Love 1
Nasha Athierah tergesa-gesa melangkah menghampiri pintu
lif. Tangannya mengemaskan kedudukan fail-fail tebal yang di bawanya bersama
tadi. Dibuatnya jatuh berselerak kat tengah-tengah lobi ni..buat tambah masalah
je!
Sebaik pintu lif terbuka di tingkat 5, Nasha Athierah
segera meluru keluar. Sekilas jam di pergelangan tangan kirinya di jeling.
MATILAH KALI NI!
Mata-mata yang sedang memandangnya dengan senyum sinis
tidak di endahkannya. Langkahnya masih laju di atur ke meja kerjanya. Dia sudah
lewat hari ini..dan sebaik sebaris nama muncul di benaknya ketika itu,
jantungnya makin berdebar hebat. Matilah dia menadah telinga mendengar amarah
Ammar Adwan. Sudahlah kebelakangan ini angin bos yang itu sering sahaja turun
naik. Tak menentu dan tak mampu di ramal langsung. Sekejap marah-marah sampai
satu office ni bergema suara dia memekik. Sekejap lagi diam sambil renung orang macam nak telan hidup-hidup. Selama hampir 6 bulan sejak bosnya itu mula masuk bekerja di pejabat itu, tidak sesiapa pun pernah melihat lelaki bernama Ammar Adwan ini mengukir senyum, apatah lagi bergelak ketawa. Macam hebat sajakan?
Kaca matanya yang hampir melorot jatuh kerana terlalu
tawaduk menunduk sedari tadi cuba di betulkan duduk letaknya semula.
‘Minta-mintalah mood Encik Ammar baik hari ni..’ Nasha
Athierah memejam mata sesaat dua sambil memanjat doa penuh pengharapan. Tanpa dia
sedari..
“Oh sayangku Ammar Adwan!!” fail-fail tebal yang di
peluknya erat ke dada sejak dari awal tadi sudah terbang melayang ke udara. Sepertimana
terbang melayang semangatnya sebaik terasa tubuhnya di rempuh sesuatu.
“Aduh..”Nasha Alia menggosok pinggangnya yang terasa
sengal dek kerana terhumban ke lantai. Macam mana dia boleh secuai itu sehingga
terlanggar dinding pagi-pagi ni?
‘Tapi sejak bila pula ada dinding kat tengah-tengah jalan
ni?’ perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya. Sepasang Clark Un. Morris berwarna
hitam berkilat menyapa pandangannya.
Nasha Athierah hilang rentak nafas. Kertas-kertas dari
fail yang sudah tercampak entah ke mana tadi, berselerakan di atas lantai. Suasana
sekeliling juga senyap sepi. Dia cuba menarik nafas panjang. Moga-moga debaran
yang sedang menggila sedikit reda.
“Sayang..”satu suara menggumam rendah. Mungkin hanya untuk di dengari olehnya sahaja. Suara itu begitu hampir
dengannya yang masih terduduk di lantai. Serta merta hidungnya sesak dengan
bauan ala ‘corporate’. Tom Ford Grey Vertiver! Nasha Athierah meneguk liur yang
terasa kesat. Sahlah hari ini bakal tamatnya riwayat dan hikayat seorang Nasha
Athierah!
“Err..” mulut dah tergagap tak tahu nak cakap apa. Namun
tangannya masih lagi ligat mencapai kertas-kertas yang masih berselerakan.
‘Apa yang aku dah terlepas cakap tadi..’Wajahnya sedikit
pun tidak di angkat memandang makhluk tuhan yang sedang tunduk dihadapannya
kini.
Serta merta otaknya dapat mengimbau aksi latahnya tadi.
GULP.Tanpa sepatah kata dia terus bangkit untuk segera ke tempatnya. Mahkluk tadi
pura-pura tidak di lihatnya.
“Malunya..malunya..malunyaa!” mulutnya masih mengomel
perlahan. Seumur hidup nilah kali pertama dia rasa malu sampai tahap nak korek
lubang kemudian tanam kepalanya!
“Nasha Athierah Binti Ahmad Nasir!” suara yang sedang
jelas menyebut sebaris nama penuh miliknya membuatkan langkah Nasha Athierah
mati. Dengan tubuh yang sudah sedikit menggigil, dia berpaling juga. Rela dalam
terpaksa.
“Sa..saya Bos..” ucapnya tersekat-sekat. Mahkluk yang
baru sahaja memanggil namanya tadi sedang merenung tajam ke arahnya.
“Masuk jumpa saya.” Ucap lelaki itu sambil mula mengatur
langkah menuju ke arah bilik pejabatnya. Tombol pintu di putar perlahan. Dia kembali
berpaling ke belakang sebaik menyedari Nasha Athierah yang masih di meja
kerjanya.
“NOW!!” jeritnya lantang.
Nasha Athierah sudah hampir terjatuh dari kerusinya dek
kerana suara yang bagai petir tadi itu. Raja Suprano agaknya lelaki ni!
