encik Kusano Nakamura..CEO Vahalla Medical Centre & co.”ucap Naudir sambil mengukir senyum.
          Anzen'na yoru..”Nuralia menundukkan kepala sambil mengucapkan selamat petang kepada pasangan Jepun dihadapannya itu. Dia mengukir senyum.
          Naudir disebelahnya sudah buat pandangan pelik pada Nuralia. Eh? Cakap Jepun ke Puan Nur ni?
          “Haite!”Pasangan Jepun tersebut turut menundukkan kepala.
          Watashi wa jōshi ni kawatte owabi mōshiagemasu. Kare wa watashi wa kare ga kono giron o haichi shi tsuzukeru koto ni okikae raremasu, kyō mo imasendeshita (saya mohon maaf bagi pihak bos saya. dia tidak sihat hari ini, jadi saya akan gantikan tempat dia untuk teruskan perbincangan ini.)” Nuralia memulakan bicara.
          Naudir sudah jatuh rahang mendengar Nuralia menuturkan bahasa Jepun dengan begitu lancar. Ini sudah baik..tanpa sedar Naudir menarik senyum, lega dengan situasi yang mula menampakkan impak positif.
          “Oh.. Watashi wa kare ni mo hayai kaifuku o negatte imasu (saya harap dia akan cepat sembuh..)”ucap Encik Nakamura. Wanita disebelahnya hanya mengangguk.
          “Arigato gozaimas..!” Nuralia sekali lagi menundukkan kepalanya tanda hormat. Nuralia tersenyum melihat wanita di sebelah Encik Nakamura, wanita separuh abad itu masih kelihatan  anggun, sama seperti dahulu.
          “Wareware wa wareware no giron o hajimeru koto ga dekimasu ka?( boleh kita mulakan perbincangan kita?)” ucap Nuralia.
          “Haite!”Encik Nakamura mengangguk setuju.
          Perbincangan dimulakan selepas Encik Nakamura dan wanita disebelahnya mengambil tempat masing-masing.
          Naudir hanya menjadi pemerhati. Perbincangan tersebut berjalan sepenuhnya dalam bahasa yang sepatah haram pun tidak difahaminya. Sesekali  kelihatan Encik Nakamura tertawa mendengar bicara Nuralia. Entah apa yang diperkatakan mereka, Naudir tidak pasti. Seketika kemudian, kelihatan Encik Nakamura menganggukkan kepala tanda faham dengan penjelasan Nuralia. 
          Watashi ga konseputo to wa, hyōji shiyou to suru kangae ga sukidesu.
Hij
ō ni kyōmibukai. Hijō ni hageshii (saya suka akan konsep serta idea yang cuba kamu tampilkan. Sangat menarik. Sangat hebat sekali.)” Encik Nakamura tertawa senang.
          “Arigato..arigato gozaimas!” Nuralia menundukkan kepalanya.
          Watashi wa anata ga sore o kiniitte kurete ureshii (saya gembira tuan sukakannya.)” Nuralia mengukir senyum. Namun dia terlupa senyumannya tidak mungkin dapat dilihat oleh Encik Nakamura mahupun Naudir kerana dia niqab yang di pakainya.
          “Sorekara, watashi wa atode oshiete kureru, anata no kaisha no saisho no ofā o kentō suru (Saya akan pertimbangkan tawaran syarikat kamu dahulu, kemudian saya akan beritahu kemudian.)” Encik Nakamura membelek dokumen proposal yang diserahkan kepadanya.
          “Haite!”Nuralia mengangguk perlahan. Pandangannya ditala pada wanita disebelah Encik Nakamura.
          “Shi Kusano, suru ni wa, yūga de itsumo no yō ni (Puan Kusano, kamu masih anggun seperti dahulu.)” Nuralia memandang Puan Kusano yang hanya berdiam diri dari tadi. Tersentak wanita Jepun itu mendengar Nuralia menyapanya begitu.
          “Arigato..”teragak-agak Puan Kusano menjawab. Dia memandang suaminya disebelah.
          “Wareware wa kore ni sakidatte atta koto mo nai (Kita pernah berjumpa ke sebelum ni?)” Puan Kusano bertanya sopan.
          “Watashi wa saisho no fujin ni Nippon de atte ita ( Saya pernah berjumpa dengan Puan sewaktu di Jepun dahulu.)”Nuralia membalas.
          “A re?”Puan Kusano sedikit terkejut dengan jawapan Nuralia.
          “Watashi wa shi Kusano no kazoku no ie ni shite kita..( Saya pernah ke kediaman keluarga Encik Kusano..)”
          Sepi. Puan Kusano memandang suaminya dengan dahi berkerut.
          “Inami-chan?!”soalnya tidak percaya.
          “Haite.” Nuralia pantas bangkit selepas Puan Kusano sudah melangkah menghampirinya.
