Bab 1
Sharlyna memerhati seorang demi seorang calon-calon
yang turut menghadiri temuduga tersebut melangkah keluar dari bilik berpintu
kaca tidak jauh daripadanya. Riak wajah mereka membuatkan Sharlyna gementar
sendiri.
Rata-rata yang datang pada hari itu
kelihatan sangat layak untuk menyandang jawatan yang di tawarkan. Masing-masing
datang dengan karisma yang tersendiri.
Sebuah keluhan terbit dari ulas
bibirnya. Sharlyna cuba bertenang. Cuba positifkan minda.
Telefon bimbitnya di capai dari dalam
beg tangan.
Zaara mencapai handphonenya yang
berkelip tanda ada mesej masuk ke dalam peti melnya.
Aku
x jdi la nk keje sini. Mcm ak apply keje slh tmpt je =.=’
From:
Lynn
Tue:10:25:11
Zaara mengerling ke wajah bosnya di
sebelah. Lelaki itu sedang sibuk memeriksa dokumen yang di bawa oleh gadis
berambut panjang yang sedang di temuduganya ketika itu.
Jgn
nk mgade ye. Blum try lg dah nk give up ke? So not u la Babe~
From:
Zaara
Tue:10:26:01
Sharlyna menghela nafas panjang.
Bukan mahu berputus asa, cuma entah kenapa ada rasa tidak enak bertapak di
lubuk hatinya. Gerak hati yang mahu menyampaikan sesuatu, tetapi dia sendiri
tidak pasti apa. Laju tangannya menaip satu lagi mesej lalu di hantar kepada
Zaara.
Ak
rse tak sedap hti la...
From:
Lynn
Tue:10:26:45
Zaara rasa nak tepuk dahi masa tu
juga. Boleh pula kawan baiknya ini guna alasan macam ni? Jarinya lincah menaip
sesuatu.
“Zaara.” Suara bosnya membuatkan
jarinya yang lincah bergerak tadi berhenti serta merta. Kepalanya di panggung menatap
seraut wajah kacak di hadapannya.
“Ya, bos?” Zaara maju menghampiri
bosnya.
“Bawa sebotol mineral ke sini.”
Pinta lelaki itu sambil mengurut pelipisnya perlahan.
“Okay.” Zaara terus berdesup keluar
menuju ke pantri.
“Mineral, encik.” Air mineral sejuk
itu di tuangkan ke dalam gelas kaca tinggi di hadapan lelaki itu.
“Berapa ramai lagi?” soal lelaki itu
selepas meneguk sedikit airnya.
“Ada 9 orang lagi encik.” Jawab
Zaara.
Lelaki berkemeja putih itu mengeluh
lemah.
“Next.” Ucapnya sepatah sambil
menyelak helaian dokumen di hadapannya.
Zaara membukakan pintu pejabat.
Calon seterusnya di jemput masuk.
“Good luck, kawan.” Sempat Zaara
berbisik pada Sharlyna.
Sharlyna pula hanya mampu tersenyum
pahit menyambut kata-kata Zaara. Langkahnya di bawa menuruti Zaara ke meja lelaki
yang sedang menundukkan wajahnya sambil membaca sesuatu.
“Selamat pagi.” Sapa Sharlyna, penuh
hormat.
“Selamat pagi.” Balas lelaki itu.
“Cik Puteri Balqish Sharlyna.”suara
itu menyebut namanya sambil mengangkat muka dari helaian dokumen yang sedang di
bacanya.
Sharlyna terlopong.
“Awak ni?!” spontan jari telunjuk
Sharlyna naik di hadapan wajah lelaki tersebut.
“Sorry? Kita pernah jumpa ke?”lelaki
di hadapannya memandang dia dengan pandangan yang terpinga-pinga.
Nashrin hampir tergolek jatuh dari
kerusi tadi apabila gadis ayu di hadapannya ini secara tiba-tiba menjerit marah
sambil mengangkat telunjuk ke mukanya. Gaya gadis itu seperti dirinya sudah
berbuat satu kesalah besar yang tidak mungkin mampu di maafkan. Eh?
“Berani awak tanya saya macam tu mat
salleh celup?” Sharlyna berang dengan tingkah lelaki itu. Berani dia buat-buat
tak kenal aku lepas apa yang dia dah buat dulu?
“What?! Mat Salleh celup?” Nashrin
sudah duduk tegak di kerusinya. Apasal perempuan ni? Ini datang nak cari kerja
ke nak cari gaduh?
“Lynn...” Zaara kalut melihat
situasi.
“Zaara! Kau kenal Mat Salleh celup
ni ye? Patutlah hari tu bukan main lagi pertahankan dia ye?!” Sharlyna
mengerling Zaara di sisinya.
Zaara terkulat-kulat apabila turut terkena
tempias amarah Sharlyna.
“Sorry Lynn, tapi orang yang kita
jumpa hari tu bukan bos aku ni. Serius!” Zaara separuh berbisik pada Sharlyna
sambil sesekali tersengih memandang wajah keruh bosnya.
“Ha?” Sharlyna kurang jelas dengan
situasi. Mana mungkin? Dia yakin lelaki itu adalah orang yang sama dengan
lelaki yang sedang duduk di hadapannya ini.
“Bos, sorry...dia salah faham je
ni..” Zaara memandang Nashrin sambil menghadiahkan senyuman manis untuk bosnya
itu.
“What? Salah faham? Sorry Zaara,
tapi aku rasa memang dia nilah lelaki tu!” Sharlyna tidak mahu mengalah.
“Hey, awak! Kenapa hari ni dah tak
pakai lens kaler biru awak tu? Dah tercicir kat Genting ke?” sindir Sharlyna.
Elok pula mata lelaki ni dah jadi warna coklat hari ni. Yang kali ini entah
original ke fake juga, dia sendiri tidak pasti.
Pandangan tajam dari lelaki di
hadapannya ini sedikitpun tidak meresahkan dirinya. Sharlyna tidak kisah lagi
jika tidak mendapat jawatan yang dipohonnya itu sekalipun.
“What? Lens? Biru? Genting?” lelaki
tersebut kelihatan bingung dengan kata-kata terjahan Sharlyna.
“Apa awak merepek ni?”soalnya semula
seketika kemudian.
Sharlyna mencebik geram. Lelaki ni
sengaja nak cari pasal dengan aku agaknya?
“Maaflah, saya dah tak mahukan
jawatan ni.” Sharlyna sudah berkira-kira untuk beredar dari situ, namun lelaki
itu segera menahan.
“Wait a minute.” Dari wajah penuh
kebingungan, kini lelaki itu sedang tersenyum sedikit.
Sharlyna jadi pelik. Ni senyum
kenapa pula?
“Awak cakap pasal lens biru tadi
kan?” soal lelaki itu sambil memandang tepat ke wajah Sharlyna.
Sharlyna tidak menjawab.
“Cik Puteri.”
