Love 21
Assalamualaikum,” Ammar
Adwan segera menanggalkan kasutnya sebelum berlari-lari anak memasuki rumahnya.
“Ibu,” susuk tubuh ibunya
segera di cari. Satu rumah sudah dia pusing, namun ibunya masih gagal dijejaki.
Segera dia membuka pintu gelungsur di sisi ruang tamu. Kaki dihayun deras
menuju ke kolam ikan mini di situ.
“Ibu,” sekali lagi dia
memanggil.
“Wan? Kenapa kamu boleh
ada kat sini pula masa macam ni? Ada tertinggal barang ke?”soal Puan Wahidah
yang muncul di sebalik pokok bunga di taman. Belum jam 5 petang, tetapi Ammar
Adwan sudah elok terpacak di rumah.
“Wan tak perasan pula ibu
kat luar. Ingat ibu ada kat dalam tadi,” luah Ammar Adwan.
“Ibu nampak kamu masuk
tadi. Ingatkan kamu nak ambil barang apa ke,” balas Puan Wahidah sambil menanggalkan
sarung tangannya.
“Kenapa ni? Muka resah
semacam je?” soal Puan Wahidah lagi. dengan rambut berserabai macam tu, muka
yang sememeh saja...Ya ALLAH, apa kena dengan anak bujang aku seorang ni?
“Ibu, Wan dah buat
keputusan.” Ucap Ammar Adwan. Tangan ibunya digenggam erat.
“Keputusan apa ni Wan?”
Puan Wahidah merenung wajah Ammar Adwan.
“Ibu bersiap, kita gerak
sekarang juga.” Beritahu Ammar Adwan sebelum dia mula berkira-kira untuk
mengatur langkah.
“Eh, nak ke mana Wan?
Dengan kamu yang comot macam ni? Cubalah kamu bawa muka kamu ni ke cermin kejap
Wan,” Puan Wahidah segera menahan Ammar Adwan.
Ammar Adwan terdiam
seketika. Otak segera mengingati semua perkara yang di lakukannya sepanjang
hari ini. Lepas insiden di office tengahhari tadi, dia terus keluar. Sepanjang
petang dia duduk termenung di di pinggir pantai. Punyalah kusut fikiran sampai
tak sedar dah sampai sempadan negeri sembilan dia memandu tanpa arah tujuan.
Dah alang-alang dia terus sahaja ke Teluk Kemang. 2 jam duduk berfikir, akhirnya
dia sudah punya keputusan. Dia nekad. Apa nak jadi, jadilah. Dia mahu pergi
menagih janji dan penjelasan daripada keluarga Nasha Athierah atas apa yang
sudah berlaku.
“Ke rumah bakal besan
ibu.” Ucap Ammar Adwan dengan senyuman segaris.
Puan Wahidah yang terkejut
dengan perkara yang tidak di sangka itu hanya mampu kaku berdiri.
Biar betul kamu ni Wan?
“Tapi,”..isy! Takkanlah
dia dah dapat hidu apa-apa pula?
“Please ibu, nanti dalam
perjalanan Wan cerita kenapa, apa, dan bagaimana ini boleh berlaku.” Ammar
Adwan memimpin Puan Wahidah untuk segera masuk ke dalam rumah.
“Ibu pergilah bersiap. Wan
nak naik mandi, tukar baju kejap. Wan dah call Am, minta dia jaga Erina
sepanjang kita di sana nanti.” Ammar Adwan sudah berlari-lari anak memanjat
anak tangga menuju ke biliknya.
Tok Mi memandang wajah
anaknya silih berganti dengan wanita pertengahan usia yang duduk di sisi Ammar
Adwan. Nora Afieqah sedang menyediakan hidangan makan malam di dapur.
Sepi. Sejak tadi, soalan
demi persoalan yang diajukan Ammar Adwan masih belum di jawab oleh Puan Hayati.
“Untie masih tak percaya
ke dengan keikhlasan saya?” suara Ammar Adwan yang tenang tadi sudah mula
bergetar menahan rasa.
Puan Hayati memandang
sekilas wajah wanita di sisi Ammar Adwan sebelum pandangannya singgah pada si
jejaka.
Puan Hayati menghela
nafasnya perlahan.