          “Nagai jikan ga nai anata sotsugyō-go, marēshia ni modotte anata o kikanakereba naranai. Anata wa, watashi wa hotondo anata gata o shitte ita koto ga dekimasu.. Kisai o sanshō shite kudasai ! (Lama tidak mendengar khabar kamu selepas kamu tamat pengajian dan pulang ke Malaysia. Kamu Nampak lain..saya hampir tidak dapat kenal kamu!)” Puan Kusano memeluk Nuralia erat.  Encik Nakamura hanya tersenyum. Gembira dapat berjumpa dengan gadis Malaysia ini kembali.
          “Anata wa kono nochi lainkah shigoto ga arimasu ka? Watashi-tachi to issho ni ki nomimono wa.. Tabun watashi-tachi wa nagai.. Chatto ka?  (Kamu ada kerja lainkah selepas ini? Marilah minum bersama kami..mungkin kita boleh bersembang panjang..?) ”pelawa Encik Nakamura. Puan Kusano hanya mengangguk, setuju dengan cadangan suaminya.
          “Watashi wa taisetsuna mono o motte irunode mōshiwake arimasenga, kono hi wa.. Sa renai baai ga arimasu. Gomen ne. (Maaf, untuk hari ini..mungkin tidak boleh kerana saya ada hal penting. Saya minta maaf.)” Nuralia sekali lagi menundukkan kepalanya.
          Ā~ Nai mengapalah. Wareware wa rikai shite( Oh Tidak mengapalah.Kami faham. )” Puan Kusano mengukir senyum.
          “Anata wa koko ni dore kurai sa rete iru ? (Berapa lama kamu di sini?)” soal Nuralia.
          “Ashita made..(Sehingga lusa..)”Balas Encik Nakamura.
          “Akira-chan san wa subete no shuppatsu raishū hikitsugimasu. Kare wa, purojekuto zentai o kanri suru (Akira-chan akan mengambil alih semuanya mulai minggu hadapan. Dia akan menguruskan keseluruhan projek ini.)” Ucap Encik Nakamura.
          Akira-chan wa, buranchi no direkutā sa remasu Vahalla Malaysian..(Akira-chan akan menjadi pengarah cawangan  Vahalla di Malaysia..)”Puan Kusano berbisik ketelinga Nuralia. Encik Nakamura dihujung sana sudah tertawa besar melihat telatah isterinya.
          “Watashi wa anata no kaisha no teikyō shite dōi suru mono to shimasu (saya setuju dengan tawaran syarikat kamu.)”Encik Nakamura akhirnya memutuskan.
          “A re? “Nuralia terkejut dengan kata-kata Encik Nakamura. Eh? Tak perlu pertimbangkan lagi ke?
          Arigatōgozaimasu. Wareware wa shōrai-teki ni mo kyōryoku suru koto ga dekiru to omoimasu (terima kasih tuan. harap kita akan dapat menjalin kerjasama yang baik pada masa hadapan).” Nuralia menundukkan lagi kepalanya.
          Encik Nakamura dan Puan Kusano juga menundukkan kepala sebagai tanda hormat. Senyuman tidak lekang dari bibir Puan Kusano. Gembira benar dia.
          Watashi-tachi wa jibun ga saisho ni tazuneru ( Kami minta diri dulu.)” Ucap Encik Nakamura sambil bangkit dari tempat duduknya.
          “Haite.” Nuralia turut bangkit.
          “ Inami –chan, Mōichido o sanshō shite kudasai  (Jumpa lagi..)”Puan Kusano memeluk Nuralia kembali. Nuralia hanya mengangguk.
          Anata ni o wakare (selamat jalan tuan).”Nuralia menghantar Encik Nakamura menuju ke dalam lif.  Naudir hanya menuruti langkah Nuralia. Mereka bersama-sama menaiki lif menuju ke lobi syarikat.
          Encik Nakamura serta Puan Kusano bergerak meninggalkan menara Al-Iqrami holdings.
          “Puan, apa dah jadi sebenarnya ni?” soal Naudir, bingung.
          “Awak boleh mula siapkan mou..”Balas Nuralia.
          “Encik Nakamura berminat dengan proposal Encik Is?” Soal Naudir teruja.
          Nuralia hanya mendiamkan diri. Dia tersenyum sebenarnya, namun malangnya, senyumannya tidak mampu dilihat Naudir.
          “Sangat.” Balas Nuralia.
          “Sangat? Alhamdulillah..”Naudir tersenyum senang hati.
          “Tapi..kenapa puan tak cakap awal-awal yang puan boleh bertutur dalam bahasa Jepun? Encik Is ni pun satu..senyap saja..”Naudir mengomel sendirian.
          Nuralia hanya membiarkan Naudir.
“Saya balik dulu lah ya? sini dah selesaikan?” soal Nuralia.
          “Ha..a’ah. sudah. Puan nak kemana? Hospital semula ke?”
          Nuralia hanya mengangguk. Risau pula meninggalkan Syed Iskandar lama-lama.
          “Mari saya hantarkan..bahaya puan ambil teksi sorang-sorang. Kalau jadi apa-apa pada puan macam mana saya nak jawab dengan encik Is nanti?” Naudir sudah melangkah ke kaunter pertanyaan utama di lobi.




