My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

19 May 2014

Kontrak Cinta PJJ - Chapter 12 - One Step forward


KONTRAK CINTA  PJJ-CHAPTER 12
“Ian! Stop! Don’t do this to me. This is too much! Too much!”Naie jerit sekuat hati sambil tangan tangan sudah bergerak memukul bahu serta lengan Ian yang masih buat stoned face dia.

Kereta sedang meluncur laju di atas lorong kanan, memasuki Lebuhraya Utara Selatan.
Ian memperlahankan kereta, terdapat plaza tol 200 m di depan.

Naie mula menyusun agenda di dalam otaknya. Plaza tol bermakna ada toll teller. Toll teller bermaksud dia masih ada peluang untuk minta pertolongan. Dia boleh selamat daripada agenda gila Ian ini!

Wanna scream for help? Just forget it. Too bad dear, I guna Smart TAG...”Ian senyum meleret di saat kereta yang dipandunya dengan lancar memasuki lorong khas Smart TAG.

Nak meronta macammana gaya untuk tarik perhatian kenderaan berdekatan pun tak guna sebab cermin kereta bukan main tinted lagi persis kereta vvip.

Naie hanya mampu memandang sayu plaza tol yang kian menjauh di belakang mereka.

You are sick! You’re totally out of you mind! Jerk!”Rasa takut dan marah membuatkan Naie mula menyebut yang bukan-bukan.

Yes I am. For now on, I’m just out of my mind…and yeah…if you are insisting on keep touching me this way…don’t regret  it if I end up being totally out of control….”Apa yang anehnya, Ian tidak mengelak mahupun menghalang setiap pukulan daripada Naie.

Stop the car! Stop the caarr!!”Naie masih berdegil. Pukulan demi pukulan masih hinggap di bahu Aakif Farhan.

My dear Naila Aqira, I’m warning you...”Tenang saja suara Ian menghadapi ‘ribut taufan’ Naie. Habis sengal-sengal bahunya.

Don’t dear me Ian. Lepaskan saya!! Saya nak balikk!!!”semakin kuat suara dan pukulan Naie.
“Naila Aqira, I’m damn serious with my words!” Suara Aakif Farhan kuat melawan jeritan Naila Aqira yang telah tersentak rentetan jerkahan Aakif Farhan yang tak dijangkanya. Pukulan, jeritan serta rontaannya serta merta mati.

Aakif Farhan mengeluh perlahan di saat matanya dapat mengesan juraian air mata yang mengalir pada pipi gebu si gadis di sisinya. Sakit hatinya mendengar tangisan sayu si jantung hati sejak keluar daripada kawasan kampus tadi lagi sehingga sekarang. Hancur rasanya hati di saat melihat juraian air mata membasahi pipi putih kemerahan itu.

‘I bersalah pada you, Naie. I terpaksa tipu you, seret you dengan cara macam ni...I tak ada pilihan lain Naie...let say I cakap baik-baik dengan you pun, you belum tentu nak ikut permintaan I...’ Sekali lagi Aakif Farhan menghela nafasnya perlahan.

Wipe away your tears.”Ringkas arahan Aakif Farhan buat Naila Aqira.

Naila Aqira  buat tak endah saja. Wajahnya dipalingkan ke sisi kiri. Tak kuasa dia mahu menuruti kata lelaki yang sebelum ini sering disanjung sebagai kawan baik yang paling memahami dan terbaik dia pernah miliki. Kawan yang dia percaya selama ni...Namun siapa sangka begini jadinya…

‘Kenapa mudah benar aku percayakan dia?’

Wipe away your tears, don’t you hear me?!” berhadapan dengan Naie yang keras kepala, Ian tahu, jika nada lembut tidak memberi kesan, dia tidak punya cara lain selain paksaan. Seperti yang sedang dia lakukan ketika ini. Memaksa Naie mengikutinya dengan rancangan berani matinya ini...

Aakif Farhan tarik helaian tisu muka dari dalam kotak dashboard. Tangannya laju saja mencari pipi Naila Aqira.

“Awak mungkin mampu lap air mata pada pipi saya, tapi awak tak mungkin dapat lap darah daripada luka di hati saya  atas apa yang awak lakukan hari ni, Ian...” helaian tisu di rampas sebelum sempat tangan Ian menyentuh kulit pipi Naila Aqira.

Kata bicara yang keluar daripada bibir si gadis di sisinya membuatkan Aakif Farhan lantas berpaling ke sisi kirinya. Mencari seraut wajah Naila Aqira yang masih sendu.

“Saya ada ibubapa, Aakif Farhan. Saya ada hati dan perasaan, saya bukannya anak patung yang boleh awak perlakukan sesuka hati awak. Awak tak layak memiliki saya tanpa persetujuan wali saya. 

Matlamat tak menghalalkan cara. Saya yakin awak sendiri faham dan tahu hal ini dengan jelas. Apa yang merasuk awak sehingga tergamak mengambil keputusan dangkal macam ni?”Perlahan dan sayu benar nada suara Naie. Sedikitpun dia tidak memandang ke wajah Ashraf saat sedang berbicara. Kecewa benar gayanya.

“Woaaa, Naie. I rasa you dah salah faham ni.”Serius juga nada suara Aakif Farhan.

“Saya cukup faham, dan awak memang salah!”Keras suara Naila Aqira membangkang. Sudah jelas lagi nyata niat dan tindakan Aakif Farhan.

Look, Naie. I love you. So then, I’ll protect you dengan nyawa I. Don’t worry dear, as much as I wanna you be mine...stay by my side forever and ever...be my beloved angel...still I do have the full respect to your parents and of course as much as I do respect you. I belum hilang akal nak ambil jalan singkat nak nikah dekat sempadan sana. Silap haribulan, mak ayah I tak nak mengaku I ni anak diorang,”jawapan selamba Ian mengundang jelingan tajam daripada Naie.

Naie tunjuk muka keliru. Kejap kata nak culik bawa kahwin lari di sempadan, sekarang kata nak respect-lah...protect dengan nyawalah...

