Love 17
Ammar Adwan melangkah
menuju ke arah bilik Erina Casandra. Wajah lena anak kecil itu di tatap lama.
Sebelum bangkit untuk ke biliknya, sempat dahi Erina
Casandra di kucup lembut.
Seluruh badannya terasa
lenguh. Letih. Dia perlu segera mandi dan berehat. Mujur saja dia sudah
awal-awal menunaikan solat isya’ sebelum berangkat balik tadi.
Usai mandi, tekak pula
terasa kering. Nak tak nak, kaki terpaksa juga di atur ke arah dry kitchen di hujung aras sana.
Gelas kaca di capai lalu
di isi dengan air masak. Ammar Adwan mengambil tempat di meja kaunter.Sambil
meneguk minuman di dalam gelasnya itu, fikiran menerawang kepada peristiwa
sepanjang hari ini tadi.
Daripada saat dia
menjejakkan kaki di hadapan rumah milik keluarga Nasha Athierah sehinggalah
saat terakhir sebelum dia berangkat pulang lewat jam 9 lebih tadi.
Mengenangkan hal itu
semua, senyuman perlahan terukir di bibirnya. Nasha Athierah sememangnya ada
sebuah keluarga yang sangatlah unpredictable.
Pertama sekali, tak sangka
juga siap kena ada ujian lisan. Gaya macam kena temuduga kerja je. Macam-macam
juga mak dan nenek Nasha Athierah tanya. Paling dia ingat adalah soalan dan
tugasan terakhir dia bagi ujian lisan tu.
Sejujurnya, dia memang dah
rasa dunia ni kelam semacam je bila mak Nasha Athierah minta nyanyi lagu
hindustan. Habis berpeluh sakan sebab tak pernah di buatnya dia layan mana-mana
cerita hindustan. Apatah lagi nak menyanyikan lagu dalam bahasa hindi tu.
Tapi melihatkan wajah Tok
Mi yang seakan menyembunyikan senyum dan juga tawa Untie Yatt yang pecah
tiba-tiba, dia jadi pelik. Rupanya Untie Yatt sengaja nak mengusik dia je.
Tugas terakhir yang dia perlu lakukan untuk ujian lisan itu adalah membaca
surah al-fatihah, bukannya menyanyi hindustan. Rupanya, tugasan terakhir tu, Tok
Mi yang beri markah.
Kemudian, Untie Yatt kata
nak buat ujian praktikal pula. Namun memandangkan hari yang sudah menginjak jam
11 pagi, Tok Mi kata sambung petang sikitlah. Tok Mi ajak dia lunch kat sana hari tu, nanti lepas lunch baru sambung dengan ujian
praktikal.
Sementara nak tunggu hidangan lunch
siap, dia buat keputusan untuk ambil angin di luar rumah. Kebetulan, ternampak
pula Tok Mi sedang mengopek kelapa. Sebab nak jadi hero punya pasal, terus
sahaja dia tawarkan diri untuk membantu padahal itulah pertama kali dia nampak
orang kopek kulit kelapa guna alat tu. Kesudahannya, kulit kelapa tak berjaya
dikopek, kulit lengan dia pula yang terkopek. Berdarah jugalah walau kena
sipi-sipi je pada alat pengopek itu. Apalagi, bising mulut Untie Yatt berkata
itu ini sambil membersihkan luka sebelum meletakkan minyak penyembuh luka.
Kalau tak silap, Tok Mi kata minyak but-but. Minyak tu di buat daripada sejenis
burung bernama but-but.
Kemudian, dia berpeluang
bertemu dengan adik Nasha Athierah, Nora Afieqah. Macam yang di ceritakan Nasha
Athierah padanya sebelum ini, gadis muda belasan tahun itu memang seorang yang
banyak mulut dan periang. Ada sahaja ideanya mahu mengusik Tok Mi. Rasanya dia
berbeza dengan Nasha Athierah yang agak pendiam dan naif.
Petang itu, dia dapat rasa
bingka ubi Tok Mi. Memang sedap macam yang Nasha Athierah cerita.
Lepas asar, seorang demi
seorang kanak-kanak datang bertandang. Mulanya, dia tertanya-tanya juga, tetapi
setelah di terangkan oleh Nora Afieqah, barulah dia mengerti. Budak-budak tu
datang nak mengaji dengan Tok Mi.