          Syed Iskandar membuka matanya perlahan. Bingkas dia bangkit dari pembaringannya. Terasa seluruh badannya bermandi peluh. Panas yang amat.  Semakin lama, bahang semakin menggigit kulitnya. Pantas pandangannya ditala ke seluruh bilik. Pandangannya terkunci pada sebuah frame gambar disisi ruang tamu mini di dalam ruangan tidur itu. Gambar dia dan Bella semasa mereka pergi bercuti ke Mauritius hujung tahun lepas yang sedang terbakar.
           Sepantas kilat, api tersebut merebak ke permaidani di hujung katil. Api berwarna biru itu semakin marak. Sepantas kilat, Syed Iskandar turun daripada katil menuju kearah bilik air. Sebaldi air di jirus kearah api yang semakin merebak ke katil. Namun, api yang pada asalnya berwarna merah bertukar menjadi biru sebaik Syed Iskandar menyimbahkannya dengan air. Api  biru yang pada mulanya sudah merebak ke katil kini berubah arah menuju kearah tempat dimana Syed Iskandar berdiri. Tergesa-gesa Syed Iskandar berlari menuju ke pintu bilik. Semakin laju langkah yang diatur Syed Iskandar, semakin marak api biru itu menjejaki langkah yang diaturnya.
          Kain langsir pintu sorong berhampiran ruang rehat di rentap keras lalu dilemparkan kearah api biru yang seakan sedang memburunya. Malang baginya apabila api biru itu dengan mudah telah terkena pada baju t-shirt yang di pakainya. Syed Iskandar cuba memadamkan api yang sedang membakar  t-shirtnya itu. Ketika itulah, entah bila masanya, Tan Sri Syed Izzudin dan Puan Sri Zarina berdiri dihadapannya. Wajah keduanya nampak sugul.
          “Walid, ummi……tolong Is..panas!! tolong Ummi…panas…” raung Syed Iskandar, cuba mendapatkan pertolongan walid serta umminya.
          Namun, walid serta umminya hanya kaku tanpa kata. Walidnya masih berwajah sugul sedangkan umminya hanya mampu mengalirkan air mata.
          “Tolong Is ummi….tolong..” rintih Syed Iskandar.
          “Maafkan ummi sayang..ummi tak berdaya..” usai Puan Sri Zarina menuturkannya, sedikit demi sedikit bayangan mereka menghilang.
          “Ummi..!!”jerit Syed Iskandar, api di badannya sudah semakin marak. Pantas langkahnya diatur ketingkat bawah. Cuba mencari kolam renang. Sebaik sahaja dia tiba di gigi kolam renang, langkahnya mati serta merta. Seakan kakinya terpasung kukuh di bumi. Dia tidak berdaya untuk mengorak walau selangkah pun kehadapan sedangkan api biru itu sudah menjilat hampir keseluruhan badannya.
          “Tolong…..!!! panas!!”
          “Sakit….!”rintihnya. Namun keadaan sekeliling sepi. Seakan dia kini berada di suatu tempat yang hanya ada dia saja. Tiada orang lain. Sedang dia meraung kesakitan itu, terdengar suatu suara sedang berkata-kata kepadanya.
          “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang. Bertaubatlah kamu dengan taubat nasuha, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosamu. Sesungguhnya, pintu rahmat Allah itu luas. Insafilah ke khilafanmu..”
          Sepasang tangan memaut erat lengannya lantas menyedarkannya. Pantas Syed Iskandar menoleh mencari si empunya tangan kecil yang memaut lengannya. Serta merta pasungan kakinya dilepaskan. Lantas tubuhnya terjelepuk ke bumi. Dia sudah tidak punya upaya untuk menyelamatkan diri lagi.
          Syed Iskandar mengamati wajah gadis berpakaian serba putih yang kini sedang memangku kepalanya. Gadis itu masih berwajah tenang. Cukup berseri wajah putih mulus itu dalam persalinan serba putihnya. Entah kenapa, hati  Syed Iskandar terasa lapang dan damai melihat wajah gadis itu. Gadis itu kelihatannya seakan sedang terkumat kamit membaca sesuatu lantas meniup ubun-ubun Syed Iskandar perlahan. Api biru yang menjilat tubuhnya padam sedikit demi sedikit. Disaat itulah tubuhnya terasa amat pedih. Kesan melecur yang teruk diseluruh tubuhnya memperlihatkan luka yang parah.
          “Sakit..pedih..” perlahan dia mengerang sakit yang sudah tidak tertanggung lagi.
          “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Pemilik hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. (iaitu) jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat kepadanya; bukan jalan mereka yang dimurkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat.. (Al- Fatiha ayat 1-7)” gemersik suara gadis itu membisikkannya ketelinga kanan Syed Iskandar. Beberapa ketika kemudian,sedikit demi sedikit kesan luka melecur ditubuh Syed Iskandar pulih.
          Syed Iskandar meneliti tangan serta seluruh tubuhnya. Ternyata semuanya sudah kembali seperti sedia kala. Tiada langsung kesan luka mahupun parut akibat luka melecur tadi. Gadis disisinya dipandang dengan senyuman. Gadis itu menarik senyuman nipis. Senyuman Syed Iskandar mati tiba-tiba saat pandangannya menyapa sepasang mata milik gadis itu. Dia kenal benar sepasang mata itu. Sepasang mata yang sering kali menggoyahkan tembok keegoannya.
          Tangan gadis itu yang masih memaut lengannya dicapai dan di genggam erat. Gadis itu hanya menurut, tidak langsung cuba melepaskan genggaman Syed Iskandar.
          “Nur..terima kasih..” ucapnya perlahan. Bergetar suaranya menahan sebak yang muncul tiba-tiba.
          “Kenapa berterima kasih pada saya?” soal gadis itu lembut.
          “Sebab.. you saved my life.”
          Gadis itu tersenyum lagi.
          “Alhamdulillah. Segala puji hanya pada ALLAH.”ucapnya perlahan.
          Sepantas kilat tubuh disebelahnya ditarik kedalam dakapannya. Tanpa mampu ditahan, air matanya begitu deras mengalir. Nuralia hanya membiarkan kelakuan Syed Iskandar.
          “Saya banyak sakiti awak Nur..sebelum ni..dan sekarang, awak yang selamatkan saya..” pelukan dilepaskan.
          “Biarlah perkara yang lepas menjadi sejarah yang boleh dijadikan pedoman untuk kita memperbaiki diri kita..” balas Nuralia dengan senyuman yang indah menghiasi wajahnya.
          Lama mereka saling berbalas pandangan sebelum senyuman Nuralia bertukar menjadi titisan mutiara jernih yang deras beranak sungai di pipi gebunya. Syed  Iskandar kaget.
          “Kenapa Nur..?” soal Syed Iskandar teragak-agak. Jarinya pantas menyeka mutiara jernih yang membasahi pipi Nuralia.
          Nuralia memandang Syed Iskandar dengan mata yang masih berkaca.
          “Syed Iskandar Zulkarnain al-Iqrami..”ucap Nuralia perlahan.
          Syed Iskandar memandang Nuralia dengan dahi berkerut. Aneh dengan tingkah mendadak Nuralia.
          “Takdir ALLAH adalah takdir terindah. Redhalah dengan ketentuan-Nya, kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.” Ucap Nuralia sambil menggenggam erat jemari Syed Iskandar.
          “ALLAH sentiasa bersama hamba-Nya yang sabar..” perlahan Nuralia mengucup lembut dahi Syed Iskandar. Lama. Syed Iskandar mengatup rapat matanya. Hatinya berbunga riang. Entah mengapa dia berperasaan begitu.
          Genggaman Nuralia semakin longgar. Perlahan-lahan Syed Iskandar membuka matanya. Dilihatnya Nuralia sudah bangkit, berdiri tegak dihadapannya. Nuralia mula mengatur langkah meninggalkannya.
          “Nur..! tunggu!” Syed Iskandar cuba mengejar langkah Nuralia, namun sedikit demi sedikit tubuh kecil molek itu hilang di sebalik kabus..
          ‘Air mata itu… untuk apa?’ hati Syed Iskandar berlagu gusar.