“Awak tak layak panggil saya dengan
nama Puteri...”Tingkah Sharlyna. Tajam matanya memandang wajah lelaki di
hadapannya ini. Bukan dia mengada-ngada atau apa, cuma memang sejak dulu lagi
tiada sesiapa dapat mandat nak panggil dia dengan panggilan puteri tu selain
bonda dan...
Sharlyna menunduk sedikit apabila
fikiran mula teringatkan insan yang seorang itu.
Zaara sudah menepuk dahinya
perlahan. ‘Memang cari bala betul bos aku ni!’ dia faham benar kenapa Sharlyna
tidak suka ada orang lain yang berani memanggilnya dengan nama ‘Puteri’.
“Tak layak? Kenapa pula?” soal
Nashrin dengan dahi berkerut. Tapi, kira normallah orang panggil guna nama
pertama kan? Macam-macam betul perempuan ni.
“Suka hati sayalah!” Sharlyna
menjawab geram. Sibuk sangat nak tahu kenapa?
Beg tangan di
sangkutkan ke bahunya.
“Eh, nanti dulu. Kita belum settle
lagi.” Nashrin segera menghalang.
“Ada salah faham yang masih perlu di
jelaskan.” Serius wajah Nashrin.
“Salah faham?” Sharlyna tersenyum
sinis. Dah terlambat nak jelaskan apa-apa pun!
“Saya rasa awak dah salah faham ni
Cik Balqish.” Tutur Nashrin sambil melabuhkan duduknya ke kerusi semula.
Mineral dalam cawan di hadapannya di teguk perlahan.
“Zaara, tolong bawa air untuk tetamu
kita ni.” Nashrin mengeluarkan arahan kepada Zaara.
Zaara hanya mengangguk.
“Tak perlu. Saya bukan tetamu awak.
Lagi pun ramai yang dah masuk interview tadi kan? Tak ada pula saya nampak setiausaha
awak ni keluar ambilkan air?” Sharlyna menyoal tidak puas hati. Sekilas Zaara
di kerling tajam.
‘Siap kau Zaara! Aku akan soal
siasat kau habis-habisan malam nanti!’
“Oh.” Nashrin berkata sepatah. Dia
tersenyum memandang Zaara.
“Sebab awak berbeza dari mereka semua.”
Nashrin menjawab tenang. Eh? Boleh ke cakap macam ni? Hailaa, goreng jelah apa
pun Nash!
“Berbeza? Memanglah saya berbeza.
Berbeza sebab orang lain beria nakkan jawatan ini, tetapi tidak saya. Jadi,
terima kasih sajalah. Saya balik dulu.” Sharlyna mahu bangkit tetapi sekali
lagi Nashrin menghalang.
“Kenapa nak balik pula? Saya belum
beritahu lagi details lain pasal kerja baru awak ni kan?” Nashrin sudah
bersuara serius.
“Ha? Details apa pula ni?” Sharlyna
tidak faham. Apa lelaki ni merepek? Bukan aku dah cakap jelas nyata dan terang
yang aku tak nakkan jawatan ni tadi ke?
“Details pasal siapa bos awak
nanti?”Nashrin tersenyum sedikit.
“Zaara.”Nashrin menggamit Zaara
untuk menghampirinya. Kelihatannya lelaki itu sedang membisikkan sesuatu kepada
Zaara. Zaara mengangguk perlahan sebelum beredar keluar.
“Congrats beb!” sempat Zaara
berbisik ke telinga Sharlyna sebelum bergerak ke pintu pejabat.
“Zaara?!” Sharlyna cuba menahan
Zaara namun tidak sempat dia berbuat demikian, Zaara sudah menghilang di sebalik
pintu.
“Tapi, kan saya dah kata saya tak
mahukan jawatan ni tadi?” soal Sharlyna tidak percaya. Lelaki ni betul ke
tidak? Rasanya aku dah cakap terus terang yang aku tak nak jawatan ni tadi kan?
Takkan tak dengar kot? Ataupun dia ni spesis yang tak berapa nak faham bahasa melayu?
‘Maybe kot, tengok muka macam mat
salleh. Memang sah lah tak reti bahasa ni...’Sharlyna mengomel sendiri.
“Saya suka sikap awak.” Luah Nashrin
ikhlas.
“Ha?” Berkerut dahi Sharlyna
mendengar kata yang terbit daripada mulut lelaki itu. Ni nak puji orang pula
kenapa?
“Kenapa pilih saya?” soal Sharlyna.
“Sebab awak suka marah-marah orang
sesuka hati.” Tenang Nashrin menjawab.
Gila! Sharlyna mendengus geram.
Berasap telinga mendengarnya ya!
“Awak ingat saya...”belum sempat
Sharlyna meluahkan rasa tidak puas hatinya, Nashrin lebih pantas mencelah.
“Sebab awak garang.” Masih tenang
wajah Nashrin.
“Apa?!” Sharlyna makin hilang sabar.
“Awak ingat awak tu bagus sangatlah? Awak ingat awak ada rupa, ada harta, ada
jawatan besar macam ni, awak dah cukup hebat lah?” berapi-api hati Sharlyna
mendengar kata-kata lelaki di hadapannya ini.
“Sebab awak jujur dan berani.”ucap
Nashrin.
Sharlyna tertawa kecil. Sinis.
“Sebab ramai orang hipokrit kat
dunia nilah, macam-macam masalah timbul.” Sarkastik Sharlyna berkata- kata.
“Jangan harap saya akan termakan dengan pujian awak. Simpan saja untuk orang
lain.” Sharlyna sudah bangkit. Apa nak jadi, jadilah. Dia tidak mahu ambil
peduli lagi. Apa yang penting, dia tidak boleh berlama-lama di sini.
“Sebab awak kalis pujian.” Nashrin
masih tenang.
“Dengan semua sebab yang saya
katakan tadi, awak sememangnya calon yang saya cari.” Kata-kata Nashrin
membuatkan langkah Sharlyna terhenti.
Sharlyna berpaling memandang wajah
Nashrin. Bukan kerana dia terharu dengan kata-kata lelaki itu, tetapi rasa
semakin geram bila lelaki itu seperti sedang mempersendakan dia.
“Saya tak mudah untuk di buli.”
Lembut Sharlyna berkata, namun dalam lembut ada tegas yang menyokong bicaranya
itu.
“Memang tak mudah di buli. Sebab itu
saya mahukan awak untuk jawatan ini. Seorang takkan mudah mengalah.”Nashrin
masih bersandar pada kerusi empuknya.
Senyuman yang terukir cantik di
bibir lelaki itu membuatkan hati Sharlyna mula berlagu gusar.
“Orang yang awak marahkan dari tadi
tu adalah adik saya. Adik kembar saya.”kata-kata yang terbit dari bibir yang
sedari tadi mengukir senyuman manis itu, membuatkan Sharlyna rasa mahu pengsan.
Jadi, betullah apa yang Zaara kata tadi? lelaki yang dia jumpa hari tu bukan
orang yang sama yang sedang duduk di hadapannya ini?
Wajah lelaki di hadapannya di
pandang dengan muka yang mula berbahang menanggung malu.
