Dari hati
ian
Selimut tebal aku tolak ke tepi sebelum bangkit daripada
katil. Kepala masih bersisa dengan rasa pening, namun aku paksa juga badan yang
masih lesu bangkit daripada pembaringan.
Aku capai tuala daripada rak penyidai di sebelah almari.
Automatic juga mata terpandangkan meja study aku yang pada
awalnya bukan main bersepah lagi, tetapi kini sudah cantik berkemas.
Siap ada dulang dengan gelas, bekas makanan pakai buang yang
entah ada apa di dalamnya, dan juga sekotak jus buah-buahan.
Aku bawa langkah menghampiri meja study. Siapa yang baik
hati sangat tolong kemaskan meja aku ni?
Sticky note pada kotak jus buah-buahan aku capai.
Bangun mandi then breakfast. Lepas tu
telan ubat, biar lekas fit semula. Awek uni dah rindu gilak kat kau.
Siapa punya kerja lagi kalau bukan housemate aku yang
punyalah baik hati, Abdul Rahmat itu? Jaga aku macam dia jaga bini je. Baik
sangatpun, sampai aku jadi serba salah. Kalau aku menolak pertolongan dia, mula
lah dia nak berceramah pasal –kita- ni –tade-sesapa- kat
–sini-jadi-kita-kenalah-saling-menjaga-satu-sama-lain.
Yada yada yada. Abdul Rahmat si hunky yang berjaya curik
perhatian ramai mek saleha kat uni tu memang lah seorang lelaki budiman. Pasal
tulah mek saleha ramai yang berkenan.
Tapi apa yang aku memang salute dengan Mat, dia jaga betul
hati dia untuk wife dia. Lately, aku perasan ada sorang mek saleha yang selalu
jadi ‘kucing parsi’ dengan Mat. Tak silap Mat pernah cakap nama perempuan tu,
Alice.
Gaya dia memang kalah Alice in the wonderland punya costume.
Memang tahap mak oi punya seksi lagi seksa. Sophisticated, and yet sexy sangat
dengan mini gaun dia.
Gila bahaya betul bentuk godaan kat sini. Kalau tak kukuh
iman, mahu tersasar jauh. Kalau tak kuat jati diri, mahu ada gak yang menjadi ‘korban’
budaya kebaratan.
Aku hela nafas perlahan.
Minta jauhlah semua tu.
Moga Allah pelihara kami daripada sebarang anasir tidak
baik. Moga Dia tetapkan hati dan azam kami demi mencari ilmu dan juga
pengalaman hidup.
Tetapi Mat, aku yakin dia punya asas agama yang jauh lebih
baik daripada aku. Dia lahir daripada keluarga ahli agama. Aku ni, harapkan kelas agama dekat sekolah je.
Patutpun gaya dia menasihatkan aku pun lain macam sahaja
nadanya. Lain macam yang berhikmah, maksud aku.
Alhamdulillah, di saat aku keseorangan di bumi asing ini,
Allah aturkan seorang kawan merangkap saudara seagama yang baik untuk aku.
Sejak aku diserang demam tiba-tiba dua hari lepas, Mat dah
banyak tolong aku. Dia yang paling risau padahal aku ni demam biasa je. Macam
yang aku cakap tadi, dia jaga aku macam aku ni budak kecik yang sikit-sikit nak
merengek sebab diserang demam. Aku tak kuasa nak menegah dah sebab satu badan
lesu bukan main lagi, jadi aku biarkan saja.
Mat, keikhlasan kau buat aku terharu. Jujur aku kata, aku
dah mula tambah peratus kepercayaan aku pada kau. Harapnya, kau tidak
mengecewakan kepercayaan aku ni…even kita baru kenal beberapa bulan.
Tetapi, jika mahu di jadikan ukuran, tempoh masa bukanlah
ukuran pada keharmonian sesuatu persahabatan, sebaliknya kesetiaan dan
kejujuran serta keikhlasan yang menentukan segalanya.