          “Nur!!!”
          Syed Iskandar memandang sekeliling. Bingung.
          “Ya ALLAH, Encik Iskandar…kenapa ni?” Kak Imah di sebelahnya di pagut risau. Terkejut benar dia tatkala Syed Iskandar tiba-tiba sahaja terjaga daripada lenanya sambil menyebut nama Nuralia. Pelik-pelik saja perangai budak sorang ni sejak dia masuk wad kelmarin..
          “Kak Imah?” soal Syed Iskandar, masih bingung.
          “Encik tak ape-ape ke? Ada sakit kat mana-mana tak? Nak Kak Imah panggilkan doktor ke?” Kak Imah semakin risau melihatkan wajah Syed Iskandar yang berkerut seakan sedang menanggung kesakitan yang amat.
          “Tak…Is okay.” Balas Syed Iskandar lemah. Cukup-cukuplah dengan perkataan doktor tu..
          “Kak…Nur…”
          “Ada..Puan Nur ada..dia minta Kak Imah tengokkan Encik Is sekejap sebab dia nak solat..” balas Kak Imah sebelum sempat Syed Iskandar menghabiskan bicaranya.
          Syed Iskandar menarik nafas lega sambil meraup wajahnya. Apa semua ni? Kebelakangan ini, lenanya seringkali diganggu mimpi yang aneh.
          “Kak Imah…kenapa macam…” kata-kata Nuralia termati apabila terpandangkan Syed Iskandar yang sudah terpacak 90 darjah ditengah-tengah katil. Kain telekung diangkat sedikit bagi memudahkan dia berjalan merapati katil.
          “Awak okay tak?” soal Nuralia sambil melabuhkan duduk disisi katil.
          “Badan awak panas lagi ke?” Nuralia menekapkan tangannya kedahi dan pipi Syed Iskandar. Lelaki itu diam tidak berkutik.
          “Maaf..tadi saya..” Terasa tubuhnya melayang seketika.
          “Solat.” Sambung Nuralia perlahan. Syed Iskandar semakin mengeratkan dakapannya.
          “Jangan tinggalkan saya.” bisik Syed Iskandar dengan suara yang bergetar menahan sendu.
          Nuralia mengangkat kening. Aneh. Wajah Kak Imah yang berdiri berhampiran katil di pandang sekilas. Wajah wanita separuh abad itu juga nyata memperlihatkan betapa dia tidak menyangka tindakan drastik Syed Iskandar itu.
          “Saya minta maaf..tadi saya pergi solat sekejap..waktu asar dah nak habis..”ucap Nuralia takut-takut. Risau Syed Iskandar mengamuk besar kerana dia menghilangkan diri secara tiba-tiba.
          Syed Iskandar melepaskan pelukannya. Wajahnya ditundukkan bagi menyembunyikan sendunya. Kenapalah dirinya seakan selalu hilang kawalan sewaktu berhadapan dengan gadis bernama Nuralia Imani ni? Selalu sahaja anggota badannya bertindak tanpa arahannya. Buat malu betul laa..
          “ Awak nampak lesu sangat ni. Mandi jom? Biar badan awak segar sikit..” ucap Nuralia sambil berjalan kearah almari besar di sisi kiri katil. Sehelai tuala mandi di capai.
          “Hah?!” buntang mata Syed Iskandar memandang langkah Nuralia. Biar betul?! Mandi sama? Dah putus fius ke perempuan ni?
          “Awak pergi mandi dulu, saya nak turun masak sesuatu untuk awak. Bolehkan?” Tuala mandi sudah bertukar tangan. Nuralia membantu Syed Iskandar bangkit dari katil.
          “Aa..” perlahan Syed Iskandar membalas. Senyuman nipis tersungging di pinggir bibirnya. Haila..otak kau ni yang ada short circuit  Is..ada ke fikir benda gila macam tu…kau overdose ubat apa sampai jadi macam ni ha?
          “Saya turun dulu ye?” Nuralia sudah bergerak ke pintu bilik. Sempat gadis itu mengukir senyum. Senyuman pertama Nuralia untuk Syed Iskandar. Syed Iskandar masih tergamam di pinggir katil. Senyuman itu telah mengusik hatinya. Wajahnya terasa panas tiba-tiba.
          “Demam aku ni makin parah ke? Apesal rasa macam panas semacam je ni?” perlahan-lahan Syed Iskandar melangkah ke bilik air.