‘Moral of the story, jangan suka
bertindak tanpa usul periksa.’ Jika tidak mahu mendapat malu percuma begini ya.
“Ad..adik?” soalnya tergagap-gagap.
Lelaki itu sekadar mengangguk.
Haiyyaaakk! Tolong Puteri, bonda!!!
“Bakal bos awak.” Dan ayat
pernyataan terakhir daripada lelaki itu benar-benar membuatkan Sharlyna merasa
dirinya hanyut dalam gelombang tsunami walau hakikatnya dia sedang berada di atas
daratan.
“Saya Nashrin. Tapi yang bakal menjadi
bos awak, Ashraf. Kami kembar seiras. Apa yang membezakan saya dan dia adalah
warna mata kami. Saya coklat gelap, manakala dia biru. Memang kaler mata dia
originally kaler biru. Bukan lens. Orang
yang awak jumpa dekat Genting tu, bukan saya tetapi dia. Dia ke sana sebab nak
habiskan cuti dia sebelum start kerja kat sini. “Nashrin sembunyi senyum
melihat tingkah si gadis ayu di hadapannya yang tadi agak agresif, kini sudah
bertukar menjadi lemah gemalai. Malu barangkali.
“Kesan jari awak tu melekat kat muka
dia, long lasting sehingga masa dia sampai ke rumah hari tu. I just can’t
imagine, how can he spent his time, jalan-jalan dekat genting dengan muka ada
corak jari macam tu.”Nashrin tertawa kecil apabila teringatkan riak wajah
adiknya ketika sampai ke rumah dari Genting Highland beberapa hari lepas.
Sharlyna teguk liur. Kuat sangat ke
sampai kesan jari aku melekat dekat muka dia? Erk!
“Saya tak ada asas dalam bidang
kesetiausahaan.” Sharlyna masih mencari alasan munasabah untuk melepaskan diri
dari semua ini.
“Tak perlu risau. Ada jalan
penyelesaian untuk masalah awak tu.” Nashrin berkata tenang.
“Tapi, saya...”
“Awak boleh. Gerak hati saya yakin
mengatakan awak boleh menjalankan tugas dengan baik.”Nashrin segera memotong
bicara Sharlyna.
Sharlyna kematian kata. Kelu terus
lidahnya mahu berkata-kata. Akhirnya, hanya keluhan lemah yang terluah dari
bibirnya.
*****
Bab 2
Sharlyna duduk di sofa L di dalam
ruangan pejabat yang agak luas itu. Nashrin di hadapannya di pandang seketika
sebelum dia kembali menundukkan pandangan.
“Ke mana pula budak ni? Takkan sesat
pula?” Nashrin bangkit dari duduknya lalu bergerak mundar mandir tidak jauh
dari tempat Sharlyna duduk.
“Siap engaged call lagi.” handphonenya kembali di masukkan
ke dalam saku sutnya. Nashrin mengomel sendiri sambil menilik jam di
pergelangan tangannya. Dia kembali melabuhkan duduk berhadapan dengan Sharlyna.
“Apa yang saya cakap kelmarin, saya
harap awak ambil serius ye Cik Sharlyna.”Nashrin memandang Sharlyna di
hadapannya.
Sharlyna hanya mengangguk perlahan.
Malapetaka sungguh!
“Minumlah dulu. Pagi tadi dah
breakfast belum?” soal Nashrin bersama senyuman.
“Erm.” Sharlyna pelik dengan soalan
Nashrin. Atau memang lelaki ini sangat prihatin dengan staf bawahannya?
“Saya bukan apa, kejap lagi bila bos
awak sampai, awak mesti kena guna banyak tenaga untuk ’jinak’kan dia.”Nashrin
tertawa kecil melihat perubahan wajah Sharlyna.
“Err, jinakkan dia? Kenapa saya tak
nampak pun kriteria ni dalam offer letter semalam?” soal Sharlyna.
“Kriteria apa?” Nashrin pula yang
berkerut dahi tanda kurang mengerti.
“Kriteria sama ada mempunyai
pengalaman bertugas sebagai penjaga zoo sebagai syarat utama untuk jawatan
ni?”Sharlyna sengih lebar sambil tayang muka tak bersalah dia pada Nashrin.
Terus tawa Nashrin meledak kuat
sebaik usai Sharlyna berkata-kata.
“Kelakarlah awak ni.” Nashrin
menggeleng kepala tak percaya. Pertama kali jumpa dulu, mati-mati dia ingat
perempuan ni garang yang amat. Tak sangka pula perempuan garang ini punya bakat
melawak.
“Entah apa yang kelakarnya...”
Sharlyna buat muka bosan. Orang sindir dia, dia boleh bantai gelak pula? Spesis manusia pelik betul.
“Mungkin saya patut bawa cemeti
sekali pagi tadi. Saya tengok dalam cerita kartun dekat TV, biasanya orang guna
cemeti nak mengajar haiwan kat sarkas kan?” Sharlyna sudah mula merepek dengan
cerita kartun dia.
Makin galak tawa Nashrin
mendengarkan omelan Sharlyna. Teringat kembali insiden kelmarin, ketika dia
berusaha bagi mendapatkan persetujuan Sharlyna supaya gadis itu menerima
tawaran bekerja di syarikat itu.
“Itu dah kira kes penderaan pula.
Nanti keluar muka depan news paper, setiausaha dera majikan. Famous awak.” Ucap
Nashrin sambil menghabiskan tawanya yang masih bersisa.
Kuakan pada pintu pejabat membuatkan
tawa Nashrin yang masih meriah memenuhi suasana bilik pejabat sejak tadi, serta
merta mati.
“Meriahnya. Sampai luar dapat dengar
suara kau Nash.” Lelaki itu melangkah masuk menghampiri Nashrin di sofa.
Terdapat seorang gadis bertudung ungu
sedang duduk membelakanginya.
“Ni, setiausaha kau ni. Buat lawak
kartun dia pula pagi-pagi ni.” Nashrin sudah bangkit menghampiri Ashraf.
“Come, aku kenalkan kau dengan cik
setiausaha kau.”
Ashraf melabuhkan duduk di tempatnya
sambil mata tak lepas memandang si gadis yang masih duduk membelakanginya.
“Kau?!!” Ashraf bingkas berdiri
sebaik Sharlyna bangkit dan berpaling memandangnya. Buntang mata birunya
memandang tajam ke arah Sharlyna.
“Nash!?!” Nashrin pula menjadi mangsa
renungan tajamnya.
“Ni, Cik Puteri Balqish Sharlyna.
Dia akan bekerja bersama kau mulai hari ini.” Nashrin tenang memperkenalkan
Sharlyna pada Ashraf.
“What?!” suara Ashraf masih meninggi
tak puas hati.
“Dia akan bantu uruskan apa-apa yang
patut nanti.” Nashrin buat-buat tak faham dengan tingkah Ashraf.
