My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

12 July 2014

KC PJJ CHAPTER 13 - Mungkinkah?



KC PJJ CHAPTER 13

“Aqira?”

Spontan aku menoleh ke sisi. Cawan porselin berisi rose tea aku letakkan kembali di atas piring alasnya. Sungguhlah walaupun mahal, tetapi rasa serba tak kena pada tekak aku. Rasa macam mengunyah kelopak rose. Haila Naie, minum jelah...jangan banyak alasan.

“Saya, auntie?” Senyuman aku ukir segaris di bibir. Jantung dah mula dup dap dup dap.

“Anak auntie ada dua orang itu saja.”

Aku masih tekun menanti sambungan bicara si ibu.

“Yang abang memang beberapa kali pernah bercinta, namun tak ada satupun yang dibawa ke mari untuk diperkenalkan pada kami. Maksud auntie, diperkenalkan dalam konteks –mak-this-is-my beloved-one. I-wanna-marry-her-may-I ?, serius auntie speechless.”

Aku renung wajah putih bersih itu. Apa maksud auntie?

Serta merta wajah aku terasa bahang. Mesti mak ayah Ian ingat aku terkejar-kejarkan anak teruna mereka. Aku hela nafas perlahan. Mohd Aakif Farhan ni, memang sengaja cari pasal dengan aku!
Malunya aku hanya Allah yang tahu. Dengan attire macam ni (berbaju tee, kardigan, seluar track suit, tudung ringkas)....alahai....comot sangat! Mana-mana ibu pun fikir banyak kali nak terima calon menantu kalau dah gaya macam ni.

“Si adik pula, sebelum ni tak pernah serius dengan mana-mana perempuan. Apa yang dia pentingkan hanya masa depan dan cita-cita dia. Jadi, bila dia tiba-tiba balik sini secara drastik macam ni, and out all of the blue perkenalkan kamu pada kami...”

Aku tunduk apabila sepasang mata redup itu merenung tepat ke wajahku.

“Maaf auntie, saya sebenarnya...”

“Dia nyawa kedua Aakif Farhan, mak.” Entah dari mana pula datangnya mamat ni. Ish! Aku makin geram bila dia suka-suki je cakap macam tu dengan mak dia. Lelaki bernama Aakif Farhan ni memang asyik cari pasal je dengan aku hari ni.

“Tolonglah adik, mak. Adik bukan jenis yang suka berfoya-foya dengan perempuan...adik yakin mak lebih faham adik...tapi adik betul tak mampu hidup tanpa dia mak...”Aakif Farhan sudah duduk melutut di sebelah emaknya. Kedua belah tangan emaknya digenggam erat.

Aku gosok pelipis kepalaku perlahan. Aduilahhh. Ian memang tak reti serik. Baru setengah jam tadi telinga dia kena piat dek mak dia gara-gara suka hati dia pergi redah balik dari uni dia macam uni dia tu belakang rumah mereka ni saja. Sudahlah itu, jejak je Malaysia...bukannya nak bagitahu mak ayah dulu, ada pula dia pergi redah ke serdang sana cari si sepupu mithali Aryan Raiqal, minta hantar balik ke Bangsar.

“Amboi ayat....awak tu belajar pun belum habis....ada hati nak meminang anak dara orang. awak tak malu ke nak berdepan dengan mak bapak dia dengan keadaan awak yang masih terkontang kanting nak cari haluan hidup? Ekonomi pun masih tak kukuh. Beritahu mak, macammana adik nak sara anak orang dengan status adik yang masih belajar?”

Aku hanya diam memerhati. Takut nak masuk campur. Tapi kesian pula melihat wajah kelat sayu si Aakif Farhan.

“Mak....”suara anak manja.

“Adik sanggup buat partime,”Aakif Farhan muncul dengan idea bijaksana.

“Rasanya baru dua hari lepas mengadu dengan ayah tak cukup kaki nak berkejar ke sana ke mari. Kejar kelas, dateline assignment, discussion untuk thesis, task off campus, society lagi...ni ada hati pula nak buat kerja partime? Hem, macam tak percaya je...” Puan Haniza senyum memandang wajah si anak terunanya.

Aku tahan senyum melihatkan gelagat dua beranak ini. Tapi aku setuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Puan Haniza.