          Setelah usai mandi dan berpakaian, Syed Iskandar mengatur langkah menuju ke balkoni dihujung kamar tidurnya. Fikirannya menerawang jauh.
          ‘Zul, hargai apa yang ada didepan kau sebelum kau kehilangannya.’ Wajah tenang arwah Fiq sewaktu mengucapkannya terpahat kukuh dimindanya.
          “Hargai apa yang aku miliki sebelum aku kehilangannya..”tanpa sedar Syed Iskandar mengucapkannya.
          Mutiara jernih tumpah lagi di saat satu persatu memori persahabatan mereka terimbas kembali. Betapa dia merindui gelak tawa dan usikan nakal kawan baiknya itu. Renungannya jatuh pada cahaya berwarna jingga di kaki langit menandakan matahari sudah mula melabuhkan tirainya di ufuk barat.



22 March 2011

Qaseh Nuralia Imani 17





Bab 17

          Suasana klinik agak sibuk ketika itu. Setelah mendaftarkan nama Syed Iskandar di kaunter, Nuralia kembali mendapatkan Syed Iskandar. Lelaki itu masih dalam posisinya. Duduk sambil menyandarkan kepalanya ke dinding klinik.
          Syed Iskandar diam membatu. Kedua belah tangannya dimasukkan kedalam saku sweaternya. Pandangannya tetap ditala kehadapan. Kosong.

          “Fiq! Bangun!!
Jangan takutkan aku…jangan pejam mata kau Fiq..!!” suara seorang remaja lelaki belasan tahun memecah kesunyian lobi Pusat Perubatan Sri Mutiara.  Baju t-shirt yang dipakainya dipenuhi tompokkan darah. Terdapat luka kecil di bahagian muka dan lengannya. Beberapa pembantu perubatan dan juga jururawat sedang menyorong stretcher dari  laluan kecemasan menuju ke emergency room.
          “Bertahan Fiq… bertahan..”Stretcher bergerak melalui lobi pusat perubatan tersebut. Seorang lagi remaja lelaki juga dalam lingkungan usia belasan tahun sedang terbaring lemah. Darah memenuhi segenap wajahnya. Kain bandage yang membaluti kepalanya juga sudah berubah warna.
          “Sakit...Zul..” rintih remaja yang terbaring di atas stretcher lemah.
          “Jangan risau Fiq, kita dah sampai hospital ni..kau akan okay!” suara remaja yang memakai t-shirt yang di panggil Zul bergetar.  Risau dan sayu melihat keadaan rakannya yang berlumuran darah.
          Tiba-tiba stretcher berhenti.
          “Kenapa?” soal seorang jururawat.
          “Doktor Naqib dan doktor Addin masih dalam OP.” serba salah seorang lagi jururawat menjawab.
          “Apa korang buat ni?! Cepat tolong kawan aku! He’s DYING!!” jerit remaja bert-shirt itu.
          “ Hari ni ramai kes baru..kami kekurangan doctor..” perlahan jururawat itu menjawab. Serba salah. Pandangannya dihalakan kearah rakan remaja itu yang terbaring lemah diatas stretcher. Stretcher disorong ke satu bahagian di sebelah bilik ER. Beberapa orang jururawat menyambungkan beberapa alat kebadan remaja diatas stretcher itu.
          “Kawan aku tengah berjuang untuk hidup..korang boleh buat lawak tak bertamadun ni kat sini?!!”makin kuat jeritan remaja itu.
          MA dan jururawat itu diam membatu.
          “Abang..tolong..kak..tolong kawan saya…buatlah sesuatu…!!”raungan remaja itu semakin lemah. Tubuh seorang pembantu perubatan digoncang kuat. Bergetar suara remaja itu menahan sendu.
          “Tolong kawan saya...”rintihnya lagi.