“No! Aku tak mahu tengok muka
perempuan ni. Baik kau suruh dia balik.” Ashraf sudah berpeluk tubuh. Apa pun
jadi, dia tak mahu melihat seraut wajah ini muncul menjelma di hadapannya.
Wajah yang telah membuatkan maruah dan egonya sebagai seorang lelaki tercalar
di hadapan halayak umum tempoh hari. Panas hatinya masih belum surut rentetan
insiden memalukan di Genting Highland tempoh hari.
“Ash...”
“Suruh dia keluar sebelum apa-apa
yang buruk jadi kat dia. Aku tak teragak-agak untuk balas balik apa yang dia
buat dekat aku dulu, jika dia masih berdegil.”keras suara Ashraf memberi
amaran. Tubuhnya di hempas ke kerusi empuk sebelum berpusing membelakangkan
Nashrin.
“Okay.” Nashrin berkata sepatah
sambil membisikkan sesuatu kepada Sharlyna. Dengan muka yang sudah masam mencuka, Sharlyna akur.
Kakinya di hayun keluar dari ruangan pejabat tersebut.
Taapp. Pintu pejabat tersebut
kembali rapat.
“Dalam ramai-ramai calon yang
datang, kenapa mesti kau pilih dia?” soal Ashraf. Tubuhnya di palingkan kembali memandang
Nashrin yang sudah mengambil tempat di kerusi berhadapan dengannya.
“Sebab dia menarik.”Nashrin sengih
tak bersalah.
“Perempuan nilah yang berani mati layangkan
penampar dia kat muka aku hari tu tahu?” Ashraf merenung tajam wajah Nashrin
yang sedang tersengih lebar. Apa yang menarik pasal perempuan tu entah?
“Sebab dia berani tampar kaulah aku
kata dia menarik.” Nashrin masih dengan senyumannya.
“Argghh!” Ashraf merengus kasar.
“Kau ni dah hilang akal ke bro?”
tingkah Ashraf. Nashrin ni memang sengaja nak buli dia ke apa?
“Aku okay, sihat walafiat sahaja.
Thanks for your concern. Dan aku yakin kau akan okay dengan dia.”Nashrin
mengukir senyum. Cuba menyakinkan Ashraf dengan kata-katanya.
“Kau?! Arrghh!” Ashraf sekali lagi
merengus kasar. Sudahlah tadi dia terpaksa berhadapan dengan kesesakan jalan
raya. Terpaksa juga berhadapan dengan pemandu-pemandu yang menyakitkan hati.
Sekarang, terpaksa pula menghadapi satu lagi keadaan yang membuatkan hatinya
menggelegak panas.
Bunyi ketukan pada pintu berjaya
menghentikan perselisihan pendapat kedua kembar tersebut.
“Kau masih berani nak tayang muka
kat sini?!” Ashraf sudah bangkit. Wajah tenang bersahaja Sharlyna di rasakan
seakan mahu mencabarnya.
“Hey Ash, control sikit volume kau
tu. Attitude dengan staf kena jaga juga.” Nashrin segera menegur.
“Air encik.” Sharlyna meletakkan
cawan di hadapan kedua lelaki itu.
“Awak boleh pergi ke tempat awak
Lynn. Sambung kerja awak semula.” Nashrin mengeluarkan arahan.
Sharlyna hanya menurut. Dalam hati
punyalah menyumpah seranah si lelaki bermata biru itu. Berani dia tengking aku
ye?
Sharlyna duduk di meja kerjanya.
Fikiran melayang pada perbualan dia bersama Nashrin kelmarin.
“Adik saya tu memang tak berapa
layan perempuan. Pelik juga saya bila dengar cerita awak ni...” Nashrin berkata
jujur. Setelah mendengar cerita sebenar daripada Sharlyna tadi, dia yakin apa
yang berlaku di antara adiknya dan juga Sharlyna hanyalah satu salah faham.
“Tak berapa layan perempuan?”
Sharlyna meminta kepastian. Berkerut dahinya apabila melihat anggukan Nashrin. Patut pun muka beku tak berperasaan je walau budak perempuan tu puji dia melambung tinggi masa kat dalam kereta kabel hari tu...
“Dia gay?” duga Sharlyna sambil sambut oleh gelak tawa Nashrin.
“No, dia normal. Tapi ada beberapa
sebab yang membuatkan dia tak berapa masuk sangat dengan perempuan. Ada je yang
tak kena pada mata dia.” Balas Nashrin. Ada patut dia kata si Ashraf tu gay?
Memang ada jugalah yang tercabut kepala dari badan nanti kalau budak Ashraf tu
dapat tahu.
Sharlyna menghela nafas perlahan.
Satu lagi masalah dah bertambah. Kena pula berhadapan dengan karenah bos yang
ala-ala anti-perempuan.
‘Kenapa dia jadi macam ni
ye?’hatinya terdetik rasa ingin tahu.
“Ehem!” suara deheman itu membuatkan
Sharlyna spontan bangkit. Terkejut bila ada yang datang menganggu ketika dia
sedang mengelamun.
“Telefon tu yang rosak atau telinga
kau yang dah lama tak ‘service’?” soal Ashraf sambil berdiri bercekak pinggang
di hadapan meja kerja Sharlyna. Entah sejak bila pula lelaki ini sudah ada di depan meja kerjanya.
“Masuk!” Ashraf mengisyaratkan bilik
pejabatnya sebelum menghilang di sebalik pintu tanpa sempat Sharlyna berkata
apa-apa.
Dia bangkit sambil menghulur senyuman
pada staf-staf lain yang sedang memandangnya tanpa berkelip sebaik di jerkah
Ashraf tadi.
‘First day dah kena jerkah dengan
bos. Sabar jelah.’ langkahnya di atur memasuki bilik pejabat Ashraf.
Entah bagaimana nasibnya di kemudian
hari nanti. Memang keputusannya untuk menyahut cabaran Nashrin adalah satu
kerja gila. Nak menyesal pun dah terlambat. Apalagi yang boleh di buat? Redah
ajelah...
Pejam celik, sudah hampir 3 bulan
masa berlalu. Sepanjang tempoh 3 bulan ini juga, dia sudah separuh gila bekerja
sebagai setiausaha lelaki yang bernama Muhammad Danish Ashraf ini. Bermacam
ragam dan karenah lelaki itu terpaksa di hadapinya dengan senyuman dan
kesabaran.
Masih segar di ingatannya, sepanjang
hari pertama dia memegang jawatan ini dulu, dia terpaksa berhadapan dengan
pandangan tajam Ashraf. Hari yang sama juga Ashraf mengungkapkan satu amaran
padanya. Amaran yang menyatakan bahawa setiap masa yang berjalan hanya akan
memberikan penderitaan pada dirinya.
Keesokan harinya, Ashraf benar-benar
mengotakan katanya. Pagi rabu yang indah permai itu sudah menjadi satu titik
permulaan kepada zaman penderitaannya. Hari di mana terwujudnya satu senarai
tugas untuk dirinya iaitu, Puteri Balqish Sharlyna WAJIB melakukan tugas-tugas
tambahan yang di berikan oleh Ashraf kepadanya. Antara tugas-tugas itu adalah:
1.