“Kalau kamu betul ikhlas
nakkan anak Untie, kamu patut masuk meminang dia sejak awal.” Puan Hayati
menjawab dengan nada lembut. Hatinya jadi serba salah sebaik menyedari mata
Ammar Adwan yang sudah berkaca.
Ammar Adwan melepaskan
keluhan perlahan. Tak semudah itu.
“Saya betul-betul ikhlas
sayangkan Nasha Athierah Untie Yatt. Tapi keadaan saya sekarang...saya tak
boleh buat keputusan secara mendadak untuk terus hantar rombongan meminang dia
Untie,” satu persatu wajah di ruang tamu itu di pandangnya.
“Saya ikhlas nak ambil
Nasha Athierah sebagai isteri saya, tetapi saya risau penerimaan anak saya,”
luah Ammar Adwan.
Puan Hayati memandang
wajah wanita di sisi Ammar Adwan. Wanita itu menguntum senyuman segaris sambil
mengusap lembut belakang anak bujangnya.
“Anak?” walau dia sudah
tahu tentang segalanya, Puan Hayati tetap juga menyoal. Dia mahu Ammar Adwan
sendiri bercerita padanya.
Dia tahu dari A-Z cerita
berkenaan ‘anak’ Ammar Adwan tersebut dari ibu jejaka itu sendiri. Namun, kali
ini biarlah Ammar Adwan sendiri membuka mulut bercerita lebih lanjut.
“Ya. Anak saya, Erina
Casandra. Anak abang sulong saya yang sudah saya anggap seperti anak saya
sendiri.” Ammar Adwan menarik nafas panjang.
“Kenapa pula budak
perempuan tu yang jadi masalahnya? Dia anak abang kamu kan? Kenapa pula nak
kaitkan dengan hubungan kamu dan Atie?” soal Puan Hayati. Mungkin soalannya
kedengaran kejam, namun dia perlu juga mengutarakan soalan ini. Dia mahu tahu
isi hati sebenar seorang Ammar Adwan di sebalik pengorbanan besar yang
dilakukannya selama ini untuk si kecil yang comel dan bijak itu.
Ammar Adwan terdiam
mendengar soalan daripada Puan Hayati. Kisah silam yang satu ini perlu juga di
rungkainya satu persatu hari ini.
“Perkahwinan abang saya
menghadapi masalah, sejak hari dia ceraikan arwah kakak ipar saya, kami tak
dapat kesan di mana dia berada. Erina Casandra jadi yatim sebaik dia dilahirkan
kerana kakak ipar saya meninggal dunia kerana komplikasi sewaktu proses
melahirkan Erina.” Ammar Adwan sekali lagi menarik nafas panjang sebelum
menyambung ceritanya.
“Pada saat doktor serahkan
Erina pada saya untuk di iqamatkan, saya berjanji saya takkan abaikan Erina.
Pada asalnya, saya anggap Erina sebagai seorang anak kecil yang perlu saya
lindungi dan jaga sebab dia hanya punya saya, ibu saya dan adik saya sebagai
ahli keluarganya yang terdekat. Tetapi,
ketika melihat senyuman Erina yang pertama untuk saya, saya sedar sayang saya
pada anak tu dah menggunung tingginya. Ketika itu saya berjanji, saya akan
sayang dan jaga Erina seperti anak kandung saya. Saya sanggup buat apa saja
untuk dia,” luah Ammar Adwan. Hujung matanya yang terasa basah segera di kesat
dengan hujung jari.
“Dia berhenti merokok demi
Erina. Walaupun dia menderita nak tinggalkan tabiatnya sejak umur 22 tahun tu,
dia tetap bertahan sebab Erina pernah ada asma yang teruk masa kecil dulu. Saya
bersyukur sangat pada ALLAH, sejak Erina lahir, saya dapat anak bujang
kesayangan saya ni semula. Demi Erina, dia buang semua perangai tak elok dia
supaya dia boleh jadi papa yang dapat Erina banggakan.” Puan Wahidah
menggenggam erat tangan Ammar Adwan yang sudah menunduk menekur lantai.