          Syed Iskandar memalingkan wajahnya. Wajahnya pantas diraup. Perlahan-lahan dia cuba menarik nafas. Cuba menenangkan hati. Menghalau sebak yang kian menyesakkan jiwa. Pandangannya ditala ke lantai. Cuba mengawal perasaannya sehabis baik. Kenangan itu cuba diusir jauh. Namun..
          Nuralia Imani terkejut apabila Syed Iskandar bingkas bangkit dari tempat duduknya.
Dilihatnya lelaki itu sudah berkira-kira untuk melangkah pergi. Langkah Syed Iskandar yang baru ingin diatur terhenti sebaik sepasang tangan memaut lengannya. Wajahnya masih menunduk merenung lantai. Cuba menyembunyikan sendu serta air matanya dari disaksikan oleh si empunya tangan yang menghalang langkahnya tadi.
          “ Let’s  me go.” Ucapnya perlahan. Langsung tidak berpaling.
          “Awak belum jumpa doktor lagi ni..macam mana nak..”
          “Just follow what I said. Let’s get out from here. It’s SUCK!!” perlahan, namun cukup membuatkan Nuralia terdiam. Tajam renungan Syed Iskandar menikam pandangannya.

          Seorang wanita lengkap berbaju biru serta bertopi khas untuk pembedahan berlari dengan tergesa-gesa.
          “Doktor Alia! Mujurlah. Ada patient baru. Road accident. Bleeding all over his body. Luka di kepalanya nampak parah.” Ucap jururawat yang sedang mengesat darah yang mengalir keluar sambil menekapkan kain compress pada luka dikepala remaja itu.
          “Almie, cepat siapkan OP 3. Faez, kamu buat follow up pada kawan dia yang kat luar tu. Sue, tolong hubungi doktor Luqman , minta dia berada di OP 3. Saya perlukan seorang orthopeadic surgeon untuk operation ni.” Wanita itu terus bergerak  memasuki bilik disebelah ER.
          “ Ahmad Fiqri bin Kamal, Road accident.” Ucap satu suara dalam keadaan tercunggap-cungap. Fail maklumat peribadi pesakit diserahkan kepada wanita yang digelar doktor Alia tadi.
          “ Doktor Hilmi,buat X-ray. Hurry up!” arahnya kepada seorang lelaki berkot putih labuh yang menyerahkan fail tadi.
          “Fractured on his left arm and ribs, right degloving injury, bleeding an artery on head.”ucap seorang lelaki berkot putih labuh yang digelar Hilmi itu sambil menunjukkan hasil X-ray.
          “Saya doktor Alia, saya akan periksa awak.” Lincah doktor muda itu menyarung sarung tangan getahnya. Luka dikepala remaja bernama Fiqri itu lantas diteliti.
          “Red zone. Cepat bawa dia ke Operation theater.”
          “Tapi semua doktor senior tak available..siapa nak buat OP ni?”ucap lelaki berkot putih labuh tadi.
          Senyap.
          “I’ll take the risk.”
          “ Doktor Alia? Wake up! Kita ni intern je. Mana boleh buat sesuka hati je, ni kes red zone tahu tak!!” suara doktor Hilmi naik satu oktaf.
          “Sakit…doktor..tolong..”Suara Fiqri sudah tenggelam timbul. Nafasnya juga sudah tidak stabil.
          “Makin lama kita biarkan patient ni makin bahaya! Let’s do something about this!” ucap doktor wanita itu pada rakan sekerjanya.
          “Bawa dia ke Operation Theater. Cepat.” Ucap doktor Alia sambil memandang rakannya yang masih terkaku.
          “Baik doktor Alia.”  Stretcher bergerak menuju ke Operation theater.
          “Doktor, tolong..selamatkan kawan saya. Tolong doc…”rakan remaja itu pantas mendapatkan doktor wanita itu.  
          “Awak jangan risau. Kami akan buat yang terbaik semampu kami. Doa banyak-banyak semoga semuanya selamat.”  Wanita yang digelar doktor Alia tadi cuba menenangkan remaja bert-shirt tadi.


