LOVE 25
“Am, mana Erina?” Ammar Adwan muncul di sisi adiknya, Amir Adwa yang sedang
sibuk menaip sesuatu pada skrin telefon pintarnya.
“Tu,” tanpa mengangkat muka daripada skrin telefonnya, Amir Adwa menunding
ke suatu arah.
Erina Casandra sedang bergelak tawa dengan beberapa orang kanak-kanak lebih
kurang sebaya dengannya sambil di awasi oleh Nora Afieqah.
Ammar Adwan melambai tangan apabila pandangan si kecil itu tertumpu
padanya. Erina membalas sambil tersenyum lebar.
“Amboi orang tu, senyum sorang-sorang
pula depan skrin telefon...” Ammar Adwan sengaja mengusik sambil ketawa kecil. Duduknya
dilabuhkan pada kerusi di sebelah Amir Adwa. Sambil itu, sempat juga matanya
bergerak untuk mengesan kelibat isterinya, Nasha Athierah.
Hah! Gotcha! Tak susah mana pun nak mengesan kelibat isterinya yang masih
lengkap berbusana putih dengan hiasan batu hiasan yang sarat begitu.
Bagaikan tersedar dirinya yang sedang menjadi tumpuan mata seseorang, Nasha
Athierah serta merta menoleh ke sisi kirinya. Ammar Adwan yang sedang tersenyum
kepadanya membuatkan wajah Nasha Athierah merona merah. Serta merta dia teringat
perlakuan berani matinya tadi! Haiyaak!
Senyuman Ammar Adwan dibalas juga walau hanya beberapa saat sebelum dia
kembali menumpukan perhatiannya kepada beberapa orang tetamu berhampiran.
Senyuman di bibir Ammar Adwan makin melebar dengan gelagat Nasha Athierah yang
sengaja mahu menghindar renungannya.
“Senyum sendiri depan skrin takpe lagi,
jangan tengah orang ramai ni asyik main mata je macam orang tu,” Amir Adwa
ketawa kuat. Nak kenakan orang sangatkan? Hah, tengok siapa yang kantoi
sekarang? Ingat dia tak nampaklah tadi tu? Ha ha ha!
Ammar Adwan tersenyum malu. Macam mana pula Amir Adwa yang leka merenung
skrin telefonnya sejak tadi, menyedari perlakuan dia yang sedang berbalas
senyum dengan Nasha Athierah di hujung sana?
“Boss,” Megat Adney sudah terpacak disebelah Ammar Adwan.
“Hey, Adney. Duduklah,” pelawa Amir Adwa sebelum sempat abangnya berbuat
demikian.
“Again, tahniah.” Megat Adney
menghulur tangan untuk berjabat dengan Ammar Adwan.
“Terima kasih,” Ammar Adwan senyum juga sambil menyambut huluran tangan
Megat Adney.
“Kau serius nak resign?” soal
Ammar Adwan seketika kemudian. Teringat perbualannya dengan Megat Adney
semalam. Lelaki di sebelahnya ini menyatakan hasrat untuk berhenti kerja.
“Yeah. Begitulah nampaknya, since tiket flight dah ditempah dan yang lain-lain pun hampir siap.”Megat Adney
hanya senyum segaris. Dia akan menyambung pelajaran ke luar negara. Untuk
mempertingkatkan keupayaan dan kepakarannya dalam bidang pengurusan kewangan
dan juga... untuk mengubati hati yang terluka.
“Adney,” Ammar Adwan menoleh kepada Megat Adney di sebelah.
Megat Adney pula hanya diam menunggu tutur lanjutan daripada Ammar Adwan.
“A big thanks, for what you did for
me. For both of us.”tutur Ammar Adwan. Semalam, ibunya sudah menceritakan
segala-galanya tentang rancangan untuknya dan Nasha Athierah. Jujur dia
terkejut bukan kepalang apabila dimaklumkan, Megat Adney memang dihantar oleh
ibunya ke syarikat sebagai ejen perisik. Memang dahsyat sungguh ibunya mahukan
dia berkahwin. Siap hantar perisik lagi...