“Love? Respect apanya kalau awak tergamak culik saya nak bawa lari ke Golok macam ni?! Protect me dengan nyawa konon?”keliru bercampur marah boleh buat seseorang Naila  Aqira  hilang santun. Kalau tak mengenangkan Ian sedang memandu dengan kelajuan 110 km/h sekarang ni, memang sudah terbang melayang penamparnya ke muka si jejaka.

“You betul percaya I nak culik you bawak nikah kat Golok?”Aakif Farhan kerut dahi memandang si gadis di sisi yang tak sudah dengan jelingan ‘membunuhnya’.

Naila Aqira tidak menjawab, sebaliknya makin tajam jelingannya pada wajah tenang Aakif Farhan.

“Sorry dear, semua ni I troll you je. Takkanlah I gila sangat nak bawa you lari ke Golok. Silap  gaya, mahu parents you parang I,” Ian ketawa suka. Macammana Naie boleh jadi naif begini? Percaya bulat-bulat dia betul nak ke Golok untuk menikah?

“Troll?”Naie kecilkan mata memandang Ian. Ada aura nak keluar asap ikut telinga dah ni.

“Kelakar sangatlah bergurau dengan benda-benda macam ni?!!”Purse panjang yang sedari tadi dipegang, Naie guna sebagai senjata untuk di pukulkan ke bahu Ian.GERAM sangat ni!

“Hey, I tengah drive ni, kan?” Ian cuba mengelak dari menjadi mangsa pukulan, namun ke mana sangatlah dia mampu lari?

“Hey, I tengah marah ni, tau?” Naila Aqira bersuara mengajuk gaya Ian dengan nada sarkastik.

Sorry dear. Janganlah marah...I’ve no choice. Let say I’m asking you in a goodway...belum tentu lagi you akan ada kat sebelah I, on the way to our destination...macam sekarang ni.”Aakif Farhan berterus-terang.

“Ya ALLAH, Ian! I really hate you!!! Saya tak tau nak buat apa dengan awak ni. GERAMMM sangat ni!!!”Naila Aqira masih tak puas hati.

Dear, janganlah benci I, sesak dada I dengar you cakap macam ni...” Ian tayang muka seposen pada Naila Aqira yang sudah berpeluk tubuh.

“Ingat I peduli?” masih bernada sinikal dengan muka bosan.

Sorry my lovely deary...”

Talk to my hand!” Marah betul ni wahai Mr Ian oii!

I love to talk to your soul more,” Ian kenyit mata. Dah sah Naila Aqira kat sebelah bukan main marah lagi, dia boleh berani mati main-main mata ye?

Naila Aqira merengus kasar. Geram sungguh!

“Puas hati awak, berjaya buat saya menangis macam langit nak runtuh? Puas hati awak, berjaya buat saya menjerit marah sampai hampir hilang kawalan?” tak tahulah sudah berapa kali Aakif Farhan menjadi saksi pemerhati kelemahan Naila Aqira yang selama ini sangat teguh mengawal dirinya.

Aakif Farhan hela nafas perlahan. Leleh lagi cik ratu hati dia ni. Satu sisi baru si cik ratu hati yang dia nampak setelah bertahun mengenali hati gadis ini. Naie selalunya bijak mengawal emosi, namun yang kini sedang teresak-esak di sisinya...

...Naila Aqira, si gadis yang berjaya mencuri sekeping hatinya. Masih banyak yang Naila Aqira sorokkan daripadanya.

Sorry...I mean no harm...”Aakif Farhan hulur helaian tisu pada Naila Aqira, tetapi Naila Aqira tidak menyambut malahan terus berpaling membelakangkan Aakif Farhan. Pandangannya di buang ke luar jendela kereta.

“Naie...”Aakif Farhan memanggil, lembut bernada memujuk.

Namun Naila Aqira langsung tidak mengendahkannya. Masih mahu tunjuk rajuk dan mogok.

‘Macam mana nak tangani Naila Aqira versi pandai merajuk ni?’ Aakif Farhan hela nafas lagi.

“Pertama kali tengok muka you dengan air mata menjejeh macam ni, buat I rasa this will be my first and last time buat lame joke yang akan buat you nangis, dear.  Hati I sakit tengok muka comel you jadi sememeh macam ni.”Ian cuba tarik sedikit hujung tee lengan panjang Naila Aqira, tapi baru separuh jalan jarinya cuba menyentuh baju tee Naila Aqira, si gadis sudah terlebih dulu mengetuk tangan nakal Aakif Farhan dengan purse panjangnya.

Hold back yourself kalau tak nak pegang kad OKU kerana sebelah tangan kudung gara-gara ditetak dengan pisau pemotong daging kerbau.”Jawapan Naila Aqira sekali lagi mengundang tawa Ian.

Why pisau pemotong daging kerbau’?”Soal Aakif Farhan. Motifnya?

“Suka hati sayalah,” Naie berpeluk tubuh sambil masih membuang pandang ke luar.

Aakif Farhan senyum segaris.  Ada orang minta dipujuk ke ni?

“Naie...”

Naila Aqira masih buat muka stoned. Saja bekukan segala bentuk gerakkan serta suaranya.

“Nailaaaa Aqiraaaaa,” meleret suara Aakif Farhan bak anak kecil minta gula-gula daripada ibunya.

‘Ingat benda macam ni boleh buat main masak-masak ke? Sengal!’ Naila Aqira berpeluk tubuh membelakangi Aakif Farhan. Nasib je bukan suami, kalau tak naya je jadi isteri derhaka sebab tak endahkan panggilan suami siap boleh membelakangkan suami lagi. Hisy.

“Naila Aqira Binti Abdul Khalid,”Ian mengambil lorong tengah memasuki Lebuhraya Persekutuan.
Aakif Farhan mencuri pandang ke sisinya, cuba mencari riak muka si gadis yang mungkin masih terasa hati dengan ‘gurauan’nya.