          Syed Iskandar memalingkan wajahnya dari terus memandang Nuralia. Panas matanya.
          “Awak..”
          “I’m not willing to say it twice.” Langkahnya diatur pantas meninggalkan ruang menunggu.
          “Awak…”
          “Shut your mouth up before I make it for you.” Tajam suara Syed Iskandar memberi amaran.
          Nuralia terdiam. Aura hitam dia dah keluar dah…
          Nuralia bingung dengan semua yang berlaku. Kenapa Syed Iskandar berubah tingkah sebegitu sekali?Langkahnya diatur deras menjejaki langkah Syed Iskandar yang sudah menghampiri pintu keluar.
          Buntang mata Nuralia memandang tubuh  Syed Iskandar yang sudah terjelepuk ke lantai.
          “Awak?!!”

          Nuralia memandang tepat kewajah Syed Iskandar yang masih kaku dipembaringan. Mujurlah tiada apa yang serius. Namun disebabkan suhu badannya yang agak tinggi, doktor menahannya di wad, sekurang-kurangnya sehingga esok. Parah jugalah demam pakcik sorang ni..tu pun sikit punya degil tak nak jumpa doktor dapatkan rawatan.
          Damai sahaja wajah Syed Iskandar dalam lenanya. Tiada lagi ekspresi wajah yang menakutkan. Tanpa sedar, fikirannya menerawang ke peristiwa sebentar tadi. Kenapa agaknya Syed Iskandar bertingkah sebegitu rupa?
          Alunan selawat syifaa’ mengejutkan lamunannya. Pantas telefon bimbitnya dikeluarkan dari beg tangan yang dibawanya bersama tadi.
          “Assalamualaikum kak..” Nuralia tersenyum melihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefon bimbitnya.
          “Oh, Nur ada kat hospital ni..”
          “Eh! Bukan..nur okay je..Syed Iskandar demam panas. Sekarang ni kena tahan kat wad. Suhu badan dia tinggi sangat.”
          Panggilan ditamatkan setelah Nuralia memberitahu tempat dimana Syed Iskandar sedang dirawat kerana ada satu lagi panggilan masuk untuknya.
          “Assalamualaikum.”
          “Wa’alaikumsalam. Saya Naudir. Puan Nuralia, puan kat  mana?”
          “Oh. Saya ada kat hospital, suami saya kena tahan dalam wad. Ada apa yang boleh saya tolong ke encik Naudir?” Nuralia bangkit menuju ke jendela. Bimbang perbualannya mengganggu lena Syed Iskandar.
          “ Saya rasa, baik kita cuba. Kemudian kita berserah. Lagipun proposal tu hanya encik Is je yang simpan. Ada dalam briefcase dia. Saya serba salah sebenarnya ni..tapi nak buat macam mana? Benda ni mustahak, melibatkan reputasi syarikat.”
          “Saya bertolak sekarang. I’ll have a look at the proposal later and see what I can do. Assalamualaikum.”
          “Nur, betul kau nak buat ni?”
          “Dah tu? Suami kau sakit tu.. Tolong la.. Bukan company orang lain, company mertua kau jugak..”
          “Hailoh..hailoh..”
          “Boleh ke ni?” hati masih berbelah bahagi..namun..dia perlu berbuat sesuatu.
          Wajah Syed Iskandar yang tampak sedikit pucat di tatap lama. Cuba mencari kekuatan serta keyakinan diri. Perlahan-lahan Nuralia menarik nafas. Sedalam yang boleh.
          “Saya mintak diri dulu.” Tangan kanan Syed Iskandar dicapai lalu disalam.
          “Doakan saya..” Bisik Nuralia perlahan ditelinga Syed Iskandar sebelum melangkah keluar dari bilik wad itu.



          Sudah tiga jam Fiq di dalam Operation Theater. Zul mula tidak keruan. Rintihan sayu ibu rakan baiknya itu seakan menghiris jiwanya. Pedih. Kenapa semua ini terjadi? Mengapa hanya Fiq yang cedera parah sebegitu?
          “Boleh saya berjumpa dengan rakan mangsa yang turut sama ditempat kejadian?” ucap suatu suara. Semua menyorot pandangan kepada dua orang anggota polis yang lengkap beruniform.
          “Saya.” Zul bangkit mengatur langkah menuju kearah anggota polis itu.
          “Dah dapat kesan siapa yang melanggar anak saya ke Tuan Inspektor?” soal ayah Fiq.
          “Kami sedang berusaha menjejaki suspek. Oleh yang demikian, kami perlukan maklumat dari rakan mangsa untuk mempermudahkan pihak kami mengesan jejak suspek. Menurut siasatan awal kami daripada saksi kejadian, berkemungkinan besar suspek yang melanggar anak encik adalah sekumpulan samseng jalan raya ataupun lebih tepat, mat rempit.” Ucap seorang anggota polis itu.
          “Macam mana dengan anak encik?”soal seorang lagi pegawai polis itu.
          “Masih dalam OT.” Lemah suara ayah Fiq.
          Pintu Operation Theater terkuak dari dalam. Dua orang doktor muda melangkah keluar menuruti langkah seorang doktor lelaki pertengahan usia. Tertera nama Luqman pada uniform khas yang dipakainya.
          “Macam mana kawan saya doktor?!”Zul terus menerpa kearah  doktor-doktor itu.
          “Betul tu. Anak saya tak apa-apa kan doktor?”ibu Fiq bertanya gusar.
          Doktor Luqman memandang dua lagi doktor dibelakangnya. Doktor Alia dan doktor Hilmi.
          “Allah, lagi menyayanginya..”ucap doktor Luqman perlahan.
          “Astagfirullah…..”Ibu Fiq beristighfar panjang sebelum rebah kelantai.
          “Puan..!”Doktor Hilmi segera mendapatkan ibu Fiq yang sedang dipangku ayah Fiq. Air mata lelaki jatuh membasahi pipi tua itu mengiringi pemergian satu-satunya anak yang diamanahkan Azzawajalla.
          “Fiq…”Zul menggumam rendah.
          “Maaf!”Doktor Alia sudah melutut kelantai. Lemah sendinya melihat keadaan keluarga arwahyarham Fiq.
          “Maaf?”Zul menyoal sinis.
          “Maaf, sebab kecuaian saya…”
          “Kau tak layak minta maaf. Kau tak layak!!!” Jerit Zul tiba-tiba tanpa sempat doktor muda itu menghabiskan bicaranya. Air mata sudah mengalir laju ke pipi Zul.
          “Maaf..”sekali lagi doktor muda itu mengucapkannya. Doktor Luqman hanya membisu.
          “Kalaulah perkataan maaf kau tu boleh kembalikan nyawa kawan aku..boleh kembalikan senyuman ibu dan ayah Fiq…”Zul sudah mengatur langkah kearah doktor wanita itu. Mujur dua pegawai polis itu sempat menghalangnya.
          “Kau takkan selamat!!!”jerit Zul semahunya sebelum seluruh dunia terasa gelap..