“I’m happy for you. Semoga Tuhan
berkati perkahwinan kalian,” ikhlas Megat Adney menitipkan doa buat Ammar Adwan
dan Nasha Athierah.
“Sorry,”Amir Adwa tiba-tiba
bersuara sambil mengisyaratkan telefon bimbitnya yang sedang berdering. Dia
bangkit menuju ke tempat yang lebih sesuai untuk menjawab panggilan
meninggalkan Megat Adney dan Ammar Adwan sendirian.
“Aku harap kau boleh jaga Sha sebaiknya atau jangan menyesal bila kau akan
kehilangan dia. Sekali kau lukakan hati dia, aku takkan teragak-agak untuk
rebut dia daripada kau,” Megat Adney berkata perlahan. Cukup sekadar dia dan
Ammar Adwan yang mendengar. Mujur sahaja di tempat yang sedang mereka duduki
ini agak lengang daripada orang ramai. Mana taknya, ini khemah untuk acara
makan beradap esok.
Ammar Adwan ketawa kecil mendengar gurauan serius berbaur ugutan daripada
Megat Adney itu.
“Jangan risau, kau takkan dapat peluang tu kerana aku akan pastikan, Nasha
Athierah akan sentiasa tersenyum, hanya untuk aku seorang.” Ammar Adwan
membalas tenang.
“Well, kalau macam tu terpaksalah
aku give up dan cari orang lain
awal-awal...” Megat Adney berkata selamba.
Ammar Adwan senyum memandang Megat Adney yang sedang tertawa kecil itu.
“Papa...”
Erina Casandra naik ke pangkuannya.
“Kenapa sayang?” wajah cemberut Erina dengan mata yang berkaca-kaca
membuatkan Ammar Adwan tertanya-tanya
sendirian.
“Erina...”kepala Erina Casandra yang sedang memeluk erat lehernya diusap
sayang. Esakkan halus si kecil itu jelas dapat di dengarinya.
“Nana, Untie cantik salah cakap tadi...sorry
ye. Maksud Untie...”Nora Afieqah menyentuh lembut bahu si kecil yang masih
enggan melepaskan Ammar Adwan.
“Erina nak papa...”rengek Erina
sambil masih di kedudukannya tadi.
“Afi, kenapa ni?” soal Ammar Adwan pada adik iparnya.
“Nana mungkin dah salah faham dengan apa yang Afi cakap tadi, abang..” ujar
Nora Afieqah dengan riak yang gelisah.
“Oh,” Ammar Adwan berkata sepatah sambil mengalih fokus pandangannya kepada
Erina Casandra yang masih di pangkuan.
“Sayang, tak comellah nangis macam ni...malulah Uncle Adney nampak muka comot sayang papa ni,” Ammar Adwan memujuk
lembut sambil menyeka air mata di pipi gebu Erina Casandra. Seketika, pipi si
kecil di kucup sayang.
Erina mengangkat muka memandang Megat Adney di kerusi sebelah. Melihatkan
Megat Adney yang sedang tersenyum kearahnya, cepat-cepat Erina Casandra
menyembunyikan wajahnya di sebalik dada Ammar Adwan.
“Papa sayangkan Erina, sampai bila-bilapun, papa akan sayang Erina. Okay?”Ammar Adwan senyum pada Erina yang
sedang mengesat saki air mata di pipinya.
“Janji?” Erina Casandra menyuakan jari kelingking comelnya pada Ammar
Adwan.
“Janji.”Ammar Adwan senyum lagi lalu mengucup perlahan pipi si kecil.
“Sayang papa ni dah makan belum, dari tadi papa tengok seronok main je?”
soal Ammar Adwan sambil mula bangkit daripada duduknya.
Erina Casandra menggeleng perlahan. Masih dengan muka sedihnya.
“Lah, kesiannya dia. Meh, ikut papa.”tangannya di hulurkan pada si kecil
itu.
“Adney, aku ke belakang kejap.” Ammar Adwan menggangkat Erina ke dalam
dukungannya.
Megat Adney mengangguk sambil tersenyum.
“Afi cakap apa pada dia?” soal Ammar Adwan sambil berbisik pada Nora
Afieqah yang berjalan selangkah di belakangnya.