“Adik, listen. Bukan mak saja-saja nak bantah. Adik dengan Aqira sama-sama masih muda. Baru 19 tahun. Belum puas tengok dunia, belum puas hidup bujang lagi. Adik ni betul dah bincang habis ke dengan Aqira, sebab mak tengok Aqira steady je, adik yang macam cacing kepanasan ni kenapa?”sekali lagi ayat Puan Haniza sedikit mencuit hatiku. Isy, dalam garang...mak Aakif Farhan ni, boleh tahan juga loyar buruknya. Itu yang menurun sikit kat si Ian ni. Hehe.

“Mak...please...adik,”

Aku kerling Ian yang sedaya upaya nak yakinkan Puan Haniza.

“Kita KIV dulu subject perbincangan ni. Jom, ikut mak pergi pasar. Mak dah call ayah, lunch hari ni dia balik makan kat rumah.” Sejurus itu, Puan Haniza terus berlalu meninggalkan aku dan Ian dia ruang tamu.

“You tak nak back-up I pun kan?” Aakif Farhan tayang muka cemberut pada aku.

“Back-up apa? Siapa suruh awak suka hati heret saya ke sini, tak kasi tau awal-awal? Rahsia sangat konon,” Aku tak mahu mengalah.

“Jom, Aqira.” Puan Haniza yang muncul tiba-tiba sudah memaut lengan aku untuk jalan beriringan dengannya.

“Ha? Err, okay.” Terpinga-pinga aku dua saat. Aku pun kena ikut sama ke?

“Adik, cepatlah...” Puan Haniza menggesa Aakif Farhan yang sedang buat muka toyanya sambil tekun memandang skrin Note 2 dia.

“Tengoklah tu, macam ni ke gaya nak jadi suami orang? Bila ajak pergi pasar, mulalah dia tayang muka lemau dia tu. Habis takkan nak biarkan isteri pergi pasar sendiri? Angkat barang berat tu semua? Dalam perkahwinan ni, suami isteri kena saling tolong menolong. Give and take. Mana boleh isteri pergi cari barang nak masak, penat bersesak dengan orang ramai, sampai rumah nak masak lagi...si suami kat rumah sibuk main game.”

Aku senyum saja mendengarkan leteran penuh kasih sayang Puan Haniza.

Aakif Farhan capai kunci Honda City yang dihulurkan oleh Puan Haniza. Sambil itu, sempat pula dia nak jelir lidah pada aku.

Hisy, childish sungguh perangai si 'adik' yang seorang ni. Patutpun mak dia ragu-ragu.

Aakif Farhan buka pintu co-driver Honda City biru itu sambil tersenyum pada Puan Haniza.

"Aqira ada berapa orang adik beradik?" Puan Haniza paut lengan aku untuk ikut serta duduk di tempat duduk penumpang di bahagian belakang, tanpa menghiraukan Aakif Farhan yang sedang berdiri tegak di bahagian co driver.

"Mak?"

"Mak nak sembang dengan Aqira, duduk sekali kan lebih selesa...tak boleh ke?"Puan Haniza jungkit kening.

"Err..."Aakif Farhan garu kepala yang tak gatal. Janganlah mak soal siasat Aqira lebih-lebih.
Aku pula tayang muka tak ada perasaan. Padahal dalam hati bukan main gelisah lagi. Serba tak kena je rasanya apabila sejak dari dalam rumah tadi lengan aku di paut mesra oleh si emak kepada Aakif Farhan ni. Hailaa.....

*****

Memang tengah peak hour. Section yang satu ini memang menjadi pilihan utama. Aku ikutkan sahaja langkah kaki Puan Haniza.

“Aqira, meh tolong pilih ketam ni. Susah nak dapat ni. Mak rasa nak masak creamy butter crab la. Orang kat sana tu dah lama mengidam nak makan...tapi tak dapat sebab susah nak cari ketam fresh kat tengah bandar ni...”Puan Haniza kerling anak bujangnya yang tengah khusyuk cucuk-cucuk mata ikan kerapu disebelah.

“Ketam, dengan udang ni, memang favaurite seafood dia,” Puan Haniza sempat berkongsi rahsia sambil tangannya sibuk memilih ketam.

“Oh..” aku menjawab ringkas sambil turut serta membantu menyibukkan diri memilih ketam. Sesekali ekor mata aku singgah mencari kelibat Aakif Farhan di sebelah sana.