‘Alamak..’ Nasha Athierah sudah di buru perasaan resah yang
makin menggila. Segera dia berlari anak menghampiri pejabat bosnya yang sedang
jelas lagi bersuluh sedang marah.
Perlahan-lahan dia berlalu masuk ke dalam bilik pejabat
lelaki itu. Wajah lelaki itu sememangnya sudah memerah sempat di kerlingnya
sesaat sewaktu melangkah masuk tadi.
‘Bagus eh bos aku ni, dah marah sampai merah muka pun
masih nak jadi gentleman kan? Siap buka pintu untuk aku lagi..sweetnya dia ni..’Nasha
Athierah mahu mengukir senyum sebaik terpandangkan wajah tegang bosnya itu yang
sedang menala pandang ke arah rakan sekerjanya yang lain, terus mati niatnya.
“Pandang apa?!” jerkahnya lantang. Staf bawahannya yang
seakan baru tersedar dari lamunan panjang segera meneruskan kerja
masing-masing. Dari tadi ke semuanya sibuk menjadi penonton tayangan percuma
diantara Big Boss hensem yang panas baran, Ammar Adwan dan juga Pembantu audit
yang comel dan naif, Nasha Athierah.
Pintu pejabatnya di hempas kuat. Ammar Adwan berjalan ke
meja kerjanya. Matanya tidak lepas memandang Nasha Athierah yang sedang
menikus. Ammar Adwan hampir sahaja terlepas tawanya melihat wajah Nasha
Athierah sudah pucat dan berpeluh walaupun dalam keadaan pejabatnya yang di
lengkapi air-cond.
Dia berjalan perlahan menuju ke arah tingkap kaca besar
di belakang meja kerjanya. Pandangannya di buang jauh ke luar. Cuba menenangkan
hatinya yang sedikit di cuit rasa lucu. Depan staf, kena tunjuk personaliti yang baik, *ehem* tegas sebenarnya supaya staf bawahan tak berani nak carik pasal..
Beberapa saat kemudian dia kembali memalingkan tubuhnya
memandang Nasha Athierah yang masih kaku seperti patung cendana di tengah bilik
pejabatnya. Gadis itu masih setia merenung lantai.
‘Apa cantik sangat ke karpet kat office aku ni?’hatinya
berdetik sambil dia menarik senyum sinis di pinggir bibir.
“Saya nak tengok tangan kiri awak.” Ammar Adwan berkata
dengan nada serius. Dia sudah berdiri betul-betul di hadapan Nasha Athierah
yang sopan berbaju kurung cotton dengan bungaan berwarna turqoise. Lengkap dengan
shawl cotton senada.
“Err..bos nak buat apa?!” Nasha Athierah spontan
mengundur beberapa langkah ke belakang.
“Bertindak mengikut arahan.” Ucap Ammar Adwan. Soalan Nasha
Athierah tidak dihiraukannya.
“Tapi bos, mak saya kata..kalau bukan muhrim..haram
pegang-pegang tangan ni..berdosa..!” Yakin Nasha Athierah mengeluarkan
hujahnya. Matanya mencerlung memandang Ammar Adwan yang juga sedang
memandangnya.
“Ada saya kata nak pegang-pegang tangan awak?” soal Ammar
Adwan serius.
Nasha Athierah terkulat-kulat sendirian. ‘Betul juga..’rasa
macam nak ketuk kepala ni! Hisy, buat malu lagi!!
Perlahan-lahan tangan kirinya di angkat dan di tunjukkan
di hadapan Ammar Adwan.
“Jam tangan awak ni jenama apa ?” soal Ammar Adwan sinis.
Nasha Athierah mencebik geram tanpa sedar. “Tahulah jam
tangan bos tu harga hampir beribu..” gumamnya geram. “Saya punya beli kat
uptown je!” jawab Nasha Athierah geram. Lupa pada ketakutannya yang hampir
menggigil kepala lutut tadi.
Kedengaran Ammar Adwan tertawa sinis. Nasha Athierah
makin panas hati. Lelaki itu sudah melabuhkan duduknya di kerusi empuknya.
“Jam awak tu masih berfungsi dengan baik tak?” soalnya
lagi sambil bersandar pada kerusinya.
“Ya. Walaupun murah..dan..tiruan, tapi ianya masih
berfungsilah!” Nasha Athierah menjawab geram. Nilah perangai orang kaya, suka
tunjuk lagak dan perlekehkan orang lain!
“So, saya rasa awak jelas dengan kesalahan awak.”Ammar
Adwan sudah kembali berwajah serius.
Nasha Athierah yang tadinya yakin membalas setiap kata
Ammar Adwan sudah kembali menjadi bisu.
“Beri satu alasan kukuh.” Ammar Adwan merenung tajam pada
Nasha Athierah.
Diam, sepi. Nasha Athierah masih lagi tunduk tanpa sepatah kata.
Diam, sepi. Nasha Athierah masih lagi tunduk tanpa sepatah kata.
“Nasha Athierah!” jerkahan tersebut membuatkan
semangatnya terbang melayang.