“Panjang ceritanya. Nanti Afie cerita ye. Ampun abang, Afi tak sangka pula
sampai jadi macam ni...” jelas terpeta riak bersalah di wajah Nora Afieqah.
“Kak Atie mana? Afi ada nampak dia?” soal Ammar Adwan sambil melangkah
memasuki pintu dapur rumah.
“Err,” Nora Afieqah garu kepala sendiri. Sungguh dia tidak tahu kerana
sejak tadi dia berada di ruang tamu rumah bersama dengan Erina.
“Eh, ni akak. Panjang umur, Abang Ad baru je tanyakan akak tadi,” Nora
Afieqah tersengih panjang melihat kakaknya, Nasha Athierah yang sudah menukar
baju akad nikah tadi dengan blaus berpotongan ringkas serta berskirt
labuh berwarna gelap.
Ammar Adwan segera mengangkat muka mencari kelibat Nasha Athierah. Sebaik
mata mereka bertemu, keduanya bagai terlupa dengan suasana sekeliling yang
masih riuh rendah dengan tetamu yang hadir.
“Papa...rimas...” rengekkan Erina Casandra yang masih di dalam dukungan Ammar
Adwan membuatkan Ammar Adwan kembali rasional.
“Aa, apa dia sayang?” mulut bertanya
pada Erina Casandra, tetapi anak mata bergerak ke sisi mencari seraut wajah
milik Nora Afieqah.
Sah!
Gadis remaja tersebut sedang tersengih bak kerang busuk ke arahnya.
“Papa, Erina nak mandi. Nak tukar baju ni...”ujar Erina Casandra sambil
menyebak anak rambutnya yang sedikit berselerak.
“Mandi?” Ammar Adwan terdiam sebentar. Macam mana ni? Baju Erina semua ada
dengan ibunya. Amir Adwa pula terus lesap selepas meminta diri untuk menjawab
panggilan tadi. Haiih.
Kepala yang tak gatal di garu lagi. Sekilas wajah cemberut Erina yang jelas
sedang rimas di pandang kasihan.
“Kejap, papa call nenek ya...” Erina
Casandra di turunkan ke lantai. Telefon bimbitnya di bawa keluar lalu terus
sahaja nombor telefon ibunya di dail.
“Awak, biar saya tolong mandikan Erina. Ibu ada tinggalkan beg baju Erina dalam
bilik Pikah tadi. Kan Pikah?” Nasha Athierah bergerak menghampiri si suami yang
masih berbaju melayu putih tanpa samping songketnya tadi.
“A’ah, lupa pulak. Beg Erina ada
kat bilik, kejap Pikah ambil.”Nora Afieqah sudah menghilang ke biliknya.
“Jom, Untie Sha tolong Nana
mandi,”Nasha Athierah duduk berlutut di hadapan Erina Casandra agar setentang dengan
ketinggian si kecil itu. Tangannya di hulurkan pada Erina Casandra.
Erina menggeleng laju.
Ammar Adwan pula memandang wajah Nasha Athierah. Pandangannya jelas memperlihatkan reaksi
tidak bersetuju dengan panggilan ‘Untie
Sha’ yang digunakan oleh isterinya itu ketika berbicara dengan Erina Casandra
tadi.
“Jomlah, ikut Untie Sha ye?” Nasha
Athierah masih senyum memujuk si kecil tanpa menyedari pandangan ‘membunuh’ bak
laser Ammar Adwan kepadanya.
“Tak nak! Papa....tak nak...” Erina kembali merengek sambil memeluk kejap
kaki Ammar Adwan. Tangan Nasha Athierah yang cuba menyentuh tubuhnya di tepis
kasar.
“Sayang, kenapa buat mama macam tu?” soal Ammar Adwan sambil turut sama
berlutut agar setentang dengan Erina Casandra. Sekilas wajah si isteri di
hadapannya di kerling sekejap.
“Bukan, dia bukan mama Erina!”raungan Erina membuatkan kedua mereka
tersentak.