“Tetapi, baru-baru ni emak
arwah kakak ipar saya mahukan Erina. Mereka tak pernah ambil tahu pasal Erina
sejak hari Erina lahir bahkan sewaktu majlis pengebumian arwah kakak ipar saya
mereka tidak ambil endah, tetapi sekarang mereka muncul melaungkan hak
penjagaan Erina yang sepatutnya menjadi milik mereka. Mereka dah buang arwah
kakak ipar saya sejak arwah berkahwin dengan abang saya. Bermacam cara mereka
guna nak pisahkan abang saya dengan arwah kakak ipar saya dulu. Dan akhirnya
mereka berjaya. Mereka berjaya pisahkan abang dan arwah kakak ipar saya.
Sekarang, mereka guna alasan saya masih bujang dan tidak mampu menguruskan
Erina yang bakal meningkat dewasa.”Ammar Adwan berjeda seketika.
Tok Mi di sebelah Puan
Hayati sudah mengesat air matanya dengan hujung lengan baju kurung kedah yang
di pakainya.
“Saya cintakan Nasha
Athierah, saya ikhlas nak ambil dia sebagai isteri saya. Dalam masa yang sama,
saya harap Nasha Athierah boleh melengkapkan dan menyempurnakan hidup saya.
Saya tak mahu Erina Casandra jatuh ke tangan mereka.” Wajah Puan Hayati di
tatap dengan berani. Dia takkan selindungkan apa-apa lagi hari ini jika itu
yang akan membuatkan keluarga Nasha Athierah berubah fikiran untuk menolak
pinangan tersebut.
“Nasha Athierah jantung
saya. Erina Casandra hati saya. Saya tak mungkin mampu terus hidup di dunia ni
tanpa kedua mereka. Mereka nyawa saya,” tulus bicara Ammar Adwan membuatkan
wajah Puan Hayati berubah.
“Sudah. Cukup.” Puan
Hayati berpaling dari terus memandang wajah sayu Ammar Adwan. Wajah itu
kelihatan cukup ikhlas dan tulus dengan setiap kata-kata yang di ucapkan
sehingga membuatkan hatinya sebak.
Ammar Adwan tersentak
dengan reaksi balas Puan Hayati. Tidak, dia takkan berhenti semudah ini!
Puan Wahidah memandang
Ammar Adwan yang sudah bangkit berdiri. Anak bujangnya itu berjalan merapati
Puan Hayati dan Tok Mi di sebelah sana.
Tanpa kata, dia
membongkokkan badannya. Melutut di hadapan kedua orang tua Nasha Athierah.
“Saya tak mampu hidup
tanpa Nasha Athierah untie...”
“Tok Mi, tolonglah
saya...” biarlah dia perlu melutut merayu sekalipun, dia sanggup.
“Untie kata sudah, cukup!”
Puan Hayati bingkas bangkit daripada duduknya. Dia berjalan menuju ke arah
kabinet di ruang tengah rumah.
Sekotak tisu di tarik
keluar daripada laci kabinet tersebut.
Air mata yang mengalir
mencemari wajahnya di kesat dengan tisu. Ada senyuman terukir di bibirnya.
Nasha Athierah bakal mempunyai seorang suami yang baik, lega hatinya.
“Wan,” Tok Mi tidak sampai
hati mahu dengan semua ini. kepala Ammar Adwan di usap lembut.
“Betul kamu sayangkan Atie
kami ni?” soal Tok Mi sambil mengerling anaknya yang sedang berdiri
membelakangi mereka sebelum bertukar pada wajah Puan Wahidah yang duduk
bertentangan dengannya di belakang Ammar Adwan sana.
“Tiada perkataan yang
dapat menjelaskan betapa sayang saya pada dia, Tok Mi.” Jawapan Ammar Adwan
menerbitkan senyuman di bibir Tok Mi.
“Jadi, redhalah dengan apa
yang terjadi cu. Kalau betul ada jodoh antara kamu, insyaALLAH takkan ke
mana.”Tok Mi menepuk bahu Ammar Adwan.
Ammar Adwan terkaku dengan
jawapan Tok Mi.
“Tok Mi pun...nak saya
mengalah?”teragak-agak Ammar Adwan bertanya.
“Bukan mengalah. Tapi
redha,” Tok Mi sempat kelip mata dengan Puan Wahidah.