Everytime I’m listen close to my heart...it whisper your name. Since the day I’d been born, I met a thousand women, but my heart decided to chooce only you, Nur Naila Aqira.”sebaris ayat indah yang diucap Aakif Farhan langsung tak berjaya ‘menyejuk’ hati Naila Aqira yang sedang menggelegak marah.

Then your heart just give you the wrong choice.”suara Naila Aqira masih bernada sarkastik.

It’s just at the wrong time, but with the perfect choice, I thought.”Aakif Farhan menjawab tenang. Mukanya beriaksi tenang, namun jauh di sudut hatinya, ada rasa sakit menghadapi penerimaan Naie ketika ini.

‘Relex Ian, ini jalan yang kau pilih...apa pun kesudahannya, kau kena tamatkan apa yang kau dah mulakan. Dan, penamatnya....biarlah sehingga jadi seperti apa yang kau kehendakkan.’ Hatinya memujuk sendiri.

Sweet talker doesn’t suit you well, Ian. Weirdo.”Sarkastik lagi suara Naila Aqira.

As long as it comes from you , I take that as a compliment. Thank you so much, dear.” Ian sengaja tarik sengih lebar. Buat- buat tak faham orang kat sebelah tengah sindir baaaaiiiikkkk, punya. Bibir senyum, namun pedihnya hati yang tercalar dek nada sinis itu...biarlah dia simpan sorang-sorang. 

Berbaloi menelan segala kesakitan ini asalkan one fine day, Naie ada sentiasa di sisinya, hingga hujung nyawa dan Insya-Allah hingga Jannah.

Send me home.” Ringkas permintaan bernada arahan daripada Naila Aqira, membuatkan Aakif Farhan tersedar daripada angan-angan indahnya.

Sorry, I can’t.”

Then, just stop the car and leave me here.” Makin tegas nada Naila Aqira.

Naie, its highway, okay. Bahaya.”

“Duduk satu kereta dengan orang yang tak dikenali lagi berganda bahaya.” Sengaja perkataan ‘bahaya’ diakhir ayat itu di tekan. Menyinis lagi.

You kan dengan I, bahaya apanya pulak?” jawab Aakif Farhan, tak faham nada sindiran tersembuyi dalam ayat pernyataan Naie tadi.

“Seorang yang bijaksana akan menjadi sangat disenangi apabila dia membiarkan akalnya mengawal hati dan nafsu. Tetapi seorang yang bijaksana menjadi amat berbahaya apabila akalnya dipandu oleh hati dan nafsu.”Naila Aqira berkata lancar sambil tubuhnya masih  diiringkan menghadap keluar tingkap sambil membelakangkan Aakif Farhan.

Serta merta Aakif Farhan menoleh ke sisi kirinya.  Satu keluhan berat di lepaskan senafas. Naie sedang menghukum dia secara perlahan-lahan. Sedang menyeksa hatinya dengan sinisnya bait bicara yang penuh berkias.

“Apa definisi nafsu pada you, Naie?” Aakif Farhan memandu tenang di lorong kiri. Hanya membiarkan kenderaan lain bertali arus memotong di lorong kanan.

Naila Aqira senyap.

Kebisuan si gadis membuatkan Aakif Farhan menghela nafas lemah.

“Jangan terlalu mudah menghukum, Naie.” Sungguh Aakif Farhan terasa hati dengan kata-kata Naila Aqira tadi.

Suasana di dalam Myvi putih mutiara itu sunyi apabila keduanya diam melayan perasaan sendiri.
Suasana sunyi yang tegang.

‘Keterlaluan ke apa yang aku cakap tadi?’ Naila Aqira mula rasa bersalah atas kelancangan mulutnya berbicara. Mesti cik abang si anak manja nan seorang ni terasa hati.

Why me?” tanpa memandang Ian, Naie bertanya. Maklumlah rasa marah belum habis lagi.

Its not me who choosing you. My heart does.” Mendatar tanpa nada jawapan Aakif Farhan. Nada orang terasa hati, tapi masih nak jadi Mat Romeo dengan ayat-ayat manis.

I’m just an ordinary girl, and you deserve someone just better than me. We doesn’t fit to be together, Ian...”Naila Aqira kini sudah duduk tegak memandang jalan Lebuhraya dihadapan. Masakan enggang dan pipit mampu terbang seiring? Susah sangat Ian ni nak faham dilema seorang Naila Aqira.

I don’t need a perfect girl, I just need a girl who can make myself perfectly happy. And its perfectly better if you are all by my side, forever.”Aakif Farhan masih bernada mendatar. Dalam sayang, hati yang terluka tetap terasa pedihnya.

“Ian, you deserve someone much better than me...”

Nothing much better than having you by my side...as my other half,”kali ini yakin bicara yang disuarakannya.

“Ian...”

Nobody but you.” Tegas.

“Aakif Farhan, jangan tergesa-gesa membuat keputusan, kelak merugikan diri.”Naila Aqira mengeluh lemah. Sukarnya membuatkan Aakif Farhan mempertimbangkan kembali keputusannya.

“Patik sudah berfikir panjang, cik ratu hati...”daripada nada mendatar, bicara Ian menjadi tegas, dan kini sudah berubah ceria kembali.

Bukan selalu dia dapat balik Malaysia, bukan selalu juga dapat keluar berdua dengan naie begini, takkanlah dia nak rosakkan peluang yang mungkin datang sesekali?

Please, looking for the other girl...someone better than me. Saya tak sesuai untuk awak...saya kasar, saya tak reti hargai awak, saya...”

The other girl you asking me to love, will be our daughter.”Jawapan yang keluar daripada ulas bibir Aakif Farhan terus membuatkan Naila Aqira jadi bisu serta merta. Kelu lidah nak menjawab.

Naila Aqira kembali berpaling membelakangkan Aakif Farhan. Ada pula mention pasal anak. Tak pepasal ada yang makan penampar berkembar karang. Orang cakap guna ayat tunggal kut, itupun bukan main payah lagi nak faham! Cis.

“Saya nak balik.”Jawapan balas Naie mengundang keluhan kecil Aakif Farhan.