Isy, isy. Tak habis lagi membelek si kerapu badan berbintik tu rupanya.

“Mak...kerapu ni merayu-rayu minta kita beli dia lah...” Entah bila Aakif Farhan sudah berdiri di sebelah Puan Haniza.

“Ha, elok sangatlah tu.” Puan Haniza angkat seekor ketam yang masih bergerak itu dan di suakan ke arah anaknya.

“Ada gak yang kena kepit dengan ketam ni karang,” Puan Haniza buat muka serius, sedangkan Aakif Farhan sudah tertawa kecil.

“Mak...kerapu sweet sour pun sedap kan?”Aakif Farhan kelip-kelipkan mata dia pada Puan Haniza.

“Mulalah mengada-ngada dia datang tu.” Puan Haniza punyai rencana tersendiri.

“Alah...bukan selalu...” Aakif Farhan masih memujuk.

“Aqira boleh tolong mak masak?” Puan Haniza toleh memandang aku.

“Ha?” Mulut kata ‘Ha’ tapi kepala dah laju mengangguk. Sungguhlah aku salah dengar ke apa sebab Puan Haniza baru sahaja membahasakan dirinya sebagai ‘mak’ dengan aku. Bukan dengan Aakif Farhan, okey.

Ohhh. Apakah ini?

“Okay, kerapu sweet sour masuk dalam list menu kita.” Terus saja Puan Haniza buat pengisytiharan.

“Thanks, Mak. Next?”

“Vegetables, of course.”Puan Haniza sudah berjalan di hadapan meninggalkan aku dan Ian di belakang.

Aku atur langkah perlahan menyusuli Puan Haniza.

“My mum tengah uji you. Good luck,”Aakif Farhan kenyit sebelah matanya pada aku.

“Em.”aku jungkit bahu sambil berjalan seiringan dengan Aakif Farhan yang tengah menolak troli.

“I serius, Naie. Don’t let me down,”

“Lucky you. Saya memang rasa nak smack down orang ni,” Aku jeling dia dengan ekor mata sambil buka langkah laju menyusuli Puan Haniza.

“Amboi, garangnya?”Ian tayang muka konon-takut-sangat dia tu sambil sengih.

Aku belek brokoli yang bersusun cantik, buat tak endah dengan Aakif Farhan yang sedang tegak berdiri di sisi.

“You suka makan sayur apa Naie?” Soalan tiba-tiba daripada Aakif Farhan membuatkan aku berpaling memandang mukanya dengan kerutan di dahi. Motif?

“Apapun, kecuali lady’s finger.” Jawapan ringkas daripada aku.

“Why?”

“Entah, sebab rasa dia pelik...kut?” Entahlah, aku pun tak tahu kenapa dan mengapa aku memang tak boleh telan sayur yang satu itu.

“Whoa. You know what, I pun telan je semua jenis sayur, kecuali benda tu.”

“Persamaan membantu membina persefahaman.”Aakif Farhan senyum lebar.

“Pasal sayur je pun, tok sah overboard sangat wahai Encik Aakif Farhan.” Aku senyum sambil geleng kepala.

“Na’ie...” Aakif Farhan pandang aku dengan muka sayu.

“Erm?” Aku tunggu jawapan daripada dia.

“Tiket flight I pagi esok.” Aku curi pandang wajah dia. Dia masih pandang aku dengan muka sayu itu.
Esok. Bermakna aku hanya ada beberapa jam sahaja lagi berbaki sebelum dia kembali ke Aussie.
Dia ni memang sengal. Dia ingat Aussie tu dekat sebelah Bangsar ni agaknya? Boleh balik sesuka hati naik RapidKL bila-bila masa? Hisy. Tapi apa motif dia balik sini sebenarnya? Takkanlah semata-mata nak seret aku jumpa family dia? Why so sudden eh?

Sayur yang aku belek sedari aku letak kembali ke tempat asalnya. Keep calm, Naie. Keep calm.

“So?” Aku buat nada tak berperasaan. Hakikatnya, pedihnya hati menerima berita ini aku pendam sendiri. Rasa sayang nak lepaskan dia pergi, tapi untuk menghalang...aku langsung tak ada hak.
Aakif Farhan menghela nafas perlahan.

“I teringin nak makan ais krim...”kut boleh redakan sikit pedih hati I ni, kan?