Sediakan sarapan. Toasted bread + Bliss. Everyday. On time. Atas meja kerja aku.
2.
Pastikan stok Bliss dalam peti sejuk mini tak habis. Check it everyday.
3. Siram
kaktus 2 hari sekali. Jangan siram banyak sangat, mati kaktus aku, matilah kau.
4. Ikut
aku jumpa client. Jangan banyak alasan. Pagi petang siang malam, no excuses.
5. Nanti
aku beritahu apa lagi yang kau kena buat.
Sharlyna tampar pipi sendiri
perlahan. Memang tempah bala sungguh bekerja dengan lelaki ni. Kertas memo yang
di lekatkan pada sudut moniter Pcnya di kerling geram. Nafasnya di hela
panjang, cuba menstabilkan kembali rentak jantungnya yang masih berdegup laju.
Mana tidaknya, dia baru berkejar ke sebuah pasaraya terdekat untuk mencari
Bliss tadi.
‘Macam manalah aku lupa nak check
semalam?’ hati berbisik kesal. Peluh yang merinik di dahi di seka dengan tisu
muka. Air-cond kuat pun tak mampu nak sejukkan hatiku ini...ohh~
Baiklah, di samping tugas utama
sebagai setiausaha kepada Ashraf, dia juga bertidak sebagai isteri separuh masa
lelaki itu, menyediakan sarapan di setiap pagi. Mengambil pakaian lelaki itu
dari kedai dobi, tetapi, sejak peristiwa 2 minggu lepas, kerja mendobi pakaian
lelaki itu WAJIB di lakukannya sendiri. Entah apa yang merasuk lelaki itu untuk
bertindak sedemikian. Setiap hari sabtu, lelaki itu akan menghantar hampir 20
helai koleksi kemeja yang sudah siap di basuh ke rumah sewanya untuk di gosok.
Zaaralah yang selalu jadi tukang gelak setiap kali dia menyelesaikan timbunan
pakaian lelaki itu. Selain isteri separuh masa itu, dia juga adalah seorang
tukang kebun. Bezanya, dia hanya perlu menjaga koleksi pokok kaktus
‘kesayangan’ bosnya di dalam pejabat lelaki itu. Selain itu, dia juga adalah
seorang pengurus stok, yang di tugaskan untuk menyemak stok bliss milik lelaki
itu di pejabat.
Pasti ada yang tertanya-tanya,
kenapa dia diam saja apabila di arah itu ini oleh Ashraf tanpa melawan
langsung?
Jawapannya mudah sahaja. Pada hari
pertama dia memegang jawatan setiausaha Ashraf dahulu, sesuatu telah berlaku.
Dia secara tak sengaja telah mengebabkan skrin Ipad lelaki bermata biru itu
retak seribu akibat terhempas ke lantai konkrit di hadapan pintu lif kerana
kecuaiannya! Di sebab insiden itulah, sepanjang hari dia terpaksa menahan debaran yang
menggila apabila renungan tajam lelaki itu tidak lepas dari wajahnya. Kiranya
sekarang, dia perlu bekerja hingga hujung bulan ini di sini supaya dapat
membayar semula ganti rugi atas kerosakkan yang sudah di lakukannya. Maklum
sahajalah, dia pun baru sahaja tamat belajar, duit simpanan yang sedia ada pun
tidak cukup untuk membayar harga Ipad tersebut yang jelas mencecah RM 2000++.
Namun itu adalah cerita 2 bulan lepas. Ketika dia membayar harga
ganti rugi Ipad yang sudah retak itu, sekali menyerahkan surat perletakkan
jawatannya pada Ashraf, bermacam alasan di berikan lelaki itu. Surat hilanglah,
tercicir dekat meeting room lepas tu kena buang dengan makcik cleaner lah,
sehingga menyebabkan dia terpaksa mencetak semula surat tersebut berulang kali.
Banyak kali mencuba, tetapi pelbagai alasan diberikan oleh lelaki itu sehinga dia
bosan kerana kadang kala alasan yang di berikan, langsung tidak munasabah di
pendengarannya. Kali terakhir dia menghantar surat tersebut 2 minggu lepas, hari
yang sama dimana lelaki itu memintanya untuk mengambil alih tugas kedai dobi, surat
tersebut di koyakkan di hadapan matanya. Dengan muka tak bersalah, lelaki itu
berkata;
“Aku takkan lepaskan kau semudah
ini, perempuan. Lupakan saja niat kau untuk lari dari aku.” sebaris ayat ini
terimbas kembali di benaknya. Dia masih ingat betapa tajam pandangan mata
Ashraf saat mengungkapkan ayat tersebut kepadanya.
Telefon di atas meja kerjanya yang
berdering tiba-tiba, membuatkan Sharlyna serta merta menegakkan badannya semula.
Ganggang di capai lalu di bawa rapat ke telinga.
“Ya?”
“Okay.” Ganggang di letakkan pada
tempatnya semula sebelum dia mengatur langkah ke dalam pejabat ‘puaka’ itu.
“Fotokopi document ni. Satu
set.”sebuah fail tebal di letakkan di hadapannya sebaik dia tiba di hadapan
meja kerja Ashraf.
“Yang ni, buat 10 salinan. Nak guna
petang ni, pukul 3.00. Tapi aku nak benda ni siap 15 minit awal dari pukul
3.00.” sebuah fail di tindih pada fail tebal tadi.
“Yang ni pula, 5 salinan. Nak guna
sekarang. Tolong binding sekali. Kemas.”sebuah lagi fail di letakkan di hadapan
Sharlyna.
“Okay, boleh keluar.” Ashraf terus
tunduk menaip sesuatu pada laptopnya. Wajahnya serius seperti sedang menumpukan
sepenuh perhatian pada perkara yang sedang di bacanya itu.
“Okay.” Sharlyna sempat mencuri
pandang ke skrin laptop Ashraf. Sibuk je nampak? Tengah baca report ke apa?
Logo biru dengan huruf ‘f’ itu
benar-benar membuatkan darah di seluruh badan Sharlyna menggelegak.
‘FACEBOOK?!’
‘Bestnya jadi bos. Boleh senang-senang
buli orang kan?’Laju kakinya di atur keluar. Kenapa mesti suruh aku buat kerja
ni? Kenapa tak suruh office boy buat? Kenapa dia??
“Err, buatkan aku air. Coffee.” Ucap
Ashraf tanpa mengangkat mukanya dari skrin laptop.
Sharlyna berhenti menapak. Fail besar
gedabak yang punyalah berat di pegang kemas. Nafas di hembus perlahan. “Baik
bos.” Ucapnya lembut.
“Baik? Aku tahu aku memang baik.
Terima kasih atas pujian.” Ucap Ashraf selamba.
Aiihh?? Bos aku ni ada short circuit
ke apa? Bila masa aku kata dia baik? Aku belum nyanyuk lagi nak beri dia
puji-pujian macam tu.