No, until we meet my family.”ringkas jawapan Aakif Farhan membuatkan Naila Aqira menoleh dengan mata yang membuntang terkejut.

“Lawak apa pula kali ni, Ian?!”Naila Aqira mula hilang sabar melayan karenah Aakif Farhan yang sungguhlah tak boleh diramal bagaikan ombak ribut di Lautan Hindi.

No kidding, my dear. We are heading to meet my family,”

What?!!”

Why?” Aakif Farhan bertanya, tenang benar nada suaranya.

What for?”Soalan Aakif Farhan dibalas dengan soalan juga oleh Naila Aqira. Siap berkerut-kerut dahinya. Sungguhlah Aakif Farhan yang ada di sebelahnya ini sangat sukar diramal. Hampir mustahil untuk di duga hatinya!

“Biasanya, orang akan serahkan penjenayah pada pihak polis, kan?”Aakif Farhan tenang memandu di lorong tengah.

“Ha? Kaitannya?” Sungguh Naila Aqira blurr.

You tak sedar ke diri you tu sebenarnya ialah seorang penjenayah berbahaya?”Aakif Farhan senyum senget.

Just straight to the point, please? Saya tak faham cerita berbelit-belit awak ni.” Naila Aqira menjeling tajam.

You stole my heart since the day we met, and leave me heartless for a long time ago. So I nak hantar you pada pihak ‘polis’, for the crime you did.”Senyuman Aakif Farhan membuatkan Naila Aqira terkelu terus. Bukan kerana ketampanan si jejaka yang kian terserlah dek senyuman itu, tetapi ‘cerita’ itu tadi.

“Err..”hanya itu yang keluar daripada ulas bibir Naila Aqira.

I’m sweet, isn’t? Try me, I’m sweeter when I’m becoming husband and daddy,”

“Ian...”Sayu mendayu-dayu suara Naila Aqira memujuk Aakif Farhan agar membatalkan rancangannya. Gila ke tetiba nak seret aku jumpa mak ayah dia? Sengal betul awak ni, Ian!

Yes dear, anything?” Dengan senyuman penuh mesra Aakif Farhan beriaksi. Buat-buat tak faham dengan suara hati Naila Aqira kesayangannya.

This is totally insane Ian!”

“Yeah..you can call me anything, but still I want you to be mine.”

“Ini bukan jalan penyelesaiannya, Ian!” naik seoktaf suara Naie. Risau semula sebaik mendengarkan perancangan Aakif Farhan.

“Ye betul. Ini bukan jalan penyelesaiannya, tapi dear...ini baru permulaannya.”Ian akhirnya tersenyum sebelum mengambil  lorong tengah untuk memasuki ibu kota Kuala Lumpur.

Naila Aqira mengeluh perlahan. Bagaimana caranya untuk melepaskan diri daripada rancangan berani mati Ian ni?!

“Ian...kita bincang ye? Janganlah buat saya macam ni...awak tak kesiankan saya ke? Kenapa mesti awak buat perkara yang boleh hancurkan hidup saya...?”makin laju mutiara jatuh bercucuran ke pipi Naie. Dalam tengah nangis teresak-esak pun sempat juga otak susun agenda guna reverse psychology pada Aakif Farhan.

“Letih I menunggu kata putus you selama ni, Naie. You ni selfish, tak pernah ambil peduli pun perasaan I. I buang ego I jauh-jauh semata-mata nak ucap ‘I Love You’ pada you, tapi you selalu mengelak dengan bermacam alasan. Cinta I dah macam sampah, langsung tak beri apa-apa makna pada you kan? You tak tahu macammana sakitnya bila ucapan cinta kita dipandang sambil lewa oleh orang yang kita sayang sepenuh jiwa. Lebih lagi, bila perkataan cinta itu adalah yang pertama, dan yang pertama itu pula adalah milik you...”Ada getaran dalam nada suara Aakif Farhan yang masih tekun memandu. 

Pandangannya tetap terhala ke hadapan, sedikitpun tidak mencuri pandang ke sisi.

Suasana di dalam Myvi putih mutiara itu kembali sepi dan syahdu. Masing-masing diam melayani perasan sendiri.

Naila Aqira mula diburu rasa serba salah.

‘Aakif Farhan, daripada begitu ramai perempuan yang mahu mendampingi awak...kenapa perlu awak memilih saya yang tak punya apa-apa kelebihan ini?’

“Saya sayang awak sebagai seorang sahabat baik, tak lebih dan tak kurang. Awak tahukan, saya ada komitmen pada keluarga...pada adik-adik. Saya tak boleh main-main pada tahap saya sekarang. Fokus hidup saya sekarang ialah  dean list for graduation, dedikasi ketika di alam kerjaya nanti, and my family are my first priority. This mushy-mushy lovey-dovey thingy was not on my to-do-list since the first day we becoming friend. I’ve told you all of these before, remember?”Naila Aqira berkata lancar. Tiada nada marah, sebaliknya lembut berharap agar hati seorang Aakif Farhan akan mengerti dan berhenti daripada meneruskan rancangannya ini.

Great. Your family will be your first priority, right? And I’ll be one of them, soon. So, should be no problem, kan dear? Oh tak sabarnya, becoming one your ‘first priority’ itu...” Aakif Farhan senyum segaris sebaik menyedari jelingan ‘membunuh’ Naila Aqira.

“Cakap dengan budak tadika lagi senang, daripada budak Engineering University of Queensland macam awak ni.” Susahnya nak buat lelaki bernama Mohd Aakif Farhan ini mengerti.

Aakif Farhan senyum segaris. Naie, I takkan mengalah selagi hati you tidak melagukan irama yang sama dengan hati I...

***
Aakif Farhan membelokkan kereta memasuki kawasan parkir  Taman Tasik Permaisuri.

“Mana ni?” Ringan pula mulut Naila Aqira bertanya, padahal sudah bukan main besar lagi sign board Welcome to Taman Tasik Permaisuri di depan sana.