Namun ayat yang hujung itu bagai tak terluah. Sedaya upaya Aakif Farhan paksa diri untuk senyum. 

Namun senyuman yang terukir, jelas hambar.

“Jom, teman I?” Senyuman masih kekal di bibir.

“Mak awak kata nak cepat sebab nak masak lunch kan? Tak pe ke?” soalku.

“Apa yang tak pe tu?” Puan Haniza muncul dari arah belakang aku.

“Ni, ada orang kata dia mengidam nak makan ais krim. Kita singgah Baskin Robbins kejap eh mak?” Cis. Bertuah punya adik. Berani dia jual nama aku? Siap kata aku mengidam nak makan ais krim lagi. Ini kalau tidak mengenangkan adanya Puan Haniza yang perlu dihormati di sini, harus saja ada yang kena sepakan maut di kaki oleh aku. Grrrr!

“Lah...yeke? Boleh....apa salahnya....jom Qira,” Terus saja Puan Haniza paut tangan aku dan berjalan menuju ke kaunter bayaran sebelum keluar daripada kawasan hypermarket tersebut.

“See, my darling mak is currently adore you that much dear. I rasa kalau I kata I yang nak makan ais krim tadi, harus telinga I ni tercabut sebelah kena piat. Haha,” Aakif Farhan sempat berbisik pada aku ketika kami angkat barang-barang ke dalam stroller selepas pembayaran.

“Pandailah awak. Taktik kotor, jual nama saya.” Aku jeling dia yang kini dah mula tertawa kecil. Eiiiiii....geramnya hati aku ni!

“Ini namanya stategi my dear, since sekarang ni I rasa my mak is loving you more than me. Jeles ni tau.” Selamba Aakif Farhan menjawab.

“Don’t dear me Ian. Ada gak yang kena sepak kaki karang,” Serius Ian ni tak makan saman.

“Meh tengok sikit kaki yang bukan main garang lagi nak sepak kaki kita tu? Kaki kecik macam lidi ada hati nak sepak kaki kita...kikiki..” Ian bukan main meriah lagi mengutuk kaki aku.

“Muhamad Aakif Farhan, jangan sibuk nak bercinta je. Mak tanya tadi dengar tak?” Tiba-tiba muncul tubuh Puan Haniza yang sedang bercekak pinggang di depan kami.

“Errr...ibu...eh mak cakap apa tadi?” tersasul-sasul si adik aka Aakif Farhan menjawab.

“Itulah. Biar Qira jalan dengan mak. Budak sorang ni jangan dilayan sangat, Qira.” Sekali lagi lengan aku di paut mesra oleh Puan Haniza, membuatkan aku terpinga-pinga.

“Qira nak order yang mana?” Laju Puan Haniza menyoal.

“Er...mana-mana pun okey. Qira ikut je,” Dah memang bukan idea aku nak makan ais krim ni. Manalah aku tahu nak pilih yang mana. Uwaaaa...

“Eh, mana boleh macam ni. Qira pilihlah mana yang berkenan...ada banyak flavour ni...”Senyum lebar Puan Haniza. Lengan aku masih belum dilepaskannya.

“Inilah,” aku main pilih aje. Randomly. Hentam jelah.

“This one please. Pint.” Puan Haniza siap tolong order lagi.

“Auntie?”

“Auntie prefer dia punya beverage.” Puan Haniza senyum manis.

“Mocha blast, thats all.” Puan Haniza senyum pada si pengambil order.

“Eh mak ni, siap kata thats all terus? Kut ya pun dah dapat darling daughter, tok sahlah sampai abaikan anak bujang sendiri...” Aakif Farhan suakan kepalanya dari belakang dalam ruang tengah di antara aku dan Puan Haniza yang sememangnya rapat.

“Qira, ada orang terasa hati lah tu. Awak dah besar panjang...so apa lagi...self service la. Kata dah layak jadi suami orang, takkan nak makan ais krim nak minta mak tolong orderkan juga kut?” Puan Haniza berkata perlahan. Cukup untuk aku dan Ian mendengar.

Tuuuuuu diaaaaaa....kehkehkeh. Aku gelak sendiri dalam hati. Cemberut sekejap muka hensem si Ian. Eh eh? Aku baru puji Ian hensem? Eh?!