Tetapi, dia tak sangka
pula Tok Mi minta dia tolong ajar kan beberapa orang budak-budak yang datang
mengaji tu. Rupanya itu adalah sebahagia daripada ujian praktikalnya. Menurut
Tok Mi, dia harap bakal suami Nasha Athierah adalah seorang yang mampu menjaga
kebajikan cucunya itu. Bukan sekadar kebajikan duniawi, tetapi juga kebajikan
ukhurawi yakni akhirat. Jadi untuk asasnya, suami kepada cucunya perlulah
pandai mengaji al-quran.
Memang sehari suntuk dia
di kampung Nasha Athierah. Mujur saja dia ada menyediakan beberapa helai
pakaian di dalam boot kereta sebelum itu. Boleh juga salin baju bersih setelah
sehari suntuk dengan pelbagai aktiviti.
Kejutan seterusnya, dia
perlu menjadi imam untuk solat maghrib atas permintaan Tok Mi. Selepas itu, mereka makan malam bersama.
Seusai makan malam, mereka semua duduk bersama di ruang tamu.
Ketika itulah, Tok Mi menerangkan tujuan mereka melakukan semua itu.
“Kami buat begini untuk
kebaikan Atie. Cucu Tok Mi yang seorang tu agak lurus orangnya. Sebelum ini,
dia pernah menjadi mangsa permainan orang lelaki. Ramai lelaki datang nak
berkawan rapat dengan dia, tapi semuanya buat tak ikhlas. Kalau ikhlas pun, ada
beberapa perkara yang merisaukan kami semua.” Tok Mi berkata dengan senyuman.
“Kami harap, Atie
bersuamikan orang yang mampu menjaga dan melindungi dia sebaiknya.”Untie Yatt
pula menyambung bicara Tok Mi tadi.
“Saya harap, abang tak
macam lelaki lain yang hanya berniat nak permainkan hati dan perasaan kakak
saya.” itu pula kata Nora Afieqah.
‘Saya tak pernah beritahu
Nasha Athierah berkenaan perasaan saya. Jujur saya mengaku, saya bukanlah
seorang yang bijak mengatur ayat manis untuk memikat, sebab itulah saya datang
ke mari. Mencari restu dan keizinan daripada semua.’ Itulah jawapan dia pada
semua yang ada beberapa jam lepas.
Tok Mi dan Untie Yatt
saling berpandangan sebelum Tok Mi menyambung bicaranya.
“Atie tak tahu?” soal Tok
Mi.
Tepukan di lengannya
membuatkan Ammar Adwan tersedar. Lamunannya bertebaran pergi. Segera dia
menoleh ke sisi.
“Am,” Ammar Adwan senyum
segaris melihat Amir Adwa yang sudah elok terpacak di sebelahnya.
“Bila muncul ni? Tak
perasan pula,” kata Ammar Adwan sambil kembali meneguk air di dalam gelasnya.
“Mana nak perasan, kalau
otak tengah duk menerawang teringatkan awek,” Amir Adwa tertawa kecil sambil
mensisip air di dalam cawannya.
Ammar Adwan spontan
menepuk bahu adiknya itu. Amboi, suka hati tuduh orang teringatkan awek ye?
“Am dah lama kat sini tau.
Kopi pun dah tinggal separuh gelas.” Kata Amir Adwa sambil mengunjukkan kopi di
dalam gelasnya yang berbaki separuh.
“Erm,” Ammar Adwan
menggeleng perlahan. Macam mana boleh tak perasan tadi?
“Abang pergi mana sehari
suntuk ni? Ibu kata abang keluar sebab nak settle
something, apa dia?” soal Amir Adwa
sambil mensisip airnya.
“Oh, tak ada apalah,”
Ammar Adwan menjawab perlahan sambil tersenyum. Takkan nak mengaku depan Amir
Adwa pula kan?
“Kenapa minum kopi tetiba
ni?” soal Ammar Adwan cuba mengubah topik. Jarang adiknya ini minum kopi pada
waktu malam begini.
“Ada hal sikit,” jawab
Amir Adwa.
“Hal?” soal Ammar Adwan.
Eh, Am pun nak main teka teki ke?
“Am tengah tunggu maklumat
dari sorang kawan Am. I’m currently
investigating something.” beritahu Amir Adwa.
“Aih? Sejak bila pula
abang JPJ takeover tugas PDRM pula?
Siasat kes apa Am?” soal Ammar Adwan. Sekadar mencari modal untuk berborak
sambil menghabiskan minuman masing-masing.