“Cantik kan? I suka lepak sini, and yeah public spot,  di siang hari. So, no worry.” Aakif Farhan berkata tanpa nada. Central lock kereta dibuka. Seat belt pun di tanggalkan.

Come,”Aakif Farhan berkata sepatah sebelum berlalu membuka boot kereta. Seketika kemudian, beg plastik berisi barang-barang yang dibelinya dari kedai serbaneka di kafeteria uni Naila Aqira turut di jinjing keluar.

Dear, please?” Aakif Farhan senyum manis. Belum sempat Naila Aqira berkira-kira untuk keluar atau tidak, pintu di sebelahnya sudah terbuka dari luar.

“Nak buat apa kat sini?” Soal Naila Aqira sedikit terpinga-pinga. Kawasan sekitar diperhatikan dengan teliti.

Kerisauan yang bermaharajalela tadi beransur kurang sebaik menyedari kehadiran ramai umat manusia  di sekitar mereka. Keluarga yang keluar melakukan rekreasi di hujung minggu.

‘Agak-agak kalau lari selamatkan diri ni...boleh tidak ye?”

“Jom, bawah pokok sana tu,” Tanpa menunggu maklum balasnya, Aakif Farhan sudah menonong ke hadapan.

 “Kata nak jumpa family awak, tapi...” kenapa kita ada kat sini pula?

Bulat mata Naila Aqira bila Aakif Farhan buat selamba badak dia saja, seakan tidak mahu mengendahkan soalannya.

Aakif Farhan tayang wajah bersahaja. Sehelai kain alas dengan corak bungaan halus berwarna oren dan hijau muda yang amat comel dan catchy di hampar pada rumput yang kemas dipotong pendek.

 “Dia yang bukan main meleleh air mata lagi sampai ‘banjir kilat’ satu kereta tak sudi jumpa family kita, then bila bawa ke sini dia nak merungut pada kita pula...” Ian selamba menghampar sila, sambil menjeling mesra Naila Aqira yang masih tegak berdiri memerhatinya.

“Ian, awak ni makin pelik...awak sedar tak?” makin panjang muncung Naila Aqira. Buat musnah mood hujung minggu dia sajalah Ian ni! Mula-mula culik nak lari ke Golok kononnya, lepas tu nak bawa jumpa family dialah, but end up dengan picnic tengah taman rekreasi ni pula?

“Pelik tapi comel, kan?” Ian sengih tayang lesung pipit di pipi kanannya. Galaxy Note dikeluarkan daripada saku jeans. Jarinya menari pada skrin pipih itu.

“Comot adalah,”gumam Naila Aqira perlahan.

“Apa?”Aakif Farhan kecilkan matanya memandang Naila Aqira.

“Comot.” Naila Aqira buat rolled eyes. Pura-pura tak dengar pulak mamat ni...

“Eleh, sedap kata kita comot. Dia tu keluar masuk tengah bandar pakai kardigan, tee, berselipar cap gajah dengan track suit macam ni, tak comotlah?” Aakif Farhan sengaja cari fasal.

“Saya keluar nak pergi cafe je kut, awak yang pandai-pandai culik saya sampai sini!” Naila Aqira dah duduk tegak sambil bercekak pinggang.

“Uii, mana pula I culik you. Ada I ikat you? Ada I seal mulut comel you yang sejak tadi tak sudah-sudah membebel tu? Ada?” Laju Aakif Farhan bertanya sambil tangannya lincah mengeluarkan kotak Peel Fresh dari plastik.

“Awak macam dah prepare je?” Soalan Naila Aqira di jawab dengan senyuman oleh Aakif Farhan.
Come, duduklah.” Ini namanya teknik mengelak daripada sesi soal jawab yang tidak berkesudahanye puan-puan sekalian.

“Tak mau duduk. Saya nak balik uni.”Naila Aqira pandang kiri kanan. Nak balik macammana ni? Nak naik teksi? Mahu menangis dia nak bayar tambang nanti...

“Naie...”

“Jom, breakfast dulu? Tak ada tenaga nak berdebat dengan you. Kita makan dulu ye, lepas tu sambung debat kita semula boleh? Come, your favourite flavour, apple and aloe vera..” Kotak Peel Fresh saiz kecil di hulur pada Naila Aqira yang masih tak sudah berdiri sambil bercekak pinggang bersebelahan ‘tapak’ piknik Aakif Farhan.

Ish! Kecik-besar-kecik-besar je dia pandang Ian ni!

Tapi...perut memang dah lapar ni...lagi-lagi melihatkan kotak Peel Fresh yang disuakan Aakif Farhan.  Isy, sengaja nak goda selera kan? Teguk liur dia dibuatnya!

Lambat-lambat dia labuhkan duduk di bucu hujung kain alas yang dihamparkan Aakif Farhan. Jauh habis dengan Ian yang kebetulan duduk di hujung sana bucu.

“Nah, I sengaja beli jem strawberry sebab you kan alergi dengan kekacang  and chocs. But, sudu tak ada ni...kita celup sikit-sikitlah dalam balang dia tu ye?” Aakif Farhan susun pek roti wheat germ dengan balang jem strawberry di depan mereka.

Naila Aqira terdiam memandang wajah Aakif Farhan yang masih sibuk membuka balang kaca berisi jem untuk roti yang dikatakannya tadi. Sungguh hatinya berbekas rasa terharu di atas keprihatinan lelaki itu.

“Tapi awakkan suka peanut butter dengan chocs tu?”Soal Naila Aqira sambil menyambut huluran straw daripada Aakif Farhan.

“I lagi suka you,” Segaris senyuman Aakif Farhan bersama jawapan spontan itu membuatkan air yang di sedutnya hampir tersembur keluar.

“Ahhh. One of my wonderful moment ever,” Aakif Farhan meneguk susu HL low fat yang dibelinya tadi sebelum selamba merebahkan badannya di tengah-tengah ruang.

Naila Aqira sedikit tersentak dengan tindakan mendadak Aakif Farhan yang sedang berbaring di sebelahnya, hanya memerhati wajah si jejaka yang tersenyum memandang ke langit. Atau mungkin dahan-dahan pokok yang setia memayungi mereka daripada terik mentari pagi.