“Dia bukan mama Erina! Bukann!!” kali ini raungan si kecil itu di ikuti
dengan tolakan pada tubuh Nasha Athierah.
Ammar Adwan yang terkejut dengan tindakan kasar Erina Casandra terhadap Nasha
Athierah terus bertindak menarik Erina Casandra ke dalam pelukannya untuk
menenangkan si kecil itu.
“Sayang...shhhtt, tak mau
jerit-jerit macam ni...”kepala Erina Casandra di usap perlahan sambil matanya
tak lepas memandang Nasha Athierah yang masih kaku merenung ke arah Erina
Casandra di dalam pelukannya.
“Nak mama, papa...nak mama....nak mama...” suara comel Erina Casandra teresak-esak
di dalam pelukan Ammar Adwan.
“Kenapa ni?” Nora Afieqah yang muncul dengan beg Erina Casandra terkejut
mendengar esakkan si kecil di dalam pelukan abang iparnya itu.
“Wan, kenapa ni?” Tok Mi pula muncul dari ruang depan rumah.
“Nana dah penat sangatlah tu agaknya, main kejar-kejar dari tadi kan?
Sayanglah Nana Tok Mi ni...” Tok Mi mencapai
tangan Erina Casandra yang sedari tadi erat merangkul leher Ammar Adwan.
“Alah, habis berpeluh-peluh ni. Nana nak mandi tak? Nanti dah mandi, badan
jadi segar...” Tok Mi pula menjalankan misi memujuk si kecil itu. Dahi Erina
Casandra di usap lembut dengan senyuman terukir di bibirnya.
“Alaa sayang Nana Tok Mi ni...” pipi Erina Casandra dikucup sekali oleh Tok
Mi.
“Mandi dulu ya?” lembut suara Tok Mi memujuk.
Perlahan-lahan Erina Casandra mengangguk bersama esakkannya yang mulai
surut.
“Baju dan barang-barang Nana ada dalam beg ni Tok Mi,”Nora Afieqah
mengunjukkan beg yang masih di genggamannya.
“Bawa Nana masuk bilik dulu, Pikah.” Arah Tok Mi kepada Nora Afieqah.
“Come, Nana...” Nora Afieqah
menghulurkan tangan. Perlahan-lahan Erina Casandra menyambut. Namun seketika,
wajah Ammar Adwan di pandangnya pula.
“Papa...”sebelah tangan kecilnya menyentuh lengan Ammar Adwan.
“Papa tunggu kat sini ya, sayang.” Ammar Adwan berkata sambil mengusap pipi
si kecil.
“Okay, jom jom jom..jom kita
mandi..” Nora Afieqah mendukung Erina Casandra sebelum berlalu dari situ.
“Perlahan-lahan dulu, Wan. Nana masih belum biasa lagi.” Ujar Tok Mi sambil
menepuk bahu Ammar Adwan.
“Jangan paksa dia guna panggilan mama untuk Atie, buat masa terdekat ni...”
tambah Tok Mi lagi.
“Beri dia masa, Wan. Budak kecil, apalah yang dia tahu. Nanti-nanti kita
ambil hati dia sikit-sikit ya... ” Ujar Tok Mi sebelum turut berlalu menuju ke
bilik Nora Afieqah, memberikan peluang kepada Nasha Athierah dan Ammar Adwan berdua.
“Awak okey?” soal Nasha Athierah sambil membetulkan duduknya menghadap Ammar
Adwan yang masih memandang langkah Tok Mi.
“Abang yang patut tanya awak soalan tu.” Ammar Adwan memandang Nasha
Athierah yang sudah bersimpuh sopan di hadapannya. Masing-masing masih belum
mahu bangkit dari lantai ruangan dapur itu.
“Errr, saya okey.”Nasha Athierah sedaya upaya mengukir senyuman bagi
menyakinkan Ammar Adwan bahawa dia benar-benar okey dengan apa yang baru
berlaku tadi. Dia faham.
Ammar Adwan tidak meluahkan sebarang kata sebaik mendengar ucapan Nasha Athierah tadi. Hanya
matanya masih merenung tepat seraut wajah di hadapannya itu.