Segera langkah kakinya di bawa
beredar dari situ. Malas mahu berlawan kata dengan singa jadian itu.
Ashraf sekadar tersenyum melihat
langkah Sharlyna yang sudah menghilang di sebalik pintu pejabatnya.
“Kau takkan bertahan lama
perempuan.” Dia tertawa sinis memikirkan rancangan seterusnya.
“Coffee, bos.” Instant coffee
tersebut yang sudah siap dibancuh di letakkan di hadapan Ashraf.
Tanpa berlengah, Ashraf mencapai
cawan tersebut lalu mensisip sedikit air yang sudah siap di bancuh Sharlyna.
“Auuchh!” terkocoh-kocoh Ashraf
mengeluarkan lidahnya yang sedikit pedih. Panas gila air ni!
“Kau nak bunuh aku ke apa? Panas
gila! Pergi buat sesuatu supaya air ni sejuk.”Ashraf memandang tajam wajah
Sharlyna yang sedikit terkejut tadi.
“Sorry...”Sharlyna capai semula
cawan tersebut dan menghilang ke pantri. Seketika kemudian, dia masuk lalu
meletakkan cawan tersebut di hadapan Ashraf semula.
“Uiihh?! Apasal tawar ni? Apa gula
dekat pantri tu dah habis ke?” sekali lagi Ashraf berang.
“Perempuan apa kau ni? Takkan nak
buat air pun tak pandai? Sudah, pergi buat semula!” jerkahnya kasar.
Sharlyna yang terkejut dengan
jerkahan Ashraf yang tidak di sangkanya itu terus sahaja menonong keluar.
Buat kali yang ketiga, Sharlyna
meletakkan cawan berisi kopi segera itu di hadapan Ashraf.
“Kali ni apa? Nak bagi aku dapat
diabetis pula? Berapa lori gula kau letak dalam air ni?” Ashraf makin hilang
sabar setelah mensisip sedikit air yang di bawa Sharlyna tadi. Hakikatnya, air
tersebut sudah sedang elok saja, sejak dari yang pertama tadi lagi sejujurnya.
Panas sangatlah, tawar sangatlah dan sekarang manis sangat. Semua ini hanyalah
alasan sahaja. Alasan untuk dia memarahi gadis itu. Sengaja mahu gadis itu
kelihatan bodoh di hadapannya.
“Ha?” Berkerut dahi Sharlyna
mendengar kata-kata Ashraf. Manis sangat ke?
Sharlyna garu kepala yang tidak
gatal.
‘Rasanya aku letak gula satu sudu
teh je tadi..’ Ke aku yang salah sukat gula tadi?
“Sorry, saya buat semula.” Sebelum
dia di jerkah lagi, lebih baik dia keluar selamatkan diri awal-awal!
Ashraf akhirnya mengukir senyum
sendiri melihat Sharlyna yang sibuk terkejar-kejar ke sana sini sejak pagi
tadi. Awal pagi tadi, stok Blissnya yang kononnya sudah habis padahal ada
sahaja di sorokkan di dalam laci dokumen meja kerjanya ini. Sekarang pula,
gadis itu sedang sibuk terkejar-kejar demi secawan kopi. Sengaja dia mahu
mempermainkan kesabaran gadis tersebut yang jelas sudah tidak setebal mana
kini.
Sharlyna menarik nafas yang sudah
berterabur semacam. Cawan di letakkan di hadapan Ashraf.
“Coffee, bos. Kurang panas, kurang
manis.” Ucap Sharlyna sepatah-sepatah. Semput nafasnya kena berkejar ke sana
sini dengan heels tinggi begini. Kakinya sudah terasa sakit dan pedih.
‘Ni mesti tak lain tak bukan,
melecet...’ hatinya merintih lemah. Maklum sahajalah, kasutnya ini baru pertama
kali di pakai hari ini.
“Erm. This one much better. Tapi
tiba-tiba jadi loya pula tengok kopi ni. Tukar, buat secawan green tea. Kurang
manis.” Selamba Ashraf berkata sambil meletakkan kembali cawan porselin putih
itu ke meja selepas mensisipnya sedikit tadi.
“Apa?!” suara Sharlyna sudah naik
seoktaf. Dulang kosong yang masih di
genggamannya tadi spontan di hempas kuat ke meja Ashraf tanda protes.
Hampir terlompat Ashraf dengan suara
nyaring Sharlyna. Nasib saja dia tiada sejarah sakit jantung, kalau tak memang
ada juga yang merasa naik ambulance hari ni.
“Bos sengaja nak kenakan saya kan?”
soal Sharlyna tidak puas hati. Sejak kelmarin dia beria memujuk hatinya supaya
bersabar dengan setiap kelakuan Ashraf, namun entah kenapa saat ini
kesabarannya seakan menipis. Dulu rasa dirinya hanya di buli oleh lelaki ini
kerana dendam atas insiden yang lepas, namun kini terasa dirinya diperbodohkan
oleh lelaki itu.
“Kenakan kau? Ingat aku tak ada
kerja lain ke?” Ashraf betulkan duduknya di atas kerusi empuknya. Riak tenang
terpamer di wajahnya sambil mata mengerling sedetik wajah Sharlyna. Nasib tak luruh jantung aku ni.
“Kalau tak, kenapa awal-awal tadi
tak minta teh hijau tu? Saya masih banyak kerja lain yang nak di selesaikan
bos. Tolonglah, saya tak larat nak layan lawak sengal bos ni!” luah Sharlyna.
Biarlah kau bos ke apa, ada aku kesah? Kalau kena pecat lagi bagus dari kena
seksa diri menghadap singa jadian ni setiap hari.
Ashraf menghambur tawa melihat wajah
kelat Sharlyna.
“So, kau nak mengaku kalah? Nak
resign?” provoke Ashraf.
Sharlyna mengetap gigi menahan rasa
geram dan amarah yang makin merebak meracuni hati dan akal warasnya.
“Kalau kau resign, kau kena...”
Ashraf berjeda sebentar. Wajah keruh Sharlyna di pandang lama. Seketika, dia
tertawa kecil. Reaksi Sharlyna sudah mampu di jangkanya.
“Arrggghhh!!!” cawan di hadapan
Ashraf segera dicapai sebelum dia melangkah keluar untuk membancuh teh.
Ashraf tersenyum sahaja melihat gelagat
Sharlyna.
Beberapa minit kemudian, Sharlyna
muncul semula dengan wajah yang sudah kembali tenang.
Nafas di hembus perlahan. Senyuman di
ukir manis pada ulas bibirnya untuk Ashraf.
“Green tea suam. Kurang manis.
Jemput minum.”Sharlyna berkata penuh sopan dan lemah lembut.
Terjungkit kening Ashraf dengan
tingkah Sharlyna.
Sharlyna berdebar menanti reaksi
Ashraf. Dia gelak jahat di dalam hati. Agak-agak lelaki poyo yang sengal ni
boleh pengsan tak lepas minum air teh yang aku bancuh penuh kasih sayang ni?