“See, kita comot yang comel, kan?” Aakif Farhan suakan skrin Galaxy Note-nya pada Naila Aqira.
Melopong tak percaya Naila Aqira apabila melihatkan paparan pada skrin pipih itu.

“Bila awak..” capture gambar tu dan..

“Trend sekarang kan, update gambar dekat Instagram?” Aakif Farhan buat muka tak bersalah sahaja sambil tak sudah menatap skrin Galaxy Note-nya.

Gambar dia yang sedang duduk di hujung bucu ini sambil memandang Ian, juga Ian yang sedang berbaring santai sambil tersenyum lebar memandang ke arah kamera, dah selamat di update ke dalam akaun Instagram dengan capture:

AakifFarhan_NailaAqira
#PicnicFamilyLoveKamiComot YangComel.

Ya, comot, comel and yeah...sweet lagi kalau ada budak kecik kat ruang diantara kami...

‘Eh! Apa aku merepek ni?!’ Naila Aqira rasa nak hantuk kepala sendiri pada batang pokok besar yang setia memayungi mereka.

Air di dalam kotak di tangannya di sedut perlahan.

Nafas dihela perlahan. Tanpa sedar Naila Aqira tersenyum segaris sambil menggeleng perlahan.

Aakif Farhan yang selalu bikin hatinya bercelaru dengan pelbagai rasa.
Aakif Farhan yang suka bertindak ikut suka hati dia.
Aakif Farhan yang suka bergurau tak kena gaya.
Aakif Farhan yang tak mudah mengaku kalah.
Aakif Farhan yang prihatin dan bersifat melindungi.
Aakif Farhan yang memilih untuk mencintai aku.
Aakif Farhan yang mampu buat hati aku jadi goyah...
Aakif Farhan yang kini sedang tersenyum pada aku...
Layakkah aku berada di sisinya, seperti yang dikehendakinya...
Apakah benar kebahagiaan aku ada bersama lelaki ini...
Adakah takdirku bertemu jodoh dengannya...

“Hei, menung apa tu?” Suara Aakif Farhan yang kedengaran dekat di sisinya membuatkan lamunan Naila Aqira lenyap.

Segera dia menggeleng kepala.

“Berangan apa ye sampai senyum bukan main lebar lagi? Tak mau share dengan I ke? Kut ada kena mengena dengan I kan?”Aakif Farhan saja menduga.

“Cantik tempat ni,” Taktik alih topik Naila Aqira.

“You lagi cantik kut,” Aakif Farhan senyum manis.

“Makin manis mulut awak berkata-kata ye?” Naila Aqira menjeling tajam pada Aakif Farhan yang santai berbaring sambil menongkat kepala dengan sebelah tangannya.

“Manis lagi senyuman you...”Jawapan Aakif Farhan buat Naila Aqira ketap bibir menahan geram.
“Bila masa saya senyum?” serius rasa nak marah tengok senyuman Aakif Farhan.

“Dalam mimpi I, subuh tadi...” spontan saja Aakif Farhan menjawab sebelum...

“What?!” Terkejut Naila Aqira dengan jawapan Aakif Farhan.

“...oppss...” macam mana boleh terungkit cerita mimpi pelik kat surau airport awal  subuh tadi ni?!
Aakif Farhan garu kepala sendiri sambil sudah duduk bersila menguis kain alas duduk mereka.
“Kenapa susu ni tawar semacam je ye?” Aakif Farhan mengomel sendirian.

“Susu tu kan, low fat...macam tak biasa pulak. Tiba-tiba hari ni kata tawar kenapa?” Naila Aqira cerunkan mata memandang Aakif Farhan yang kembali menggaru kepala.

“Pemanasan global dah makin meruncing sekarang ni kan? Patutnya kita sokong kempen go green semua tu...”Aakif Farhan mula merepek dengan topik lain.

“Aha. Saham hartanah dah makin melonjak naik sejak kebelakangan ni. Paras takungan air kat empangan utama seluruh negara berada dalam paras bahaya, jadi kita kena jimat cermat gunakan air...”Naila Aqira layankan saja karenah Aakif Farhan. Saja dia pilih topik yang tak ada kena mengena langsung dengan isu yang dibangkitkan Ian tadi.

It takes about 7 strawberries to equal the amount of vitamin C in one orange about 3 inches in diameter,” Aakif Farhan senyum pandang Naila Aqira.

A cat’s ear has a total of thirty two muscles,”Naila Aqira balas senyuman Aakif Farhan dengan fakta mengenai haiwan kegemarannya itu.

Snails can sleep for up to 3 years.”Teringat Gary si ‘siput’ peliharaan Spongebob Squarepant dalam siri Nickeledon, Aakif Farhan hampir nak terlepas tawa.

Naila Aqira tarik nafas dalam. Senyuman sinisnya diberikan pada Aakif Farhan yang sedang baring mengiring sambil menongkat kepala memandangnya.

Atychiphobia…”Naila Aqira senyum meleret apabila berjaya menyebut perkataan itu.

‘…fear of failure…’ Aakif Farhan menterjemah dalam hati. Dia masih ingat jenis phobia ini, dia sendiri yang bercerita pada Naie suatu masa dahulu.

Senyumannya makin lebar menatap wajah Naila Aqira yang penuh azam tak mahu mengaku kalah dengannya. All right dear. Nak main ‘phobia’ sangat ye?

“Gamophobia,” – fear of marriage, commitment.

Naila Aqira mati senyum. Matanya tunak memandang Aakif Farhan yang sedang main kening sambil berbalas pandangan dengannya.

What’s that?”kecil mata Naila Aqira melawan pandang dengan Aakif Farhan.

“Tak tau?” Aakif Farhan menyoal ringkas.

Naila Aqira laju menggeleng. First time dengar.

