Bab 15
Syed Iskandar melangkah lemah kedalam rumah. Lamborghini
Murcielo Lp640 versacenya sudah damai didalam garaj. Hanya dirinya kini yang
tidak lagi damai. Kepalanya terasa berpusing, sakit yang amat. Dia
menghempaskan tubuhnya keatas sofa. Sakit kepalanya membuatkan pandangannya
sedikit berpinar. Pantas jarinya mengurut lembut pelipisnya. Segenap ruang
rumah sudah gelap. Mana tidaknya, jam pada ketika ini sedang menunjukkan pukul
2.30 pagi. Lampu hiasan di dinding utama ruang tamu mencurahkan cahaya samar ke
segenap penjuru.
Dengan langkah yang berat, Syed Iskandar gagahkan juga
dirinya untuk kebiliknya ditingkat atas. Namun tekaknya pula terasa amat
kering. Hendak tak hendak langkahnya
diatur juga ke ruang dapur. Pantas air mineral cactus dari peti sejuk
dicapainya. Langkahnya diatur kearah kaunter bar mini yang menjadi pemisah
ruang makan utama dengan ruangan dapur. Penutup botol dibuka setelah
memperkemaskan silanya diatas kaunter bar itu. Air mineral tersebut diteguk
perlahan. Perit di tekaknya begitu menyeksakan. Pandangannya ditala kearah
sebuah bilik di sudut kiri dapur. Bilik Nuralia. Cahaya terpancar keluar dari
dalam bilik itu melalui pintunya yang sedikit renggang.
“Dia belum tidur lagi?” bisik Syed Iskandar perlahan. botol
air mineral diletakkan ketepi.
“Takkan dia tunggu aku?” langkah diatur merapati bilik itu.
Telinganya dapat menangkap suara halus dari arah bilik itu.
Semakin hampir semakin jelas. Perlahan-lahan dia merapati pintu bilik itu.
Bimbang kehadirannya dikesan. Kepalanya dijengukkan sedikit melalui pintu yang
sedikit renggang.
Nuralia masih berteleku diatas tikar solatnya. Lengkap
dengan telekung serba putih. Gadis itu bangkit menuju ke sisi katilnya.
Nuralia mencapai senaskah al-quran lalu kembali duduk
diatas sejadahnya. Al-quran yang menjadi mahar perkahwinannya, hadiah dari
suaminya, Syed Iskandar Zulkarnain Al-Iqrami. Helaian kitab suci itu diselak
lembut. Ayat basmallah mula diucap. Bacaannya dimulakan. Tenang suaranya
mengalunkan bacaannya. Menyambung bacaan yang telah tertangguh sejak kelmarin.
Gemersik dan lunak suara Nuralia mengalunkan bacaannya.
Syed Iskandar beku dihadapan pintu. Pandangannya masih pada gadis yang sedang
khusyuk dengan bacaannya itu. Kehadirannya langsung tidak disedari Nuralia yang
sedang duduk membelakanginya. Perhatian Syed Iskandar kini bukan lagi pada
Nuralia tetapi pada alunan bacaan gadis itu. Bait-bait kalimah yang dibaca
gadis itu begitu menyentuh dasar hatinya.
Terasa begitu lama sudah dia tidak mendengar alunan bacaan
ayat-ayat suci al- quran itu. Bukan walid serta umminya tidak menekan
pendidikan agama kepadanya, namun semenjak dia berhijrah ke luar negara untuk
melanjutkan pelajarannya, segala ajaran Islam seperti telah ditolak ketepi. Menunaikan
solat hanya apabila dia terasa ingin melakukannya. Tiada istilah puasa dalam
hidupnya sepanjang dia di luar negara. Segala macam kejahatan telah
dilakukannya. Segalanya yang diperintahkan oleh Yang Maha Pencipta tidak
dipedulikannya. Segala yang dilarang pula yang dilakukannya. Berfoya-foya
dengan wanita kulit putih merupakan hobi yang sangat digemarinya. Semua ini
dilakukannya bukan kerana dia jahil agama.
Dia tahu apa yang dilakukan itu salah namun tetap juga dilakukannya. Ya
ALLAH..tidak terhitung sudah rasanya segala dosa yang dikumpulnya. Namun, hanya
satu yang masih belum disentuhnya. Arak. Hanya minuman syaitan itu yang masih
belum dicubanya. Satu persatu perbuatan silamnya datang menyapa mindanya.
Segala perintah dan suruhan ALLAH yang diabaikan selama ini. Ya ALLAH…jauhnya
aku terpesong dari jalan-Mu…
Tanpa sedar, air matanya mulai bertakung di kelopak
matanya.
Nuralia menyudahkan bacaannya. Kitab suci itu kucup sebelum
didakap erat. Kitab itu kembali diletakkan diatas rihal. Kedua belah telapak
tangannya diangkat separas bahu. Memohon kepada Yang Maha Pencipta. Alunan
tahmid dan zikir mula dibaca sebagai mukadimah. Selawat keatas junjungan mulia
Rasulullah s.a.w serta kaum kerabatdan sahabat handai Baginda s.a.w.
“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan-Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah-Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia-Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..”