Kawan baik daripada kecik pun tak guna juga kalau dalam
sekelip mata boleh jadi pengkhianat, tikam kawan baik sendiri daripada
belakang. Jadi gunting dalam lipatan,
berselindung di sebalik title ‘aku kawan baik kau yang sejati, sumpah aku setia
sampai mati’, tapi sebenarnya, janji tinggal janji. Jangan sumpah memakan diri,
sudahlah…
-kawan baik anda boleh jadi sahabat paling memahami, tetapi
awas kerana dia juga berpotensi menjadi musuh kamu yang paling digeruni.
Sebabnya?
Seorang kawan baik. Dia pegang banyak rahsia kita. Di mana
kekuatan, di mana kelemahan, semua berada di dalam genggamannya. Jadi mudah
sangatlah jika dia mahu menyerang untuk ‘menjatuhkan’ kita.
‘Aku kawan baik kau yang sejati, sumpah aku setia sampai
mati, huh?’ Aku tolehkan kepala pada bingkai gambar di sudut meja belajar aku.
Gambar aku dan dia dengan muka penuh dengan calitan cat poster bermacam warna. Gambar yang
di ambil sewaktu kami masih dibangku sekolah.
Ahmad Zainul Muttaqin, betul ini yang kau mahukan?
Langkah lesu, aku teruskan untuk mandi.
Solat dahulu, moga hati ini lebih tenang. Moga fikiran lebih
lurus mencari sebuah kebenaran.
Jumpsuit ber-hoodie aku sarung ke tubuh bersama tracksuit panjang berwarna gelap. Sejuk terasa
mencengkam seluruh anggota tubuh. Langkah dibawa menuju ke balkoni sekangkang kera tempat aku melepak
seorang diri melayan perasaan di kala rindu bertamu di hati.
Perghh, ayat tahap romeo klasik pula aku ni.
Heh. Efek demam agaknya, otak aku pun jadi weng semacam je
lately.
Pintu gelungsur aku buka sambil langkah dibawa merapati
palang kayu pada balkoni.
Udara pagi yang nyaman. Tak lama lagi dah nak masuk musim
panas.
Mengenangkan musim panas yang bakal berkunjung tiba,
membuatkan senyuman terlukis pada wajah aku.
Summer break.
Malaysia.
Family.
Nor Naila Aqira yang dirindui.
Juga Taqi yang dah keluar aura mahu mengkhianati.
Allah…kurniakan aku rasa sabar juga rahmat serta kasih
sayangmu…
Takkanlah kerana seorang gadis, kawan baik yang sudah aku
anggap seperti adik beradik sendiri itu sehingga mahu mengkhianati persahabatan
yang terjalin sekian lama?
Sedang aku kusut melayan perasaan yang sudah kian bercampur
baur itu, ada bunyi sok sek sok sek yang mengganggu tumpuan. Aku kalih
pandangan ke sebelah. Ke arah balkoni jiran sebelah. Arah datangnya bunyian
yang mengganggu mood aku tadi.
Seorang gadis sedang duduk memeluk lutut di sudut balkoni
bersebelahan dengan balkoni bilik aku ni. Memang dah dekat sangat sebenarnya,
tapi kenapa masa keluar tadi aku boleh tak perasan ada makhluk ni kat situ?
Nampak gaya macam tengah menangis je ni.
Jadi, inilah jiran baru dari Malaysia yang Mat sibuk cerita
hari tu?
Aku teliti lagi si gadis yang masih dalam posisi duduk
memeluk lututnya itu. Di tangan kanan, kejap memegang handphone.
Aku geleng kepala perlahan. Malas nak masuk campur hal rumahtangga
orang.
Kaki aku bawa melangkah, namun di saat akhir arah yang
mulanya menuju ke dalam, sudah bertukar merapati si gadis di hujung balkoni dek
kerana hasutan si hati yang bersimpati
dengan esakkan sayu lagi pilu si gadis.
Herm. Ian…jangan tambah masalah lain pula dah la…
“Assalamualaikum,” salam aku ucap perlahan.
Pastinya si gadis ini beragama Islam since dia pakai tudung
bawal even dah senget benget aku rasa.
Tanpa di jemput, aku dah pun duduk.
Eh, kisah aku dia nak jemput ke tidak? Aku duduk dekat
kawasan balkoni bilik aku kut?
Tangisannya surut sebelum mati serta merta. Wajahnya di
angkat memandang aku.
Aku tayang muka toya apabila perasan bibir si gadis bergerak
tanpa suara. Jawab salam aku tadi, barangkali.