“Balik nanti google. I tak suka ‘spoon feed’ you…and yeah. Stop all the nonsense.” Aakif Farhan tertawa kecil sebaik menyedari wajah serius Naila Aqira yang garang bukan main memandangnya. Mula-mula, topik hartanah, campur dengan isu penjimatan air pula? Tak cukup dengan itu, habis mereka keluarkan hujah berdasarkan fakta-fakta menarik dunia. Yang paling penting, Naila tak mengaku kalah sampaikan sanggup keluarkan adik beradik ‘phobia’ semua tu. Haila, Naie!

“Awak yang mulakan,”Naila Aqira angkat bahu.

But, you make it worse.” Ian jungkit kening.

“Tak mau kasi tau saya?” Naila Aqira mencuba nasib.

No, carik sendiri. Makin pemalas ye bakal cikgu ni sekarang?”

“Ian....” Tak tenang fikiran sebab ada benda yang tak jelas ni.

No.”

“Alaaaaa...please, kasi hint ke?”

“No.”

“Iannn....”

Marry me, first.”

“Okey, saya google sendiri nanti.” Naila Aqira tayang muka cemberut.

Spontan Aakif Farhan terhambur tawa. Dah dapat diduga pilihan Naie.

 “Ian...macammana awak boleh tetiba balik ni?”

“Kenapa tanya?”Naila Aqira menghela nafasnya perlahan. Tak suka dengan situasi kini. Soalannya dibalas dengan soalan oleh Ian.

“Sebab dah tak ada kerja sangat dah?”Naila Aqira pandang Aakif Farhan yang kembali santai berbaring sambil kedua belah tangannya dibelakang kepala, menjadi alas kepalanya.

“Sebab rindukan you.” Perlahan suara Aakif Farhan menjawab. Angin berpuput lembut membuatkan jiwa terasa tenang dan lapang. Aakif Farhan pejam rapat matanya, sambil bibir spontan mengukir senyum. Cuba menghayati suasana yang aman, udara yang nyaman, hati yang diulit bahagia...

Namun berbeza dengan Naila Aqira. Jantungnya tiba-tiba berdegup laju. Angin yang bertiup lembut membawa bersama haruman dari tubuh Aakif Farhan ke rongga hidungnya.

Bauan yang sama di dalam mimpi anehnya!

Ya mimpi.
Mimpi dia.
Mimpi yang Ian sebutkan tadi juga...
Pandangan Naila Aqira jatuh pada wajah Aakif Farhan.

“Sedap sangat ke Peel Fresh favourite you tu?”soalan secara tiba-tiba daripada Aakif Farhan membuatkan Naila Aqira terpinga-pinga 2 saat. Tertangkap merenung si empunya diri sampai terkesima. Haiyo.

“Sedaplah.”sepatah saja Naila Aqira menjawab.

“Tak nak kasi I rasa sikit?” soal Aakif Farhan dengan muka serius.

Segera Naila Aqira mengangkat muka memandang si jejaka yang masih santai berbaring. Gila apa nak main rasa-rasa orang punya air?

Sharing is loving you know?” Aakif Farhan kenyit sebelah mata pada Naila Aqira yang dah berkerut dahi.

“Tak kelakar, okey?” Malas nak layan. Muka dah kembali cemberut. Aakif Farhan memang cari fasal!
“Ahaha. Favourite you, I kena biasakan diri supaya nanti senang nak adapt.”Tenang jawapan Aakif Farhan, namun Naila Aqira yang mendengar terasa sesak nafas.

“Favourite saya, apa kena mengena dengan awak?”Saja nak testing hati Aakif Farhan.

“Eh, mestilah ada kena mengena dengan I. You kan dah setuju nak jadi ibu kepada anak-anak I?”Aakif Farhan tarik senyum manis sambil matanya tak lepas daripada wajah Naila Aqira.

“Bila masa saya setuju?” Naila Aqira elak pandangan mata Aakif Farhan. Dia cukup risau andai rahsia yang disembunyikan jauh di dasar hatinya dapat diselami oleh renungan mata Aakif Farhan.

Soon.”Sepatah saja jawapan daripada Aakif Farhan. Ringkas dan yakin nadanya.

“Konfiden je?” Naila Aqira tunduk membelek pek bungkusan jus yang berbaki separuh. Hari ini, setiap kata yang dituturkan Aakif Farhan bagai menyentuh dasar hatinya.

Everything about you, memang I confiden, sebab I study hard untuk remember every single things. Everything about you, clearly stated in here...” Aakif Farhan senyum sambil jari telunjuk kanan mengisyaratkan dada kirinya.

Redup pandangan mata Aakif Farhan membuatkan hati Naila Aqira yang menggelegak panas sejak dari dalam kereta tadi beransur suam.

“Ian...janganlah macam ni, awak buat saya serba salah...”lirih suara Naila Aqira menatap redupnya pandangan mata Aakif Farhan yang terpancar sinar harapan yang menggunung tinggi.

“Na’ie...I tak berniat nak buat you serba salah atau tak selesa but I can’t help it. You terlalu penting untuk I. Demi Allah, I benar-benar ikhlas sayangkan you. Bukan kerana nafsu semata, tapi kerana you adalah jawapan kepada istikharah I. ”

“Ian, awak...”

“Amboi, amboi, amboiiii....”Suara yang menegur membuatkan Naila Aqira membatalkan niatnya untuk menyoal siasat Aakif Farhan. Figura insan di hadapan mereka ini membuatkan hati Naila Aqira jadi gelisah.

Aakif Farhan juga dilihatnya bingkas bangkit daripada pembaringan.

“Cis, kacau daunlah kau ni,” Aakif Farhan mengengsot sedikit ke tepi, bagai memberi ruang kepada lelaki muda lebih kurang sebaya  mereka itu.

 “Eh, untung aku dah kasi chance 15 minit kau orang berdua-duan. Anak dara dengan anak teruna, tak baik ditinggalkan berdua-duaan, karang ada syaitan yang menghasut ke arah yang tak baik,”tanpa di jemput si jejaka sudah mengambil tempat di sebelah Aakif Farhan.