“Waffle Berry Sundae please, and two bottles of mineral water.” Aakif Farhan buat muka serius dia pada gadis manis yang bertugas di kaunter order. Memanglah Ian ni...tadi elok je dia senyum sana sini, ni tiba-tiba buat muka ketat kenapa? Kesian orang tu tau, punyalah dia penat senyum mesra, sekalinya Ian balas dengan muka ketat lagi serius miuss dia tu.

Haih.

“Okay, one moment please...” si gadis tadi masih kekal senyum mesra. Hormat customer punya pasal.

“Your order, thank you...”Masih dengan senyuman.

“Thanks to you too,” Aku balas senyuman si kakak itu. Isy isy...boleh pula Aakif Farhan ni buat muka stoned dia tu? Ambil tray, terus blah cari meja tanpa cakap apa-apa? Thanks ke apa ke?

“Eh, kan Qira order waffle sundae ni tadi? Adik order berry sundae kan?” Puan Haniza tepuk paha anak bujangnya bila Aakif Farhan selamba saja menyuap ais krim pilihan aku ke mulutnya.

“Ada orang tu lupa dia tak boleh ngam dengan chocs.”Tanpa perasaan jawapan Aakif Farhan. Terus aku pandang cup ais krim yang sedang di makan olehnya. Betullah...macammana aku tak perasan tadi? Confiden je tunjuk itu tadi...

“Aaa...Qira tak boleh makan chocs Auntie...”Ohhh hati.....terharunya dengan keprihatinan Aakif Farhan. Hari ni dah dua kali dia selamatkan aku daripada coklat ‘berhantu’ itu.

“Ye ke? Kenapa? Eh, Qira nak rasa Mocha Blast Auntie ni? Memang terbaik, kaw rasa dia...” Seronok betul dengar cerita Puan Haniza. Sedap sangat ke sampai harga mahal bukan main ni?

“Unfortunately, Naila Aqira elergik dengan kafein mak. Nanti haru...”Aakif Farhan berwajah selamba sambil menikmati ais krimnya.

“Dah kenapa pula? Qira?” Puan Haniza jelas keliru. Apa muda-muda lagi dah bukan main banyaknya pantang larang?

“Chocs tak boleh sebab saya ada history migrane. Kafein, buat saya langsung tak boleh tidur..pernah jadi insomnia...dah insomnia, mulalah migrane bermaharajalela...” Aku senyum segaris. Tak pepasal 
kantoi dengan isteri doktor ni. Adeh.

“Says who? Chocs are one of the most helpful medicine for the person who got migrane!” Puan Haniza jeling anak bujangnya.

“And the same thing goes to coffee. Qira, kandungan kafein dalam kopi dapat bantu kurangkan kesakitan migran selain membantu melancarkan peredaran darah. My dear, it can reduce pain and also keep calm your nervous system...”sah-sah bantahan daripada Puan Haniza.

“Kerap kena migrane?” prihatin reaksi Puan Haniza.

“Tak tentu. Maybe twice a month... kalau tak jaga dietry betul-betul,”Jujur jawapan aku.

“Habis tu, ada jumpa doktor? Ambil ubat apa?” Puan Haniza dah keluar aura jururawat.

“Biasa doktor panel uni kasi pain killer je. Tapi sebab trauma nak makan painkiller, itu yang jaga makan...pantang macam-macam...” aku ketawa kecil, nak redakan aura serius di sekeliling.

“Ya Rabbi, pain killer untuk migrane most of the times ada side effect dia. Satu lagi, migrane ni bukan boleh buat main. Dia bukannya sakit kepala ngada-ngada tau, ini berkait rapat dengan sistem neuro kita ni. Pernah cuba ambil supplemen untuk reda dan elakkan migrane tak?”

Aku angguk perlahan. Eh!

“Tak...tak pernah.” Migrane ada supplemen gak ke? Tak tahulah pula kita. Nampak sangat tak alert-nya. Heh.

“Nanti lepas lunch, kita sambung konsult dengan ayah ye? Kut dia boleh recommend kawan-kawan dia dalam bidang neuro ni, untuk consult kamu?”Puan Haniza usap lengan aku perlahan.

“Sakit, migrane ni...Qira...” Puan Haniza berwajah risau. Aku? Haruslah mampu senyum saja. Tak tahu nak cakap apa dah. Terharrruuu...wuwu.

“Dear Note II, talk to me please?”Aakif Farhan tiba-tiba bersuara sambil mengusap Note II-nya.