“Atau should I..” Ammar Adwan masih dengan renungan tajam
ala-ala lasernya pada Nasha Athierah yang sudah seperti cacing kepanasan. Tidak
selesa di renung sebegitu.
“Saya minta maaf bos, saya tahu saya dah lewat!” Nasha
Athierah bersuara. Wajah Ammar Adwan yang sedang merenungnya dengan pandangan
maha tajam sedari tadi cuba dipandangnya barang sesaat dua.
“Abang rapidkl buat hal..dia terlambat sampai..then sebab tulah saya terlambat sampai
ke stesen Tasik Selatan..terlambat naik LRT..terlambat naik mono..dan
kisahnya..terlambat..sampai ke..”Nasha Athierah segera menundukkan
pandangannya. Terasa berderau turun darahnya sebaik melihat wajah Ammar Adwan
yang sudah merona merah menahan amarah. Tinggal tunggu turn je nak meletup.
“Office..” Nasha Athierah menyambung bicaranya perlahan. Hampir
saja tidak kedengaran.
“Apa kata saya ringkaskan alasan awak ni?” Cadang Ammar
Adwan. Dia sudah bangkit menghampiri Nasha Athierah yang masih tegak berdiri.
“Over slept.” Ucap Ammar Adwan sambil memberhentikan
langkahnya sebaik dia berhadapan dengan Nasha Athierah.
“Punca utama masalah ‘terlambat’ awak ni, sebab awak
lewat bangun..”
Nasha Athierah masih tidak berani memanggung kepalanya.
‘Eh, cantik juga kasut bos aku ni..high taste kononnya..’
Nasha Athierah ralit memandang kasut yang sedang di sarung Ammar Adwan di
lantai.
“Kan, sayang?” Ammar Adwan menundukkan wajahnya setentang
dengan Nasha Athierah.
Nasha Athierah terkaku. Apa dia panggil aku tadi?
Segera dia memanggung kepalanya. Ammar Adwan yang sedang tertawa kecil menarik
perhatiannya. Bos aku memang hensem meyh..betapa beruntungnya aku dapat tengok
dia ketawa hari ni..’ Tanpa sedar dia mengukir senyuman lebar. Hatinya jadi
kembang setaman sebaik melihat wajah Ammar Adwan yang sedang tertawa suka. Alangkah
indahnya dunia jika dia dan Ammar Adwan adalah ..
“Hey!”suara keras Ammar Adwan di sebelahnya membuatkan
Nasha Athierah jatuh dari syurga angan-angannya. Terpinga-pinga dia memandang
Ammar Adwan yang juga sedang merenungnya tajam. GULP. Berangan apa kau ni Sha?
“Huh!” Ammar Adwan mendengus geram. Time aku tengah marah
dia, dia boleh tersenyum lebar macam tengah angau macam tu? Nak mati agaknya
perempuan ni..
“Saya nak awak siapkan report yang saya minta semalam dan
hantar sebelum lunch hour nanti.” Ammar Adwan mengeluarkan arahan.
Hah?! Nasha Athierah jatuh rahang. Tinggal 2 jam lebih je
ni..mana nak sempatnya! Kerja yang sedia ada pun dah menimbun, sekarang nak tambah yang baru lagi?
“Apa tercegat lagi tu?!” sekali lagi bagai nak luruh
jantungnya gara-gara suara ala soprano si Ammar Adwan yang sememangnya tidak
merdu bak Ning Baizura.
Tanpa menunggu lama terus saja Nasha Athierah berlalu
keluar. Pintu pejabat bosnya di rapatkan.
Ammar Adwan
melabuhkan duduknya ke sisi meja kerjanya sambil memerhati langkah Nasha
Athierah yang sedang melangkah ke meja kerjanya di luar sana melalui tingkap gergasi
bercermin gelap di hadapan pejabatnya itu. Kepalanya di geleng beberapa kali.
Tangannya naik mengusap perlahan kepalanya. Sakitnya
masih bersisa. Sudahlah badannya di langgar secara tiba-tiba, kemudian
kepalanya pula jadi mangsa tempat fail-fail yang terbang tadi melakukan pendaratan cemas. Nasib
tak bergegar otaknya!
“Nasha Athierah Binti Ahmad Nasir.”hatinya masih berbekas
rasa geram namun entah mengapa bibirnya tergerak untuk mengukir senyum sebaik
terkenang si empunya nama tersebut.
jika ada sambutan..bolehlah di teruskan untuk chapter yang berikutnya:D
salam sayang disayang,
ARIN
8 comments:
nice intro ..
nak lagi adik sambung citer ni..apa ek..yg menyebabkan mamat poyo tu garang giler..
nak lagi!
cerita nya santai dan menarik,,, sempat lg berangan bila kena marah...he,,he... kelakar sgt dgn sifat nasha yg cuai tu... nice,, story...
thanks for reading semua!
insyaallh, nnti sy updated yg ni same okie:D
nice...next, hehe ^__^
next next! huhu
nice33!!
Post a Comment