“Yelah...” Aakif Farhan ketawa sambil membuat rolled eyes apabila tawanya disambung oleh si jejaka tadi.

By the way, tak mau kenalkan ke calon ibu kepada bakal anak sedara aku ni?” Si jejaka  angkat keningnya gaya mengusik Aakif Farhan.

Makin meriah ketawa Aakif Farhan. Wajah Naila Aqira yang masih menunduk dengan kening berkerut di kerling sesaat.

“Hoi, jaga sikit penggunaan perkataan serta olahan ayat kau tu ye,” spontan bahu si jejaka ditampar.

 “Eh, doa aku untuk kau ni,” Aryan Raiqal spontan tertawa.

Please, meet my Naila Aqira.”Aakif Farhan senyum lebar.

“Naie, meet my naughty cousin  yang poyo, Syed Aryan Raiqal, anak sulong Mak su saya.”Aakif Farhan kenalkan pula Naie pada si jejaka yang muncul tiba-tiba tadi.

“Hi,”Aryan Raiqal angkat tangan menyapa sambil tersenyum mesra.

“Hi,”Naie membalas sepatah, namun diserta segaris senyuman.

“Ian kata you belajar dekat bangi,” Aryan Raiqal ramah bertanya. 

Naie sekadar mengangguk ringkas.

“Oh, even you tak tanya, still I nak beritahu, I study dekat UPM, course modern language. So kira agak dekatlah kan? Nanti free boleh hang out sama ye dak?” Aryan Raiqal semakin ramah. Sekilas wajah kelat Aakif Farhan di kerling dengan ekor mata. Tawa yang hampir terburai sedaya upaya ditahan.
Naila Aqira senyum nak tak nak. Wajahnya ditolehkan ke sisi, mencari Aakif Farhan yang kini berwajah mendung.

“Kau...”

Kidding, lah bro. Takut sangat,” Selamba Aryan Raiqal tampar bahu Aakif Farhan sehingga membuatkan tubuh Aakif Farhan terdorong ke arah Naila Aqira.

“Ouchh..”Terjerit kecil Naila Aqira dibuatnya. Bukannya sakit sangat, tapi dek kerana terkejut dek kerana sentuhan yang telah berlaku antara dia dan Aakif Farhan, untuk pertama kalinya sejak awal perkenalan mereka.

“Woi, apa main kasar ni?”Aakif Farhan tolak bahu Aryan Raiqal yang tengah tayang muka tak bersalah selepas apa yang terjadi.

“Sorry, tak sangka tamparan manja aku tu buat kau terpeluk dia,”Aryan Raiqal tahan senyum melihat sepupunya menggelabah dengan muka merah padam.

“Eh, mana ada terpeluk. Hampir je ye, kau punya ayat tok sah nak melampau sangat ye.” Aakif Farhan raup anak rambutnya ke belakang. Muka yang berbahang hangat dibawa menghadap ke arah tasik yang tenang airnya.

“Err...Naie, you okey? Sorry...I...” Aakif Farhan toleh juga ke arah Naila Aqira yang kini sudah mengalih posisinya. Makin menjauh nun di hujung bucu sana kain alas duduk mereka.
Perlahan Naila Aqira menggeleng beberapa kali.

“Belum ada lesen untuk menghalalkan yang haram lagi, Ian. Bawa-bawa beringat sikit,” sinis kata nasihat itu di sertai oleh senyuman segaris di bibir si jejaka.

“Itulah, aku dah kasi hint nak upgrade ‘lesen’ tu, tapi orang di sana masih diam membisu.”jawapan Aakif Farhan seakan ‘mencekik’ Naila Aqira.

Naila Aqira tunduk membelek kotak Peel Fresh di atas ribaan.

“Kau tak tunjuk kat dia betapa kau serius dengan hint kau tu kot?” Aryan Raiqal senyum penuh makna tersirat yang berselirat.

“Mungkin,”Sepatah Aakif Farhan menjawab.

So, nak buat dia tahu betapa kau serius, jomlah gerak sekarang. Sampai bila nak picnic kat sini? Matahari dah mula tinggi ni, panas!” Berkerut dahi Aryan Raiqal sebaik dia mendongak ke arah langit.

“Okey, jom.” Aakif Farhan teguk habiskan susu kotaknya.

“Jom? Ke mana?” Naila Aqira yang hanya diam membisu sejak tadi bersuara khuatir.

Aryan Raiqal dan Aakif Farhan saling berpandangan sambil bertukar senyuman penuh rahsia.

“Ikut dulu, nanti you tahulah,” Aryan Raiqal bersuara, mahu berteka teki dengan Naila Aqira.

“Nanti sampai sana, kita sambung makan lagi ye,” Aakif Farhan mula berkemas-kemas.

“Ian...”Sungguhlah Naila Aqira rasa geram apabila ditinggalkan tertanya-tanya begini. Dua-dua lelaki ni...memang sengaja nak duga sabarnya. Sakit hati!



*******
Hi , Assalamulaikum:) Sorry lambat...and yeah...hopefully progress KC PJJ ni berjalan lancar. Tak sabar nak tamatkan scenes and plots 'cinta monyet' Ian dan Naie ni. hey, bukan senang nak buat keputusan utk berkahwin ye-itu kata Naie.

Apapun, kepada kawan2 semua..this upcoming June ada kejutan besar yang menanti. Jeng Jeng Jeng... sila sabar menantikannya...Hehe:)






4 comments:

Akmaliah Azmi said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam..
lme betul menunggu naie dan ian..
hopefully dapat end di blog..
n tQ 4 sharing ur story..
moge terus sukses!!

arifuka kashirin said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

So sweet this couple. Suka Dan best. :D

AuliaDanisya Zarief said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates
This comment has been removed by the author.
AuliaDanisya Zarief said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Salam..oh my goodness..so wonderful..Rase nak je bertepek jadi si Na'ie..ehehe..perasan..but sis and your mr.co- writer..wonderful story.. plis update faster...mana si Ian nak bawak Na'ie ni.. blessing gler bce part diorang dapat mimpi sama2..