Pantas kedua belah tangannya bergerak menghapus kesan air
mata yang dah buat seluruh muka dia comot sememeh.
“Homesick ke lovesick?” aku buang pandang ke arah jalan raya
di depan lot rumah sewa kami.
“Huh?” si jiran bersuara sepatah.
Aku jeling dengan ekor mata, muka terpinga-pinga si jiran
baru.
“You’re crying. Tadi.” Aku menuturkan. Agak tunggang
langgang bahasa yang digunakan. Ah biarkan!
“Oh,” cik jiran makin gelabah lap muka dia dengan tapak
tangan.
“Kalau homesick, buatlah call atau skype saje dengan family.
Kalau lovesick, silalah solat, ataupun baca al-quran. Kalau tengak ABC, boleh
je berzikir, serah hati pada Yang Maha Esa. ” Aku menuturkan selamba.
“Itu petua housemate aku, Mat. Abdul Rahmat, rasanya kau
lebih dulu dah berkenalan dengan dia, kan?” aku pandang sekilas muka cik jiran.
“Oh…Abang Mat, a’ah…terserempak dia masa mula-mula masuk
sini kelmarin…” takut-takut je si cik jiran membuka cerita.
Pergh. Abang Mat tuuuuuuuuuu…
Aku sengih dalam hati. Mat oh Mat. Eh silap, Abang Mat…
okey. Dalam hati…Aaaaaabbbbaaannggg-lah sangat kan? Entah-entah sebaya je pun.
Kami sunyi seketika kemudian. Hanya bunyi kicauan burung kecil
daripada taman mini yang kedengaran.
“Rasanya, kita belum perkenalkan diri lagi…”si cik jiran
bersuara. Masih dengan nada takut-takut.
“Oh, erm.” Aku angguk sekali.
“Saya Qaireyna Manaf. Boleh panggil Qairey,” cik jiran
senyum pada aku.
“Hah? Kari?” aku ke yang salah dengar? Eh?
“Sampai hati, bukan kari…tapi Qairey…” cik Kari membetulkan.
Aku sengih segaris.
“Sorry, aku e-yan (Ian)” aku memperkenalkan diri serba
ringkas.
Melihatkan muka cik Kari yang terkebil-kebil sebaik aku
sebut namaku tadi, mahu terburai rasanya tawa aku.
“Mohd Aakif Farhan Mohd Amiruddin, is that clear enough for
you?” aku geleng kepala perlahan.
“I prefer, Ian. Dah terbiasa dari dulu. Bukan sebab nak feel
omputih sangat not even sebab kena culture shock.” Aku menjelaskan. Karang
budak ni label aku ni terlebih bajet omputih pulak.
Dia mengangguk sambil tersenyum.
Dan…kami berbual panjang pagi itu. Cik Kari yang semangat
bertanya macam-macam, aku? Tukang jawab dengan tak berperasaannya.
Masa aku mula-mula nampak dia tadi, dia kelihatan innocent
sangat…tapi yang tengah berlawan sembang dengan aku ni…kemain lagi kepohnya
pakej dengan sikap lepas lakunya. Mana aku tak label dia bersikap lepas laku
kalau dah ketawa terbahak-bahak tak ingat dunia tanpa ada cover cun langsung. Eh
anak dara jenis apakah ini? Sampai aku pun naik seram melihatkan gaya dia
gelak.
Tadi kemain lagi bajet ayu masa mula-mula bersembang tadi. Ini
dah jadi macam apa pulak dah? Apa dia ni ada split identity ke apa?
Menyosal(menyesal) pulak rasanya tak masuk je terus berehat
kat dalam tadi. Hesy.
Sungguh tak ikhlas jadinya melayan karenah si jiran Cik Kari
yang rupanya sangatlah talkative ini.
Aku semak helaian
kertas yang kini mula bersepah di atas meja kerja aku. Sebab aku demam sejak
dua hari yang lepas, rasanya macam banyak sangat dah kerja aku yang tertangguh
ni.
Paling dibenci adalah lab report yang sepatutnya aku hantar hari ni.
Jam tangan di pergelangan tangan kanan aku kerling nak tak
nak.
Hampir pukul 10:40 am. Report ni, nak kena submit
before 2 pm.