Syed Iskandar masih mendengar dari luar.
Mendengar luahan hati Nuralia kepada Pencipta-Nya. Setiap bait bicara gadis itu
meresap ke dalam hatinya. Mutiara jernih semakin beranak sungai dipipinya.
“Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia-Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena”

Syed Iskandar memejamkan matanya. Kakinya
terasa lemah untuk berdiri. Perlahan-lahan dia melabuhkan duduknya bersebelahan
bingkai pintu sambil bersandar pada dinding luar bilik. Bait doa isterinya
benar-benar terkesan pada hatinya. Dia benar-benar terpukul. Bibirnya diketap,
jemarinya digenggam erat. Bukan kerana menahan marah atas kata-kata Nuralia
dalam doanya itu, tetapi dia sedang mencuba untuk menyembunyikan esakkannya
sekemas mungkin. Tidak mahu mengganggu Nuralia.
“Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
sesungguhnya ,Ya Allah ,
ku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suamiku
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri soleha buat suamiku..

Ya ALLAH,
Bukakanlah hati suamiku untuk menerima
kehadiranku didalam hidupnya.
Lembutkan hatinya untuk membenarkan ku
menjadi sebahagian dari keluarganya..
Bukan niatku untuk mengambil
kesempatan diatas kemewahan serta harta keluarganya
Ku hanya ingin menumpang kasih pada
walid serta umminya ..
Sesungguhnya ku amat merindui ibu
serta ayahku yang kini disisi-Mu ..
Ku tidak tegar lagi bersendirian di
dunia-Mu ini..
Ku tidak mahu sendirian lagi…
Sendirian menanti disaat malaikat-Mu
Mencabut nyawa pinjaman-Mu kepadaku ini..
Kuniakanlah kebahagian serta kedamaian
dalam rumahtangga kami..
Berikanlah kesihatan yang baik kepada
seluruh keluarga kami..
Berkatilah ikatan kami, dari
dunia..hingga akhirat nanti..”
Suara sayu
Nuralia kian meruntun hati lelaki Syed Iskandar. Berat jiwanya menanggung
kesalan memandang serong terhadap Nuralia. Sedikit sebanyak, hati Nuralia dapat
diselaminya setelah hampir 2 bulan mereka
bergelar suami isteri di saat itu. Diamnya seorang Nuralia Imani ketika
ditengking dan dimakinya dulu bukan untuk mencabar ego lelakinya, tetapi kerana
itulah adab santun seorang isteri soleha…
“Ya Rahman..
Hanya padaMu Ya
Allah
ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu”

Syed Iskandar bingkas bangun. Sebelum kakinya melangkah
meninggalkan ruang dapur, telinganya masih dapat menangkap bicara Nuralia. Dia
tidak sanggup lagi. Tidak sanggup lagi mendengar suara sayu Nuralia. Suara
halus yang mendayu-dayu. Suara lunak yang mampu mencuit tangkai hatinya. Yang
kini sudah meruntuhkan tembok keegoan yang yang selama ini berdiri megah dalam
dirinya.
“Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati suamiku..
“Amin, amin Ya Rabbal Allamin.. “ Nuralia meraup telapak tangannya ke wajahnya.

3 comments:
salam arin..doa yg dilafazkan menusuk ke kalbu..anda tlh berjaya membuat saya pembaca menangisi rentetan hidup nya sebagai seorh isteri soleha..
Arin, doa yg menyentuh hati... moga dapat cair ego seorg lelaki yg telah lama jauh drp PenciptaNya dan mengabaikan amanahnya...
mmg t'sentuh hati doa tu....
Post a Comment