Amir Adwa hanya tertawa
kecil sebelum memulakan ceritanya.
“Kes seorang lelaki yang
menghilangkan diri selama 7 tahun. Dia ada seorang anak. Tapi dalam 7 tahun ni
dia langsung tak ambil tahu pasal anak dia ni. Mungkin juga dia tidak tahu
kewujudan anak dia ni sebab dia menghilang sebelum anak dia ni lahir,”Amir Adwa
menongkat kepala memandang wajah Ammar Adwan yang sudah mula berubah riak di
sebelahnya.
“Tapi sekarang ni dia
muncul secara tiba-tiba. Secara curi-curi memandang si anak dari jauh...”Amir
Adwa menyudahkan bicaranya.
“Am...”
“Am terserempak dengan
Abang Adli masa nak ambil Erina petang tadi. Tapi Am tak sempat nak buat
apa-apa sebab dia terus lesap bila nampak Am,” Beritahu Amir Adwa perlahan.
‘Amran Adli!’Ammar Adwan
memandang wajah adiknya.
“Ibu...”belum sempat Ammar
Adwan menyudahkan kata-katanya, Amir Adwa sudah mengangguk.
“Am dah beritahu ibu,”
“Am yakin itu dia?
Entah-entah orang lain tapi ada muka seiras dia...”
“No. Am yakin itu memang Abang Adli kita. Sekarang, Am tengah usaha
nak kesan jejak dia. Kawan-kawan Am tengah tolong kumpul maklumat berkaitan.”
Kata amir adwan sambil menepuk bahu Ammar Adwan.
“He’s back. Mungkin sebab Erina Casandra.” Beritahu Amir Adwa.
Ammar Adwan kaku merenung
wajah Amir Adwa. Betulkah? Betulkah Amran Adli sudah pulang? Pulang untuk Erina
Casandra?
Amran Adli termenung
panjang sambil merenung kepingan gambar-gambar yang sudah siap di cucinya tadi.
Gambar kanak-kanak
perempuan itu sedang tersenyum, sedang ketawa, sedang buat muka ketat kerana
merajuk, di tatap dengan mata berkaca.
Sudah hampir seminggu dia
mengekori pergerakan si kecil yang comel lagi lincah itu.
Namun, entah bagaimana
petang tadi dia hampir-hampir tertangkap dengan Amir Adwa. Mujurlah dia sempat
melarikan diri.
“Ruby...abang rindukan
awak sayang,” setitis air mata gugur ke pipinya.
Besarnya salah dia dulu. Betapa
dia menyesal membuat keputusan membuta tuli 7 tahun lepas. Betapa dia menyesal
membiarkan isteri kesayangannya menderita hingga ke akhir usianya...
Dayang Safiya. Perempuan
itu, yang menjadi dalang semua ini. Perempuan itu takkan di biarkan hidup
tenang selepas apa yang di lakukannya!
Sekeping gambar milik si
kecil yang berselerak di atas meja kerjanya di capai lalu di tatap sayu. Si
kecil ini adalah satu-satunya hadiah kenangan buatnya daripada arwah Ruby.
Wajah si kecil membuatkan
rindunya pada Dayang Rubiah semakin membukit. Senyuman si kecil persis milik
arwah isterinya.
Amran Adli teringin benar mendakap
si kecil ini secara nyata, namun dia tidak kuat menghadapi keluarganya. Terutama
sekali lelaki yang di panggil si kecil ini sebagai papa iaitu adik keduanya, Ammar
Adwan. Setiap pagi dia menunggu berhampiran pusat asuhan si kecil itu. Menjadi
pemerhati setia setiap gerak dan geri keduanya. Ammar Adwan yang akan
menghantar si kecil itu ke sekolah setiap pagi. Petang, Amir Adwa pula muncul
untuk menjemput si kecil pulang. Baik Ammar Adwan mahupun Amir Adwa, si kecil
itu benar-benar sayang dan selesa berada dengan kedua orang adiknya itu.
Masih jelas
terngiang-ngiang suara si kecil memanggil Ammar Adwan dengan panggilan ‘papa’
sedangkan panggilan itu adalah milik dia pada asalnya. Luluh hatinya
mengenangkan si kecil itu langsung tidak mengenali dirinya sedangkan dia adalah
ayah kandung yang lebih berhak.