Dan…
Sepatah haram pun aku tak buat lagi ni. Bahan –bahan yang aku sibuk duk kumpul sebelum aku kena
serang demam itupun aku belum sempat nak go through lagi.
Then, dah tahu diri sendiri ada kerja yang nak kena settle hari
ni, masih tenang pergi layan si kari rumah sebelah ni bersembang kenapa?
Haa, sekarang…tanggung sendiri la padahnya, brader. Heh.
Mata aku paksa untuk bergerak dengan kepantasan maksimum, meneliti
satu persatu baris tulisan bertaip computer di atas kertas sambil tangan kiri
yang memegang pen membuat heli spin. Cara biasa aku nak serap tekanan perasan
yang sekarang ni dah mula nak kasi efek pada mentality aku.
Arrrrggghhhhh!!! Serabut!
Pen yang tadi elok je berpusing bak kipas helicopter dah
terpelanting entah ke mana. Heiii. Semak betul semua ni.
Nafas di hembus kasar sambil tangan kiri naik mengurut
batang hidung. Spek putih Lee Cooper dah selamat tercampak atas meja study.
What is wrong with you, Aakif Farhan? Selama ni, kau memang
legend kalau bab siapkan kerja last minute kan? Even kerja itu yang paling leceh
pun kau steady je buat dengan senyuman bahagia walhal orang lain dah
terkinja-kinja kerisauan.
“Meh kita text Alex tanya dia kejap,” aku memutuskan
akhirnya. Meh minta si class rep itu beri pencerahan sikit. Itulah, hari tu
puan pensyarah kasi penerangan, aku buat endah tak endah je salin details nya.
Aku tarik drawer paling atas meja study. Tak de?
Heh?
Mood gelabah, gear satu. Mana aku letak benda alah ni hari
tu?
Helaian kertas yang dah bersepah kat atas meja aku selak
dengan kasar. Cuak punya pasal.
Okey, tahniah. Kat atas meja pun tak de.
Mood gelabah, gear dua. Masa dah makin suntuk ni! Janganlah buat
kepala aku makin pening.
Pantang betul aku kalau dah kena cari benda hilang ni. Adoilaaa!!
Aku duduk memikirkan sebarang possibility keberadaan benda
tersebut.
Nak miscall pun seingat akulah…aku dah power off-kan benda
tu hari tu…emosi punya pasal. Okey, sekarang, haruslah tukar masuk mood gelabah
gear tiga. Padan muka aku.
Aiseyyyy…
Aku tongkat dahi dengan lengan kanan atas workbook calculus.
Sumpah aku tak suka betul cari benda yang hilang ni. Sudahlah di saat-saat
genting macam ni.
Hey. Serba tak kena betul hari ni…
Aku letakkan dahi dengan beralaskan workbook calculus tadi. Gaya
macam nak give up pun ada ni. Dahlah dengan badan yang masih rasa lesu, dan
belum fit sepenuhnya…mood pun senang sangat jadi jiwa kacau.
Tapi…
“Eh? Benda apa dalam workbook ni?” macam ada benda asing je
yang aku jadikan bookmark sampai buku tu jadi kembung lain macam.
“Here it is! Adoila….” Aku tepuk dahi sendiri. Kat sini
rupanya dia menyorok. Cis. Lupa pula hari tu aku selitkan Galaxy Note II aku
dalam pages workbook ni sebagai ganti bookmark.
Tak menunggu lama, terus saja aku cari nama Alex dalam
contact list. Satu mesej ringkas dihantar kepadanya. Alexander Loiuse ni, ialah
seorang rakyat tempatan Australia. Dan, aku rasa dalam class aku tu, dia ni
yang paling normal dan aku agak selesa nak berkawan dan berurusan dengan dia
sebab dia ni tak banyak songeh, dan juga sangatlah mengamalkan sikap
terbuka dan menghormati orang lain. Coolio.
Friendly.
Sementara menunggu balasan daripada Alex, aku scroll down aplikasi
kat page pertama. Ada banyak miscall dari Malaysia. Nama mak dengan ayah dalam
list teratas. Diikuti dua dua nombor lain. Abang Ehad dengan…
Taqi.
Aku tekan icon pesanan. Memeriksa satu demi satu pesanan
yang diterima.