“Apa pun, majlis
pertunangan tu tetap akan di adakan. Untie dah terlanjur berjanji pada pihak
lelaki tu, takkan nak mungkir pula. Semua persiapan dah hampir siap pun,” Puan
Hayati pula berkata-kata. Dia berjalan merapati Puan Wahidah.
“Tapi tak sangka pula,
kamu sampai serbu kami kat sini...” Puan Hayati mengambil tempat di sisi Puan
Wahidah.
Ammar Adwan hanya tunduk
merenung tikar buluh yang menghiasi lantai ruang tamu itu. Usahanya sudah
bertemu jalan buntukah? Pertunangan Nasha Athierah ini sudah tidak berdaya di
halang, apatah lagi di hentikan kah?
“Yati, akak sendiri pun
tak sangka perkara akan jadi begini pula...”Puan Wahidah bersuara.
“Yati, Wahi. Sudahlah tu.
Eloklah kita terangkan saja hal sebenar pada Wan ni. Tak sampai hati dah nak
menengoknya ni...”Tok Mi pula bersuara.
Ammar Adwan yang hanya
memasang telinga sedari tadi mula rasa tidak sedap hati.
“Wan,” Puan Wahidah
bangkit merapati Ammar Adwan yang masih duduk di lantai.
“Apa maksud Tok Mi?” Ammar
Adwan memandang wajah Tok Mi. Jelas rasa serba salah terpeta di wajah tua itu.
“Wan, pertama kali ibu
rasa ibu patut minta maaf pada Wan. Ibu tak berniat nak main-mainkan Wan, dan
ibu memang nak beritahu pada Wan hal yang satu ni hari ni. Tapi Wan tiba-tiba
muncul dan minta ibu ikut Wan ke sini.” Puan Wahidah memeluk lengan anak
lelakinya itu.
“Apa maksud ibu? Hal apa?”
soal Ammar Adwan dengan dahi berkerut.
“Hal pertunangan Wan.”
Ammar Adwan tak berkelip
memandang muka ibunya. Pertunangan?!
“Ya, pertunangan Wan.
Pertunangan Nasha Athierah.” Puan Wahidah mengukir senyum segaris pada Ammar
Adwan.
“Hujung minggu ni kalau
mengikut perancangannya, kamu akan bergelar tunang kepada Atie,” Puan Hayati
pula bersuara dari sofa di sebelah sana.
“Ha?!” terkejut besar
Ammar Adwan.
“Macam mana..?!”
“Minggu lepas, ibu dah
datang sini. Masuk meminang Nasha Athierah untuk kamu, Wan.” Puan Wahidah
mengusap lembut lengan Ammar Adwan.
Ammar Adwan terdiam. Betul
ke ibu buat macam tu?
“Tapi...”
“Semua ni idea adik kamu,
Am. Dia kata kalau nak tunggu kamu sendiri yang minta ibu masuk meminang,
alamat habislah bakal kakak ipar dia tu di curi orang lain.”perlahan Puan
Wahidah berkata sambil memaut bahu Ammar Adwan yang masih terkelu seribu
bahasa.
“Tapi, Wan...”
Bunyi enjin kereta
memasuki perkarangan rumah membuatkan kata bicara Ammar Adwan mati di tengah
jalan.
“Siapa pula yang datang
tu?” soal Tok Mi sambil dia cuba menjengah keluar tingkap jendela. Namun
keadaan di luar rumah sudah semakin kelam, membataskan mata tuanya melihat
dengan jelas.
“Assalamualaikum,” suara
di luar melaungkan salam.
“Assalamualaikum...”satu
suara comel turut kedengaran dari luar rumah.
Ammar Adwan memandang
wajah ibunya di sebelah. Kedua-dua suara itu amat di kenalinya.
“Waalaikumsalam. Am, Nana,
masuklah.” Puan Hayati ceria menyambut kehadiran kedua tetamunya itu.
“Nek Ma!” suara comel itu
kedengaran lagi.
Puan Hayati tersenyum
sambil menarik si kecil itu ke dalam dakapannya. Kedua belah pipi gebu si kecil
itu di kucup lembut.
“Jom, masuk.” Tangan si
kecil di genggam erat sambil dia menggamit anak muda itu supaya masuk ke dalam
rumah.
“Hi, Am terlepas apa-apa
cerita ke?” dengan muka tak bersalah, Amir Adwa tersengih lebar.