“Sorry, aku kena jumpa Dato’ Ahmad
Dani sekarang. Urgent.” Ashraf bangkit sambil mengemas beberapa helaian dokumen
di hadapannya.
“Ha?!” Sharlyna jatuh rahang. “Habis
air ni?” matanya jatuh pada air teh hijau yang masih penuh tak berusik.
“Kau minum sajalah kalau tak
nak membazir.” Ashraf sudah bangkit dari
kerusinya.
“Tapi...”
“Don’t miss me.” Ashraf senyum
sambil kenyit mata pada Sharlyna sebelum menghilang di sebalik pintu.
Sharlyna terkebil-kebil sendiri.
‘Tak ada masa aku nak rindukan kau.’ Hatinya merengus geram.
“Sia-sia aku beria letak 10 sudu
garam dalam air ni tadi, sekalinya dia tak minum sikit pun. Cis!” Sharlyna
mengomel sendiri sambil meletakkan kembali cawan tersebut ke atas dulang.
Polo Black Forest yang menyapa deria
baunya membuatkan Sharlyna bersusah payah mahu menelan liur yang terasa
berpasir. Hampir terlepas dulang kosong yang di pegangnya.
“Sejak bila ya, orang buat air teh
letak garam?” suara yang terasa begitu rapat seakan berbisik kepadanya
membuatkan badan Sharlyna menggigil menahan rasa.
“Err, saya...” Sharlyna segera
bergerak dua tapak ke kanan. Cuba menjauhi lelaki itu yang sememangnya sedang
berada rapat dengannya tadi.
“Sampai 10 sudu...” Ashraf mara
setapak merapati Sharlyna. Tajam matanya menikam anak mata Sharlyna.
“S..sa..saya..” Sharlyna tak tahu
nak cakap apa pada lelaki itu.
“Kau ada niat nak bunuh aku?” setapak lagi
Ashraf mara menghampiri Sharlyna. Dia benar-benar tidak menyangka Sharlyna akan
berbuat begini. Mujur sahaja dia tidak terus minum air itu tadi.
“Tak! Bu..buk..bukan macam tu..”
tergagap-gagap Sharlyna menjawab. Selangkah demi selangkah dia mengundur
menjauhi Ashraf.
“Kau kata aku jahat. Kau kata aku
suka ambil kesempatan..tapi...”senyuman sinis terukir di bibirnya apabila
Sharlyna sudah mati langkah apabila terhimpit oleh dinding konkrit dan dirinya.
“...tapi, kau sedar tak yang kau ni
berkali-kali lagi teruk dari aku?” kedua belah tangannya di letakkan ke dinding
konkrit. Mengepung Sharlyna di hadapannya.
“Sebab kau ni hipokrit. Back
stabber.”hanya beberapa inchi memisahkan tubuh mereka dari saling bersentuhan.
Sharlyna diam sambil menekur pandang
ke lantai. Sungguh dia takut dengan apa yang sedang Ashraf lakukan kini. Dengan
jarak mereka yang begitu hampir ini...
‘Ya ALLAH, aku berlindung padaMu daripada
sebarang perkara yang boleh menjadi fitnah dan merosakkan maruahku.’hati sudah
menitip doa pada Yang Maha Esa.
“Sa..saya minta maaf..saya..”
“Maaf sahaja tidak cukup.” Mata
Ashraf masih tajam menikam wajah Sharlyna yang sudah pucat ketakutan.
Sharlyna makin tak sedap hati.
“Ha..habis?” soal Sharlyna
takut-takut.
Ashraf tertawa kecil sebelum tunduk
mencari sepasang mata bundar milik si gadis di hadapannya ini.
“Look at me.” Ucapnya perlahan.
Sharlyna masih menunduk. Kata-kata
Ashraf tadi seperti tidak langsung di endahkannya.
“Look at me, or else...kau akan
menyesal dengan apa yang aku buat...”kata-kata Ashraf berjaya membuatkan
Sharlyna serta merta mengangkat muka memandang wajahnya. Wajah si gadis jelas masih
dalam keadaan malu-malu dan takut-takut.
“Aku akan maafkan kau. Aku akan
lupakan apa yang kau dah buat, tapi dengan syarat.”senyuman yang terukir pada
bibir Ashraf membuatkan Sharlyna merasa lututnya semakin lemah untuk terus
berdiri.
“Apa syaratnya?” Sharlyna makin tak
sedap hati bila senyuman Ashraf makin melebar mendengarkan pertanyaannya.
“Aku nak mulai esok, kau datang
kerja tanpa baju kurung kau ni...”ucap Ashraf sambil menyentuh sedikit lengan
baju kurung yang di pakai Sharlyna.
“...tanpa tudung kau ni...”
kepala Sharlyna yang di baluti sehelai pashmina di sentuh lembut.
“Boleh?” soal Ashraf dengan nada
lembut di sertakan dengan senyuman manis yang menggoda hati.
“Apa ni?!” entah dari mana semangat
melawan ini datang. Sharlyna menepis kasar tangan Ashraf yang sudah naik menyentuh
kepalanya yang berpashmina ketika itu.
“Gaya kau ni kolot. Ketinggalan
zaman sangat. Kau tu setiausaha aku. Kena ikut aku keluar jumpa klient. Kau tak
fikir ke apa yang akan klient-klient kita fikir bila nampak kau pakai macam ni?
Erm?”
“Apa kaitan pakaian saya dengan apa
yang klient syarikat fikir?” soal Sharlyna.
“Mestilah ada kaitan. Kau tu
setiausaha aku, GM syarikat. Syarikat ni, international company...” Ashraf
masih tenang.
“Apa masalah dengan baju kurung?
Dengan tudung?” soal Sharlyna, berang.
“Kau nampak sangat tak up-to-date.
Aku rasa, kalau kau pakai blouse and skirt, tanpa tudung kau ni, mesti kau
cantik.” Ashraf masih memujuk sambil tersenyum.
“Jangan harap!”tangannya menolak
dada Ashraf supaya jauh daripadanya.
“Lah, bukan ke kau pakai tudung,
baju macam ni semata sebab fesyen je kan? Lilit sana, pin sini. Pusing sini,
belit sana. Berlambak kat luar sana orang macam kau ni. Sekejap bertudung,
sekejap tayang rambut baru lepas rebonding dekat fb. Lepas tu elok pula bungkus
rambut tu dengan tudung belit-belit macam ni semula. Dah ramai sangat yang
pakai tudung on off sekarang ni.” sarkastik bicara Ashraf.
Sharlyna mengetap gigi menahan
geram. Cetek betul fikiran lelaki ini. Semudah itu dia menghukum perempuan?
Mungkin benar ada segelintirnya yang berperangai demikian, tetapi tidakkan
lelaki ini terfikir di dalam dunia ini masih wujud lagi wanita yang begitu
menitik beratkan hal tudung dan aurat mereka? Tidakkah kejam untuk menjatuhkan tuduhan itu pada
semua wanita islam masa kini? Tidakkah dia tahu, bicara dan tuduhan itu bakal mengguris
hati wanita-wanita yang bersungguh menjaga aurat mereka ikhlas kerana ALLAH,
kerana agama dan maruah diri?