Nasha Athierah memandang wajah Ammar Adwan dengan penuh tanda tanya. Namun,
tak lama apabila dia sudah berkira-kira untuk beredar dari situ bagi menghindar
renungan Ammar Adwan yang terasa sedang menembusi jiwanya.
“Nak ke mana?” soal Ammar Adwan perlahan sambil menahan Nasha Athierah dari
bangkit beredar.
“Err,” Nasha Athierah terkulat-kulat sendiri mencari jawapan. Dia memang
tidak tahu mahu menuju ke mana, namun apa yang penting, dia tak boleh duduk
menghadap Ammar Adwan pada ketika ini. Seram!
“Erm?”Ammar Adwan tersenyum sedikit melihat wajah kalut Nasha Athierah. Lupa
sebentar pada apa yang telah berlaku tadi. Tangan isterinya itu ditarik
perlahan bagi mendekatkan lagi jarak kedudukan mereka.
Nasha Athierah makin resah dek kerana renungan dan senyuman Ammar Adwan yang
kelihatan lain, kini di tambah pula dengan jarak mereka yang amat rapat...
“Maaf, atas apa yang Erina buat dan cakap tadi.”Ammar Adwan masih leka
menatap sepasang mata milik isterinya yang berada kurang 10 inci di hadapannya
kini.
Nasha Athierah tak berkelip memandang Ammar Adwan di hadapannya. Jarak
mereka yang begitu hampir membuatkan pipinya berbahang dengan deru nafas Ammar
Adwan.
“Saya okey, saya faham...Erina...”
Gulp. Nasha Athierah hilang upaya
untuk meneruskan kata-katanya apabila tangannya secara tiba-tiba ditarik oleh Ammar
Adwan, membuatkan jarak wajah mereka kini hanya terpisah beberapa inci sahaja
lagi. Dekat betul dah ni!
Masa berlalu, tetapi tiada kata yang terluah baik Ammar Adwan mahupun Nasha
Athierah.
Nasha Athierah membeku tanpa sebarang pergerakan. Risau mahu bergerak walau
sepicing pun kerana takut pergerakannya yang kecil itu bakal menyebabkan
sesuatu yang ‘dahsyat’ terjadi.
Tapi...
“Err, awak tukar perfume?”Nasha
Athierah rasa nak ketuk kepala sendiri. Macam mana boleh lancar je dia
mengutarakan soalan itu tadi?Aiyaaaaarrkk!
“Ha?” Ammar Adwan sedikit terkejut mendengar soalan isterinya.
“Awak perasan?” Wah, hebat isterinya ni. Benda sekecil ini pun dia boleh
perasan? Hati penuh dengan rasa terharu atas keprihatinan si isteri pada
dirinya.
“Sebab selalunya, awak ada bau yang ‘garang’. Tapi hari ni, awak ada bau yang
‘menyeramkan’...”...sebab tu habis saya seram sejuk bila dekat dengan awak tahu.
Siap hati dan jantung ni berdebar bagai nak tercabut sahaja rasanya.
“Menyeramkan? Kenapa menyeramkan?” soal Ammar Adwan perlahan. Ala-ala
berbisik pun iya juga. Nak buat macam mana, dah jarak mereka dekat, takkanlah
nak main jerit-jerit pula kan?
“Err...”Nasha Athierah makin gelisah. Aiiihh! Seram sebab awak buat saya
rasa tak tenteram bila duduk dekat-dekat awak ni!
“Kenapa rasa seram, sayang...?”
Nasha Athierah mula rasa seluruh tubuhnya sekejap panas, sekejap sejuk
apabila Ammar Adwan memanggilnya ‘sayang’ dengan suara ala-ala romantik begitu.
Senyuman manis si suami di hadapannya membuatkan Nasha Athierah menelan liur.
Nak jawab macam mana ni?!
“Opss!!” suara yang pecah tak jauh daripada mereka membuatkan Ammar Adwan dan
Nasha Athierah serentak berpaling.
Terhenti terus drama sebabak penuh bunga-bunga setaman mereka tadi. Melihatkan
si empunya suara tadi yang sudah tersengih mengusik, membuatkan Nasha Athierah segan
sendiri. Segera wajahnya ditundukkan.