Kebanyakkannya daripada Taqi. Dua daripada Abang Ehad dan
masing-masing satu daripada mak dengan ayah.
Tiada satupun daripada si jantung hati, Nor Naila Aqira itu.
Hati mengeluh hampa.
Jiwa terguris rasa kecewa.
Icon Gmail pula aku tekan. Ada new mail.
Kutlah mail daripada classmate aku memaklumkan sebarang
assignment ataupun event penting di uni.
Naila Aqira <nailaaqira@gmail.com>
To me,
AssalamualaikumJ
Buat kamu yang jauh dari pandangan mata, namun InshaAllah
akan sentiasa dekat di hati,
Ian, knape ni? Kmi smua risaukn awk…awk mrh sy eh? Sy ade
buat slh ke? If that so, sy minta maaf sgt…sy x prasan yg sy dah lukakan hti
awk. But please, tell me ape kesalahan tu…n one another thing, Taqi kata awk
refuse nk jawab call dr dia even mak ayah awk skalipun. Janganlah mcm ni Ian,
kalau ianyanya melibatkn sy, jgn babitkan mereka. Xpecially, mak ayah awk,
kesian dorang risaukan awak yg dekat perantauan ni…(sy pun risaukan awk…please,
jgn mcm ni lagi eh?*sambil kelip2 mata*)
take a good care of urself. Ingatlah orang yang sentiasa menyayangi anda, jangan buat mereka risau.
take a good care of urself. Ingatlah orang yang sentiasa menyayangi anda, jangan buat mereka risau.
Salam sayang dari Malaysia,
Na’ie.
Buat seketika aku terkelu.
Satu persatu ayat daripada kiriman emel Na’ie aku baca
semula. Senyuman semakin mekar di bibir.
“Salam sayang dari Malaysia….” Sengihan dah nak cecah ke
telinga agaknya ni.
“Tak jadi nak merajuk terguris hati dan perasaan lama-lama dengan
you, Na’ie…”aku menggumam perlahan sambil membuka tap email.
Satu email ringkas aku taip, memaklumkan keadaan aku kepada
mak ayah dan Abang Ehad. Juga ucapan
maaf kerana telah membuatkan mereka risau.
Untuk Na’ie pujaan hati?
Malam nantilah kita call dia. Lagipun sekarang ni, lab
report ni lebih penting. Kes naya je kalau aku tak sempat siap nanti.
Taqi?
Biarkanlah. Belum masanya lagi.
“Assalamulaikum, Ian…are you still there?”suara yang
sayup-sayup kedengaran itu membuatkan konsentrasi aku terganggu.
Apa si Kari ni nak?
Langkah aku bawa ke balkoni.
“Hehe, lucky me…awak masih kat dalam. Ingatkan dah keluar
tadi,” Cik kari senyum manis.
“Haa yup not yet. Ada ape ya?” aku jungkit sebelah kening. Musykil
aku dengan perempuan sorang ni.
“This,” dia buat isyarat mata pada dulang yang dibawanya
sejak tadi.
Dahi aku berkerut bila dia menyuakan dulang tersebut kepada
aku.
“Amenda ni?”soalku.
“Pasta dengan pudding caramel juga jus buah,”cik Kari senyum
lagi.
“Oh…”itu aku tau la. Maksud aku tadi, why….so sudden, nak
kasi makanan bagai ni?
“Then, later I serahkan pada Abang Mat eh,” Aku sambut juga
huluran dia dengan senyuman plastic. Apa nak kasi makanan bagai dengan si Mat
yang dipanggilnya Abang Mat itu. Ada aura
nak keluar skandal terlarang ke apa ni?
“Abang Mat?” cik Kari nampak lost dengan kata-kata aku tadi.
“Ha lah. Kan you minta I kasi benda ni kat dia, bukan ke?”
aku kasi pencerahan sikit untuk ayat aku tadi.
“Eh! Bila masa saya kata untuk Abang Mat?” cik kari tertawa sambil
tersenyum pada aku.
Eh eh. Senyum pulak dia. Tadi bukan main lagi dia menangis
sampai serabai habis muka tu.
“Habis tu?” aku pula yang lost. Kalau bukan untuk Mat, siapa
lagi?