Ya, mungkin dia lebih
berhak. Tetapi mungkin hak itu sudah lama hilang sejak Ammar Adwan dan yang
lain-lain yang bersusah payah menjaga, membesarkan dan mendidik si kecil itu
dan bukannya dia.
Lelaki seperti Ammar Adwan
perlu memikul tanggungjawab yang sepatutnya di galas olehnya selama 7 tahun
ini. Sudah pasti ianya bukan sesuatu yang mudah terutama bagi seorang seperti Ammar
Adwan. Namun ternyata adik keduanya itu sudah berjaya menjadi papa terbaik
untuk anak perempuannya itu...
“Wan...maafkan abang,”
bisik Amran Adli sendirian. Sudah sebulan dia menjejakkan semula kakinya ke
tanah Malaysia. Namun, sepanjang tempoh itu dia masih tidak punya kekuatan
untuk bersua muka dengan ahli keluarganya.
‘Mahu ke mereka terima
aku? Maafkan aku?’ foto si kecil di bawa ke rapat ke dadanya. Air mata semakin
deras beranak sungai ke pipinya. Malam kian larut, Amran Adli pula masih
teresak-esak sendirian. Bertemankan rindu dan rasa kesal yang tak sudah...
memperkenalkan, Amran Adli;)
____________________
HI:)
1. Thanks singgah n follow cerita ni:)
2. Saya tak mungkin mampu nak buat semua orang puas hati, but I'm trying to do the best.
1. Thanks singgah n follow cerita ni:)
2. Saya tak mungkin mampu nak buat semua orang puas hati, but I'm trying to do the best.
3. Sorry kalau agak bosan kali ni.
19 comments:
Ooowhh.. Nampaknya ammar adhwann lulus nggn cemerlang.. Hehe tahniah2!
Ok, abg dia da balikk.. Tingin nak tau apa reaksi papa erina ni bila jumpa papa sebenar erina.. Xmo gado2 k.
Yg ai heran, dayang safia si dalang tu.. Cmna lak leh erina kenal dia n panggil dia mama? Bkn ke sejak dr kecik family ammar adhwan yg jaga?
woo bin.... ehhhh apasal mran adli lgi macho ni.... jgn nk berebut heroin sudah
kak arin,..tau tak. kadang2 sy pk kesian dkt atie tu. klau dorang betul2 ada jodoh... rasa mcm dia tu naif sgt and tetiba dikejutkan dgn mcm2 konflik keluarga ammar. heheh.
kak arin,..tau tak. kadang2 sy pk kesian dkt atie tu. klau dorang betul2 ada jodoh... rasa mcm dia tu naif sgt and tetiba dikejutkan dgn mcm2 konflik keluarga ammar. heheh.
llus da ujian tok jdi bkl suami sya..mst tkejut kn nti sya ttbe je kwin ngn bos sndiri da la xde bg hint ke suke kt dye..nk ke ammar bg blik ank 2 pd abg dye yela dye yg sush pyah jge kn
keke lulus ujian la ni kireny,.
ble ayh kndung erina da blik,. xde la si ayang tu ajak ammar kawen lgi yuhuu,.
hahahahah..naseb x jadi nyanyi..terbaik papa ammar...dah dapat pikat hati krga mertua
@mizz acu
Dayang safiah tu mmg tak reti putus asa. nanti kita cerita sebab kenapa dia ajar erina panggil dia 'mama' ye:)
@zm
hehe, jangan risau..Sya untuk Abang ammar je:)
Ok, harap2 nti papa kandung erina pon xkan pilih dayang safiah. Nyampah!
amar adli hensem lahh. hehe, hope hubungan ammar and sha okayy.
amran adli yang hensem.
@MiMi
ya, betul tu. kesian pd dia, tp ammar adwan pun tak minta family dia bergolak mcm tu...
@cheknie
yeehhaaa! Sya mesti terkejut. jangan pitam dah la. hee:P
@Wan Ruzana
hehe, mungkin juga tu:P
@nzlyna'im
hehe, kalau betul kena nyanyi, habislah abang ammar kita..hee;p
@mizz acu
hihi, ai pun nyampah dgn dia! nak campak dia jauh2 boleh tak? hehe;p
@tiekqa fhea
alamak! ammar adli tak patut kena puji lebih2 ni...nanti abang hero kecik hati. ngee;p
Amatlah dialu-alukan ;)
Tindakan segera tau!
Post a Comment