“Am?” soal Ammar Adwan serius untuk menutup rasa segan, terkantoi lagi
dengan si adik. Siapa suruh buat drama kat tengah ruang dapur macam tu kan?
“Err, sorry..sorry, Untie Yatt cari Kak
Atie tadi...”Amir Adwa beriak serba salah tengah ruang. Namun, senyuman masih menghiasi
wajahnya.
“Am datang salah timing nampaknya
ni..” Amir Adwa akhirnya tertawa kecil melihat abang dan kakak iparnya yang
sedang kalut menjauhkan jarak masing-masing.
“Sambunglah balik, Am minta diri dulu ya. Sorry in advance, Am dah kacau daun...” sempat Amir Adwa mengusik
sebelum dia beredar dari situ.
“Saya cari mak dulu,” Nasha Athierah sudah bangkit sambil di ikuti oleh Ammar
Adwan.
“Awak hutang abang satu jawapan, sayang...” sempat Ammar Adwan berbisik
perlahan sebelum melepaskan lengan Nasha Athierah daripada pegangannya.
“Abang akan pastikan awak ada jawapan untuk soalan abang tu, esok...”sekilas
dahi Nasha Athierah dikucup sedikit sambil bibirnya membisikkan sesuatu kepada
si isteri.
Membuntang mata Nasha Athierah memandang senyuman nakal Ammar Adwan. Aiyaa.
Apakah?
Tanpa kata, laju sahaja dia mengatur langkah meninggalkan Ammar Adwan setelah
mengukir segaris senyuman untuk si suami.
Seketika, tawa kecil Ammar Adwan yang menyapa pendengarannya membuatkan Nasha
Athierah menoleh sambil menghantar jelingan ‘maut’ yang entah kenapa kelihatan
manja pula di mata Ammar Adwan.
Spontan dia membalas jelingan si isteri dengan satu kenyitan mata.
Senyumnya makin meleret apabila Nasha Athierah yang terkejut dengan respons
gatalnya tadi membuat isyarat mahu mencubitnya dari jauh.
Hatinya terasa bahagia. Bahagia sehingga terasa dia kini sudah menjadi
seorang Ammar Adwan yang baharu. Ammar Adwan yang tak tahu malu dan sudah
pandai nak buat nakal dengan anak dara orang.
____________________
At last, pheww~
1. Thanks sudi tunggu.
At last, pheww~
1. Thanks sudi tunggu.
2. Thanks sebab still support sy.
3. Thanks sebab still sudi singgah sini, jenguk Abang Ammar dan Sha.
4. Rasanya ini entry terakhir sebelum raya. Lepas ni, saya pun busy dgn persiapan raya etc...dan jugaaa...projek sepanjang musim raya nanti iaitu:
4. Rasanya ini entry terakhir sebelum raya. Lepas ni, saya pun busy dgn persiapan raya etc...dan jugaaa...projek sepanjang musim raya nanti iaitu:
Mini Novel: Oh, Qasehku Sayang!
Atas permintaan, saya akan usahakan sambungan kisah Zarul Affendi dan Qaseh Nur Amani dalam QNI melalui Mini Novel ini^_^
Atas permintaan, saya akan usahakan sambungan kisah Zarul Affendi dan Qaseh Nur Amani dalam QNI melalui Mini Novel ini^_^
Doakan semuanya berjalan lancar ya. Lancar saya menulis, lancar juga anda membacanya nanti:)
7 comments:
walaupun pendek tapi dimaafkan.. harap entry seterusnya lebih panjang..
sukaaaaaaaaa...teruskannnnn
@HaNa91
begitu ya dinda..insyaALLAH, ada idea lebih..adalah panjang lebih entry seterusnya yaa:D
saya baru aje beli novel qaseh belum mula membaca,lepas cepatlah sambung ya tq.
eh,. tetiba dorang kawin,.sy dah missed satu epi kot. haha.
hehehehehe untie yatt tu cikgu b.i ke ? speaking bukan main lagi hahahahahahahah ~~~~ waiting for next episode
best sngt2 cite kali nie..
Post a Comment