“Adik dah kenapa?”Puan Haniza kalih pandang pada anak bujangnya.

“Kita halimunan, tak dipedulikan, tak diendahkan, tak dihiraukan, disisihkan, dianaktirikan, di...”
Ngap. Puan Haniza sumbat satu sudu penuh ber-ais-krim ke mulut Ian yang tak sudah mengomel tak puas hati.

“Maaakkkk....”

Isy isy isy. Tak padan sungguh dengan muka macho itu ye. Kihkihkih.

“Orang tu jeles, Qira. Kesian...itu yang mak suap ais-krim tu.

Alalalaa...adik merajuk ye?” Puan Haniza capai sehelai wet tissue daripada handbag-nya sebelum membantu mengesat kesan comot di pinggir bibir si anak.

“Ini belum officially jadi D-I-L dia lagi, kita dah diabaikan...kut betul jadi D-I-L, alahai....kesian lah kita ni....makin kurang kasih sayanglah....”Aakif Farhan capai mineral water.

“Makin besar, makin kuat merajuk. Macammana ni, Qira?”soal Puan Haniza sambiltertawa mengusik.
“Kalau adik saya, saya lempang je Auntie, mesti okey.” Aku sengih segaris.

“Dengan budak ni, memang kena garang sikit Qira. Mengada-ngadanya bukan main ni...” Satu lagi rahsia bocor. Ehehehe, wahai Aakif Farhan, habislah rahsia-rahsia kamuuu...

“Anak bongsu Auntie...biasalah, manja.”Aku buat tak tahu je muka tak puas hati Aakif Farhan.

"Mak, look..."Aakif Farhan tayang skrin Note II dia pada Puan Haniza.

Berkerut seketika dahi Puan Haniza dengan paparan pada skrin pipih tersebut.

Aku masih meneruskan suapan demi suapan Baskin Robbins yang masih berbaki di dalam bekas comel. Sedap memang sedap, tapi maaanissss mak oiii!Nasib baik Aakif Farhan dah awal-awal lagi letak air mineral dekat depan aku. Ohhh Ian...thanks!

Aakif Farhan walaupun dia si adik yang manja lagi gedik pakej dengan sedikit poyo, tapi aku harus akui dia juga boleh bertukar menjadi seorang lelaki yang teliti, prihatin dan mengambil berat.

Wajarkah aku meletakkan kepercayaan kepada dia untuk masa depan kami? Relevan atau tidak permintaan dia untuk ubah haluan persahabatan kami ke arah yang lebih serius? Mampukah aku menjadi seorang pendamping yang baik untuk dia? Layakkah aku?

Celaru dengan perasaan sendiri, aku teruskan suapan ais krim aku.

"What for?" Kedengaran suara Puan Haniza menyoal. Nada keliru.

"Preparation. For Eid Mubarak. " Cewaaaaahhhh, aku jeling sedikit dengan ekor mata si mamat seorang itu. Apa dah tak reti cakap melayu ke? Wahai Aakif Farhan, anda kini sedang berpijak di bumi Malaysia tahu? Isy...isy..isy...

"Ya Rabbi, adik..." Puan Haniza aku lihat dah besarkan matanya pada si anak yang sedang menyengih.

"Kenapa?Cantik-cantik ni, agaknya yang mana paling sesuai eh? " Aakif Farhan sembunyi senyum.
"It's The POPLOOK kut? Agak-agaklah sikit dik dengan umur macam mak ni...kan Qira?"Puan Haniza geleng kepala perlahan. Tak setuju mungkin dengan pilihan Aakif Farhan.

"Hehe, maaf Auntie...tapi Auntie ni awet muda...kalau jalan sebelah Ian...dah nampak macam kakak dengan adik..." Oh ya, ini bukan ayat nak memenangi hati para ibu-ibu ye. Ini adalah suatu kebenaran!

"Oh ye ke?" Puan Haniza spontan mengukir senyum.

Sempat aku terpandangkan Aakif Farhan di depan kami. Lelaki itu siap angkat isyarat 'thumbs up' lagi. Ceh. Orang puji mak awak ikhlas okey, tade kena mengena dengan awaklah.

"Mak, dress ni cantik kan?" Aakif farhan suakan sekali lagi skrin pipih pada Puan Haniza.

"Ye ke?" Puan Haniza belek gambar yang disuakan Aakif Farhan.