“Siapa lagi yang duduk sekali dengan awak selain Mat?” cik
kari main teka-teki ke apa ni?
Aku buat muka blurr.
“Awaklah. Semua ni untuk awaklah, Encik Ian oi.” Cik kari
cuit jari telunjuk dia pada bahu aku.
Bulat mata aku memandang dia. Sumpah tak sempat nak elak. Nasib
baik jelah hoodie aku ni berlengan panjang. Isy, perempuan ni…semacam je pulak
aku tengok. Baru kenal beberapa jam lepas dah berani nak cuit-cuit anak teruna orang
ke?
Menakutkan.
“Aaaa…err, thanks…anyway.”scary betul melihatkan liuk lentok
si cik Kari.
“Sesama, saya bukan apa. Risaukan awak…kan awak cakap awak
tak reti masak memasak ni, kan?” cik Kari senyum lagi.
Entah kenapa, aku rasa senyuman dia tu lain macam je.
‘Ada eh, aku cakap kat dia aku ni tak pandai masak? Bila masa
pulak?’ aku jadi musykil sendiri.
“Jangan risaulah masalah kecik je tu, Ian. Tapi…awak kenalah
cari perempuan yang pandai masak untuk jadi isteri awak…barulah bahagia hidup
awak nanti…”cik Kari cuba nak cuit bahu aku sekali lagi, tapi aku sempat
mengelak kali ini. Terus je aku berdiri lebih jauh daripada tempat dia berdiri.
Ada riak hampa pada wajahnya yang sedang memandang muka aku , namun tak lama sebelum dia kelip-kelip
matanya pada aku.
Erk!
Aku terkebil-kebil memandang wajah cik kari aka Qaireyna Manaf ni.
Jiran aku ni manusia tulen ke, kucing parsi jadian?
“Err…thanks for your concern. Got to go, nak siapkan report,
urgent. See ya,” Aku terus susun ayat nak selamatkan diri.
Tak tunggu balasan si cik kari, terus aku berdesup masuk ke
dalam. Siap lock sliding door lagi wa cakap sama lu. Punyalah seriau.
Dulang aku letak pada meja cabinet.
Isy, ragu-ragu pula aku nak makan. Kut ada jampi ke, mati
aku.
Ian, tak baik kut kau nak pandang serong pada orang sampai macam tu. Kut ke dia ikhlas, free je kau dapat dosa kering sebab bersangka buruk pada orang lain.
Ah, biarkanlah. tapi aku bukannya pandang serong or else nak sesuka hati bersangka buruk pada orang lain, tapi memang jenis aku ni...aku susah nak percaya orang yang aku baru kenal sesuka hati.
Pengalaman lampau mengajar aku supaya lebih berhati-hati. Mencegah lebih baik daripada mengubati, kan?
Lagipun, bekal makanan yang Mat letak atas meja study aku
tadi pun tak larat aku nak habiskan. Nanti lunch, boleh panaskan semula.
Aku mengambil tempat di kerusi meja belajar. Bersiap sedia
nak mulakan 'perjuangan' menyiapkan report last minute aku.
Haiyaaa. Harap-harap sempatlah siap sebelum 2pm nanti.
Then, lepas siapkan dan submit report via email, bolehlah menjalankan misi 'menganggu' keamanan si jantung hati yang nun jauh daripada pandangan mata.
Demi terkenangkan si dia itu, terus sahaja otak jadi ringan nak bekerja mencari idea. Mana tidaknya, lagi cepat siapkan report, makin cepatlah dapat meluangkan masa bersama si dia itu.
*********
enjoy reading ladies. ampun maaf klau rse entry kali ni banyak merepek. hope so sy akan buat yg lbih baik utk next entry. chptr yg ditaip dalam kekalutan mengiringi my dear ma'am buat persiapan eid al-mubarak. dikesempatan ini, sy ucapkan happy ramadhan kareem..(masih tak terlewat kan?) dan juga happy eid al-mubarak (in advance) kut lah tak sempat jumpa be4 hari raya utk next entry C:
3 comments:
uhh.. ada aura perlu x suka cik Kari itu.
Dah lma cik writer x update n3.. bz ke?
Gedikk nyer si 'kari' tuhh.. nyampah..
cute email naie
Post a Comment