          Zul tersedar dari lena. Suasana sekeliling terasa begitu asing. Apa dah jadi ni?
          “Zul..”suatu suara memanggil namanya lembut. Zul menoleh mencari si empunya suara.
          “Fiq..”Zul sudah duduk tegak 90 darjah diatas katil. Fiq tersenyum kepadanya. Berseri wajah Fiq dengan jubah putihnya.
          “Zul, hargai apa yang ada didepan kau sebelum kau kehilangannya.” Tenang Fiq mengucapkannya.
          “Aku nak pergi jauh..dah tak boleh balik lagi..boleh tak  kau tolong tengok-tengokkan ibu dan ayah aku bila aku tak ada nanti Zul? Aku percayakan kau dan Arie. Koranglah kawan aku dunia akhirat. Jangan risau pasal aku..jaga diri kau baik-baik Zul..”Fiq semakin menghilang disebalik kabus putih.
          “Fiq..!” Zul cuba bangkit.
          “Fiq..tunggu aku..!”
          “Fiq!!”
          “Aduh…”Syed Iskandar mengusap kepalanya yang terasa sakit akibat terhentak keras kelantai.
          “Encik Is?!” Kak Imah yang baru masuk kedalam bilik wad menerpa mendapatkan Syed iskandar yang sudah terjelepuk di lantai.
          “Ya ALLAH..Astagfirullahalaziimm..macam mana sampai jatuh ni En Is?” Kak Imah membantu Syed Iskandar bangkit.
          “Encik Is tak apa-apa ke ni? Nak Kak Imah panggilkan doktor ke?”soal Kak Imah.
          “Tak. Tak payah..”Syed Iskandar meraup wajahnya yang basah dengan peluh.
          “Bila akak balik?”soal Syed Iskandar, cuba mengubah topic.
          “Tengah hari tadi..”Kak Imah menbetulkan selimut Syed Iskandar.
          “Mak akak dah okay?”Syed Iskandar teringatkan sebab Kak Imah memohon cuti.
          “Alhamdulillah..dah okay sikit.”Hati Kak Imah berlagu aneh dengan keramahan Syed Iskandar hari itu. Memang betul parah ke demam budak ni sampai dia berperangai pelik begini?
          “Kak, setiap weekend akak pergi jenguk mak akak lah. Nanti saya minta Pak Mat hantarkan.” Ucap Syed Iskandar sambil kembali berbaring.
          Terlopong Kak Imah mendengar bicara Syed Iskandar. Perlahan-lahan Kak Imah merapati Syed Iskandar. Tangannya ditekapkan ke dahi Syed Iskandar. Makin tinggi ke suhu badan budak ni sampai cakap melalut macam ni?
          “Apa pulak ni Kak?”Tangan Kak Imah ditepis.
          “Tak adalah pulak..”Gumam Kak Imah sambil tersenyum.
         

         
Di company..
          “Puan, ini proposalnya..”
          “Berapa banyak lagi masa yang kita ada?”
          “45 minit.” Nur mengangguk. Naudir membiarkan Nur yang kelihatan khusyuk meneliti proposal walaupun ada sedikit keraguan tentang kebolehan wanita itu.
          “Encik Naudir?”
          “Eh?” Bila dia berdiri depan aku? “Ya puan?” Dah siap? Jam di tangan di tengok sekilas. Lagi 10 minit. Cepatnya! Naudir rasa macam nak ketuk kepala dengan kasut. Berangan lagi!
          “Jom.”
          “Puan..?”
          “Panggil Nur je.”
          “Puan, Nur..marilah.”Nuralia menuruti langkah yang diatur Naudir.