"Ini dah boleh buat baju nak menikah . Adik ni dah kenapa? Teringin sangat nak tengok ayah awak tu versi wolverin ke?" Spontan juga jari jemari runcing Puan Haniza hinggap di lengan Aakif Farhan yang tengah cover gelak.

"Mak, adik bukan kata untuk mak lah...mak ni...sakittt..." Aakif Farhan tayang muka budak manja yang tengah tahan sakit akibat dicubit.

"Habis?"Puan Haniza tayang muka garang semula.

"Untuk kawan baik baru mak tu..."Aakif Farhan muncungkan bibirnya, mengisyaratkan aku.

"Huh?!" Sejak bila aku jadi kawan baik mak dia ni?

"Oh?" Puan Haniza pandang aku kemudian skrin Note II Ian. Kemudian matanya menyorot wajah Aakif Farhan dengan reaksi yang tak dapat aku jelaskan dengan kata-kata.

"Mak cakap apa kat rumah tadi? Tak habis lagi ye? Nak kena piat telinga yang sebelah lagi tu ye?" Kali ini Puan Haniza siap dah duduk tegak sambil bercekak pinggang.

"Mak...jangan garang-garang macam ni selalu...nanti rosak imej awet muda mak...hehehe..." Aakif Farhan paut lengan Puan Haniza sebelum menyandarkan kepalanya ke bahu Puan Haniza. Gaya anak manja ni. Erm.

"Tapi dik, mak rasa baju yang adik tunjuk tadi tu memang cantik kalau Qira yang pakai. Erm...Qira biasa guna saiz apa?"Soalan spontan daripada Puan Haniza itu serta merta buat aku rasa tercekik.

Aaahhh....tolonngg....bantuaannn....bantuaannnn....soalan tahap membunuh ni...

“Eh, mak pun berkenanlah dengan yang ni. Rasa nak order dua. Boleh kita boria, kalau dulu tak dapat nak boria, almaklumlah....anak dua-dua lelaki, bila dapat anak perempuan ni....excited rasanya...”Puan Haniza angkat Note II Ian bawa ke depan mata aku.

Errr...anak perempuan ye? Lain macam je bunyinya itu. Aakif Farhan di depan sengih lebar. Hesy, nak kena dia ni. Tak letih ke menyengih je dari tadi ni?

"Comel..,” memang comel habaq hang...tapi harganya. Gulp.

“Mak, kenapa dua je? Adik punya tade ke?” Ian menempelkan wajahnya di atas bahu Puan Haniza.

“Aakif Farhan, tolonglah, jangan buat perangai dalam cafe Baskin Robbins ini.”Puan Haniza capai Mocha Blast-nya.

“Dah jom cepat. Nak balik masak lagi. Karang tak sempat.”

“Siapalah kita....” Aakif Farhan bernada merajuk, namun hakikatnya...mak dengan Naie kelihatannya okey. Adakah ini salah satu petanda baik impiannya bakal tercapai?

Kalau betull.....hoooraaayyyy! Nak lompat bintang sampai sangkut kat bintang. Ehehehe!

Na'ie, magik apa yang you guna untuk handle mak yang sebenarnya bukan senang nak 'ngam' dan jadi peramah lagi penyayang begini dengan orang yang dia baru kenal?




*****

Salam Ramadhan:)

Hi dearies, maaf lambat update entry ni di sini. Ingatkan private utk kerja2 selenggara , nak tukar template blogger ni. tapi tak menyempat. kena campak outstation di tengah bulan ramadhan sangatlah menguji jiwa ragaku. Mr co writer pula seems to be a bit busy wif his career. Letih otak kena train dgn sr architect- katanya. Jadi the upcoming chapter kami tak mampu janji akan diupload dalam tempoh segera. Tengok pada kemampuan masa dan ruang yang kami ada ye. TQ <3

Happy reading, and yeah...tak lupa juga titipkan doa demi kesejahteraan dan keamanan saudara kita di Palestin:)

6 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

chapter 14...please...

yuhaninismon said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Next chapter please kak arin :D

dewalt aryana said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hi... bila nak sambung cite best ni?

dewalt aryana said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hi... bila nak sambung cite best ni?

dewalt aryana said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates
This comment has been removed by the author.
dewalt aryana said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hi... bila nak sambung cite best ni?