“Dunia sekarang ni, sudah penuh
dengan perempuan plastik. Mudah sangat terpengaruh sehingga sanggup gadaikan
maruah.”Ashraf tertawa kecil melihat wajah Sharlyna yang jelas sedang
menanggung amarah. Tangannya naik cuba menyentuh wajah merah padam Sharlyna. Tetapi gadis itu cekap mengelak.
“So, apa salahnya kau ikut saja
arahan aku? Mungkin lepas kau buat macam yang aku suruh, ada Dato’ atau Tan Sri
yang berminat nak jadikan kau ‘gundik’ mereka kan?..atau kau nak aku yang...”Ashraf
tersenyum lagi melihat wajah Sharlyna yang kelihatan semakin keruh dengan kata
bicaranya tadi.
PAAPP!!
“JANGAN HARAP!” marah Sharlyna.
Tangannya masih pedih selepas menyapa kasar pipi putih bersih Ashraf tadi,
menggeletar menahan rasa.
“Dalam mimpi pun jangan
harap!”sambungnya tegas.
“Saya takkan ikut apa yang bos minta.
TAK KAN!!”Sharlyna laju mengatur langkah keluar.
“Nak ke mana?” soal Ashraf sedikit
kaget.
“Nak keluar, siapkan apa-apa yang patut. Saya tak tahan lagi nak bekerja di neraka dunia ni!” balas
Sharlyna berani. Apa pun nak jadi, dia sudah tidak mahu ambil kisah! Apa yang
penting, dia mahu segera keluar dari sini!
10 minit berlalu. Sharlyna masuk
semula ke pejabat Ashraf dengan muka
yang masih keruh. Sepucuk sampul surat di letakkan di atas meja kerja Ashraf. Lelaki itu tiada di pejabatnya kerana
ada urusan dengan Dato’ Ahmad Dani. Seperti yang di katakannya tadi.
Sharlyna sempat mengerling setiap
sudut bilik pejabat itu. Pada susunan bunga kaktus di atas kabinet di tepi
tingkap pejabat itu. Bunga yang sudah terasa dekat di hatinya. Dia tersenyum
pahit mengenangkan dia selalu sahaja meluahkan rasa hatinya di saat sedang
menyiram dan merapikan bunga-bunga kaktus tersebut dulu.
Kaki di atur menuju ke pintu lif
tanpa mempedulikan mata-mata yang memandangnya dengan pelbagai jenis pandangan.
“Lynn, janganlah resign...” ucap
seseorang sambil menarik lengannya. Menahan dia daripada melangkah keluar dari
ruangan tersebut.
“Tak boleh kak, saya dah tak tahan
lagi nak kerja dengan singa jadian tu.” ucap Sharlyna terus terang.
“Lah, nanti matilah kami kat sini
bila singa jadian tu asyik ‘mengaum’ tak sudah sebab orang kanan kesayangan dia
ni tak ada. Silap-silap ada yang kena ‘baham’ pula nanti.” Wanita berusia
pertengahan 30-an itu berkata sambil di sambut oleh gelak tawa kecil beberapa
pekerja lain.
“Maaflah kak, tapi saya memang dah
tak boleh nak pandang muka dia pun. Saya doakan akak dengan yang lain-lain
baik-baik sahaja kat sini.” Sharlyna tersenyum pahit. Bila masa pula dia jadi
orang kanan kesayangan lelaki itu? Orang suruhan yang paling selalu di buli
lelaki itu adalah agaknya.
“Saya pergi dulu. Karang terserempak
pula dengan singa jadian tu lagi.” Sharlyna meminta diri. Beberapa barang
kepunyaanya sudah di masukkan ke dalam kotak dan di bawa bersamanya sekali.
“Apa?!!” nyaring suara Nashrin
memecah ruangan pejabat milik abangnya itu. Ashraf hanya tayang muka minta
belas kasihannya.
“Kau buat apa pada dia Ash?!” suara Nashrin
masih tinggi seperti tadi.
“Aku tak buat apa pun.”dalih Ashraf.
“Mustahil!” suara Nashrin masih
memetir. Bingkas dia bangkit dari duduknya sambil berjalan mundar mandir.
“Aku tak kira, walau apa cara sekali
pun, aku tahu mulai minggu depan, Lynn dah kembali ke meja dia. Bekerja semula
sebagai secretary kau." Nashrin mengambil tempatnya semula. Wajah Ashraf yang
sedang menayang muka terkejut di hadapannya di pandang tajam.
“Tapi...”
“Aku kata, walau apa cara sekali pun
kan? Maknanya, tak ada tapi-tapi lagi dah. Kalau pun kau kena melutut depan dia
untuk minta maaf sekalipun, aku tak peduli!” Nashrin berkata tegas.
“Apasal kau beria nak ‘simpan’ dia
dekat syarikat kita Nash?!” soal Ashraf tidak puas hati.
“Kenapa? Kau tanya aku kenapa?” soal
Nashrin pula.
“Sebab bukan senang nak cari orang
untuk gantikan tempat Lynn. Leceh kau tahu tak? Masih banyak kerja yang perlu
di selesaikan, dan sekarang nak tambah
lagi masalah untuk cari pengganti Lynn? Dah, aku ada banyak lagi nak di buat
ni.” Nashrin berkata sambil mencapai beberapa dokumen yang bertimbun di sisi
mejanya.
____________________
PESANAN PENAJA PANJANG BERJELA. so sorry:P
1. Saya tahu ada yang bosan. Pada yang sudi membaca, meluangkan masa..Terima kasih tidak terhingga.
2. Saya kena rombak semula chapter yang dah siap di edit. Untuk pengetahuan anda, ini dah masuk kali ke 5 plot Aurora di rombak sejak saya mula menulis kisah ini di pada tahun 2007 dahulu.
3. Rombakan di lakukan atas sebab-sebab penting yang tak dapat di elakkan.
4. Saya sendiri pun tengah pening nak susun semula chapter2 yang dah di siap ni *serius rasa nak pitam ye*. Jadi, saya ambil keputusan nk -just go with the flow-.
5. Entry ni nak cerita sebab kenapa Lynn benci + sakit hati dengan Ash.
6. Kalau rasa entry ni macam serabut, boleh komen di bawah. Sementara masih ada masa ni, boleh saya edit lagi mana-mana yang patut.
7. Terima kasih:)
Arin Arida.
7 comments:
best la kak arin
-nur far-
Besss,.ok je plot ny keke
best sgt... tak boring pun..bru tahu knp lyn benci ash..
seriously citer ni da makin menarik...don't give up ye cik writer
i akn sentiasa sokong hehehe
mmg best kkep up the good job. tumbs up 4u. :)
semakin menarik..... teruskan usaha anda......
InsyaALLAH rasanya best j baca nye.. keep spirit :)
Post a Comment