“Papa!” Erina Casandra
tidak menunggu lama sebaik terlihatkan kelibat Ammar Adwan di ruang tamu, terus
sahaja dia berlari mendapatkan papanya itu.
“Sayang,” dalam di ulit
rasa terkejut yang bukan sedikit, Ammar Adwan mengukir juga sebuah senyuman
untuk si kecil kesayangannya itu.
“Nek Ma, mana Untie
cantik?”ceria sahaja suara Erina bertanya.
“Hi budak kecik comel!”
suara Nora Afieqah yang muncul dari arah dapur membuatkan senyuman Erina
melebar.
“Untie buat apa?” soal Erina
selepas bersalaman dengan Nora Afieqah.
“Hihi, Untie tengah buat muffin.
Nana nak tengok tak? Untie boleh buatkan yang ada corak angry bird untuk Nana.”
Nora Afieqah tersenyum melihat muka Erina Casandra yang beriaksi teruja.
“Nak! Nak!!” Erina melompat
gembira sambil bertepuk tangan.
“Papa, Erina ikut Untie
boleh?” soal Erina pada Ammar Adwan.
Ammar Adwan yang terlopong
melihat Erina Casandra yang mesra dengan ahli keluarga Nasha Athierah hanya
mampu mengangguk perlahan.
“Pikah, dah siap ke makan
malamnya?” soal Tok Mi.
“Dah Tok. Tadi Nana ada
call kata dia nak datang, tu yang Pikah buat muffin. Kebetulan, semua
bahan-bahan ada tadi,” Nora Afieqah sudah mencapai tangan Erina.
“Kami pergi belakang dulu
ye,” Erina sempat melambai pada semua yang ada di ruang tamu. Wajahnya semakin
bersinar ceria tanpa mengetahui masalah yang di hidapi oleh papanya sebentar
tadi.
“Erina...” Ammar Adwan
memandang satu persatu wajah di ruang itu sebelum pandangan matanya berhenti
pada wajah ibunya. Dia perlukan penjelasan.
“Kalau Erina Casandra yang
menjadi masalah kamu, kamu tak perlu risau dah. Kami dah terangkan pada dia
awal-awal lagi. Alhamdulillah, dia suka dengan bakal keluarga baru dia ni.
Lagi-lagi dengan Untie cantik dia tu. Kamu sendiri pun nampak tadi kan?” Puan
Wahidah menepuk lembut bahu Ammar Adwan.
“Erina jumpa Nora, terus
Am di lupakannya. Tengok, boleh dia biar pak su hensem dia ni
terkontang-kanting sorang-sorang kat sini? Isy, isy!” Amir Adwa bangkit dengan
senyuman kepada Ammar Adwan.
“Abang Wan settle kan hal
abang dulu ye. Am nak join Cik Nana kita tu,”
“Minta izin ye Tok Mi,
Untie Yatt..” Amir Adwa sengih pada Tok Mi dan Puan Hayati.
“Pergilah Am.” Tok Mi
menyatakan izin. Puan Hayati juga mengangguk setuju. Lagipun, mereka duduk di
ruang depan bahagian dapur tu. Masih boleh nampak dengan jelas dari ruang depan
ni.
Amir Adwa menghilang ke
belakang. Sesekali kedengaran suara Erina tertawa kecil dari belakang sana.
“Semua persiapan ibu dah
buat, Wan tak perlu risau apa-apa pun. Cincin pun dah siap pilih.” Puan Wahidah
bersuara memecah suasana.
“Kenapa ibu tak bagi tahu
Wan awal-awal?”
“Ada, ibu ada bagi hint,
tapi Wan yang tak faham. Ingat tak ibu kata nak beli cincin baru untuk orang
baru tu?”soal Puan Wahidah.
Ammar Adwan terdiam. Ada memang
ada. Tapi...
“Tapi tengahhari tadi Atie
cakap dia akan bertunang dengan pilihan keluarga dia. Dia kata antara kami
memang tiada jodoh.” Ammar Adwan pula menyoal.
“Budak bertuah tu, semalam
masa Untie call beritahu pasal hal ni, belum sempat lagi Untie cerita sampai
habis dia dah buat spekulasi sendiri. Geram juga di buatnya.” Puan Hayati
menggeleng perlahan.
“Jadi, dia tak tahu kami
nak bertunang?” soal Ammar Adwan.
Puan Hayati menggeleng.
“Biar kita buat kejutan kat dia.” Senyuman melebar pada wajahnya.
“Kak Wahi, saya ada
permintaan.”Puan Hayati bangkit mendapatkan Puan Wahidah.
“Apa dia?” soal Puan
Wahidah sebaik Puan Hayati duduk di sebelahnya.
“Kita singkatkan tempoh
pertunangan mereka boleh?” soal Puan Hayati.
“Molek juga tu. Benda baik
ni, kalau boleh di permudahkan. Pertunangan ni pula adat saja, nikah tu yang
wajibnya.” Tok Mi mengeluarkan pandangannya.
Puan Hayati dan Puan
Wahidah mengangguk setuju dengan pendapat Tok Mi tadi.
“Apa pendapat kamu, Wan?”
soal Puan Wahidah. Biarlah Ammar Adwan yang membuat keputusan kali ini.
“Ehem,” Ammar Adwan
mengelak dari menjadi mangsa renungan ibunya dan Puan Hayati. Ada pula kan,
tanya direct macam tu.
“Terpulanglah pada ibu,
Untie Yatt, dan Tok Mi. Wan ikut je,”...tapi idea Untie Yatt tu tersangatlah
bagus! Kecil tapak tangan, laut china selatan saya suakan!
“Kalau macam tu, kita
singkatkan tempoh pertunangan tu daripada 3 bulan kepada 3 jam. Macam mana,
setuju Wan?” soal Puan Hayati.
Ammar Adwan tergamam.
Bertunang 3 jam je? Pernah ke di buat orang ni?
Puan Wahidah tertawa kecil
melihat bakal besannya tersenyum mengusik Ammar Adwan.
“Bagus juga. Boleh
sekalikan majlis tu dalam sehari. Pagi bertunang, petang nikahnya ye Yati?”
Puan Wahidah tersenyum pada Puan Hayati.
Ammar Adwan benar-benar
hilang kata. Baru tengahhari tadi dia rasa kehilangan semangat untuk terus
hidup, malam ni dapat berita dia akan berkahwin pula hujung minggu ni?
Nak pitam sekarang boleh?
“Diam tu tanda setuju
selalunya,” Tok Mi pula tertawa kecil melihat Ammar Adwan yang sudah terkelu
kata.
“Nora, Abang terbau nasi
minyaklah...” usik Amir Adwa.
“Nora pula dah terdengar
bunyi kompang,” Nora Afieqah turut tidak mahu kalah.
“Pak su, Erina ada bau
muffin je. Mana ada nasi minyak. Untie cantik, tak ada dengar bunyi apa-apa
pun?” Erina Casandra pula bersuara. Seketika kemudian, ruang tamu itu meriah
dengan gelak tawa mereka.
Erina Casandra yang masih
belum mengerti apa-apa, turut tumpang sekaki bergelak tawa walau tidak tahu
hujung pangkalnya.
________________
Hi:)
1. Sorry pasal error tadi tu.
2. Tak larat nak taip pesanan penaja banyak dah, so hopefully this entry make u smile:)
8 comments:
hahahahahah... akhirnye... adwan menarik lafaz lega... atie je la nt...suprise
uih.. lega!! sian kat wan..
tp kan auntie cantik yg erina panggil tu nora ke nasha.. kang nti dia xsuka lak nasha tu.. haihh
p/s: allignment cm lari jer.. xbleh nak baca dgn jelas.. ke saya sorang je problem cmni?
allignment mmg dah lari. saya baru perasan. nasib ada yang tegur tadi. sorrryyyyyy ye:)
yea2..akhirnya..nk kawen dah diorg..best2..=)
kwen jgn xkwen..hehehe..
best,......best....best!!!!!!!!!
i like!!!!!!!!!!!!!!!!!!
follow................
wah2 mmg tcapai la hjat ammar nti kn..tkjut la atie nti tbe2 jew bos dye leh de kt umh kmpung dye time tnang nti
sempat ke atie..beli baju utk berkawen...alahai teruja nak tau wajah minah tu..bila dpt tahu yg bakal suaminya..mamat poyo tu..
Post a Comment